Khamis, 27 Jun 2013

KAYA RAYA DIAKHIRAT LEBIH BERMAKNA SEBAB IA KEKAL SELAMA2NYA

Jangan Sampai Jadi Berok Tangkap Belalang
Posted on Thursday, June 27 @ 10:33:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh Muhammad Sanusi Md Nor

Ustaz Azizan: Dulu-dulu aku rajin sebut cerita pasai berok tangkap belalang, hang besa dengaq?

Aku: Besa Ustaz. Psikologi berok pun besa dengaq. Lama dah Ustaz tak sebut. Dok sebut berok naik nyoq banyak la ni.

Ustaz Azizan: Orang la ni banyak yang perangai depa jadi macam berok tangkap belalang. Depa pun desak kita kot tu, kot ni suruh kita jadi perangai tu.

Masa musim panaih, belalang banyak, macam-macam jenih. Belalang kunyit, belalang kecong, belalang lemak, belalang hantu, ada kecik ada besaq. Mola dia stan ambik sekoq, pepak-pepak kena belalang lemak. Stan lagi sekoq, belalang kunyit, stan lagi. Eh! Nampak belalang koi banyak, koi sedap, koi senang dapat.

Stan-stan tak pepak dah, taruh celah pipi kanan dulu, stan lagi sekoq taruh celah pipi kiri, lima enam ekoq penuh dalam mulut. Kembong pipi pipi. Tangkap lagi boh celah jari kaki, mola kaki kiri pastu kaki kanan, boh celah pelipat lutut kedua-dua belah.

Belalang koi dok mai, macam-macam jenih, hat tu nak hat ni nak, tangkap lagi kapit celah ketiak kiri , ada lagi dok mai boh ketiak kanan pulak. Buleh dua tiga ekoq lagi genggam dalam tapak tangan. Kapit rapat takut telepaih! Tak leh pi mana dah laaaa.

Nak angkat tangan sua masuk mulut, takut hat celah ketiak telepaih. Nak buka mulut nak mula pepak hat di pipi kanan, pun tak leh dah... takut telepaih hat di pipi kiri.

Lama-lama pikiaq tak sudah... belalang banyak, tapi tak leh makan, koi dok keraih merekot tengah padang.

Kerja kita lagu tu lah. Kena buat hat mana perlu dulu, ukuq betoi betoi. lepas selesai satu, selesai satu lagi. Jangan sampai nak buat semua, sampai tak leh buat apa dah. Orang la ni ni pun kena faham, lain orang lain dia pikiaq, jangan suruh kita buat semua hat depa nak, sampai jadi berok tangkap belalang!

Ini adalah analogi Ustaz Azizan yang menggambarkan sikap sesetengah manusia yang gelojoh dan tamak. Cerita ini jugak adalah gambaran sikap sesetengah manusia yang hendak mencapai semua perkara dalam masa yang sama, tanpa mengukur keupayaan sebenar dirinya. Ia jugak adalah tempelak kepada desakan dan kehendak pelbagai kelompok dengan kepentingan dan cara berfikir masing-masing, yang mendesak kepentingan dan pendapat mereka dilaksanakan, melampaui keupayaan dan keperluan sebenar. 


 Banyakkan muhassabah diri, jauhi persengketaan
Posted on Thursday, June 27 @ 08:52:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: rozmal

"Betullah kata Nabi SAW, orang yang bijak ialah orang yang mengingati mati dan beramal untuk persediaan selepas mati (lebih kurang maksudnya). Andaikata setiap 20 minit kita boleh terasakan kehadiran Malaikat Izrail yang menjenguk kita samada masa kita sudah sampai bertemu Ilahi, sudah pasti kita tak hendak bermusuhan dengan sesiapa, sentiasa menasihati kawan dan lawan melakukan perkara yang baik, dan menasihatkan mereka untuk menjauhi maksiat.

Tak ada masa nak tengok kelemahan orang lain, sentiasa fikir bila kita nak mati, macamana cara kita nak mati, cukupkah amalan kita, akan terampunkah dosa kita, redha kah ibu bapa kita?

Yang sihat 2-3 hari lalu kita jumpa, hari ini dah bertemu Ilahi. Yang nak buat pemeriksaan jantung pula, mendapat berita yang menggembirakan.

Itulah kerja Allah.

Hari ini saya dikejutkan dengan pemergian Dr Abd Aziz Sabran. Beliau merupakan doktor kesihatan di UITM Kuala Pilah. 3 hari lepas saya jumpa beliau, begitu ceria sekali, beliau menceritakan mengenai penglibatan beliau dalam NGO Sahabat Insani di Nilai, N.Sembilan yang memperjuangkan pusat pendidikan Islam khusus untuk anak-anak OKU. Beliau mengharapkan agar orang ramai lebih prihatin akan nasib anak-anak OKU ini.


Mesyuarat terakhir Allahyarham Dr. Aziz bersama AJK Sahabat Insani di Akademi Pengajian Sahabat Insani di Desa Kasia, Nilai. (Gambar Facebook)

Kepada mereka yang mengenali Dr Abd Aziz Sabran, kepada mereka yang mampu, selain menghadiahkan Al Fatihah, agar dapat membantu almarhum Dr Abd Aziz Sabran agar terdirinya kompleks Pusat Pendidikan tersebut.

SMS terakhir beliau pada 24 Jun 2013 ialah beliau meminta saya untuk mempromosi NGO Sahabat Insani ini yang saya tulis sebelum ini di rozmal.blogspot.com

Kepada sahabat dan rakan saya yang bersengketa baik dalam parti apa sekali pun, marilah banyakkan mengingati mati, pasti kita tidak ada masa untuk mengungkit-ungkit kisah silam.

Mohon share artikel ini, sekiranya ada manafaatnya."


 Jawapan sengal menteri...
Posted on Thursday, June 27 @ 08:36:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: laniismaa

"Dakwat_KekalEntah kenapa tuah Shahidan Kassim dilantik menteri. Maka jadilah dia Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Entah kenapa lagi, tiba-tiba menteri yang jawab di pihak SPR. Sepatutnya SPR yang sepatutnya menjawab di Parlimen!! Itu akan berlaku sekiranya SPR berada di bawah Parlimen dan bukannya di bawah Jabatan Perdana Menteri seperti sekarang.

Apabila SPR berada terus di bawah Parlimen taklah boleh SPR berbohong seperti yang terbongkar pada hari ini. Ada nitrat peraklah, membahayakan kesihatanlah bohong SPR.

Juga nak diceritakan di sini tentang jawapan sengal menteri yang cuba-cuba pertahankan SPR…
“Kesan ketahanan penggunaan dakwat kekal adalah tertakluk kepada individu dan usaha-usaha yang dilakukan bagi tujuan menghilangkan dakwat kekal berkenaan.”
Sengal [sebenarnya perkataan yang ingin digunakan lagi teruk!!] jawapan tersebut kerana sekiranya dakwat itu kekal, segala usaha-usaha yang dilakukan individu tidak akan berjaya kalaulah dakwat itu benar-benar kekal. Namun begitu seluruh negara bercerita tentang dakwat kekal menjadi tak kekal sesudah membasuh dengan sabun pencuci pinggan. Tak perlu bersusah payah berusaha, dakwat tersebut dah tak kekal.

Takkan menteri nak minta pengundi berusaha, balik bungkus jari masing-masing yang dicalit dakwat supaya dakwat tersebut terus menjadi kekal. Selepas bungkus, guna ‘bandage’ lekatkan di dada. Selepas tujuh hari, buka balutan tersebut, tunjukkan kepada SPR dan berkatalah kepada mereka “Heh, memang ia dakwat kekallah, bagus perbelanjaan RM7 juta kamu!!” - Lagi.MY


Baca juga: Saga RM250 sebulan, 8 tahun kena kencing la…"



SPR letak jawatan sebagai pemula perdamaian

Harakahdaily, 27 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dicabar memastikan semua penjawat penting Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan sebagai tanda keihklasan perdana menteri untuk mengajak Pakatan Rakyat kepada perdamaian.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia Riduan Mohd Nor berkata, Pakatan Rakyat boleh berdamai namun ianya sukar bagi Pakatan untuk menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang tercemar dengan penipuan.

"Kita juga mendesak agar jawatankuasa baharu SPR dilantik dari kalangan mereka yang diberi kepercayaan oleh semua pihak.

"Satu langkah penting pendamaian adalah dengan merombak sistem-sistem karut SPR selama ini termasuk menghapuskan undi pos, undi awal, menyekat pengundi luar negara mengundi, membersihkan daftar pemilih dan lain-lain lagi," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib kelmarin yang meminta Pakatan Rakyat menerima keputusan pilihan raya lalu sebagai usaha ke arah rekonsilisasi (perdamaian) nasional selepas ketegangan menghadapi PRU13 lalu.

Riduan menegaskan, perdamaian hanya berlaku sekiranya kedua-dua pihak melangsungkan perlawanan secara adil dan di atas padang yang sama rata.

Namun demikian soalnya, bagaimana untuk mendapatkan perdamaian sekiranya satu pihak bermain secara tidak adil, tidak mengikut peraturan dengan menyerang pihak lawan yang diikat dan diletak dipenjuru.

"Sesedap mulut PM menyuarakan perdamaian dengan meminta Pakatan Rakyat menerima keputusan pilihanraya umum ke-13," katanya lagi.

"Jika (cadangan) ini mampu dilaksanakan, PM dilihat ikhlas dan cadangan rekonsilisasi nasional akan berpijak di bumi nyata dan akan diterima oleh semua," katanya.


Siapakah orang yang paling GAGAH
========================
Rasullullah s.a.w. bersabda, mafhumnya," Orang yang paling gagah
perkasa di antara kami semua itu ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya di waktu marah dan orang yang tersabar di antara kamu semua itu ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya ".
HR : Ibnu Abu Dunya, Baihaki dan lain-lain(^_^)
 
FAKTA MENARIK TOP 10: ORANG TRKAYA..

Majalah Forbes yang berpengkalan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan nama manusia yang terkaya di dunia pada bulan mac 2011. Kekayaan ini ditentukan oleh nilai kekayaan dan juga nilai asset yang dimiliki oleh manusia tersebut. Kebanyakan orang kaya yang disenaraikan oleh Forbes adalah muka lama yang selama ini mendominasi carta lelaki terkaya. Disini saya akan memuatkan 10 manusia yang terkaya diatas muka bumi pada tahun 2011.

10. Mukes Ambani

Net Worth : $27.0 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : Petrochemicals
Age : 53
Country Of Citizenship : India
Residence : Mumbai
Industry : Manufacturing
Education : University of Bombay, Bachelor of Arts/Science
Marital Status : Married, 3 children

9. Eike Batista

Net Worth : $30.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Mining, Oil
Age : 53
Country Of Citizenship : Brazil
Residence : Rio de Janeiro
Industry : Retail
Education : RWTH Aachen University, Drop Out
Marital Status : Divorced, 2 children

8. Amancio Ortega

Net Worth : $31.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Zara
Age : 74
Country Of Citizenship : Spain
Residence : La Coruna
Industry : Retail
Education : NA
Marital Status : Married, 3 children

7. Lakhsmi Mittal

Net Worth : $31.1 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : Steel
Age : 60
Country Of Citizenship : India
Residence : London
Industry : Steel
Education : St Xavier’s College Calcutta, Bachelor of Arts/Science
Marital Status : Married, 2 children

6. Lawrence Ellison

Net Worth : $39.5 Billion
Fortune : Self made
Source : Oracle
Age : 66
Country Of Citizenship : United States
Residence : Redwood City, California
Industry : Software
Education : University of Illinois, Drop Out
Marital Status : Married, 2 children

5. Bernard Arnault

Net Worth : $41.0 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : LVMH
Age : 62
Country Of Citizenship : France
Residence : Paris
Industry : Retail
Education : Ecole Polytechnique, Bachelor of Arts / Science
Marital Status : Married, 5 children

4. Warren Buffett

Net Worth : $50.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Berkshire Hathaway
Age : 80
Country Of Citizenship : United States
Residence : Omaha, Nebraska
Industry : Investments
Education : Columbia University, Master of Science
Marital Status : Widowed, remarried, 3 children

3. Bill Gates

Net Worth : $56.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Microsoft
Age : 55
Country Of Citizenship : United States
Residence : Medina, Washington
Industry : Software
Education : Harvard University, Drop Out,
Marital Status : Married, 3 children

2. Carlos Slim Helu

Net Worth : $74.0 Billion
Fortune : Self made
Source : Telecom
Age : 71
Country Of Citizenship : Mexico
Residence : Mexico City
Industry : Telecommunications
Education : NA
Marital Status : Widowed, 6 children


1. Orang Yang Solat

Rasulullah s.a.w bersabda :

"2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya" H.R. Muslim & Tarmizi

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud" "Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata :" Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak.."

Kemudian JIbrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap2 rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud..

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi diakhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad." Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud..

"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian JIbrail as meminta izin keada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia men! gembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalana 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:" Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud..

"Wahai JIbrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan..
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Zahid Hamidi
 
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengenepikan saman yang dikemukakan ke atasnya oleh seorang ahli perniagaan.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif yang mengetuai panel lima orang hakim, mengenepikan permohonan Zahid sebelum mendengar hujah dari peguam Zahid, Shamsul Bahrin.

Hakim berkenaan mendapati alasan perundangan yang perlu dikemukakan ke mahkamah tidak dijalankan dengan sebaiknya kerana dibuat melalui hujahan dan bukannya dengan notis usul.

Katanya, pemohon tersebut tidak kehilangan peluang untuk melalui proses rayuan memandangkan kes tersebut masih belum dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

“Biarlah perbicaraan dijalankan di Mahkamah Tinggi,” kata Hakim Md Raus.

Tambahnya, kes lain yang sepatutnya berjalan akan terhalang sekiranya mahkamah membenarkan permohonan tersebut.

Dengan keputusan tersebut, perbicaraan kes saman sivil oleh ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah ke atas menteri tersebut akan bermula di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Ogos.

Tiada ulasan: