Posted on Saturday, June 22 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: tokpepijat
"Sekonyong-konyong Dr Mahathir mahu buku-buku sejarah Malaysia perlu ditulis semula agar mengandungi masalah yang dihadapi negara pada masa lampau dan langkah diambil kerajaan bagi menyelesaikan isu seumpama itu, supaya sejarah negara lebih difahami generasi muda.
Memang patut sejarah negara dibukukan semula dengan mengandungi permasalahan negara dan bagaimana UMNO menanganinya.Antaranya
i) Sejarah Memali. Sejarah ini perlu ditulis semula agar generasi Y memahami bagaimana UMNO dengan rakus bertindak lebih kejam berbanding menghadapi PKM di Baling 1955
ii) Sejarah royalti Terengganu tahun 2000. Sejarah ini juga perlu ditulis kembali untuk tatapan generasi Y agar mereka tahu betapa jahat dan zalimnya UMNO bertindak keatas bangsanya sendiri yang satu agama dengan merampas royalti Terengganu semata-mata kerana Terengganu diperintah PAS.
iii) Sejarah memalukan Raja-Raja Melayu. Sejarah ini perlu ditulis semula untuk generasi Y tahu "hebat"nya UMNO membela Raja-Raja Melayu hingga "menelanjanginya" . Itulah kerja UMNO yang diketuai oleh Dr Mahathir.
Itulah antara tiga contoh peristiwa sejarah yang perlu ditulis semula. Dalam buku sejarah tersebut perlu dinyatakan kedua peristiwa itu berlaku di zaman Mahathir. Generasi Y bakal tahu siapakah yang bertindak zalim terhadap bangsa sendiri.
Kita tidak mahu Generasi Y mengenali Mahathir sekadar melalui KLCC,LIMA dan Langkawi.
Kita juga mahu Mahathir dikenali melalui buku-buku sejarah sebagai pengkhianat bangsa Melayu,Raja-Raja Melayu dan Negeri-negeri Melayu !
Betul, betul ...ianya perlu ditulis semula.
Ilmu -Kebal Tanpa Syahwat
Posted on Saturday, June 22 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: hishamahmad
"Abu Dubeis masih teringat cerita maklangnya, isteri bapa saudara sebelah ibu. Kisah mengenai ibu dan bapa maklang, selepas mereka balik Haji. Ibunya keturunan melayu manakala bapanya keturunan India-mamak. Cuma terlupa, terlupa sebelah mana. Malbari, agaknya. Entahlah. Ibu dan bapa Maklang ni, pernah ditemui satu atau dua kali.
Bapanya walaupun dari ketegori mamak, tapi kulitnya tidak hitam, tetapi lebih menghampiri putih. Perkahwinan dan cinta mereka terbukti hingga ke akhir hayat.
Oh,
Ya. Kisahnya ialah ibu Maklang bermazhab Syafie manakala bapanya
bermazhab bukan Syafie. Seingatnya, mazhab Hanafi. Pada suatu hari di
suatu ketika yang telah lama, Maklang bercerita dengan mengajuk semula,
dengan gaya ala-ala mamak bagaimana bapanya bercakap perihal kisah
mereka suami isteri semasa haji dalam isu wuduk dan sentuhan antara
suami dan isteri, ”sini tak boleh pegang, sana boleh pegang. Ini macam. (Ditunjuk sambil memaut lengan)”
[Bagi
siisteri sentuhan antara suami dan isteri membatalkan wuduk
berdasarkan mazhab Shafie, manakala bagi suami pula, tidak batal kerana
mazhab berbeza].
Gelihati
mendengarnya. Seperti si suami merasa pandangan mazhabnya dalam hal
ini lebih lebih sesuai diikuti. Tentulah bagi kita generasi muda merasa
agak pelik apabila bersentuhan di Malaysia, wuduk menjadi terbatal
tetapi di Mekah tidak pula batal. Di Mekah, si isteri menjadi kebal.
Lebih
pelik, jika di tanah air, kesan sentuhan suami isteri itu hanya
membatalkan wuduk si isteri. Tidak si suami. Kemudian si isteri
berimamkan si suami. Kagum juga dengan sikap toleransi mereka. Bukti
berlainan mazhab boleh berkompromi. Senanglah, suami dan isteri. Kalau
berselisih, boleh ‘settle’ sendiri.
Terlupa pula ditanya, bagaimana pula dengan maklang saya. Mazhab mana pula yang diwarisinya? Satu polemik menarik, juga.
Sebenarnya
sebelum pergi haji, Abu Dubeis mendengar pelbagai pegangan dan
aplikasi prinsip dalam hal wuduk jemaah Malaysia bagi tahun sebelum
itu. Kalau didengar dari orang-orang yang telah pergi haji, macam-macam
maklumat diberi. Bermakna masih ada ketidakjelasan dan keraguan. Ada
kata taklid mazhab hanafi, hambali dan sebagainya. Ada yang kata, bila
sudah bertaklid mazhab Hambali, makan daging unta, batal wuduk.
Kemudian
apabila tahun Abu Dubeis pergi pula, pendekatannya berbeza. Kaedah
lain digunapakai untuk menangani isu wuduk, batal wuduk dan sentuhan.
Tidakkah isu ini telah wujud zaman berzaman? Masih tak diselesaikan?
Ketika
tahun haji Abu Dubeis, pegangan dan pandangan hukum dipakai mungkin
paling sesuai. Semua jemaah kebal di seluruh tanah haram, apabila
melangkah keluar sahaja dari hotel penginapan. Kuasa kebal ini ini hanya
sementara. Bila masuk hotel hilanglah kuasa. Diluar, tersentuh siapa
sahaja, kulit ke kulit, tidak mengapa, asal sahaja syahwat jangan
terasa. Terasa apa? Kita dah dewasa. Awak tahu, saya pun tahu. Saya tahu
awak tahu, awak pun tahu saya tahu. Jadi tak perlu beritahu, kita
buat-buatlah tak tahu.
Apabila
difikirkan semula… adakah kita benar-benar faham apakah yang dikatakan
‘…dengan syahwat’. Apakah definisi dan keluasan tafsiran. Adakah ia
pada rasa atau keinginan pada emosi dan perasaan atau pada tindakan
balas kimia dalam badan. Adakah sekadar ada ‘rasa’ atau ‘gerakan’ atau
sampai merasa kelazatan. Kekadang rasa dan gerakan itu itu sekadar
tindakbalas semulajadi (auto reaction) dan serta merta yang bukan bukan
dikawal akal yang sedar tetapi minda bawah sedar (subconscious mind).
Kebal. Had kebal.
Cuma
saya dah lupa, tafsiran kebal iaitu tidak terbatal. Adakah apabila
disentuh dan menyentuh? Atau sekadar disentuh, tidak menyentuh?
Sedangkan menyentuh termasuk juga (1) menyentuh secara tidak sengaja
atau (2) menyentuh secara sengaja? Bagaimana pula secara sengaja tetapi
perlu atau terpaksa? Begitulah polemik yang kita alami. Kesan jenis
Fiqah yang kita pilih sendiri.
Semasa
tawaf sunat kita boleh pakai jubah labuh, boleh pakai stoking, boleh
tutup kepala untuk mengurangi risiko sentuhan. Namun bila berpakaian
ihram untuk umrah atau haji, sebahagian tubuh kita begitu terdedah.
Kaki, bahu, tangan, kepala. Siapa yang tidak pernah alami tumit kakinya
ditendang atau dalam bahasa lembut, disentuh oleh jejari kaki kaum hawa
khususnya dari daerah sekitar ‘bollywood’ sana.
Saya
ingat lagi kata-kata seorang ustaz yang saya sukai, juga pembimbing
umrah atau haji, Beliau meninggalkan sunnah ittiba’ dalam tawaf kerana tidak tertahan disentuh bahunya oleh gadis-gadis bukan mahram. Ini pengakuan kejujuran. ‘Don’t get me wrong’. Maksud
saya bukan tidak tertahan syahwatnya, tetapi tidak tertahan terganggu
khusyuk dan tawaduknya. Ustaz yang sentiasa setia jiwa dan hati dengan
mazhab syafie, hal sentuh-sentuh begini, memang sangat ‘allergic’. Syukur,
kini saya dengar dia dah dapat nikmat berganda melalui poligami. Saya
harap dapat bergurau dengannya bila bertemu nanti. “Ustaz dah boleh ittiba kerana dah kurang geli’.
Begitulah
apabila sebahagian daripada kita yang begitu setia untuk berpegang
kuat pada pandangan yang ketat, ditakuti kita sendiri yang tidak larat.
Bukankah agama itu mudah dan bersifat memudahkan. Tidak dibebankan
seseorang lebih dari kadar yang dia mampu. Mungkin niat dihati nak
mematuhi amalan agama sedaya upaya, sesungguh jiwa-raga. Baguslah kalau
sunnah amalan itu begitu, bagaimana kalau sunnah itu sendiri membuka
ruang dan pilihan yang memudahkan. Supaya amalan lebih khusyuk dan
tenang.
Ilmu dan Kefahaman
Marilah
kita saksikan di sini antara maklumat terbaik yang saya temui hasil
penulisan seorang tokoh sunnah di Malaysia dalam isu sentuhan ini supaya
ilmu dan kefahaman kita ditahap terbaik dalam memahami sunnah dan
melaksanakan sunnah. Insya Allah:-
Haram Menyentuh Perempuan Bukan Mahram
Bersalam
atau menyentuh perempuan ajnabi (bukan mahram; keluarga terdekat yang
haram dinikahi) dengan sengaja adalah satu perbuatan yang haram.
Demikian juga seorang perempuan menyentuh lelaki ajnabi, ini berdasarkan
sabda Nabi saw:
Maksudnya:
“Kalau dicucuk dengan jarum dikepala salah seorang dari kamu adalah
lebih baik daripada dia menyentuh perempuan yang tidak halal baginya”. (Rujuk HR Tabarani 20/212, Sahih Al-Jami’ No. 4921)
Kedudukan Wuduk Atas Sentuhan Tidak Sengaja
Masalah
yang akan dibincangkan ialah apabila tersentuh perempuan ajnabi secara
tidak sengaja atau menyentuh isteri sendiri, adakah batal wuduk atau
tidak?
Terdapat
beberapa pandangan para ulama’ tentang permasalahan ini. Ibnu
Al-Munzir menyebut di dalam kitabnya (Al-Ausat) lima pendapat, tetapi
yang masyhurnya adalah tiga:
Pendapat pertama:
Pertemuan/sentuhan diantara kulit lelaki dan perempuan yang ajnabi (sah dinikahi) atau isteri akan membatalkan wuduk,
sama ada dengan syahwat atau tidak, sengaja atau tidak. Tetapi tidak
batal jika berlapik walaupun dengan sesuatu yang nipis. Ini adalah
pandangan Ibnu Masud, Ibnu Umar م . mazhab Syafei, mazhab Az-Zuhri,
‘Ata’ bin As-Sa’ib, Al-Auza’ie dan lain-lain . Dalil dan hujah mereka;
firman Allah:
Ertinya:
“… atau jika kamu menyentuh perempuan”. [An-Nisa’: 43]. Mereka
berhujah bahawa yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah: “Al-Lams”
iaitu sentuhan.
Hakikatnya
sentuhan dari segi bahasa ialah menyentuh dengan tangan. Juga telah
disabitkan bahawa Ibnu Umar menafsirkan ayat ini sedemikian. Kata Ibnu
Umar: Maksudnya: “Kucupan seorang lelaki terhadap isterinya,
menyentuhnya dengan tangan adalah dikira “mulamasah”, oleh itu sesiapa
yang mengucup atau menyentuh isterinya dengan tangan maka hendaklah dia
mengambil wuduk.”
Maka
Imam Syafei menyatakan jika sesiapa yang menyentuh dengan tangannya
perempuan yang sah dinikahinya, maka terbatal wuduk dengan sebab itu.
Manakala
tentang hadith-hadith yang digunakan oleh pendapat kedua dan ketiga
(disebut di bawah ini), mazhab Syafie menafsirkan samada sentuhan itu
berlaku dengan berlapik ataupun khusus untuk Rasulullah s.a.w sahaja.
Pendapat kedua:
Tidak terbatal wuduk
dengan menyentuh perempuan, sama ada dengan syahwat atau tidak. Ini
adalah pendapat Ibnu Abbas dan Ali bin Abi Talib ra yang menafsirkan
firman Allah Ta’ala: “Al-Lams” itu ertinya bersetubuh atau jimak, bukan
sekadar bersentuh seperti pendapat kumpulan pertama tadi. Ini juga
pendapat yang diriwayatkan daripada Thawus, Al-Hasan, ‘Ata’ bin Abi
Rabah dan Sufyan Ath-Thauri.
Mazhab
Hanafi serta satu riwayat dari Imam Ahmad juga berpendapat walaupun
menyentuh dengan syahwat tidak terbatal wuduk kecuali dengan berjimak. Dalilnya:
1) Ummul Mukminin Aisyah ra. berkata: Maksudnya: “Pada
suatu ketika saya tidur di hadapan Rasulullah s.a.w yang sedang
bersolat dan dua kaki saya di arah kiblatnya. Apabila Baginda bersujud
(tangannya) mengenai (kaki) saya, lalu saya menarik kaki saya,
(sedangkan Nabi meneruskan solatnya). Apabila Baginda bangun saya pun
menghulurkan semula kaki saya. Kata Sayyidatina Aishah ra. lagi: “Dan
rumah-rumah pada masa itu tidak berlampu”.
2)
Begitu juga sebaliknya, jika seorang perempuan menyentuh kulit lelaki,
tidak batal wuduknya, sebagaimana riwayat daripada Aisyah r.a.
Maksudnya: “Pada suatu malam, Rasulullah saw berenggang daripada
saya, maka saya pun mencari beliau dengan tangan saya, tiba-tiba tangan
saya tersentuh dua telapak kaki Baginda ketika Baginda sedang sujud”.
3) Aisyah ra. juga meriwayatkan: Maksudnya: “Rasulullah
saw sedang bersolat manakala aku tidur di arah kiblatnya seperti
jenazah. Apabila Baginda ingin bersolat witir, disentuhnya aku dengan
kakinya.”
4) Aishah ra. juga meriwayatkan: Maksudnya: “Rasulullah
s.a.w mengucup salah seorang isteri Baginda, kemudian keluar
menunaikan solat, sedangkan Baginda tidak pula mengambil wuduk” Sebahagian ulama’ (Al-Albani) mengatakan hadith ini sahih, tetapi ramai juga yang mengatakan hadith ini dhaif].
Para ulama di kala menghuraikan hadith ini mengatakan:
“Ini juga merupakan satu dalil bahawa menyentuh perempuan itu tidaklah
membatalkan wuduk kerana sesungguhnya perbuatan mengucup itu adalah
termasuk menyentuh, sedangkan Nabi saw tidak pula memperbaharui wuduknya
sebagai akibat perbuatannya itu. Ini adalah fahaman yang dipegang oleh
Ibnu Abbas ra..”.
Kekuatan
dalil mereka ini adalah kerana pada asasnya bersentuh adalah tidak
batal wuduk, dan tidak terdapat pula dalil-dalil yang sahih dan jelas
bagi mereka yang mendakwa terdapat perbezaan di antara sentuhan dengan
syahwat dan sentuhan tanpa syahwat.
Pendapat ketiga:
Bersyarat, iaitu terbatal wuduk jika menyentuh dengan syahwat,
tetapi jika tanpa syahwat, tidak akan terbatal wuduk. Ini adalah
pendapat mazhab Hambali, Maliki dan ahli feqah (fuqaha’) penduduk
Madinah. Pendapat ini juga berdasarkan hadith-hadith Ummul Mukminin
Aisyah ra. di atas tadi. Nyata bagi mereka setakat menyentuh saja (tanpa
syahwat) tidaklah membatalkan wuduk.
Perkataan
“Ghamazni” dan “Massani birijli” itu adalah dimaklumi bahawa
persentuhan sedemikian adalah tanpa keinginan syahwat. Kerana itulah
sumber ini digunakan sebagai dalil bahawa menyentuh tanpa syahwat itu
tidak membatalkan wuduk. Pengarang kitab “Al-Mughni” (1/256) mengatakan:
“Sesungguhnya dengan hanya menyentuh semata-mata belumlah menghadaskan
seseorang, kerana yang menjadikan seseorang itu berhadas ialah dengan
keluarnya air mazi atau air mani, iaitu apabila berlakunya keinginan
syahwat”.
Kesimpulan:
Perbandingan
antara mazhab ini menunjukkan bahawa hanya mazhab Syafei sahaja yang
agak berat dalam masalah ini, di mana hanya bersentuhan sahaja (samada
sengaja atau tidak) telah membatalkan wuduk. Sedangkan Imam-imam mazhab
lain lebih ringan dan terbuka.
Mazhab
Hanafi berpendapat maksud bersentuh itu dengan bersetubuh. Manakala
Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal pula mengatakan sentuhan yang
membatalkan wuduk ialah yang menimbulkan keinginan syahwat.
Maka pendapat yang rajih (kuat) ialah Pendapat Jumhur
Iaitu
tidak batal wuduk dengan sebab menyentuh perempuan sebagaimana yang
telah ditafsirkan oleh Abdullah Ibnu Abbas ra (Turjuman al-Quran dan
Habrul Ummah) dan Ali bin Abi Talib ra yang menafsirkan firman Allah
Ta’ala: “Au Laamastum”, “Al-Lams” itu maksudnya bersetubuh atau jimak,
bukan sekadar bersentuh. [Lihat Tafsir Ibnu Kathir].
Adapun
dakwaan bahawa sentuhan di antara Rasulullah s.a.w dan Aisyah adalah
dengan berlapik atau hanya khusus untuk Rasulullah sahaja, ramai ulama’
mengatakan bahawa dakwaan tersebut tidak mempunyai dalil yang jelas
atau bukti yang menunjukkan sentuhan itu adalah berlapik. Kata ulama’:
Satu hukum yang amat perlu diketahui oleh umat pasti dijelaskan oleh
Rasulullah saw walaupun secara umum kemudian dinukil oleh generasi umat
ini…
Dengan
ini diketahui bahawa tidak wajib mengambil wuduk kerana bersentuh
dengan perempuan… kerana seseorang itu sentiasa tersentuh isterinya
dengan syahwat atau tidak, kemudian tidak ada pula riwayat yang
menjelaskan bahawa Rasulullah saw mengarahkan agar mengambil wuduk
kerananya. Al-Quran pula tidak menunjukkan maksud sedemikian, bahkan apa
yang dikehendaki dengan mulamasah ialah jima’”. [At-Tarjih 73-74]
Namun
bagi mereka yang menyentuh dengan syahwat, adalah lebih baik baginya
untuk memperbaharui semula wuduknya, sebagaimana yang disarankan oleh
sebahagian ulama’.
Pilihan Anda, Pilihan Saya. Mana Satu
Pilihan anda bagaimana? Terserahlah kepada anda. Namun bagaimana dengan saya. Pilihan saya, terserahlah pada saya.
Hasil
ilmu dan kefahaman saya, semua pandangan mazhab adalah baik dengan
hujah yang baik. Namun saya percaya semua mengetahui pandangan Hanafi
lebih memudahkan khususnya semasa ibadah haji.
Pandangan mazhab Syafie pula, tidak mudah untuk diamalkan semasa ibadah haji.
Pandangan mazhab Maliki sekiranya yang saya fahami ialah ‘batal sekiranya ada syahwat’,
mungkin inilah yang paling adil dan sesuai dalam mengimbangi antara
kedua pandangan tadi. Ia masih praktikal dan sesuai tetapi meletakkan
had batasan yang baik untuk pemakaian umat Islam supaya ada kesungguhan
untuk berhati-hati dari mempermudahkan risiko sentuhan.
Dalam
pada itu, bagi yang memfokuskan kepada dalil dan hujah yang mendasari
pandangan. Melihatkan kepada beberapa hadith yang dirujuk oleh Mazhab
Hanafi, zahir hadith secara jelas membuktikan bahawa sentuhan itu tidak
membatalkan wuduk dan tanpa syarat.
Apabila
ada 2 pendapat, dan pendapat mazhab lain disokong oleh dalil yg sahih
dan dari sudut hujah paling kuat, manakala pendapat mazhab kita kurang
disokong oleh dalil yang kuat, maka tidakkah sewajarnya kita perlu
tunduk kepada pandangan yang berbuktikan dalil yang sahih dan hujah
paling kuat sebagai menepati kehendak sunnah? Kehendak Allah dan
Rasul-Nya?
Apalagi kalau hujah yang paling kuat berdasarkan dalil hadith sahih itu paling mudah, praktikal dan sesuai untuk diamalkan?
Lalu apa pegangan saya? Mana satu pandangan yang menjadi pilihan.
Akhirnya,
seperti prinsip yang telah diketahui sebelum ini, saya tentu memilih
yang menepati sunnah atau yang paling menghampiri sunnah. Saya hanya
menerima mazhab bagi tujuan ittiba’ Rasulullah s.a.w.
Saya sangat sukakan maksud ayat di bawah ini. Ia sangat relevan dengan tujuan yang saya maksudkan.
Perdengarkan.
“Maka gembirakanlah hamba-hambaKu, yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan mengikut apa yang terbaik
( Untuk diamalkan dalam urusan agama), mereka itulah orang-orang yang
diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang yang berakal
sempurna”. ( al-Zumar (39) : 17-18)
Artikel
ini telah lengkap bagi maksud paparan web tranungkite. Namun ikhlasnya
terdapat perbahasan tambahan dan penjelasan lebih daripada saya dlm
blog, bagi pencinta kepda perbahasan ilmu.
Artikel ini juga adalah sebahagian daripada permasalahan realiti yg dibincang di dalam salah satu bab, buku haji (2013) bertajuk Baitullah Aku Datang, Terbitan Karangkraf
- karya seorang peguam sivil, syariah, berijazah undang-undang sivil,
diploma syariah dan ijazah sarjana muda pengajian Islam, Quran dan
Sunnah. Terdapat kupasan kritis dan argumentatif beberapa isu yang
beliau hadapi dan perhatikan semasa ibadah haji. Antara isu menarik,
sensisitif dan kontroversi ialah isu kebal tanpa syahwat, solat diudara,
wanita solat didepan lelaki dibelakang, kerana cinta (kisah ttg
hajaral aswad), mahu susah atau muassasah dan lain-lain. (Ingin
membeli sms: 019-7272817, hishambp@yahoo.com.my)
http://hisham-ahmad.blogspot.com
Minta Izin Berzina- Kisah benar
Posted on Friday, June 21 @ 16:19:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: HishamAhmad
"Artikel saya telah tiada pada paparan utama dan tiada pada list artikel lama. Alasan, artikel tak lengkap (agaknya). Tak sangka itupun ada komen dpd pembaca. Walaupun alasan mereka tidak jelas, tapi saya terima, kerana itu kehendak mereka.Tetapi jika administrator kaji artikel saya betul-betul, saya percaya artikel saya disiarkan tidak terjejas kualiti dan sifatnya. Hanya mereka yang teringin untuk tahu extra yg terdorong utuk buka blog saya.
Bagaimanapun, saya tidak akan tulis lagi
'artikel tidak lengkap' atau seumpama. Artikel yg saya submit akan saya
pastikan lengkap utuk maksud paparan Tranungkite walaupun ia mungkin
saya sunting utk kesesuaian atau pendekkan kerana panjang atau
sebagainya. Posted on Friday, June 21 @ 16:19:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: HishamAhmad
"Artikel saya telah tiada pada paparan utama dan tiada pada list artikel lama. Alasan, artikel tak lengkap (agaknya). Tak sangka itupun ada komen dpd pembaca. Walaupun alasan mereka tidak jelas, tapi saya terima, kerana itu kehendak mereka.Tetapi jika administrator kaji artikel saya betul-betul, saya percaya artikel saya disiarkan tidak terjejas kualiti dan sifatnya. Hanya mereka yang teringin untuk tahu extra yg terdorong utuk buka blog saya.
Harap administrator tuan siarkan balik. Nak siarkan kenyataan ini pun ok. Tiada masalah. Tkasih
Minta Iziin Berzina
"Pernahkah anak lelaki remaja atau anak perempuan remaja anda meminta izin untuk melakukan dosa? Ya, saya setuju, ini soalan gila. Apahal pulalah saya tiba-tiba utarakan persoalan sebegini. Kalau ditanya langsung depan seorang bapa, peluangnya agak cerah untuk saya… ‘makan’ penampar, jawabnya.
Bagi soalan yang lebih lembut, kurang bersifat ‘personal attack’, bagaimana kalau kita sebagai guru, ustaz, penghulu atau ADUN, tiba-tiba didatangi seorang anak muda meminta izin untuk melakukan zina? Jawabnya, yang bertanya itu pula yang berpeluang ‘makan’ penampar.
Tentu kita tidak terbayang soalan sebegini akan keluar dari mulut generasi muda Islam kita. Tetapi bagaimana 10, 20 30 tahun akan datang sekiranya generasi muda masih dialpa kan dengan segala macam bentuk godaan berunsur seksual. Di suatu zaman akan datang ktika mana generasi muda cetek ilmu dalam gelodak nafsu. Di suatu zaman futuristik di mana gejala keruntuhan akhlak golongan muda berada pada tahap paling kritikal.
Baiklah saya tidak memanjang perkara yang kita rasa amat tidak logick tidak rasional dan tidak masuk akal, so to speak.
Namun ketahuilah, percayalah, terdapat suatu kisah di zaman nabi mengenai seorang pemuda yang meminta izin untuk melakukan dosa. Dosa bukan sebarangan dosa. Dosa zina. Dosa yang sangat hina. Serasa saya, kisah ini mungkin berlaku di peringkat awal perkembangan Islam.
Mungkinkah pemuda ini telah terbiasa dan seronok melakukan zina semasa jahiliyah sebelum memeluk Islam? Mungkinkah, apabila turun ayat al-Quran memerintahkan zina diharamkan, pemuda ini menjadi resah dan gelisah, lalu mencuba nasib berjumpa nabi meminta kebenaran. Manalah tahu, kalau-kalau dapat kelonggaran dan pengecualian.
Kisah ini bukan nukilan dalam kitab hikayat tetapi bersumberkan hadis di Musnad Imam Ahmad [No Hadith 21185]
Maksudnya: “…dari Abu Umamah berkata: Sesungguhnya seorang pemuda menemui Nabi s.a.w. lalu berkata: Wahai Rasulullah s.a.w.! Izinkan aku untuk berzina. Orang ramai menghampiri lalu melarangnya, mereka berkata: “Jangan, jangan.” Rasulullah s.a.w. bersabda: "Marilah." Dia mendekati Baginda s.a.w. lalu duduk, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apa kau menyukai orang berzina dengan ibumu?" pemuda itu menjawab: Tidak, demi Allah s.w.t. wahai Rasulullah S.A.W., semoga Allah s.w.t. menjadikanku sebagai penebus Tuan. Nabi s.a.w. bersabda lagi: Orang lain juga tidak menyukai penzinaan dengan ibu-ibu mereka." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apa kau menyukai orang berzina dengan anak perempuanmu?" Tidak, demi Allah s.w.t. wahai Rasulullah s.a.w. Semoga Allah s.w.t. menjadikanku sebagai penebus Tuan. Nabi s.a.w. bersabda: “Orang lain juga tidak menyukai penzinaan dengan anak-anak perempuan mereka." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apa kau menyukai untuk orang berzina dengan emak-emak saudara dari sebelah ayahmu?" Tidak, demi Allah s.w.t. wahai Rasulullah s.a.w. Semoga Allah s.w.t. menjadikanku sebagai penebus Tuan. Nabi s.a.w. bersabda: Orang lain juga tidak menyukai penzinaan dengan emak-emak saudara mereka." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apa kau menyukainya orang berzina dengan emak-emak saudaramu dari sebelah ibumu?" Tidak, demi Allah s.w.t. wahai Rasulullah s.a.w. Semoga Allah s.w.t. menjadikanku sebagai penebus Tuan. Nabi s.a.w bersabda: Orang lain juga tidak menyukai penzinaan dengan emak-emak saudara mereka." Kemudian Rasulullah s.a.w. meletakkan tangan Baginda s.a.w pada pemuda itu dan berdoa: "Ya Allah! Ampunilah dosanya, bersihkan hatinya, jagalah kemaluannya." Setelah itu pemuda itu tidak pernah mengerling mana-mana wanita pun.”
Sejak itu juga, zina adalah dosa yang paling dibencinya.
Wahai anak-anak muda lelaki dan perempuan sekelian,
Wahai bapa-bapa, ibu-ibu, kakak-kakak, abang-abang… kepada anak-anak muda ini. Ketahuilah!
Nasihat nabi s.a.w. kepada pemuda ini, meresap jauh ke dalam hati. Pada zaman ini disebut pendekatan psikologi. Sebahagian manusia moden menganggap ia idea dan kaedah baru. Padahal, nabi sudah laksanakan lebih 1400 tahun yang lalu.
Oleh itu, setiap ibu, kakak, adik perempuan atau setiap wanita bagi setiap keluarga, berilah pesanan dan peringatan kepada setiap lelaki di dalam rumahmu, dari kalangan ahli keluargamu, katakanlah;
“wahai anak lelakiku!”
“Wahai abangku!”
“Wahai adik lelakiku”
“Janganlah dikau lakukan zina dengan mana-mana wanita.
Sekalipun kau suka, dia pun suka!”
“Jangan kau tergamak merosakkan kesucian,
mana-mana perempuan,
sekalipun dirimu diberi keizinan,
secara rela atau dalam keterpaksaan.”
“Sanggupkah engkau, jikalau...
ibumu ini dirosakkan orang,
kakak mu dipermainkan,
adik perempuan mu dilarikan.”
“Sanggupkah dirimu, kiranya....
orang tersayang dari keluargamu diperdayakan,
direnggut kesucian,
dihancurkan kegembiraan,
masa depan kabur dan kelam,
dibayangi hukum dan pembalasan dosa,
di dunia dan di akhirat sana”
“Demi keredaan illahi
demi kasih kami selama ini
jauhilah dosa zina, jangan ia didekati
“wahai anak lelakiku!”
“Wahai abangku!”
“Wahai adik lelakiku”
Justeru…
tundukkan pandangan,
Jangan dilihat, disentuh dan diimaginasikan
yang tidak halal dan larangan
Nafsu, syahwatmu dan keinginan ...
jangan sampai luar kawalan,
hadith sahih ini jadikan ingatan;
“…dari Abu Hurairah dari Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: "… Zina kedua mata adalah melihat, zina kedua telinga adalah mendengar, zina lidah adalah berbicara, zina kedua tangan adalah menyentuh, zina kedua kaki adalah melangkah dan zina hati adalah berkeinginan dan berangan-angan, sedangkan semua itu akan ditindak lanjuti (berkesudahan) atau ditolak (tidak berkesudahan) oleh kemaluan." [Muslim, Sahih Muslim. Kitab Takdir. No Hadith 4802] Hisham-ahmad.blogspot.com"
Kepada yang sudi menaja pelajar cemerlang ini ke Mesir
Posted on Friday, June 21 @ 16:22:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: rozmal
"
Posted on Friday, June 21 @ 16:22:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: rozmal
"
Adik
Siti Nuratiqah bt Sufien dari Bandar Seremban Selatan telah mendapat
keputusan cemerlang iaitu Pangkat Mumtaz Sijil Tinggi Agama Malaysia
(STAM) 2012 semasa di Maahad Muhammadi Perempuan, Kelantan, sekolah
terbaik peratus kelulusan STAM 2012.
Adik Siti Nuratiqah bt Sufien telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke University Zagazig, Mesir dalam Bidang Perubatan bermula September 2013.
Yuran
pengajian untuk tahun pertama ialah USD2,000. Manakala untuk tahun
kedua hingga tahun keenam ialah USD8,000 untuk setiap tahun.
Biasiswa
atau tajaan pengajian hanya akan dapat diperolehi semasa tahun kedua
pengajian. Oleh itu beliau amat memerlukan sumbangan untuk membantu
untuk kos pendaftaran, kos pengajian tahun pertama serta lain-lain kos
yang berkaitan.
Ibu beliau bekerja sebagai guru di sebuah sekolah rendah agama di Seremban.
Kepada mereka yang ingin menaja atau memberikan sumbangan sila salurkan ke akaun berikut :
Siti Nuratiqah bt Sufien
BSN : 0310041000177627
Noor Yati bt Hamdan
Bank Islam : 05012020412822
Maklumat lanjut mengenai surat tawaran, sijil pelajar cemerlang STAM 2012 dan surat rayuan mohon sumbangan di http://yam-ns.blogspot.com/2013/06/kepada-yang-sudi-menaja-pelajar.html
LAPORAN KEPUTUSAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) 2012
Seramai
1825 orang pelajar Yayasan Islam Kelantan telah mengambil peperiksaan
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2012.
Peratus kelulusan penuh ialah 68.22% berbanding 66.61% pada tahun 2011, meningkat sebanyak 1.61%.
Daripada jumlah calon 1825 orang, pencapaian mengikut pangkat sebagaimana berikut :-
- Pangkat Mumtaz seramai 115 orang calon
- Pangkat Jayyid Jiddan seramai 360 orang calon
- Pangkat Jayyid seramai 629 orang calon
- Pangkat Maqbul seramai 141 orang calon
( Keseluruhan yang layak mendapat sijil seramai 1245 orang calon )
Seramai 115 orang memperolehi pangkat mumtaz berbanding 97 orang pada tahun 2011 ( bertambah 18 orang)
SEKOLAH TERBAIK (MENGIKUT PERATUS KELULUSAN)
a.Sekolah Kawalan
1. Maahad Muhammadi Perempuan 97.78%
2.Maahad Muhammadi lelaki 90.77%
3.Kolej YIK 80.23%
b.Sekolah Kerajaan Negeri (Maahad)
1.Maahad Pengajian Islam 85.56%
2.Maahad Muhammadi Tumpat 82.61%
3.Maahad Yaakubiah, Nipah 77.11%
c.Sekolah Bantuan Kerajaan (SMU(A))
1.SMU(A) Meheliah Geting 72.58%
2.SMU(A) Taqaddum Maarif 56.25%
3.SMU(A) Tarbiah Mardhiah Panchor 53.51%
SENARAI PELAJAR YANG MENDAPAT PANGKAT MUMTAZ STAM 2012
MAAHAD MUHAMMADI (P)
20 . SITI NURATIQAH BT SUFIEN
Memburu Dosa
Posted on Friday, June 21 @ 16:23:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: setisab
"
Ya Allah Ya Rabb,
aku tersedar dari lamunan yang lama, buka cerita mendedah aib segala,
sedang firmanMu: “Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka adzab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Q.S. An-Nur: 19)
Aku tersedar
dari lamunan yang lama
berebut jari menekan kekunci
berbangga atas status sendiri
tidak cukup kata, gambar dihiasi
menayang tubuh dan segala harga diri
untuk tatapan sesiapa yang menyinggahi
tanpa sedar atau sengaja merongkai rahsia diri
Aku tersedarPosted on Friday, June 21 @ 16:23:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: setisab
"
Ya Allah Ya Rabb,
aku tersedar dari lamunan yang lama, buka cerita mendedah aib segala,
sedang firmanMu: “Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka adzab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Q.S. An-Nur: 19)
Aku tersedar
dari lamunan yang lama
berebut jari menekan kekunci
berbangga atas status sendiri
tidak cukup kata, gambar dihiasi
menayang tubuh dan segala harga diri
untuk tatapan sesiapa yang menyinggahi
tanpa sedar atau sengaja merongkai rahsia diri
dari lamunan yang lama
kekadang menitip melukai hati
hati pembaca yang amat aku kasihi
Aku tersedar
dari lamunan yang lama
aku membentang hamparan kata
bicara sosial politik dan harta dunia
bersilang kata bersulam caci cerca
maraklah pembaca tambah kata nista
dan.... akulah puncanya dosa tercipta
Ya Allah Ya Rabb,
aku tersedar
dari lamunan yang lama
buka cerita mendedah aib segala
sedang firmanMu: “Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka adzab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Q.S. An-Nur: 19)
Ya Allah Ya Rabb,
ampunilah dan redha'ilah kedua ibu bapaku,
ampunilah dan redha'ilah anak-anakku
ampunilah dan redha'ilah saudara-saudaraku
ampunilah dan redha'ilah sahabat-sahabatku
dan ampunilah aku serta redha'ilah aku sebagai hambaMu.
Ya Muhammad Rasulullah SAW,
aku menyalahi banyak sabdaMu
aku menyalahi banyak sunnahMu
sedang sabdaMu: “Siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat." (Hadis riwayat at-Tirmidzi).
Selawat dan Salaam buatMu, Ya Muhammad Rasulullah SAW,
ampunilah dan redha'ilah kedua ibu bapaku,
ampunilah dan redha'ilah anak-anakku
ampunilah dan redha'ilah saudara-saudaraku
ampunilah dan redha'ilah sahabat-sahabatku
dan ampunilah serta redha'ilah aku sebagai umatMu.
Aku tersedar
dari lamunan yang lama
rupanya aku memburu dosa.
Sofi ~ Kerajaan Rakyat
Tropicana, Damansara.
05:56pm 20062013
Merintis hari menuju Barzakh yang hakiki
Dalam derita yang panjang "
Sejarah Kartun di Malaysia
Posted on Friday, June 21 @ 19:43:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Blog Video-Kini
Hanya ingin berkongsi sedutan klip daripada program Majalah 3 berkenaan dengan sejarah kartun dan komik tanahair; sejak ia bermula sehingga penghujung tahun 80′an…
Semoga anda semua dapat khusyuk menonton klip ini. Usah hiraukan style jambul Wan Zaleha Radzi, style kolar baju, rambut dan spek hitam rayban para kartunis yang tersiar.
Posted on Friday, June 21 @ 19:43:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Blog Video-Kini
Hanya ingin berkongsi sedutan klip daripada program Majalah 3 berkenaan dengan sejarah kartun dan komik tanahair; sejak ia bermula sehingga penghujung tahun 80′an…
Semoga anda semua dapat khusyuk menonton klip ini. Usah hiraukan style jambul Wan Zaleha Radzi, style kolar baju, rambut dan spek hitam rayban para kartunis yang tersiar.
Oh ya, Al-Arqam masih belum diharamkan lagi ketika footage ini diambil. Datuk Seri Samy Vellu pun ada juga dalam klip ini – rugi kalau terlepas!
Diharap kita semua mendapat sesuatu dengan perkongsian ini. Selamat menonton dan mengutuk fesyen gaya 80′an (elakkan jikalau boleh…). - Oleh UBI
KES - Mona Fandey
Posted on Friday, June 21 @ 19:40:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Blog Video-Kini
Kronologi kes pembunuhan ahli politik Dato' Mazlan Idris yang dikaitkan oleh pasangan bomoh Mona Fandey dan suami serta pembantu mereka, Juraimi yang akhirnya disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Paparan lebih jelas
_________
http://video-kini.blogspot.com
Posted on Friday, June 21 @ 19:40:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Blog Video-Kini
Kronologi kes pembunuhan ahli politik Dato' Mazlan Idris yang dikaitkan oleh pasangan bomoh Mona Fandey dan suami serta pembantu mereka, Juraimi yang akhirnya disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Paparan lebih jelas
_________
http://video-kini.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan