سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧) بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
Surah Al-Fatiha
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah
kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah
kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau
telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1)
Polis jalankan rondaan sejam sekali di premis ATM
Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM Datuk Wira Ayub Yaakob berkata, Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal akan melaporkan keadaan terkini selepas setiap rondaan kepada bilik kawalan di setiap daerah.
"Unit rondaan ini perlu menjalankan rondaan dengan berhenti dan melawat premis ATM dengan kekerapan satu jam sekali dalam tempoh 24 jam setiap hari di semua daerah di seluruh negara.
"Kalau setiap jam ada polis yang meronda di premis ATM, mana mungkin boleh berlaku kejadian samun dan pecah ATM sebab ia perlukan masa memandangkan peralatan yang digunakan seperti gas oxy-acetylene, dan lori untuk menarik keluar mesin tersebut," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Tawan Bukit Aman di perkarangan pusat membeli-belah KLCC.
Beliau berkata unit peronda itu dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap sebarang insiden khususnya melibatkan kejadian pecah dan samun ATM sekiranya ia berlaku dalam tempoh rondaan mereka.
Dalam perkembangan lain, Ayub berkata cadangan bagi mengasingkan laluan pejalan kaki dan motosikal sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan kadar jenayah jalanan masih di peringkat perbincangan.
Beliau berkata cadangan itu perlu dibincangkan dan maklumbalas daripada orang ramai juga diperlukan.
"Kita sudah mendapat respon daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) namun untuk laksanakan perkara itu kita kena lihat keadaan sekeliling dan kesannya kepada masyarakat," katanya.
Ayub berkata berdasarkan statistik, jenayah membabitkan motosikal menyumbang 50 peratus daripada indeks jenayah negara dan cadangan itu dilihat mampu mengurangkan jenayah jalanan.
"Sebagai contoh, kejadian curi motosikal merupakan penyumbang utama indeks jenayah di negara ini.
"Jadi kalau kita zonkan motosikal di kawasan-kawasan tertentu mungkin jenayah yang melibatkan motosikal dapat dikawal," katanya. - Bernama
60 petisyen cukup jelaskan p'raya tidak telus
Harakah, | 14 Jun 2013 |
Ianya juga sekaligus mencabar kredibiliti kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengendalikan pilihan raya baru-baru ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, biarpun sukar untuk mendapat kemenangan dari petisyen yang telah dikemukakan, namun tindakan itu bagi PAS sekurang-kurangnya mahu menunjukkan bahawa pilihan raya lalu itu banyak kepincangan.
"Petisyen ini bukan satu perkara yang mudah untuk kita menang. Sebab itu saya tidak mahu membuat andaian melalui petisyen ini boleh berubah kerajaan.
"Petisyen ini, dalam sejarahnya sehingga kini tidak mudah untuk PAS menangi petisyen. Proses petisyen ini kita kemukakan paling kurang pun nak tunjukkan berlakunya rasuah, dan tidak telus dalam pilihan raya lalu.
"PAS ingin menunjukkan perjalanan pilihan raya ini tidak telus dan tidak adil. Sekurang-kurangnya PAS boleh buktikan itu walaupun mungkin kita tidak menang dalam satu-satu kes," katanya dalam satu temubual dengan Harakah.
Untuk rekod, sehingga tempoh petisyen yang berakhir kelmarin, sebayak 60 petisyen telah dikemukakan.
Dari jumlah itu, 39 adalah dikemukakan oleh Pakatan Rakyat manakala 21 oleh BN.
Daripada jumlah 39 yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat itu pula, PAS mengemukakan 16 petisyen masing-masing empat parlimen dan 12 Dewan Undangan Negeri (Dun).
Mengulas tindakan BN yang turut mengemukakan petisyen, Mustafa berkata ianya sekaligus menunjukkan ada yang tidak betul dalam pengendalian pilihan raya oleh SPR.
"Ini juga menunjukkan banyak benda yang tidak betul dalam SPR ini sehingga menyebabkan banyak petisyen difailkan.
"Apabila BN juga mengemukakan bukti, mungkin mereka juga mahu menunjukkan rasa tidak berpuas hati," katnya lagi.
Sehubungan itu katanya, maka sudah sampai masanya SPR secara keseluruhanya dirombak dengan diganti oleh kepimpinan baru yang lebih berintegriti dan diyakini oleh parti-parti politik yang bertanding.
Dalam keadaan sekarang ini jelasnya, pihak Pakatan Rakyat dan juga BN nampaknya sudah tidak lagi percaya dengan integriti SPR dan ianya boleh dilihat dengan jumlah petisyen yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak.
"Tuntutan Pakatan Rakyat agar pengendali SPR iaitu Pengerusi dan Timbalan Pengreusinya serta jawatankuasa SPR yang lain mesti meletak jawatan dan digantikan dengan individu yang baru, yang lebih berintegriti.
"Selama SPR tidak dibuat pembaharuan, kita akan terus menghadapi masalah. Ini bermakna SPR mesti dirombak dan diberi wajah baru," katanya.
[Temubual penuh dalam Harakah edisi Isnin 17 Jun ini]
Nafi dendam Sulu
Itulah kenyataan yang dibuat Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Shamsudin Mat mengenai kes kematian seorang lelaki di Felda Sahabat 10 di Lahad Datu, pagi semalam.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki berumur 27 tahun ditemui mati oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Fajering di atas jalan raya, kira-kira 1.5 kilometer daripada Balai Polis Cenderawasih.
Katanya, daripada laporan tersebut, sepasukan anggota forensik daripada Balai Polis Cenderawasih bergegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, berdasarkan siasatan forensik mendapati kepala mangsa pecah dan terdapat kesan lubang di bahagian perut sebelah kanan.
“Kami percaya bahawa mangsa ditikam di perut dengan senjata tajam,” katanya ketika dihubungi wartawan Sinar Harian.
Susulan kes tersebut, seorang lelaki yang berumur 39 tahun dipercayai suspek kes ini ditahan bagi membantu siasatan.
“Suspek dipercayai orang terakhir bersama mangsa kerana suspek dipercayai datang ke rumah suspek di Felda Sahabat 42 untuk mengajak suspek keluar ke kedai untuk minum.
“Selain itu, terdapat kesan darah di bawah kenderaan suspek dan pihak polis merampas kenderaan milik suspek,” katanya.
Shamsudin berkata, mayat mangsa sudah dibawa ke hospital untuk bedah siasat.
Katanya, pihak polis masih lagi menyiasat motif kes ini dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.
Orang muda benci rasuah, kata Musa Hassan
Menurutnya, pemimpin yang sedang mentadbir kerajaan khususnya Umno perlu melakukan perubahan dalam isu rasuah dan kroni seperti sebelum ini.
Beliau berkata, rakyat paling tidak menyukai pemimpin politik khususnya orang Melayu terlibat dalam isu-isu tersebut yang disifatkan sebagai menjual "hak" kaum.
"Orang muda tak suka rasuah, orang Cina juga tak suka rasuah. Mereka anggap orang Melayu boleh dibeli, orang Melayu jual haknya pada orang lain.
"Kalau orang politik susah sikit nak tangkap, kalau pegawai kerajaan sudah banyak kita tangkap, jadi itu sebab kita kena berubah, bagi khidmat kepada semua kaum," katanya pada Forum Rakyat : Melayu Islam Bersatu? di sini, malam tadi.
Dalam pada itu, Musa juga berkata sekiranya ketua kerajaan mahu dikekalkan dibawah pentadbiran orang Melayu, pemimpin kaum tersebut juga perlu terbuka dengan mengekalkan ciri ke Islaman.
"Kita kena terbuka, kita kena ubah persepsi bahawa pentadbiran orang Melayu adalah terbaik, kalau kita berubah Insya-ALLAH semua suka.
"Kita akan terus kekal menjadi pemimpin negara ini," katanya.
Hari bapa hilang seri
Lim Chia Yiang, 20, anak sulung kepada mangsa Lim Chin Aik, 44, penjual nasi yang dipercayai tertimbus di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di sini berkata setiap tahun mereka sekeluarga akan menyambut hari bapa dengan membeli kek dan makan malam bersama.
"Kami sekeluarga memang terasa sangat sedih, hari ini hari bapa dan sepatutnya kami bersama-sama meraikannya, tetapi sehingga kini bapa masih belum ditemui.
"
Kami sekeluarga menerima apa juga takdir yang menimpa bapa," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.
Lim merupakan pelajar seni kulinari di sebuah kolej di sini juga berharap dapat meneruskan perniagaan bapanya apabila tamat pengajian nanti.
"Saya hendak jadi macam ayah, menjadi peniaga makanan, sebab itu saya ambil kursus seni kulinari," katanya dalam keadaan sedih.
Lim berkata ayahnya merupakan seorang yang penyayang dan beliau sentiasa mengingatkan mereka adik beradik supaya berbuat baik dengan semua orang.
Sementara itu, isteri mangsa Lee Chai Song, 48, berharap jasad suaminya dapat ditemui dan menerima apa juga takdir yang telah ditentukan.
"Saya terima jika suami sudah tiada, saya harap suami dapat ditemui segera," katanya.
Semalam Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan nombor casis kereta yang ditemui di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di sini sepadan dengan kereta milik penjual nasi itu.
Beliau berkata penemuan itu sekali gus merungkai laporan kehilangan seorang lelaki berusia 44 tahun sejak hari kejadian Khamis lepas. - Bernama
'Saya jadi mangsa fitnah'
Menurutnya, penulisan ini adalah fitnah besar yang bertujuan menjatuhkan pimpinan Umno Selangor.
“Saya tidak pernah keluarkan kenyataan sedemikian. Ini tidak lain tidak bukan strategi pihak tertentu mahu menjatuhkan BN di Selangor.
“Ini adalah fitnah yang sengaja dibuat individu tertentu yang berniat jahat cuba mencetuskan pecah belah dan perpaduan Umno-BN Selangor,” katanya.
Dalam laporan yang dibuat itu, beliau meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan siasatan segera bagi mengetahui punca sebenar penulis mengeluarkan dakwaan sedemikian.
Sebelum ini artikel dalam blog tersebut bertajuk ‘Zin Badak dibayar Anwar untuk pastikan BN kalah di Selangor – Ungku Md Salleh’.
Dalam tulisan itu melaporkan kekalahan teruk BN Selangor dalam PRU13 adalah tanggungjawab Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.
Pada masa sama, pemilik akaun Facebook Malaysia Talk turut memberi komen terhadap Ungku Md Salleh seolah-olah dakwaan itu benar dan tulisan yang dibuat kedua-dua individu ini disifatkan sebagai cubaan merendahkan reputasi dan kerjaya politiknya.
“Saya beri tempoh tujuh hari bekerja untuk mereka berdua tampil memohon maaf di media perdana dan sekiranya gagal berbuat demikian khidmat peguam akan digunakan bagi menegakkan kebenaran.
“Dakwaan liar seumpama ini boleh merosakkan karier politik saya. Sebelum ini sememangnya saya dan Mohd Zin sering berbeza pendapat tetapi ini tidak menjejaskan persahabatan kami,” katanya.
Pemandu van rokok cedera dikelar
Dalam kejadian yang berlaku jam 12.23 tengah hari itu, mangsa yang berusia 53 tahun didatangi seorang lelaki ketika sedang memunggah stok rokok.
Difahamkan, suspek mengacukan senjata menyerupai sepucuk pistol namun mangsa berjaya menepisnya sebelum didatangi seorang lagi suspek yang kemudiannya bertindak mengelar rusuk mangsa.
Rakannya yang menghantar bekalan rokok ke kedai kopi terbabit kemudiannya terdengar jeritan dan mendapati mangsa terbaring di atas jalan.
Kedua-dua suspek kemudiannya sempat melarikan beberapa karton rokok bernilai RM900 sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna putih.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Superintendan Shukri Awang berkata, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan.
Menurutnya, mangsa kini stabil setelah menjalani pembedahan dan difahamkan tiada organ dalamannya yang tercedera.
“Berdasarkan pemeriksaan awal, nombor plat kenderaan terbabit dipercayai palsu dan pihak kami kini sedang mengesan kedua-dua suspek terbabit.
“Kejadian ini merupakan kali kedua mangsa disamun dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, beliau turut menasihati pemandu van barangan terutamanya rokok lebih berhati-hati untuk mengelakkan kejadian sedemikian kembali berulang.
“Orang ramai yang menyaksikan kejadian terbabit diminta untuk ke balai berhampiran atau hubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Hairol Azura Abdul Aziz di talian 012-6258849 bagi membantu siasatan," katanya.
Musharraf dituduh membunuh
Ahmed Raza Kasuri berkata, Musharraf dituduh pembunuh ahli politik Parti Baluch, Akbar Bugti di wilayah barat daya Baluchistan dalam operasi tentera pada Ogos 2006.
“Beliau secara rasmi ditahan dalam kes pembunuhan Bugti. Sebuah mahkamah anti-keganasan memerintahkan beliau di reman selama 14 hari,” katanya pada Reuters.
Menurutnya, Musharraf ditahan sekumpulan pegawai polis dari Quetta, selepas mahkamah selesai membuka kertas pertuduhan terhadapnya.
“Musharraf sepatutnya hadir ke mahkamah di Quetta tetapi atas sebab keselamatan pasukan polis dari Quetta datang ke Islamabad untuk menahan beliau,” katanya.
Musharraf, yang kembali selepas empat tahun dalam buangan pada Mac lalu kini berada di bawah tahanan rumah di pinggir Islamabad sejak 19 April.
Sementara itu, seramai 11 pelajar dan berpuluh cedera yang kesemuanya adalah wanita selepas satu letupan berlaku berhampiran universiti wanita di Quetta.
Ketua polis Zubair Mahmood berkata, letupan itu berlaku di dalam bas berhampiran kampus Universiti Wanita Sardar Bahadur Khan.
“Kami percaya bahan letupan itu diletakkan di dalam bas berkenaan ketika ianya sarat dengan pelajar,” katanya.
Menurutnya, bom itu meletup sejurus kesemua pelajar tersebut menaiki bas untuk meninggalkan universiti.
Suami isteri didakwa pecah amanah
Kedua- dua tertuduh Baharin Baharuddin, 40 dan Maizatul Shima Mokthar, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan secara berasingan oleh juru bahasa di hadapan Majistret Nurul Huda Abdul Razak.
Baharin berdepan dengan 12 pertuduhan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak melebihi 14 tahun, sebat dan denda bagi setiap satu pertuduhan.
Manakala Maizatul Shima berdepan dengan lapan pertuduhan di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan setiap satu pertuduhan penjara selama tempoh tujuh tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali.
Kesemua pertuduhan terhadap dibacakan oleh Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis (IPD) Hilir Perak, Inspektor Norhafizah di hadapan Nurul Huda.
Pada tahun 2006, Baharin yang juga bekas kerani Kospek telah menyeleweng duit koperasi sebanyak RM122,000 dan memasukkan duit berkenaan menerusi perbankan internet sebanyak empat kali dalam akaun sendiri.
Dalam masa sama,Baharin turut memasukkan duit berkenaan sebanyak lapan kali dengan cara sama ke dalam akaun isterinya iaitu Maizatul Shima.
Tindakan Baharin menyeleweng disedari oleh pengadu apabila membuat satu laporan polis pada penhujung bulan Disember 2010 lalu.
Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan Nurul Huda menetapkan jaminan RM7,000 bagi satu pertuduhan bagi Baharin yang membawa jumlah RM84,000 dengan satu penjamin.
Manakala Maizatul Shima dikenakan ikat jamin RM4000 bagi satu pertuduhan yang membawa jumlah RM32,000 dengan satu penjamin.
Nurul Huda juga menetapkan tarikh baru untuk sebutan kes sementara tertuduh melantik peguam.
Hujan tidak, tapi banjir kilat
Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, dua buah kedai dan sebuah rumah berhadapan dengan masalah banjir kilat separas betis apabila paip pecah di tepi jalan utama berhampiran persimpangan masuk jalan Tampin-Air Mawang.
Berikutan kejadian itu, pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) datang sekitar jam 2 pagi bagi menutup paip air yang pecah.
Md Ali berkata, dia berasa pelik berikutan ketika kejadian tidak berlaku hujan, tetapi rumah dinaiki air.
Menurutnya, dia bergegas membuka pintu hadapan dan terperanjat apabila air menderu masuk ke dalam kedainya yang turut menjadi tempat tinggal mereka sekeluarga.
"Saya panik melihat air deras mengalir masuk ke dalam kedai sebelum menjerit mengejutkan anak dan jiran.
"Saya juga berusaha menyelamatkan barangan dan dokumen penting namun barangan runcit, kasut dan lain-lain sudah hanyut dibawa air," katanya.
Sementara Azizah Baharom, 65, berkata, pada malam kejadian dia masih belum tidur susulan berkumpul bersama anak, menantu dan cucu yang pulang ke kampung.
"Mak cik terkejut apabila mendengar jeritan jiran yang menyatakan berlakunya banjir.
"Air naik ke paras betis dalam sekelip. Ketika itu mak cik dengar bunyi seperti arus sungai. Mujur ada anak-anak yang pulang membantu menyelamatkan barangan di kawasan rendah," katanya.
Pekedai, Ahmad Ali Yusof, 57, berkata, dia hanya datang melihat keadaan kedainya kira-kira jam 6.30 pagi dan tidak menyangka kejadian paip pecah menyebabkan banjir buruk seperti itu.
Menurutnya, di bahagian hadapan kedai yang sudah diusahakannya sejak 20 tahun lalu, selut tanah setebal 10 sentimeter sudah memenuhi ruangan berkenaan sehingga dia terpaksa menggunakan cangkul bagi membersihkan kawasan berkenaan.
"Sebelum ini jika hujan lebat, memang ada air yang akan melimpah ke bahagian hadapan kedai, namun belum pernah lagi masuk ke dalam," katanya.
Ahmad berkata, dia berharap pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan proaktif bagi mengatasi masalah itu lebih-lebih lagi mereka juga perlu meneruskan operasi perniagaan.
"Susulan kejadian ini saya terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM1,000," katanya.
Desak MBSA saman pemaju
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bencana Penduduk Indahria, Aimanudin Kamaruddin berkata, pihaknya juga akan berbuat demikian selepas MBSA mengambil tindakan itu.
“Sebelum ini, kita sudah ajukan perkara ini kepada MBSA. Kita tidak mahu MBSA ‘lepas tangan’ dalam hal ini. Jadi, selepas mereka failkan saman, kita juga akan memfailkan saman tersebut terhadap pemaju.
“Kami sudah lantik peguam, tapi sekarang hanya menunggu MBSA saman syarikat pemaju,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Menurutnya, pihaknya juga menggesa MBSA supaya membuka bilik gerakan khas bagi menjalankan pemantauan di kawasan kediaman tersebut untuk keselamatan penduduk.
Sebelum ini, Sinar Harian menyiarkan kebimbangan penduduk pangsapuri berkenaan yang khuatir dengan keselamatan mereka apabila berlaku masalah rekahan tanah sehingga menyebabkan struktur bangunan kediaman mereka retak lebih setahun lalu.
Keretakan beberapa kawasan di bangunan 15 tingkat yang didiami kira-kira 1,000 penduduk itu dipercayai berpunca akibat rekahan tanah di kawasan tempat letak kenderaan, bersebelahan kediaman itu.
Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati, tiang yang menyokong pangsapuri itu ada yang hampir patah, manakala sebahagiannya pula condong.
Terdapat juga beberapa penduduk yang memunggah barang untuk berpindah ke rumah lain kerana bimbang dengan keretakan tersebut.
Seorang penduduk yang dikenali sebagai Diana, berkata, tiga rakan serumahnya berpindah gara-gara masalah di perumahan itu yang disifatkan membimbangkan.
“Ibu bapa mereka menyuruh rakan-rakan saya berpindah kerana risaukan keselamatan anak mereka tinggal di sini. Sebelum ini, saya tinggal dengan lima rakan, tapi kini tinggal berdua saja. Saya risau juga dengan keadaan ini,” katanya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Bertindak Bencana Penduduk Indahria, Mohd Joea Mohd Mokhtar berkata, jika masalah itu masih tidak ditangani secara proaktif, penduduk akan mengadakan piket dan menghantar memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memohon baginda campur tangan.
Dalam perkembangan sama, Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pihaknya sudah melantik Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) bagi melaksanakan kerja pemantauan di pangsapuri tersebut.
Mangsa malang dua kali
Pada kejadian pertama, wanita berusia 27 tahun itu terlibat kemalangan dengan sebuah kereta yang merempuh motosikalnya di Parit Raja, Grisek, kelmarin.
Difahamkan, kemalangan yang berlaku itu turut mengakibatkan ibu wanita berkenaan yang meninggal dunia di tempat kejadian.
Kemudian, mangsa terbabit pula dalam kemalangan melibatkan ambulans yang membawanya menuju ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar selepas patah kaki akibat kemalangan bersama ibunya itu.
Kejadian berlaku di Parit Turun, Bukit Gambir kira-kira jam 7.30 malam, membabitkan ambulans berkenaan dengan sebuah jengkaut.
Setibanya di lokasi kejadian, jentera berkenaan yang datang dari arah Muar menghala Bukit Gambir dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan kanan jalan lalu merempuh ambulans itu.
Pemandu ambulans, Azlan Ab Rahman, 32, berkata, dia terkejut apabila melihat jengkaut yang dipandu lelaki lingkungan 30an memasuki laluannya.
“Saya sempat mengelak, tapi jentera itu merempuh bahagian kiri ambulans sebelum terbabas melanggar tiang telefon di tepi jalan.
“Mujur pembantu perubatan duduk di belakang bersama pesakit yang patah kaki kiri,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, kemungkinan pemandu jentera itu diserang darah tinggi sehingga tidak dapat mengawal pemanduan.
Jelasnya, sebaik pelanggaran berlaku, pemandu terbabit pitam dan kemudian dia bersama mangsa dihantar ke HPSF oleh ambulans lain dari Tangkak.
“Mujur pembantu perubatan duduk di bahagian belakang bersama pesakit dan bersyukur tiada sebarang perkara tidak diingini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Harun Idris, mengesahkan menerima laporan kejadian.
Menurutnya, keadaan mangsa dilaporkan stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Bom dalam bungkusan udang
Saksi kejadian, Nuraida Mat Din,42, yang terkejut dengan penemuan bom tangan itu memberitahu, bungkusan berisi udang yang disimpan sementara di rumah ibunya di Kampung Nelayan Kuala Kurau sebelum dibawa pulang ke rumahnya jam 11 pagi.
Menurutnya, setelah tiba di rumah, dia segera merendamkan udang yang ditabur ais ke dalam sebuah besen sebelum dimasak untuk makan tengahari.
“Bagaimanapun, saya terkejut menemui seketul objek aneh yang pada mulanya disangka batu ketika sedang mengupas kulit udang.
“Saya segera menunjukkan 'ketulan batu’ itu kepada suami, Rosli Abu Osman,45, yang kebetulan sedang berehat di rumah.
“Setelah diteliti objek itu, suami saya mengesyaki ‘ketulan batu’ itu menyerupai bentuk sebutir bom tangan berdasarkan corak pada luarannya dan segera meletakkan objek itu di bawah pokok bunga raya berdekatan rumah,” katanya sewaktu ditemui media di lokasi kejadian di sini semalam.
Nuraida berkata, dia dan suami segera membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Kurau lebih kurang jam 2 petang dan polis yang membuat siasatan mengesahkan ianya merupakan sebutir bom tangan lama yang masih aktif.
“Setelah dimaklumkan perkara itu, saya terkejut dan tidak menyangka sebutir bom tangan disimpan dan dipegang saya dengan begitu sahaja.
“Saya tidak menolak kemungkinan bom tangan itu termasuk dalam pukat yang digunakan bapa saudaranya untuk menangkap udang dan kewujudannya tidak disedari beliau disebabkan ianya tersembunyi di dalam timbunan udang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan laporan penemuan bom berkenaan yang dikenal pasti masih aktif.
“Unit pemusnah bom dihantar untuk meletupkan bom itu dalam kawasan perimeter selamat atau membawa bom berkenaan ke satu lokasi di daerah ini untuk dimusnahkan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan