Isnin, 17 Jun 2013

CERCA ORANG TANPA FAKTA YANG TEPAT ATAU MENIPU AKAN MENGAMBARKAN JIWA KITA BERCELARU

Bijak-bijak Otak Udang, Nak Ceramah Salah Orang!
Posted on Monday, June 17 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Blog PAS Caw. Bukit Sentosa

Dalam berita media BN hari ini memaparkan bagaimana PM sebenarnya tidak yakin dengan kerja pegawai-pegawainya waima kementerian mana sekalipun. Bayangkan seorang PM yang mempunyai menteri-menteri yang telah dilantik olehnya sendiri di dalam dan diluar negara rupanya tidak boleh diharapkan langsung.

DS Najib sebagai PM terpaksa berjumpa sendiri dengan pelajar Malaysia di negara Indonesia semata nak beritahu pembangkang(Pakatan Rakyat) di Malaysia kununnya melakukan pembohongan berkenaan hasil kerja SPR menguruskan PRU13 yang lalu.

DS Najib sanggup menjelaskan pada pelajar yang dia rasa mereka dungu macam menteri dan pegawainya yang selesa dengan pangkat, wang dan pujian serta pingat. Beliau(Najib) menyatakan pembangkang lebih percayakan maklumat internet dari media kerajaan BN walaupun dia tahu media cetak contohnya Utusan Malaysia sering kalah dalam berita fitnahnya begitu juga media berita TV3 yang juga sering memberi berita palsu.

Rakyat Malaysia boleh lihat dan sedar begitujuga pengundi tegar BN boleh lihat sekarang bagaimana pentadbiran Najib dan pilihan Menteri kabinet yang huru-hara denga komponen kedua terbesar MCA menarik diri dari menjadi menteri kabinet.

Malaysia akan lebih teruk jika Kuli (Tengku Razalegh Ahli PArlimen Gua Musang) tidak ambil peluang mengepalai Ahli Parlimen Sabah dan Serawak samada beri undi tak percaya Najib atau membawa mereka tranform ke Pakatan Rakyat dan dengan ini lebih cepat Pentadbiran Pakatan Rakyat menguasai dan mentadbir PutraJaya dan seterusnya pentadbiran Malaysia Rakyat Malaysia bukan boleh diperbodohkan lagi oleh BN, pelajar dan orang muda di dalam dan luar negara apa lagi.

Semua dah sedar BN bukan kerajaan yang mampan dan berkesan. Kebobrokan BN sudah nyata dimata rakyat. Kita doakan semoga Kuli akan berubah demi rakyat Malaysia bukan kesetiaan UMNO yang perlu dicari.

Kuli pun dah pernah menganggotai Parti Semangat 46 dan INIKALILAH beliau perlu memimpin ahli parlimen dari negeri Sabah dan Serawak ke jalan yang sebenar. Bawa mereka menyertai Pakatan Rakyat.Dengan cara ini beliau akan benar-benar menyelamatkan rakyat dari bahana kesusahan yang akan datang seperti harga barang, harga minyak petrol naik, kesan TPP dan banyak lagi.

Dengan berdoa semoga petisyen yang dibawa akan berjaya didedahkan pada rakyat dan mudahan sekuran-kurangnya 23 petisyen Parlimen akan dimenangi Pakatan Rakyat.

Dengan cara ini impian rakyat kepada manifesto Pakatan Rakyat yang amat membantu rakyat seperti percuma pengajian dari tadika sehingga ke pengajian tinggi dan banyak lagi akan tercapai.

Sumber


 Gempar! Najib Umumkan Skuad Mujahidin Ke Syria
Posted on Monday, June 17 @ 02:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: hijabulcrewz

"Akhirnya inilah berita yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di Malaysia malah di seluruh dunia. Najib atas semangat cintakan Islam dan mengambil berat berkenaan isu umat di Syria telah menubuhkan skuad mujahidin yang dianggotai oleh pasukan tentera diraja Malaysia dan terbuka kepada rakyat umum.

"Andainya ini benar-benar berlaku. Alangkah hebatnya Malaysia jika tindakan ini benar-benar diambil. Tapi, setakat hari ini selagi UMNO/BN berkuasa ianya hanya tinggal mimpi. Selagi Najib menjadi Perdana Menteri ianya hanyalah fantasi."

Lihat negara-negara lain:-

1) Muktamar Ulama Se-Indonesia telah bersetuju membentuk satu pasukan 'Sejuta Sukarelawan' yang akan pergi berjihad di Syria.

2) Manakala Mesir pula tidak akan mengenakan apa-apa tindakan bagi rakyatnya yang telah pergi berjihad di Syria.

3) Seorang jutawan muda di Qatar telah bersedia untuk menjadi sponsor kepada 50 orang mujahidin dari negara tersebut untuk pergi berjihad di Syria.

4) Sementara di Algeria pula, ribuan pemuda Islam telah mendaftarkan nama mereka untuk berangkat ke Syria berjihad di sana.

Kita di Malaysia bagaimana pula? Kerajaan hanya diam membisu tatkala Turki, Mesir bergerak ke hadapan membela umat Islam?

Lagi artikel menarik di:- http://hijabulcrewz.blogspot.com/"


 Omar (TV Series)
Posted on Monday, June 17 @ 01:10:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: al-bahanj

"Bagi yang pernah menonton filem The Message arahan Moustapha Akkad tentu mengakui bahawa filem tersebut telah sedikit sebanyak menimbulkan kesan yang mendalam terutama dalam menerbitkan rasa cinta dan penghayatan kepad sirah perjuangan Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam. Kali ini ada filem baru dalam bentuk drama bersiri yang sangat berkualiti: Omar (TV Series).

Drama ini walaupun tajuknya Omar, tetapi babak-babak utama dalam sirah Rasulullah yang dipaparkan dalam filem The Message diceritakan dengan lebih terperinci di dalam drama ini. Ia ibarat 'extended version' bagi filem The Message.

Walaupun drama bersiri ini mendapat tentangan sebahagian ummat Islam disebabkan ia memaparkan watak-watak para sahabat utama seperti Abu Bakr, `Umar, `Uthman dan `Ali radhiAllahu `anhum ajma`in, namun ia tetap mendapat kelulusan ditayangkan di sesetengah negara Arab pada Ramadhan tahun 2012. Ada `ulama yang membenarkannya tetapi dengan memenuhi beberapa syarat. Dan syarat-syarat tersebut dipenuhi oleh drama ini.





*Laporan reaksi umum pro-kontra ummat Islam dan ulama-ulama terhadap filem ini boleh dibaca di sini.

Berikut ini adalah trailer drama tersebut:



Selanjutnya: Omar (TV Series)"


 Malunya saya, peniaga Melayu berpecah belah
Posted on Monday, June 17 @ 01:16:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: rozmal

"Sebelum ini saya ada menulis artikel bertajuk “Peniaga Melayu susah nak maju jika bersikap begini” yang memaparkan gambar senario dua orang peniaga Melayu yang berniaga di tepi jalan utama Seremban-Rembau berhampiran pejabat saluran paip gas Petronas di Sg Gadut. Semalam saya lalu kawasan tersebut, terdapat satu lagi kain rentang tambahan, yang apabila saya tengok kain rentang tersebut, mendatangkan keinsafan kepada saya.

Saya malu, saya pun orang Melayu beragama Islam, tetapi ada saudara seagama saya, sebangsa saya yang apabila saya tengok kain rentang terbaru ini, menunjukkan kepada semua rakyat Malaysia yang bukan Islam, yang bukan Melayu, yang lalu lalang di jalan utama Seremban-Rembau ini bahawa kita peniaga Melayu tidak boleh bekerjasama.

Kemudian tidak ada sesiapa pula yang dapat mendamaikan antara kedua peniaga ini, termasuk diri saya yang daif, termasuk pemimpin Melayu setempat, pemimpin Islam setempat.

Marilah kita doakan agar senario peniaga Melayu yang tidak dapat bekerjasama, dengki mendengki ini akan berakhir dengan pelan perdamaian yang baik, iaitu dengan mengukuhkan silaturrahim hanya semata-mata mengharapkan keredhaan Allah.

Kalau saya ada kuasa di tangan saya, kalau saya tak dapat mendamaikan kedua mereka ini dengan izin Allah, mungkin saya akan buatkan gerai Majlis Perbandaran yang lain untuk peniaga pau tersebut. Jangan kita salahkan mana-mana peniaga dalam kes ini, sebab kita tak tahu apa punca semua ini.

Kita doakanlah saja yang terbaik untuk kedua-dua peniaga ini, seorang berniaga cendol, seorang berniaga pau.

Artikel saya sebelum ini bertajuk “Peniaga Melayu susah nak maju jika bersikap begini” di waghih.blogspot.com"


 TERKINI!! Pengurangan Jamaah Haji Tahun Ini? [Jom Terjah...]
Posted on Monday, June 17 @ 01:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: matuse68

"

Dalam satu langkah yang Panggilan berikutan keputusan kerajaan untuk mengurangkan bilangan jemaah asing sebanyak 20 peratus dan jemaah 50 peratus tahun ini.

Panggilan berikutan keputusan kerajaan untuk mengurangkan bilangan jemaah asing sebanyak 20 peratus dan jemaah 50 peratus tahun ini.

Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh telah menyokong langkah itu, berkata ia telah diambil dalam kepentingan awam. Dalam satu siri pengumuman melalui Suci saluran televisyen Al-Quran, yang disiarkan dari Makkah, kerajaan menasihatkan jemaah yang ingin menunaikan haji dan umrah tahun ini untuk menangguhkan rancangan mereka untuk mengurangkan kesesakan di Masjidil Haram.

"Dengan pengumuman ini kerajaan kita tidak menghalang sesiapa dari haji, tetapi meminta mereka menangguhkan untuk mengelakkan kesesakan dan membantu Hajis pertama kali untuk melaksanakan tugas-tugas agama mereka tanpa masalah," Saeed Al-Qurashi, ahli haji & Jawatankuasa Umrah di Makkah Dewan Perdagangan dan Industri.

[Baca seterusnya...]"


 Jangan bagi muka pada Mahathir!
Posted on Monday, June 17 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: tokpepijat

"Mahathir seru PMNajib supaya Najib tidak lagi bagi muka pada pembangkang.
Karpal Singh kata leteran Mahathir kepada Najib seperti perlekeh keupayaan Najib menjadi PM.

Sepatutnya seluruh rakyat Malaysia tidak lagi melayan leteran Dr Mahathir. Leteran Mahathir berbaur rasis dan kenyanyukkan.

Ada hari Mahathir seru rakyat sokong UMNO.
Ada hari Mahathir kata UMNO buruk dari usus lagi.

Ada hari Mahathir keluar dari UMNO kerana bencikan Pak Lah
Ada hari Mahathir ditendang dari UMNO kerana kritik Tunku

Ada hari Mahathir jumpa dan tahniah kepada regim Zionis.
Ada hari Mahathir hentam Zionis.

Sepatutnya rakyat Malaysia tidak lagi bagi muka kepada Mahathir.

Biarkan Mahathir meracau-racau cakap seorang diri.

Pemikiran Mahathir sama taraf dengan Ibrahim Ali. Berubah-ubah.

Apapun, kita kasihan kepada PMNajib. Telinganya terpaksa mendengar cakap Rosmah dan cakap Mahathir.

Mujur Tuhan jadikan ada dua telinga. Telinga kanan dengan cakap Rosmah dan telinga kiri dengan leteran Mahathir.

Jangan bagi muka pada Mahathir! "


 

Tiada ulasan: