Posted on Wednesday, June 26 @ 18:17:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: matuse68
"
Assalamualaikum semua, program Munajat Pembebasan Ummah pada hari Ahad 30 Jun 2013 bertempat Dataran Kemerdekaan Shah Alam bersama Tuan Guru Dato Seri Haji Hadi Awang dan para tetamu.
Dijemput semua hadir, acara bermula 6:00pm hingga 11:00pm.. Inshaa Allah.
Info terkini layari Inikalilah..."
Pemandu Bas Semakin Biadap
Posted on Wednesday, June 26 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: amkns
"Aduan Rakyat 25 Jun 2013 - Disebabkan kadar tambang murah daripada syarikat penerbangan sejak akhir-akhir ini, saya tertanya-tanya bagaimana syarikat perkhidmatan bas ekspress terus bertapak pada masa ini. Pada jangkaan saya, sudah tentu pihak perkhidmatan bas telah menaiktaraf servis mereka terhadap pelanggan dan juga meningkatkan ketepatan masa bertolak. Dalam minda saya juga, sudah tentu penumpang bas akan mendapat layanan mesra daripda pemandu selain kualiti dan ketepatan masa terjamin.
Disebabkan teka-teki yang bermain di sudut minda saya, setelah hampir 5 tahun tidak menaiki bas, saya mengambil keputusan untuk menaiki bas daripada Sungai Nibong, Pulau Pinang ke KL Central, jam 10.30 malam pada hari Rabu yang lalu bersamaan dengan 19 Jun 2013, saya telah memilih bas Mayang Sari Express.
Jangkaan saya meleset apabila mendengar pemandu bas tersebut En. Ali (bukan nama sebenar) tidak mahu menurunkan pelanggan ke KL Central, walaupun setelah dipujuk oleh penjual tiket tersebut, pemandu tersebut tetap berdegil dan mengatakan beliau hanya akan turunkan penumpang di Pudu dan menyatakan bahawa perkhidmatan bas tersebut ke KL Central telah lama ditamatkan.
Justeru itu, penjual tiket tersebut cuba untuk berbincang dengan pemandu bas yang lain, yang akan menurunkan penumpang mereka di KL Central. Akhirnya penjual tiket tersebut dapat meyakinkan Ali supaya menurunkan penumpang di Perhentian Simpang Pulai untuk menaiki bas lain ke KL Sentral.
Namun sebelum bertolak Ali menempik dengan penuh biadap sekali kepada penumpangnya di dalam bas “Jangan makan dalam bas! Nanti bau makanan masuk dalam air-cond, air-cond rosak! Bodoh sungguh lah manusia ni!!!” tempiknya.
Saya hanya mampu beristighfar melihat telatah beliau yang sungguh angkuh dan kurang ajar. Dalam hati hendak saja saya katakan, ‘jika tidak kerana ada penumpang yang bodoh ini, mungkin En. Ali tiada pekerjaan’. Namun disebabkan kelakar mendengar beliau menyatakan bau makanan akan merosakkan air-cond, saya senyum sendiri sahaja.
Walaupun bertolak 20 minit lambat, bas kami tiba di Pudu tepat jam 3.00 pagi. Sekali lagi apa yang dijanjikan oleh Ali kepada penjual tiket tersebut tidak dikotakan, beliau meneruskan perjalanan tanpa henti terus ke Stesen Pudu. Dengan hanya melaungkan “KL! Kuala Lumpur! KL!, bas ini akan gerak terus ke Johor dan tak singgah mana- mana hentian di KL lagi! Sapa tak turun, tinggai!”.
Dalam fikiran saya, bagaimanakah keadaan bas yang menunggu di Perhentian Simpang Pulai? Kedua, sepatunya beliau telah memaklumkan lebih awal kepada penumpang yang bas ini tidak akan singgah di mana-mana hentian dan tidak akan singgah di KL Central, hentian terakhir adalah di Pudu.
Saya turun dengan hati yang hampa kerana sayalah salah seorang penumpang yang sepatutnya turun di KL Central.
Hal ini menjadikan saya teringin untuk mengkaji keadaan di bas lain. Saya mengambil bas Seasons Express pada hari Sabtu (21 Jun 2013), jam 6.30 petang. Bas ini akan bertolak dari Pudu ke Sungai Nibong, Pulau Pinang dan dipandu oleh En. Mahmud (bukan nama sebenar).
Saya merasa lega apabila mendapati bas tersebut telah berada di Platform, 5 minit awal. Namun saya mula rasa tertekan apabila, setengah jam berikutnya bas masih tidak bertolak sehingga pelanggan yang duduk di sebelah saya mula merungut atas kelewatan tersebut.
Setelah menunggu hampir 45 minit, barulah bas tersebut bergerak, mungkin pihak syarikat cuba memenuhkan penumpang sehingga membiarkan pelanggan terpaksa menunggu sehingga hampir satu jam.
Tidak ada apa-apa layanan biadap daripada Mahmud selain mengingatkan penumpang- penumpang supaya tidak makan di dalam bas dengan nada sedikit tegas, namun masih menjaga adap beliau. Sehinggalah bas tersebut berhenti di Perhentian MYDIN Mall, pelanggan dikejutkan dengan suara Mahmud “Saya bagi masa setengah jam saja, lambat tinggai!” tempiknya.
Ada segelintir penumpang yang ketawa kecil mendengar kenyataan tersebut, memandangkan bas tersebut bertolak 45 minit lambat. “Saya cakap betul ni!, Lambat, Tinggal!!! Saya takkan kira orang dah! Saya jalan ja!!!” tempiknya sekali lagi.
Para penumpang mengiyakan sahaja. Saya teru ke Surau, dan sempat menjamah sedikit makanan. Belum sempat saya menghabiskan makanan alarm saya menunjukkan setengah jam sudah tamat. Saya terus berlari ke bas dan kemuadiannya melihat Mahmud juga menaiki bas dan meneruskan perjalanan kembali tanpa mengira dan melihat penumpangnya!
Astagfirullahala’zim. Tergamam saya. Apa yang saya tahu, Pakcik dan Makcik yang duduk di sebelah saya mungkin dalam lingkungan 60-an ke 70-an belum menaiki bas. Beg mereka juga masih di dalam bas. Betapa biadapnya Mahmud terhadap penumpangnya.
Terdetik dalam fikiran saya ‘Tidak ada makna beliau pergi meninggalkan penumpangnya begitu saja untuk menunjukkan beliau tepati masa kerana beliau telah membiarkan kami menunggu hampir 45 minit untuk bertolak!’
Setelah saya sampai di Juru, saya dapati bas ini akan singgah di Butterworth dahulu. Sekali lagi saya ditipu, Setahu saya, saya membeli tiket terus ke Sungai Nibong, Pulau Pinang. Nasib baiklah ada beberapa penumpang yang akan ke destinasi yang sama. Ada juga penumpang yang bangun untuk mengesahkan adakah bas ini akan singgah ke Pulau Pinang. Mungkin mereka risau melihat perangai Mahmud yang tidak bertanggungjawab itu. Namun, soalan penumpang tersebut yang ditanya dengan penuh sopan santun, dijawab dengan herdikan. Mahmud hanya menjerit “ Duduk diam-diam kat tempat sudah, sampai Penang aku panggil la!!!”
Sakit hati saya dengar tempikan beliau, namun tiada apa-apa yang kami dapat lakukan. Saya dapati semua pelanggan hanya mediamkan diri, termasuk saya. Mungkin kerana jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Melihat Mahmud yang berperangai seperti orang sakit otak itu, saya juga bimbang aklan dihalau keluar dari bas walaupun kita yang membayar perkhidmatan tersebut. Betapa biadapnya pemandu bas sekarang.
Saya boleh katakan yang saya akan serik menaiki bas. Pada pendapat saya, pemandu bas lima tahun yang dahulu lebih berhemah daripada segelintir yang ada sekarang. Walaupun ada pemandu bas yang garang, namun mereka jarang mengeluarkan kata cacian kepada para penumpang. Mereka juga akan mengira setiap penumpang sebelum meneruskan perjalanan.
Seperti kes saya, Ali dan Mahmud sepatutnya berterima kasih kepada pelanggan yang masih ingin menaiki bas. Mereka mungkin akan hilang sumber rezeki jika pelanggan makin berkurangan. Dengan layanan yang diberikan oleh mereka, mungkin ada pelanggan lain yang akan melaporkan ketidakpuasan hati mereka terhadap kedua pemandu ini. Ingatlah bahawa setiap rezeki yang masuk itu, sebahagiannya adalah daripada hasil jualan tiket tersebut. Jika kamu tidak mampu menjalankan tanggungjawab yang diberikan, seeloknya berhentilah jadi pemandu dan carilah kerja lain yang tidak perlu berurusan dengan manusia.
Bagi saya, Ali dan Mahmud bernasib baik kerana semua penumpang hanya mendiamkan diri. Cuba bayangkan juka ada penumpang yang berada dalam keadaan tertekan, atau ada di kalangan penumpang yang membawa barangan merbahaya, mungkin kedua-dua pemandu ini akan ditikam, ditembak atau dicurahkan asid. Beringatlah sebelum terkena.
Saya mohon syarikat bas berkenaan untuk menasihati pemandu-pemandu ini kerana kedua-dua mereka amat biadap dan sangat tidak bertanggungjawab. Mungkis kes ini akan berlaku kepada orang lain pula, jadi saya mohon syarikat yang terlibat memberikan nasihat sewajarnya kepada kedua-dua pemandu ini.
Terima kasih.
DARWINA, Pulau Pinang
aduanrakyat.com.my"
Bolehkah Kemelut Ini Dirungkaikan ?
Posted on Wednesday, June 26 @ 18:01:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: ruhan
"Hakikatnya, 65% kerusi parlimen Malaysia berada di kawasan kampung, meskipun 70% populasi Malaysia kini berada di bandar. Malah, menurut Andrew Khoo dari Majlis Peguam, BN menawan 112 dari 130 kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan parlimen yang kecil dalam PRU13.
BN memenangi kira-kira 2.21 juta undi popular di 112 kawasan parlimen ini. Dengan kata lain, BN hanya memerlukan 19.97% undi popular untuk menubuhkan kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah.
Hari ini majoriti 51% pengundi Malaysia gagal menentukan nasib negara dan dirinya melalui sistem pilihan raya yang sedia ada. Nasib populasi bandar ditentukan warga kampung yang tidak berkongsi masalah harian dan masalah hidup penduduk bandar.
Untuk golongan bandar, inflasi kekal melambung, penjenayahan tetap berleluasa, hutang terus melambak selagi BN menerajui tampuk kuasa. Tapi komuniti kampung tidak terpanggil untuk berubah kerana segala-galanya "ok" untuk mereka."
Penstrukturan semula air Selangor selesai Sept
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya telah menerima surat Datuk Seri Najib Tun Razak bertarikh 19 Jun lepas menyatakan beliau sangat terbuka dan bersedia berbincang bagi menyelesaikan penstrukturan semula bekalan air seperti dikehendaki Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).
"Perdana Menteri menyatakan beliau telah meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili untuk mengambil tindakan susulan bagi mengadakan perbincangan dengan kerajaan Selangor dalam tempoh terdekat.
"Kerajaan negeri melihat perkara ini sebagai perkembangan positif ketika kita menyiapkan draf dokumen pengambilalihan syarikat konsesi mengikut terma dan syarat yang akan dipersetujui serta selari dengan WSIA," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Abdul Khalid berkata pihaknya juga telah menyiapkan draf mengenai tanggungjawab dan bidang kuasa semua pihak termasuk Perbadanan Kementerian Kewangan, Perbadanan Urus Air Berhad dan syarikat konsesi.
Beliau berharap Perdana Menteri mendapat mesej jelas mengenai kesungguhan dan komitmen kerajaan negeri untuk menyelesaikan penstrukturan semula ini demi kepentingan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Sementara itu, Abdul Khalid berkata kerajaan Selangor menyokong penuh cadangan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk menutup sementara sekolah agama kerana jerebu bagi kawasan yang mengalami Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi bacaan 300.
Sehubungan itu, beliau berkata semua sekolah agama negeri, sekolah yang menerima bantuan (Kafa Integrasi) dan sekolah persendirian yang berdaftar di bawah Jais secara automatik wajib ditutup untuk sementara apabila IPU melebihi 300 seperti yang diarahkan Kementerian Pendidikan.
"Bagi kawasan IPU antara 250 hingga 300, pihak pentadbiran sekolah yang berkenaan perlu memaklumkan kepada jabatan tentang penutupan sekolah. Sekolah di kawasan IPU di bawah 250 masih boleh dibuka dengan mengambil langkah seperti memakai topeng muka, mengehadkan aktiviti luar kelas dan segera merujuk ke hospital jika pelajar atau guru mengalami gangguan kesihatan," katanya.
Abdul Khalid berkata semua sekolah perlu mematuhi panduan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Kementerian Pendidikan untuk menutup sekolah atau memberi cuti kepada guru dan murid akibat jerebu. - Bernama
Apakah Khutbah Al-Haajah?
Posted on Wednesday, June 26 @ 17:52:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: al-bahanj
"Diriwayatkan dari `Abdullah bin Mas`ud radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah mengajar para sahabat akan Khutbah al-Haajah yang ucapannya adalah seperti berikut:
Kemudian Baginda akan membaca 3 ayat dari Al-Quran:إنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ ونَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ وَأشْهَدُ أنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأشْهَدُ أنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
Bermaksud:
“Sesungguhnya semua pujian adalah milik ALLAH. Kita memujiNYA, memohon pertolonganNYA dan memohon keampunanNYA. Dan kita memohon perlindungan ALLAH dari kejahatan diri kita dan juga dari keburukan amal perbuatan kita. Barangsiapa yang diberikan ALLAH akan petunjuk, maka tiada siapa pun yang akan boleh menyesatkannya. Dan barangsiapa yang disesatkan, maka tiada siapa yang boleh memberikannya petunjuk. Dan aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Tuhan Yang Esa, tiada sekutu bagiNYA. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hambaNYA dan pesuruhNYA.”
(1)
(2)يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
Bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada ALLAH dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”
(Surah aali `Imran, 3:102)
(3)يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا
“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada TUHAN kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawwa’), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada ALLAH yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNYA, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya ALLAH sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”
(Surah An-Nisa’, 4:1)
Khutbah al-Haajah adalah suatu ucapan yang biasa diucapkan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam sebelum memulakan ucapan Baginda kepada para sahabatnya. Moga-moga kita dapat mengikuti dan mengamalkannya, in shaa’ ALLAH.يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada ALLAH, dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara),
Supaya DIA memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada ALLAH dan RasulNYA, maka sesungguhnya dia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.”
(Surah al-Ahzab, 33:70-71)
- muzir.wordpress.com
*Sumber: http://muzir.wordpress.com/2013/06/25/khutbah-al-haajah/
Jika kabur atau tidak jelas, sila klik pada link *sumber untuk mendapatkan tulisan arab dan poster yang lebih besar dan terang."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan