Sabtu, 29 Jun 2013

KEBAS BERJUTA2....BAGAIMANA HUKUMANNYA....KEBAS RM 20 DAN RM16.99 BAGAIMANA HUKUMANNYA

4 suspek bakar hutan ditahan
jerebu
[GAMBAR FAIL] Ruang udara Putrajaya kelihatan kabur akibat diselubungi jerebu - Foto Bernama
RIAU - Polis Indonesia, mengesahkan telah menahan lagi empat suspek melakukan pembakaran hutan dan semak secara haram di wilayah Riau sekaligus menjadi punca jerebu yang melanda negara itu termasuk Singapura dan Malaysia, semalam.

"Setakat ini, seramai 18 orang ditahan termasuk empat suspek baru," kata jurucakap polis Riau, Hermansyah.

Katanya, dua daripada 18 suspek dikenali sebagai S dan H, ditangkap kerana dipercayai membakar lebih 100 hektar tanah gambut di kawasan Bengkalis.

Sementara itu, seramai 11 suspek telah ditahan kerana turut terlibat membakar kawasan hutan dan semak di daerah Rokan Hilir.

"Tangkapan terakhir berlaku di bandar Dumai membabitkan dua suspek dalam dua kes berlainan," kata Hermansyah. - JakartaPost
4 murid dakwa dicabul guru
4 murid dakwa dicabul guru
Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria
BESUT - Empat murid perempuan sebuah sekolah rendah di sini, mengadu dicabul oleh seorang guru di dalam sebuah bilik di sekolah berkenaan pada 9 Jun lalu.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, guru lelaki itu didakwa mencabul murid tahun dua di bilik kesihatan sekolah berkenaan.

Kisah itu terbongkar pada 21 Jun lalu apabila salah seorang daripada murid tersebut telah memaklumkan kepada ibunya mengenai perbuatan guru terbabit. Kanak-kanak itu memberitahu, guru berkenaan telah melakukan perbuatan lucah terhadapnya dan dua lagi rakannya.
Sebaik sahaja mengetahui kejadian itu, ibu kanak-kanak terbabit segera membuat laporan polis di Balai Polis Jertih pada 24 Jun lalu.
Ketiga-tiga murid tersebut tinggal di kampung sama dan berdekatan dengan sekolah tersebut. Manakala sumber memberitahu, mangsa keempat murid tahun dua sekolah sama tampil membuat laporan kelmarin, mendakwa turut menjadi mangsa guru tersebut.
Difahamkan, perkara itu terbongkar selepas ibu mangsa mendengar kes berkenaan lalu bertanyakan kepada anaknya sama ada dia turut dicabul guru tersebut.
Murid terbabit mengadu menerima nasib sama seperti rakannya dengan mendakwa guru berkenaan telah memasukkan jari ke dalam kemaluannya selepas menutup mata dan mulut dengan pita pelekat manakala kaki dan tangannya diikat dengan tali.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Rompak RM20, buruh dijel

Posted on the June 29th, 2013 under Tempatan by admin
Mohd Anuar dipenjara tujuh tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
KUALA TERENGGANU – Walaupun tidak berbaloi dengan ‘hasil’ rompakannya iaitu cuma RM20, namun seorang buruh terpaksa akur apabila dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah merompak seorang wanita menggunakan sebilah pisau, April lalu.
Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Anuar Jusoh, 33, mengaku bersalah merompak mangsa, Maria Md Hussin, 30.

Mohd Anuar mengaku melakukan rompakan bersenjata dengan melarikan beg tangan milik mangsa yang mengandungi beg duit; kad pengenalan dan lesen memandu; beberapa kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM); peralatan solek; wang tunai RM20 dan sebuah telefon bimbit.
Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan itu di bilik sewa tingkat 3, Jalan Banggol, di sini, kira-kira jam 4.15 petang, 9 April lalu.
Terdahulu, dalam rayuannya, Mohd Anuar merayu mahkamah meringankan hukuman terhadapnya kerana mendakwa sudah insaf dan perlu menyara ahli keluarganya.
Berdasarkan fakta kes, mangsa yang berada di rumah sewanya ternampak Mohd Anuar di luar biliknya lalu bertanya mengenai kehadirannya di kawasan rumah sewa itu.
Mohd Anuar yang pada mulanya memberi alasan mahu berjumpa dengan kawannya tiba-tiba datang ke arah mangsa sambil mengacukan sebilah pisau dan meminta mangsa menyerahkan beg tangan.
Mangsa yang bimbang diapa-apakan berundur sebelum Mohd Anuar merampas beg tangan dan telefon bimbit di tangannya.
Bagaimanapun, dia ditahan orang ramai di luar bilik sewa mangsa selepas mendengar jeritan mangsa yang meminta pertolongan.
Sinar
Bapa 2 anak didakwa curi Milo
Bapa 2 anak didakwa curi Milo
Tertuduh keluar dari mahkamah selepas didakwa mencuri satu bungkusan minuman Milo di sebuah pasar raya, 25 Jun lalu.
KUANTAN - Seorang kelindan lori berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun gara-gara satu bungkusan minuman Milo bernilai RM16.99 yang dicuri dalam sebuah pasar raya, di sini, 25 Jun lalu.

Tertuduh, Wong Chee Voon, 38, dari Taman Seri Inderapura, Jalan Kuantan-Pekan bagaimanapun mengaku tidak bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan, semalam, atas tuduhan tersebut.

Dia menafikan mencuri produk minuman itu, justeru mohon kesnya dibicarakan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 12.30 tengah hari, 25 Jun lalu sebelum ditahan pekerja pasar raya yang beroperasi di Batu 3, Jalan Gambang.

Susulan penahannya itu, tertuduh diserahkan kepada polis sebelum dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Fatinah Abu Bakar menawarkan jaminan RM4,000 terhadap tertuduh.

Tertuduh dalam rayuannya merayu supaya jumlah itu dikurangkan memandangkan dia hanya bekerja sebagai kelindan lori dengan pendapatan RM60 sehari.

Dia juga mempunyai dua anak berusia 12 dan 9 bulan yang perlu ditanggung.

Mengambil kira rayuan tertuduh, Majistret Noor Zaihan Mohamed Ali membenarkan jumlah jaminan dikurangkan kepada RM2,000 manakala 9 Julai depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.
Budak 10 tahun dirogol bapa saudara
Kanak-kanak 10 tahun dirogol bapa saudara, 3 abang
Lelaki warga emas terbabit ditahan polis sebelum dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk perintah reman.
BALING - Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan polis setelah didakwa merogol anak saudaranya yang baru berusia 10 tahun.

Lebih malang, tiga abang mangsa berusia 13, 15 dan 17 tahun dikatakan turut terlibat.

Lelaki terbabit ditahan di kediamannya pada jam 5.30 pagi di sebuah kampung di sini, semalam, manakala tiga abang mangsa dijangka ditahan hari ini kerana mereka dikatakan menetap di sekolah berasrama.

Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah berkata, menurut mangsa, dia telah dirogol beberapa kali sejak awal tahun lalu dan kejadian itu diketahui setelah mangsa mengadu kepada guru sekolahnya.

Menurutnya, kesemua mereka yang terlibat akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret esok untuk perintah reman.
Janda dirogol, dikurung dalam tandas rumah
SEGAMAT - Malang berganda menimpa seorang janda yang bukan saja rumahnya dekat sini, dipecah masuk, malah dia turut dirogol dalam kejadian awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, ketika kejadian, mangsa yang tinggal di rumah berkenaan bersama rakannya, tidak menyedari suspek memasuki biliknya kerana sedang tidur.

“Mangsa yang tidur sendirian di biliknya hanya tersedar apabila suspek bertindak menutup mulutnya menggunakan selimut dan mengikat tangannya menggunakan tali.

“Selepas merogol mangsa, suspek bertindak mengurungnya di dalam tandas sebelum berjaya melepaskan diri dengan bantuan teman serumahnya dan ketika itu suspek sudah meninggalkan rumah tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

Menurut Kamil, sejam selepas mangsa membuat laporan polis, anggotanya menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang juga rakan sekerja mangsa bagi membantu siasatan.

“Hasil pemeriksaan, suspek yang berumur 29 tahun itu didapati mempunyai dua rekod jenayah lampau  iaitu rogol dan pecah rumah dan baru saja selesai menjalani hukuman penjara tujuh tahun dan dibebaskan pada 2010 kerana kesalahan yang sama.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

"Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat kes, diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya.

Kerabat diraja dijel 4 tahun

ALEX (belakang, kanan), Mohd. Arif (depan) dan Tunku Nick Tazuddin (belakang, tengah) dijatuhi hukuman penjara empat tahun selepas dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Seorang kerabat diraja Johor dan dua rakannya dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang petinju negara, Mei tahun lalu.
Hakim Zamri Bakar memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 28, Alex Foo Hee Wee, 42, dan Mohd. Arif Husin, 36.
Dalam insiden pada 6 Mei 2012, ketiga-tiga tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap Muhammad Farkhan Haron, 25, di antara pukul 4.30 pagi hingga 7 pagi di Taman Molek dekat sini.
Timbalan Pendakwa Raya, Dzul Iswari Mohd. Jaafar mengendalikan pendakwaan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Pembunuh Dirang dihukum gantung sampai mati
Muidin Maidin
Muidin Maidin,26, dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU - Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Muidin Maidin, 27, selepas didapati bersalah membunuh seorang kanak-kanak, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Muidin yang berketurunan Sulu, dituduh membunuh kanak-kanak itu di Ladang Kelapa Sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, antara jam 11.30 pagi 1 Mac 2012 hingga 12 tengah malam 2 Mac 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.  

Dirang dilaporkan hilang 1 Mac tahun lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.

Kehilangannya menjadi sebuah misteri sehingga DNA rangka manusia yang ditemui seminggu selepas itu merungkai segala-galanya.

Rangka Dirang ditemui pada 8 Mac dan punca kematian adalah bunuh dan dibakar.
Suami isteri kawal kampung
Suami isteri kawal kampung
Yaacob (kiri) bersiap sedia untuk keluar mengawal keselamatan bersama isterinya selepas jam 12 tengah malam.
PASIR MAS – Menjelang detik 12 malam, kebanyakan wanita lebih gemar berada di rumah.

Namun berbeza dengan seorang wanita di Kampung Banggol Ara apabila, dia akan keluar bersama suami, mengawal keselamatan kampung, sejak 2009 lalu.

Azizah Ismail, 56, berkata, memandangkan lapan anaknya sudah dewasa, dia mengambil keputusan untuk menyertai pasukan Skim Rondaan Sukarela (SRS) Banggol Perdana.

Menurutnya, dia tidak pernah gentar ketika mengawal keselamatan kampung kerana dilengkapi dengan pelbagai alat keselamatan seperti kayu cota dan lampu suluh.

“Saya juga berasa selamat kerana suami, turut sama mengawal keselamatan kampung bersama saya.

“Kami akan menaiki motosikal bersama ketika meronda maka ia adalah salah satu aktiviti yang mengeratkan hubungan kami,” katanya, sambil tersenyum.

Azizah yang lebih dikenali sebagai Kak Zah adalah satu-satunya anggota SRS wanita dan pernah menerima Anugerah Khas SRS Banggol Perdana.

Sementara itu, suaminya, Yaacob Harun, 67, berkata, dia tidak pernah menghalang sebaliknya menyokong minat isterinya untuk menjadi anggota SRS.

Menurutnya, meskipun sudah lanjut usia, namun aktiviti ini memberi semangat lebih-lebih lagi setiap kali bertemu rakan di pos kawalan SRS.

“Kami akan keluar dengan menunggang motosikal pada jam 12 tengah malam hingga 4 pagi.

“Selain itu, kami juga akan ditemani anak bongsu saya, Muhd Akmal Hakim, 21, bersama 10 lagi anggota SRS dan berkawal di kawasan yang ditetapkan,” katanya.

Selain Kak Zah, Yaacob juga adalah menerima Anugerah Belia Kilauan Berlian SRS Banggol Perdana, tahun ini.

Tiada ulasan: