Jumaat, 14 Jun 2013

RUNTUH BANGUNAN MEMANG MEMBIMBANGKAN...TAK BIMBANGKAH RUNTUHNYA AKHLAK REMAJA2....SERTA RUNTUHNYA AQIDAH KALANGAN UMAT ISLAM YANG TIDAK KITA DISEDARI

SPRM perlu peruntukan baru perangi rasuah
Posted on Friday, June 14 @ 15:41:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog TempayanRetak

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan menyeluruh semua pihak termasuk mengadakan peruntukan-peruntukan baru bagi memperkasa usaha membanteras jenayah rasuah di negara ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, tanpa kerjasama menyeluruh dan peruntukan undang-undang yang lebih berkesan, usaha membanteras rasuah tidak akan membuahkan hasil seperti diharapkan rakyat.

Katanya, pihaknya mempunyai indikator yang menunjukkan sokongan rakyat semakin meningkat ekoran program-program transformasi termasuk  penggubalan Akta SPRM 2009.

"... tetapi negara memerlukan peruntukan yang lebih berkesan bagi memenuhi keperluan semasa.

"Jika tidak diberi kuasa yang lebih berkesan, usaha-usaha membanteras rasuah tidak akan membuahkan impak yang mendalam.

"Kita perlu bersama, tidak kira ideologi politik, rasuah adalah jenayah. Kalau undang-undang tidak cukup, kita perlu buat pindaan, kita perlu sokong," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Dialog Pengurusan Tertinggi SPRM Bersama Editor di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia.

Tambah beliau, SPRM memerlukan kerjasama lebih menyeluruh daripada orang ramai selaras dengan program transformasi yang sedang dijalankan oleh suruhanjaya ini.

Untuk rekod, SPRM ditubuhkan pada 1 Januari 2009 bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR).

“Kami memerlukan sokongan media, ada kekurangan... semua pihak perlu menyokong usaha-usaha yang mengesyorkan pindaan undang-undang dan peruntukan-peruntukan baru," katanya lagi. - SINAR HARIAN


....
http://tempayanretak.blogspot.com 


 Desakan Najib Berundur Sudah Bermula
Posted on Friday, June 14 @ 13:04:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog TKOBloglist



Kecaman demi kecaman diterima oleh Datuk Seri Nazir Razak oleh NGO-NGO Melayu pro UMNO kerana membela Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani kerana mengkritik pendirian rasis akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia. Terkini, kecaman turut disertai oleh bekas menteri UMNO, Tan Sri Zainuddin Maidin.

Siri kecaman ini dilihat seolah-olah 'pukul anak sindir menantu' di sebalik mempertahankan laporan Utusan Malaysia. Hakikatnya, kecaman ini ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib yang merupakan abang kepada Datuk Seri Nazir Razak. 


Umum mengetahui, Pilihanraya Umum 13 berlalu dengan meninggalkan kesan pedih yang amat mendalam kepada UMNO/BN. UMNO/BN bukan sahaja masih tidak berjaya memperolehi 2/3 majoriti tetapi juga mengalami kemerosotan undi popular. Ini ditambah lagi dengan kegagalan pembantu-pembantu politik Najib dalam memenangkan UMNO/BN. 

Namun di atas dasar 'demi menjaga keharmonian parti', para pemimpin UMNO/BN terpaksa menikuskan diri dari mendesak Najib berundur. Ibarat orang yang dipaksa makan julap tapi dihalang membuang air besar, begitulah hakikatnya para pemimpin UMNO/BN kini. DPPWP melihat alternatif kepada suara desakan ini dibuat adalah melalui NGO-NGO pro UMNO/BN. Merekalah yang menjadi pembesar-pembesar suara untuk tangan-tangan ghaib ini dalam meberi tekanan kepada Datuk Seri Najib. 

Seseorang perlu dijadikan sasaran. Maka, sasaran yang terdekat ialah Datuk Seri Nazir Razak! 

DPPWP juga yakin, semakin ramai para veteran UMNO/BN akan bangkit dan lantang mengecam Datuk Seri Nazir Razak sebagai tanda protes kepada Datuk Seri Najib. Walaupun bibir merah Najib mengukir senyuman sentiasa namun hakikatnya, tekanan yang diberikan kepada beliau untuk berundur adalah amat hebat. 

MOHAMAD SUHAIMI ABDUL AZIZ
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


......
http://tkobloglist.blogspot.com
 Gerakan amal tarbawi wajib diperkasa
Posted on Friday, June 14 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh penjualcendol

Blog TKOBloglist

1. Sebagai sebuah Gerakan Islam, Amal Tarbawi menjadi tunjang kekuatan dan keutuhannya mendepani cabaran dan menyerap tekanan. Malah Amal Tarbawi melengkapi segala zat dan galian yang diperlukan oleh Gerakan Islam bagi menguatkan otot serta memperkasakan stamina guna menggalas berat beban perjuangan mendaulatkan Syariat Allah swt.

2. Tanpa Amal Tarbawi atau perlaksanaan Amal Tarbawi yang lemah serta tidak konsisten bakal mengundang 1001 masaalah dalaman yang mencetus konflik atau krisis. Besar kemungkinan bahawa segala konflik dan krisis dalaman itu berlarutan dan sukar pula diatasi ekoran dari lemah dan lembabnya perlaksanaan Amal Tarbawi.

3. Amal Tarbawi sangat berkait rapat dengan pengkaderan serta pembinaan aqidah, fikrah dan syakhsiyyah. Agar setiap anggota Gerakan Islam sama ada pemimpin atau ahli biasa, wakil rakyat atau staff pejabat memiliki skima pentarbiyyahan yang mantap dan lengkap.

4. Aqidah mereka aqidah yang tulen, fikrah mereka fikrah Islamiyyah dan syakhsiyah mereka pula adalah syakhsiyyah yang soleh. Inilah rahsia kekuatan Gerakan Islam sehingga ia mampu bertahan dalam menangkis dan mengelak serangan musuh yang bertubi arus dari segenap sudut.

5. Apabila Amal Tarbawi mula tidak diendah atau perlaksanaannya bersifat acuh tidak acuh lantaran memberi keutamaan kepada skil politik seperti penampilan imej, kenyataan media, penampilan di tengah-tengah kemelut masyarakat, mengupas dan menjuarai isu, enggagement dengan pelbagai pihak dan sebagainya lagi yang saya tidak nafikan kepentingannya, maka ia membawa implikasi yang besar dan sukar buat masa depan perjuangan.

6. Kita kelak mungkin dilihat hebat dan gah pada zahirnya dek penampilan dan penonjolan imej politik yang luar biasa tetapi individu anggota dan jamaah itu sendiri terdedah kepada hakisan nilai fundemental dan spiritual Harakah Islamiyyah.

7. Contoh mudah yang boleh saya ketengahkan ialah merosotnya nilai ukhuwwah fillah lantaran sejak lama dulu, usrah diabaikan, tamrin ditinggalkan, qiamulail dilupakan, ziarah diketepikan. Mungkin kerana kita nak beri tumpuan kepada ceramah umum, pertemuan-pertemuan politik dengan rakan saingan politik yang lain, hubungan dengan pihak media agar menyiarkan kenyataan politik kita, mesyuarat merangka strategi untuk saling mendahului antara satu sama lain terutama menjelang musim muktamar yang ada pemilihan kepimpinan.

8. Sedang usrah memberi peluang kita mempertaut hubungan atau ukhuwwah fillah di kalangan kita melalui bertanya khabar, makan setalam, bertentang mata, bahu membahu, sama-sama mengaminkan doa rabitah dan lain-lain elemen [di samping usrah menggarap fikrah melalui tasawwur Amal Islami yang jelas] yang mungkin kita lihat ianya kecil tetapi nilainya besar dalam mengukuhkan silah dan rabitah perjuangan antara anggota Gerakan Islam.

9. Tanpa usrah, tamrin dan lain-lain aktiviti Amal Tarbawi , dapat dilihat kesannya hari ini. Bermula dengan renggang hubungan antara anggota sesama anggota mahu pun anggota dengan pimpinan, ianya mengheret kita kepada suasana yang lebih sukar iaitu mudah berburuk sangka dan mudah tercetus pergeseran sesama sendiri hanya dengan sedikit khilaf atau isu kecil yang saya percaya ianya tidak akan mencetus pergeseran apalagi pertegkaran jika ukhuwwah diantara kita tebal dan kebal.

10. Sementara itu, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa ukhuwwah sangat penting bagi sebuah Gerakan Islam. Ianya menguatkan benteng atau kubu perjuangan dari asakan musuh yang mahu memcahbelahkan saf kita, semangat kerja berpasukan, melancarkan orientasi gerak kerja yang dirancang, mengelak krisis dan perpecahan dalaman dan sebagainya.

11. Lebih bermakna jika perjuangan yang kita dokong ini bertunjangkan ukhuwwah fillah yang mantap lantas ia menghasilkan kemanisan berjuang dan kelazatan berjamaah. Kemanisan dan kelazatan ini bagai formula yang paling kental bagi mengelak berlakunya futur dalam perjuangan apalagi insiden keluar jamaah meninggalkan perjuangan atau pecah wala' dan retak thiqah kepada pimpinan.

12. Itu baru kita bercakap soal ukhuwwah. Masih banyak lagi perkara lain yang juga penting seperti soal walak, thiqah, dengar dan taat, iltizam atau komitmen, istiqamah atau pro aktif, tadhiyyah atau pengorbanan dan banyak lagi, yang hanya mahu dihasilkan melalui Amal Tarbawi.

13. Kesimpulannya, adalah menjadi kewajipan kita di semua peringkat, cawangan, kawasan, negeri, pusat bahkan dewan-dewan untuk melihat semula isu Amal Tarbawi yang sedikit sebanyak mengalami gangguan perlaksanaannya masa kini.

14. Mudah untuk dikesan, saya sebutkan disini betapa jika kita cadangkan program bermalam seperti 2 hari satu malam atau lebih, akan ada pandangan yang menolaknya dengan alasan kalau kita buat program melibatkan aktiviti bermalam, bimbang penyertaan kurang atau program itu bakal tidak mendapat sambutan. Lebih parah, pandangan seperti ini mewakili ramai dikalangan ajk mesyuarat tersebut.

15. Aktiviti Amal Tarbawi tidaklah sekadar usrah dan tamrin justeru Tarbiyyah bukan suatu yang rigid. Kita boleh menampilkan apa jua bentuk aktiviti asal sahaja membawa kita ke arah pencapaian yang menepati piawaian sebuah Gerakan Islam dengan elemen-elemen yang saya sebutkan tadi.

16. Kreativiti dalam menganjurkan aktiviti agar tidak dilihat stereo type atau jumud dan sebagainya sangat diperlukan. Yang penting kita perkasakan Amal Tarbawi. Harap gesaan ini mendapat sambutan semua pihak organ parti atau jamaah.

17. Segala kelemahan jangan dibiarkan berlarutan kelak ia membarah. Segala kekurangan jangan dipandang sebelah mata kelak ia membusung. Segala masalah jangan dianggap remeh kelak ia meruncing.

Selamat memperkasakan Amal Tarbawi.

Nasrudin Hassan
 Ayuh, selepas solat Jumaat di Kedutaan Syria
Posted on Friday, June 14 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh penjualcendol

Oleh Nasharudin Hassan

Krisis Syria telah berlanjutan 2 tahun. Sejak 15 Mac hingga 15 Mac 2013.2. Kini lebih 1.6 juta rakyat Syria menjadi pelarian dan hampir 100 ribu rakyat terbunuh.

3. Para alim ulama menegaskan kebangkitan rakyat Syria adalah jihad dan mati mereka kerananya adalah syahid.


4. Justeru itu, saya menyeru agar seluruh rakyat dan warga prihatin di negara ini tanpa mengira perbedaan agama, kaum dan politik berkumpul di hadapan Kedutaan Syria pada hari Jumaat ini bersamaan 14 Jun 2013 sejurus selesai solat Jumaat bagi menyatakan bantahan dan kutukan keras kita terhadap campurtangan asing, keganasan, pertumpahan darah dan kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat Syria

5. Sewajarnya kita menunjukkan solidariti kita terhadap insan yang tertindas menjadi mangsa kekejaman dan gas beracun. Sungguhpun Syria nun beribu kilometer, namun kekejaman dan keganasan yang berlaku tidak mungkin membuatkan kita kaku membatu diri.

6. Saya juga menyeru agar sebelum turun berhimpun dan menyerahkan memorandum kecaman ke Kedutaan Syria, seluruh masjid mengadakan solat hajat memohon pertolongan Allah swt dan sekaligus memusnahkan mereka yang kejam, ganas dan tidak berhati perut.

7. Penyertaan dan solidariti dari pihak NGO dan orang perseorangan sangat dialu-alukan bagi meningkatkan tekanan ke atas pihak berkuasa Syria supaya segera mengambil langkah menghentikan keganasan dan menerima campur tangan asing. Juga tekanan ke atas badan-badan dunia yang berautoriti agar mengusahakan kedamaian dan keselamatan rakyat Syria dan mengambil tindakan tegas kepada penjenayah kejam yang membunuh rakyat Syria.

8. Diulangi:

Tarikh: 14 Jun 2013
Hari: Jumaat
Masa: Sejurus selesai solat Jumaat.
Tempat: Kedutaan Syria Kuala Lumpur.

9. Kita juga mendesak agar ketajaan Malaysia segera menyatakan sikap untuk mengutuk kekejaman ini dan mengadakan Sidang Khas Parlimen bagi membincang dan mengambil keputusan dan tindakan rasmi kerajaan Malaysia terhadap krisis kemanusiaan yang berlaku di bumi Syam itu.

10. Ayuh nyatakan kebersamaan dan penyertaan saudara untuk menentang kezaliman dan kekejaman manusia banjingan ini. Temui anda di sana.

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPP Malaysia
 Seorang kanak-kanak dilaporkan berjaya memasuki Turki dgn Passport mainan
Posted on Friday, June 14 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh penjualcendol

Blog AnakRimau



LONDON 13 Jun - Seorang kanak-kanak Britain dilaporkan berjaya memasuki Turki dengan hanya menggunakan pasport mainan miliknya.

Para pegawai imigresen di lapangan terbang Antalya didakwa melepaskan Emily Harris, 9, dari Cwmbran, South Wales selepas mengenakan stem kastam ke atas pasport mainan dengan gambar kuda bertanduk atau unikorn berwarna merah jambu.


Dalam kejadian tersebut, ibu bapa kanak-kanak itu tersalah memberi pasport ketika menunggu giliran di kaunter imigresen selepas mendarat di Turki untuk bercuti selama seminggu.

Ibu kanak-kanak terbabit, Nicky, 43, berkata, dia tidak sedar tersalah memberi pasport tersebut sehinggalah hendak menyimpan semula dokumen perjalanan itu.

“Ketika itu saya menjadi panik kerana merasakan ada pegawai akan datang mengejar kami, tetapi tiada apa-apa yang berlaku.

“Pasport itu tidak kelihatan asli kerana ada gambar patung beruang berwarna emas di bahagian kulit depan selain berbeza saiz dengan pasport saya dan suami saya, Allen,’’ katanya.

Wanita itu berkata, pasport mainan tersebut pula tertera gambar kuda bertanduk berwarna merah jambu.

“Apa yang membimbangkan kami sebagai ibu bapa, kejadian itu menunjukkan mudahnya seorang kanak-kanak diseludup keluar ke negara lain,’’ katanya. - AGENSI


http://anakharimau.blogspot.com
 Runtuh sana sini di Malaysia, marilah kita taubat dan solat hajat
Posted on Friday, June 14 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh penjualcendol

Oleh: rozmal

"Sekarang ini runtuh sana sini di Malaysia. Negeri tadbiran BN runtuh, tadbiran Pakatan Rakyat pun runtuh.

Sebelum kita hendak menuding jari atau sebelum kita hendak melakukan siasatan punca kejadian, marilah kita semua umat Islam di Malaysia ini bertaubat dan melakukan solat hajat, agar bala runtuh ini tidak berpanjangan di Malaysia.


Masjid runtuh, stadium runtuh, flyover runtuh, jambatan runtuh, tangki air runtuh, terkini menara telekomunikasi pun runtuh.
Sedarlah wahai umat Islam semua, masjid-masjid di Malaysia ini makan lama makin mati, khutbah Jumaat pula makin lama makin boring.
Artikel saya sebelum ini mengenai banyaknya Masjid yang mati di http://rozmal.blogspot.com/2013/05/masjid-masjid-yang-mati-di-rembau.html
Artikel saya sebelum ini mengenai Khutbah Jumaat yang perlu direformasikan di http://waghih.blogspot.com/2011/03/khutbah-jumaat-perlu-tekan-sakit-mental.html

  Minum 2 liter darah untuk lebih sihat
Posted on Friday, June 14 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh penjualcendol

Blog PenjualCendol



PENNSYLVANIA - Seorang wanita yang mempunyai tabiat seperti pontianak sanggup minum darah sebanyak dua liter setiap bulan.

Julia Caples, 45, ibu kepada dua orang anak yang berusia di antara sembilan dan 24 tahun.

Dia akan mengambil dua liter darah setiap bulan atas alasan mahu mengekalkan bentuk badan yang menarik.

“Apabila saya minum darah, saya akan rasa lebih sihat dan kuat,” katanya dipetik Daily Mirror.

“Saya juga akan berasa lebih cantik jika kerap minum darah. Setakat ini saya sihat dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan. Saya juga berasa sentiasa bertenaga,” ujarnya.

Caples sebaliknya tidak akan mengambil bekalan darah secara haram atau menyerang mangsa sebaliknya, akan mencari penderma darah yang sanggup menderma darah dan datang sendiri ke rumahnya.


Dengan anaknya



http://penjualcendol.blogspot.com

  Adnan Menderes, Pejuang Islam Turki Syahid di Tali Gantung.
Posted on Friday, June 14 @ 07:14:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh penjualcendol

Oleh: kamal_hasan

"Seorang Adnan Menderes, hanya dalam 10 tahun perjuangannya, sekolah-sekolah Islam yang dibukanya, lembaga-lembaga tahfiz yang telah digerakkan, masjid-masjid yang dibangunkan, azan yang idikembalikan dalam bahasa Arab, ternyata membuahkan hasil semenjak tahun 1996 dengan kemunculan Necmettin Erbakan, dan sehingga penghujung tahun 2006, benih-benih dakwah Menderes muncul seperti: Abdullah Gull, Recep Tayip Erdogan, dan generasi terbaik Turki saat ini.

Ali Adnan Ertekin Menderes (lahir di Aydin tahun 1899 – meninggal di Imrali, 17 September 1961 pada umur 62 tahun) merupakan seorang negarawan Turki dan pimpinan pertama yang dipilih secara demokratisdalam sejarah Turki. Ia menjawat jawatan Perdana Menteri Turki antara tahun 1950–1960. Salah seorang pengasas Parti Demokrat pada tahun 1946, parti oposisi rasmi ke-4 di Turki.


Masyhur di kalangan masyarakat Turki tersebar kisah Adnan Menderes menaiki sebuah pesawat terbang. Semasa di angkasa, salah satu mesin pesawat mati. Pilot pesawat mengumumkan keadaan emergency. Menderes bersumpah, jika Tuhan selamatkan dirinya, dia berjanji untuk mengembalikan kejayaan Islam di Turki. Akhirnya pesawat pun terbakar. Satu-satunya penumpang yang selamat, hanya dirinya. Allahu a’lam.
Dia dikenali sebagai orang yang pertama kali mengembalikan azan ke dalam bahasa Arab, dimana sejak lama diubah oleh Kamal Attaturk ke dalam bahasa Turki.
Tahun 1950 bergabung dengan Parti Demokrat Turki dan menjadi calon untuk pilihanraya.Amerika pada masa itu mensasarkan bahawa Menderes akan kalah dengan manifesto-manifesto yang dibawanya. Antara kempen Menderes ialah:
-Azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab.
-Ibadah haji diizinkan.
-Pembukaan kembali sekolah-sekolah agama (Islam) dan pengajaran agama di sekolah-sekolah umum.
-Membatalkan dasar yang melarang hijab bagi Muslimah.
Dan hasilnya sangat mencengangkan! Parti Attaruk menurun 32 keursi. Manakala Parti Demokrat meraih 318 keursi. Adnan Menderes dipilih menjadi PM Turki, dengan presiden Celâl Bayar.


Semenjak dilantik menjadi PM, Menderes memenuhi janji-janji di dalam manifesto. Pelantikannya bertepatan dengan awal Ramadhan dan dalam masa yang sama, Menderes mengisytiharkankan azan dengan bahasa Arab, kebebasan berpakaian untuk muslimah, pengajaran di masjid-masjid, dan dibolehkan memakmurkan masjid.
Pada pilihanraya 1954, parti Attatruk sekali lagi menurun secara drastik hingga tinggal 24 keursi. Pada masa yang sama, Menderes mengizinkan peraturan yang membolehkan pengajaran Bahasa Arab, pengajaran Al-Qur’an di seluruh sekolah menengah, membangunkan 10,000 masjid dan 22 maahad Islam di Anatolia, dalam rangka akselerasi program para khatib, da’i, dan guru-guru Al-Qur’an. Menderes juga megizinkan penerbitan buku-buku Islam, majalah-majalah, atau lebaran yang menyerukan agar kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam. Lebih dari itu, Menderes mengaktifkan kembali masjid-masjid yang dijadikan gudang-gudang untuk kembali menjadi tempat ibadah dan membuka 25 madrasah tahfiz Al-Qur’an.
Menderes mulai aktif menjalin hubungan dengan Dunia Arab melawan Israel. Antaranya, melaksanakan aturan ketat untuk setiap kargo yang masuk dari Israel, baik kargo ubat-ubatan atau barang yang 'Made in Israel'. Malah Menderes pernah mengusir Duta Israel di Turki tahun 1956.
Arus Islamisasi yang begitu deras, membuat golongan anti Islam di Turki kepanasan. Didalangi oleh para jeneral dari zaman Kamal Attatruk banyak menikmati kucuran dollar dari Israel, Jeneral Kamal Joe Russel menangkap dan menghukum gantung Menderes.
Sebab-sebab Menderes dihukum gantung telah ditulis oleh seorang wartawan bernama Sami Kohen, "Penyebab hukuman mati Menderes adalah, kebijakan politiknya yang teramat dekat dengan dunia Islam, sebaliknya dingin dan kaku dengan Israel. Selain itu, kunjungan terakhirnya ke beberapa negara Teluk, yang kemudian dilanjutkan beribadah haji, menjadi sebab kemarahann militer tentera Turki."
Dengan izin Allah, Menderes syahid di tali gantung
Seorang Adnan Menderes, hanya dalam 10 tahun perjuangannya, sekolah-sekolah Islam yang dibukanya, lembaga-lembaga tahfiz yang telah digerakkan, masjid-masjid yang dibangunkan, azan yang idikembalikan dalam bahasa Arab, ternyata membuahkan hasil semenjak tahun 1996 dengan kemunculan Necmettin Erbakan, dan sehingga penghujung tahun 2006, benih-benih dakwah Menderes muncul seperti: Abdullah Gull, Recep Tayip Erdogan, dan generasi terbaik Turki saat ini.
Tak ramai yang mengenal dan pernah dengar tentang Adnan Menderes di dalam dunia Islam. Mungkin sebab Menderes tak pandai mengarang buku-buku, hingga tak ada yang menggelarnya 'Allamah Mujtahid Mutlaq Syaikh.' Tetapi pengorbanannya menjadi teladan bagi generasi muda Turki, sejajar dengan Imam Syahid Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb, Raja Faisal dan lain-lain lagi
-Wallahua'lam-

 

Tiada ulasan: