Selasa, 25 Jun 2013

SEKALI2 APA SALAH BONUS 2 ATAU 3 BULAN

Kembalikan istilah “Bahasa Melayu”

Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong, 25 Jun 2013
Istilah bahasa Melayu atau bahasa Malaysia. Itulah antara persoalan yang membelenggu masyarakat  kita pada hari ini. Yang mana dua istilah ini perlu diguna pakai, Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia dan istilah manakah yang lebih betul penggunaannya. Jika kita teliti dalam perlembagaan negara, bahasa rasmi yang iktiraf dan termaktub di dalam perlembagaan negara adalah Bahasa Melayu.

Namun, tiada pula istilah Bahasa Malaysia disertakan dalam perlembagaan negara. Mengapa istilah Bahasa Malaysia wujud dan mengapa pula istilah Bahasa Melayu perlu ditukar kepada istilah Bahasa Malaysia. Umum mengetahui bahawa  pada awal Jun 2007, Datuk Zainuddin Maidin yang ketika itu Menteri Penerangan telah mengumumkan bahawa bahasa Melayu dirujuk kepada Bahasa Malaysia atas arahan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu menjawat jawatan Perdana Menteri dan keesokan harinya perkara tersebut disahkan oleh Datuk Seri Najib Razak Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri. Alasan penukaran istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia ini adalah untuk tujuan perpaduan kaum dan juga integrasi nasional. Terjejas atau tidak Bahasa Melayu jika penukaran istilah bahasa ini dilakukan? Penulis berpendapat penukaran istilah ini boleh membawa satu bencana yang besar kepada Bahasa Melayu.  Walaupun kita tidak merasai kesan daripada tindakan kita hari ini, namun percayalah generasi akan datang merasai kesan tersebut.

Profesor Teo Kok Seong, profesor Sosiolinguistik Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan bahawa penukaran Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia atas tujuan perpaduan dan integrasi nasional dengan matlamat murni hanya segi zahirnya sahaja, tetapi pada hakikatnya boleh merosakkan dalam banyak hal khususnya orang Melayu yang empunya bahasa terbabit.

Penulis amat bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh sarjana berkenaan. Mungkin kita melihat penukaran istilah daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia ini tidak mendatangkan apa-apa masalah kerana hanya sebaris kata dan istilah, dan mana mungkin boleh membawa akibat negatif terhadap Bahasa Melayu dan jauh sekali bangsa yang empunya bahasa terbabit. Hal ini disebabkan, anggapan sebilangan besar masyarakat kita yang suka mengambil mudah, acuh tidak acuh serta tidak mengambil penting tentang perihal dunia kebahasaan menyebabkan Bahasa Melayu rela dirobek-robek dan ditukar-tukar istilahnya tanpa rasa bersalah oleh pihak tertentu.

Walaupun kita bukan dalam kalangan ahli dunia kebahasaan, jauh sekali bergelar aktivis bahasa, itu tidak penting, yang penting adalah sikap kita sebagai pengguna dan penutur Bahasa Melayu yang perlu ada rasa kesedaran, kasih serta sayang terhadap Bahasa Melayu. Oleh itu, sikap sensitif terhadap Bahasa Melayu seharusnya tinggi walaupun kita seorang ahli perniagaan, juruterbang, doktor, peguam yang kiranya fasih berbahasa Inggeris dan menggunakannya untuk urusan sehari-harian.

Ditambahkan lagi, sekiranya penukaran istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia ini disebabkan ingin mengukuhkan perpaduan antara kaum di Malaysia, penulis beranggapan ia bukanlah tata cara yang praktikal untuk dilakukan iaitu dengan mengubah istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia. Umum mengetahui, negara telah pun mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun, namun isu perpaduan kaum ini masih lagi hebat diperdebatkan oleh pelbagai pihak terutama selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Negara juga turut dikejutkan dengan tsunami politik yang menyebabkan suasana politik negara tidak begitu stabil terutama negeri-negeri  yang menerima peralihan kuasa daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. Secara tidak langsung  hubungan kaum di Malaysia mulai menerima bibit-bibit keretakan, disebabkan beberapa isu berbangkit.

Ironinya isu perpaduan ini bukan satu isu yang mudah untuk diselesaikan kerana ia memerlukan tolak ansur semua pihak dalam menyelaraskan beberapa isu mahupun tuntutan. Malah, mana-mana negara sekali pun, isu perpaduan pelbagai ras dan kesukuan ini adalah satu isu yang masih lagi belum mencapai kata putus yang mutlak, walaupun negara berkenan sudah mencapai taraf negara maju. Soal perpaduan ini bukanlah satu soal yang mudah untuk ditangani, seperti penulis katakan sebentar tadi bahawa tolak ansur antara semua pihak amat diperlukan dalam merealisasikan perpaduan di Malaysia.

Jika kita betul bersungguh-sungguh ingin melaksanakan perpaduan di Malaysia, persoalannya mengapakah Bahasa Melayu perlu diusik dan ditukar-tukar namanya? Istilah Bahasa Melayu sudah cukup meluas penggunaannya bermula dari  peringkat rendah hingga peringkat tertinggi. Jika ingin mengukuhkan perpaduan  di Malaysia, adalah lebih molek jika kita menggunakan  elemen lain tanpa mengganggu gugat Bahasa Melayu yang cukup terbudaya dalam masyarakat ketika ini.

Pelaksanaan sekolah wawasan, pembinaan bangsa Malaysia, serta slogan 1 Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak antara program yang berteraskan perpaduan yang perlu diperkukuhkan peranan serta fungsinya, tanpa Bahasa Melayu perlu diusik atau diganggu gugat istilahnya daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia dan seumpamanya dengannya.

Menurut Profesor Teo kok Seong, dalam bahasa diyakini Bahasa Melayu turut terkandung dan terangkum artifak, institusi dan organisasi, sikap, falsafah, pemikiran dan emosi, budaya,  sejarah, sistem kepercayaan dan nilai bangsa Melayu yang terhimpun sejak turun menurun lamanya. Malah,  menurut pendapat Profesor Nor Hisham Osman, pensyarah linguistik Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), Malaysia sewajarnya menggunakan pendekatan negara-negara lain seperti Australia, England, Kanada dan New Zealand  yang menggunakan istilah standard iaitu Bahasa Inggeris dan bukannya menggunakan istilah negara-negara berkenaan untuk merujuk kepada Bahasa Inggeris.

Jika kita lihat dari sudut sejarah perkembangan Bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu bukan hanya setakat dituturkan di sekitar wilayah politik Malaysia sahaja malah turut dituturkan oleh sebilangan besar masyarakat lingkungan rantau kepulauan Melayu yang merangkumi, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei dan Selatan Thailand. Penukaran istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia bukanlah satu penyelesaian yang holistik dalam mengukuhkan perpaduan di Malaysia. Istilah Bahasa Malaysia diwujudkan pada hakikatnya bagi membolehkan ia tidak melambangkan mana-mana suku kaum di Malaysia, namun kita perlu berpijak di bumi yang nyata dan realitinya hasrat tersebut tidak akan tercapai walaupun bangsa Melayu sanggup menggugurkan nama bangsanya  pada istilah Bahasa Melayu.

Menurut Kamal Abdullah Sani, semua warga Malaysia tidak seharusnya curiga pada penggunaan istilah Bahasa Melayu. Hal ini kerana rasa curiga  itu mungkin menimbulkan pelbagai  kesan yang negatif. Malah, kita sebagai warga negara Malaysia yang mengaku warga setia di bumi tercinta ini perlu merasa bangga dengan bahasa kebangsaan kita walaupun kita berlainan kaum, suku, mahupun  keturunan.  Abang Patdeli Abang Muhi melalui makalahnya “Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia”, Pelita Bahasa 1995 telah melontar beberapa persoalan tentang kewajaran penukaran istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia. Adakah dengan penukaran istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia menjadikan masyarakat lebih prihatin terhadap Bahasa Melayu dan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bahasa teknologi yang terpenting di negara ini? Untuk membincangkan Bahasa Melayu dari segi keupayaan sebagai bahasa ilmu, ia memerlukan satu perbincangan yang cukup panjang dan melibat pelbagai aspek. Hal ini kerana pada hari ini secara dasarnya Bahasa Melayu menerima hambatan yang begitu hebat daripada pelbagai sudut terutama dari sudut cabaran Bahasa Inggeris dan dunia globalisasi tanpa sempadan.

Mungkin dalam benak fikiran kita timbul satu persoalan, mengapa Indonesia menggunakan istilah bahasa Indonesia sedangkan rakyat Indonesia juga turut  bertutur  di dalam Bahasa Melayu serupa dengan rakyat Malaysia? Menurut Profesor Teo, kedudukan Bahasa Melayu di Malaysia berbeza daripada Indonesia. Hal ini kerana bahasa rasmi negara jiran tersebut diangkat daripada kumpulan minoriti berbanding suku Jawa yang mendominasi wilayah Indonesia dan tidak timbul soal bantahan kerana ia suatu penghormatan besar kepada empunya bahasa tersebut. Dr Nor Hisham menambah, bahawa bahasa mewakili bangsa, dan situasi Bahasa Malaysia di negara ini berbeza daripada Indonesia yang mengangkat bahasa berdasarkan nama negara itu kerana sudah terbukti mereka sudah berjaya mengwujudkan bangsa Indonesia. Bahasa Indonesia tambah beliau lagi tidak sama dengan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu di Indonesia difahami sebagai bahasa yang diucapkan di Riau, satu wilayah di negara jiran itu. Manakala, di Malaysia bahasa Melayu merujuk kepada bahasa bangsa Melayu.

Oleh hal yang demikian, sudah  sampai masanya kita warga Malaysia yang tidak kira ras mahupun keturunan perlu berbangga dengan bahasa kebangsaan tanpa menukarkan namanya. Oleh itu, kita jangan lagi ragu-ragu untuk menyatakan Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan kita. Hal ini disebabkan Bahasa Melayu telah termaktub dalam perlembagaan dan telah diterima oleh rakyat Malaysia sebagai bahasa rasmi negara
kita.

Jerebu: Dewan Ulamak saran baca 'Qunut Nazilah'

Harakahdaily, 25 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat mencadangkan agar seluruh umat Islam khususnya ahli PAS membaca doa Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu bagi memohon keselamatan daripada Allah ekoran jerebu yang melanda negara.

Setiausahanya Ustaz Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ianya memandangkan situasi jerebu yang semakin meruncing melanda negara pada hari ini.

"Sesungguhnya doa adalah senjata muslim di samping usaha-usaha pencegahan yang dijalankan.

"Selain itu disarankan juga mengadakan Solat Istisqa memohon hujan sebagai satu cara meredakan jerebu," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, para alim ulamak yang menyampaikan kuliah di masjid dan surau pula perlu mengambil kesempatan untuk memberi peringatan kepada umat dengan menjelaskan punca-punca berlakunya situasi yang seumpama ini sebagaimana ditegaskan oleh al-Quran.

Beliau turut memetik firman Allah dalam Surah al-Rum ayat 41 yang bermaksud; "Telah zahir kerosakan di daratan dan lautan disebabkan perlakuan tangan manusia untuk Dia merasakan kepada mereka (keperitan) sebahagian apa yang telah mereka lakukan mudah-mudahan mereka kembali (kepada Allah)".

"Perlu diambil ingat juga bahawa jerebu dan ujian bala seumpamanya boleh menjadi lebih parah lagi apabila umat tidak merasakan dosa sebagai dosa dan ujian Allah dalam bentuk bala juga tidak dirasakan sebagai bala lalu peringatan tidak diambil," katanya.

Setuju siaran langsung sidang parlimen ditambah

Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail,
Ura-ura RTM1 untuk menambahkan lagi masa siaran langsung persidangan Parlimen daripada setengah jam kepada satu jam memang dialu-alukan. Rakyat sememangnya menanti-nantikan dengan penuh minat kerana selain boleh mendapat maklumat apa-apa yang disuarakan oleh Ahli Parlimen, juga memberikan peluang untuk rakyat menilaikan dan tahu siapakah yang selalu hadir dan siapa pula yang suka ponteng apabila persidangan itu diadakan.

Masa yang diberikan RTM1 untuk siaran secara langsung berkemungkinan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Namun adalah lebih baik lagi jika siaran langsung ini dilanjutkan sehingga 12.00 tengah hari. Hal ini kerana persidangan parlimen bukannya sepanjang masa tetapi hanya beberapa minggu sahaja dan bermusim sebagaimana yang ditetapkan itu.

Yang menjadi kemusykilan sedikit adalah selalunya pihak RTM1 lebih banyak menyiarkan perbualan dalam studio bersama tetamu jemputan dari Ahli Parlimen Barisan Nasional yang kadangkala membosankan kerana asyik dengan perbualan dan perbincangan sesama sendiri yang saya rasa tidak begitu perlu dibuat. Perkara itu boleh diadakan dalam program atau rancangan lain tetapi bukan semasa satu jam yang diperuntukkan untuk membuatkan siaran langsung itu.

Kalau hanya lima minit atau sepuluh minit sahaja dibuatkan liputan secara langsung terus dari Dewan Parlimen dan selebihnya banyak berborak dan berbincang dalam studio bersama wakil rakyat BN, ia tidak bermakna dan tidak sampai apa matlamat yang sepatutnya kepada rakyat.

Jika betul-betul ikhlas, penuhkan masa siaran langsung itu terus kedalam Dewan Parlimen semasa sedang bersidang. Jangan ada sekatan atau alihkan perhatian apabila ada isu-isu yang panas sedang dibahaskan itu. Apakah hendak disorokkan atau hendak dimalukan kerana rakyat sekarang ini kebanyakannya bijak-bijak belaka dan berpelajaran dan mampu membuat penilaiannya sendiri. Diharapkan juga agar siaran ulangan dibuatkan pada sebelah malam untuk mereka yang tidak berkesempatan mengikuti perkembangan semasa persidangan parlimen tersebut tanpa dibuatkan apa-apa tapisan atau pindaan apa juga yang dirakamkan itu.

 
PM akan umum bonus penjawat awam
Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan membuat keputusan berhubung pemberian bonus untuk penjawat awam tahun ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata keputusan itu akan dibuat Najib selaku Menteri Kewangan sempena pembentangan Belanjawan 2014 yang dijadual 25 Oktober ini.
"Saya rasa kerajaan akan membuat keputusan bila kerajaan buat bajet(pembentangan Belanjawan 2014), PM sendiri akan buat keputusan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Seramai 1,374 petugas dari 42 Jabatan/Agensi/Bahagian Jabatan Perdana Menteri menerima anugerah itu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kepada kerajaan supaya bonus melebihi sebulan setengah gaji diberikan kepada kira-kira 1.4 juta penjawat awam.
Semalam, Presiden Cuepacs    Datuk Omar Osman menyarankan kerajaan agar bonus melebihi sebulan setengah gaji atau sekurang-kurangnya sebulan setengah gaji diberikan kepada kakitangan awam dengan pembayaran setengah bulan gaji dibuat sebelum perayaan Aidilfitri nanti.
Tahun lalu, penjawat awam menerima bonus sebulan setengah gaji dengan pembayaran dibuat sebanyak tiga kali; sebelum perayaan Aidilfitri, bulan Disember dan pada Januari tahun ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Dr Ali yang genap setahun menjalankan tugas sebagai KSN, meminta penjawat awam supaya lebih peka dan mendekati nadi rakyat dengan mengambil langkah proaktif melalui Program Jejak Mesra Perkhidmatan Awam.
"Penjawat awam (menerusi program itu) akan turun untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan membawa perkhidmatan kepada mereka.
"Ini adalah satu pendekatan baharu di mana kita tidak boleh menunggu untuk rakyat datang kepada kita dengan masalah mereka tetapi sebaliknya kita mendekati mereka," katanya.
Beliau juga mengalu-alukan maklum balas, pandangan dan cadangan membina daripada seluruh penjawat awam demi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan awam.
"Kita semua (penjawat awam) perlu senang dihubungi dan didekati. Saya berharap agar sebarang maklum balas yang ingin disampaikan dapat disalurkan melalui saluran yang bersesuaian," katanya. - Bernama
Jerebu: Fatwa larangan solat Jumaat tak wajar
Tamyes
Tamyes
JABATAN Mufti Selangor mengulas berhubung fatwa yang dikeluarkan ulama Indonesia yang tidak mewajibkan solat Jumaat sekiranya keadaan jerebu teruk sangat.

Muftinya, Datuk Tamyes Abd Wahid berkata, dalam keadaan jerebu seperti sekarang ini tidak sewajarnya fatwa melarang umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat kerana udara masih belum tahap memudaratkan.

“Buat tempoh ini keadaan jerebu yang melanda atmosfera sekitar Selangor dan Kuala Lumpur hanya berada di tahap tidak sihat belum darurat sehingga status bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 1,000.

“Kalau IPU dah cecah 1,000 itu barulah darurat  dan memudaratkan kesihatan orang ramai dan dalam keadaan seumpama ini seharusnya akan wujud larangan keluar rumah kerana membahayakan kesihatan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Tamyes turut memaklumkan bahawa setiap bencana atau bala yang diturunkan Allah tidak akan menjejaskan ibadah umat Islam.

“Hari ini walaupun IPU mencatatkan udara tidak sihat tetapi orang awam masih boleh keluar bekerja dan melakukan aktiviti harian seperti biasa.

“Manakala istilah darurat ialah apabila seseorang itu keluar dari rumah ditimpa mala petaka atau rebah tiba-tiba akibat udara kotor barulah lay
Kes Altantuya: Hakim terkhilaf
Altantuya Shaariibuu
Altantuya Shaariibuu
PUTRAJAYA - Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam mensabitkan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Mahkamah Rayuan di sini diberitahu hari ini.
  
Peguam Datuk Hazman Ahmad berkata anak guamnya Azilah Hadri, 34, tidak memiliki atau mengawal bahan letupan C4 yang didakwa digunakan dalam pembunuhan wanita itu.
  
"Tidak ada bahan letupan C4 yang disimpan di dalam stor Unit Tindakan Khas. Mereka (Azilah dan seorang lagi tertuduh) tidak dilatih mengendalikan bahan letupan dan bom. Bom dikawal ketat di dalam stor polis," katanya.
  
Beliau berkata rekod log Azilah menunjukkan beliau hanya dibekalkan sepucuk pistol Glock dan peluru.
  
Keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan mendedahkan bahawa Altantuya ditembak dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan di kawasan hutan yang dibersihkan pada malam 19 Okt, 2006.

Hazman berhujah terdapat ketidaktekalan dalam keterangan saksi pendakwaan berhubung maklumat yang dikatakan diberi oleh Azilah yang membawa kepada penemuan lokasi kejadian.
  
Beliau berkata Azilah tidak pernah mendedahkan lokasi Puncak Alam tempat Altantuya ditembak dan diletupkan, dan menambah terdapat salah laksana keadilan terhadap Azilah memandangkan polis terlebih dahulu memperoleh maklumat mengenai lokasi kejadian.
  
"Terdapat percanggahan serius dalam keterangan saksi pendakwaan dengan apa yang Azilah perkatakan," kata Hazman, yang berhujah dalam rayuan Azilah dan Sirul Azhar Umar, 39, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 mensabit dan menjatuhi hukuman mati ke atas mereka kerana membunuh Altantuya, 28.
  
Mereka melakukan kesalahan itu di Mukim Bukit Raja di Klang dekat sini antara 10 malam 19 Okt, 2006 dan 1 pagi 20 Okt, 2006.
  
Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt, 2008 tanpa dipanggil membela diri selepas pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

Hazman berkata hakim perbicaraan terkhilaf dalam undang-undang dan fakta ketika menerima sebagai keterangan maklumat yang diberi Azilah mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan dan menggesa Mahkamah Rayuan supaya tidak menerima maklumat itu.
  
Hazman berkata Azilah memberi keterangan bersumpah dan disoal balas bertalu-talu oleh pendakwaan namun hakim menolak pembelaan alibi anak guamnya itu sebagai penafian semata-mata.
  
Sementara itu, peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul Azhar berkata kegagalan pendakwaan memanggil DSP Musa Safri untuk memberi keterangan menjadikan perbicaraan kes itu sebagai perbicaraan silap.
  
Beliau berkata hanya Musa yang dapat mengesahkan kebenaran afidavit yang difailkan oleh Abdul Razak yang diterima Mahkamah Tinggi, dan kemudian membebaskannya (Abdul Razak).
  
"Terdapat bahagian dalam afidavit itu yang memudaratkan tertuduh dan pembelaan dinafikan satu-satunya cara untuk mencabar afidavit itu," katanya.
  
Beliau berkata pendakwaan tidak merayu terhadap pembebasan Abdul Razak.

Kamarul Hisham berkata rekod telefon Abdul Razak menunjukkan lebih 30 teks mesej yang dihantar penganalisis politik itu kepada Musa antara 7 dan 19 Okt, 2006, dengan 12 daripadanya direkodnya pada 19 Okt, 2006, malam Altantuya dibunuh.
  
Beliau juga berhujah di hadapan panel tiga anggota diketuai Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali bahawa penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yassin tidak menyatakan motif pembunuhan itu.
  
Dua lagi hakim ialah Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.
  
Kamarul Hisham turut berhujah Sirul Azhar terdedah kepada 'publisiti buruk' semasa perbicaraan sungguhpun tiga akuan berkanun dan salinan kenyataan beramaran dipercayai diberi oleh Sirul Azhar yang dimuat naik dalam laman web internet, menjadikannya satu perbicaraan silap.
  
Bagaimanapun, Apandi menempelak, dan bertanya di manakah dalam penghakiman itu hakim membayangkan bahawa beliau telah dipengaruhi.

Beliau berkata tidak mungkin bagi hakim secara umumnya akan terpengaruh dengan laporan media memandangkan mereka tidak ada masa untuk melayari laman web berikutan beban tugas mereka.
  
"Sekiranya penghujahan ini dibenarkan, maka semua perbicaraan jenayah, akan menjadi perbicaraan silap," kata Apandi, dan menambah hakim bertindak berdasarkan fakta dan keterangan yang dikemukakan dalam perbicaraan.
  
Pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah akan berhujah esok. - Bernama
Suami buntu isteri hilang
Suami buntu isteri hilang
Rosnaini memegang gambar adik iparnya yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.
KUANTAN -  Seorang juruteknik syarikat minyak berpangkalan di Qatar buntu memikirkan misteri kehilangan isterinya yang didakwa dilarikan warga Indonesia, sejak Jumaat lalu.

Mohd Riduan Abd Razak, 34, berkata, isterinya, Nur Idayu Abd Aziz, 34, dipercayai dilarikan pekerja Indonesia termasuk seorang wanita yang diupah membuat pengubahsuaian rumah mertuanya di Felda Bukit Sagu 2, di sini.

Menurutnya, dia dimaklumkan ibunya, Rosnah Latif, 50-an, Nur Idayu dilarikan empat warga Indonesia terbabit yang turut menghilangkan diri pada hari yang sama.

“Saya buntu memikirkan kaitannya dengan isteri saya, tetapi khabar angin yang saya dengar, seorang daripada lelaki Indonesia itu meminati isteri saya.

“Jika benar isteri saya bersama mereka, saya harap mereka tidak melakukan sesuatu yang buruk kerana isteri saya melayan mereka seperti ahli keluarga sendiri,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mohd Riduan berkata, menjadi kebiasaannya dia akan menghubungi isterinya selepas habis bertugas pada jam 5 petang (waktu Qatar) iaitu 10 malam (waktu Malaysia) untuk memastikan keselamatannya dan tiga anak mereka walaupun tinggal bersama keluarga di tanah rancangan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, dia gagal menghubungi isterinya pada hari tersebut kerana talian seperti ditutup.

“Saya cuba menghubungi ibu dan diberitahu isteri saya tidak pulang sejak siang lagi.

“Saya ambil keputusan pulang ke Kuantan dan mengharungi perjalanan kira-kira 15 jam untuk mencari isteri yang didakwa berada di Melaka ketika ini,” katanya.

Mohd Riduan berkata, ibunya sudah membuat laporan polis di Balai Polis Panching pada keesokan harinya (Sabtu) dengan menyatakan Nur Idayu dilarikan orang.

Mohd Riduan berkata, pelbagai usaha sedang dilakukan untuk mengesan kedudukan isterinya termasuk menghubungi kenalan dan saudara mara isteri, tetapi belum mendapat sebarang petunjuk.

“Kerjasama pasukan polis amat kami hargai dan semoga isteri ditemui dalam keadaan selamat kerana anak-anak sudah mula bertanya di mana ibu mereka,” katanya.

Sementara itu, kakak ipar mangsa, Rosnaini Razak, 45, berkata, Nur Idayu ke rumahnya di Felda Bukit Goh kira-kira jam 3.30 petang, Jumaat lalu untuk menghantar makanan sebelum memaklumkan akan ke pejabat Pos untuk membuat penghantaran jubah kepada pelanggan.

“Kelakuannya agak pelik pada hari itu seperti orang dalam keadaan tergesa-gesa tetapi saya tidak syak apa-apa sehingga adik saya, Mohd Riduan menghubungi saya bertanyakan isterinya,” katanya.

Kali terakhir Nur Idayu dilihat berada di Pasar Raya Terus Maju, Bukit Goh memakai jubah dan tudung berwarna merah jambu menaiki kereta Suzuki Swift berwarna putih dengan nombor pendaftaran WWT 7854.

Kepada mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kehilangan Nur Idayu, boleh hubungi 014-8393778 (Shikin) atau 0129487664 (Mohd Riduan) atau 09-5478895.
Pencuri kantoi dalam bilik air
Pencuri kantoi dalam bilik air
Suspek sempat menghantar SMS kepada teman wanitanya kerana terperangkap di dalam rumah Kamaruddin dan Che Norma (gambar) ketika bersembunyi di bawah katil.
Pencuri kantoi dalam bilik air
Kamaruddin menunjukkan tempat suspek berdiri ketika dia mahu masuk ke dalam bilik air.
MARANG – Malang si pencuri. Itulah nasib seorang pemuda yang gagal keluar dari sebuah rumah dengan sejumlah wang hasil curian apabila terserempak dengan tuan rumah ketika bersembunyi di dalam bilik air rumah mangsa.

Sebelum itu, suspek juga dikatakan sempat menghantar SMS kepada teman wanitanya untuk memaklumkan dia terperangkap dalam rumah itu ketika bersembunyi di bawah katil sebelum keluar untuk bersembunyi di dalam bilik air.

Bagaimanapun, tindakan suspek berusia 20 tahun itu akhirnya disedari mangsa, Kamaruddin Baharom, 51, juga juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Perkaya, di sini, ketika dia masuk ke dalam bilik air terbabit.

Kamaruddin yang menguruskan syarikat pembinaan sendiri berkata, suspek dipercayai memasuki rumahnya antara jam 10 hingga 11.30 pagi selepas dia keluar ke tempat kerja, kira-kira 500 meter dari rumahnya.

“Saya keluar sekitar jam 10 pagi untuk ke tempat kerja dan pulang semula lebih kurang jam 12 tengah hari dan ketika mahu masuk ke dalam bilik air, saya terkejut lihat ada seorang lelaki di dalam bilik air tersebut.

“Saya kemudiannya menutup pintu sambil memegang tombol pintu bilik air, manakala isteri mendapatkan bantuan. Kami berjaya menangkapnya dengan bantuan dua anggota polis yang kebetulan melalui jalan depan rumah,” katanya.

Hasil pemeriksaan mendapati, wang tunai isterinya, Che Norma Salleh, 42, berjumlah RM441 diletakkan di dalam dompet hilang dan pemeriksaan polis pula mendapati wang itu disorok di dalam seluar dalam suspek.

Kamaruddin membuat laporan polis mengenai kejadian itu, di Balai Polis Merchang, Ahad lalu.

Kamaruddin ketika ditemui Sinar Harian menyifatkan tindakan suspek sebagai nekad kerana isterinya berada di dalam rumah ketika suspek memasuki rumahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan laporan dan kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah siang hari.

Menurutnya, suspek juga positif dadah dan turut disiasat mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dituduh, ugut pukul isteri
Dituduh, ugut pukul isteri
Tertuduh (tengah) hanya menundukkan kepala ketika dibawa keluar dari mahkamah, semalam.
KOTA BHARU - Seorang pekerja pam minyak menangis tersedu-sedan di Mahkamah Majistret di sini, semalam apabila isteri enggan menjaminnya selepas dituduh mengugut dan memikul wanita itu, dua bulan lalu.

Tuduhan terhadap Muhammad Ilyas Hashim, 31, dibuat mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan.

Dia didakwa pada tuduhan pertama mengugut hendak menumbuk hingga hancur muka Tuan Latifah Tuan Yaacob, 35, di sebuah rumah di Jalan Raja Dewa Hilir di sini, pada jam 10.30 malam, 11 April lalu.

Sementara tuduhan kedua, dia didakwa memukul mangsa dengan menampar, mencekik leher, mengheret dan menyepak dengan kaki serta tangan hingga cedera pada masa, tarikh dan lokasi yang sama.

Pada prosiding semalam, tertuduh mendakwa dia sudah meminta maaf dengan isterinya, bagaimanapun, kita dihubungi pihak pendakwaan, isterinya enggan menjamin tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nur Liyana Mad Zukri turut memberitahu mahkamah melalui rekod percakapan mangsa, kejadian sama sudah empat kali berlaku dan mereka dalam proses penceraian.

“Tertuduh juga sering mengganggu isterinya dengan membuat kacau di kedai tempat mangsa berniaga di sebuah pusat membeli-belah di sini,” katanya.

Selepas dibenarkan jamin RM5,000 oleh Majistret, Nik Habri Muhamad, tertuduh kemudian menangis teresak-esak sambil mengakui hanya cinta akan Allah dan Rasul.

“Saya tidak sangka isteri anak cakap sebegini. Saya sedih memikirkan anak-anak dan ibu. Saya serahkan segala-galanya pada Allah,” katanya.

Tertuduh turut dikenakan syarat supaya melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan sehingga kes selesai dan akan membatalkan jaminan jika terdapat aduan daripada mangsa dan saksi.

Tiada ulasan: