Selasa, 25 Jun 2013

ALLAH BOLEH BUAT LEBIH DARI JEREBU...KITA SEBAGAI MAKHLUK FIKIRKAN....APA DOSA2 KITA...TAK LAH TAK BERDOSA LANGSUNG

Polis KL: Ada anggota yang cedera, patah gigi
5:24PM Jun 24 2013  
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, beberapa orang anggotanya cedera dalam pertembungan dengan kumpulan peserta perhimpunan berhampiran bangunan Parlimen hari ini.
Mohmad bekata, kejadian itu antara lainnya mengakibatkan seorang pegawai kanan polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul mengalami kecederaan di mata kanan dan hidung.

NONESeorang anggota polis IPD Dang Wangi terseliuh ibu jari tangan kiri dan patah gigi hadapan, katanya lagi.

"Peserta perhimpunan juga telah membuat provokasi dengan membaling botol air, telur dan menyimbah cat terhadap anggota polis yang bertugas," katanya dalam kenyataan berkenaan.

Tambahnya, seramai 29 orang lelaki dan tiga wanita ditahan perempuan termasuk Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin dan aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim ditahan dalam kejadian tersebut.

Suasana perhimpunan berkenaan bertukar tegang pada kira-kira jam 11.10 pagi apabila kumpulan tersebut cuba melepasi sekatan polis yang berkawal di kedudukan kira-kira 800 meter dari pintu pagar Parlimen.

Kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak berjaya melepasi sekatan polis, yang berkawal di Jalan Parlimen dengan kekuatan kira-kira 300 orang anggota.

Kumpulan tersebut terdiri dari kira-kira 50 orang aktivis yang disuraikan dari tapak perkhemahan mereka di Padang Merbok dan disertai serami kira-kira 150 orang lagi yang seterusnya mengadakan protes dengan berbaring di atas jalan berkenaan sejak jam 10 pagi ini.
Kesatuan: Arahan darurat harus libatkan pekerja
6:07PM Jun 24 2013  
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) menuntut perdana menteri memasukkan pekerja sekali apabila mengisytiharkan darurat di Muar dan Melaka ekoran krisis jerebu.

Setiausaha agungnya J Solomon berkata, tidak cukup dengan menutup sekolah di kawasan yang memasuki paras bahaya kerana ibu bapa yang terdedah kepada kualiti udara buruk tidak akan memberi manfaat kepada anak-anak mereka.

NONESolomon (kanan) berkata, Malaysia mempunyai tanggungjawab moral untuk melindungi golongan pekerja daripada penyakit, seperti ratifikasi (pengesahan) dalam Konvensyen Pertubuhan Pekerja Antarabangsa 2006 berhubung garis panduan keselamatan dan kesihatan pekerja.

"Kami (Nube) mendesak bank yang mempunyai cawangan di Muar dan Melaka menutut tempat mereka dan pekerjanya tetap di rumah bersama keluarga sehingga bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan peningkatan lebih baik.

"Sementara di kawasan bacaan IPU memasuki tahap bahaya, pekerja yang mempunyai masalah pernafasan (patut) diberikan cuti tanpa rekod dan despatch (penghantar barang) dibenarkan tinggal di rumah," kata Solomon.
Bukit Aman tak simpan letupan C4, kata peguam
 
Peguam kepada cif inspektor Azilah Hadri berkata, jenis letupan yang digunakan dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu tidak berada dalam simpanan Bukit Aman.

Peguam Hazman Ahmad berkata, berdasarkan rekod Bukit Aman, anak guamnya hanya dibekalkan pistol Glock dan magazin peluru.

"Justeru, terdapat persoalan tentang bagaimana jenis letupan ini didakwa digunakan," katanya.

Hazman juga berkata, Azilah tidak mempunyai atau mempunyai kawalan terhadap letupan C4 kerana ia tidak pernah dikeluarkan oleh Bukit Aman.

Altantuya didakwa dibunuh dan kemudian diletupkan pada malam antara 19 Oktober hingga 20 Oktober 2006.
Peguam: Pendakwaan tak panggil bekas pembantu Najib
 
Peguam kepada tertuduh dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu hari ini membangkitkan kegagalan pendakwaan untuk memanggil pembantu peribadi kepada timbalan perdana menteri pada waktu itu Datuk Seri Najib Razak, untuk memberi keterangan.
Peguam kepada Koperal Sirul Azhar, Kamarul Hisham Kamaruddin memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa kegagalan pendakwaan untuk berbuat demikian menjadikan perbicaraan tersebut sebagai perbicaraan silap.

Katanya, hanya Musa boleh mengesahkan kebenaran afidavit kontroversi yang difailkan oleh tertuduh ketiga dalam kes berkenaan, penganalisis politik Abdul Razak Baginda.

Kamarul berkata rekod telefon Abdul Razak menunjukkan komunikasi melibatkan lebih 30 mesej teks di antara Abdul Razak dan Musa di antara 7 Oktober dan 19 Oktober 2006.

Daripada jumlah itu, 12 mesej direkodkan pada 19 Oktober 2006 – pada malam Altantuya dibunuh.

"Hanya Musa yang boleh mengesahkan kredibiliti dan kebenaran afidavit Abdul Razak. Bagaimanapun pendakwaan memutuskan untuk tidak memanggil Musa untuk mengesahkan perkara ini.

"Bagi kami, Musa sepatutnya dipanggil oleh pendakwaan (dalam perbicaraan kes pembunuhan di Mahkamah Tinggi Shah Alam) untuk mengesahkan atau menolak apa yang didakwa Abdul Razak dalam afidavit tersebut.

"Pastilah, dengan afidavit tersebut dan sekiranya Abdul Razak dipanggil, beliau akan berpegang kepada apa yang tertulis. Namun tiada peluang untuk pendakwaan mempersoalkan perkara tersebut kerana Musa tidak dipanggil,” kata Kamarul.

Oleh yang demikian, mahkamah tidak mengetahui perkara yang diperkatakan antara Abdul Razak dan Musa pada malam tersebut.

Kamarul juga membangkitkan bahawa penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yassin juga tidak menyatakan motif pembunuhan tersebut.
Pelabuhan Klang masuki paras IPU bahaya
5:43PM Jun 24 2013  
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Pelabuhan Klang memasuki paras bahaya, menurut exco Selangor Ean Yong Hian Wah.

"Pengesan di Lembah Klang menunjukkan, pada jam 3 petang, ia melepasi IPU 314.

"Kesemua stesen pemantauan lain masih bawah 200 sehingga 3 petang," tulis Ean Yong di Facebook beliau.

Maklumat daripada Facebook informasi bencana Majlis Keselamatan Negara pula menunjukkan bacaan di Pelabuhan Klang pada jam 4.30 petang ialah 317.

Kawasan itu yang pertama memasuki tahap bahaya melebihi IPU 300 di Lembah Klang.
Bacaan IPU di Muar positif, berbahaya di PD
 
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar, yang diisytiharkan kawasan darurat semalam terus menunjukkan perkembangan positif dengan bacaan 148, setakat pukul 7 pagi ini, berbanding bacaan 507 yang direkodkan, pada 4 petang semalam.
Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar hanya satu kawasan dikategorikan sebagai berbahaya iaitu Port Dickson, Negeri Sembilan dengan bacaan IPU 335.

Sementara itu dua kawasan masih mencatat bacaan IPU sangat tidak sihat iaitu masing-masing di Bukit Rambai, Melaka, 260 dan di Kemaman, Terengganu, 249.

Sebanyak 19 kawasan mencatat IPU tidak sihat, 28 sederhana dan satu lagi dikategorikan baik.

Berdasarkan indeks kualiti, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

- Bernama

Bukti Hassan jumpa pengganas Sulu


HASSAN diiring keluar dari Mahkamah Tinggi Kinabalu atas tuduhan menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan keganasan semalam.


KOTA KINABALU – Pihak pendakwaan semalam memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa mereka mempunyai bukti kukuh mengenai seorang anggota polis Cawangan Khas yang mengadakan beberapa pertemuan dengan pengganas Sulu sebelum pencerobohan Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari lalu.
Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan memberitahu yang mereka yakin Koperal Hassan Ali Basari telah beberapa kali bertemu dengan ketua kumpulan pengganas itu, Datu Agbimuddin Kiram.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pembukaan pada prosiding kes ke atas Hassan yang dituduh menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan keganasan di hadapan Hakim P. Ravinthran.
“Kami akan kemukakan bukti-bukti lisan dan bertulis mengenai hubungan rapat antara tertuduh dan Kesultanan Sulu di Selatan Filipina.
“Tertuduh juga dengan sengaja tidak menyalur dan memberikan maklumat mengenai rancangan kumpulan pengganas itu untuk menceroboh kepada pegawai atasannya,” katanya.
Saksi: Tertuduh tahu rancangan pengganas Sulu
 
Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu hari ini diberitahu bahawa anggota polis, yang sedang dibicarakan bagi kesalahan berkaitan pencerobohan pengganas Sulu di pantai timur Sabah, telah dimaklumkan mengenai sekumpulan warga asing memasuki negeri ini menerusi Semporna.
Saksi yang dilindungi itu, memberi keterangan dari bilik saksi, memberitahu mahkamah beliau pergi berjumpa Detektif Koperal Hassan Ali Basari pada Januari untuk memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu.

Hassan, 55, dari Semporna, dituduh dengan sengaja menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan keganasan di pejabat Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, antara Januari dan 3 Mac tahun ini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Saksi itu berkata beliau dihampiri oleh 20 lelaki, memakai pakaian berjalur berwarna jingga, di Bongao di Filipina, yang mencari sebuah bot yang boleh mambawa mereka ke Simunul di Semporna.

Katanya beliau ternampak perkataan ‘Royal Sulu Force’ tertera pada pakaian mereka.

Katanya beliau mendengar lelaki berkenaan berbual sesama mereka dalam bahasa Suluk dan mendapati 1,500 lelaki sedang berkumpul di Simunul.

Saksi itu berkata beliau mendengar alasan mereka berkumpul adalah untuk memasuki Sabah kerana mereka mahu menuntut negeri ini.

Beliau memberitahu mahkamah yang beliau mengingatkan tertuduh supaya tidak mengabaikan maklumat itu.

Tertuduh diwakili peguam Kamarudin Mohamad Chinki dan Ram Singh, manakala  Datuk Nordin Hassan mengetuai pihak pendakwaan.

Turut hadir isteri dan dua anak tertuduh.

Perbicaraan di hadapan Hakim P Ravinthran bersambung esok.

- Bernama

Tiada ulasan: