Khamis, 27 Jun 2013

MENAFI2...MAKA JADI BERBELIT2 DAN BERPUSING2...LAGI JELAS SALAHNYA

Dakwat: Tadi kata tiada bahan kimia, sekarang ada

Hazayani Zakaria, 27 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Jawapan bercanggah kerajaan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai dakwat kekal yang digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin menimbulkan keraguan banyak pihak.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli mempertikai jawapan berbeza menteri kepada wakil rakyat yang berbeza pada hari yang sama mengenai dakwat kekal.

Menurut beliau, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim semalam mendedahkan bahawa dakwat kekal yang digunakan hanya mengandungi pewarna makanan dan bukannya bahan kimia Silver Nitrate.

Namun pada hari yang sama, menteri memberi penjelasan berhubung peratusan Silver Nitrate yang terkandung dalam dakwat yang digunakan.

"Semalam kita dengar jawapan kepada Ahli Parlimen Segambut bahawa dakwat tidak ada bahan kimia tetapi mengandungi pewarna makanan.

"Hari yang sama SPR menjawab melalui menteri kepada saya atas soalan mengapa kandungan Silver Nitrate dalam dakwat kekal yang digunakan dalam Pilihan raya Umum ke-13 di bawah paras 1% sedangkan piawaian asal yang ditetapkan ialah 4%.

"Isunya, tadi menteri kata tiada bahan kimia sekarang ada bahan kimia pula, jawapan diberi pada hari yang sama kepada wakil rakyat yang berbeza," kata beliau pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Menjawab soalan beliau itu, menteri memaklumkan bahawa mengikut prosedur operasi standard (SOP) tidak menetapkan sebarang piawaian bagi peratus Silver Nitrate dalam dakwat kekal bagi digunakan dalam PRU13.

"Semakan SPR mendapati kandungan Silver Nitrate dalam dakwat kekal adalah berbeza-beza mengikut negara.

"Mengambil maklum akan pengalaman Kementerian Kesihatan yang menggunakan Silver Nitrate dalam rawatan untuk penyakit kulit tanpa memudaratkan pesakit ialah sebanyak 0.5 hingga satu peratus.

"Atas dasar mengutamakan kesihatan pengundi yang pertama kali menggnakan dakwat kekal, SPR mengambil pendekatan melalui prinsip penggunaan bahan kimia pada paras terendah seterusnya memutuskan kandungan Silver Nitrate satu peratus bagi penggunaan dakwat kekal dalam PRU yang lalu," kata menteri dalam jawapan bertulis kepada Hatta.

Hatta yang juga Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS juga berkata, dakwaan bahawa penggunaan Silver Nitrate boleh mengakibatkan penyakit sangat tidak masuk akal kerana pengundi hanya menggunakannya dalam kuantiti yang sedikit dan bukan digunakan setiap hari.

"Baru-baru ini SPR ada menyebut dalam temu bual di televisyen bahawa dakwat kekal ini yang mengandungi Silver Nitrate bahaya dan boleh menyebabkan kanser dan buah pinggang.

"Kalau kita guna secara berterusan dalam kuantiti yang banyak mungkinlah boleh sebabkan penyakit tapi kita mencalit sedikit sahaja atas kuku dan mengenai kulit lima tahun sekali.

"Jadi di mana logiknya bahaya dakwat kekal ini?" soalnya.

Dari Pdg Merbok ke Parlimen: SAMM ambil tanggungjawab penuh

Che'gubard, 27 Jun 2013
Berkenaan protes berkhemah di Padang Merbok dan protes di depan Parlimen, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengambil tanggungjawab penuh dengan beberapa ketegasan, adalah seperti berikut;

1. Aksi protes bermula di Padang Merbok selepas himpunan Black505 dan kemuncaknya di depan Parlimen pada pagi 24 Jun 2013 ini tidak ada kena mengena dengan boikot angkat sumpah. Pihak media telah mengalih isu sebenar iaitu Protes mendesak  SPR meletak jawatan.

2. Tujuan utama aksi depan parlimen ialah untuk asak ahli parlimen secara serius membawa isu penipuan SPR, SPR harus dibubarkan dan SPR baru harus ditubuhkan di bawah Parlimen dan bukan lagi sekadar kakitangan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

3. Sebaik sahaja himpunan KL622 yang diterajui oleh Pakatan Rakyat dan Gabungan NGO Suara Rakyat 505 tamat sekitar jam 6 petang, SAMM bersama beberapa NGO dan kumpulan anak muda, mahasiswa telah memutuskan untuk berkhemah di Padang Merbok bagi memanjangkan protes seterusnya memperhebat tekanan terhadap SPR supaya undur. Semuanya berjalan dengan baik, aman, bersih dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

4. Segalanya berjalan lancar, pihak organisasi dan individu menjalin kerjasama yang baik demi matlamat SPR letak jawatan, sehinggalah pada malam kedua jam 4.30 pagi, ratusan anggota DBKL bersama sejumlah anggota polis bersenjata automatik telah menyerang, merampas khemah termasuk barang-barang yang ada di dalam khemah ketika ada yang sedang tidur di dalamnya. Ada yang ditendang dan dikasari. Namun tahniah kepada semua kerana mengikut arahan untuk tidak melawan dan menyerahkan khemah dengan aman kerana fokus utama bukan DBKL atau polis tetapi SPR.

5. SAMM pelik mengapa kejadian ini boleh berlaku sedangkan sekitar jam 1 pagi sebelum itu saudara Arulchelvam,setiausaha PSM selaku wakil perunding telah mendapat persetujuan dari penguatkuasa untuk mengosongkan Padang Merbok pada jam 8 pagi tersebut (24 Jun). Ketika khemah dirampas semua terkejut namun semua bersikap tenang dan hampir 500 orang bertahan di Padang Merbok hingga pagi.

6. Tepat jam 8.45 pagi, semua peserta protes bergerak menuju ke Parlimen membawa pelbagai sepanduk. Ketika sampai di jalan masuk Parlimen, kelihatan OCPD Dang Wangi dan sejumlah anggota polis yang agak ramai telah bersedia. Protes diputuskan dalam bentuk duduk dan bantah. Mahasiswa diketuai Safwan telah putuskan melahirkan rasa kecewa dengan berbaring di tepi jalanraya beramai-ramai.

7. Peserta protes telah memutuskan untuk menghantar sebuah memorandum kepada wakil ahli parlimen dari pihak kerajaan dan pihak Pakatan Rakyat. Dalam perbincangan awal, seramai 10 wakil dari demonstran telah dipilih untuk memasuki parlimen. Keadaan panas berjerebu di luar parlimen tidak halang demonstran menunggu namun setelah lebih satu jam menunggu telah menimbulkan curiga. Maka Pengerusi SMM Safwan Anang telah ambil keputusan mengajak semua demonstran cuba menghampiri pagar parlimen untuk menyerahkan memorandum tersebut.

8. Tidak dinafikan berlaku asak mengasak apabila gerakan untuk hampiri parlimen dihalang. Namun tindakan pihak polis yang mula memukul demonstran telah mengundang kemarahan anak muda yang sejak jam 4.30 pagi dikasari dan barangan mereka dicuri.

9. Beberapa teman mahasiswa ditangkap, ia bukan salah kami malah pihak polis terlebih dahulu mengasari dan memukul demonstran. Kami mendesak agar teman mahasiswa dibebaskan tetapi permintaan ini dibalas dengan kekerasan pihak polis. Beberapa anggota polis juga kelihatan bertindak seperti gangster, berlagak sombong dengan bergerak seorang diri cuba untuk menangkap peserta demonstran. Mungkin ketika inilah berlakunya pergelutan yang menyebabkan anggota polis tercedera.

10. Kami juga berjaya merakam gambar anggota polis berbaju seperti demonstran seperti tshirt black out 505, ABU dan SAMM.

11. Akhirnya saya cuba tenangkan keadaan dan desak polis supaya tidak bertindak ganas, namun ia tidak berjaya apabila seorang demi seorang anak muda diberkas dengan cukup kasar sehingga ada yang retak kaki akibat dipijak.

12. Maka untuk memastikan keselamatan teman-teman, untuk memastikan keadaan reda, saya sendiri bersama teman lain meluru ke arah OCPD, membenarkan diri ditahan dengan syarat polis hentikan memukul demonstran. Tindakan saya dan teman - teman juga bagi memastikan tangkapan berhenti dikasari dan dilayan baik.

13. Walaupun tidak melawan tetapi ketika dalam perjalanan ke trak polis, saya sendiri terus dikasari dengan pukulan curi walaupun langsung tidak melawan. Malah salah seorang seorang warga emas iaitu aunty Annie (70 tahun) turut ditendang dan terjatuh di depan tangga trak.

14. Apapun bagi SAMM, penguasa DBKL dan anggota polis sebenarnya juga adalah mangsa yang diperalat oleh arahan sebuah kerajaan minoriti yang menang di atas penipuan pilihanraya yang dibantu SPR. Kami tidak mahu teralih isu. Isunya kini ialah majoriti rakyat tolak keputusan PRU. Kami protes bukan atas arahan mana-mana politikus, tetapi kami menzahirkan rasa hati rakyat yang menentang penipuan pilihanraya.

Faktanya ialah, majoriti pengundi telah menolak Barisan Nasional, BN hanya menang dengan penipuan, BN terus berkuasa dengan penipuan, BN terus rakus menjajah negara ini dengan penipuan. Semua ini dalangnya adalah SPR dan rakyat wajib bangkit memastikan SPR dihumban.

Kami buktikan, gerakan menuntut SPR undur harus lebih keras dari biasa.



*Penulis adalah pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Kehilangan 2 pegawai kanan, EAIC telur di hujung tanduk

Harakahdaily, 27 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Selepas pendedahan demi pendedahan, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Nor Afizah Hanum Mokhtar dan pegawai penyiasat kanannya, Nadzri Ibrahim ditukarkan serta merta.

Ekoran itu, EAIC disifatkan umpama telur di hujung tanduk oleh dua anggota Parlimen DAP, Steven Sim Chee Keong (gambar kanan), Ahli Parlimen Bukit Mertajam dan Zairil Khir Johari (gambar kiri), Ahli Parlimen Bukit Bendera dalam kenyataan mereka.

Media melaporkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Nor Afizah Hanum Mokhtar, telah digugurkan dan ditukar ke agensi lain serta-merta, tanpa sebarang alasan jelas.

Tindakan ini berikutan pengguguran pegawai penyiasat kanan Mohd Nadzri Ibrahim daripada pasukan petugas menyiasat kematian dalam tahanan selepas mereka berdua mendedahkan bahawa beliau terlibat dalam kes Teoh Beng Hock.

Dalam kata lain, dalam masa sesingkat satu minggu, dua orang pegawai kanan EAIC mengalami pertukaran jawatan secara mengejut.

"Bagaimanakah mungkin AEIC melaksanakan tugasnya dengan sempurna dengan pentadbiran caca-merba ini?" kata mereka berdua dalam kenyataannya hari ini.

Jelas, kata mereka, EAIC langsung tidak layak menggunakan perkataan "integriti" pada namanya.

Pegawai-pegawai kanan boleh dilantik, digugur, dinaik jawatan, dan ditukar tanpa sebarang proses yang telus.

"Tindakan ini sudah pasti akan menimbulkan keraguan yang amat sangat terhadap kebebasan dan kecekapan pegawai-pegawai EAIC dalam perlaksanaan tugas mereka. Adakah faktor politik akan mempengaruhi perlaksanaan kerja EAIC?" soal mereka.

Jelas, bagi mereka, EAIC merupakan sandiwara kerajaan pusat untuk mengelak daripada melaksanakan saranan Laporan Tun Dzaidin 2005 iaitu menubuhkan sebuah Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).

IPCMC akan bertanggungjawab terus kepada Parlimen dan bukan kepada Jabatan Perdana Menteri seperti EAIC pada masa kini.
Segala hal ehwal perlantikan juga akan dilaksanakan secara terbuka dan telus bagi menjamin integriti yang tinggi.

Hal ini adalah kerana IPCMC ialah badan pemantau (watchdog) bagi agensi penguatkuasa, maka kredibiliti badan tersebut mestilah sentiasa terjamin.

"Justeru, pendirian kami tetap sama, iaitu EAIC patut dimansuhkan serta-merta dan digantikan dengan IPCMC demi menjamin professionalisme agensi penguatkuasaan negara kita dan seterusnya menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia secara amnya," kata mereka.

PMBK sumbang RM50,000 untuk umat Islam Syria

Rizal Tahir, 27 Jun 2013

(Husam menerima sumbangan RM50,000 untuk rakyat Syria)

KOTA BHARU: Perbadanan Menteri Besar Kelantan Sawit (PMBK Sawit) menyumbang sejumlah RM50,000 kepada umat Islam Syria yang sedang disembelih oleh kerajaannya sendiri.

Sumbangan berkenaan disampaikan Ketua Pegawai Operasi PMBK Sawit, Sanusi Yahya kepada Adun Salor, Datuk Husam Musa, yang juga Pengerusi PMBK Sawit, untuk diserahkan pada pemimpin umat Islam di sana.

Sumbangan itu diserahkan selepas Husam merasmikan mesyuarat agong  tahunan koperasi kakitangan PMBK Sawit di sebuah hotel di sini pagi tadi.

Sebelum ini, Husam mencadangkan agar para ulama di Syria yang sedang tersepit sekarang di bawa ke negara ini sekurang-kurangnya untuk berkongsi ilmu dengan mereka.

"Paling kurang kita boleh belajar bahasa Arab dengan mereka," kata Husam.

Katanya, PAS atau rakyat negara ini tidak perlu terlibat dengan politik dalaman mereka tetapi sekurang-kurangnya membela umat Islam yang sedang disembelih sekarang ini.


Timur Tengah



Terdahulu Husam ketika berucap mencadangkan kerajaan Kelantan mempergiatkan bidang perniagaan di Timur Tengah, khususnya Makkah dan Madinah.

Katanya, dengan kepesatan umat Islam di seluruh dunia berulang alik ke sana khususnya mengerjakan umrah dan musim haji, peluang perlu direbut bagi mempertingkatkan ekonomi dalam bidang baru.

Jelasnya anak-anak syarikat kerajaan negeri wajar digabungkan untuk mempertingkatkan ekonomi di sana sama ada dalam bidang perhotelan, pemakanan, pelancongan dan sebagainya.

“Insyaallah peluang kita akan cerah walaupun memerlukan pelaburan yang agak besar,”ujarnya.

Beliau memberitahu, kehebatan negara Singapura walaupun bukan sebagai pengeluar minyak, mereka mempunyai eset simpanan terbesar Asia, termasuk minyak.

Pada masa yang sama beliau mengingatkan PMBK Sawit agar tidak membakar bahan buangan secara terbuka nanti akan menyesakkan lagi negara ini dengan jerebu yang telah ada.

Katanya, Kelantan kena pantau pembakaran terbuka agar ianya tidak memberi kesan yang buruk pada masyarakat.

“Angin ni dia tak ada visa, bola terbang ke mana-mana macam juga kes pembakaran berlaku di Indonesia,”ujarnya.

Sila lukis dengan betul!

http://www.wartautara.com, 27 Jun 2013



Oleh Selena Tay
Jika keadaan negara ini terutamanya dengan media arus perdananya terus dikawal oleh kerajaan, maka demokrasi negara ini boleh dianggap sebagai demokrasi yang tempang.

Tetapi apa yang sedang berlaku ialah kerajaan sedang mencuba sedaya-upaya untuk memberikan satu gambaran bahawa di Malaysia wujudnya demokrasi yang sihat dengan sistem pilihanraya yang telus, adil dan bersih. Oleh itu, kerajaan juga harus memberi perhatian yang serius dan menyeluruh kepada sistem pilihanraya yang masih tidak memuaskan ini.

Satu daripada faktor yang amat tidak memuaskan dan tidak betul ialah berkenaan dengan persempadanan kawasan Parlimen serta kerusi yang berkaitan. Umum perlu mengetahui bahawa jumlah kerusi tidak pernah ditambah di kawasan pembangkang misalnya di negeri Kelantan sejak PAS mentadbir negeri tersebut manakala banyak kerusi-kerusi diwujudkan di kawasan kubu kuat BN.

Persempadanan yang dilukis oleh Surunhanjaya Pilihanraya (SPR) pula pelik-pelik belaka. Misalnya kawasan Parlimen Titiwangsa yang meliputi Kampung Baru di KL hingga ke Taman Cempaka di Cheras yang sebenarnya sudah masuk ke dalam sempadan negeri Selangor walhal kawasan Parlimen Titiwangsa ialah sebuah kerusi Parlimen di KL.

Begitu juga dengan kawasan Parlimen Batu di KL yang mula di Jalan Ipoh, KL dan dilanjutkan hingga ke Taman Selayang Jaya di Selangor.

Ada banyak lagi contoh yang boleh diberi mengenai lukisan persempadanan yang aneh ini tetapi sekadar cukuplah disini diberi dua contoh sahaja. Kalau hendak diberi semua contoh yang terdapat, maka Harakah edisi ini tidak perlu mengandungi berita lain pula. Adakah situasi ini akan diperbetulkan sebelum pilihanraya umum yang akan datang?

Tiada ulasan: