Ahad, 16 Jun 2013

JANGAN SEBUT TUHAN...SEBUT ALLAH LEBIH TEPAT....TAKDIR ADA 3 JENIS...SILA RUJUK MUSTIKA HADIS JILID SATU....CARA MUDAH 1. TELAH TENTUKAN ALLAH SEJAK AZALI..2. KENA TERIMA KERANA KAEDAH ALLAH DAH TENTUKAN...3...TAKDIR KITA PILIH SENDIRI

Pas Tebok Marso shared Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ]'s photo.
Dalam Diam, Pengerusi Ulama Asia Tegur Ketua Dewan Ulama PAS

KUALA LUMPUR, 15 JUN: Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsudin berkata, umat Islam tidak boleh membiarkan penipuan tanpa sebarang usaha mencegah, terutamanya melibatkan sistem pilihan raya yang pincang.

"Pasrah kepada kezaliman dan penyelewengan bukan akhlak Islam. Kita wajib bangkit menuntut kembali hak kita yang dinafikan.“Islam melarang kita melihat kemungkaran tanpa berusaha untuk mencegahnya,” katanya kepada Keadilandaily.

Justeru, beliau menyokong kuat usaha penganjur himpunan Suara Rakyat Black 505 dan menyeru rakyat Malaysia untuk hadir beramai-ramai ke himpunan akan diadakan di Padang Merbok 22 Jun ini.

Tegasnya, rakyat Malaysia tidak sepatutnya berasa lemah semangat dan pasrah dengan keputusan pilihan raya umum lalu kerana diketahui dicemari dengan pelbagai bentuk penipuan.

“Keputusan pilihan raya lalu mendedahkan seluruh rakyat kepada sistem demokrasi yang herot. Himpunan itu nanti menjadi platform terbaik menyedarkan rakyat hak mereka yang dicabuli pemerintah,” kata Aziz.

Katanya, sesebuah negara tidak akan dapat melahirkan rakyat yang bermaruah dan bermartabat akibat cara pemilihan pemimpin negara yang penuh tipu helah dan muslihat.“Usaha dilakukan penganjur Blackout 505 patut disokong oleh semua rakyat yang cintakan keadilan,” tegasnya. ~keadilandaily

Khasiat Air Kelapa Muda

by Abu Nafis
kelapa

Antara Khasiat Dan Kelebihan Air Kelapa Muda:
1.Dapat meneutralkan kembali kadar racun dalam tubuh kita.
Sedar ataupun tidak sebenarnya setiap hari kita memakan makanan yang beracun. Buah yang dibeli di pasar mengandungi kadar racun begitu juga dengan sayur-sayuran..Tujuannya adalah untuk mencegah dari serangga makhluk perosak..
2.Merawat santau dan batuk berdarah
Air kelapa muda yang diruqyah dengan ayat-ayat al Quran dan dan doa-doa syifa’(kesembuhan)yang sabit dari Rasululullah saw dan dicampurkan dengan sedikit garam bukit i.Allah akan menjadi penawar santau dan batuk berdarah.
3.Merawat Ketagihan Dadah\Rokok
Campurkan air kelapa muda dengan sedikit garam bukit kemudian bacakan ruqyah pada air kelapa tersebut dan tiup..Ruqyah bagi merawat ketagihan dadah\rokok adalah 40 kali al fatihah(ayat-ayat al fatihah bukan baca al fatihah je)
4.Memerangi Gangguan Cacing Dalam Perut Anak-Anak kecil
Air kelapa muda dicampur dengan sedikit air perahan limau nipis..i.Allah.
5.Mengatasi Dehidrasi(kehilangan air dalam badan)
Kaedahnya sama untuk memerangi gangguan cacing dalam perut anak-anak kecil iaitu campurkan sedikit air perahan limau nipis
NOTA:
-Sebaik-baik air kelapa adalah air kelapa muda yang diambil dari pokoknya
-Jangan minum air kelapa terlalu kerap sehingga melebihi 2-3 biji sehari kerana boleh memudaratkan sistem saraf anda.


Jula Juli Jewel shared Zalizan Atan's photo.
Wartawan CBS News, Clarissa Ward sedang menemuramah Mujahideen di Syria, Februari 2012. 
Laporannya lebih jujur dari media di Malaysia.....lihat pada wartawan tersebut yg mengenakan pakaian muslimah tika bertemu dgn pemimpin mujahid ini....adakah para mujahidin ini yg ditunjuki oleh Rasullullah SUDAH TIBA MASANYA JANJI ALLAH MELALUI SABDA NABINYA AKAN BERLAKU.....SEBELUM PERISTIWA AKHIR ZAMAN TERJADI.........."AKAN SENANTIASA ADA SEKELOMPOK UMATKU YANG TEGAK ATAS URUSAN ALLAH DAN MEMPERJUANGKANNYA.....ORANG2 YANG MEMUSUHI MEREKA TIDAK MAMPU MENIMPAKAN BENCANA TERHADAP MEREKA.....MEREKA MEMERANGI MUSUH2 ALLAH...SETIAP KALI PEPERANGAN SELESAI,MEREKA MEMERANGI (KAUM KAFIR)YNG LAIN....ALLAH MENYESATKAN HATI SEBUAH KAUM DAN ALLAH MEMBERI REZKI BAGI KELOMPOK (BERIMAN) TERSEBUT(DENGAN HARTA RAMPASAN)DARI KAUM YANG TERSESAT INI.......DEMIKIAN SAMPAI TERJADINYA KIAMAT YANG BAGAIKAN POTONGAN2 MALAM YNG GELAP GELITA.............MEREKA TERKEJUT KERANANYA DAN BERSEGERA MENGENAKAN BAJU BESI MEREKA.........RASULLULLAH MENJELASKAN....."MEREKA ADALAH PENDUDUK SYAM"..........RASULULLAH MENCORET DI TANAH DENGAN JARI BAGINDA.........DAN MENUNJUKKAN KEARAH SYAM SAMPAI JARI BAGINDA SAKIT".......


Budak 11 tahun jadi bapa kepada wanita 36 tahun


KandungWELLINGTON – Seorang budak berusia 11 tahun di New Zealand dilaporkan menjadi bapa kepada kanak-kanak dengan wanita 36 tahun, yang juga ibu kepada rakan sekolahnya.
Laporan semalam itu sekali gus menimbulkan persoalan mengapa wanita tidak boleh didakwa atas tuduhan merogol di negara itu.
Kaunselor di kawasan kes penganiayaan seks ke atas kanak-kanak itu berkata, kes itu diketengahkan berikutan kurangnya tumpuan diberikan kepada wanita yang menjadi penyebab keadaan itu, lapor akhbar New Zealand Herald.
Kes itu turut memaksa undang-undang yang berkaitan disemak semula di mana jenayah rogol bukan hanya dilaksanakan terhadap golongan lelaki saja.
Menteri Undang-Undang, Judith Collins, berkata pihaknya akan menyiasat kes yang dilaporkan akhbar berkenaan.
“Kes ini mengetengahkan satu fakta yang penting. Saya akan meminta nasihat pegawai sama ada kita perlu memindah undang-undang yang berkaitan,” katanya.
Wanita dan budak berkenaan yang nama mereka tidak didedahkan, tinggal di daerah North Island di Auckland.
Pengetua sekolah kanak-kanak itu memberitahu New Zealand Herald bahawa dia terkejut apabila kanak-kanak berkenaan memberitahu apa yang berlaku ke atasnya.
“Anda tentu tidak akan sukakan saya,” kata pengetua itu mengingati apa yang kanak-kanak itu memberitahunya hujung tahun lalu.
“Dia (mangsa) berkata dia mengadakan hubungan seks dengan emak kepada rakannya dan ‘dia perlu menghentikannya’.
Mengikut Undang-Undang New Zealand, jenayah rogol hanya dilaksanakan kepada lelaki yang jika didapati bersalah boleh membawa hukuman maksimum penjara sehingga 20 tahun.
Wanita yang memaksa lelaki mengadakan hubungan seks boleh dituduh atas kesalahan penganiayaan seksual yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun. -BH


EDISI TEMBELANG PECAH!!!!...KELAB GOLF YANG DIKETUAI TIMBALAN PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN UMNO TERLIBAT DALAM PERNIAGAAN MESIN JUDI!!!!!! UMNO DAN JUDI BERPISAH TIADA!!!



KUALA LUMPUR, 16 Jun — Langkah kontroversi oleh jawatankuasa pengurusan Kelab Golf Negara Subang (KGNS) untuk memajak dan memindahkan mesin perjudian di luar kelab memberikan peluang untuk mengintip industri berbilion ringgit dikawal oleh sekumpulan ahli perniagaan yang rapat dengan Barisan Nasional (BN).

Tan Sri Megat Najmuddin Khas dan ahli jawatankuasa untuk tahun 2011-2012 baru-baru ini dikecam oleh ahli-ahli kelab kerana tidak cekap dan berkelakuan cuai serta melakukan pelanggaran kewajipan, menurut dokumen yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider.

Kapten kelab pada ketika itu Datuk Ronnie Yeo menerima kecaman paling keras kerana menjadi orang yang berbincang untuk perjanjian pemindahan itu apabila beliau diambil bekerja oleh Waz Lian Recreation Sdn Bhd, syarikat dimiliki oleh hartawan - menganjurkan majlis makan malam dihadiri oleh 60,000 orang di Port Klang untuk menunjukkan sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak.

Sekumpulan hartawan Cina memegang beratus-ratus lesen dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan untuk mengendalikan mesin perjudian. Mesin-mesin ini diletakkan di kelab persendirian di sekitar ibu kota, akan tetapi terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu mencuba nasib.

Disebabkan kawalan ketat untuk lesen di bawah Akta Loteri oleh Kementerian Kewangan, sesetengah hartawan telah beralih ke mesin perjudian yang dikendalikan oleh kelab golf dan kelab sukan diseluruh negara, menawarkan jawatankuasa pengurusan kontrak untuk memajak dan memindahkan mesin ke premis di luar kelab.

Sebagai ganjaran, pengendali perjudian ini bersedia untuk membayar kelab-kelab sejumlah tetap setiap bulan. Kebiasaannya, pampasan bulanan itu lebih daripada jumlah diterima oleh kelab dengan meletakkan mesin-mesin itu jika hanya dikunjungi oleh ahli-ahli kelab.

Akan tetapi masalahnya, perjanjian seperti ini melanggar syarat lesen seperti ditetapkan oleh Kementerian Kewangan, termasuk syarat untuk meletakkan mesin di premis kelab dan memastikan hanya ahli kelab dibenarkan untuk menggunakan mesin perjudian itu.

Dalam kes ini, KGNS bersetuju untuk memindahkan operasi  bagi 10 mesin perjudian mereka kepada Waz Lian pada Mei 2012, lebih setahun selepas rundingan antara jawatankuasa pengurusan dan penggendali itu.

Mesin perjudian itu dipindahkan ke Galaxy Club di Kota Damansara dan telah dipersetujui Waz Lian akan menguruskan mesin perjudian itu untuk lima tahun. Dalam enam bulan pertama, KGNS akan menerima RM126,000. Selepas itu KGNS akan menerima RM150,000 sebulan.

Waz Lian juga bersetuju jika lesen perjudian itu dibatalkan, mereka akan membayar RM10 juta kepada KGNS sebagai pampasan. Jawatankuasa pengurusan juga bersetuju dengan cadangan oleh Waz Lian untuk menggelar bilik perjudian di Kota Damansara sebagai "lampiran kelab'', satu langkah untuk memastikan secara teknikalnya akan memenuhi syarat Kementerian Kewangan kerana mempunyai mesin di premis kelab.

Akan tetapi perjanjian itu tidak menyenangkan ahli kelab dan dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada Jun tahun lepas, telah diputuskan jawatankuasa siasatan khas menyiasat "punca-punca dan sebab-sebab" kelab terlibat dalam perjanjian untuk mengendalikan mesin slot dan mengeluarkannya dari kelab.

Selepas siasatan, jawatankuasa siasatan khas mendapati banyak pelanggaran telah berlaku.

Contohnya, perjanjian dengan Waz Lian menyatakan orang awam dibenarkan menggunakan mesin judi di Galaxy Club, bertentangan dengan syarat-syarat Kementerian Kewangan hanya ahli kelab boleh menggunakan mesin-mesin itu.

Selain itu, Galaxy Club secara tidak sah digambarkan sebagai lampiran oleh KGNS oleh kerana kelab golf itu tidak mempunyai pemilikan eksklusif premis di mana mesin dipindahkan.

Jawatankuasa siasatan khas juga mendapati, walaupun penggendali memberikan jaminan untuk membayar RM10 juta jika lesen ditarik balik, Waz Lian tidak mempunyai akaun perniagaan baik dengan hutang sebanyak RM446,872.

Terdapat juga kekecewaan dikalangan ahli kelab kerana peguam kelab telah pada bulan Disember 2011 mengangkat bendera merah sama ada syarat-syarat Kementerian Kewangan membolehkan mesin untuk digunakan oleh bukan ahli.

Masih belum jelas jika Kementerian Kewangan akan bertindak terhadap KGNS atau kelab lain yang telah membuat perjanjian dengan ahli perniagaan mempunyai hubungan kuat yang mendominasi perniagaan mesin judi di Malaysia.

TERFIKIR MACAM MANALAH AHLI-AHLI UMNO NAK ADA DISIPLIN SEDANGKAN TIMBALAN PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN UMNO PUN TERLIBAT DALAM KEGIATAN MUNGKAR DAN HARAM!!!!!

JELAS SEKALI.. JUDI DENGAN UMNO BERPISAH TIADA!!!


SEBUT JUDI AKAN JELAS TERBAYANG UMNO!!!!

 

NIK AMAR SANGGAH HUSAM


Masalah hubungan antara pemimpin Pas Kelantan memang tidak dapat disorokkan lagi.  Seperti diduga, ketiadaan Datuk Nik Aziz sebagai MB Kelantan akan menimbulkan keretakan kepimpinan Pas Kelantan.  Sekarang ini agak masih terkawal kerana Nik Aziz masih sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan.


Terbaru, mengenai ketidak hadiran beberapa pemimpin Pas Kelantan di perhimpunan Blackout 505 yang diadakan di padang Majlis Daerah Ketereh. 


Tuduhan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa terhadap pemimpin parti yang tidak menyokong perhimpunan pakatan pembangkang itu sebagai pengkhianat parti dan lupa asal-usul telah disangkal oleh kepimpinan Pas Kelantan.


Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menganggap perhimpunan tersebut bukan program parti tetapi inisiatif beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tidak melibatkan Pas Kelantan. 


Mohd. Amar yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri turut meminta Husam supaya berhenti daripada menyindir pemimpin lain kerana kehadiran Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob sudah membuktikan komitmen kerajaan Pas Kelantan dalam menentang penyelewengan pilihan raya.


Husam dalam perhimpunan itu seperti dilaporkan akhbar, mendakwa pemimpin Pas yang tidak menyokong program tersebut sebagai pengkhianat dan pemimpin yang lupa asal-usul serta bukan sahaja menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan tetapi dakwah yang diasaskan oleh pimpinan Pas terdahulu.


Malah, Husam turut mendakwa mana-mana pemimpin tidak menyokong perhimpunan tersebut sebagai golongan membawa suara UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan angkuh kerana membelakangkan 'saudara-saudara yang berlumuran darah' hasil penipuan.


Perhimpunan tersebut turut dihadiri Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu serta beberapa pemimpin Pas dan PKR yang lain.



PRU13: Apa yang diputuskan Tuhan itu adalah terbaik bagi kita

Dalam pilihanraya atau sesuatu pertandingan, ‘post-mortem’ lazim dilakukan selepas pertandingan atau peperangan khususnya pada pihak yang kalah. ‘Post-mortem’ itu dilakukan kerana ingin mengetahui apa silap dan salahnya hingga menyebabkan kekalahan dan kenapa pihak lawan menang mengatasi kita. Ia bermatlamatkan untuk membetulkan kesilapan yang telah mereka lakukan dan mencari jalan untuk mengatasinya dan membuat keputusan baru hasil dari ‘post-mortem’ tersebut.
Dalam sesuatu peperangan sejak dari dulu lagi, ‘post-mortem’ dilakukan dan mencari jalan untuk memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan oleh pihak mereka yang kalah. Dalam peperangan Uhud, tentera Islam telah kalah ditangan tentera musyrikin sehingga rebahnya ramai pahlawan Islam yang tersohor seperti Saidina Hamzah dan yang lain-lain di Bukit Uhud itu.
Pihak tentera Islam sendiri telah melakukan ‘post-mortem’ dan Muhammad saw telah memperbaiki keadaan dengan melakukan pembaharuan terhadap undang-undang dan syariat Islam itu. Sehingga waktu peperangan itu berlaku umat Islam masih tegar dengan minuman arak dan didapati arak itu merupakan salah satu sebab yang mengalahkan tentera Islam kerana mereka berada didalam keadaan mabuk. Semasa itu arak hanya sebagai satu minuman yang tidak digalakkan oleh Nabi saw untuk sesiapa meminumnya.
Tetapi setelah arak itu menjadi salah satu penyebab kekalahan tentera Islam semasa itu, maka arak telah diharamkan oleh Islam secara mutlak. Usahkan untuk diminum, untuk disimpan dan dipegang pun dianggap sebagai pelanggaran syariat agama kita bukan sahaja semasa peperangan malahan di setiap waktu dan zaman. Itu namanya haram mutlak.
Harta rampasan dan tamak haloba juga menjadi sebab kekalahan tentera Islam dalam peperangan Uhud itu. Tentera Islam tidak mendengar arahan Ketua Peperangan Islam iaitu Muhammad saw dengan sepenuhnya kerana pemikiran dan tumpuan ramai tentera Islam semasa itu adalah kepada harta rampasan kerana mereka tahu sesudah peperangan, selalunya pihak yang menang akan mendapat harta rampasan peperangan kerana ia merupakan harta yang halal.
Tentera Islam menjangkakan yang pihaknya akan mendapat kemenangan maka ramai diantara yang berperang semasa itu sudah menunjukkan kecenderungan untuk mendapatkan harta rampasan secara peribadi maka mereka telah hilang tumpuan terhadap peperangan dan matlamat peperangan  itu. Akhirnya Islam tewas dan ia merupakan kekalahan yang amat menjatuhkan semangat pihak Islam semasa itu.
Dalam politik ia bukanlah peperangan bersenjata atau pun peperangan terbuka. Politik adalah pertarungan ‘mental’ dan sesiapa yang berjaya memenangi hati dan pemikiran ramai, mereka lah yang akan menang. Dalam peperangan diharuskan untuk berhelah bagi kemenangan pihaknya. Berbagai-bagai cara dan kaedah berkempen dilakukan dan berbagai-bagai cara dan helah dilakukan oleh kedua-dua belah pihak untuk memenangi pilihananraya ke 13 baru-baru ini.
Keputusan telah diketahui dan pihak BN telah memenangi pertandingan perang ‘mental’ ini dan berjaya mengekalkan kedudukan sebagai kerajaan tetapi dalam kemenangan yang jauh lebih rendah dari pilihanraya atau pertandingan ‘mental’ yang sebelumnya. Pihak Pakatan Rakyat pula memenangi undi popular lebih dari apa yang diperolehi oleh pihak BN. Pendeknya kedua-dua pihak memenangi pilihanraya ini dan jika di pandang dari sudut kekalahan pula, kedua-dua pihak pun telah mengalami kekalahan.
Kedua-dua belah pihak telah melakukan ‘post-mortem’ masing-masing dan hasil ‘post-mortem’ tersebut berbeza diantara pandangan masing-masing. Pihak BN menyalahkan kaum Cina sebagai penyumbang kekalahan dengan ‘tsunami Cina’ nya, dan pihak PR pula menyalahkan pihak lawan dengan isu penipuan yang besar yang dilakukan oleh pihak BN dalam pilihanraya itu.
Apa pun, tuduhan-tuduhan diantara parti-parti yang berlawanan ini yang terpenting kita memahaminya ialah, keputusannya tetap berada ditangan Tuhan yang Maha Kuasa itu. Apa yang di berikan olehNya itu adalah yang terbaik bagi seseorang atau bagi satu-satu kumpulan dan pihak itu. Apa yang kita kehendaki dengan ghairah itu tidak semestinya baik bagi kita. Yang mengetahui yang terbaik bagi kita adalah yang Maha Esa itu jua.
Tetapi jika kita pandang dan kaji dari apa yang berlaku dalam peperangan Uhud itu, ia melambangkan satu hakikat. Walau sesuci mana pun tujuan kita berperang jika kesucian matlamat itu di selitkan dengan niat yang kotor ia tetap tidak akan mendapat kejayaan. Kadangkala kita sendiri tidak tahu niat kotor kita tetapi Tuhan lebih tahu apa yang ada di dalam benak dan naluri kita itu.
Tidak dapat dan tidak boleh kita nafikan peperangan Uhud itu adalah untuk Islam. Tetapi ia tercemar dengan niat dan kepentingan peribadi untuk mendapatkan harta rampasan untuk kepentingan peribadi mereka yang sedang berperang itu. Tuhan tetap tidak meredhakannya dan tetap memberikan kekalahan kepada pihak ini, walaupun ia adalah dari pihak Islam sendiri. Maka semua pihak wajar melakukan suluhan kepada diri yang sebenar-benar diri kita, insyallah kita akan tahu jawapannya.
Jika kita fikir-fikirkan sedalam-dalamnya, keputusan pilihanraya ke 13 baru-baru ini adalah yang terbaik untuk rakyat kita kerana ia pasti dan wajib datangnya dari Allah swt. Mungkin ada pihak yang berani menafikannya, tetapi saya mengakui saya tidak berani menolak hakikat ini.
Penyelesaiannya hanya boleh difahami oleh sesiapa yang tidak lepas dari bertawajjuh dan bertawassul kepada Rasul dan Tuhannya. Tidak pula saya tahu samada ramai yang lebih tahu dari apa yang dalam pengetahuan Tuhan itu.
Itu sebabnya kedengaran ramai juga yang memaki-maki keputusan Tuhan yang Maha Esa ini.
Wallahualam.

14 comments:

Anonymous said...
Pak Aspan, jika yakin akan apa yg dikata & dirasa ucapan wallahualam tidak perlu menjadi penutup kata.
Anonymous said...
Alhamdulillah, tulisan ini adalah satu luahan prototype untuk menenangkan (siapa?).Apa yang jelas sdr kita mengambil contoh dalam context of situation yang salah. Apa yang berlaku semasa Rasulullah adalah rentetan-rentetan penghuraian yang ditujukan kepada satu penentuan. Sama hal juga dengan Nabi Adam dan Hawa mengingkari perintah Allah.Islam masih dalam keadaan membangun. Ia belum sampai kagi kepada apa yang Allah berfirman di dalam ayat 3 surah Al-Maidah. Dalam konteks sekarang kalau kita hendak membahas tentang lakuan Islam kita kena bermula dengan perintah di atas. Aemua terima apa yang berlaku adalah ketetntuan Allah. Tetapi dalam konteks apa. Adakah kita hanya berpeluk tubuh sahaja, walahal Allah memerintah kita supaya membenteras segala kezaliman dan kejahatan. Maka Allah tetapkan hukuman-hukuman. Adakah apabila seseorang itu dibunuh dengan zalim kita hanya mengata ini ketentuan Allah dan kita diam selepas itu. Apa maknanya adanya hukum-hukum (hudud, Qisas dsgnya) yang diturunkan Allah kalau kita hanya menerima apa yang kita kata 'ketentuan Allah' dengan berpeluk tubuh.
Anonymous said...
BN pun dah terima ketentuan Allah bila kalah di Selangor, Penang dan Kelantan. Tak de pun demo oleh BN..tapi PKR lain pulak..nak buat demo..

Cukup cukuplah..takdo joki cakap orang nogori.

Batu Ronson
Anonymous said...
Tuan Aspan!

Kena tipu pun takdir ke?Fikrir-fikirkanlah!
Aspan Alias said...
Kepada anon,anon yang menyangkal saya itu, teruskanlah dengan pandangan sdr2. Ini demokrasi pemikiran. Yang bertanya samada kena tipu itu kita biarkan kalau diikut menakrifan saya pun teruskan lah. Saya tidak termampu bercakap dan memberikan pandangan ilmiah kerana yang menerima nya adalah dari kemampuan yang berbagai.

kadang-kadang yang merasakan teripu itu juga adalah dari mereka yang selalu menipu juga dan kepada siapa yang mengatakan asas kepada unjuran aya itu adalah diatas perkara yang salah juga saya boleh sangkal. Tetapi saya tidak mahu bertekak dengan sesiapa yang mempunyai mental block kerana itu adalah had kemampuan mereka.
yang lebih dahsyat bukan siapa yang menipu kita. Yang lebih dahsyaqt aialah mereka yang menipu ahli-ahli partinya sendiri.

Buatlah apa-apa anggapan dan tidak usah lah memperdayakan diri sendiri. memperdayakan diri sendiri itu juga merupakan sikap yang sangat kebodohan dan jika masih juga hendak bersikap demikian, itu juga hak masing-masing.

Tidak ada siapa yang pernah bercakap tentang hudud itu akan di selesaikan akhirnya dengan hukum Qisas. Ini salah siapa? Dari dulu lagi saya kesana kemarai menganjurkan dalam caramah-ceramah saya untuk menerangkan terperinci tentang hudud dan Qisas, tetapi tidak ada siapa yang mahu melakukannya.

itu salah siapa? Itu sebabnya saya selalu berkata wang ringgit yang banyak amat susah untuk di jaga. Ramai orang herndak merompaknya. Tetapi ilmu itu jika ada kepada kita, jika kita buka dan lambakan puin tidak ada siapa yang akan mengambilnya kerana ilmu itu adalah hak individu yang memunyainya.

Jangan membidas di sebalik samaran anonymous. Tunjukan diri seperti yang saya lakukan. Nama dan tempat serta gambar saya pun terlekat di depan blog ini. Sesiapa yang cuba bersikap garang tetapi menyorok do sebalik 'anonymous' itu sesungguh mereka yang kurang keberanian. Selalunya mereka ini adalah mereka yang mempunyai fakir jiwa dan pemikiran.

salam
BAB PENIPUAN said...
Assalamualaikum Dato Aspan,

Apakah Allah menghalalkan penipuan?

Adakah Allah penentu keputusan PRU 13? Adakah Allah membenarkan dakwat yang tidak kekal?

Wahai Dato Aspan,

Manusia telah kenali SPR yang halalkan hak rakyat untuk mengundi dicuri bagi memenangkan BN secara haram.

Apakah Dato tidak dapat merasai sendiri ketidakadilan keputusan PRU?

Apakah Dato juga akan menghalalkan dan redha dengan segala penipuan dan tipu daya yang telah berlaku?

Apakah itu semua ketentuan Allah?

Allah telah berfirman dalam surah Al Baqarah :111;

Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar.

Politik islam bertujuan mentadbir dan mengurus dunia berdasarkan keadilan.

Apakah perlunya redha dengan penipuan untuk meneruskan kezaliman dan kemungkaran?

Mereka yang menipu lebih tahu akan kelemahan iman yang mudah redha dengan keputusan penipuan.

Apakah Dato mempunyai iman yang rapuh sehingga bisikan penyelewengan manusia yang bertopengkan syaitan sehingga mudah redha dengan keputusan penipuan?

Dato perlu ingat bahawa barang siapa yang berjaya menerima ujian dan selamat dari tipuan dunia ini, dia berjaya mendapat keredhaan Allah SWT, dan dia adalah orang yang berjaya di akhirat. Jangan Dato redha dengan penipuan.

Siapa yang tertipu, maka celakalah dia di akhirat dan siapa yang tidak tertipu dengannya, berbahagialah dia di akhirat dengan syurga Allah.
Aspan Alias said...
BAB PENIPUAN,

Hal penipuan wajar tunggu keputusan mahkamah. Yang saya sebut ialah kita wajar berfikir kauh dan tidak memikirkan apa yang berlaku diwaktu ini dan di depan mata kita. Yang saya maksudkan ialah keputusan itu adalah keputusan Tuhan. Itu pun kalau kita bersama bersetuju segala-gala datang dari Tuhan pada hakikatnya. Itu sebab saya mengatakan yang maha penentu itu adalah Tuhan. Jika semuanya atau sebahagioan perkara ditentukan oleh manusia maka terpulang kepada sdr untuk menerima apa yang sdr hendak terima.

Tetapi kita tidak tahu banyak yang lain. Yang hendak melawan penipuan ini juga adalah manusia yang tidak terlepas dari sikap penipu ini. Itu sebabnya kita sentiasa berrdoa untuk kejalan yang lurus, kerana Tuhan juga yang menentukan hala tuju seseorang itu samada yang baik atau sebaliknya.

Saya menyebut tawassul dan tawajjuh tadi. Jika sdr faham apa yg saya sebutkan tadi maka mudahlah sdr faham. Tetapi jika tidak faham kita hentikan sahaja perbahasan ini kerna diantara kita seorang memnajat tiang dan seorang lagi memanjat bendul. Tidak mungkin ada titek pertemuan. Jika gitu sdr teruskan dengan sikap sdr itu. Tidak ada siapa yang berhak menolak pandangan sdr.

Kita berhenti di sini.
Anonymous said...

Sdr AA, kita sama. Biarkan dia org nak demo ke,nak tidor dlm longkang memprotes ke atau apa apa tindakan lain.
Dah kalah tuduh dan menjatuhkan hukum sebelum kemahkamah. jgn jadi kelawar weii!
malam malam duduk rumah dengan anak bini.
Jgan kita dengar kita mereka. Mereka kata kita bodoh. Dia org tak tau dialah org yang paling bodoh!
Abu Muhammad said...
As Salam Pak Aspan,

Tok Guru Nik `Abdul `Aziz tidak anti - tawassul dan tabarruk, bahkan Tok Guru dengan tegas menyatakan bahawa mereka-mereka yang melarang bertawassul dengan Junjungan Nabi s.a.w. setelah baginda wafat adalah orang-orang yang sesat yang tidak ada kasih dalam hati mereka kepada Junjungan Nabi SAW.

Maka hendaklah kalian ambil perhatian. Bahkan Tok Guru sewaktu perasmian bangunan Pusat Tarbiyyah Islam Kelantan (PUTIK) pada 23 Ogos 2001 telah memperkenalkan Doa an-Nashiri yang disusun oleh seorang waliyullah Sidi Muhammad bin Nashir ad-Dar`i rahimahUllah.

Dalam doa tersebut terkandung tawassul dengan Junjungan Nabi SAW dan para awliya` pelbagai maqam seperti quthub, awtad, abdal, nujaba` dan nuqaba`.

Oleh itu kalau pun tak mahu bertawassul, janganlah mudah-mudah menuduh orang yang bertawassul sebagai syirik dan sebagainya.

Moga taufiq dan hidayahnya Allah dianugerahkanNya kepada kita sekalian berkat jah Sayyidina wa Mawlana Muhammad SAW yang menjadi rahmat bagi sekalian alam.
AL FAKIR Muhammad Fazilul Helmi Raidzan said...
Salam Kalian,

Tawassul atau wasilah artinya adalah mengerjakan sesuatu amal yang dapat mendekatkan diri kita pada Tuhan. Tawassul juga diperbolehkan dalam berdoa, malah hal ini akan lebih membuat doa tersebut makbul.

Contoh berdoa dengan wasilah atau tawassul:

1. Kita mendatangi seorang ulama yang mulia dan dikasihi Tuhan, lalu kita berkata: "Saya akan mendo'a mohon itu ini kepada Tuhan, tetapi saya harap pula tuan Guru mendoakan kepada Allah bersama saya, supaya permintaan saya dikabulkannya".

2. Kita berziarah kepada Nabi di Madinah, ketika beliau masih hidup ataupun pada ketika beliau telah wafat, maka kita berdoa di situ dan kita harapkan agar Nabi Muhammad s.a.w mendoakan kita pula kepada Allah. Ini namanya berdoa dengan tawassul, dengan orang yang masih hidup atau yang telah wafat.

3. Kita datang ziarah ke makam Syeikh Abdul Qadir al Jailani, lantas kita berdoa di situ kepada Tuhan begini bunyinya: "Ya Allah, Ya Tuhan yang Pengasih dan Penyayang, saya mohon keampunan dan keredhaan-Mu berkat beliau yang bermakam di sini, karena beliau ini saya tahu, seorang ulama besar yang engkau kasihi. Berilah permohonan saya , Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim"

4. Kita berdoa kepada Allah : "Ya Allah, berkat kebesaran Nabi Besar Muhammad s.a.w, berilah permohonan saya ..."

5. Kita berdoa : "Ya Allah, berkat nama-Mu yang besar, berilah saya ini itu". Ini berdoa tawassul dengan nama Tuhan.

6. Kita berdoa , "Ya Allah, saya ada mengerjakan amalan yang baik, yaitu saya tetap hormat kepada ibu bapa saya. Kalau amal itu diterima oleh Engkau, maka berilah permohonan saya ini dan itu".

Tawasul adalah amalan sunat yang disukai oleh Allah. Buktinya adalah bahwa amalan tawasul ini disebutkan dalam Al Quran dan hadis, serta menjadi amalan para sahabat, tabiin, dan tabiut tabiin.

Do'a/permintaan melalui tawasul insya Allah lebih mudah dikabulkan.
Tawasul (wasilah) adalah salah satu metode untuk menjadi orang bertaqwa. Sejarah menunjukkan bahwa generasi salafus soleh adalah orang-orang yang sangat kuat mengamalkan tawasul.
Anonymous said...
Pak Aspan,

Saya tahu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah melabelkan UMNO sebagai parti murtad.

Label ini diberikan selepas UMNO dikatakan sebagai ‘kafir’. Ini kerana UMNO dikatakan oleh Nik Aziz sebagai ‘tidak memperjuangkan Islam’.

Bagi Nik Aziz, UMNO tidak cukup dengan hanya mengatakan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu atau Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia semata-mata tetapi UMNO perlu perjuangkan Islam seperti PAS.

Nik Aziz tidak kata penyokong UMNO murtad, tapi parti yang didokong oleh orang Islam adalah murtad. Nik Aziz mendakwa parti UMNO menolak Islam daripada dasar perjuangannya menyebabkan ia murtad.

Bagi Nik Aziz, bukan sahaja UMNO, malah mana-mana pihak yang memperlekehkan Islam dengan sengaja boleh dianggap murtad kerana tidak mahu menerima hukum Allah sebagai panduan hidup.

Pak Aspan janganlah beranggapan bahawa Allah tidak berkenan untuk PAS menang.

Hakikatnya, Islam tidak akan menang jika masih ramai lagi masyarakat jahil. Islam tidak akan menang jika ada yang gilakan jadi pemimpin. Islam tidak akan menang jika tidak ada daya menghidupkan Islam dalam diri, keluarga dan masyarakat.

Saya TIDAK setuju bahawa Allah yang menangkan UMNO dan Allah yang kalahkah PAS. Adakah Allah terlibat dalam keputusan kemenangan bola sepak yang hanya dimainkan di atas padang dalam tempoh 90 minit?

Sebenarnya Islam mempunyai definasi tersendiri mengenai kejayaan dan kemenangan. Pejuang-pejuang Islam sebenar adalah mereka yang berjuang bagi merealisasikan kemenangan yang dikehendaki oleh Allah.

Pak Aspan,

Dalam surah al-Asr; Allah menegaskan bahawa umat Islam akan rugi di akhirat melainkan jika mereka memiliki empat sifat iaitu, beriman, beramal soleh, membudayakan amalan nasihat menasihati sesama mereka untuk berada di atas landasan kebenaran dan saling menasihati untuk bersabar kerananya.

Syarat-syarat untuk terselamat daripada kerugian sebagaimana ditegaskan dalam surah al-Asr tidak akan mampu dilaksanakan melainkan secara berjamaah. Oleh itu objektif berjamaah juga untuk bersama-sama menyusun aktiviti amali bagi merealisasikan empat syarat ini dalam budaya hidup berjamaah.

Umat Islam hari ini hidup berorganiasasi tetapi pimpinan organisasi mereka hanya meletakkan perancangan strategic untuk mencapai matlamat dunia mereka sahaja. Umat Islam hidup dan berkerja dalam organisasi tersebut kadang-kadang terpisah daripada landasan hidupnya sebagai seorang muslim.

Semua sistem, peraturan, perundangan yang disusun memerlukan manusia untuk mengoperasikannya. Bagaimana sistem yang terbaik boleh dioperasikan jika manusia itu bukan manusia yang terbaik?

Manusia terbaik hanyalah manusia beriman, bertakwa dan muhsinin. Mereka hanya akan berjaya jika mereka memiliki cirri-ciri kejayaan dalam diri mereka.

-Annuar Salleh-
Anonymous said...

One cannot continue to hold on to power through deception and election fraud.

The ordinary people had lost trust in the country's 'leaders' and its institutions. Once that trust is broken, it is impossible to fix.

In a competition/contest to fairly determine the ordinary people true Representative/Champion, if one is found a cheat, one must give up the trophy/Championship to the Runner-up....NO buts and ifs!

If the Cheat have any pride and dignity left, they should apologise to the people and resign from their positions immediately.




Tinta Hitam said...
Pak Aspan,

Allah SWT tidak menyuruh hambanya menerima shj taqdir tanpa berusaha memperbaikinya.Berusaha pelbagai cara.Post mortem salah satu caranya..Kempen Blackout 505 adalah salah satu cara lagi..Kedua duanya betul.

Jika UMNO dibiarkan terlepas lagi dgn penipuan mereka nescaya mereka akan melakukannya lagi dimasa akan datang..Kalau pd PRU13 ni dilakukan secara besar besaran,semasa PRU14 nanti tak tau la apa pula ygnakan mereka lakukan.

Membiarkan musuh senang dan dapat "reorganize" semula adalah taktik yg silap..Musuh perlu terus diserang dan jgn dibenarkan duduk diam..Selama ini itulah yg dibuat oleh PAS dan DAP.

Masa utk duduk diam sudah berakhir..

ramlan sd said...
Anonymous 16:21,

Yes, one cannot continue to hold power through deception and election fraud.

Election fraud has been the order of Malaysian politics, not only in the 13th GE but it has been that way since many elections ago. And that includes election while Anwar was at the helm.

So, how can we trust that election fraud won't recur if PR wins and this man becomes the PM?

Then, election fraud could be the manner for him to maintain power.

Honestly, only men and women who know Anwar can tell to the answer.

So sorry, let things be as what it is, until Anwar is not in the game anymore.

Sir, I am serious. Anwar is not a leader. I don't wan to describe anything about him. Time will tell. You all just wait.

ramlan sd
Pas Mukim Hulu Setiu shared Lanchang Kuning's photo.
Tahukah anda kerajaan kelantan upgrade lampu stadium 2000lux hanya dgn kos RM100,000..kerajaan terengganu upgrade lampu stadium 1600lux menelan kos RM4juta utk 4 btg tiang spotlight utk utk terangkan stadium tgganu yg kapasitinya 20,000 org.. gua syak tiang lampu spotlight itu di saluti dgn emas..cuma gua khuatir tiang itu RUNTUH....kihkihkih
-gambar sekadar hiasan-




Fatwa Khomeini Imam Syiah | Beliau mati Dalam Keadaan Mayat Terjatuh 3 Kali Dan Auratnya Terbuka ( Gambar )


Fatwa Khomeini Imam Syiah Makan Diri | Beliau mati Dalam Keadaan Mayat Terjatuh 3 Kali Dan Auratnya Terbuka ( Gambar ) | Antara Fatwa beliau, Barangsiapa yang meninggal lalu jenazahnya jatuh dari keranda jenazah maka dia termasuk dari penduduk neraka. Dan dalam fatwanya yang lain Khomeini mengatakan; salah satu dari tanda-tanda su'ul khatimah adalah jatuh dari keranda jenazah saat akan dikuburkan.
Mayat Khomeini di hina

Dan lihatlah apa yang Allah lakukan atas khomeini, saat dia akan dikuburkan khomeini tiga kali jatuh dari keranda dan auratnya terbuka.

""Katakanlah, 'Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki, Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu." Ali Imran(26)
Khomeini Fatwa, Imam Of Shi'i:

Those who died then his fall from the coffin of the deceased then he included of the population of hell. And in another Khomeini saying fatwanya; one of the signs of su'ul khatimah falls from the coffin of mortal remains: will be buried.

And look what God did for khomeini, when he will be buried, Russia, three times falling from the open casket and auratnya.

"" Say, ' O Lord with Government, You give the Government to the person who you will and you unplug the Government telling you please. 62 people who you will and you shame upon people you will take it all in the hands of welfare. Indeed you All-powerful on everything. " Ali Imran (26) (Translated by Bing)

 
Wow hebat gaji CEO Tapi gaji pekerja saya dengar2 ciput je.. Ciannye....
Tu diaa...nk beli R35 tiap2 bulan pun boleh...rakyat mampu beli apa?? Proton SV je hehe...


1. TELAH TENTUKAN ALLAH...SEJAK AZALI

 CONTOH MUDAH ALLAH DAH TETAPKAN JADI LELAKI ATAU PEREMPUAN

2. KENA TERIMA KERANA KAEDAH ALLAH DAH TENTUKAN...

 CONTOH MUDAH BILA HAUS ATAU DAHAGA KITA NAK MNUM

3...TAKDIR KITA PILIH SENDIRI 

 CONTOH MUDAH KITA TAK JAGA KEBERSIHAN DIRI@PENGOTOR MUDAHLAH DIHINGGAP PENYAKIT

 

KIAS YANG LAIN2

Tiada ulasan: