Bantah penipuan PRU13, beri hak rakyat bersuara
Hazayani Zakaria, | 25 Jun 2013 |
Siti Mariah berkata, rakyat berhak bersuara mengikut lunas undang-undang bagi membetulkan kepincangan sistem pilihan raya.
"Kita menghormati keputusan pilihan raya tapi undang-undang memberi ruang untuk kita membantah dan untuk mereformasi sistem yang tidak berapa sempurna.
"Tidak bermakna bila kita mematuhi maka kita akur dan tidak membuat apa-apa teguran. Kita harus menyuarakan walapun nampak lantang tapi untuk kebaikan negara," kata beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah agar semua pihak menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.
"Beta menyeru semua pihak menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ketiga Belas yang telah diadakan mengikut lunas-lunas sistem demokrasi dan seterusnya bekerjasama serta berganding bahu bagi membolehkan negara melangkah ke depan untuk mencapai matlamat negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020," titah baginda semasa merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen ke-13 di sini.
Pandangan yang sama turut disuarakan Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan.
Beliau menegaskan, Pakatan Rakyat membantah penipuan dan kepincangan dalam sistem pilihan raya.
"Memang kita terima keputusan pilihan raya oleh itu kita datang angkat sumpah.
"Yang kita tolak itu ialah kepincangan, penipuan, penyelewengan jika ada maka itu yang dipersoalkan.
"Tapi soal perhimpunan, itu untuk menyatakan suara rakyat terhadap beberapa kepincangan yang berlaku. Jadi saya minta kerajaan juga mengambil kira hak rakyat untuk bersuara," katanya.
Kerajaan mesti berikan yang terbaik - Nik Abduh
Salmiyah Harun, | 25 Jun 2013 |
Beliau yang merupakan muka baru di dalam Dewan Rakyat pada penggal ke-13 ini, berkata harapan baginda amat besar yang diletakkan kepada mereka semua.
"Kita harapkan sebagaimana baginda bertitah iaitu kita benar-benar berperanan di kedua-dua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang untuk memberikan yang terbaik," katanya kepada wartawan sebaik selesai majlis perasmian parlimen hari ini.
Ketika disoal apakah pembangkang perlu berkesan di dalam parlimen, Nik Abduh turut menegaskan bukan sahaja pembangkang yang berkesan tetapi kerajaan mesti lebih berkesan.
"Kerajaan perlu lebih berkesan daripada pembangkang. Kedua-dua pihak kena lihat pada diri masing-masing," katanya.
Sebelum itu, baginda bertitah dan berharap agar ahli yang berhormat berkhidmat kepada rakyat dengan penuh dedikasi, berintegriti dan sentiasa menunjukkan akhlak yang terpuji demi agama, maruah diri, institusi parlimen yang mulia dan negara yang tercinta.
"Semua ahli yang berhormat hendaklah bersama-sama memikul amanah rakyat yang inginkan kestabilan dan kemakmuran negara berkekalan, kesejahteraan hidup terus meningkat serta perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan agama kian utuh," titah baginda sewaktu perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ketiga Belas.
Kementerian Wanita perlu analisa program terdahulu
Hazayani Zakaria, | 25 Jun 2013 |
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, kerajaan khususnya KPWKM perlu menyediakan ruang dan peluang yang cukup kepada wanita bagi membolehkan wanita terlibat dalam sektor korporat bagi menyumbang kepada ekonomi negara.
Beliau menyambut baik titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang mahu kerajaan mencapai sasaran 30 peratus pembuat keputusan dan 55 peratus penyertaan wanita dalam tenaga kerja pada tahun 2015.
"Cadangan Yang di-Pertuan Agong sangat membina untuk memberi peluang ramainya profesional di universiti yang menguasai lebih daripada 70 peratus pelajar daripada golongan wanita.
"Kerajaan perlu menyediakan ruang yang secukupnya untuk membolehkan wanita terlibat dalam perkhidmatan awam dan sektor-sektor lain, begitu juga kemudahan sistem sokongan untuk memudahkan wanita terlibat dalam sektor pekerjaan.
"Saya harap dengan apa yang disebut Yang di-Pertuan Agong akan menjadi satu polisi dan Kementerian Wanita yang baru diharap dapat buat analisa terhadap program kementerian yang lama dan buat penambahbaikan," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Tuanku Abdul Halim dalam titahnya yakin kaum wanita mampu menyahut cabaran dan terus meningkatkan potensi diri untuk memberi sumbangan lebih besar dalam semua sektor demi kecemerlangan masa depan negara.
"Beta mengalu-alukan pendekatan yang melibatkan perkongsian pintar dengan pihak swasta dan badan bukan kerajaan untuk meningkatkan ekonomi golongan wanita.
"Selain itu, Kerajaan juga akan turut merancakkan lagi inisiatif untuk mencapai sasaran 30 peratus pembuat keputusan daripada kalangan wanita di sektor korporat dan menarik lebih ramai profesional wanita kembali ke pasaran pekerjaan bagi mencapai sasaran penyertaan 55 peratus wanita dala tenaga kerja pada tahun 2015," titah baginda.
Selain itu, Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) juga berkata, titah Tuanku Abdul Halim berkaitan kepentingan memantapkan institusi keluarga terhadap kestabilan sosial harus diberi perhatian.
"Institusi keluarga memang institusi yang cukup mencabar. Mengikut statistik, kadarnya setiap 15 minit satu penceraian berlaku.
"Ini adalah satu perkara yang membimbangkan sebab apabila runtuhnya institusi keluarga runtuhlah kekuatan masyarakat. Jadi program-program membentuk keluarga yang sempurna harus disokong semua pihak," ujarnya.
Seruan jihad, merangsang dakwah bukan hasutan berjerebu
Mohammad Faizal Che Yusof, | 25 Jun 2013 |
Potongan makna ayat-ayat berikut cukup untuk merangsang setiap individu bergelar muslim bermati-matian memperjuangkan Islam agar ia didaulatkan.
1. “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (At-Taubah 71)
2. "Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"
"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui." (Al-Saff ayat 10-12)
3. “Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu h idup, tetapi kamu tidak menyadarinya. (Al-Baqarah: 154)
Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah tuntutan untuk didokong bersama oleh setiap individu mukmin. Berusaha sedaya mampu bagi tertegaknya syariat Islam dalam sistem demokrasi berparlimen adalah antara urusan kebaikan yang mesti dilakukan.
Demikian pula mengekang setiap kepincangan dalam pilihan raya dan menyatakan pendirian terhadap setiap usaha untuk menghalang Islam didaulatkan adalah termasuk dalam mencegah kemunkaran.
Sekurang-kurangnya itulah urusan jihad pada masa kini iaitu sedaya mungkin meletakkan kalimah tauhid pada tempat teratas dalam era moden termasuklah dalam amalan demokrasi berparlimen.
Allah S.W.T. juga telah mendedahkan mereka yang gugur dalam usaha mendaulatkan agamanya diberi tempat istimewa dan ia bukan lagi rahsia. Sesungguhnya itulah yang difahami dan digenggam erat oleh setiap pejuang kalimah tauhid. Jangan kita menjadikan kejahilan terus berjerebu di hati hingga kita gagal memahami rangsangan dakwah ini.
Dalam pada itu, baginda Rasul Allah S.A.W telah menyediakan satu pedoman iaitu pekerjaan yang paling bersungguh dan paling banyak berisiko adalah peperangan atau usaha menegakkan kalimah Allah di hadapan ancaman pemerintah yang zalim sebagaimana dinyatakan dalam hadis baginda yang bermaksud: Daripada Abu Sa'id al-Khudri katanya, Rasulullah telah bersabda; "Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim".
Kepincangan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bukan lagi rahsia. Sebaik pembentukan kerajaan, New York Times dalam laporannya bertajuk “Malaysia's Governing Coalition Retains Power” telah mula mendedahkan apa yang berlaku. Laporan 5 Mei tersebut disusuli pula dengan analisa ketidaktentuan dalam senario pembentukan kerajaan pada keesokan harinya dalam laporan bertajuk “Close Election Leaves the Fate of Malaysia’s Premier Uncertain”.
Dalam suasana semasa, antara usaha bagi menyatakan pendirian atas kebenaran dan menunjukkan protes kepada pemerintah termasuklah mengadakan perhimpunan secara aman. Ia bukanlah dibuat suka-suka. Rakyat kian faham bahawa itu adalah hak dan tanggungjawab mereka yang dijamin oleh undang-undang tertinggi Negara, iaini Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan, peruntukan berkaitan hak-hak asasi rakyat.
Dalam beberapa siri tuntutan utama rakyat seperti himpunan mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009, Bersih 2.0 (9 Julai 2010), Bersih 3 (28 April 2011), Himpunan Kebangkitan Rakyat (12 Januari 2013) dan terkini Black 505 pada 22 Jun yang lalu, tanpa provokasi, rakyat mampu berhimpun secara aman untuk menyatakan pendirian.
Tidak ragu lagi bahawa rakyat terlalu mengimpikan kebenaran dizahirkan. Tuntutan untuk satu suruhanjaya bebas diraja bagi merungkai segala macam onar dalam PRU13 adalah antara langkah bijak yang boleh diambil. Telah banyak berlaku dalam negara, hanya melalui suruhanjaya bebas diraja sahajalah apa yang tersembunyi sebelumnya akan terdedah.
Dalam pada itu, selaku pejuang kebenaran, teruslah berpegang dengan tali Allah kerana itu sahajalah penyelamat terbaik kita di dunia, mahupun akhirat. Seruan jihad adalah rangsangan dakwah dan bukan suatu hasutan yang penuh dengan jerebu.
Menteri: M'sia tak boleh dakwa syarikat penyebab jerebu
Menteri
Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel berkata kerajaan
Malaysia tidak boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat
Malaysia di Indonesia yang didapati menyebabkan jerebu.Menurutnya, tugas itu adalah tanggungjawab kerajaan Indonesia.
"Ada laporan mendakwa syarikat-syarikat Malaysia terlibat dalam aktiviti pembakaran haram.
"Kerajaan Indonesia perlu menguatkuasakan undang-undang dan mendakwa mereka," katanya dalam sidang media petang tadi.
Menjawab pertanyaan wartawan kemudiannya, Palanivel menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak boleh mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat berkenaan di Malaysia.
"Tidak, tidak (boleh ambil tindakan). Undang-undang di Malaysia tidak boleh diguna pakai di Indonesia.
"Kita tak boleh saman mereka di sini. Ia tugas kerajaan Indonesia untuk ambil tindakan jika syarikat berkenaan melakukan sebarang kesalahan," katanya.
MP: Kawalan harga topeng benarkan pencatutan
Mekanisme
kawalan harga yang cacat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan menyebabkan orang ramai terpaksa membayar
harga penutup muka yang tidak munasabah ketika mereka amat
memerlukannya, kata anggota Parlimen DAP.Wakil rakyat Kulai Teo Nie Ching (kanan) berkata, harga maksimum yang ditetapkan oleh kementerian terlalu tinggi, yang menjadikan kawalan harga tidak berguna.
"Penutup muka dikawal bawah Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961 sejak 26 Ogos 2009.
"Bagaimanapun, harga jualan maksimum oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan membenarkan pencatutan (pengambilan untuk berlebihan)," katanya.
Dalam kenyataannya hari ini, Teo memberikan contoh penutup hidup pembedahan tiga lapisan ditetapkan oleh kerajaan sebanyak 80 sen, sementara harga maksimum sebanyak RM25 untuk 50 keping.
Bagaimanapun, kata Teo, harga pasaran sebelum jerebu hanya 40 sen sekeping dan RM10 untuk kotak 50 keping.
Remaja cedera dibaling topi keledar
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Nor Adriana Nazihim Khairul Rizal, 14, mengalami lebam pada mata kiri ketika keluar bersiar-siar dengan rakannya, Muhammad Ridzwan Roslan, 18.
Kejadian itu berpunca apabila mereka tidak memberhentikan motosikal selepas diarahkan kumpulan berkenaan.
Menurut Ridzwan, lelaki berpakaian preman itu menghampiri motosikalnya di kawasan perniagaan Stargate dan cuba mencabut kunci menyebabkan dia terkejut lalu memecut laju.
“Disebabkan tindakan itu, salah seorang daripada rakan lelaki terbabit bertindak membaling topi keledar dan terkena muka Liyana (Nor Adriana).
“Saya kemudian menghentikan motosikal dan beberapa rakan lelaki itu membantu dengan menghubungi polis. Liyana kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah menaiki kereta polis,” katanya ditemui media di Kampung Kuala Alor, Jalan Alor Mengkudu, di sini, semalam.
Ridzwan berkata, kumpulan itu cuma berpakaian preman tidak membuat sekatan jalan raya.
“Walaupun saya dan Liyana tidak pakai topi keledar, namun mereka tidak patut baling topi keledar. Tindakan mereka cuba tahan secara mengejut termasuk mencabut kunci menimbulkan rasa panik.
“Mujur saya dapat kawal motosikal dari terjatuh,” katanya.
Dalam pada itu, Nor Adriana yang juga pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di sini tidak ingat dengan apa yang berlaku sebaliknya hanya mengalami rasa pening serta mahu pengsan terkena balingan topi keledar berkenaan.
“Darah menitik banyak di baju dan kaki kanan luka kerana bergesel di jalan ketika Ridzwan cuba mengawal motosikal dari terjatuh,” katanya.
Bapa mangsa, Khairul Rizal Che Khalif, 41, berharap lelaki terbabit meminta maaf kerana tindakan itu menyebabkan anaknya cedera dan bimbang penglihatannya terjejas.
“Saya berharap kejadian terbabit menjadi pengajaran supaya tidak lagi berulang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pihaknya akan menyiasat penglibatan kumpulan lelaki terbabit sama ada mereka anggota penguatkuasa atau menyamar sahaja.
“Mangsa serta rakan lelakinya akan melakukan kawat cam bagi mengenap pasti lelaki terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya.
Aktres Pakistan disimbah asid
Menurut pegawai, Bushra, 18, yang sebelum ini popular menerusi beberapa filem, rancangan televisyen dan teater, diserang sewaktu tidur.
"Seorang lelaki dipercayai memanjat dinding rumah, kemudian menyimbah asid ke arah adik saya sebelum melarikan diri," kata abang Bushra, Pervez Khan.
Susulan serangan, Bushra dikejarkan ke Hospital Lady Reading di Peshawar dan doktor mengesahkan aktres itu mengalami 33 peratus melecur di muka, bahu dan tangan.
Sementara itu, keluarga Bushra membuat laporan polis terhadap seorang penerbit TV tempatan, Shaukat Khan yang sebelum ini mengancam keluarga itu selepas pinangannya ditolak.
Tahun lalu, seorang penyanyi popular Pakistan, Ghazala Javed, 24, juga maut di luar salon kecantikan selepas bertengkar dengan bekas suami Bushra, dipetik dari laporan Al-Jazeera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan