Selasa, 25 Jun 2013

FIKIRLAH SENDIRI...AGAK2 KENAPA BEGINI

Demo di Parlimen - 32 ditangkap seorang tahanan cedera teruk di muka
Posted on Tuesday, June 25 @ 19:18:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog Gendang Perang

Terkini .. para demonstran yang berdemo di parlimen telah ditangkap. Ketika berdemo mereka baring terlentang di jalanraya tetapi
apabila ditangkap mereka digari dan dibiarkan berbaring dalam keadaan meniarap di atas rumput di tepi jalanraya.

Chegu Bard di time linenya mendakwa seorang lelaki muda yang bernama Shauki yang merupakan salah seorang tahanan kerana demo di parlimen telah dipukul polis.

Beliau mengalami kecederaan yang agak teruk di muka. dahinya dan pipinya bengkak. Bengkak di pipinya kelihatan berdarah.


Menurut SUARAM 31 tahanan telah dibawa dan ditahan di Balai Polis Jinjang manakala Ekhsan Bukharee ditahan di IPD Dang Wangi.

1. Abdullah bin Hassan
2. Adam Adli
3. Ahmad Hizami bin Mohd Hazir
4. Ahmad Shauqie bin Abdull Aziz
5. Ahmad Syukri ab Razab (SUARAM Coordinator)
6. Amirul Syazwan
7. Annie Mi Siew Lan
8. Badrul Hisham Shahrin
9. Edie Nor Mohd Redzuan
10. Ekhsan Bukharee (Aktivis pelajar ditahan di IPD Dang Wangi)
11. Hong chee Wang
12. Lew Chee Kong
13. Lim Sue PeiMah Chee Hoe
14. Md Sani
15. Mohd Fauzi
16. Mohd Mus'ab bin Abdul Habib
17. Mohd sofian bin Mat Dali
18. Mohd Yaser Bin Abd Rahman
19. Mohd Zairi bin Shafaai.
20. Muhamad al-Fateh Abdul Adzis
21. Muhamad hafizudin b Yahya
22. Muhammad Aiman Hakim bin Zainal Arifin
23. Muhammad Akram bin Ahmat
24. Muhammad Aliff Hafiz Bin Zainuddin
25. Muhammad Safwan bin Anang @ Talib
26. Mythreyar
27. Nora
28. Norazizi Abdul Aziz
29. Sharifol Azmil
30. Tong Chan Sang
31. Ungku Amer Faez b. Ungku Fauzi
32. Wan Nor Farel Azli


Selepas ditangkap dan digari


Ketika berdemo

Kumpulan yang mengadakan demo di satu kawasan di jalan utama yang menuju bangunan Parlimen sejak jam 10 pagi ini dilaporkan cuba melepasi sekatan Polis yang berkawal kira-kira 800 meter dari pintu pagar Parlimen.

Ini menyebabkan keadaan bertukar tegang,kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak berjaya melepasi sekatan polis, yang berkawal di Jalan Parlimen dengan kekuatan kira-kira 300 orang anggota.

Polis turut menahan seorang dari aktivis berkenaan, aktivis siswa Mohd Safwan Anang, dalam kejadian pada kira-kira 11.10 pagi itu.

Susulan itu, sebilangan lagi peserta perhimunan bertindak menyerah diri kepada polis sebagai tanda solidariti, termasuk pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin dan aktivis siswa Adam Adli.

Seorang MP Pakatan Khalid Samad turut muncul pada kira-kira jam 11.50 untuk menenangkan peserta perhimpunan dan untuk menerima memorandum kumpulan terbabit.

Dalam ucapannya, MP Shah Alam itu berkata beliau akan menyerahkan memorandum tersebut kepada pihak berkenaan dan akan turut membangkitkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat.

Beliau turut meminta agar peserta berkenaan beredar selepas menerima memorandum terbabit.

Sementara itu ketua polis daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad yang ditemui Malaysiakini mengesahkan bahawa 26 orang ditahan dalam perhimpunan tersebut.

Gambar sekitar protes di parlimen 24.6.2013











Lebih 100 anak muda daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berhimpun sambil melaungkan "SPR Syaitan" "SPR Penipu" dan "Reformasi" dengan membawa sepanduk menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan atas dakwaan Pilihan Raya 2013 yang berat sebelah.

Mereka turut menyanyikan lagu "Rasa Sayang" dan "SPR Bangsat" sepanjang berarak dari Padang Merbok, berhampiran kawasan Parlimen.

Sekitar 9.15, mereka berarak menuju ke Jalan Parlimen, dengan polis kemudiannya membenarkan mereka duduk di bahu jalan.

Turut kelihatan bersama kumpulan berkenaan adalah ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang. ~the malaysian insider

Sumber: www.wasukalu.com

Kenapa kadi tidak bertindak ke atas tarian gelek?

Anis Nazri, 25 Jun 2013
SEGAMAT: "Kenapa penganjuran tarian gelek sebelum ini pejabat kadi tidak bertindak? Tetapi apabila kuliah agama Ustaz Azhar Idrus pula mahu disekat?"

Inilah antara perkara yang dibangkitkan Yang Dipertua PAS Segamat, Firdaus Masod kepada Kadi daerah Segamat, Assheikh Haji Sulaiman berhubung larangan membenarkan Ustaz Azhar Idrus menyampaikan kuliah di sebuah madrasah, di Segamat, 22 Jun lalu.

Beliau turut mencabar pihak kadi tersebut untuk menahan Ustaz Azhar pada malam tersebut jika benar bersalah dan bertegas untuk meneruskan majlis ilmu tersebut yang kemudiannya mencatat kehadiran lebih dari 10,000 hadirin.

Ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini, Firdaus berkata beliau kesal dengan keadaan itu, yang mana kuliah agama yang membawa kepada kebaikan cuba disekat, sebaliknya tidak berbuat apa-apa terhadap tarian gelek yang menimbulkan kontroversi sebelum ini.

Kadi daerah itu menghantar surat kepada pihak penganjur kuliah ini agar menghentikan majlis itu atau berhadapan dengan tindakan undang-undang dari Kadi Daerah.

"Ini yang berlaku di Johor, mereka takut dengan ustaz-ustaz yang ada nama yang mereka anggap boleh mempengaruhi orang ramai.  Kalau pengaruh untuk perkara baik, tiada masalah.  Tapi, isu tauliah yang dibangkitkan bagi menyekat kuliah agama," tegas beliau yang membantu adiknya menguruskan madrasah tersebut.

Arahan pembatalan ini dikeluarkan oleh Kadi Daerah Segamat, Assheikh Haji Sulaiman pada 20 Jun lepas.

"Dukacita dimaklumkan bahawa pihak kami tiada menerima apa-apa permohonan kebenaran dan pihak kami juga tiada mengeluarkan apa-apa kebenaran dan tauliah bagi program tersebt.

"Justeru itu adalah dikehendaki agar tuan menangguhkan ceramah tersebut atau pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang," tulis Kadi daerah itu dalam suratnya bertarikh 20 Jun yang ditujukan kepada Pengerusi Madrasah Ibnu Mas'ud, Kampung Tasik, Segamat.

Bagaimanapun, kata Firdaus, majlis ilmu itu tetap diteruskan dengan kuliah diberikan oleh Ustaz Azhar dan pihak madrasah tidak menerima sebarang surat susulan ekoran keingkaran terhadap arahan tersebut.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan isu tauliah yang diberikan kepada pendakwah di setiap negeri dikaji semula.

Biarpun mengakui keperluan pentauliahan untuk mana-mana pendakwah bagi mengelakkan sebarang penyebaran ajaran sesat, Firdaus berkata sudah sampai masanya ia dipermudahkan dengan mekanisme-mekanisme tertentu.

"Kita akui bukan mudah seseorang itu diberikan tauliah, kita akui itu. Cuma mungkin perlu dipermudahkan dengan penyelarasan di seluruh negara," kata beliau.

Cadang beliau, biarpun pemberian pentauliahan itu terletak di bawah kuasa undang-undang negeri, ia mungkin boleh digunapakai di mana-mana negeri di seluruh negara.

"Mungkin apabila seseorang pendakwah itu mendapat tauliah dari negeri Selangor, tauliah itu juga turut terpakai di negeri-negeri lain di Malaysia," kata beliau.

  Islamic Fashion Festival. Jangan Sampai DiMurka Akibat Menghina Allah
Posted on Tuesday, June 25 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Pak Karamu



Islamic Fashion Festival?

Ramai penghuni neraka terdiri dari kaum hawa

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/q87/7942_10151670877879044_443628313_n.jpg

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/q82/1044499_10151671022689044_1551679917_n.jpg
Tutup aurat semata-mata nak cari makan?

Islamic festival?

Memalukan!

Sumber: abnnasution.blogspot.com


  Sandiwara Aku Janji Pemberian BR1M Sudah Bermula!!!.. .
Posted on Tuesday, June 25 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Berita Oleh Omak Kau

Sandiwara Aku Janji Sudah Bermula!!!!... Kenaikkan nilai pemberian BR1M bergantung kepada kedudukkan kewangan negara kata Najib Razak!!!!!...

Pulak dah!!!!!

Pemberian BR1M lebih tinggi akan tetapi semuanya bergantung pada kedudukkan kewangan Malaysia, kata Najib Razak.

Peruntukan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan meningkat dalam Bajet 2014 yang akan dibentangkan pada bulan Oktober tetapi kuantum akan bergantung kepada kedudukan kewangan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Komen Omak Kau!!!

KWAH KWAH KWAH....INI DINAMAKAN SUDAH MULA MENCARI DAN MENCIPTA ALASAN UNTUK TIDAK MENUNAIKAN AKU JANJI.

SEBELUM INI GEGAK GEMPITA RIUH RENDAH SATU DUNIA KATA, KALAU PILIH BN UNTUK TERUS TERAJUI NEGARA PADA PRU 13 LALU, PALING KURANG TAHUN INI SEMUA PENERIMA BR1M YANG LAYAN AKAN TERIMA RM1,000.

BILA DAH MENANG SUDAH LAIN MACAM PUNYA SKRIP...SUDAH MULA NAK KENCINGKAN RAKYAT YANG MEMEBRIKAN UNDI DAN SOKONGAN KEPADA UMNO/BN.

DULU SEMASA LANCARKAN AKU JANJI, CAKAP AKU JANJI BN TIDAK SAMA DENGAN JANJI MANIS MANIFESTO PR...SEKARANG AIR LIUR BELUM KERING, KEMENANGAN BELUM REDA SUDAH MULA NAK CARI ISU UNTUK TIPU RAKYAT.

SEBAB ITU RAMAI PENGANALISIS DAN PENGAMAT POLITIK MERAMALKAN UNTUK NAJIB TUNAIKAN SEGALA JANJI DALAM AKU JANJINYA CUKUP SUKAR...AKU JANJI PRU 13 ADALAH UMPAMA AKU JANJI UNTUK MENAMATKAN RIWAYAT UMNO DARI RAKYAT PADA PRU AKAN DATANG.

omakkau.blogspot.com

Tiada ulasan: