Wan Ahmad 'pakai' baju BN secara tidak sedar
Harakahdaily, | 22 Jun 2013 |
Ketua Penerangan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor berkata, kenyataan Wan Ahmad yang menyifatkan pembangkang sebagai hipokrit kerana akan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di parlimen dilihat tidak wajar keluar dari mulut seorang pegawai SPR.
"Kenyataan Datuk Wan Ahmad Wan Omar telah mencukupkan sebab dan syarat untuk beliau berundur dari kerusi itu dengan segera. Nada sinikal dan celupar mulutnya telah menyebabkan rakyat menjadi meluat dan menyampah dengan beliau.
"Apatah lagi dengan pelbagai kes penipuan yang berlaku semasa PRU ke 13. Beliau telah meningkatkan lagi adrenalin rakyat dan memarakkan kemarahan rakyat untuk turun berhimpun hari ini," katanya.
Menurut Riduan, dalam apa juga keadaan Wan Ahmad tidak berhak memberikan apa juga komen atau kritikan terhadap keputusan politik mana-mana pihak.
Tugas beliau secara profesionalnya adalah mengurus pilihanraya dan perkara yang berkaitan dengan pilihan raya, kata Riduan.
Kenyataan Wan Ahmad itu menurut Riduan menjelaskan lagi belang sebenar beliau yang tanpa berselindung beliau adalah pembela tegar BN dan musuh sebenar PR.
Dengan tindakan itu katanya, sukar untuk Wan Ahmad kembali memakai topi dan baju rasmi SPR kerana beliau telah memakai baju BN secara tidak sedar.
"Tindakan politik mengangkat sumpah atau tidak di parlimen ahli Parlimen PR bukan di bawah bidang kuasanya dan beliau tiada kaitan langsung untuk bercakap isu tersebut.
"SPR telah mensohorkan namanya di seluruh negara dan eloklah beliau berhenti SPR dan bertanding secara rasmi di mana-mana kerusi Parlimen di bawah tiket BN atas populariti yang dimilikinya," katanya.
Polis dakwa penganjur 'Black 505' mahu lihat pertempuran
Polis
Kuala Lumpur dalam satu kenyataan lewat petang ini mendakwa menerima
maklumat tentang cubaan peserta himpunan 'Blackout 505 esok' untuk
menimbulkan provokasi terhadap pihak berkuasa.
Ketua pasukan itu Datuk Mohmad Salleh berkata polis mendakwa menerima maklumat peserta di tujuh lokasi himpunan akan "menimbulkan kemarahan polis", dan "mencetuskan huru-hara sekitar Kuala Lumpur".
"Suasana tersebut akan sengaja disebar ke seluruh pelusuk dunia melalui medium komunikasi masa kini bagi menunjukkan kekerasan pihak berkuasa.
"Justeru itu, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak menyertai himpunan ini kerana ia jelas menunjukkan pihak penganjur sengaja ingin melihat pertempuran berlaku di antara pihak berkuasa dan orang ramai," kata polis dalam kenyataan mereka.
Perhimpunan esok untuk memprotes perjalanan pilihan raya lalu antara lain menuntut pimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar meletak jawatan dan pilihan raya diadakan semula di beberapa tempat dengan keputusan meragukan.
Dalam kenyataan sama, polis turut mengulangi kenyataan mereka sebelum ini yang tindakan tegas akan diambil terhadap himpunan itu yang didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Polis juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas ke atas sesiapa sahaja yang melanggar akta itu dan sebarang undang-undang yang termaktub di negara ini," kenyataan itu dipetik.
Kenyataan itu berlawanan dengan dakwaan PKR, penganjur utama perhimpunan 'Black 505' bahawa parti itu telah dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa pihak polis akan membantu memudahkan penganjuran perhimpunan di Padang Merbok esok.
Dalam kenyataannya, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yang juga ahli parlimen Pandan mendakwa tindakan itu dibuat selagi peserta perhimpunan tidak memusnahkan harta awam.
Dalam reaksi segeranya malam ini, Rafizi berkata beliau terkejut dengan kenyataan Mohmad itu dan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan kononnya penganjur mengeluarkan arahan untuk melakukan provokasi terhadap anggota polis dengan tujuan mencetuskan rusuhan.
"Tidak ada satu perbincangan pun yang menyentuh mengenai kekasaran terhadap pasukan polis, malah saya berhubung dengan baik dengan Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad sepanjang penganjuran ini," katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, Rafizi berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohmad kerana kenyataannya itu berbau fitnah dan tidak benar.
Ketua pasukan itu Datuk Mohmad Salleh berkata polis mendakwa menerima maklumat peserta di tujuh lokasi himpunan akan "menimbulkan kemarahan polis", dan "mencetuskan huru-hara sekitar Kuala Lumpur".
"Suasana tersebut akan sengaja disebar ke seluruh pelusuk dunia melalui medium komunikasi masa kini bagi menunjukkan kekerasan pihak berkuasa.
"Justeru itu, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak menyertai himpunan ini kerana ia jelas menunjukkan pihak penganjur sengaja ingin melihat pertempuran berlaku di antara pihak berkuasa dan orang ramai," kata polis dalam kenyataan mereka.
Perhimpunan esok untuk memprotes perjalanan pilihan raya lalu antara lain menuntut pimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar meletak jawatan dan pilihan raya diadakan semula di beberapa tempat dengan keputusan meragukan.
Dalam kenyataan sama, polis turut mengulangi kenyataan mereka sebelum ini yang tindakan tegas akan diambil terhadap himpunan itu yang didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Polis juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas ke atas sesiapa sahaja yang melanggar akta itu dan sebarang undang-undang yang termaktub di negara ini," kenyataan itu dipetik.
Kenyataan itu berlawanan dengan dakwaan PKR, penganjur utama perhimpunan 'Black 505' bahawa parti itu telah dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa pihak polis akan membantu memudahkan penganjuran perhimpunan di Padang Merbok esok.
Dalam kenyataannya, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yang juga ahli parlimen Pandan mendakwa tindakan itu dibuat selagi peserta perhimpunan tidak memusnahkan harta awam.
Dalam reaksi segeranya malam ini, Rafizi berkata beliau terkejut dengan kenyataan Mohmad itu dan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan kononnya penganjur mengeluarkan arahan untuk melakukan provokasi terhadap anggota polis dengan tujuan mencetuskan rusuhan.
"Tidak ada satu perbincangan pun yang menyentuh mengenai kekasaran terhadap pasukan polis, malah saya berhubung dengan baik dengan Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad sepanjang penganjuran ini," katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, Rafizi berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohmad kerana kenyataannya itu berbau fitnah dan tidak benar.
Huru-hara: Rafizi nafi kenyataan ketua polis KL
Harakahdaily, | 21 Jun 2013 |
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang terkejut dengan kenyataan itu berkata, pihak polis boleh menilai kesemua kenyataan medianya dan laporan temuramah mengenai kesemua perhimpunan #black505 sebelum ini.
"Saya juga merupakan penganjur utama kesemua perhimpunan #black505 termasuklah yang akan diadakan esok di Padang Merbok dan terlibat di dalam kesemua perancangan.
"Tidak ada satu perbincangan pun yang menyentuh mengenai kekasaran terhadap pasukan polis, malah saya berhubung dengan baik dengan Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad sepanjang penganjuran ini.
"Tidak ada satu pun yang mengarahkan sebarang provokasi atau kekasaran terhadap pasukan polis," tegasnya dalam satu kenyataan lewat petang ini.
Menurut beliau, oleh kerana kenyataan Mohamad Salleh itu adalah tidak benar dan memberikan gambaran buruk terhadapnya selaku penganjur, maka beliau telah mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang dan saman terhadap ketua polis KL itu.
"Saya juga mempertahankan kenyataan saya petang ini bahawa penganjur telah mendapat isyarat tidak rasmi dari pimpinan atasan bahawa pihak polis akan memberikan kerjasama untuk membolehkan perhimpunan esok berjalan lancar.
"Saya percaya keputusan itu akan diselaraskan di peringkat pimpinan polis dan Kementerian Dalam Negeri selepas ini," katanya.
AWAS : Empangan KL pecah esok !
Posted on Saturday, June 22 @ 02:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: tokpepijat
"Jika empangan pecah, tiada siapa yang mampu menutup lubang kebocoran itu.
Airnya mengalir deras.
Lubang kebocoran itu semakin lama semakin membesar.
Jika ada usaha untuk menghalang air dari mengalir,ini mengakibatkan air itu mengalir dan mencari jalan dan lubang lain.
Yang pasti, lubang kebocoran empangan semakin besar dan air tidak lagi boleh dihalang untuk mengalir dan terus mengalir.
Biarkan air terus mengalir.Akhirnya air itu surut jua setelah penat mengalir.......
Begitulah untuk hari esok di Kuala Lumpur.
Cuba menutup dan menghalang perhimpunan rakyat tiada maknanya.
Mereka datang jua.Samada dari Timur,Barat,Utara dan Selatan.
Menaiki bas,kereta,motorsikal maupun berjalan kaki.
Semuanya umpama air yang mengalir deras.
Menghalangnya umpama cuba menutup lubang kebocoran empangan dengan duit syiling
lima puluh sen !
AWAS : Empangan KL pecah esok !
Polis wajar membantu, bukan halang - DAP
Harakahdaily, | 22 Jun 2013 |
Dalam satu kenyataan media yang dihantar DAP Malaysia petang semalam, mereka menyifatkan himpunan itu sebagai tanggungjawab rakyat membantah proses PRU 13 yang kotor dan tidak adil.
"DAP melihat hak berhimpun juga merupakan hak asasi dan pihak polis sepatutnya membantu dan bukannya menghalang ekspresi kebebasan rakyat ini.
"Semua anggota serta ahli DAP digalakkan memakai baju hitam dan turut serta membanjiri himpunan yang penuh bermakna ini," kenyataan itu dipetik.
Dalam kenyataan itu juga turut memaklumkan bahawa tempat berkumpul untuk ahli-ahli DAP adalah di Jalan Sultan berhadapan Hotel Lok Ann bermula dari pukul 12 tengah hari.
Iran dan Hizbul Syaitan menyokong pengganas Bashar Assad
Posted on Saturday, June 22 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: ahmadhadeed
"PAS berhadapan dengan issue besar di Syria dan sikap PAS adalah penting kerana jika PAS silap percaturan, Ummat Islam Malaysia tidak akan menganggap PAS adil dalam menjadi jurucakap Ummah. Ramai penyokong PAS termasuk pemimpin PAS sendiri begitu kagum dengan revolusi Iran pada satu masa dahulu. Semua bercakap tentang Iran sebagai contoh negara Islam unggul namun jelas sekarang Iran lebih kepada negara Shiah dari negara Islam dan dasar luar nya telah menyeleweng dan sudah menjadi lebih jahat dari Amerika dari segi menyokong keganasan Bashar Assad di Syria
Di dalam kes Syria , Iran cuba mempertahankan dasar luarnya menolong pengganas Bashar Assad atas alasan mengelakkan Syria jatuh ke tangan USA tetapi sedarkah Iran bahawa Bashar menyembelih kanak kanak sunni.merogol muslimat sunni dalam masjid,,,membakar pejuang islam suni..menikam dan memotong anggota badan hidup hidup ,, melakukan pembunuhan beramai boleh di katakan setiap masa,,dan Iran perlu sedar bahawa menolong pengganas Bashar adalah menolong kezaliman,,,Jelas sekarang Iran China dan Russia serta Hizbul shaitan ( kumpulan kegemaran Mat Saboo and the gang ) adalah penyokong kepada pengganas Bashar dan kita tidak akan memaafkan Iran dalam hal ini. Kita berharap mereka yang pro Iran dalam PAS ,,,please just shut up kerana anda bergembira dan berstrategi di atas darah saudara kita sunni yang di sembelih setiap hari just because they want freedom.
Saperti saudara mereka yang lain puak Sunni di Syria turut menuntut kebebasan bersuara dan mendesak di adakan piliharaya berbagai parti untuk mengganti sistem Baath Bashar, Apa yang di sambut oleh Bashar ialah pembunuhan beramai ramai, menggunakan kekejaman melebihi kekejaman orang kafir dan menggunakan bom roket dan kapal terbang untuk membunuh golongan sunni Syria yang menjadi tulang belakang gerakan pembebasan. Malah taktik terbaru Bashar ialah merogol muslimat di dalam masjid, mengheret nya ke jalan dan menembak sesiapa yang ingin menyelamatkannya. Kanak kanak turut di sembelih di siksa dan di jadikan umpan. Celaka sungguh kau Bashar. Namun Iran bersama Bashar atas nama Shiah kerana bagi Iran Bashar Allawiyah adalah saudara walau jahat melebihi orag kafir.
Sekarang ada suara dalam PAS yang turut mempertahankan Bashar dan ada yang keluar dalam TV Bashar tanpa sensitive pada kepedihan hati saudara sunni kita di Syria. Masih ada yang menganggap perjuangan Sunni di Syria adalah pro America. Sedarkan kita bahawa penentangan Ummat Islam di Syria sudah bertukar dari menuntut demokrasi kepada menuntut kepada pemerintahan Islam sehingga USA sudah tidak berminat menolong rakyat Syria yang di zalimi. Ada yang berharap pada President baru Iran untuk menamatkan krisis,,,namun saya tidak nampak bagaimana president Iran baru yang mempunyai kuasa executive boleh over rule kuasa legislative dan spiritual Khamenei yang merupakan orang utama yang membenarkan Iran dan Hizbul Syaitan menyokong pengganas Bashar sampai sekarang.
Nyamuk dan lalat adalah kawan kita, penyelamat dunia
Posted on Saturday, June 22 @ 01:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: rozmal
"Baru-baru ini beberapa pakar penyelidik telah memberi syarahan di Sarawak mengenai kepentingan nyamuk dan lalat dalam kehidupan manusia dan alam ini. Apa yang menarik ialah kata-kata Dr Takao Kazawa dari Kanazawa University iaitu : “Lalat sentiasa menjadi kawan kita. Banyak telah saya pelajari daripada lalat dan menyedari tidak ada satupun kehidupan di bumi ini tidak berguna kepada biodiversiti dalam ekosistem kita”.
Apa yang dikatakan oleh Dr Takao bahawa tiada satu pun makhluk di dunia ini yang dijadikan di alam ini sia-sia sudah dinyatakan dalam al Quran dalam surah A-li'Imraan.
Malahan
lalat dan nyamuk disebut sekali saja dalam al Quran dalam surah Al-Hajj
dan surah Al-Baqarah, dimana dalam ayat tersebut menyuruh kita
mendengar bersungguh-sungguh apabila dibuat perbandingan nyamuk dan
lalat ini.
Menariknya
Allah telah menyebut dalam al Quran orang kafir akan mengkaji kejadian
alam ini seperti berikut ; “kalau orang-orang yang beriman maka mereka
akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan
kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud
Allah membuat perbandingan dengan ini?”
Saya bukan ahli tafsir, bukan ustaz. Mohon para ustaz, pendakwah menghuraikan topik ini. Kalau saya silap, maafkan saya.
Tak
yakinkah lagi kita dengan Al Quran, tak yakinkah kita dengan hukum
Allah, tak yakin lagikah kita dengan Hadith? Adakah kita masih takut
untuk memperkatakan apa yang benar, walaupun kepada pemerintah?
Nyamuk, lalat penting dalam ekosistem, kehidupan manusia
June 20, 2013
Saintis
Etomologi (Bersara) di Institut Kebangsaan Penyakit Berjangkit (NIID)
Tokyo Jepun Dr Hiromu Kurahashi berkata, kajiannya terhadap satu
kumpulan spesies lalat ‘carrion flies’ (lalat memakan bangkai) mendapati
lalat itu memainkan peranan penting dalam bidang perubatan dan
forensik.
Menurutnya
sifat lalat ini (carrion fly) yang agresif dengan larvanya sangat aktif
memakan bangkai reput dan merupakan parasit aktif di dalam badan
serangga atau binatang kecil lain menjadikannya ejen penting dalam
proses kitar semula sumber-sumber protein dalam ekosistem.
“Misalnya larva lalat ini dengan cepat memakan bangkai reput di dalam hutan.
“Ia menjadi mangsa kepada burung atau binatang kecil atau serangga lain malah ada kalanya menjadi makanan manusia.
“Adakah
anda menghormati lalat? Tanpa kita sedari larva lalat bekerja keras
setiap hari untuk memastikan bumi kekal bersih,” katanya ketika
membentangkan kertas kerjanya bertajuk ‘Carrion Flies Sebagai Mahkluk
Penting Ekologi di Atas Bumi’ pada ceramah awam anjuran Jabatan Muzium
Negeri Sarawak (JMNS) semalam.
Beliau menambah, lalat juga berperanan sebagai ejen pendebungaan dan ia terbukti dalam sektor perladangan mangga di Jepun.
“Lalat sentiasa menjadi kawan kita malah pada masa akan datang apabila kita menjelajah ke ruang angkasa atau planet lain.
“Banyak
telah saya pelajari daripada lalat dan menyedari tidak ada satupun
kehidupan di bumi ini tidak berguna kepada biodiversiti dalam ekosistem
kita,” katanya.
“Apa yang selebihnya mereka lakukan? Adakah mereka hidup tanpa sebarang hubungan dengan kehidupan manusia?
“Dalam kalangan spesies itu larva beberapa spesies nyamuk sangat membantu dalam kehidupan kita,” katanya.
Menurutnya. nyamuk spesies ‘toxorhynchites’ mempunyai larva yang bersifat pemangsa yang akan memakan larva spesies lain.
Sesungguhnya
pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada
tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi
orang-orang yang berakal;
(Iaitu)
orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri
dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula
memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai
Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia,
Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
(A-li'Imraan 3:190-191)
Wahai
umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah
mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru
dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat
mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk
membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka
tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka),
lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta
(daripada menunaikannya).
(Al-Hajj 22:73)
Sesungguhnya
Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk
hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada
hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan
mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau
orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah
membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan
banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan
banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan
menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang
yang fasik
Gadis Dirogol & Diliwat Bergilir-Gilir 2 Lelaki Kenalan Facebook
MARANG – Terpesona dengan kenalan cinta Facebook, seorang jurujual perempuan berusia 17 tahun menjadi mangsa rogol lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial itu di sini, Isnin lalu.Difahamkan, mangsa yang tinggal di Marang, Terengganu itu mula mengenali lelaki terbabit kira-kira dua bulan lalu dan suspek mengajak mangsa keluar makan bersamanya kira-kira jam 11 malam.
Bagaimanapun lain pula jadinya apabila suspek membawa mangsa ke sebuah bangsal di Kampung Bukit Parit di Marang untuk melakukan adegan ‘ringan’ sebelum mengajak mangsa melakukan hubungan seks.
Mangsa menolak ajakan itu, namun suspek tetap berdegil dan tidak mempedulikan rayuan mangsa dan bertindak merogolnya.
Lebih malang, seorang lagi lelaki yang dikenali suspek tiba-tiba muncul selepas itu dan turut merogol mangsa secara bergilir-gilir termasuk meliwat mangsa.
Suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke Kuala Terengganu kira-kira jam 2 pagi pada Selasa lalu.
Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian.
Polis juga telah menahan seorang individu di Kampung Bukit Parit, di sini untuk siasatan lanjut. – SH
Pakdo Dey shared Ikhwanul Muslimin's photo.
Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi Kritik Hizbullah dan Menolak Rencana Penggulingan MursiSyaikh Yusuf Qaradhawi menolak tuntutan Damsyik ke PBB terhadapnya kerana telah menyeru Jihad ke Syria. Syaikh mengatakan itu adalah haknya setelah dirinya menyaksikan pembunuhan, rogol meluas yang mensasarkan kalangan Sunni di Syria. Selain itu Syaikh juga menganggap seruan untuk menggulingkan Presiden Mesir Muhammad Mursi pada tarikh 30 June depan adalah "Haram", dan menyatakan bahawa Mursi adalah Pemimpin yang Muslim dan bertanya-tanya "apakah Mursi seorang fasik?"
Al-Qaradhawi dalam khutbah Jumaat di ibu negara Qatar, Doha, menyampaikan bahawa ia berdiri sejak awal bersama rakyat Syria sebagaimana berdiri bersama negara-negara Arab. Ia menambahkan, "Perbezaan besar antara tentera Rejim dan tentera Pembangkang adalah tentera pembangkang hanya memiliki senjata ringan, dan terkadang mereka kekurangan peluru sedangkan mereka harus menghadapi tentera Rejim yang mempunyai pesawat pejuang dan peluru berpandu yang dibekalkan dari Rusia dan Iran, yang mereka juga menghantar tentera, wang, dan Senjata dan terakhir mereka menghantar "Hizbullah".
Kemudian Syaikh mengkritik keras Hizbullah dengan mengatakan bahawa Hizbullah, "tidak ada hubungan dengan Allah, dan Ia adalah Hizbut THOGUT dan Hizbusyaitan," kemudian menambah, "mereka tidak menganggap rakyat Syria sebagai saudara, dan mereka bukanlah pengikut Allah melainkan pengikut Husein. Mereka tidak berseru: "wahai Allah" namun "wahai Husein". Namun Husein dahulu menentang kezaliman sedangkan kalian bersama kezaliman maka Husein telah berlepas diri dari kalian. "
Setelah menjelaskan permasalahan Syria di khutbah keduanya Syaikh Al-Qaradhawi menyinggung situasi Mesir khususnya isu penggulingan pada tarikh 30 June akan datang, Syaikh berkata, Presiden Mursi telah dipilih secara sah melalui Pilihanraya, dan Ia adalah orang yang selalu berpuasa, bangun malam dan Takut akan Allah ... . dan ia dari awal pemerintahannya bekerja dengan sebaik perkhidmatan. '
Syaikh memperingatkan akan kemasukan beberapa penyokong Rejim Mubarak dalam rancangan ini, Syaikh mengatakan, "tidak dibenarkan bagi siapapun untuk menyokong rancangan penggulingan ini."
Pada akhir khutbahnya Al-Qaradhawi mengatakan, "ini (Mursi) adalah pemimpin kita dan kita harus mentaatinya, tidak boleh menentangnya dan menuntut perubahan sebelum masa kepemimpinannya berakhir, dan saya mengatakan HARAM atas kalian menyeru kepada semua orang untuk ikut dalam" fitnah "ini dan untuk ikut dalam rancangan penggulingan Muhammad Mursi. "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan