Posted on Sunday, June 16 @ 11:37:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh AnakSgDerhaka
Ini sudah jadi kes senjata makan tuan... senjata atau blogger yang selama ini digunakan untuk menyerang dan memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat akhirnya dikatakan memfitnah pemimpin sendiri pula...
Laporan Polis dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Selangor bagi menafikan tuduhan yang dilempar oleh blogger INIGOBLOGPOLITIK dalam entri bertajuk "Zin Badak dibayar Anwar Untuk Pastikan UMNO Kalah di Selangor - Ungku Salleh"
Menurut Ku Salleh beliau telah dinasihat oleh DS Noh Omar untuk membuat laporan Polis keatas penulis blog tersebut.
Namun beliau mengambil masa dua hari kerana menunggu sekiranya DS Ir Zin akan membuat laporan Polis kerana tuduhan tersebut dibuat keatas beliau.
Maka dengan itu meracaulah seorang macai UMNO...
Ini apa yang ditulisnya..
Hari ini akan menjadi sejarah buat UMNO apabila Ketua Pemuda UMNO Selangor membuat laporan polis dan akan menyaman seorang Blogger UMNO yang mempertahankan parti UMNO itu dengan sendiri tanpa menjadikan wang ringgit sebagai TUHAN-Nya...Kah.. Kah.. Kah... Apa sudah jadi??
Alasannya dikatakan Blogger tersebut kononnya memfitnah beliau dan cuba melagakan beliau dengan Zin Badak.
Jadi, aku ucapkan TAHNIAH-lah sebab berjaya menjadi orang UMNO yang menyaman orang UMNO..
Tapi apa yang aku kesalkan sangat bila Anak-Anak CINA DAP menghina, memaki dan memperkecilkan SULTAN, AGUNG dan Bangsa Melayu di mana Ketua Pemuda UMNO Selangor itu berada?
Jika Maruah diri yang ingin dipertahankan bagaimana pula dengan Maruah AGAMA, Bangsa dan Negara?
Ungku Salleh Sebagai seorang Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor yang seharusnya menjadi pendesak dan Tentera bagi menumpaskan pihak musuh yang cuba mengaganggu gugat HAK MELAYU dan KETUANAN MELAYU bukannya menjadi BACUL yang hanya berani bertempur dengan pasukan sendiri ~ Penadaritanahmelayu
Sumber
Pelbagai bala di Malaysia ketika ini, puncanya zina berleluasa
Posted on Sunday, June 16 @ 10:53:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: rozmal
"Semalam jiran saya memberitahu anak sulungnya dimasukkan ke Hospital Selayang akibat jangkitan kencing tikus. Dia kata dipercayai mendapat jangkitan tersebut apabila mandi di kawasan air terjun di FRIM, Kepong. Beberapa rakan anaknya juga dijangkiti kencing tikus. Semalam juga diberitakan petugas UMT maut akibat kencing tikus. Bulan lepas pelajar UiTM juga maut akibat kencing tikus.
Apakah kencing tikus, runtuh sana sini, malaria, TB, asrama tahfiz terbakar dan banyak lagi penyakit lain serta kemalangan jalanraya yang banyak ketika ini akibat dari zina yang begitu berleluasa di Malaysia?
Daripada Ummul Mukminah, beliau berkata: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. Bersabda: “Sentiasalah umatku dalam kebaikan selama belum meluas dalam kalangan mereka anak zina. Kalau sudah ramai dalam kalangan mereka anak-anak zina, maka segeralah mendapat azab dan malapetaka yang bermacam-macam.” - Hadits Riwayat Ahmad dan Tabrani
Kematian kakitangan UMT akibat virus kencing tikus
14 Jun 2013
Kematian seorang kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 8 Jun lepas setelah menyertai aktiviti di Pulau Bidong di sini, disahkan akibat jangkitan virus kencing tikus (Leptospirosis). Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu hari ini setelah hasil ujian lanjut yang dijalankan di Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia mendapati keputusan darah Ahmadi Abdul Ghawi, 47, positif virus itu.
Meracau tahan derita diserang virus penyakit kencing tikus
30 Mei 2013
Shah Alam: “Saat-saat akhir sebelum pemergiannya, Allahyarham dilaporkan meracau-racau akibat terlalu panas diserang virus penyakit kencing tikus. Memang saya amat sedih melihatnya dan sebagai cucu sulung, pemergian arwah amat dirasakan,” kata Hasnah Abu Kassim, 72, nenek pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Megat Hariqh Hakimi, 21. Pelajar peringkat ijazah jurusan reka bentuk industri di UiTM kampus Shah Alam itu, meninggal dunia jam 10 pagi semalam di Hospital Putrajaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kota Kemuning, di Seksyen 31, berdekatan kediaman keluarganya, dekat sini, kira-kira jam 2 petang.
Awas lokasi virus kencing tikus
22 Mei 2013
NIBONG TEBAL - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengunjungi kawasan yang pernah dikesan berlaku kes leptosirosis, demam akibat terkena kencing tikus, buat sementara waktu bagi mengelak terkena jangkitan virus berkenaan. Menasihatkan demikian, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata virus kencing tikus sangat berbahaya dan boleh membawa maut.
Akhbar semalam melaporkan, Pusat Peranginan Lata Bayu, Asam Jawa, di Baling, Kedah, ditutup sementara kerana disyaki tercemar virus kencing tikus yang menyebabkan kematian seorang lelaki selepas berkelah di kawasan berkenaan, awal bulan ini. Abu Hanifah Redzuan, 23, anggota kru produksi filem disahkan meninggal dunia Sabtu lepas di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, selepas dikatakan mengalami demam panas lebih seminggu lalu.
Rats pose serious problem with 3665 leptospirosis cases and 69 deaths
1 Jun 2013
The population of rats in the country has grown into a serious problem for cities and residential areas, as reflected by the alarming rise in cases of leptospirosis, commonly known as “rat urine disease”. Rats pose serious problem with 3665 leptospirosis cases and 69 deathsThe highly infectious bacterial disease spreads via the urine of infected rats and causes death in severe cases. The Health Ministry’s disease control division recorded 3,665 leptospirosis cases last year, a whopping 85.5% increase from the 1,976 cases recorded in 2010, with 69 deaths. In 2011, there were 2,268 cases with 55 deaths."
TERKINI!! Mesir Memutuskan Diplomatik Dengan Syria.
Posted on Sunday, June 16 @ 10:46:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: matuse68
"Mohamed Morsi, Presiden Mesir, telah mengumumkan bahawa Mesir memutuskan hubungan diplomatik dengan Syria dan telah mengarahkan supaya Kedutaan Damsyik di Kaherah untuk ditutup.
Morsi kepada beribu-ribu penyokong dalam perhimpunan yang diadakan pada hari Sabtu bahawa kerajaan juga menarik balik pertuduhan Mesir d'affaires dari Damsyik.
Morsi juga menyeru kumpulan bersenjata Hizbullah Lubnan untuk meninggalkan Syria, di mana kumpulan itu telah berjuang bersama tentera yang setia kepada Presiden embattled Bashar al-Assad terhadap pasukan pemberontak.
"Kami berdiri menentang Hezbollah dalam pencerobohan terhadap rakyat Syria," kata Morsi. "Hizbullah mesti meninggalkan Syria - ini adalah kata-kata yang serius tiada ruang atau tempat bagi Hezbollah di Syria.."
Presiden Mesir juga menggesa masyarakat antarabangsa untuk melaksanakan zon larangan terbang di atas Syria, di mana PBB mengatakan bahawa lebih daripada 93,000 orang telah terbunuh sejak pemberontakan popular meningkat ke dalam perang saudara lebih daripada dua tahun lalu.
Perhimpunan rakyat yang Morsi dialamatkan pada hari Sabtu telah dipanggil oleh Islam tegas setia kepada Presiden Mesir untuk menunjukkan perpaduan dengan rakyat Syria.
[Baca seterusnya...]"
Azizan nak baca surat khabar
Posted on Sunday, June 16 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Blog TKOBloglist
GEORGETOWN - Walaupun dalam keadaan menggunakan alat bantuan pernafasan, bekas menteri besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui perkembangan isu semasa.
Bekas setiausaha politiknya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sejak empat hari lalu, Azizan sudah mula menunjukkan reaksi serta mahu mengetahui isu semasa dan dunia luar.
"Baru-baru ini, ustaz ada meminta anaknya membaca akhbar Sinar Harian dan disusuli dengan beberapa akhbar lain yang disediakan oleh Hospital Pulau Pinang (HPP).
"Beliau meminta anaknnya berbuat demikian kerana tangan Ustaz belum kuat untuk pegang surat khabar bagi tempoh yang lama," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, Azizan masih menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan namun keadaannya semakin stabil.
Muhammad Sanusi berkata, Azizan juga meminta penerangan mengenai rawatan yang sudah dan akan dijalani di HPP.
"Ustaz dilihat tenang dan redha dengan kehilangan kedua-dua belah kaki. Beliau sudah mula berkomunikasi dengan kebanyakan yang hadir cuma suaranya masih belum keluar kerana menggunakan tiub di lehernya," katanya.
Azizan, 69, bekas pesuruhjaya Pas Kedah dimasukkan ke HPP selepas dikatakan mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu.
Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman.
Pada PRU13 lalu, Azizan berjaya mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau dengan mengalahkan calon BN, Mohd Fazillah Mohd Ali yang juga sepupunya dengan majoriti 2,774 undi. - SINAR HARIAN
_________
http://tkobloglist.blogspot.com
Hassan Rowhani presiden baru Iran
Posted on Sunday, June 16 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Blog AnakRimau
TEHERAN 16 Jun - Calon berhaluan sederhana, Hassan Rowhani , yang mendahului pilihan raya semalam, berjaya menggantikan Mahmoud Ahmadinejad sebagai Presiden Iran yang baru selepas mendapat lebih tiga suku daripada undian.
Rowhani yang juga bekas perunding nuklear yang mempunyai hubungan baik dengan masyarakat antarabangsa memperolehi 50.8 peratus undi.
Datuk Bandar Teheran, Mohammad Baqer Qalibaf pula berada di kedudukan kedua dengan 15.6 peratus diikuti dengan perunding nuklear, Saeed Jalili dengan jumlah 11.4 peratus, serta bekas pengawal komander, Mohsen Rezai yang berjaya mengumpul undian sebanyak 11.3 peratus. - AFP
________
http://anakharimau.blogspot.com
CUEPACS harap kerajaan selaras elaun COL
Posted on Sunday, June 16 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Blog Tempayanretak
Bukit Kayu Hitam: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan dapat melaksanakan penyelarasan elaun tetap perumahan dan sara hidup (COLA) penjawat awam pada tahun ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata dua perkara itu adalah isu tertunggak dan berharap pelarasan dibuat dengan kadar segera kerana kos sara hidup semakin meningkat.
“Kita perlu selaraskan semua elaun, termasuk elaun COLA, bagi mereka yang tinggal di kuarters,” katanya pada persidangan perwakilan CUEPACS Kedah Sesi 2013-2016 di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini, semalam.
Beliau berkata petugas terbabit juga perlu dihantar mengikuti pelbagai latihan kemahiran sesuai dengan gred demi memastikan produktiviti mereka meningkat dari semasa ke semasa.
“Kita tidak mahu mereka naik gred tetapi hasil kerja atau produktiviti mereka tidak meningkat, sama seperti sebelumnya,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Omar berkata CUEPACS juga menggalakkan penjawat awam membuat pinjaman dengan Koperasi Sektor Awam 1Malaysia (KSA1M) bagi mengelak meminjam daripada ‘Ah long’.
_______
http://tempayanretak.blogspot.com
Idris Jusoh Setuju Presiden dan Timbalan di Pertandingkan
Posted on Sunday, June 16 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Blog TempayanRetak
KUALA LUMPUR, 15 Jun - Tanpa pertandingan untuk dua jawatan tertinggi, presiden dan timbalan presiden Umno pada penghujung tahun ini, ia bakal menunjukkan parti berkenaan tidak mengamalkan demokrasi dalam pemilihannya, kata ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Idris Jusoh.
Menteri Pendidikan II itu bagaimanapun turut berkata gandingan Perdana Menteri, yang juga merupakan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah gandingan sudah cukup mantap.
"Saya lihat situasi sekarang mereka memang cocok ... kita kalau banyak sangat pertandingan pun tak perlu juga.
"Tapi kalau tiada pertandingan nanti orang kata tiada demokrasi," katanya kepada pemberita selepas berucap merasmikan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
"Presiden pun saya rasa tiada halangan (bertanding)," katanya lagi.
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri sebelum ini berpendapat dua jawatan tertinggi parti Melayu itu sewajarnya tidak dipertandingkan pada pemilihan parti tahun ini demi memelihara keutuhan perpaduan di kalangan anggota Umno, parti yang menjadi tonggak Barisan Nasional (BN).
"Ini mengambil kira suasana politik baharu dunia yang semakin sengit berikutan terjahan globalisasi dan ledakan komunikasi dan informasi yang telah turut mengubah landskap politik di setiap kerajaan dan negara di dunia," katanya.
Abdul Rahim yang juga anggota Parlimen Kudat berkata negara yang mengamalkan sistem demokrasi "westminster" yang serupa dengan sistem demokrasi Malaysia seperti Britain dan Australia turut berhadapan dengan suasana sengit sehingga mewujudkan "hung" parlimen.
"Kesimpulannya pertandingan terbuka jawatan utama Umno sudah tentu akan mewujudkan "kem kem" dan berdasarkan pengalaman lampau ia dikhuatiri akan mengheret perbalahan politik dalaman dan permainan politik berterusan yang sudah pasti akan melemahkan parti," katanya.
Abdul Rahim berkata suasana sebegitu harus dielakkan, sebaliknya keutamaan sewajar harus diberi kepada usaha mengukuhkan perpaduan anggota parti untuk membolehkan Umno dan BN mampu menghadapi PR.
Najib juga dilihat bersifat terbuka dengan menyatakan kesediaan menerima cabaran bagi jawatan berkenaan, malah sedia ianya dipertandingkan.
Menurutnya lagi, sebagai sebuah parti demokrasi, beliau bersifat terbuka jika ada yang ingin bertanding jawatan presiden.
“Kita bukan macam parti lain. Kita terima jika ada yang mahu bertanding,” katanya.
Idris bagaimanapun menjelaskan, pertandingan untuk jawatan berkenaan bagaimanapun menerima banyak pendapat.
"Jika tiada pertandingan lebih baik ... Ia ada dua pandangan, satu kata tak perlu, satu lagi kata perlu.
"Kalau nak senang tidak perlu bertanding ... tapi kalau tidak bertanding orang kata tiada demokrasi," jelasnya lagi. - MalaysianInsider
________
http://tempayanretak.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan