Ahad, 30 Jun 2013

PAKAT ELOK2....AGAR TIDAK MEMBAWA KESAN BURUK DIMASA AKAN DATANG....BILA REMAJA TIADA DIDIKAN AGAMA...DITAMBAH UNDANG2 ISLAM TAK DIPERKENALKAN

Hanya 2 baris perlu ditarik dalam Seksyen 107(b)

ULASAN Kabinet perlu menarik balik Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) untuk memberi masa kepada rakyat Malaysia mencapai muafakat tentang pertukaran agama kanak-kanak di bawah umur agar selari dengan tujuan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang dibaca berserta dengan Perkara 160 dan Jadual Kesebelas, serta untuk mengukuhkan integriti keluarga, kebebasan beragama dan keharmonian masyarakat.

Bekas menteri kabinet dan pemimpin United Pasok Momogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko) Tan Sri Bernard Dompok kelmarin menyebut bahawa peruntukan dalam Rang Undang-undang berkenaan bertentangan dengan konsep keterbukaan, kemenyeluruhan, dan kesederhanaan yang dibawa oleh 1Malaysia dan beliau mencadangkan agar BN membincangkan secara teliti isu ini dan isu-isu keagamaan yang berkaitan sebelum peruntukan berkenaan dibawa ke Parlimen.

Menurut Bernard, beberapa bulan lalu, ketika masih menjadi anggota kabinet, beliau telah meminta agar kabinet menarik balik kertas cadangan berkenaan rang undang-undang itu kerana beliau merasakan keputusan kabinet yang dibuat lebih awal, berkenaan Akta Pembaharuan Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

Seksyen 107(b) dalam Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang setebal 64 halaman dan mempunyai 116 Seksyen itu memperuntukkan bahawa persetujuan salah seorang ibu bapa memadai untuk menukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam. Hal ini bukan saja berlawanan dengan Perlembagaan tetapi juga bertentangan dengan keputusan kabinet yang diumumkan pada 23 April 2009, iaitu bahawa agama seseorang kanak-kanak tidak boleh ditukar oleh ibu atau bapa secara sepihak.

MIC membuat kenyataan umum bahawa parti itu tidak dilibatkan dalam perbincangan tentang Seksyen 107(b) rang undang-undang berkenaan manakala Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu pula telah menyifatkan cadangan untuk memperkenalkan peruntukan tersebut sebagai "mengejutkan" dan "licik" dan beliau menganggap langkah tersebut berlawanan dengan perdamaian nasional yang sedang banyak diperkatakan.

Menurut beliau lagi, cadangan peruntukan itu berlawanan dengan keputusan bersama dalam kabinet pada 22 April 2009 yang menetapkan bahawa persetujuan kedua-dua ibu dan bapa diperlukan untuk menukar agama kanak-kanak di bawah umur.

Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) dan Majlis Peguam telah menyatakan kebimbangan tentang peruntukan berkenaan kerana sebarang pertukaran agama kanak-kanak secara sepihak oleh hanya salah seorang ibu atau bapa tidak adil bagi kanak-kanak di bawah umur terbabit, atau ibu, atau bapanya, selain ia bertentangan dengan perlembagaan serta salah dari segi moral dan etika.

Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan membincangkan peruntukan yang dicadangkan itu untuk mencari kesepakatan.

Sesuatu yang amat malang jika Parlimen ke-13 dimulakan dengan meluluskan satu peruntukan yang boleh memecahbelahkan negara serta membangkitkan persoalan asasi tentang integriti Perlembagaan dan juga kematangan para pemimpin negara dalam menyatukan dan bukannya memecahbelahkan kaum, agama, dan kebudayaan yang pelbagai yang membentuk Malaysia.

Atas sebab inilah kabinet perlu menarik balik Seksyen 107(b) yang mengandungi ayat sepanjang dua baris dalam Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang setebal 64 halaman dan mempunyai 116 Seksyen itu untuk memberi masa kepada rakyat Malaysia mencapai muafakat tentang pertukaran agama kanak-kanak di bawah umur agar selari dengan Perlembagaan serta untuk mengukuhkan integriti keluarga, kebebasan beragama dan keharmonian masyarakat.


LIM KIT SIANG ketua Parlimen DAP dan ahli Parlimen Gelang Patah.
Gurdwara juga tentang RUU berkaitan tukar agama
11:35AM Jun 30 2013
Majlis Gurdwara Malaysia (MGC) turut menyokong gesaan supaya kerajaan menarik balik Seksyen 107(b) Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 yang membenarkan hanya seorang ibu atau bapa mengislamkan anak mereka.

"MGC mahu menegaskan, penukaran agama anak secara unilateral (sebelah pihak) oleh seorang ibu atau bapa bukan hanya bertentangan dengan perlembagaan tetapi juga salah secara moral dan menyalahi nurani manusia serta keadilan asasi," kata Presiden MGC Jagir Singh.

Dalam kenyataannya semalam, MGC berkata, mereka juga menentang seksyen 51(3)(b)(xi) dalam rang undang-undang sama yang membenarkan Mahkamah Syariah menentukan sama ada seseorang itu Islam atau bukan Islam.

"Kuasa untuk memutuskan agama seseorang sentiasa bersama Mahkamah Tinggi sivil dan hak berkaitan pentafsiran peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan berada pada Mahkamah Tinggi.

"Oleh itu, apabila terdapat pertelingkahan berhubung penukaran agama, ia mesti diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sivil. Pindaan yang dicadangkan itu bertentangan dengan perlembagaan," katanya.

Sebelum ini, rasa tidak senang terhadap pembentangan rang undang-undang itu di Parlimen minggu lalu turut dinyatakan oleh kumpulan agama bukan Islam lain serta dua komponen utama BN - MCA dan MIC. 
Penulis blog kontroversi Mutalib MD meninggal dunia
Posted on Sunday, June 30 @ 12:48:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Blog Suasana Politik Malaysia

Rakyat Sabah hari ini dikejutkan dengan berita kematian penulis berani,  Mutalib MD atau Abdul Mutalib Mohd Daud, awal pagi Sabtu (29 Jun 2013).

Beliau diberitakan meninggal dunia pada jam tiga pagi tadi di Kuala Lumpur akibat serangan strok atau angin ahmar.

Jenazah telah diterbangkan ke Kota Kinabalu untuk dibawa ke rumah beliau di Sulaman Kingfisher sebelum dibawa ke Masjid Bandaraya. Selepas itu, jenazah dibawa ke lapangan terbang untuk diterbangkan pula ke Lahad Datu.

Semasa hayatnya, beliau merupakan seorang aktivis yang berani dan lantang menyatakan penentangan beliau terhadap pemberian kad pengenalan secara haram dan juga isu-isu berkaitan rasuah serta penyalahgunaan kuasa di Sabah.

Keluarga beliau sebenarnya berasal daripada Kedah dan berhijrah ke Sabah lebih 40 tahun yang lepas ketika beliau masih kecil.

Walaupun dilahirkan di Semenanjung, tetapi, beliau lebih sentimen terhadap isu-isu semasa yang berlaku di Sabah.

Antara buku yang pernah ditulis beliau adalah IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir?, IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah dan 007: Lelaki Malaysia Terakhir.

Walaupun buku-buku yang ditulis beliau disifatkan sebagai penuh kontroversi, namun hingga kini, tiada pihak yang berjaya mengheret beliau ke mahkamah.

Kematian ini disifatkan ramai sebagai suatu kehilangan besar. Pada masa yang sama, kebanyakan hasil penulisan beliau turut dijadikan bahan rujukan oleh sesetengah jabatan kerajaan.

Antara tulisan-tulisan terakhir yang sempat diterbitkan adalah berkaitan dengan isu pencerobohan di Kampung Tanduo dan juga isu Nurul Izzah Anwar yang dilarang memasuki Sabah baru-baru ini.

Selain itu, beliau turut sempat memberikan keterangan dalam kes bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh yang menyaman fitnah seorang pemimpin PKR Dr Chong Eng Leong di mahkamah tinggi Kota Kinabalu dua minggu lepas.

Beliau, yang juga merupakan ketua editor portal berita Sabahkini, sepatutnya mengadakan pertemuan semula dengan rakan-rakan sekolah tingkatan enam beliau di SMK Menggatal pada tahun 1982. Pertemuan ini dijadualkan hari ini (Ahad 30 Jun 2013).

Ini blog beliau: mutalibmd.blogspot.com

suasanapolitikmalaysia.blogspot.com

Antara aksi jalanan dan sidang dewan

Ahmad Lutfi Othman, 27 Jun 2013
Semasa saya duduk melepaskan lelah di atas pembahagi jalan, di depan Ibu Pejabat Bank Rakyat, sambil tunduk memejam mata, selepas menapak perlahan dari Medan Tuanku, Jalan Tunku Abdul Rahman ke Padang Merbok, petang Sabtu, 22 Jun lalu, terasa seseorang memegang erat tangan saya.

Saya mendongak. Rupanya Adam Adli Abd Halim, aktivis mahasiswa yang selalu "bikin gempar". Wajahnya merah bercahaya disimbah peluh. Nampak agak penat. Jerebu tebal turut membuatkan pernafasan saya terganggu.

Adam yang berarak dari Universiti Malaya memeluk saya. Ya, agak lama kami tidak berjumpa. Beberapa kali dia bertamu ke rumah saya, termasuk bersama ayah dan ibunya semasa cuti Aidilfitri tahun lalu.

Perbualan pendek kami kerap terputus. Ramai anak-anak muda, yang hampir sebaya dengan Adam, yang melintasi kami, berhenti untuk merakamkan gambar kenangan bersamanya.

Saya akui, dia memang popular, tidak putus-putus berjabat salam. Ada seorang kenalan Cina turut menawarkan air mineral kepada kami. (Hari itu saya perhatikan tidak ramai masyarakat Tionghua, malah amat ketara penurunan jumlahnya berbanding himpunan pertama di Kelana Jaya, mungkin disebabkan gertakan pihak polis yang mahu melibatkan tentera, dan ramalan berlaku huru-hara, selain masalah jerebu).

Seorang wanita muda yang kelihatan begitu bersemangat bertanyakan Adam, bila himpunan Black505 petang itu akan berakhir? "Sampai Pengerusi SPR, timbalannya dan semua anggota SPR letak jawatan," pintas Adam, bersahaja.

Mulanya saya tersenyum dan ketawa kecil, tetapi melihatkan mereka serius, saya  terasa Adam dan rakan-rakannya cukup serius mahu mencetuskan perubahan. Mereka memang benar-benar bertekad untuk "mencipta kelainan dan bukannya hanya meneruskan rutin berdemonstrasi".

Sebelum itu, saya mendengar keluhan beberapa anak muda berbaju hitam yang berpatah balik, menuju ke arah bulatan depan Bank Rakyat. "Bosan, asyik-asyik ceramah, pidato, berteriak, bersorak, lepas itu balik rumah ...," salah seorang daripadanya meluahkan rasa terkilan dengan acara di Padang Merbok.

"Dan SPR tetap di situ juga, dan kemudiannya isu lain pula yang timbul, maka hal penyelewengan SPR akan hilang dan dilupakan," rakannya menyambut pantas. Dia kemudiannya mengecam keras pendirian Pakatan Rakyat yang dilihatnya tidak bersungguh-sungguh mahu memulihkan demokrasi dan membetulkan perjalanan pilihan raya negara kita.

Esoknya, Ahad, saya mengirim SMS kepada Safwan Anang, seorang lagi aktivis pelajar, yang lantang dan vokal. Safwan dan Adam dilihat ikon kepada gerakan pelajar semasa. Mereka serius dan komited dengan apa yang dilakukan.

Safwan menceritakan suasana "perkhemahan" di Padang Merbok. Saya memintanya menulis untuk Harakah, catatan pengalaman bertahan di situ. Dinihari Isnin, saya mendapat khabar, mereka digempur pasukan keselamatan lengkap bersenjata. Khemah-khemah dirampas dan Padang Merbok dibersihkan.

Anak-anak muda ini mengotakan janji mereka. Walaupun Padang Merbok dikosongkan, tekad dan azam mereka tidak luntur. Mereka mahu menghantar mesej jelas, bukan sahaja kepada SPR dan kerajaan BN, tetapi juga pemimpin dan aktivis oposisi, bahawa gerakan memulihkan demokrasi dan mendesak anggota SPR berundur, tidak terhenti dengan himpunan petang Sabtu lalu.

Dan mereka tidak mahu ada waktu senggang untuk meneruskan kempen secara lebih intensif. Cuti rehat belum diperlukan! Ya, ketika seterika masih panas, 'kan?

Justeru, saya boleh memahami mengapa para demonstran ini memilih untuk berarak ke bangunan Parlimen ketika wakil-wakil rakyat yang dipilih dalam PRU13 sedang mengangkat sumpah.

Anak muda kerap diingati dengan semangat yang berkobar-kobar, pantang undur apatah lagi menyerah, berani menanggung risiko dan terus berjuang tanpa sebarang kepentingan. Namun mereka bukan bertindak semata-mata  atas dorongan emosi, atau mengetepikan rasional dan logika. Lagak dan aksi orang muda memang sepatutnya begitu ... lasak dan mengejutkan!

Dalam pada itu, tidak sedikit yang marah dan kecewa dengan paparan gambar ahli-ahli Parlimen Pakatan, termasuk Anwar Ibrahim, dalam suasana mesra-ceria dengan Najib Razak dan pemimpin utama BN, pada hari pertama sidang Parlimen.

Ada yang membandingkan foto para demonstran, tangan diikat ke belakang, meniarap ke tanah, yang dilayan bagai penjenayah, dan ada juga yang dicederakan, dengan situasi gelak-tawa ahli-ahli Parlimen di dalam dewan berhawa dingin.

Sekali lagi saya dapat memahami dua senario berbeda itu. Sebenarnya ia bukan satu percanggahan pun, malah mungkin boleh dilihat sebagai "keseimbangan" Hubungan mesra sesama wakil rakyat di Parlimen, termasuk di antara pemimpin-pemimpin kanan oposisi-pemerintah, tidak bermakna idealisme perjuangan sudah tergadai.

Anak-anak muda yang diberkas - juga dibelasah - sebenarnya membawa aspirasi yang sama dengan wakil rakyat Pakatan. Pentasnya berlainan, rentak dan tempo juga mungkin berbeda, 'kan?

(Saya tetap yakin bahawa sistem, proses dan amalan pilihan raya di negara ini memerlukan reformasi menyeluruh, bukan hanya disebabkan kecurangan dalam PRU13, tetapi lama sebelum itu lagi).

Walaupun berkongsi gelanggang yang sama semasa siri jelajah Black505 di seluruh negara, termasuk di Padang Merbok, dua hari sebelumnya, namun ada ketikanya medan berbeda memerlukan pendekatan lebih spesifik. Masing-masing sepatutnya memperkukuhkan gerak langkah demi matlamat yang sama; sekurang-kurangnya memastikan keanggotaan SPR dirombak segera, dengan personaliti lebih berwibawa, teruji dan berintegriti.

Demonstran Padang Merbok berhak menyuarakan kekecewaan mereka, tapi wakil rakyat Pakatan juga akan membuktikan sidang Parlimen ini akan menjadi saksi bahawa mereka sebenarnya sentiasa serius dengan tuntutan pilihan raya adil dan bersih.

"Pakatan Rakyat semestinya mengagumi dan menghargai semangat lebih 200 anak muda gabungan badan NGO yang melakukan bantahan PRU13 di depan jalan masuk ke bangunan Parlimen itu pada pagi majlis angkat sumpah lalu," kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, sambil menegaskan ahli-ahli Parlimen Pakatan akan melanjutkan amarah rakyat itu dalam sidang Dewan Rakyat.

"Saya lebih suka demonstrasi dianjurkan pula di depan pejabat SPR, memaksa Tan Sri Aziz Yusuf dan Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan, tetapi saya juga mahu beri peluang untuk ahli-ahli Parlimen Pakatan mengotakan janji, menghangatkan sidang menjayakan tuntutan Black505," kata seorang mahasiswa dari utara, lewat emel kepada saya.

Apa pun, kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, pada 23 Jun, sehari selepas himpunan di Padang Merbok, di depan pemimpin Pakatan Rakyat, menjentik imginasi saya. Beliau mahu persepsi kononnya Umno pejuang Melayu dihapuskan menjelang PRU14, termasuk dengan bantuan DAP. Beliau turut mengakui Umno kadang-kadang mendapat lebihan kerusi, disebabkan kesilapan Pakatan sendiri, yang mengukuhkan persepsi songsang itu.

Pulau Pinang johan Sukan Pasti Malaysia

Mohd Sabri Said, 29 Jun 2013
ALOR SETAR: Pasti Pulau Pinang menyapu bersih johan acara bola sepak dan bola jaring pada Pesta Sukan Pasti Malaysia yang diadakan di Stadium Suka Menanti, Sultan Abdul Halim, di sini pagi tadi.

Pengurus bola sepak Pasti Pulau Pinang, Mohd Amin Dillak ketika dihubungi berkata, Pulau Pinang mencatat sejarah apabila memenangi kedua-dua acara sukan itu.

Akhirnya kata beliau, segala usaha guru Pasti melatih pelajar di peringkat cawangan dan kawasan yang membawa kepada mewakili negeri berjaya sekaligus memberikan semangat kepada Jawatankuasa yang mengelolakan pasukan di peringkat negeri.

"Sekalung tahniah kepada guru dan pengelola di peringkat negeri yang bertungkus lumus mengajar teknik permainan yang menggayakan serta berjaya menanam semangat yang kental di kalangan pemain," ujarnya.

Pada Pesta Sukan Pasti ke-9 itu, Pulau Pinang berjaya membenamkan hasrat Kedah dengan jaringan 4-0.

Tempat ketiga dimenangi Kelantan yang mengalahkan Terengganu menerusi sepakan penalti.

Pengurus Bola jaring Pasti Pulau Pinang, Masyitah Saleh ketika dihubungi berasa bangga apabila pasukan bimbanganya berjaya mengalahkan Perak dengan keputusan 9-7.

Tuan rumah, Kedah tidak menghampakan peminat apabila memperolehi tempat ketiga menewaskan Negeri Selangor.

Pesta Sukan Pasti itu dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya sementara acara penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar

Kuala Besut: Salah SPR jika kedudukan 16-16

Khairil Abdul Rahim, 29 Jun 2013
TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut ini Dewan Undangan Negeri Terengganu (Dun) berkedudukan 16-16 sehingga menyulitkan kedudukan kerajaan negeri itu.

Tuan Ibrahim berkata, SPR sendiri yang mengatur kawasan pilihan raya secara genap sehingga memungkinkan kedudukan menjadi seri antara kerajaan dan pembangkang.

“Takdirnya kedudukan menjadi 16-16 selepas PRK nanti, kita salahkan kegagalan SPR kerana mengatur kerusi secara genap. Sepatutnya jumlah kawasan pilihan raya mestilah angka ganjil, baru boleh dapatkan kemenangan,” katanya dalam sidang media sejurus selepas mesyuarat Badan Perhubungan PAS Pahang hari ini.

Kerusi Kuala Besut kosong berikutan kematian Adunnya, Dr A Rahman Mokhtar baru-baru ini. Pada PRU lalu Allahyarham memperolehi  8,809 undi, manakala calon PAS mendapat 6,375 undi.

Kedudukan dalam Dun Terengganu selepas PRU13 lalu hanya berbeza dua kerusi antara BN dan Pakatan Rakyat di mana BN mempunyai 17 kerusi manakala Pakatan 15 kerusi.

Jika calon Pakatan menang dalam PRK Kuala Besut ini bermakna bilangannya akan menjadi sama banyak iaitu 16:16 dalam Dun yang mempunyai 32 kerusi itu.

Tuan Ibrahim berkata, PRK ini bukan sahaja sangat penting dan kritikal kepada kepada PR dan BN, malah tumpuan yang lebih utama ialah kepada SPR sendiri.

“Penting juga bagi rakyat untuk melihat SPR yang mengendalikan PRK tersebut nanti sama ada berkeras untuk menggunakan dakwat kekal yang dianggap kontroversi dan penipuan itu atau bagaimana.

“Bagi kita jika SPR kehilangan idea, kita cadang gunakan inai saja nanti,” katanya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, berkata PAS negeri ini akan menghantar 1,000 petugas melalui tiga fasa dengan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) dilantik sebagai ketua kotingen PAS Pahang.

“PAS Terengganu meletakkan PAS Pahang bertugas di unit peti undi (UPU) Kampung Nangka. Peti undi tersebut pernah dimenangi PAS dengan majoriti lebih 700 undi pada PRU 1999. Kerajaan PAS dulu banyak memberikan kelulusan hak milik tanah kepada penduduk.

“Bagaimanapun dari segi peluang PAS Pusat meletakkannya 50:50 berikutan kawasan yang kalah pada PRU lepas ialah di Pulau Perhentian, pesisir pantai dan kem tentera di Gong Kedak sementara kawasan bandar dan pinggir bandar semuanya dimenangi PAS,” ujarnya.

Mengenai isu, Tuan Ibrahim berkata pada masa ini penduduk di Kuala Besut sendiri sudah membangkitkan janji-janji yang dibuat BN semasa PRU dulu.

Borang 14: PAS Bera lapor kepada Pengarah SPR

Khairil Abdul Rahim, 29 Jun 2013
TEMERLOH: PAS Bera membuat laporan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri Pahang berkaitan salah laku ketua tempat mengundi (KTM) yang tidak mengembalikan Borang 14 semasa Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 lalu kepada agen PAS.

Dalam aduan tersebut, PAS Bera menyatakan KTM telah menyalahguna kuasa dengan tidak menyerahkan borang laporan mengenai Penyata Keputusan Rasmi itu di N.37 Guai pada 5 Mei yang lalu.

Sebanyak tiga kes berlaku iaitu di Saluran 6 Pusat daerah Mengundi (PDM) Purun, Saluran 5 PDM Kumai dan Saluran 4 PDM Bukit kepayang.

Sedangkan merujuk kepada undang-undang pilihan raya, jika KTM tidak menyerahkan Borang 14, KTM bersalah di bawah Peraturan 25 (12) (b) (ii) PPP dengan hukuman penjara tidka lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000 seperti termaktub dalam Seksyen 4 (g) AKP.

Sementara itu Timbalan Yang Dipertua PAS Bera yang juga calon PAS Guai, Musaniff Abdul Rahman berkata, peruntukan undang-undang tersebut membuktikan kesalahan yang dilakukan KTM adalah serius.

“SPR jangan hanya sebut undang-undang dalam buku tetapi mestilah diamalkan. Ada kemungkinan petugas SPR kurang mendapat latihan cukup sebab ada kes petugas polling agent PAS yang membantu menunjuk ajar KTM.

“Akibat langsung kepada calon jika Borang 14 tidak dikembalikan ialah berkemungkinan keputusan undi boleh diubah. Kecenderungan untuk menukar keputusan itu memang ada apa lagi semuanya berlaku kepada saluran pengundi muda.

“Ini adalah kegagalan dan kesalahan SPR yang cukup serius di peringkat pengundian sebab itu kita laporkan kepada Pengarah SPR negeri supaya jangan berulang lagi,” katanya.


Remaja Tanpa Segan Silu Akui Adakan Hubungan Seks Dgn Ramai Lelaki

Saya ada ramai teman lelaki'

Kulim - Salah seorang remaja bawah umur ditahan semasa operasi cegah kegiatan lumba haram, awal pagi kelmarin mengaku sering melakukan hubungan seks sejak berusia 15 tahun dan sehingga hari ini telah melakukan perbuatan itu bersama lebih 10 teman lelakinya.

Menurutnya dia melakukan hubungan seks kerana suka dilayan oleh teman lelaki dan berbangga kerana memiliki ramai kekasih.

“Dia (teman lelaki) janji nak kahwin dengan saya, sebaliknya saya ditinggalkan kerana dia memiliki teman wanita lain. Sejak hari itu ramai lelaki yang berjanji akan menjadikan saya isteri mereka bagaimanapun semuanya tipu.

"Sekarang ini saya mempunyai ramai teman lelaki dan sudah banyak kali melakukan hubungan seks,” katanya yang membuat pengakuan berkenaan kepada Sinar Harian.

Dia antara dua remaja perempuan bawah umur yang ditahan dalam sekatan di Jalan Kilang Lama semasa operasi oleh Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Kulim.

Ketika ditahan, dia bersama seorang lagi remaja perempuan berusia 16 tahun, menjadi pembonceng motosikal yang dibawa teman lelaki masing-masing.

Teman lelaki mereka bagaimanapun dibebaskan setelah didapati memiliki dokumen seperti lesen dan kad pengenalan diri yang lengkap.

Difahamkan, bagi mana-mana remaja perempuan ditahan kerana berpelesiran selepas tengah malam, polis boleh mengarahkan ibu bapa mereka datang ke balai untuk mengambil mereka pulang ke rumah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, tindakan itu antara cara pencegahan dilakukan polis untuk memastikan remaja perempuan tidak terlibat dalam sebarang kegiatan berunsur jenayah atau menjadi mangsa rogol.

Menurutnya, sehingga kini remaja bawah umur terutama pelajar sekolah merupakan golongan paling ramai terlibat dalam kes rogol.

Katanya, walaupun perlakuan seks atas kerelaan mangsa atau suka sama suka, ia masih dianggap rogol jika mangsa bawah umur.


“Ada kalangan mangsa menyatakan mereka sanggup lakukan hubungan seks setelah kekasih mereka itu yang berjanji akan berkahwin dengan mereka. Bagaimanapun janji hanya tinggal janji apabila hubungan cinta itu tidak kesampaian.

"Selain itu remaja hari ini terlalu ghairah melakukan hubungan seks setelah melihat adegan lucah yang terdapat dalam talefon bimbit atau melalui Internet. Semua ini merangsang mereka untuk mencuba," katanya.

Terdahulu menurutnya, dari pengakuan dibuat, 95 peratus kalangan remaja perempuan bawah umur ditahan polis mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama teman lelaki atau kekasih masing-masing.

Beliau turut menasihatkan remaja perempuan bawah umur terutama kepada teman lelaki mereka supaya jangan sesekali melakukan hubungan seks dengan mana-mana gadis bawah umur.

Menurutnya, sekiranya ada mana-mana pihak membuat laporan polis, kes itu akan di siasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum dengan sebatan dan penjara dengan tempoh yang lama. -SH

Pasangan remaja bogel memadu asmara di tempat awam

Portal_Kami_pixSeorang pelayar web Stomp, Nur Ilham telah terserempak dengan pasangan ini di tempat letak kereta bertingkat di Blok 34A Lebuh Marsailing sedang memadu asmara dikawasan awam.
Apa yang mengejutkan beliau adalah, tindakan remaja perempuan itu yang telah menanggalkan baju dan branya.
Remaja perempuan itu kemudiannya berbaring dan membiarkan tubuhnya diraba oleh si lelaki itu.
Beliau berkata : “Ibu saya ternampak pasangan ini pada jam 5 petang ketika beliau sedang menjenguk keluar menanti abang saya pulang ke rumah.
“Pada mulanya, pasangan itu hanya berbual-bual sehinggalah mereka mula berciuman.
“Pada ketika itu, kami tidaklah ambil peduli kerana memikirkan itu adalah tempat awam, dan takkanlah mereka mahu lakukan lebih dari itu. Malangnya memang itu yang berlaku apabila mereka mula bercium dengan penuh bernafsu dan si perempuan mula menanggalkan baju dan branya.
‘Terus saya dapatkan kamera dan mula menangkap gambar aksi mereka.
“Perempuan itu berbaring di atas lantai yang kotor dan si lelaki itu terus meratah tubuh perempuan itu dengan tangannya.
“Mereka berhenti beberapa ketika sambil memerhati sekeliling, dan peliknya mereka tidak perasan kepada kami. Mereka terus melakukan aksi panas tersebut hampir sejam.
“Mujur juga ibu saya rabun jauh, jadi dia tidak dapat memastikan apa yang sedang berlaku sebenarnya.
Sudah menjadi trend sekarang di Singapura apabila banyak pasangan-pasangan berani melakukan aksi-aksi lucah di tempat awam. Ibu bapa harus memantau kegiatan anak-anak mereka. -Informasi

Tiada ulasan: