Jumaat, 14 Jun 2013

BILA MENIPU TIDAK DISANGKUTKAN DENGAN HUKUM...MEREKA TAK TAKUT HUKUMAN DIAKHIRAT...SEDANGKAN MEREKA AKAN MATI...TINGGAL SEMENTARA DALAM KUBUR YANG GELAP GULITA

Mengapa orang Borneo jumpa Ku Li ?
Posted on Friday, June 14 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

" Jika khabar sahih menyatakan Ku Li sedang mengumpulkan penyokongnya dari Pulau Borneo untuk sokongan jawatan Presiden UMNO, tentunya yang paling gabra,panik dan gelabah adalah Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin masih bermain teka teki.Samada naik setapak iaitu mencabar Najib atau duduk di takuk lama sebagai Timbalan Presiden.

Tidur Muhyiddin tidak mungkin lena kerana terbayangkan wajah Hishamuddin Hussien,Zahid Hamidi dan Shafie Afdal.

Mengapa Ku Li mengalih pandangan ke Pulau Borneo ?

Ini menjadi seribu pertanyaan.

Jawapannya mudah. Ku Li adalah antara manusia yang pertama yang mengubal hal royalti Petronas.

Sabah dan Sarawak antara negeri yang paling sedikit menerima royalti minyak.

Jika Ku Li menang menjadi presiden UMNO,tentunya urusan Pulau Borneo menjadi mudah dan senang untuk dapatkan hak royalti yang sepatutnya dari Putrajaya. Tidak perlu tunggu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Jadi perkiraan mudah,meminjam kata hikmat Najib, " You tolong I, I tolong you..."

I bagi naik royalti...dan you tolong naikkan I menjadi Presiden UMNO....okey ?

Mengapa orang Borneo jumpa Ku Li ?"


Sampai bila kita terus ditipu?
Posted on Friday, June 14 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

" Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) bertindak meninggalkan mesyuarat dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) semalam selepas pihak kementerian enggan memberikan maklumat mengenai rundingan sulit berhubung  Perjanjian Kerjasama Trans Pasific (TPPA).
 "Ia sepatutnya mesyuarat dua jam tetapi ia berhenti selepas 90 minit. Mereka mulakan mesyuarat tapi kami yang menamatkannya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Nizam Mahshar yang menyifatkannya sebagai satu "tindakan diplomatik".


Nizam mendakwa sedangkan AS memaklumkan kepada syarikat multi-nasional dan wakil Amerika lain berkaitan tentang TPPA, tetapi pihak berkepentingan di Malaysia tidak pula diberitahu apa-apa oleh kerajaannya sendiri.

HEBATNYA KERAJAAN UMNO KITA !!

 Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang Menterinya Dato' Mustapha Mohammed cuba bermain silap mata dan menipu rakyat sendiri.

Baguslah begitu. Akhirnya orang Melayu telah sedar tentang penipuan UMNO.

Amerika jahat terhadap warga asing seperti serangan ke atas Iraq dan Afghanistan tetapi Amerika begitu telus dan jaga kebajikan warganya sendiri.

UMNO begitu menikus terhadap negara asing seperti kes Pulau Batu Putih tetapi sanggup memperbodohkan dan menipu rakyat sendiri terutama terhadap orang Melayu.

SPR tipu PRU 13....UTUSAN tipu harga kereta..... MITI tipu TPPA 

 Jangan beri muka kepada pembangkang kata Mahathir
Posted on Friday, June 14 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog TempayanRetak

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada pembangkang yang berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.

"Kita perlu keras sikit jangan bagi muka sangatlah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2013 di sini, hari ini.

Beliau berkata sikap pembangkang yang pada mulanya bersungguh-sungguh mahu mengiktiraf pilihan rakyat bertukar sekelip mata apabila mereka  gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.

"Mereka hendak iktiraf pilihan rakyat tapi sekarang hendak jatuhkan kerajaan. Bila sistem demokrasi dilaksana mereka tolak sisitem itu. Bagi mereka demonstrasi jalanan adalah demokrasi," katanya.

LID 2013, yang berlangsung selama enam hari sejak Ahad lepas, disertai enam negara iaitu Namibia, Uganda, Kenya, Nigeria, Lesotho and Botswana.

Sementara itu, dalam ucapannya bertajuk 'Transforming A Nation: The Malaysian Experience", Dr Mahathir berkata pelaksanaan dan penyelarasan  yang betul oleh Kerajaan Malaysia telah memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi negara.
Beliau berkata, inisiatif kerajaan menerusi Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) telah mempertingkatkan daya   saing dan peluang ekonomi Malaysia.

"Ketika waktu saya, saya telah mengarahkan semua menteri turun ke akar umbi bagi memastikan semua perancangan dilakukan dengan sewajarnya,"  katanya.

Dr Mahathir berkata strategi kerajaan juga termasuk menyediakan insentif kepada syarikat tempatan dan percutian bebas cukai kepada pelabur untuk menggalakkan lebih banyak kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI).

"Apabila kita (Malaysia) mempunyai lebih banyak aliran masuk FDI dan kadar guna tenaga meningkat, FDI juga merangsang ekonomi kita," katanya. - Bernama

.....
http://tempayanretak.blogspot.com 


 Apabila Islam dan politik dianggap dua perkara berbeza!
Posted on Friday, June 14 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: senik

"Assalamualaikum,, Kalau dulu, orang UMNO dan penyokongnya saja yang berfahaman Islam dan politik itu suku, Amanat Hadi dianggap menjadi penyebab masyarakat Islam berpecah belah, Politik tidak diizinkan dibicarakan di masjid kerana itu dianggap mencemar kesucian Islam.Tetapi hari ini selepas PRU 13, berlaku satu lagi fenomena di kalangan penyokong PR yang turut menempatkan politik berbeza dengan Islam.

istilah ulamak politik mula dicanangkan bagi menunjukkan adanya ulamak yang bermain politik untuk mendapatkan kuasa.Ada pendapat yang memuji setengah ulamak yang berpolitik dan mengkeji setengah yang lain.Ada pendapat yang memperlekehkan ulamak yang tidak ada ilmu politik, ilmu politik yang dianggap terasing dari Islam.Kenapa perkara ini berlaku? Apakah kerana kegagalan memenangi PRU menjadi alasan untuk membenci ulamak politik?

Islam adalah carahidup yang sepatutnya difahami oleh semua UMAT ISLAM merangkumi semua sistem nilai kehidupan termasuk politik, yang bermakna politik tidak harus difahami semata mata untuk mendapatkan kuasa tetapi harus difahami kuasa yang diperolehi itu adalah amanah yang perlu dilaksanakan.Perlaksanaan amanah itu pula mestilah dengan panduan yang jelas dari Islam.Ulamak yang berpolitik bukan kerana mereka mahu cari kuasa peribadi tetapi tanggungjawab yang diwajibkan kepada mereka sesuai dengan ilmu Islam yang mereka ada untuk melaksanakan perintah ALLAH.

Masalahnya berlaku bertembungan di kalangan umat Islam sendiri di mana sebahagian Umat Islam masih berpendapat Islam suku, politik suku.Ulamak sesuai dengan gelarannya merupakan seorang yang berilmu bukan setakat ilmu ilmu ibadat  tetapi ilmu muamalat yang berteraskan ajaran Islam, termasuk ilmu mualamat ini ialah ilmu politik berteraskan Islam, bukan berteraskan pendapat akal semata mata.
Umat Islam sepatutnya memahami bahawa menguruskan kehidupan adalah perintah ALLAH yang tidak boleh dibuat main main, tetapi masih ada berangggapan mereka adalah betul dan ulamak ramai yang lemah, tidak pandai membuat keputusan dan sering membuat kenyataan yang melemahkan perluangan, tetapi sedarkah orang orang ini, di antara mereka dan ulamak yang dikutuk itu, siapa yang lebih banyak bangun malam untuk bertahajud dan beristiqarah? Lebih penting sedarkan mereka akan kehebatan solat tahajud dan istiqarah yang memungkinkan turutnnya ilham dari ALLAH?
Inilah golongan yang sombong dengan ALLAH yang gagal mematuhi perintah ALLAH dan RASULnya supaya menghormat ulamak sesuai dengan firman ALLAH bahawa yang takutkan ALLAH itu ulamak, dan Sabda Baginda Nabi, ulamak itu pewaris nabi.
Malang dalam perjuangn kerana terdapatnya para pejuang umat Islam masih tidak yakin dengan carahidup Islam, Islam yang syumul dan masih menganggap diri mereka hebat, lebih hebat dari ulamak sehingga sanggup membenci ulamak politik (inilah istialh yang mereka gunakan bagi membuktikan kononnya mereka tahu serba serbi tentang Islam sedang sebenarnya cuma ada dua kategori ulamak seperti digariskan oleh Al Quran dan Al Hadis, ia itu ulamak yang takutkan ALLAH dan ulamak suk yang menjual ugama kerana habuan dunia) dan ulamak terompah kayu( lagi satu istilah yang menunjukan ada umat Islam tidak faham atau tidak menerima Islam sebagai carahidup)
Sesungguhnya perjuangan menegakkan Islam terlalu berat di negara ini kerana masih ramai umat Islam sama ada yang bersama BN atau PR masih tidak mahu menerima Islam sebagai carahidup, ambil contoh kes hudud umpamanya, sekarang sudah ada dua negeri yang mewartakan hudud sebagai undang undang ia itu Kelantan dan Terengganu, tetapi perlaksanaan masih tertangguh kerana banyak halangan yang yang dibuat oleh orang Islam sendiri dan ada pula orang Islam yang bersama PR menuduh hudud adalah matlamat perjuangan  PAS yang tergantung, menyalahkan PAS bukan mahu mencari jalan bagaimana Hudud dapat dilaksanakan.Kerja mudah untuk menyalahkan orang lain.
Maka datanglah berbagai bagai pendapat seperti menyalahkan UG dan seumpamanya dan walaupun orang memberi pendapat itu menegaskan itu pendapat mereka tetapi mereka tidak mahu mendengar pendapat lain sebaliknya mahu orang lain menerima pendapatnya.Masalahnya pendapat tetap pendapat dan belum tentu ianya benar.Banyak perkara yang perlu diambilkira dan diperjelaskan tetapi orang yang meyalahkan UG tidak mahu mendengarnya sebaliknya tetap meyalahkan TGHH yang rasanya lebih banyak bersolat tahajud dari orang yang memberi pendapat itu.
Inilah banahanya apabila menolak Islam sebagai carahidup sehingga kalimah Bismillah dan Alhamdulillah pun mahu dipersendakan! Gagal mengaitkan kalimah redha dengan pegangan ahlulsunnah wajamaah sebaliknya cenderung membuat tuduhan kearah pegangan jabariah  dan sekaligus menampakkan pegangan mereka adalah kadariah. Tahu kah mereka dengan semuanya itu? Penulis fikir tidak! 

 Ku Li sasarkan jawatan PM, bertemu lebih ramai ahli Parlimen, kata sumber
Posted on Friday, June 14 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog PenorehGetah


KUALA LUMPUR, 13 Jun – Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24 Jun, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib.

“Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan,” kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu.

“Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga,” tambah beliau.

PAS dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140 dimenanginya pada Pilihan Raya 2008.

Sekutu PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon gabungan itu bagi jawatan perdana menteri jika mereka menawan Putrajaya.

Satu sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk jawatan tertinggi itu.

“Pemilihan untuk ahli-ahli Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku Li atau Muhyiddin akan tetapi memilih TPM bermakna penerusan polisi Mahathir. Tiada beza diantara Najib dan Muhyiddin.
“Ku Li sebagai PM akan bebas daripada polisi seperti itu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider merujuk kepada pesaing ahli Parlimen Gua Musang itu, perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kem Mahathir sudah memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang penasihat-penasihatnya yang mana strategi mereka menyebabkan prestasi buruk BN dalam PRU13. Najib masih belum melantik semula setiausaha politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi “bilik perang” kekal bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.
Pelantikan Kabinet Najib bulan lepas menyebabkan kemarahan beberapa ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sabah yang merasakan mereka layak diberikan jawatan tinggi kerajaan.

Difahamkan Najib telah menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa minggu lagi.

Akan tetapi beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi membincangkan pilihan masa depan mereka.
Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen.

BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen.

Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen.

Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. - MalaysianInsider

........
http://penorehgetah.blogspot.com 


 Harga kereta turun: Laporan Utusan tipu
Posted on Friday, June 14 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog PenorehGetah


KUALA LUMPUR: Penafian oleh syarikat pengeluar kereta terhadap laporan Utusan kononnya berlaku penurunan harga kereta oleh kerajaan BN,  memperlihatkan akhbar Umno itu 'cuba menipu', kata Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pengarah Komunikasi PKR itu berkata, episod memalukan ini mendedahkan betapa terdesaknya Umno BN di dalam berhadapan dengan kempen #TurunkanHargaKereta Pakatan.

"Justeru, laporan Utusan bahawa 10 model kereta telah mencatatkan penurunan harga adalah suatu percubaan terdesak untuk memperbodohkan rakyat. Kedua-dua Volkswagen dan Peugeot sudah menafikan dakwaan tersebut. Portal berita Malaysian Insider turut mendedahkan dakwaan pengurangan harga Honda Jazz Hybrid juga tidak benar.

"Sekali lagi, Utusan menunjukkan betapa akhbar yang suatu ketika dahulu menjadi mendepani kewartawanan Melayu kini menjadi simbol etika kewartawanan yang pincang di dalam usahanya untuk menjaga kepentingan politik pemiliknya, Umno," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas laporan Utusan Malaysia sebelum ini kononnya kerajaan BN telah menurunkan harga kereta-kereta sehingga 11 peratus sejak Januari tahun ini sebagai sebahagian daripada pelaksanaan manifesto.

Menurut beliau lagi, apabila Pakatan mula-mula melancarkan kempen #TurunkanHargaKereta, Umno BN mendakwa bahawa mustahil untuk melaksanakannya di atas pelbagai alasan, termasuk untuk melindungi pembuat kereta tempatan dan kehilangan hasil kerajaan.

Namun katanya, hujah itu dengan mudah dijawab Pakatan dengan penjelasan bahawa skim ini melibatkan penurunan harga secara beransur-ansur untuk semua pembuat kereta. 

Kemudiannya, selepas manifesto Pakatan dilancarkan, Umno BN pula meniru dengan menyertakan penurunan harga kereta di dalam janji mereka dengan tekad menyemak semula Dasar Automotif Negara untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dan meningkatkan daya saing kereta-kereta nasional.

Tetapi kata Nik Nazmi, kerajaan gagal memberikan butir-butir bagaimana mereka merancang untuk melaksanakan dasar ini tanpa mengurangkan duti eksais, dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datu Seri Mustapa Mohamed menyatakan matlamat ini akan dicapai dengan ‘bersandarkan kuasa pasaran’.

"Utusan mestilah memohon maaf segera kepada semua rakyat Malaysia di samping pembuat-pembuat kereta di atas berita ini," Katanya.- Harakahdaily

.....
http://penorehgetah.blogspot.com

Tiada ulasan: