Isnin, 24 Jun 2013

BERTAUBATLAH...HANYA ALLAH YANG MEMAMPU MENGHILANGKAN JEREBU

Jerebu: Pemuda PAS diarah solat minta hujan

Harakahdaily, 23 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan mengarahkan semua Pemuda PAS negeri dan kawasan yang mengalami Indeks Pencemaran Udara akibat jerebu yang semakin buruk mengadakan solat minta hujan (istisqa’).

“Semoga jerebu dapat dikawal dengan baik dan tidak menimbulkan musibah yang merosakkan kesihatan awam,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Sementara itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel dalam satu kenyataan petang ini memaklumkan semua sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur ditutup esok berikutan kualiti udara yang semakin buruk akibat jerebu.

Katanya, situasi jerebu semakin teruk pada 5 petang dan sekolah diarah tutup sebagai langkah berjaga-jaga kerana kualiti udara yang buruk akan memberi kesan terhadap kesihatan pelajar.

PAS Kelantan gesa polis segera bebaskan Husam

Salmah Husain, 23 Jun 2013
KOTA BHARU: PAS Kelantan memohon polis membebaskan segera Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Pada masa yang sama pihak polis juga perlu menggungurkan sebarang dakwaan ke atasnya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, ketika menghubungi Harakahdaily berkata pihaknya akan menyediakan panel peguam terbaik untuk membela Husam.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kelantan berkata demikian sebagai reaksi awalnya berhubung penangkapan Husam semalam mengikut Seksyen  4 (1) Akta Hasutan  di Desa Pandan.

Husam seterusnya  dibawa ke Balai Polis Ampang sebelum di bawa ke IPD Kota Bharu Pengkalan Chepa.

“Saya memohon pihak polis membebaskan Datuk Husam dan pada masa yang sama mereka juga perlu menggugurkan sebarang dakwaan ke atasnya,”ujarnya.

Husam tiba di IPD Kota Bharu Pengkalan Chepa kira-kira jam 1.30 pagi tadi dengan diiringi tidak kurang dari 13 buah kenderaan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub, cuba untuk bertemu dengan Husam, bagaimanapun ianya tidak dibenarkan.

Turut bersamanya, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman.

Turut menyatakan rasa simpati Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Malam tadi turut berhimpun memberi sokongan moral kepada Husam bersama rakyat selain isteri dan anggota keluarga terdekat, Adun Kelaboran Mohd Zaki Ibrahim.

Hadir sama Adun Demit Ustaz Abdul Rahman Yunus dan Adun Kota Lama, Datuk Anuar Tan Abdullah.

Abdul Rahman ketika berucap pada perhimpunan itu menyeru rakyat seluruhnya bersabar dengan insiden yang menimpa Husam.

“Namun yang lebih penting kita menunaikan solat sunat hajat agar Allah permudahkan urusan kita dan memberi keselamatan pada Datuk Husam dan keluarga agar sentiasa selamat,”ujarnya.
Tiada lagi Black 505, buat masa ini
 
Pakatan Rakyat tiada rancangan untuk melanjutkan lagi perhimpunan Black 505 bagi mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, kata ketua umum PKR itu, kumpulan NGO mungkin akan terus menganjurkan perhimpunan itu dan beliau tidak dapat bercakap bagi pihak mereka.

"Untuk masa ini, tidak," katanya dalam sidang media selepas pembukaan Konvensyen Kepimpinan Pakatan di Ampang hari ini.

Anwar menambah, Pakatan harus melihat ke depan dan akan terus mengasak agenda menolak penipuan pilihan raya yang didakwa berleluasa.
Jerebu: Semua sekolah di KL, S'gor ditutup esok
 
Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan ditutup esok seperti yang dinasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel.

Palanivel berkata beliau akan meminta Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh mengambil tindakan sewajarnya.

"Situasi jerebu semakin teruk pada 5 petang dan sekolah diarah tutup sebagai langkah berjaga-jaga kerana kualiti udara yang buruk akan memberi kesan terhadap kesihatan pelajar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa agar memastikan anak-anak mereka berada dalam rumah dan memakai topeng jika mereka perlu keluar.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar, yang diisytihar sebagai kawasan darurat, mencatat sedikit penurunan dengan bacaan 690 pada 11 pagi tadi berbanding 746 empat jam sebelumnya.

IPU bagi Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai di Melaka, yang sebelum ini masing-masing mencatat bacaan di tahap bahaya 357 dan 334, meningkat ke 415 dan 428.

Negeri lain yang mempunyai IPU tidak sihat termasuk ibu negara, Putrajaya, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor manakala dua kawasan yang dikategori sebagai mempunyai kualiti udara sihat ialah Sandakan dan Tawau di Sabah.

-Bernama
Cuaca punca pembenihan awan tak dapat dilakukan
Cuaca punca pembenihan awan tak dapat dilakukan
Mercu tanda ibu kota Bangunan Dayabumi, ibu pejabat Pos Malaysia dan Menara Maybank tidak kelihatan dari landasan LRT Putra. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Pembenihan awan bagi mengurangkan jerebu di negara ini, terutama di Muar dan Ledang di Johor, bagi memperbaiki kualiti udara tidak dapat dilakukan pada waktu ini kerana cuaca yang kering dan tidak berawan.

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Datuk Halimah Hassan berkata berdasarkan pemantauan jabatan itu, pembenihan awan boleh dilakukan dalam masa beberapa hari lagi bergantung kepada keadaan awan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Che Gayah Ismail pula berkata sekiranya pembenihan awan dilakukan dalam keadaan yang tidak sesuai ketika ini, ia tidak akan berjaya.

Keadaan tidak berawan dan kering, berserta taufan Tropika Bebinca (Fabian) yang sedang melanda Laut China Selatan dengan tiupan angin dari Barat Daya yang lebih kuat membawa asap jerebu merentas sempadan di rantau ini, akan menyukarkan lagi proses pembenihan awan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sidang akhbar bersama itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Bagaimanapun, Che Gayah berkata taufan Fabian yang dijangka berakhir esok akan menyebabkan keadaan cuaca lebih baik dengan sedikit hujan untuk mengurangkan jerebu di negara ini.

Keadaan cuaca ketika ini adalah kering melebihi daripada biasa kerana negara kini berada dalam musim Monsun Barat Daya yang dijangka berakhir September ini, katanya. - Bernama
Jerebu - 9 negeri tahap bahaya

Keadaan jerebu yang bertambah tebal di kawasan kebakaran di Wilayah Riau Sumatera Tengah, Indonesia menyebabkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan di sembilan negeri berada pada tahap bahaya dan tidak sihat.

Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi laman sesawangnya, tiga kawasan merekodkan IPU pada tahap berbahaya dengan daerah Muar berada pada tahap bacaan tertinggi 507 diikuti Bukit Rambai (443) dan Bandar Melaka (373) setakat pukul 5 petang.

Selain itu, 16 kawasan merekodkan IPU tidak sihat di seluruh negara dengan tiga daripadanya di Negeri Sembilan iaitu Nilai (137), Port Dickson (276) dan Seremban (103).

Di ibu negara dan Selangor turut mencatatkan IPU tidak sihat melibatkan kawasan di Banting (133), Kuala Selangor (112), Pelabuhan Klang (214), Petaling Jaya (151), Shah Alam (130), Batu Muda (140) dan Cheras (134).

Semenatara itu, agensi itu dalam satu kenyataan memberitahu, peningkatan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dan berbahaya dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan berikutan musim Monsun Barat Daya dan dijangka berterusan hingga September ini.

Berikutan itu, Majlis Keselamatan mengaktifkan Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan Jerebu mengikut tahap amaran dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.

Pelan itu melibatkan peranan pelbagai agensi seperti Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat.

Perintah Larangan Pembakaran Terbuka di bawah Seksyen 29AAA(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001 ke atas pembakaran terbuka di Selangor, Melaka dan Johor yang dikeluarkan pada Rabu lalu masih berkuat kuasa.

Bagaimanapun, beberapa aktiviti seperti pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan dan gril/barbeku yang tidak dilakukan di kawasan tanah gambut dikecualikan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel dijangka mengadakan pertemuan bersama rakan sejawatnya di Jakarta, Indonesia pada Rabu ini bagi membincangkan bentuk kerjasama dalam usaha menangani masalah jerebu merentasi sempadan.

Malaysia juga akan terus menggesa Indonesia untuk meratifikasikan Perjanjian ASEAN tentang Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan yang telah diwujudkan sejak 2002 serta meningkatkan keberkesanan tindakan di peringkat tempatan menerusi Pelan Tindakan Indonesia.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka berikutan keadaan cuaca panas dan kering.
Like · · · 5 minutes ago · 
 
Bila nok ujang jerebu koho teruk
Unlike · · · 23 minutes ago via mobile ·  
 
 

Tiada ulasan: