Ahad, 16 Jun 2013

BILA BARANG NAIK DAN MAHAL ORANG MISKIN TERTAMBAH SUSAH

Kenapa Erra Fazira tak sebut nama Ustaz Azhar Idrus?

http://lianglahad.blogspot.com/, 15 Jun 2013

KENAPA ERRA FAZIRA TAK MAHU SEBUT NAMA USTAZ AZHAR IDRUS!!??


Entah kenapa dan mengapa Erra Fazira tidak mahu menyebut nama Ustaz Azhar Idrus ketika mewar-warkan iklan "uji bakat Pencetus Ummah" di dalam rancangan Primadona di Astro..

Erra Fazira seolah-olah tidak mahu penonton rancangan Primadona tahu bahawa Ustaz Azhar Idrus juga kini dijadikan sebagai idola dalam pencarian bakat penceramah muda..


Astro menggambarkan Ustaz Azhar sebagai penceramah hebat apabila menyatakan di dalam iklan tersebut Astro meletakkan ayat begini..

"INGIN MENJADI PENCERAMAH YANG HEBAT SEPERTI USTAZ AZHAR IDRUS ATAU KAZIM ELIAS?"

Astro sendiri mengiktiraf UAI sebagai penceramah hebat..
dan Astro juga tidak kisah meletakkan nama UAI di dalam iklan pencarian bakat mereka..

Jika Astro tidak kisah dan mengiktiraf UAI kenapakah Erra Fazira pula yang kisah..?

Lihat iklan yang dipaparkan dalam rancangan Primadona malam tadi..

Dan ini pula adalah video ketika Erra Fazira mengumumkan iklan pencarian bakat tersebut..
lihatlah bagaimana Erra skip nama Ustaz Azhar Idrus..


Nama Ustaz Azhar pun takut nak sebut..

apa lerr..

Ekonomi Islam sarat dengan keadilan - exco

Muhammad Yusri Amin, 16 Jun 2013

KOTA BHARU: Akauntabiliti yang holistik, faktor akhlak, perkiraan dosa dan pahala merupakan kerangka dasar bagi membetul kegagalan sistem ekonomi di samping undang-undang yang mendidik dan menutup ruang penyelewengan, pembaziran dan ketirisan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Negeri Hanifa Ahmad bagaimana pun menegaskan masyarakat kini menerima pendekatan ekonomi berkebajikan, bahkan tuntutan agama  ditunaikan pemerintah bagi memakmurkan bumi ini.
(Hanifa (kiri) menerima cenderahati daripada Pengerusi Kop-Air, Maznon Mamat)
Hanifa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Pasir berkata setiap individu hendaklah membudayakan nilai-nilai dan tanggungjawab bersama termasuk membabitkan golongan kaya dan miskin.

“Ini sebagaimana dianjurkan dalam amalan zakat, sedekah, infaq, hadiah dan wakaf, adalah tanggungjawab sosial terhadap agama, negara dan masyarakat.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-12 Koperasi Kakitangan dan Keluarga Air Kelantan Bhd di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini pagi tadi.

Turut hadir wakil Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Kelantan  Mat Said Mamat dan Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd Ir Mohamad Hanapi Mahmud.

Hadir sama Pengerusi Koperasi Kakitangan dan Keluarga Air Kelantan Berhad Maznon Mamat serta Anggota Lembaga Koperasi  dan Ahli Jawatankuasa.

Hanifa menegaskan, cabaran dihadapi Koperasi (Kop-Air) ialah meningkatkan keupayaan modal insan koperasi, merupakan cabaran berterusan lantaran latar belakang anggota koperasi yang berbeza.

Kelantan, kata mantan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) itu adalah sebuah negeri meletakkan dasar ‘Membangun Bersama Islam’ dalam pengurusan dan pentadbiran negeri.

“Pembangunan ekonomi dan manusia berpaksikan kepada aqidah dan keimanan mampu memberikan kesejahteraan hidup seimbang di dunia dan di akhirat,” ujar Hanifa.

Justeru, tegas Hanifa, pembangunan ekonomi ditekankan adalah bersifat material dan spiritual, merangkumi pembangunan manusia, sosial dan kebudayaan.

“Bahkan sistem ekonomi Islam sarat dengan keadilan dan rahmat kepada manusia sejagat.”

“Ekonomi yang adil ini akan menenggelamkan ekonomi berasaskan riba, sekaligus menjamin kemakmuran dan bebas daripada penindasan terhadap golongan lemah.” Ujarnya lagi. (Pengurus Besar AKSB Ir Mohamad Hanapi menerima cenderahati daripada Pengerusi Kop-Air)


Pada majlis itu diumumkan penerima Anugerah Jualan Stand Meter Terbaik dan Agen Insuran Terbaik.

Tempat pertama bagi Anugerah Jualan Stand Meter Terbaik dimenangi  AKSB Jajahan Pasir Mas, manakala tempat kedua dimenangi AKSB Jajahan Pasir Puteh.  Tempat ketiga dimenangi AKSB Jajahan Kota Bharu Selatan.

Sementara Adnan Zakaria diumum penerima Anugerah Agen Insuran Terbaik.

Sultan yakin MB baru teruskan Kelantan berkat

Salmah Mat Husain, 16 Jun 2013
KOTA BHARU: Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V, mengucap tahniah pada Kerajaan Kelantan kerana telah berjaya mengekalkan kemenangan di negeri ini pada PRU13 lalu.
Pada masa yang sama juga baginda mengucapkan penghargaan kepada bekas Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana telah berjaya mengemudi kerajaan negeri selama 23 tahun dengan cemerlang.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dun Kelantan Ke-13 di Kota Darulnaim, di sini tengah hari tadi.

“Beta juga mengucapkan tahniah keada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian kerana berjaya dalam PRU lalu.

“Beta menyeru ahli-ahli berhormat dapat membalas kepercayaan rakyat dengan memberi sumbangan khidmat yang terbaik, bertanggungjawab dan saksama,” titah baginda lagi.

Baginda juga turut menyatakan  keyakinan Menteri Besar Kelantan yang baru dapat meneruskan kesinambungan kecemerlangan berlandaskan wawasan kerajaan negeri yang makmur, berkat dan berkebajikan.

Titah baginda dalam tempoh 23 tahun pentadbiran kerajaan negeri di bawah ulama, telah melaksanakan pelbagai dasar pentadbiran dan program termasuk pembelajaran berterusan.

“Beta mengucapkan tahniah di atas kejayaan, pengiktirafan dan kecemerlangan yang dicapai oleh anggota perkhidmatan awam negeri,”titah baginda lagi.

Terdahulu baginda telah melakukan pemeriksaan perbarisan kehormat sempena pembukaan istiadat itu.

21 das tembakan meriam kedengaran di sepanjang perjalanan istiadat pembukaan dan perbarisan yang diadakan di pekarangan Kompleks Kota Darulnaim.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar, Datuk Amar Nik Abdullah, Speaker Dun Kelantan menyambut keberangkatan tiba Sultan  dan Tengku Mahkota Kelantan.

Hadir sama pada majlis perasmian itu, bekas Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Pembangkang, Datuk Norzula Md Diah dan Adun-Adun yang lain.

Dua Adun mengangkat sumpah hari ini iaitu Datuk Seri Mustapha Mohamed (BN-Ayer Lanas) dan Datuk Che Abdullah Md Nawi (PAS-Wakaf Bharu).

Gerakan anti kenaikan harga barang 7 Julai

Anis Nazri, 15 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan melancarkan satu gerakan anti kenaikan harga barang di pasar pagi Greenwood, 7 Julai akan datang.

Ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan berkata pada pelancaran tersebut jawatankuasa yang ditubuhkan DPPM itu akan bertemu para pelanggan yang membeli di pasar tersebut dan mengedarkan risalah-risalah berkaitan kenaikan harga barang yang dikesan.

Pelancaran itu juga bersesuaian dengan kedatangan bulan Ramadan, yang biasanya berlaku kenaikan harga barangan yang akan membebankan pelanggan, seterusnya akan berterusan hingga ke hari perayaan.

"Risalah itu akan diedarkan yang antara lainnya mengandungi perbandingan harga barangan dari Ramadan sebelum ini. Kita juga akan berkempen berkenaan kesedaran pelanggan tentang hak-hak mereka dalam usaha menangani kenaikan harga barangan," tegas beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Jawatankuasa Anti Kenaikan Harga Barang itu dipengerusikan Exco Pemuda, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah yang ditubuhkan sejurus pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu apabila terdapat beberapa barangan yang dikesan telah berlaku kenaikan harga secara mendadak.

Dalam pada itu, jawatankuasa itu juga akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) pada 1 Julai ini bagi mengadakan perbincangan berkaitan isu kenaikan harga barangan ini, selain bertukar-tukar pandangan.

Bagaimanapun, DPPM masih belum menghantar surat rasmi untuk tujuan tersebut dan akan melakukannya dalam tempoh terdekat.

Tiada ulasan: