Selasa, 18 Jun 2013

TAKDIR YANG KITA USAHAKAN....MAKA JADI TAKDIR YANG KITA PILIH SENDIRI

NGO Islam: Pegawai PM, 'jangan lebih sudu dari kuah'

Demi transformasi pasca pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Gabungan NGO Melayu Islam mengusulkan 15 kriteria kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam melantik pegawainya termasuk memastikan yang "tidak berlagak lebih sudu dari kuah".

"Tetapi bertindaklah sebagai kuli yang berkhidmat kepada perdana menteri sepenuhnya dan bukan berlagak angkuh, sombong dan bongkak dengan kedudukan di Pejabat Perdana Menteri.

"Jangan menyusahkan atau menjadi liabiliti kepada perdana menteri tetapi sebaliknya jadilah kekuatan kepada beliau untuk menunaikan amanah kepada agama, bangsa dan negara," kata gabungan itu.

Dalam kenyataan media gabungan NGO itu hari ini, mereka berkata semua kriteria yang disarankan kepada Najib itu turut terpakai kepada semua anggota kabinet dan timbalan menteri.

"Kami berpandangan perdana menteri perlu melakukan proses pembaharuan dan tranformasi pasca PRU13 bermula di pejabat beliau sendiri.

"Kriteria yang disarankan terpakai juga kepada semua anggota Jemaah Menteri serta timbalan menteri. Nasihat kami kepada perdana menteri, pilihlah dengan teliti serta penuh kebijaksanaan," kata gabungan itu.

Kenyataan oleh kumpulan ini kemungkinan dikeluarkan ekoran laporan yang mengkritik pasukan war room pilihan raya BN yang didakwa menjadi punca kekalahan parti itu dalam pilihan raya umum yang lalu.

Selain itu, terdapat juga ura-ura di Internet yang mengatakan kemungkinan bekas pengikut Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Noor akan dilantik sebagai setiausaha politik Najib yang baru.

Ketika dihubungi Malaysiakini, sekretariat gabungan NGO itu bagaimanapun memberitahu kriteria yang digariskan tidak mensasarkan kepada mana-mana isu atau individu.

"Tidak (berkaitan mana-mana isu). Kita keluarkan ni sebagai panduan kepada perdana menteri dan mana-mana menteri. Ya, saja-saja," kata seorang pegawai sekretariatnya.

Antara syarat lain yang digariskan oleh gabungan NGO seperti berikut:
  • Pegawai-pegawai yang dipilih tidak perlu di kalangan ahli politik sahaja tetapi hendaklah juga diambil kira anak-anak Melayu professional dan komited dari luar lingkungan politik seperti NGO, agensi-agensi kerajaan dan sebagainya
  • Mesti menunjukkan sifat taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap Perdana Menteri dan berusaha dengan penuh komitmen agar semua visi, dasar serta program beliau berjaya dilaksanakan dengan menepati semua objektif.
  • Jangan menjadi batu penghalang kepada mana-mana permintaan rakyat atau badan-badan NGO yang mempunyai alasan yang wajar dan kukuh untuk mengemukakan sebarang cadangan yang baik untuk negara atau masalah kepada beliau.
  • Jangan memberi nasihat atau pandangan kepada Perdana Menteri yang mempunyai maksud tersirat bagi kepentingan diri sendiri.
  • Bebas rasuah dan tidak mudah dibeli dengan tawaran sogokan wang ringgit, kesenangan hidup dan apa jua bentuk kemewahan yang boleh merosakkan keimanan dan komitmen kepada tugas yang diamanahkan.
  • Bersih daripada sebarang dakwaan skandal peribadi yang boleh dijadikan alasan untuk mempertikaikan akhlak dan peribadi.
    MP: Bukan takdir, tapi penipuan menangkan BN
    5:59PM Jun 17 2013
    Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata, persempadanan semula kawasan dan ketidakadilan membantu BN menang pada pilihan raya umum dan bukan "takdir" seperti dakwaan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

    teo nie ching pc on parliamentary allocation 3Teo (kanan) berkata, amat "memalukan" apabila Abdul Rahman yang juga ahli parlimen Kota Belud mendakwa bahawa takdir yang membantu BN menang pada 5 Mei lalu.

    Dalam kenyataannya hari ini, Teo yang juga penolong setiausaha publisiti DAP itu sebaliknya mendakwa "penipuan dan kecacatan (pilihan raya)" yang membantu BN memenangi pilihan raya umum.

    Dalam tulisan di Utusan Malaysia semalam, Abdul Rahman dilapor menulis, mungkin Anwar lupa secara statistiknya Pakatan Rakyat memenangi undi popular tetapi BN menerima sokongan takdir yang membantu gabungan itu memenangi pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini.

    "Pendek kata, takdir dan kuasa Tuhan menentukan segala-galanya," tulis Abdul Rahman.
    Lawan maksiat dengan rumah urut ikut jantina

    Sebagai exco Selangor yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan, Datuk Teng Chang Khim yang baru dilantik ke jawatan itu mempunyai banyak kerja daripada aduan kutipan sampah sehinggalah kepada dakwaan bercambahnya kegiatan maksiat di negeri itu.

    Dakwaan rumah urut yang tumbuh bagai cendawan sentiasa menjadi isu hangat, yang turut menguji pendahulunya sebelum ini Ronnie Liu.

    NONEBerhadapan dengan isu yang menjadi peluru BN untuk lima tahun sebelum ini, Teng kini memikirkan pendekatan lembut yang juga kontroversi - pengasingan jantina.

    Walaupun idea itu masih di peringkat perbincangan, Teng memberitahu Malaysiakini bahawa mengetatkan undang-undang dengan menetapkan pengurut lelaki untuk pelanggan lelaki - dan sebaliknya - boleh membendung kejadian pelacuran.

    Dengan perkara itu, kerajaan negeri dapat membendung isu itu tanpa menghukum pelanggan sebenar kerana aktiviti mengurut sebahagian daripada cara tradisi Asean untuk penyembuhan.

    "Saya ada idea ini... untuk adakan rumah urut (sama jantina) sahaja. (Jika) kamu mohon pusat urut untuk lelaki, seluruh kawasan itu akan dizonkan sebagai zon lelaki.

    "Tiada wanita dibenarkan, walaupun tukang cuci," katanya.
    Warga India sertai RELA, dapat BR1M

    Seorang warganegara India yang tiba di Sabah mendapat kerakyatan Malaysia dalam tempoh dua tahun.

    Dia kemudian menyertai pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan menerima bantuan RM500 untuk golongan berpendapatan rendah.

    NONEPeer Mohamad Kadir yang lahir di Chennai dalam kawasan Tamilnadu, India, memberitahu suruhanjaya diraja (RCI) pendatang asing di Sabah hari ini bahawa beliau tiba pada 1984 bersama pakciknya menggunakan pasport India.

    Pada 1986, pakciknya membantunya memohon kad pengenalan biru di Jabatan Pendaftaran Negara di Kota Marudu, kata Peer Mohamad apabila disoal oleh pegawai pengendali Jamil Aripin (kanan).

    Katanya, pakciknya menggunakan akuan bersumpah untuk memohonnya dan ia berjaya.

    Sebelum 1991, akuan bersumpah digunakan sebagai bukti menunjukkan seseorang sebagai rakyat Sabah dan ia membuka ruang kepada penyelewengan.
    Dzulkefly: Pengundi diminta sumpah sokong BN

    Penyokong PAS di Kuala Selangor dibeli dengan wang tunai sehingga RM1,000 dan diminta bersumpah akan atau telah menyokong BN dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu, dakwa calon kawasan itu Dr Dzulkefly Ahmad.

    Dakwanya, perkara itu banyak berlaku di Jeram dalam tempoh 24 jam terakhir waktu berkempen.

    "Orang Melayu takut bersumpah. Sangat takut. Jika kamu bersumpah dengan nama Allah tetapi tidak lakukannya, kami akan mati," katanya ketika diwawancara Malaysiakini pada Khamis lalu.

    Dzulkefly tewas di tangan calon BN Datuk Irmohizam Ibrahim dengan majoriti 460 undi di kawasan majoriti Melayu dengan 64 peratus.

    Di Jeram, salah satu kerusi negeri di Kuala Selangor, penyandang daripada BN Amiruddin Setro mempertingkatkan majoritinya daripada 1,476 undi pada 2008 kepada 2,834.

    Dzulkefly berkata, beliau mengesan ada sesuatu yang tidak kena apabila orang kampung, termasuk anak muda, enggan bertemu dengannya.

    Ditanya Malaysiakini, Irmohizam bagaimanapun berkata, dakwaan itu tidak berasas.
    'Beri pil kuda, arak tohmahan PAS burukkan Umno'

    Tindakan penyokong kerajaan negeri Kelantan menuduh Umno dan Barisan Nasional (BN) mengamalkan taktik kotor pada pilihan raya umum lalu dengan memberi pil kuda kepada penagih dadah dan arak adalah tohmahan untuk memburuk-burukkan Umno.

    Ketua Pembangkang Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) berkata tuduhan Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran) itu bertujuan supaya rakyat tidak menyokong Umno dan BN.

    nozula apologise husam 020609 nozula"Mana mungkin kita mengupah penagih yang terlibat dengan pil kuda untuk menyokong, sedangkan ia musuh kita...kita nak banteras benda ini (ketagihan dadah).

    "Sebab itulah saya lihat perkara ini, pemimpin PAS cuba fitnah kita untuk memburukkan memburukkan kita di mata rakyat supaya berterusan tidak menyokong Umno," kepada pemberita sewaktu persidangan DUN berhenti rehat.

    Terdahulu, semasa membahaskan titah ucapan Sultan Kelantan pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini, Mohd Zaki mendakwa BN telah memberikan pil kuda dan arak kepada petugas parti pada pilihan raya umum ke-13 lepas.

    Nozula berkata PAS sengaja membuat tuduhan liar itu bagi memainkan sentimen di kalangan penduduk di negeri ini serta anak-anak muda yang berhijrah ke luar Kelantan untuk terus memberi sokongan kepada mereka.

    "Sebab itu mereka seringkali beritahu kerajaan pusat menganaktirikan rakyat Kelantan, dan perkara ini turut diperkatakan di luar Kelantan, tetapi tidak pula diceritakan mengenai pelbagai bantuan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri seperti bantuan bayaran gaji kepada kakitangan negeri dan masalah air.

    "Kita nak Menteri Besar (Datuk Ahmad Yakob) dapat bawa perubahan dan berunding secara baik (dengan kerajaan pusat) untuk beri manfaat yang kepada rakyat, bukan seperti bekas menteri besar (Datuk Nik Aziz Nik Mat) sebelum ini yang dilihat sebagai 'melempar batu, tapi sembunyi tangan'," katanya.

    -Bernama
  •  
  •  

    1. TELAH TENTUKAN ALLAH...SEJAK AZALI

     CONTOH MUDAH ALLAH DAH TETAPKAN JADI LELAKI ATAU PEREMPUAN

    2. KENA TERIMA KERANA KAEDAH ALLAH DAH TENTUKAN...

     CONTOH MUDAH BILA HAUS ATAU DAHAGA KITA NAK MNUM

    3...TAKDIR KITA PILIH SENDIRI 

     CONTOH MUDAH KITA TAK JAGA KEBERSIHAN DIRI@PENGOTOR MUDAHLAH DIHINGGAP PENYAKIT

     

    KIAS YANG LAIN2

Tiada ulasan: