Ahad, 16 Jun 2013

BETULLAH RAKYAT PILIH PARTI BUKAN INDIVIDU...JIKA IDIVIDU...TENTU BERTANDING BEBAS MENANG...NI LINGKUP

Ambulans lewat tiba kerana gangguan telefon di hospital
 
Kelewatan ambulans untuk sampai ke tempat kejadian runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di George Town berikutan angin kencang Khamis lepas adalah disebabkan talian telefon di Hospital Pulau Pinang (HPP) mengalami gangguan.
  
Timbalan menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata perkara itu dimaklumkan HPP selepas beliau pergi ke hospital itu Jumaat lalu untuk mengetahui perkara sebenar yang menyebabkan ambulans mengambil masa sehingga 45 minit untuk sampai ke tempat kejadian bagi menyelamatkan mangsa.
  
Insiden yang berlaku jam 6.45 petang itu turut menyebabkan Jahir Sulaiman, 46, maut selepas lori yang dinaikinya bersama rakan sekerja dihempap penebat kilat berkenaan.
  
"Pihak HPP memaklumkan mereka tidak menerima panggilan kerana menghadapi gangguan talian telefon. Kejadian itu hanya diketahui selepas salah seorang petugas mendapat panggilan melalui telefon bimbitnya," katanya ketika mengulas kelewatan ambulans tiba di tempat kejadian.
  
Bagaimanapun, katanya, gangguan talian telefon di HPP pulih sepenuhnya pada sebelah malam.
      
Dalam kejadian 6.45 petang Khamis lalu, lori yang dinaiki Jahir Sulaiman dihempap penebat kilat yang jatuh dari atas bangunan Menara Umno di Jalan Macalister akibat angin kencang, mangsa cedera parah di kepala manakala pemandu lori itu cedera ringan.
  
Jahir yang berasal dari Chennai, India disahkan meninggal dunia sebaik tiba di HPP. Dia meninggalkan seorang isteri, Siti Thaj Nisa, 42, dan dua anak perempuan, Benazir, 19, dan Femina, 8.
  
Sementara itu, Dr Hilmi yang mewakili Umno Pulau Pinang mahu JKP Sdn Bhd  selaku pemilik bangunan Menara Umno menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian berkenaan.
  
"Kita mahu JKP (Sdn Bhd) jalankan siasatan segera bagaimana penebat kilat itu boleh runtuh," katanya.

- Bernama
Ribut: Usaha mencari lelaki hilang diteruskan
 
Sehingga jam 3 pagi ini, pasukan penyelamat belum dapat mengesan mayat Lim Chin Aik, yang dipercayai terperangkap di bawah lubang sedalam lima meter akibat dihempap penebat kilat yang jatuh dari atas bangunan ibupejabat Umno Pulau Pinang di Jalan Macalister Khamis lalu.

NONEPasukan itu berharap dapat menemui mayat mangsa, selepas
bahagian-bahagian kereta, yang disahkan sebagai kereta Honda City milik Chin Aik - nombor casis, tayar, enjin dan bumper - ditemui di dalam lubang tersebut yang dipenuhi lumpur dan air dari paip kumbahan bawah tanah yang pecah.

Anggota bomba dan penyelamat, petugas Perbadanan Air Pulau Pinang (PBA) dan Indah Water Konsortium turut dipanggil untuk membantu membersihkan sisa dan menggali mayat lelaki berusia 44 tahun itu.

Dua kren digunakan untuk menggali lebih dalam dan pada masa yang sama, - air kumbahan terus membanjiri lubang lima meter, dan melambat kerja-kerja tersebut.

NONESejak pukul 6 petang semalam, keluarga Chin Aik - isterinya, Lee Chai Song, dan ibu bapanya - menunggu di tempat tersebut dengan harapan mayat mangsa akan ditemui.

Pada jam 10.30 malam, Ketua Menteri Lim Guan Eng datang ke
situ dan bertemu dengan keluarga Chin Aik untuk memujuk mereka supaya pulang dahulu dan menyerahkan tugas mencari mayat Chin Aik kepada anggota pasukan penyelamat.

Lim berkata keluarga tersebut bimbang sekiranya mereka meninggalkan kawasan itu, kerja-kerja mengesan mayat Chin Aik akan dihentikan dan mayatnya tidak ditemui.

NONE"Kita semua keletihan selepas sehari suntuk. Kami rasa mungkin Chin Aik tidak tertimbus dalam lubang tersebut, tetapi kita
memberi mereka jaminan bahawa kita akan terus mencari mayatnya," kata Lim kepada pemberita selepas bercakap dengan saudara mara Chin Aik.

"Saya menasihatkan mereka supaya pulang ke rumah dan berehat. Saya telah mengarahkan pasukan penyelamat supaya meneruskan kerja untuk menggali sebahagian daripada struktur (dari penebat kilat) yang jatuh ke dalam lubang tersebut," katanya.
Polis sahkan serpihan sepadan kereta milik penjual nasi
 
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan nombor casis kereta yang ditemui di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister sepadan dengan kereta milik penjual nasi, Lim Chin Aik.
  
Beliau berkata penemuan itu sekaligus merungkai laporan kehilangan seorang lelaki berusia 44 tahun sejak hari kejadian iaitu pada Khamis lepas.
  
"Polis buka kertas siasatan berdasarkan laporan orang hilang. Berdasarkan laporan yang dibuat isteri mangsa sehari selepas kejadian, kami dapati butiran yang diberikan sepadan dengan bukti-bukti yang ditemui," katanya kepada pemberita di lokasi malam tadi.

Isteri Lim, Lee Chai Song, 48, membuat laporan berhubung kehilangan suaminya pukul 3 petang semalam.
  
Lee berkata suaminya yang memandu kereta jenis Honda City berwarna kelabu keluar mengambil anak perempuan bongsu mereka dari Penang Chinese Girl's High School di Jalan Gottlieb kira-kira pukul 6.30 petang, Khamis lepas.

Abdul Rahim berkata mayat mangsa masih belum ditemui dan pasukan mencari dan menyelamat sedang bertungkus lumus menggali runtuhan.
  
Beliau berkata setakat ini, hanya serpihan seperti tayar, enjin dan bahagian depan kereta ditemui.
  
Tinjauan di lokasi kejadian mendapati kerja-kerja mencari mangsa yang dipercayai tertimbus menjadi sukar berikutan struktur tanah termendap selain lubang sedalam lima meter dilimpahi air akibat paip bawah tanah pecah akibat runtuhan itu.
  
Pada jam 6.15 petang tadi, pasukan petugas kerja-kerja pembersihan di kawasan runtuhan menjumpai serpihan sebuah lagi kereta yang dipercayai tertimbus dalam lumpur.
  
Anggota Exco Kerajaan Negeri Phee Boon Poh berkata beliau dimaklumkan serpihan itu dipercayai sebahagian kereta milik seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak hari kejadian.
  
Bagaimanapun, setakat ini tiada mangsa yang terperangkap ditemui dan penemuan terbaharu itu menjadikan jumlah kereta yang disahkan terhempap dalam kejadian runtuhan penebat kilat Khamis lepas ialah lapan buah.

- Bernama
Karpal: Campurtangan Dr M perlekeh PM Najib
 
Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersara pada 2003 supaya jangan cuba menguasai kerajaan sekarang.

Karpal secara berseloroh berkata perbuatan tersebut dilihat seperti memperlekehkan pentadbiran Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.

karpal singh police report tun mahathir 230508Sebalik, kata Karpal, Mahathir sepatutnya menurut jejak langkah bekas-bekas perdana menteri sebelum ini yang menjalani kehidupan peribadi selepas bersara.

"Mereka tidak berbuat apa-apa untuk mempengaruhi kerajaan semasa," katanya dalam satu sidang akhbar di Air Itam hari ini..

Begitu jugalah, tambah Karpal, yang berlaku di negara-negara lain.

Malah di Amerika, tegasnya, sebaik sahaja presiden bersara, beliau tidak campurtangan dalam pentadbiran.

Karpal merujuk kepada kenyataan Mahathir semalam yang menggesa kerajaan supaya jangan lagi memberi muka kepada pembangkang yang menurutnya terus menghina sistem demokrasi negara.
Ambiga gesa kepimpinan SPR nilai diri sendiri
 
Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga hari ini menggesa pegawai tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekurang-kurangnya menilai diri sendiri dan mempunyai maruah diri untuk mengakui kesilapan mereka.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Ambiga menegaskan kepimpinan SPR perlu serius bertanya diri sendiri sama ada mereka mendapat keyakinan rakyat.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, pesuruhjaya SPR yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mesti mendapat keyakinan orang ramai.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof Rabu lalu yamg mengulangi bahawa pesuruhjaya SPR tidak akan meletak jawatan hanya kerana didesak sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan proses pilihan raya umum lalu.

Abdul Aziz berkata barisan kepimpinan SPR yang terdiri daripada beliau, timbalannya dan lima anggota jawatankuasa suruhanjaya itu, dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.
PSM: Rakyat pilih parti, bukan individu
 
Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan berkata pertembungan tiga penjuru termasuk di dua DUN - Semenyih dan Jelapang - yang ditandingi parti itu pada pilihan raya umum lalu disebabkan rakyat memilih calon "parti yang lebih besar" berbanding calon mereka.

Katanya, hal demikian berlaku disebabkan rakyat melihat hanya Pakatan sahaja yang boleh mengambil Kerajaan Persekutuan daripada BN dan beliau menyifatkan perkara itu adalah satu pandangan yang betul.

NONEMenurutnya, PSM tidak boleh mengambil alih kerajaan daripada BN kerana mereka hanya bertanding dengan empat kerusi sahaja sekalipun rakyat menganggap PSM sebahagian daripada Pakatan.
"Jadi pandangan kita, rakyat melihat individu yang bertanding, (memilih) calon yang bertanding (berbanding) daripada parti, adalah satu pandangan yang tidak betul untuk pilihan raya kali ini, " katanya ketika diwawancara Malaysiakini.
"Daripada post-mortem kami, kita melihat bahawa rakyat sebenarnya menuntut untuk perubahan dalam keadaan sindrom Ubah, Ini Kalilah. Dan dari aspek ini, mereka hanya ingin melihat bahawa, dua parti iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

"Dan PSM selama ini, melihat diri kita sebahagian daripada Pakatan Rakyat. Rakyat pun melihat kita pun sebahagian daripada mereka," katanya lagi.
NONEBeliau berkata demikian bagi menjawab mengenai prestasi PSM kerusi Semenyih dan Jelapang yang dikatakan merosot berbanding Pakatan Rakyat yang turut bertanding di situ.

Mengulas lanjut mengenai post mortem di kerusi yang ditandingi mereka, Arutchelvan berkata PSM mendapati sokongan pengundi Melayu "merosot sedikit" termasuk di Parlimen Sungai Siput yang ditandingi penyandangnya Dr M Jeyakumar .

"Kita lihat perkara ini harus ditangani, itu salah satu daripada sebab (kekalahan)," katanya.

Jeyakumar, calon PSM yang bertanding atas tiket PKR, mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada 2008 apabila menewaskan calon BN Datuk S K Devamany dan calon Bebas S Nagalingam, dengan majoriti 2,793.

Arutchelvan bagaimanapun menjelaskan bahawa pihaknya turut menerima maklum balas rakyat bahawa mereka memberi sokongan kepada PSM dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

"Tetapi dalam pilihan raya (umum lalu) mereka terpaksa memberi undi kepada Pakatan kerana harapan yang begitu kuat (bahawa) Pakatan akan memerintah Kerajaan Persekutuan dan ramai juga yang kecewa (kerana kalah)," katanya.

Tiada ulasan: