Warkah dari Aduka Taruna dari dalam lokap
Aduka Taruna, Koordinator Program, |
SPR diselamatkan oleh polis yang tiada pengalaman.
1. Pihak NGO Royalti kecewa apabila objektif perhimpunan menentang penipuan SPR dan JPN telah menjadi acara permusuhan antara peserta dengan pihak polis.
2. Keadaan awalnya berjalan baik. Polis mengatakan pihaknya membenarkan 10 wakil gabungan aktivis untuk masuk ke parlimen bagi menyerahkan memorandum.
3. Tetapi keadaan menjadi curiga apabila terlalu lama. Apabila wakil gabungan aktivis cuba mendapatkan penjelasan, kumpulan polis muda yang membentengi jalan masuk menjawab dalam keadaan mengejek.
4. Gabungan aktivis memutuskan untuk menyusun peserta sehingga 5 meter dari sempadan benteng polis. Ini bagi menunjukkan objektif aktivis adalah serius.
5. Apabila gabungan aktivis mara, polis muda yang menjadi benteng menjadi cemas dan menyerang aktivis.
6. Keadaan menjadi buruk apabila terlalu ramai orang tidak beruniform memukul aktivis atas nama polis. Ini menyebabkan aktivis melawan mempertahankan diri kerana tidak wujud tanda rasmi polis.
7. Yang direkodkan, seramai 37 aktivis cedera termasuk aktivis Royalti bernama pena Lan Cass. Beliau mendapat kecederaan patah kaki akibat dipukul 'polis berpakaian biasa'.
8. NGO Royalti menyeru semua pihak berhimpun di Lokap Bersepadu Jinjang bagi menyatakan solidariti kepada aktivis yang cedera dan ditahan.
AdukaTaruna
Koordinator Program
Jerebu: Selangor syor sekolah tutup jika IPU 150
Selangorku, | 25 Jun 2013 |
SHAH ALAM: Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong mempersoalkan arahan Kementerian Pelajaran yang hanya membenarkan sekolah ditutup sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 300, iaitu paras merbahaya.
Elizabeth berkata adalah lebih munasabah jika sekolah dibenarkan tutup jika masalah jerebu melebihi paras 150 IPU iaitu pada tahap tidak sihat.
“Saya rasa tahap bacaan IPU 300 itu terlalu lambat, lebih baik jika bacaan mencecah 150 terus tutup sekolah kerana kita mesti faham paru-paru kanak-kanak tidak tahan seperti orang dewasa.
“Ini cadangan saya, mereka perlu lihat semula lebih baik tutup sekolah dan diganti persekolahan itu pada hari minggu daripada menjejaskan kesihatan pelajar,” katanya.
Beliau ditemui ketika mengedarkan topeng muka kepada penduduk Bukit Lanjan di pasar pagi Desa Jaya di Petaling Jaya pagi ini.
Semalam, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) memaklumkan Kementerian Pelajaran mengeluarkan arahan berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan supaya menutup sekolah sekiranya IPU berada di tahap melebihi 300.
Mengulas lanjut, beliau berkata Kerajaan Persekutuan wajar mengkaji semula Prosedur Operasi Standard (SOP) itu kerana ia akan memberi kesan kesihatan kepada pelajar.
Elizabeth berkata arahan kementerian tidak konsisten dengan tindakannya semalam di mana sekolah-sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor ditutup apabila paras IPU berada di bawah 200.
“Tindakan Kementerian untuk membuka semula sekolah-sekolah di negeri Selangor dan Kuala Lumpur adalah tidak wajar. Semalam keadaan di kebanyakkan tempat dibawah IPU 200 ditutup. Tetapi hari ini bacaan IPU melebihi 200, sekolah dibuka.
“Perkara ini sudah tentu akan merisaukan ibu bapa dan guru,” katanya.
Pada pagi ini, kualiti udara di Pelabuhan Klang, Selangor kini dikategorikan sebagai bahaya apabila bacaan IPU mencatatkan 495 setakat 8 pagi.
Portal Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melaporkan empat kawasan di Selangor iaitu Petaling Jaya, Banting, Shah Alam dan Kuala Selangor mencatat IPU sangat tidak sihat dengan bacaan lebih 200.
Elizabeth turut memaklumkan Kerajaan Negeri sudah mengedarkan sebanyak 250,000 topeng muka kepada penduduk Selangor termasuk ke sekolah-sekolah kerana mendapat permintaan yang tinggi.
Kes Altantuya: Peguam persoal siapa pemilik selipar
Muhammad Faizal, | 25 Jun 2013 |
Peguam kepada Koperal Sirul Azhar, Kamarul Hisham Kamaruddin yang ditemui memberitahu terdapat isu-isu yang pada mahkamah merupakan isu-isu penting terutamanya isu selipar yang ditemui gagal dijawab oleh pihak pendakwaan.
Malah menurut beliau lagi, berkenaan dengan hak milik selipar sehingga sekarang tidak ada saksi yang dipanggil oleh pihak pendakwaan dan ia merupakan isu penting dan perlu diputuskan.
"Kita telah mengemukakan hujah semalam dan ia perlu dijawab oleh pihak pendakwaan, namun apa yang kita perhatikan hari ini bahawa pihak pendakwaan gagal mengenalpasti siapa pemilik sebenar selipar tersebut.
"Sehingga sekarang pihak pendakwaa gagal memanggil saksi untuk mengenal pasti pemiliknya dan bagi saya ini merupakan isu penting dan perlu diputuskan," jelas beliau.
Jelasnya lagi, perkara yang dibangkitkan oleh pihak pembela mengikut pemikiran mahkamah ia merupakan perkara utama yang harus dijawab oleh pihak pendakwaan dan ia telah diajukan kepada pihak pendakwaan untuk dijawab secara khusus.
Sementera itu, setelah mendengar hujah dari kedua-dua belah pihak pembelaan dan pendakwaan, Hakim Datuk Sri Mohamed Apandi Ali menetapkan satu tarikh yang lain bagi membuat keputusan selepas beliau dan dua lagi Hakim Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat analisis atas hujah-hujah yang telah diberikan.
Dalam pada itu Kamarul turut memberitahu bahawa sekarang terpulang kepada mahkmah untuk membuat keputusan yang terbaik.
"Susah untuk saya komen isu-isu telah kita bangkitkan semalam telah dipetik dan diajukan kepada pihak pendakwaan untuk dijawab.
"Tentang bagaimana peluang itu bergantung kepada mahkamah, saya tak boleh nak komen dengan lebih lanjut," sambung beliau.
Kes rayuan sepatutnya berlangsung selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Jun, namun Hakim membatalkan kes rayuan esok bagi memberi ruang kepada pihak mahkamah rayuan membuat analisis terhadap hujah-hujah sebelum keputusan diberikan.
Saya sedia ke balai polis, tak perlu tangkap - Husam
Aslani M, | 25 Jun 2013 |
Naib Presiden PAS itu berkata, beliau “dilayan” seperti pembesar pula dengan diiringi begitu ramai anggota polis.
Namun katanya, apa yang lebih pelik apabila polis terbabit melalui jalan yang jauh dengan berpusing ke beberapa jajahan sebelum sampai di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu jam 1.30 pagi.
“Polis buat habis minyak kereta sahaja dengan berpusing-pusing ke merata tempat sebelum sampai di IPD di Pengkalan Chepa,” katanya pada ceramah Free Husam di Pasir Tumbuh malam tadi.
Program tersebut dianjurkan Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R), diketuai Nazri Deraman.
Hadir sama anggota Exco, Datuk Dr Muhamed Fadzli Hassan, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, Adun Pasir Tumbuh, Abdul Rahman Yunus, Adun Tawang, Hassan Mohammad dan aktivis R.
Husam ditahan di Pandan ketika berada di sebuah kedai makan sebelum dibawa ke IPD Ampang. Kemudian pada jam 6 petang dibawa pula ke Kota Bharu dengan kereta.
Beliau ditahan dipercayai ada kaitan dengan ucapannya mengajak orang ramai hadir pada program Blackout di Padang Merbok petang 22 Jun lalu.
Husam juga meluahkan rasa hairan mengapa polis tidak memberitahunya lebih awal untuk datang memberi keterangan di IPD Kota Bharu, sehingga terpaksa pula ditahan di Kuala Lumpur.
Katanya, laporan polis terhadapnya dibuat pada 21 Jun, sedangkan ceramah Blackout 505 diadakan di Ketereh pada malam 12 Jun lalu.
“Lagi pun semasa datang ke Kuala Lumpur pada 21 Jun lalu saya juga bertemu dengan seorang pegawai kanan polis dalam satu penerbangan, tetapi tidak pula diberitahu ada tangkapan hendak dibuat.
“Kalau ada apa-apa masalah polis boleh panggil dan tak payahlah hendak datang tangkap di tempat lain,” ujarnya.
Mengapa Najib takut undi sulit untuk Speaker?
Harakahdaily, | 25 Jun 2013 |
Bagi Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Datuk Seri Najib sekali lagi terlepas peluang untuk melakukan sesuatu kelainan bagi membuktikan bahawa beliau komited dengan Perubahan dan Rekonsiliasi Nasional.
Najib juga, katanya, gagal memulihkan kepercayaan bahwa beliau adalah seorang negarawan bahkan sebaliknya memperkukuhkan title ‘Autokrat Baru’ dan ‘Demokrat Palsu’ (False Democrat) yang pernah diberikan oleh seorang penulis Mark Mackinnon (Globe and Mail, 2012).
Sidang Parlimen ke-13 bermula semalam dengan pemilihan Yang DiPertua Dewan Rakyat (YDDR) serta angkat sumpah ahli parlimen.
Terdahulu telah disebut-sebut supaya amalan parlimen wajar mengalami penambahbaikan dengan mengizinkan calon dari pihak pembangkang di angkat menjadi YDDR.
Sebelum persidangan, Barisan Nasional (BN) telah sekali lagi mencalonkan Tan Sri Padikar Amin sementara Pakatan Rakyat mencalonkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman.
Amalan memilih Speaker dari pencalonan pihak pembangkang memberikan lonjakan imej parlimen di negara ini menghampiri negara maju seperti menyaksikan seorang Speaker dari Parti Buruh semasa Perdana Menteri John Major dari Parti Konservatif di United Kingdom.
Malangnya, kata bekas anggota Parlimen Kuala Selangor itu, setelah diberitahu akan hasrat ini secara terbuka, ianya tidak langsung tampaknya diberikan layanan menasabah oleh PM Najib.
Benar, Setiausaha Parlimen Datuk Rosmee Hamzah yang mempengerusikan acara pemilihan.
Namun bagi Dr Dzul, Najib masih boleh bertindak untuk memperbetulkan dan menentukan peraturan lebih menepati peraturan Standing Order 4 (4) yang ringkasnya bermaksud supaya pengundian dilakukan secara rahsia ‘secret ballot’ dengan tidak memerlukan Ahli Parlimen meletakkan namanya di atas kertas undi (ballot paper).
Keputusan pemilihan, ketika dilakukan dengan secara ‘tidak rahsia’ tentunya adalah seperti diramal.
Pandikar mendapat 133 undi sementara Abdul Kadir, mendapat seluruhnya undi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yakni 89.
Amalan mengundi secara ‘secret ballot’ atau rahsia bertujuan untuk mengizinkan Ahli Parlimen (khasnya ‘backbenchers’ kerajaan) mengundi mengikut ‘conscience’ atau ‘dhamir’ berdasarkan kekuatan fakta dan hujjah, hujjah beliau.
Dengan kata lain, Ahli Parlimen boleh membuat ‘pendirian sendiri’ atau ‘break rank’ dalam isu atau rang undang-undang tertentu yang melibatkan kemaslahatan rakyat dan negara melebihi kepentingan parti atau koalisinya.
Ini juga adalah antara ciri politik matang yang disaksikan di negara lebih ‘advanced’ demokrasinya dan terkeluar dari amalan biasa yakni ‘bloc voting’ atau ‘mengundi secara blok’ yakni kerajaan atau pembangkang.
"Itulah yang diharapkan berlaku dalam pemilihan YDDR semalam," katanya.
Bagi beliau, kegagalan Najib untuk melakukan satu ‘kelainan’ sesuai dengan dakwaan beliau serius untuk berubah, dibaca oleh umum dengan pelbagai tafsiran.
Yang paling jelasnya Najib bukanlah pemimpin yang mampu membuat ‘kejutan’ yang sifatnya terlalu ‘konvensional’ dan ‘mudah diramal‘ (predictable).
Justeru, kata beliau, beliau tidak pernah ditanggapi mampu memecah tradisi atau berkeupayaan melakukan ‘breakhthrough’ dalam kepemimpinannya.
Beliau lebih dikenali sebagai seorang pemimpin yang ‘play-safe’ dan jauh lagi untuk menjadi ‘risk-taker’ atau ‘pengambil risiko’ tinggi dalam percaturan politiknya. Beliau telah terbiasa begitu sejak azali lagi, kehidupan yang mudah, selesa dan banyak dibantu oleh penasihat khasnya mutakhir ini dengan perunding antarabangsa, dakwanya.
"Tafsiran mudahnya beliau takut kepada ahli parlimennya. Sebabnya? Jelas. Beliau seperti dibayangi ketakutan akan kemungkinan ada Ahli Parlimen BN yang merancang untuk belot dan menikamnya dari belakang," dakwanya.
Bukankah telah tersebarnya berita bahawa sekitar 30 Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak mengadakan perjumpaan dengan Tengku Razaleigh, katanya.
Mereka meluahkan rasa tidak puas hati terhadap layanan Najib. Ini telah menimbulkan kegusaran bukan kepalang buat Najib. Hampir sahaja beliau mahu mangadu kepada lawannya, Ketua Pembangkang.
Dengan Sabah dan Sarawak menyumbang 1/3 daripada kemenangan BN tetapi hanya diberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri telah menimbulkan ketakutan bahawa mungkin mereka akan melakukan protes dan sabotaj.
Katanya, Najib gusar, meskipun ada seorang kroni Najib dikatakan telah membayar setiap seorang RM5 juta mengikut satu penulisan seorang kolumnis tempatan.
Perbuatan menyingkirkan Pak Lah kini kembali menghantuinya setelah dia sendiri gagal mengembalikan penguasaan 2/3 majoriti BN di Dewan Rakyat.
Dia juga adalah Panglima Perang Umno-BN di Selangor yang kecundang, getus beliau.
"Bayangkan, kekalahan calon YDDR BN tentunya menandakan bahawa beliau tidak lagi mengecapi kepercayaan ahli parlimen BN sendiri," ujarnya.
Lalu beliau wajar bubarkan parlimen segera andainya itu berlaku. Risiko terlalu besar untuk diperjudikan seluruh karier politiknya dengan isu pemilihan YDDR. Najib ambil jalan selamat dan persetankan segala kehendak rakyat dan perubahan, katanya dalam kenyataan itu.
Baginya, untuk sementara ini Najib boleh berhenti berangan-angan untuk mendapat sokongan Pakatan Rakyat ke arah Rekonsiliasi Negara.
Lebih menekankan lagi adalah ujian seterusnya tentang penubuhan sebuah Panel Khas Parlimen yang akan memantau penubuhan dan perjalanan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Pakatan Rakyat mungkin sahaja menuntut supaya perlantikan calon Pengerusi SPR ialah calon yang dicadangkan Pakatan Rakyat sekali lagi.
Sebagai prasyarat penubuhan SPR baru ini yang diletakkan di bawah pemantauan sebuah Panel Khas Parlimen, semua Pengerusi, Timbalan dan Setiausaha serta anggota SPR yang ada ini, mesti meletakkan jawatan segera.
Najib telah terlepas peluang melakukan yang terbaik dalam hal pemilihan YDDR. Apakah Najib juga akan mengulangi kesilapannya dalam kes SPR nanti?
"Sila pantau politik negara dalam sesi parlimen ke-13 ini yang semakin sengit tetapi menarik. Inilah antara hadiah Politik Baru!" saran beliau.
Rakyat akan terus lawan penipuan - Safwan
Harakahdaily, | 25 Jun 2013 |
Beliau dan rakan-rakanya yang dibebaskan malam tadi selepas ditahan jam 11.30 pagi semalam berkata, agenda menentang penipuan ini akan menjadi agenda berterusan selagi mana kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang ada sekarang ini tidak meletakkan jawatan.
"SPR akan terus berkhidmat untuk menipu rakyat dengan pelbagai agenda terbaru. SPR akan terus bersekongkol dengan Umno BN menjalankan modus operandi kononnya SPR telus, sedangkan bukti kegagalan SPR sudah cukup jelas dengan isu dakwat yang tidak kekal.
"Teruslah pilihanraya ke-14, 15 sekalipun, rakyat akan terus ditipu SPR walaupun hak rakyat dalam perlembagaan artikel 114(2) jelas bahwa "SPR suatu badan yang mempunyai kepercayaan awam".
"Ternyata SPR tidak lagi mempunyai kepercayaan awam yang majoriti! Perkara ini sangat mengecewakan rakyat kebanyakan," tulisnya di facebook hari ini.
Dalam pada itu beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat yang telah bersolidariti di hadapan Balai Polis Jinjang mendesak pembebasan semua tahanan malam tadi.
Pagi semalam, seramai 29 orang lelaki dan tiga wanita termasuk Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin dan aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim ditahan ketika mengadakan protes di hadapan parlimen.
"Pokok pangkal SPR telah gagal, apa lagi ukuran pencapaian SPR yang mahu dibangga dan dikekalkan? Must resign now," tegasnya.
Jerebu: Pemuda PAS gesa usul tergempar parlimen
Muhammad Faeez Azahar, | 25 Jun 2013 |
Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, DPPM mengharapkan kepantasan dan tindakan segera semua Kementerian yang terlibat bagi memastikan masalah jerebu ini dapat diatasi sebelum ianya menjadi lebih kronik.
“DPPM mengharapkan agar parlimen yang sedang bersidang dapat membuat usul tergempar tentang isu ini bagi membincangkan permasalah ini seterusnya memastikan kaedah serta cara agar mendapat jalan penyelesaian,” katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau menjelaskan, usul ini sangat penting bagi mendapatkan penjelasan daripada pihak yang terlibat seterusnya mengambil tindakan selanjutnya bagi menyelesaikan masalah ini
Kata beliau, masalah jerebu ini bukan perkara baru namun kerajaan gagal berperanan untuk menanganinya secara rasional untuk kebaikan sejagat.
“Antara keperluan tindakan juga seperti menubuhkan Jawatankuasa Bersama antara Negara Asia Tenggara bagi menghadapi isu bersama ini.
“Malah saluran di dalam keanggotaan Asean sepatutnya digunakan sebaik mungkin membincangkan isu bersama ini,” jelasnya lagi.
Raja Iskandar menjelaskan, DPPM tidak mahu penyelesaian masalah jerebu ini bersifat bermusim malah dapat di atasi sepenuhnya dengan satu kerangka kerja yang berstrategik antara negara yang terlibat.
Kata beliau, kemungkinan tindakan keras boleh diambil terhadap negara Indonesia, tetapi ianya bukan satu tindakan penyelesaian yang konkrik.
“Diharap juga satu badan yang akan mengendalikan kajian sepenuhnya terhadap masalah jerebu ditubuh oleh kerajaan bagi penyelesaian untuk jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang,” jelasnya lagi.
Muslimat Perak anjur Gerhana13 bantah penipuan p'raya
Muhamamd Faeez Azahar, | 25 Jun 2013 |
IPOH: Dewan Muslimat PAS Perak akan menghimpunkan seluruh ahli dan jenteranya bagi menzahirkan kekecewaan terhadap segala penipuan serta kepincangan yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Himpunan yang diberi nama ‘Gerhana13’ itu akan diadakan pada 30 Jun ini di Dataran Fatihah, Padang Rengas bermula jam 8.30 pagi.
Pengarah program, Mazidah Ghazi berkata, himpunan tersebut bertujuan untuk menaikkan semangat jentera agar terus berjuang dan tidak mudah untuk menyerah kalah walaupun menghadapi penipuan yang sangat licik oleh BN serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Beliau berkata, seluruh ahli dan jentera muslimat akan memberi penerangan berkaitan penipuan dan kepincangan yang berlaku disamping menyampaikan maklumat yang terkini dan benar.
Jelas beliau, ucaptama proram tersebut akan disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa dan turut dihadiri oleh kepimpinan PAS Perak yang diketuai Pesuruhjayanya, Ustaz Abu Bakar Hussien.
“Dewan Muslimat PAS Perak menyedari akan keperluan maklumat berkaitan penipuan serta kepincangan pilihanraya didedahkan kepada rakyat khususnya dikalangan wanita terutama muslimat PAS supaya mereka mempunyai maklumat yang benar dan terkini.
“Oleh sebab itu, himpunan ini sangat penting bagi menaikkan semangat juang jentera akan tidak terus berasa kecewa dengan apa yang berlaku dalam PRU13 lalu,” katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Perak menjelaskan, program ini juga akan menyemarakkan kembali semangat juang di kalangan muslimat bagi mengembling kekuatan untuk menghadapi kemungkinan yang akan berlaku berikutan enam petisyen yang dibuat oleh PAS Perak.
“Kami berkeyakinan bahawa muslimat sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berkaitan petisyen pilihanraya.
“Kekuatan dan kesungguhan muslimat telah terbukti dalam menghadapi apa jua cabaran dan rintangan,” tegasnya lagi.
Speaker diminta adil, jujur kepada semua MP
Harakahdaily, | 25 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR:
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta agar Yang Dipertua Dewan
Rakyat (Speaker) yang baru dipilih bagi penggal ke-13, Tan Sri Pandikar
Amin Mulia (gambar) agar menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh amanah dan adil kepada semua pihak.
DPPM yakin, semua ahli parlimen akur dengan pelantikan beliau dalam proses pemilihan yang berlangsung semalam meskipun berlaku kekecohan dan dakwaan undian dijalankan tidak secara adil kerana tiada jaminan kerahsiaan.
“Beliau telah terpilih melalui undian dan suratan menentukan Tan Sri Pandikar akan sekali lagi menjadi Yang Dipertua buat penggal keduanya berturut-turut,” ujar Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor.
Katanya, dalam komposisi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat meningkat menjadi 89 orang manakala Ahli Parlimen Barisan Nasional merosot menjadi 133 orang, seharusnya Pandikar melihat semua ahli parlimen dengan pandangan yang adil tanpa melebihkan satu-satu pihak.
Beliau berkata, semua ahli parlimen perlu diberikan ruang berbahas mengenai sesuatu perkara dan mana-mana pihak yang melanggar peraturan perlu diambil tindakan meskipun ia datangnya dari ahli parlimen partinya sendiri.
Katanya lagi, rakyat telah memilih ahli parlimen dan tugas ahli parlimen adalah berbincang dan berbahas untuk kepentingan rakyat dan tugas Speaker pula adalah meneutralkan keadaan dan memutuskan sesuatu perkara dengan mengambil pandangan semua pihak serta kepentingan umum.
“Rakyat tidak mahu pemimpin mereka meletakkan kepentingan diri sendiri dengan melupakan kepentingan rakyat yang mengundi mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, rakyat sudah bosan dengan suasana politiking kepartian yang tidak berkesudahan sehingga melupakan perkara utama yang mereka perlu perjuangkan di dalam dewan yang mulia itu.
“Adalah diingatkan, menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah suatu amanah yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat dan Ahli Parlimen.
“Ketidakadilan beliau dalam memimpin Parlimen sesi ini akan dipersoalkan oleh Allah SWT di hari akhirat kelak,” ujarnya.
DPPM yakin, semua ahli parlimen akur dengan pelantikan beliau dalam proses pemilihan yang berlangsung semalam meskipun berlaku kekecohan dan dakwaan undian dijalankan tidak secara adil kerana tiada jaminan kerahsiaan.
“Beliau telah terpilih melalui undian dan suratan menentukan Tan Sri Pandikar akan sekali lagi menjadi Yang Dipertua buat penggal keduanya berturut-turut,” ujar Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor.
Katanya, dalam komposisi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat meningkat menjadi 89 orang manakala Ahli Parlimen Barisan Nasional merosot menjadi 133 orang, seharusnya Pandikar melihat semua ahli parlimen dengan pandangan yang adil tanpa melebihkan satu-satu pihak.
Beliau berkata, semua ahli parlimen perlu diberikan ruang berbahas mengenai sesuatu perkara dan mana-mana pihak yang melanggar peraturan perlu diambil tindakan meskipun ia datangnya dari ahli parlimen partinya sendiri.
Katanya lagi, rakyat telah memilih ahli parlimen dan tugas ahli parlimen adalah berbincang dan berbahas untuk kepentingan rakyat dan tugas Speaker pula adalah meneutralkan keadaan dan memutuskan sesuatu perkara dengan mengambil pandangan semua pihak serta kepentingan umum.
“Rakyat tidak mahu pemimpin mereka meletakkan kepentingan diri sendiri dengan melupakan kepentingan rakyat yang mengundi mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, rakyat sudah bosan dengan suasana politiking kepartian yang tidak berkesudahan sehingga melupakan perkara utama yang mereka perlu perjuangkan di dalam dewan yang mulia itu.
“Adalah diingatkan, menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah suatu amanah yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat dan Ahli Parlimen.
“Ketidakadilan beliau dalam memimpin Parlimen sesi ini akan dipersoalkan oleh Allah SWT di hari akhirat kelak,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan