Posted on Sunday, June 23 @ 11:13:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: mr_zaxx
"Bagi aku lah.. PR kena berenti la kejap dari buat perhimpuanan2 ini TERLALU KERAP.. aku mmg dah agak perhimpunan ini akan kurang sikit hangatnya berbanding dengan sebelumnya..
Bayangkan.. selepas 505.. ada 2 perhimpunan besar di lembah kelang nie.
1. Kelana Jaya..
2. Padang AmCORP mall
3. Terbaru.. Padang MERBOK..
Semua ini dlam masa 2 BULAN
Maaf..
aku rasa ramai yang tak setuju dengan aku.. takpe.. aku terima je kalau ianya kritikan yg membina..
Bagi aku la.. sepatutnya PR hari tu cukup saja dengan perhimpunan di Kelana Jaya yang dianggarkan kira2 200k datang dan menyebabkan satu bandar sunway dan kelana jaya lumpuh sistem jalanraya selama 5 jam kerana kebanjiran perserta2 yg datang.. ghairah dan penuh bersemangat..!
Namun dari kelana Jaya pula mencetus pada perhimpunan batu kawan.. serta negeri2 lain yang aku rasa takde apa2 indikator dan motif jelas ..selain dr menyatakan hasrat dan rasa tak puas hati atas sistem pilihanraya yg dianggap kurang adil..
puas roadshow semua ngeri.. bersambung pulak di padang amcorp mall.. belum cakap lagi perhimpunan2 kecil dan kawasan2 di luar sub urban lain2.. Semua kehadiran ini menuntut komitmen, mood, ilthizam serta wang ringgit bagi menjayakannya..
Aku bimbang momentum serta rasa gelojak peserta2 ini pada masa hadapan akan makin berkurangan.. PR seharusnya menumpukan isu ketidak adilan ini dgn menterjemahkan ia dalam bentuk TINDAKAN.. samada mahkamah.. atau apa juga tetapi tidak terus menerus berhimpun dan berucap membakar semangat..
Ketahuilah oleh anda semua tatkala anda semua sibuk berpusu2 di Padang Merbuk petang tadi.. media massa memberikan penumpuan pada DS Najib atas kejayaan nya mengurangkan kadar penganguran kepada 3.1%.. ini lebih menggembirakan hati para pengundi2 atas pagar, orang2 kebanyakan.. ahli2 masyarakat desa, orang2 neuteral, para usahawan, bakal lepasan universiti dan lain2..
Cukuplah dengan 505 padang merbuk ini.. Selepas ini adalah masa utk terjemahan dalam bentuk kerja dan tindakan..usahlah ghairah lagi memancing mood rakyat utk turun berdemo dan berhimpun terlalu kerap.. Ingatlah sekalipun 200k yg turun berhimpun.. 10 juta di luar sana juga yang akan menentukan pemerintah..
Berhati2lah.. rakyat menilai tindak tanduk dan hasil kerja pakatan rakyat..
Selangor dan Penang dilihat sangat berjaya pada PRU yang lalu kerana mereka dapat menterjemahkan hasil kerja mereka melalui peningkatan dnaa rezab simpanan, ketelusan perbelanjaan, hebahan atas kerja2 yg dilakukan, kejayaan menyelesaikan masalah perumahan rakyat dan lain2 lagi..
Cukuplah.. Ini adalah masa buat kerja.. Anda dipilih oleh rakyat.. Jalankan tanggung jawab anda utk beruara atas marhaen yg anda wakili ...samada dewan negeri atau dewan negara.. Jaga hak dan hal mereka semua kerana mereka adalah tanggung jawab anda.. bukan alat politik anda semata2..
Api semangat yang marak dan menyala dalam setiap penyokong PR harus disuburkan dengan pendekatan yg pelbagai dan bukan sahaja dengan perhimpunan seperti ini.. Jika tidak kita akn berterusan menggigit jari pada pRU akan datang dan BN terus berkuasa dgn senyum simpul mereka..
Ini adalah era politik bijak.. Bijak mengambil peluang serta bijak membaca mood, trend dan reaksi marhaen..
Terima kasih..
wassalam.."
Regim Syria macam BN, buat pekak badak terhadap kutukan dunia... yang penting pertahankan kuasa
Posted on Sunday, June 23 @ 01:07:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Zulkifli Yahaya
Mata masyarakat dunia kini tertumpu pada Syria. Perkara besar yang berlaku di Syria ialah keganasan regim Basyar Al-Assad membunuh ribuan rakyatnya sendiri. Ada sumber melaporkan jumlah kini melepasi 200 ribu.
Basyar berjaya memecahkan rekod keganasan bapanya Hafiz Al-Assad. Dalam konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari regim Hafiz mengorbankan hampir 46 ribu penduduk.
Pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat sendiri itulah sebenarnya peristiwa besar. Peristiwa yang melatari dan menghiliri kemelut itu seperti Hezbullah, Iran, Syiah, Amerika, Israel hakikatnya bukan perkara untuk difokuskan di kala nyawa rakyat sendiri tidak dapat dipertahankan oleh kerajaan yang sepatutnya melindungi rakyat.
Mengapa sanggup membunuh rakyat sendiri untuk mempertahankan kuasa?Tanpa rakyat tiada ertinya kuasa. Itu persoalan yang ditimbulkan oleh golongan rasional dan berakal. Namun orang yang tamakkan kuasa seringkali hilang akal. Regim Pol Pot di Kemboja membunuh lebih sejuta rakyatnya, sebahagian besarnya terdiri dari bijak pandai lantaran Pol Pot tidak mahu golongan yang lebih pandai darinya akan menguasai kerajaan.
Zaman Firaun, bayi yang baru dilahirkan mestilah jangan lelaki. Kerana ada Ahlulnujum diraja beritahu, orang yang akan mencabar kuasa Fiaraun adalah seorang lelaki. Maka Firaun mengarahkan mana-mana bayi lelaki yang muncul hendaklah dibunuh. Jika semua bayi lelaki dibunuh, yang tinggal hanya perempuan, mana nak bersambung zuriat selepas itu? Peraturan Firaun adalah gila namun orang yang terdesak pertahankan kuasa akan buat apa saja kerja gila.
Kezaliman terhadap rakyat di Syria disemarakkan apabila sekumpulan kanak-kanak menjadikan dinding sekolah mereka tempat mengutuk kerajaan Basyar Al-Assad. Apabila sampai ke pengetahuan regim Basyar, 28 kanak-kanak ditangkap tentera regim Basyar dan didera sedahsyatnya sehingga ada yang mati. Kemarahan rakyat marak dengan pantas. Mereka hanya mampu marah tanpa senjata, dijadikan pula mangsa keganasan Basyar. Keganasan terhadap rakyat semakin merebak dengan meluas ke seluruh negara. Peristiwa itu bukanlah permulaan keganasan tentera Syria. Sejak regim Asad lagi mereka sudah mengganas terhadap rakyat.
Bezanya dahulu mereka mengganas kerana keangkuhan tetapi kini mengganas kerana ketakutan. Semua tahu bahawa dunia Arab diledakkan oleh kebangkitan rakyat sehingga kerajaan yang dilihat gagah perkasa jatuh satu demi satu. Basyar ketakutan, tak mahu senasib dengan Zein El-Abidin Hosni Mubarak dan Muammar Ghadafi. Kebangkitan rakyat mesti dikekang dengan apa cara sekalipun.
Senario yang sama dapat dilihat pada semua kerajaan yang berkuasa terlalu lama. Mereka akan lakukan apa saja, di luar kerasionalan manusia, asal dapat pertahankan kuasa. Macam BN di Malaysia juga!
Kepincangan demokrasi di negara ini bukan perkara baru. Sudah lebih separuh abad. Semasa Almarhum Ustaz Fadzil Noor menjadi Presiden PAS, beliau pernah diajukan cadangan supaya parti-parti pembangkang memboikot saja pilihanraya. Biar dunia tahu kepincangan demokrasi di Malaysia.
Jawab Ustaz Fadzil, kalau di negara demokrasi lain pemulauan pilihanraya oleh pembangkang akan memberi pukulan hebat untuk parti yang memerintah kerana ia melibatkan maruah kerajaan. Soalnya, kata Ustaz Fadzil, BN mana ada maruah. Pemboikotan pilihanraya tidak akan beri apa-apa kesan. Malah BN mungkin akan lebih gembira kerana dapat menang percuma.
Adakah Basyar Al-Asad merasa tertekan dengan kutukan dunia terhadap keganasan yang mereka lakukan terhadap rakyat sendiri? Jawapannya, sama macam BN, regim Basyar tidak akan rasa apa-apa kerana yang penting ialah akibatnya mereka dapat pertahankan kuasa.
Laporan perihal demokrasi Malaysia yang pincang menjadi sebab BN berjaya mengekalkan kuasa untuk kali ke 13 tersiar seantero dunia. Dunia tahu bahawa BN menang dengan undi pos, media berat sebelah, BN salahguna jentera kerajaan, BN beli undi guna duit rakyat dan BN menang dengan sokongan 47 peratus berbanding Pakatan 51 peratus - namun mereka hanya perlu buat pekak badak dan menebalkan kulit muka kepada masyarakat dunia.
Sekarang, selepas menang tipis secara kotor dalam PRU13 BN mengambil beberapa langkah untuk menyempitkan lagi ruang demokrasi. Akhbar Harakah, Suara KeADILan dan Roket dihadkan penyebaran. Khabarnya media maya akan turut alami sekatan kerajaan. Pejuang jalanraya menuntut demokrasi adil mula terima tekanan. Malaysia mungkin kembali ke era Mahathir di zaman 'diktator'nya. Adakah BN tidak rasa bersalah untuk melakukan itu semua terhadap rakyat? Jawapan yang sama kalau soalan itu diajukan pada regim Basyar Al-Asad.
Blog Zulya Nota Utara
Husam Singgah Di Raub Untuk Solat Maghrib, Penyokong Berkumpul Di IPD Pengkalan Chepa
Posted on Saturday, June 22 @ 23:46:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Greenboc
Jam 7:30 malam tadi rombongan Polis yang membawa Dato' Haji Husam Musa pulang ke IPD Pengkalan Chepa berhenti untuk solat Maghrib di Balai Polis Raub.
Alhamdulillah dalam keadaan kurang sihat (demam) Dato' Haji Husam Musa tidak digari & beliau diberi Penghormatan mengimami solat Maghrib manakala para Pegawai Polis yang mengiringi beliau menjadi makmum.
Mohon para penyokong Dato' Haji Husam Musa untuk berkumpul dihadapan IPD Pengkalan Chepa bermula jam 11:00 malam ini untuk menyatakan sokongan & solidariti pada beliau. -fb
Ulasan GB
Intan itu tetap intan yang berharga walau di dalam keadaan apa dan dimana sekalipun ia berada...
Itulah hukum kebenaran dan keadilan. Ditinggikan darjat orang beriman dan berilmu itu dengan beberapa darjat dari yang lainnya.
Husam dibawa ke IPD Pengkalan Chepagreenboc.blogspot.com
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Husam Musa yang ditahan di Balai Polis Ampang petang tadi, kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Chepa, Kelantan.
Menurut maklumat yang diterima Harakahdaily, Adun Salor itu dibawa dengan kereta proton Waja polis kira-kira jam 6 petang tadi.
Beliau dijangka tiba di IPD Pengkalan Chepa lewat malam ini.
Difahamkan waran tangkap terhadap Husam dikeluarkan polis Kelantan pada 20 Jun lalu.
Terdahulu, kira-kira jam 4 petang tadi Husam melalui khidmat pesanan ringkas SMS memaklumkan bahawa beliau ditahan di Desa Pandan ketika sedang dalam perjalanan menuju ke Himpunan Aman Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Beliau memaklumkan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Ia dipercayai ada kaitan dengan kenyataannya mengenai ‘syahid fi sabilillah’ berhubung penyertaan pada himpunan aman Black 505 di Padang Merbok hari ini.
Dalam perkembangan lain, penyokong Pakatan Rakyat akan berkumpul di IPD Pengkalan Chepa bermula jam 11:00 malam ini. - HD
Himpunan Black 505 Padang Merbok 22/06/13
Posted on Saturday, June 22 @ 22:08:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Omak Kau
EDISI KANTOI TERBURAI SAMPAI TERLONDEH TERBARAI!!!!
Bukan main suka lagi beberapa blogger pro UMNO buat cerita dengan muat naikkan rakaman gambar A dengan putra fakta kononnya Himpunan Black 505 di Padang Merbok petang tadi tidak mendapat sambutan langsung dari rakyat terutamanya dari anak-anak muda.
Rakaman gambar A sebenarnya ialah dirakam dari udara waktu jam lebih kurang 1.00 ptg, ketika orang ramai yang bergerak dari 7 lokasi yang ditetapkan untuk berkumpul belum lagi sampai.
Bermodal dan bersenjatakan rakaman gambar (A) maka para pendokong dan penyokong UMNO pun bukan main lagi riang ria perli, caci dan maki para penganjur terutamanya para pemimpin PR kononnya Himpunan hambar tidak mendapat sokongan dan sambutan.
Ada dikalangan mereka itu yang jenis taksub membuta tuli terus percaya tanpa disedari ianya lebih kepada cara nak sejukkan hati yang sudang gundah gelanah dan panik resah sebab walaupun sudah 1 bulan lebih PRU berlangsung namun momentum kebangkitan rakyat masih membara tidak reda.
Realitinya Himpunan Black 5050 Padang Merbok adalah seperti rakaman gambar (B)... Sambutan cukup hangat lagi memberangsangkan.
Diugut untuk diambil tindakan sehingga kalau perlu bantuan tentera dipinta, namun rakyat terutamanya anak-anak muda dari pelbagai keturanan dan status turun beramai-ramai memberikan sokongan padu lagi jitu.
omakkau.blogspot.com
Tidur, ini jawapan Khalid Ibrahim
Posted on Saturday, June 22 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: laniismaa
"Bukan main seronok lagi TV3 semalam menyiarkan Tan Sri Khalid Ibrahim terlelap semasa sidang media [di sini]. Ntah-ntah malam ini diulang semula. Ini jawapan Khalid,
“Saya bersikap terbuka terhadap laporan saya terlelap di TV malam tadi. Sebagai manusia, ada kalanya kita tidak sihat.Pegawai Tan Sri Khalid Ibrahim juga berkata beliau tidak sihat dan terlalu mengantuk kerana kesan daripada ubat darah tinggi yang diambilnya. Kini beliau sihat seperti biasa.
“Rakyat boleh menilai komitmen saya pada kerja. Terima kasih sekali lagi atas segala ucapan selamat,” kata Khalid Ibrahim melalui Facebook.
Exco Kerajaan Negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi yang juga merupakan seorang doktor perubatan, menjelaskan bahawa Menteri Besar mengalami masalah kekurangan tenaga semalam.
“Dia (Abdul Khalid) tidak mengambil sarapan pagi semalam. Sebab itu badannya tidak mempunyai gula dan tenaga yang mencukupi, hingga menyebabkannya terlelap,” jelas Adun Sijangkan. – HarakahDailyKita lihatlah malam ini, adakah Buletin Utama TV3 nak siarkan lagi. TV3 seronok dengan insiden begini.
Baca : TV3 siar Khalid Ibrahim tidur sebentar tadi, macai bila pula?"
Apakah yang boleh kita katakan
Posted on Saturday, June 22 @ 19:02:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: anaabdullah
"Apakah yang boleh kita kata apabila Datuk Seri Ahmad Said isytihar Terengganu tidak akan hantar pelajar negeri kaya rakyat miskin ini melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir.
Kebanyakan rakyat Terengganu merasa hairan dengan isytihar menteri besar yang dilantik penggal kedua untuk menerajui Terengganu yang menang PRU 13 dengan nisbah 15-17 itu.
Penulis tak hairan pun, kerana sesiapa pun yang tak berminat dengan dunia pendidikan Islam akan bertindak demikian, miskipun mereka mengaku beragama Islam.
Macam juga ibubapa yang tidak berminat dengan pendidikan Islam. Mana mungkin mereka akan menghantar anak anak mereka belajar di sekolah sekolah agama.
Bukan setakat itu sahaja, malah ada antara mereka berkata, belajar dibidang pendidikan Islam tiada nilai ekonomi, termasuk ada yang telah berkata, keluar nanti nak kerja apa.
Sehubungan dengan itu, ramai juga ibubapa yang tak akan menghantar anak anak mereka belajar di sekolah sekolah menengah Inggeris,kerana takut dan bimbang anak yang lulus nanti jadi macam orang kafir.
Memang ada kebenaranya, kerana kebanyakan pelajar yang belajar disekolah menengah Inggeris yang ditaja pihak kerajaan melanjutkan pelajar keluar Negara ikut macam kafir dan jadi macam kafir.Tak solat lima waktu sehari semalam. Arak dijadikan minuman biasa.Demikian juga zina.
Oleh itu, Turki yang di terajui Mustafa Kamal Ata Turk mengharamkan rakyatnya melanjutkan pelajaran ke university Al Azhar.Bukan itu sahaja malah telah mengharamkan puasa keatas rakyat jelatanya.
Tak kisahlah, kerana Mustafa Kamal Ata Turk adalah seorang pemimpin berketurunan yakjuj makjuj dan layak digelar yakjuj makjuj moden.
Akan tetapi ini, MB Terengganu yang masih beragama Islam juga telah isytihar tak akan hantar pelajar negeri ini melanjutkan pelajar ke university Al Azhar.
Mustahil nak ikut tindakan orang orang yakjuj makjuj yang memang bertujuan untuk merosak dan melakukan bencana diatas muka bumi Allah ini."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan