Hukum amal petua dan pantang larang Melayu
Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, | 18 Jun 2013 |
Apakah hukum mempercayai petua, pesan dan pantang larang orang dahulu kala yang disebut 'kenan'. Sebagai contoh ada pesan orang tua mengatakan jangan menyapu rumah ketika waktu malam kerana ditakuti rezeki akan "disapu keluar".
Apakah kesan mempercayai kesan seperti ini kepada akidah kita dan apakah dalil yang ada untuk membenarkan atau menyangkal perkara ini?
Bagaimanakah caranya untuk kita mengenal pasti amalan orang terdahulu dalam budaya Melayu yang boleh diikuti serta tidak menjejaskan akidah dan amalan yang mana harus dielakkan?
Jawapan;
Semua jenis petua, pesan, pantang-larang atau seumpamanya harus diamalkan jika tidak bercanggah dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, antaranya;
1. Tidak membawa kepada kepercayaan khurafat dan karut-marut iaitu mempercayai perkara ghaib di luar daripada skop yang diberitahu oleh Allah di dalam al-Quran atau melalui Rasul-Nya dalam as-Sunnah. Firman Allah yang bermaksud: “Katakanlah; Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah.” (surah an-Naml : ayat 65)
2. Tidak memalingkan seseorang daripada keyakinan bahawa segala yang berlaku - sama ada baik atau buruk - adalah ketetapan Allah (Qadarullah). Begitu juga, keyakinan hanya Allah yang mendatangkan mudarat dan manfaat kepada manusia. Firman Allah yang bermaksud: “Katakanlah; Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan tentulah aku tidak ditimpa kesusahan. Tidaklah aku melainkan hanya pemberi peringatan dan penyampai khabar gembira bagi orang-orang beriman.” (Surah al-A’raf : ayat 188)
3. Tidak membawa kepada pengamalan yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah atau terpaksa meninggalkan amalan yang disuruh al-Quran dan as-Sunnah kerana ingin beramal dengan petua atau pantang larang.
4. Tidak membawa kepada mengubah hukum Allah terhadap sesuatu iaitu sama ada mengharamkan apa yang halal atau menghalalkan apa yang haram. Hal ini kerana hak untuk menentukan halal atau haramnya sesuatu bukan milik manusia, akan tetapi milik Allah.
5. Tidak berupa kepercayaan kepada sial sesuatu kerana kepercayaan sebegitu dilarang oleh sabda Nabi; "Tidak ada sial sesuatu (dalam Islam)." (HR Imam al-Bukhari dari Anas). Nabi juga bersabda; “Sesiapa yang sial sesuatu (yakni kepercayaannya terhadap sial sesuatu) menghalangnya dari menyempurnakan hajat (atau urusannya), maka sesungguhnya ia telah mensyirikkan Allah.” (HR Imam Ahmad, at-Thabrani dan Ibnu Sunni dari Abdullah Ibnu ‘Amru r.a./ al-Jami’ as-Saghir, no. 8701)
6. Tidak berupa tilikan atau tenungan kerana ia dilarang oleh Nabi dalam sabdanya: “Sesiapa pergi kepada seorang kahin (tukang tilik/tenung), lalu ia mempercayai apa yang ia khabarkan, maka sesungguhnya dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad (yakni agama Islam)”. (HR Imam Ahmad dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 8285)
Oleh demikian, supaya petua dan pantang larang yang hendak diamalkan tidak bercanggah dengan agama ia mesti berlandaskan dalil-dalil yang diakui syariat iaitu sama ada diceduk daripada al-Quran atau as-Sunnah atau berdasarkan kajian atau pengalaman. Petua yang tidak berdiri atas dasar yang tidak difahami (atau dikaitkan dengan kepercayaan tertentu tanpa dalil Syarak; yakni al-Quran dan as-Sunnah) hendaklah dielakkan daripada beramal dengannya. Sebagai contoh, pantang larang bagi ibu-ibu selepas bersalin selama 44 hari yang membabitkan perkara berikut;
1. Tidak boleh bersama suami (berjimak) sepanjang tempoh itu
2. Tidak boleh makan makanan sesuka hati (ada makanan yang perlu berpantang)
3. Tidak boleh turun ke tanah kerana dikhuatiri diganggu oleh jembalang tanah.
Perkara pertama ada kaitan dengan dalil Syariat di mana tempoh paling lama nifas bagi wanita bersalin ialah 40 atau 60 hari mengikut perbezaan pandangan ulamak dan dalam tempoh tersebut sememangnya tidak harus berlaku jimak. Oleh hal yang demikian, pantang larang tersebut harus diamalkan. Perkara kedua (berpantang makanan), ia kembali kepada pengalaman dan ia juga harus diamalkan jika kita yakin dengan pengalaman orang-orang dulu. Perkara ketiga (tidak boleh turun ke tanah), ia berkait dengan kepercayaan tentang makhluk ghaib, tidak harus diamalkan kerana ia bersifat khurafat kerana tiada dalil al-Quran maupun as-Sunnah mengesahkannya.
Begitu juga pantang larang yang dikemukakan dalam soalan di atas (jangan menyapu sampah di malam hari kerana dikhuatiri rezeki akan hilang); pantang larang ini dilihat dari segi dalil al-Quran atau as-Sunnah, tiada ayat al-Quran ataupun hadis mengesahkannya. Melihat kepada kajian dan pengalaman juga tidak kuat sandarannya. Oleh hal yang demikian, tidak usahlah pantang larang sebegitu dipercayai kerana dibimbangi kita akan terbawa-bawa kepada kepercayaan khurafat dan karut-marut atau mempercayai sial sesuatu yang telah sabit larangan terhadapnya oleh ayat al-Quran dan hadis di atas tadi. Jika kita perlu menyapu sampah pada malam hari kerana kebetulan ada sampah yang perlu dibersihkan, lakukanlah tanpa khuatir kepada pantang larang tersebut kerana tiada nas syarak melarang perbuatan tersebut. Jika ditakdirkan kita mengalami kerugian selepas hari tersebut, wajiblah kita mengembalikan kerugian itu kepada qadha dan qadar Allah, bukan kerana kita telah melanggar pantang larang tersebut.
Petua dan pantang larang yang jelas bercanggah dengan syariat (al-Quran dan as-Sunnah) haram diamalkan. Dari segi kesan, jika ia menafikan akidah yang wajib diiktiqadkan, mengamalkannya mungkin boleh membawa kepada rosaknya iman dan pelaku/pengamalnya boleh terjatuh dalam dosa syirik yang tidak diampunkan Allah, dan lebih jauh dari itu ia mungkin boleh murtad dari agama - sama ada secara sedar atau tanpa sedar. Jika ia menyalahi amalan yang diredhai Allah, ia berdosa. Perbuatan dosa - sama ada besar atau kecil- wajib dijauhi oleh seorang muslim yang bertakwa kepada Allah.
Untuk mengenal pasti amalan orang terdahulu dalam budaya Melayu sama ada boleh diikuti atau tidak, ia mesti dibentangkan secara khusus setiap satunya di hadapan al-Quran dan as-Sunnah. Dalam ungkapan lain, ia wajib dirujuk kepada alim ulama sebelum mengamalkannya jika berlaku keraguan tentangnya.
http://ilmudanulamak.blogspot.com
Gambar yang Perkasa dan Umno tidak mahu lihat
Dari blog Omak kau, | 18 Jun 2013 |
Rakaman gambar Naib Presiden Kanan UMNO merangkap Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika melakukan kunjungan rasmi ke lokasi tragedi penabat kilat Menara UMNO Pulau Pinang Jalan Macalister, George Town, Pulau Pinang runtuh yang telah mengakibatkan kematian 3 orang.
Zahid meletakkan tangan kirinya diatas bahu kiri YB Lim Kit Siang sambil berjalan seiring dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng petang tadi.
Ia besar kemungkinan akan mengundang kemarahan para penyokong UMNO yang totok termasuklah ahli Perkasa yang cukup terkenal sebagai amat bencikan DAP dan Lim Kit Siang.
Umum sudah pun sedia maklum.. para blogger pro UMNO cukup meluat habis dengan YB Lim Kit Siang ni sebagai pemimpin ulung DAP.
Klik untuk baca laporan penuh blogger ini.
Facebook Shabery kena terjah
Dari blog Omak kau, | 18 Jun 2013 |
Nampaknya, Menteri Komunikasi Dan Maultimedia yang baru ini, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek agak pupular juga di alam maya laman sosial Facebook, apabila diakaunya atas nama Shabery Cheek sering dikunjungi rakyat Malaysia terutamanya golongan anak-anak muda untuk meluahkan rasa hati serta komen-komen yang bernas tapi pedas.
Salah satunya mengenai satu status Shabery Cheek yang berbunyi :- " MARI LAPORKAN LINK, AKAUN DAN PAGE YANG MENGHINA AGAMA ATAU MENYEBARKAN ISU PERKAUMAN DISINI?"
Facebook Shabery kena terjah
6 wartawan NST sertai TMI?
Harakahdaily, | 18 Jun 2013 |
Menurut bekas editor kanan akhbar itu, Rocky Bru atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Atan, antara yang mungkin meninggalkan akhbar itu adalah Lionel Morais, editor jenayah kanan akhbar itu.
Enam orang wartawan NST dijangka menyertai Morais untuk memenuhi kelompongan di TMI yang ditinggalkan oleh Leslie Lau dan lebih dua puluh yang lain yang meninggalkan TMI.
"Berita baiknya, sehingga mereka mendapat pengganti Lionel dan pemberitanya, akan berlaku kejatuhan dalam kadar jenayah, sekurang-kurangnya di muka-muka akhbar NST," tulis Rocky (gambar).
Beliau juga mendapat maklumat, beberapa wartawan dari Singapura juga akan menyertai TMI.
Ketua Pegawai Eksekutif TMI, Jahabar Sadiq ketika dihubungi Harakahdaily mengesahkan perkara ini namun tidak menyatakan siapa yang akan menyertai beliau di TMI.
"Kita ambil sebahagiannya...semua orang nak masuk sini sekarang," kata Jahabar kepada Harakahdaily.
Seorang wartawan kanan NST ketika dihubungi mengesahkan mengenai hal ini.
"Terkejut jugalah kami kerana kita tidak tahu apa-apa sebelum ni," kata wartawan berkenaan.
Baru-baru ini, kira-kira 25 wartawan, perekabentuk dan jurugambar TMI dengan diketuai Eksekutif Editornya, Leslie Lau berhenti secara berkumpulan dari TMI.
Mereka akan menyertai satu laman baru yang dibentuk kumpulan The Malay Mail iaitu Malay Mail Online (MMO).
Namun, Jahabar berkata, beliau tidak akan berhenti bahkan akan meneruskan TMI.
TMI kini media online yang ke enam dari segi rankingnya sebagaimana yang dicerap oleh Alexa.com.
Malaysiakini nombor satu diikuti Sinar Harian (2), The Star (3), Harakahdaily (4), Utusan Online (5) dan TMI.
Dun Kelantan lulus usul rakam penghargaan TG Nik Aziz
Aslani M, | 18 Jun 2013 |
KOTA BHARU:
Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini meluluskan usul tergempar
bagi merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada mantan
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Usul tersebut dibawa Azami Mohd Nor (PAS-Kadok) kemudian disokong Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran).
Speaker, Ustaz Abdullah Ya’kob membenarkan usul tersebut dikemukakan setelah didapatinya menetapi tiga kriteria iaitu mustahak, kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.
Sebelum itu Speaker meminta sokongan ahli-ahli Dewan dengan berdiri sebagai tanda sokongan. Bagaimanapun pembangkang tidak bangun.
Azami berkata, Dun perlu mengambil ketetapan bagi merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz di atas perkhidmatan sebagai Menteri Besar selama 23 tahun.
Katanya, mantan menteri besar merupakan pengamal politik dakwah yang menyertai pilihan raya sejak 1967 ketika bertanding di kerusi parlimen Kelantan Hilir.
“Kemudian beralih ke kerusi Dun di Semut Api sehingga kekal sampai sekarang. Dan mulai Oktober 1990 dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan.
“Kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ternyata berjaya menggelapkan politik sekular dan nasionalis yang bertapak kukuh sebelum ini,” katanya ketika membawa usul tersebut.
Menurutnya Mursyidul Am PAS itu berjaya membuat perubahan besar di Kelantan berteraskan konsep Membangun Bersama Islam.
Katanya, beliau telah mencetus penubuhan pajak gadai Islam pertama di negara ini iaitu Ar Rahn, memindahkan simpanan wang kerajaan ke Bank Islam, memperkenalkan cuti mingguan dua hari dan banyak lagi.
Mohd Zaki ketika menyokong usul tersebut berkata, sebanyak 100 perubahan dilakukan mantan Menteri Besar sepanjang hampir 23 tahun menerajui kerajaan negeri bermula 23 Oktober 1990 sehingga 6 Mei 2013.
Kata beliau perubahan berani dilakukannya apabila mengharamkan premis judi biar pun mendapat bantahan pelbagai pihak ketika itu.
“Malah Tuan Guru Nik Abdul Aziz disenaraikan dalam kumpulan 500 pemimpin dunia Islam yang popular seperti diterbitkan Royal Islamic Strategic Center berpangkalan di Amman Jordan,” katanya.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob ketika menggulung perbahasan usul tersebut berkata, beliau dan saf kepimpinan sekarang meneruskan kepimpinan yang ditinggalkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
“Saya yang diamanah sebagai pengganti bersama rakan-rakan akan meneruskan kesinambungan tugas yang telah dirintis Tuan Guru Nik Abdul Aziz,” ujarnya.

Kembalikan subsidi minyak kepada bas ekspres
Harakahdaily, | 18 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR:
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mencadangkan kerajaan
mengembalikan semula subsidi petrol atau diesel 30sen kepada sektor
pengangkutan awam sebagai langkah drastik menangani kenaikan harga
tambang bas sehingga 30 peratus.
Setiausahanya, Nurul Islam Mohamed Yusoff (gambar) berkata, subsidi tersebut adalah yang pernah ditarik oleh kerajaan pada 2006 lalu.
"Subsidi juga wajar diperkenalkan untuk tayar dan tol (sebagaimana subsidi tayar untuk pengusaha teksi yang diperkenalkan kerajaan tahun lepas) bagi tempoh musim perayaan ini.
"Cukai import alat ganti kenderaan pula mesti dikurangkan bagi menurunkan harga kos peralatan dan casis bas. Subsidi dan pemotongan cukai ini dilihat boleh mengurangkan tekanan kos kepada pengusaha bas lalu membolehkan struktur kenaikan tambang yang lebih moderan," katanya memberi cadangan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan pihak pengusaha bas agar kadar tambang bas dinaikkan sehingga 30 peratus.
Untuk jangka panjang pula beliau mencadangkan kerajaan khususnya SPAD meneliti semula sama ada kenaikan tambang bas melalui inisiatif Liberalisasi Kadar tambang Perkhidmatan Bas Ekspres 2008 setara dengan peningkatan kualiti perkhidmatan yang diberikan pengusaha.
"FOMCA antara lainnya, telah membuat kajian kepenggunaan pada tahun 2010 yang telah menggariskan permasalahan kualiti dan sepatutnya boleh dijadikan sebagai salah satu input penting kepada penstrukturan semula sistem pengangkutan awam jalanraya di negara kita," ujarnya.
Pada masa yang sama, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga katanya menuntut agar kerajaan, Kementerian Pengangkutan dan menteri bertanggungjawab lebih telus dengan status kemajuan sistem pengangkutan awam negara dengan memecahkan monopoli pihak tertentu dan mencantas naungan politik yang dilihat menghambat penstrukturan sistem pengangkutan awam.
Menurutnya lagi, pada tahun 2006, kerajaan mengumumkan penjimatan RM4.4 billion dari pemotongan subsidi petrol akan disalurkan kepada sektor pengangkutan awam.
Di dalam Bajet 2009, RM25 billion diumumkan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam dalam tempoh lima tahun dan peruntukan segera RM500 juta untuk pengangkutan awam di bandar-bandar utama.
"Adakah angka-angka besar ini cuma retorik kosong kerajaan? Bagaimana pula dengan status Dana Wang Amanah Pengangkutan Awam yang telah diluluskan jemaah menteri pada tahun 2006 lagi," soalnya.
Beliau berkata, kurangnya ketelusan telah meningkatkan persepsi rakyat bahawa dana awam mungkin digunakan untuk bail-out syarikat-syarikat kroni yang bermasalah.
Seharusnya dengan jumlah kewangan yang cukup besar diperuntukkan itu, sistem pengangkutan awam di seluruh negara boleh mencapai kualiti yang lebih baik setara dengan kenaikan harga tambang yang dikenakan.
"Dengan begitu banyak persoalan yang timbul dan keengganan kerajaan mengambil langkah pasti, maka di manakah agenda "mendahulukan rakyat" kerajaan di dalam isu kenaikan tambang bas ini," soalnya.
KUALA LUMPUR: Rata-rata pengguna tidak bersetuju dan
melahirkan kebimbangan dengan cadangan Persatuan Penguasa Bas Seluruh
Malaysia (PMBOA) untuk menaikkan tambang bas ekspres sebanyak 30
peratus.
Tinjauan Harakahdaily di Hentian Bas Greenwood, Gombak mendapati, mereka kebanyakan mereka berpendapat tindakan itu memberi bebanan teruk kepada mereka khususnya bagi yang selalu menggunakan perkhidmatan bas.
Menurut seorang pengguna Zainal Ahmad Yusof, cadangan kenaikkan tambang tersebut adalah tidak wajar kerana masyarakat kini sudah pun terbeban dengan pelbagai kenaikan.
"Saya melihat kenaikkan tambang ini amat mengejutkan serta membebankan kepada pengguna.
"30 peratus bukan satu angka yang kecil rakyat tidak mampu, sepatutnya persatuan bas tumpukan kepada keselesaan pengguna dan faktor keselamatan penumpang bukannya untuk meraih keuntungan semata-mata," katanya.
Yulianis Ibrahim pula yang akan ke Kota Bharu pagi ini merasa terkejut dengan cadangan tersebut dan berharap ia tidak dilaksanakan.
"Saya tidak mengetahui langsung cadangan tersebut, kalau sebelum ini saya hanya perlu membayar lebih kurang RM40 untuk ke Kota Bharu sahaja.
"Tetapi dengan cadangan tersebut saya mungkin terpaksa mengeluarkan RM50, memang terlalu berat untuk saya, kerajaan perlu perihatin dengan masalah serta beban rakyat di bawah," jelasnya.
Sementara itu, seorang lagi pengguna Abdullah Awang Ahmad pula mendesak agar kerajaan mengekalkan had sedia ada.
Katanya lagi, rakyat sekarang bukannya mempunyai pendapatan yang tetap dan kebanyakkan mereka tidak mempunyai kenderaan sendiri terutama kalangan pelajar.
Tindakan ini ujarnya memberi kesan yang teruk dalam soal kehidupan mereka.
"Saya desak harga tersebut dikekalkan sepertimana hari ini, kenaikkan ini meningkatkan beban rakyat.
"Dengan keadaan ekonomi sekarang masih ramai rakyat yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan kebanyakkan mereka memerlukan perkhidmatan bas untuk ke sesuatu tempat kerana tidak mampu membeli kereta sendiri.
"Yang paling terkesan adalah pelajar-pelajar yang menjadikan bas sebagai pengangkutan mereka untuk balik ke kampung, bebanan yang teruk terpaksa mereka tanggung," jelas beliau.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menegaskan kerajaan perlu bertegas dan tidak tunduk kepada desakan PMBOA yang mahu menaikkan tambang bas.
Beliau memberitahu rakyat perlu dibela serta dijaga kebajikan mereka bukannya dibebani dengan kenaikkan harga.
"Kita dalam Pakatan Rakyat akan memansuhkan tol, menurunkan harga minyak serta hapus PTPTN bagi mengurangkan beban rakyat jika diberikan mandat sebelum ini.
"Tapi perkara itu tidak berlaku apabila Barisan Nasional (BN) menang pada pilihanraya lepas, jadi sebagai sebuah kerajaan yang kata perihatin kepada rakyat perlu bertegas serta tidak tunduk kepada desakan PMBOA yang mahukan kenaikkan tambang," jelasnya.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat turut menyatakan, isu sekarang bukan pada kenaikkan 30 peratus tambang tetapi dalam keadaan ekonomi sekarang tidak wajar berlaku sebarang kenaikkan tambang ataupun harga barang keperluan.

Pengguna rayu tambang bas tidak dinaikkan
Muhammad Faizal, | 18 Jun 2013 |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan