Ahad, 16 Jun 2013

BERSIKAP ADIL NI WAJIB...KHIANAT PADA PARTI...BAGAIMANA YANG KHIANAT TERHADAP ISLAM IAITU AGAMA ALLAH SWT

Parang bengkok gunanya hanya untuk menebas semak samun sahaja
Posted on Saturday, June 15 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Aspan Alias
Salah satu perkara yang saya pernah sebut lama dahulu ialah kemungkinan dan politik ini ada berbagai-bagai. Musuh hari ini akan menjadi kawan besok hari. Berkawan hari ini akan menjadi musuh pula beberapa hari selepas itu.

Tiada sahabat dan musuh yang kekal dalam politik ini nampaknya. Itu sebabnya saya selalu mengingatkan yang muda-muda pada hari ini jangan menjadi manusia keliru dan terjebak dengan keadaan dan menjadi mangsa kepada permainan manusia pemimpin yang hanya gilakan kuasa tanpa had.


Suatu ketika dahulu saya memberikan pandangan yang pergaduhan diantara kita dibawah ini adalah di sebabkan keadaan berpuak-puak dalam negara dalam hal politik hasil dari tindakan pemimpin yang masing-masing mempunyai pengikut.

Masing-masing yang bermusuh sanggup berjabat dan bersalaman semata-mata kerana kepentingan mereka sahaja. Pengikut yang berdemonstrasi serta bagi pihak yang mereka sokong itu hanyalah menjadi umpan dan dimangsakan oleh pimpinan yang membawa mereka berdemonstrasi itu.


Saya menyebut isu yang di siarkan oleh Malaysian Insider hari ini yang Najib dan Anwar berkemungkinan besar sedang berjumpa dan membuat pakatan diantara mereka dalam hal politik pada hari ini di Jakarta. Kebarangkalian perjumpaan ini tidak boleh di nafikan boleh berlaku.

Dalam masa rakyat berbalah diantara pihak mereka ini, tidak ada siapa yang mengetahui Anwar dan Najib pernah berjumpa dan membuat pakatan dihadapan Jusuf Kala dari Indonesia. Hanya setelah Anwar dikatakan memungkiri janji-janji dengan Najib itu, maka barulah rakyat mengetahuinya setelah rahsia perjumpaan itu dibocorkan oleh Jusuf Kala sendiri.

Tidak pula salah perjumpaan itu. Tetapi persoalannya bagaimana dengan penyokong yang berdemonstrasi dan berperang sesama sendiri mempertahankan pemimpin dan puak masing-masing itu? Semasa mereka berperang ini, ramai yang telah tercedera dan ramai juga yang telah berpatah arang sesama sendiri

Tetapi Najib dan Anwar sedang cuba untuk bercumbu-cumbuan diantara satu dengan lain di Jakarta atau dimana-mana. Dibawah ini rakyat biasa yang tidak tahu apa-apa berperang dan berpatah arang untuk mempertahankan pemimpin masing-masing. Maka keluarlah isu SPR tidak adil, penipuan pilihanraya dan berbagai-bagai isu lain sebagai isu untuk kepentingan pemimpin mereka.

Orang ramai dan penyokong-penyokong dibawah ini hanya diperguna seperti parang bengkok untuk menebas semak samun sahaja. Apabila semak samun itu sudah dibersihkan maka parang-parang bengkok ini hanya disimpan didalam bilik setor sahaja.

Apabila diperlukan lagi untuk menebas dan menebang semak samun yang lain pula maka parang-parang bengkok ini akan diasah dan ditajamkan kembali untuk dihayun kesana kemari untuk menebang  menebas semak samun yang ada dihadapan pemimpin mereka sekali lagi.

Itu sahajalah nilai penyokong-penyokong yang diarah ke hulu ke hilir, ke darat dan ke baruh,  untuk berdemonstrasi dengan berbagai-bagai nama seperti 'blackout 505' dan sebagainya. Kumpulan ini garang-garang dan terpaksa berbelanja membeli baju dan seluar hitam dan berbagai-bagai lagi yang hitam untuk persediaan berdemonstrasi.

Begitulah nasib parang-parang bengkok ini. Hanya dipergunakan untuk menebas dan menebang sahaja. Apabila ‘settle’ masalah pemimpin-pemimpin mereka ini, parang-parang bengkok ini akan di simpan didalam setor atau kadangkala di biarkannya berkarat ditepi pagar di belakang rumah sahaja. Mereka bukan berbincang tentang masalah negara, mereka berbincang bagaimana untuk berkompromi menjadi Perdana Menteri sahaja.

Mereka akan berdiam diri dan malu dengan apa yang telah mereka lakukan. Masa itulah baru mereka sedar yang kata-kata nasihat dari pihak yang mereka abaikan itu ternyata benar. Tetapi semuanya itu sudah terlambat, kerana kata-kata sudah banyak terlanjur dan budi sudah banyak kedapatan.

______
http://aspanaliasnet.blogspot.com
Himpunan: Tak hadir bukan makna khianati parti
Posted on Saturday, June 15 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Blog TKOBloglist

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyangkal dakwaan yang menyifatkan tidak hadir ke perhimpunan Blackout 505 sebagai mengkhianati parti.

Tuan Ibrahim berkata, walaupun selaras dengan arahan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mahu kesemua pemimpin bersama dalam himpunan bantahan tersebut, namun memberitahu bahawa pemimpin yang tidak hadir bukan bererti tidak menyokong.


“Setiap arahan parti, semua pemimpin akur, tapi saya yakin kalau ada pun pemimpin tidak hadir sebenarnya bukan tidak menyokong tapi mempunyai komitmen atau uzur.

“Semua pemimpin Pas secara konsisten menyatakan sokongan terhadap himpunan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang menyifatkan pemimpin-pemimpin Pas yang tidak menyokong himpunan Blackout 505 sebagai pengkhianat parti berkenaan.

Husam juga dilaporkan berkata, mereka adalah pemimpin yang lupa asal-usul dan bukan sahaja menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan tetapi mengkhianati dakwah yang diasaskan oleh pimpinan Pas terdahulu.

Husam turut melemparkan sindiran kepada pemimpin yang tidak menyokong perhimpunan itu seolah-olah membawa suara Umno dan Barisan Nasional, namun dalam masa sama menasihatkan pemimpin Pas agar mencetuskan perubahan dalam politik negara.

Tuan Ibrahim berkata, apa yang dikatakan Husam itu bukan bermaksud melakukan ‘khianat’, sebaliknya mengingatkan pemimpin memberikan sokongan dalam himpunan tersebut.

“Pemimpin yang tidak hadir bukannya khianat, mereka tetap menyokong. Saya yakin tiada pemimpin yang tidak menyokong, semuanya bersatu hati.

“Bantahan mereka mungkin tidak terjemah dengan kehadiran, tapi tetap sokong dengan himpunan itu,” katanya.



_____
http://tkobloglist.blogspot.com
  MCA makin parah dan bermasalah di Johor
Posted on Saturday, June 15 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: nordinali

"JOHOR BAHARU, 15 Jun - Exco kerajaan negeri Johor yang bertanggungjawab bagi Pelancongan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Tee Siew Kiong meletak semua jawatan dalam MCA, sebaliknya hanya mengekalkan keanggotaan seumur hidup beliau dalam parti itu.

Tee berkata beliau berbuat demikian bagi mengelak sesetengah anggota parti itu terus mengeksploitasi pelantikannya sebagai exco Johor.

"Saya kesal kerana sesetengah anggota parti menjadikan pelantikan saya sebagai isu dan pada masa sama, bukan sekadar menjadikan saya sebagai sasaran malah bertujuan memusnahkan perpaduan parti.

"Bagaimanapun, saya tidak akan sesekali meninggalkan parti kerana saya sudah menjadi sebahagian daripada anggota keluarga besar ini untuk tempoh lebih 30 tahun," katanya dalam satu kenyataan malam semalam.

Beliau meletak jawatan sebagai setiausaha penganjur nasional, anggota majlis presiden, anggota jawatankuasa pusat, anggota jawatankuasa pemandu pilihan raya, anggota jawatankuasa perhubungan MCA negeri Johor, timbalan pengerusi jawatankuasa pemandu pilihan raya MCA Johor dan pengerusi bahagian MCA Pontian.
     
Tee juga akan menghadiri pendengaran jawatankuasa disiplin MCA pada 17 Jun untuk menjelaskan penerimaan jawatan sebagai exco Johor.

Sebagai anak Johor, katanya, beliau tidak boleh mengingkari arahan Sultan.

"Arahan Sultan menyebut bahawa mesti ada wakil daripada setiap kaum dalam anggota majlis kerajaan negeri, jadi saya diarah mewakili masyarakat Cina," katanya.

Tee juga berkata beliau sememangnya tidak pernah berhasrat menentang keputusan parti untuk menolak semua jawatan dalam kerajaan jika MCA gagal mempamer prestasi lebih baik dalam pilihan raya ke-13 berbanding pada 2008.-- Bernama"
 Pertemuan UG Versi Baru?
Posted on Saturday, June 15 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: nordinali

"

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Datuk Seri Najib Razak dan musuh politiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim kedua-duanya di Jakarta hari ini, terdapat kemungkinan diadakan pertemuan yang mungkin akan membantu perdana menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk Pilihan Raya 2013.

The Malaysian Insider difahamkan, pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, dikala Najib hampir pasti dicabar dalam pemilihan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun.

Difahamkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang rapat dengan kedua-dua pemimpin, telah ditugaskan untuk mengaturkan pertemuan tersebut. Beliau kini berada di Jakarta untuk lawatan dua hala.

“Pertemuan telah diaturkan dengan Najib sebelum Anwar berjumpa Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada Sabtu,” kata sumber kepadaThe Malaysian Insider.

Pembantu bagi kedua-dua pemimpin tidak mahu bercakap mengenai pertemuan tersebut akan tetapi sumber mengatakan kedua-duanya mempunyai kepentingan bersama untuk mengelakkan pencabar lain untuk jawatan perdana menteri.

Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk berbincang mengenai percubaan beliau mengambil alih kepimpinan dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi sementara timbalan kepada Najib Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin menjadi pencabarnya dalam pemilihan Umno hujung tahun ini.

Kebanyakkan penganalisis politik mengatakan Najib terlalu popular, lebih dari partinya, untuk hilang jawatan dalam kerajaan dan parti.

“Akan tetapi Najib berhadapan dengan dua serangan terhadapnya, jadi dia perlu mencari sekutu,” kata sumber lain kepada The Malaysian Insider, mengatakan ironinya Anwar juga mahukan jawatan tertinggi itu.
Tidak diketahui sama ada presiden Indonesia sedar mengenai pertemuan di ibu kota negaranya akan tetapi bekas timbalan presiden Indonesia pernah menjadi pengantara kepada kedua-dua pemimpin sebelum pilihan raya 5 Mei untuk kempen pilihan raya aman.

Akan tetapi Kalla mengatakan persepakatan gagal selepas Anwar memulakan kempen di seluruh negara untuk membantah keputusan Pilihan Raya 2013. Pemimpin PKR itu mengatakan Najib tidak pernah menandatangani perjanjian itu walaupun terdapat persetujuan mulut.

Pemimpin Malaysia, terutamanya dari Umno, telah diketahui mengadakan pertemuan sulit di Jakarta - hanya mengambil masa dua jam penerbangan dari Kuala Lumpur, bagi mengelakkan publisiti dan gossip.
Najib dan Anwar diketahui mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Indonesian yang mahu melihat kestabilan di negara jiran mereka Malaysia – menggajikan dua juta rakyat Indonesia dari profesional, buruh dan pembantu rumah.

Kedua-dua Anwar dan Najib merupakan sebahagian daripada Team Wawasan yang memenangi jawatan tertinggi dalam pemilihan Umno 1993, dengan Muhyiddin, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Umno memecat Anwar pada 1998 dan bekas timbalan presiden parti itu berhadapan dengan pertuduhan liwat dan rasuah di mahkamah sementara Muhammad meninggalkan parti sebelum pilihan raya bulan lalu.
Zahid pada ketika itu merupakan sekutu Anwar dan ketua Pemuda Umno yang menggunakan terma Indonesia KKN untuk korupsi, kronisme dan nepotisme dalam serangan terhadap bekas perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa perhimpunan Umno 1998.

Beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sementara Anwar dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno sebulan selepas perhimpunan parti itu.

Mungkinkan ini adalah UG Versi baru seperti yang ditulis oleh A. Kadir Jasin dalam blognya??


Nordin Bin Ali
  Kempen Najib tidak ditentang bermula
Posted on Saturday, June 15 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Subky Latif

Jika Datuk Najib pemimpin yang bearwibawa dan diterima oleh semua, apa perlunya ketua Puteri dan ketua Pemuda Umno menyeru supaya belilau tidak ditandingi dalam pemilihan Presiden Umno yang akan datang?

Bahkan Tan Sri Muhyidin Yasin juga tidak perlu dicabar bagi mempertahankan jawatan Timbalan Presiden parti itu.

Seolah-olah telah bermula kempen dalam kalangan parti itu supaya jangan ada yang mencabar kedua-dua pemimpin itu untuk mengekalkan jawatan masing-masing.

Apakah telah ada kemungkinan dia dicabar berikut prestasi buruk Barisan Nasional dalam PRU yang lalu, malah pencapaiannya lebih buruk dari PRU 2008 di bawah Tun Abdullah Badawi dulu. Ia bukan sekadar buruk di peringkat Parlimen, bahkan pimpinan langsungnya dalam  BN dan Umno Selangor juga lebilh buruk daripada sebelumnya.

Jika prestasi buruk Tun Abdullah Badawi dulu diikuti oleh kebangkitan Umno secara langsung diketuai oleh Najib sendiri, menuntut Pak Lah berundur, maka bukanlah Najib kebal sangat hingga dia dibiarkan saja.

Maka Najib sendiri memahami apa yang dilakukannya terhadap ketuanya dulu, bukan ia mustahil melandanya. Telah pun ada yang mahukan Tan Sri Muhyidin berperanan bagi membangunkan semula kuasa Umno dan BN.

Dr Mahathir selepas dicabar oleh Tengku Razaleigh mengambil tindakan supaya jawatan presiden jangan dicabar kerana ia dikatakan mengundang perpecahan parti seperti yang terjadi selepas pemiliihan yang dia menang tipis. Dia berjaya mengelakkan dia tidak dicabar lagi selepas itu.

Abdullah Badawi selepas prestasi  buruknya itu cuba mengelakkan dia tidak dicabar. Dia membuat rancangan untuk berundur dalam jangka waktu terdekat iaitu supaya  sempat dia dipilih semula sebagai Presiden sebelum melepaskan jawatan. Tetapi Umno tidak menerimanya dan mahu beliau pergi lebih cepat. Itulah yang terhadi kepadanya.

Najib sedar nasib yang menunggunya. Maka sebelum timbul suara supaya dia pergi, dia menyuarakan dulu bahawa dia sedia dicabar. Sebagai seorang pengamal demokrasi, maka dia membenarkan dirinya dicabar.

Dia seperti membuka kepada Umno untuk membuat pilihan sama ada mahu dia dicabar atau sebaliknya.

Tentunya dia tidak mahu dia dicabar. Tetapi dia tidak dapat larang ahli-ahli Umno bertindak.

Sebelum dia dicabar, dia seolah-olah membuka peluang kepada sesiapa dalam pimpinan Umno untuk mencabarnya. Kenyataannya itu adalah mencabar orang yang tidak senang dengan pretasinya mencabarnya.

Mungkin Muhyiddin dan lain-lain pimpinan Umno yang berada di baris depan tidak mencabarnya. Tetapi tidak mustahil kejadian Tun Huseain Onn tidak dicabar oleh Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh. Dia telah dicabar oleh Haji Sulaiman Palestin.

Apa pun Tengku Razaleilgh  yang pernah menawar diri dicalonkan dipercayai akan menawarkan diri sekali lagi. Jika Ku Li tampil, maka penampilannya tidaklah seperti penampilan  Haji Sulaiman.

Walaupun peluang Ku Li tidak begitu cerah, tetapi dia boleh mendapat perhatian yang lebih dari yang Haji Sulaiman dapat. Orang  tidak mengira Haji Sulaiman sebagai calon Perdana Menteri yang sesuai, tetapi tiada yang mengira Ku Li tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri  dan Presiden Umno.

Sebelum cabaran itu berlaku, Najib cabar Umno membuat pendirian. Disuarakannya dia sedia ditentang. Spontan Umno seluruhnya bangun menyuarakan supaya dia jangan dicabar. Bahkan kalau Muhyidin sedia mencabarnya, mereka sarannya dia juga tidak dicabar. Suara itu mencabar Muhyidin jangan cabar Najib.

Kempen sudah bermula supaya Najib jangan dicabar. Orang lain mungkin tidak berani, tetapi tiada yang menghalang Ku Li untuk menunaikan tanggungjawabnya.
 Adil syarat wajib seorang pemimpin
Posted on Saturday, June 15 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Blog TKOBloglist

Antara syarat layak bagi seseorang pemimpin adalah memiliki peribadi yang baik dan adil dalam melaksanakan urusannya pada ummah. Pemimpin mestilah berlaku adil, memelihara diri sendiri daripada dosa besar, tidak berterusan dengan melakukan dosa kecil dan tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah walaupun tidak berdosa. Syarat ini wajib bagi semua jawatan penting dalam urusan agama dan dunia.

Islam mewajibkan pemimpin supaya bersikap adil dalam semua keadaan. Ini menunjukkan keadilan Islam bukannya satu teori di awangan yang tidak berpijak di alam nyata, tetapi ia adalah perintah Allah yang dilafazkan dengan ayat al-Quran. Antara perintah Allah adalah dalam surah al-Maidah ayat 8 :

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran, dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

Allah menegaskan lagi dalam surah an-Nahl ayat 90;

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat, dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya.”


Islam mewajibkan kerajaan memantau secara menyeluruh perlaksanaan keadilan dalam negara. Ia merangkumi kelompok kecil seperti keluarga, seterusnya dalam masyarakat, negara dan bangsa, penganut Islam dan bukan Islam, kawan dan musuh, pada masa aman dan peperangan, manusia, binatang, alam sekitar dan lain-lain.

Kewajiban menunaikannya juga dikenakan kepada semua pihak, bukan sahaja ketua negara, juga kepada individu, pemimpin keluarga dan masyarakat di semua peringkat. Semua pihak wajib bersama kerajaan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

Nabi Muhammad menyatakan SAW menyatakan, “Setiap orang di kalangan kamu menjadi penjaga dan orang disoal berkenaan jagaannya. Pemimpin negara adalah penjaga rakyatnya, dia disoal berkenaan rakyatnya. Suami penjaga keluarganya, dia disoal berkenaan tanggungjawabnya. Isteri adalah penjaga rumahtangga, dia disoal berkenaan urusannya. Khadam adalah penjaga harta majikannya, dia disoal berkenaan tugasnya. Anak adalah penjaga harta peninggalan ibu bapanya, dia juga disoal berkenaan pengendaliannya.”

Golongan pertama disebut dalam hadis ini ialah imam atau pemimpin. Tugas pemimpin dalam mentadbir negara akan disoal pada hari kiamat nanti sama ada adil atau zalim. Begitu juga anggota masyarakat yang lain kerana mereka juga adalah anggota dalam masyarakat negara yang besar. Tugas masing-masing tidak selesai dengan mati meninggal dunia ini, bahkan semua urusan diteruskan di hadapan Allah pada Hari Kiamat kelak.

Hak Wanita

Islam memberi penekanan pada wanita dalam aspek keluarga iaitu dalam mengurus rumah tangga dan mendidik anak di rumah kerana kesibukan suami. Inilah cara yang sesuai dengan fitrah manusia. Islam tidak membenarkan wanita menjadi pemimpin dalam sesebuah negara kerana ia boleh menjejaskan fitrah dan kerukunan rumah tangga yang menjadi komponen penting dalam masyarakat. Hidup berkeluarga akan pincang tanpa peranan wanita kerana ia melibatkan pendidikan anak dan keluarga.

Namun begitu, wanita tetap mempunyai peranan yang besar dalam politik. Contohnya, pada zaman awal pemerintahan Islam, kaum wanita turut terlibat dalam Perjanjian Setia di Aqabah bagi mendirikan negara yang berdaulat. Ini bermakna, Islam mendahului lebih daripada seribu tahun daripada demokrasi Barat yang memberi hak kepada wanita dalam pilihan raya. Dalam demokrasi Barat, wanita diberi hak pilihan raya di peringkat majlis perbandaran di Bandar Wyoming Amerika pada abad ke-19, kemudian diikuti oleh negara Barat yang lain.

Islam turut melibatkan wanita dalam keputusan yang besar ketika perjanjian Hudaibiyah. Dalam satu peristiwa, Nabi Muhammad menerima pendapat Ummu Salamah bagi menghentikan ibadah umrah kerana melaksanakan keputusan Allah yang berkait dengan pelaksanaan perjanjian itu. Orang bukan Islam yang masih bermusuh menghalang mereka menunaikan umrah sehingga menjadi syarat untuk berdamai dengan membatalkan umrah.

Dalam peristiwa yang lain pada zaman Khalifah Umar, seorang wanita memberi pendapat supaya penetapan mas kahwin secara paksa dihapuskan. Khalifah menerima pandangan sahabat dari kalangan wanita itu. Pada zaman Sultan Ahmad bin Tolun pula, seorang wanita alim yang bernama Sayyidah Nafisah dengan berani menentang perkara zalim sesudah menerima pengaduan orang ramai sehingga sultan itu mengalah dan menerima nasihatnya.

Hak Orang Bukan Islam

Dalam negara sekular, termasuk yang berasaskan kepada prinsip demokrasi tidak memberi layanan yang adil terhadap golongan yang tidak menyokong kerajaan, bukan warga negara dan golongan yang tidak seagama. Walaupun mereka mengaku berjuang atas prinsip hak asasi manusia, mereka tidak boleh menyembunyikan sentimen kebangsaan, kepercayaan parti dan anutan agama.

Islam yang berasaskan akidah atau iman mewajibkan keadilan dan hak pada semua manusia dalam sesebuah negara, walaupun tidak seagama, sebangsa dan senegara. Walaupun dakwah Islam mengajak semua manusia supaya menganut agama Islam, tetapi Islam melarang memaksa penganut agama lain, kerana paksaan tidak menghasilkan Islam yang sebenar daripada keyakinan dan iman yang tumbuh dalam hati. Namun, dalam aspek politik, Islam memberi hak kepada semua manusia termasuk mereka yang memusuhi negara dan umat Islam. Maka kepada orang bukan Islam yang tidak bermusuh dengan Islam lebih-lebih lagi diberi hak dengan adil dan diharamkan berlaku zalim pada mereka.

Kepada orang bukan Islam yang diberi hak kerakyatan, dinamakan ‘Ahli al-Zimmah’ iaitu golongan yang diberi kesanggupan dan jaminan. Bermakna sanggup menjadi rakyat dan kerajaan Islam wajib memberi jaminan hak yang adil bukan sahaja menjadi rakyat, termasuk juga hak menganut agama, kegiatan ekonomi dan keselamatan.

Nabi Muhammad sendiri mengangkat golongan ini dengan menyatakan, “Sesiapa yang menyakiti Ahli al-Zimmah iaitu bukan Islam yang menjadi rakyat, maka dia menyakiti diriku sendiri.”

Dalam aspek politik dan pentadbiran pula, mereka diizinkan memegang jawatan menteri kabinet yang terlibat dalam pentadbiran yang bukan dasar yang dinamakan para fuqaha (Wazarah al-Tanfiz) dan jawatan-jawatan yang sesuai dengannya. Amalan ini berlaku ketika negara Islam memerintah masyarakat majmuk dan luas wilayahnya.

Hingga kini, masih wujud zuriat bukan Islam yang hidup mesra dengan masyarakat Islam. Sebagai contoh satu peristiwa pernah berlaku pada zaman Khalifah Umar di Wilayah Barat yang bersempadan dengan Wilayah Rom. Abu ‘Ubaidah sebagai pemimpin bertindak memulangkan bayaran cukai yang diambil daripada rakyat bukan Islam kerana merasa tidak mampu menjamin keselamatan mereka daripada ancaman tentera Rom. Golongan Kristian tersebut tidak mahu menerimanya kerana lebih rela berada di bawah pemerintahan Islam yang adil.

Islam mewajibkan hak diplomatik kepada rakyat sesebuah negara yang mempunyai perjanjian dengan negara Islam. Islam juga mewajibkan hak perlindungan kepada rakyat negara musuh yang datang meminta perlindungan politik dengan jaminan tidak boleh menyerahnya kepada negaranya yang berlaku zalim.

Allah menegaskan dalam surah at-Taubah ayat 6;

“Jika seseorang di kalangan musyrikin datang meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya, sehingga dia dapat mendengar kalam Allah, kemudian sampaikan dia ke tempat yang aman.Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).”

Kenyataan ini menunjukkan Islam lebih awal memberi perlindungan politik kepada pelarian dan pendatang yang dizalimi di tanah air sendiri, mendahului lebih seribu tahun daripada Perjanjian Geneva dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Abdul Hadi Awang
http://www.tarbawi.my


_______
http://tkobloglist.blogspot.com


 

Wednesday, January 02, 2013

Top100 Ranking Blog PR 1 Januari 2013 - Carta DaunKari


Top50 blog PR pilihan Daunkari kali ni naik sikit 17,293 mata kepada 124,362 mata, blog Mountdweller paling meningkat dengan 6,542 mata.

Untuk carta Top100 kali ni sempena tahun baru aku masukkan banyak blog baruyang aku jumpa dalam blog Wartamaya dan Bloglist Malaysia, 2 sumber link utama blog PR.
Kalau ada lagi blog yang lain yang aku terlepas pandang jangan segan-segan tolong bagitau kat aku.
TopBlog PR
Pilihan Cenangau
Malaysia
01/01/13
Topblog
01/01/13
Malaysia
16/12/12
Topblog
16/12/12
Turun
Naik
AmenoWorld247123510
Anak Sungai Derhaka346237331
Era Pasca35933282-1
Addin528456751
Kelab Greenboc54955354-1
Tukar Tiub698683682
Salehudin778782770
Cenangau858897691
Omak Kau95191151123
Milosuam962107796-4
Wasukalu968111098110
ek-eleh1015121472164
Bloglist Malaysia1188131385141
Manjongmari1282141690173
Jalan Pulang129815104610-5
MediaPerak.net136116143115-1
Mohd Sayuti Omar1425171757192
Biaqpila1569181738180
IdaMan159119134013-6
Warta Maya1752202523233
Ibnu Hasyim180121184720-1
Zakri Ali1917222593253
Muslimeen United221123barubarubaru
PASPB224224221221-3
Sakmongkol2269252696261
Kerengga2349262871304
Kedahlanie.info237427256324-3
Sedaka Sejahtera2398283818357
Ikutsukaaku ISA261529251422-7
Batu vs kayu262730284629-1
Kedah.kini2822312893310
Al-Husseyn288532275527-5
Karat Hijau3058333821363
Kerajaan Rakyat314134332632-2
Pencacai Semalaysia326235276728-7
Idah Salam363036350633-3
Aspan Alias3894374466414
Cananglahnie3915384349402
Cipan Tapir Tenuk4036395369434
Kachip Emas406840barubarubaru
Warta Subhi4302415446443
Pahang Daily4341426203475
Malaysiaberih4374435959463
Mat Indera Sipejuang469344380134-10
Mountdweller476445113106520
Bicara Abu Nawas4810466220482
Pakat-pakat kalih4876478177569
Mimpi Senja4930487606524
Naimnikmat499749398338-11
Haluan Kiri503650405039-11

Aiyang512451661950-1
Sisi Bukit5332528387575
Mutaligat535853653749-4
Penburuk566354160647521
Yong suka kuning5862558040550
Siyasahsyariah619356552945-11
Sharpshooter703857476642-15
Paklong Online707558barubarubaru
SelatanOnline736759888058-1
Tukang Lawan748660715051-9
Dunia Cacamerba760261387337-24
AgenDSAI76796210199620
AnakMudaMalaysia77626312973674
M3M78146411428662
Al-Brangi8291651034463-2
Perakite Daily866766barubarubaru
Sokong PR882667917359-8
Aduka Taruna974468793354-14
Pulakdah10196691405368-1
Ahmad Seekers1059070barubarubaru
Dialog Rakyat11612711130064-7
Gaya Peneroka1190372barubarubaru
Paapaada1206173barubarubaru
Kedah-Online126447417679828
Demo Lonie1296075985761-14
Nusajayakini1344376972360-16
Orang Ni1416477no data10326
dollahyankee145697820094868
Pak Karamu148487917414801
Buletinonline16041801681678-2
Kerabu Bersuara1611181no data9817
Batu Gajah Mari1654382no data10725
Budak kampung Online16641831407069-14
Nizar Coretanku16771841410870-14
Ada Aku Kesah17787851889584-1
Wartawan Lmn Reformasi180638624870904
Fendi Tazkirah1809687barubarubaru
Hanief189768824414891
Marhaen19988891430571-18
Telok Bakong20815902097588-2
Al-Banjari Online2111991no data11221
Utusankini2113092no data1019
Bawean Termenung2127493no data11320
Wfauzdin21574941626977-17
Ajijoi2168495no data1027
Jasin Daily2170296barubarubaru
Pas Caw Bkt Sentosa221869971625576-21
Payah Sungguh2226098barubarubaru
Pemuda Cheh23552992966996-3
Perisi Rakyat245501001946985-15
*Data pada 1 Jan 2013 10.10pm.
Kalau nak tengok carta yang sebelum-sebelum ni, boleh klik di sini.

Akhirnya, macam biasa, kalau ada yang patut masuk carta ni tapi tak masuk, jangan segan-segan bagitau. Kalau segan nak tulis suruh masukkan blog sendiri kat ruang komen, email terus kat aku pun takpa. Aku takdak masalah, "tanpa prejudis." Pun begitu, aku akan screen dulu untuk pastikan "bukan blog part-time prono/hiburan sensasi melampau"

Cumanya, nak tambah sikit, kalau boleh tu, 'paparkan' la blog aku dalam bloglist hangpa sebagai tanda sokongan.

Kat bawah ni macam biasa jugak, aku sediakan 'borang' khas Alexa. Kalau nak semak ranking  masukkan alamat blog lepas tu terus tekan "enter" (jangan sibuk nak cari "button enter", memang tak nampak.) Lepas tu ruang tu akan paparkan keputusan terkini kedudukan ranking blog tu.

Kalau blog hangpa patut masuk ranking tapi tak masuk jangan segan-segan bagitau kat aku.

Tiada ulasan: