1Malaysia: Tiada layanan Pusat untuk negeri PR?
Hazayani Zakaria, | 29 Jun 2013 |
Merujuk kepada Kelantan, Takiyuddin berkata pemberian wang ihsan daripada royalti petroleum disalurkan kepada rakyat negeri itu melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
Sebaliknya kata beliau, wang ihsan kepada rakyat Negeri Terengganu disalurkan terus kepada kerajaan negeri yang diperintah Kerajaan BN.
"Kita tahu bahawa Gagasan 1Malaysia ini namanya cantik. Mungkin matlamatnya juga baik. Akan tetapi dari segi aplikasinya atau penggunaannya, saya ingin bertanya adakah menjadi satu tata amalan dalam melaksanakan konsep 1Malaysia ini, apabila ia digunakan,penggunaannya dari segi pendekatannya berbeza antara negeri-negeri?
"Wang ihsan kepada Kelantan tidak diberi kepada kerajaan negeri. Diberi kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan yang mana JPP Kelantan ini yang membuat keputusannya dari segi penggunaan wang ihsan, bukan kerajaan negeri.
"Jadi saya hendak mendapatkan penjelasan Yang Berhormat Menteri, adakah ini pendekatan 1Malaysia antara negeri?" soal beliau kepada Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rayat kelmarin.
Shabery dalam jawapannya bagaimanapun tidak memberikan jawapan yang tepat kepada soalan tersebut sebaliknya berkata perbezaan pendekatan itu boleh diuruskan.
Beliau menegaskan, rakyat Kelantan tetap mendapat bantuan walaupun bukan secara terus kepada kerajaan negeri.
Shabery juga cuba mengalih tajuk dengan menatakan bahawa Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang besar kepada Kelantan.
"Rakyatnya dapat (wang ihsan) cuma tidak setuju kalau tidak melalui kerajaan negeri. Itu boleh diuruskan dalam soal ini. Akan tetapi perlu dilihat banyak lagi perkara lain yang dibuat oleh Kerajaan Pusat (seperti) menyalurkan pelbagai lagi peruntukan dan sebagainya kepada kerajaan negeri.
"Soal air misalnya, soal membayar gaji imam, gaji guru-guru KAFA. Sepatutnya itu adalah urusan agama, urusan negeri tetapi peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri begitu besar sekali dan yang terbesarnya ialah di negeri Kelantan. Kalau dibandingkan negeri-negeri lain, Kelantan mendapat peruntukan yang besar," katanya.
CAP gesa keluar fatwa pengharaman shisha
Harakahdaily, | 29 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR:
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyambut baik langkah yang
diambil oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang mengharamkan kegiatan
menghisap dan menjual shisha di negeri itu kerana ia mendatangkan
kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok.
CAP sejak beberapa tahun yang lalu telah menggesa pihak berkuasa yang berkenaan agar mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana ia ternyata boleh memudaratkan kesihatan penggunanya.
CAP dalam satu kenyataan akhbar pada 29 Oktober 2012 menggesa pihak berkuasa mengharamkan terus penggunaan shisha yang semakin berleluasa di seluruh negara terutama sekali dalam kalangan anak-anak muda.
“Namun begitu usaha dan gesaan yang dibuat oleh CAP itu tidak mendapat maklum balas daripada yang berkenaan,” ujar Presiden CAP, SM Mohamed Idris dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Selaras dengan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Perlis itu, ujarnya CAP menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa yang mengharamkan penggunaan shisha sepertimana juga fatwa yang mengharamkan rokok.
Justeru, kata beliau CAP sekali lagi menyarankan pihak berkuasa berkenaan mengharamkan terus penggunaan shisha dan pihak berkuasa tempatan di seluruh negara ini tidak lagi mengeluarkan lesen perniagaan terhadap premis yang mempunyai kemudahan untuk menghisap shisha.
Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya berkata, mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-11/2013 pada 24 Jun lepas membuat keputusan itu.
Dr. Juanda berkata, amalan menghisap shisha bukan sahaja membuang masa tapi memudaratkan kesihatan terutama bagi golongan belia dan remaja.
Beliau berharap MPK dapat menghalang kegiatan penjualan shisha demi kepentingan masyarakat.
Menurutnya, langkah pengharaman itu dilaksanakan kerajaan negeri Melaka sejak 2009 dan Perlis juga menuruti jejak negeri itu kerana kegiatan itu didapati membawa kemudaratan yang besar.
Gejala menghisap shisha yang semakin menular dalam kalangan remaja masa kini dan kewujudan premis serta kedai yang menyediakan kemudahan menghisap shisha perlu diberi perhatian serius dengan segera oleh pihak berkuasa kesihatan dan majlis perbandaran.
“Langkah ini perlu diambil dengan segera oleh semua negeri yang masih belum mengeluarkan fakwa mengharamkan shisha memandangkan menghisap shisha ini dikatakan sama bahayanya dengan menghisap rokok,” ujar SM Idris lagi.
Katanya, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), amalan menghisap hookah atau shisha mempunyai risiko kesihatan yang sama seperti merokok atau menggunakan produk tembakau lain.
Penghisap shisha, ujar beliau biasanya menyedut asap sebanyak 50 hingga 200 kali atau selama 20 minit hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 liter hingga satu liter.
Menurutnya, mereka yang menghisap rokok selalunya menyedut sebanyak lapan hingga 12 kali dan mengambil masa hanya lima hingga tujuh minit serta menyedut 0.5 liter hingga 0.6 liter asap.
“Mengenai bahaya menghisap shisha ini, dikatakan penghisap shisha turut boleh mengalami ketagihan seperti penghisap rokok biasa, kerana penggunaan tembakau sebagai bahan utama sememangnya membahayakan kesihatan,” katanya.
Jelasnya, penggunaan arang dalam peralatan untuk menghisap shisha boleh meningkatkan masalah paru-paru berikutan arang yang digunakan boleh mendap dalam saluran pernafasan si penghisap.
Katanya, air didihan yang digunakan juga tidak dapat menapis toksin yang ada, memandangkan shisha turut mengandungi nikotin dan karbon dioksida yang terdapat dalam rokok biasa, penggunaan berterusan hanya akan memudaratkan kesihatan dalam jangka masa penjang.
Tambah beliau, tindakan tegas perlu diambil segera memandangkan penggunaan shisha boleh memudaratkan kesihatan demi untuk menjaga kesejahteraan generasi kita yang akan datang.
SHAH ALAM: Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menjunjung kasih titah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya mementingkan, memelihara serta meningkatkan kebajikan rakyat di negeri ini.
Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Ean Yong Hian Wah berkata, titah DYMM Sultan supaya Kerajaan Negeri memperluaskan dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) itu adalah demi kebaikan rakyat di negeri ini.
Katanya, bagi memastikan kebajikan rakyat terus terbela, pimpinan PR berhasrat untuk meneruskan program MES sedia ada selain menambah beberapa agenda lain bagi memenuhi kehendak rakyat.
“DYMM Tuanku memuji program MES yang dilaksanakan Kerajaan Negeri, maka kita akan meneruskan usaha untuk memberi lebih banyak kebajikan kepada rakyat.
“Saya juga menyambut baik saranan DYMM Tuanku untuk meningkatkan pelaburan asing dan domestik dengan berusaha sedaya upaya mengekalkan negeri Selangor sebagai satu destinasi pelaburan terbaik di Malaysia,” ulasnya berhubung titah DYMM Sultan Selangor sempena Majlis Perasmian Persidangan Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor ke-13 semalam.
Sementara itu, Adun Sekinchan, Ng Swee Lim menyifatkan seruan Tuanku Sultan supaya wakil rakyat dan penjawat awam bersama-sama membangunkan Selangor dan menjaga kepentingan rakyat perlu disambut baik oleh semua pihak.
Malah katanya, titah Sultan berhubung peningkatan rizab Selangor sehingga mencecah RM2.5 bilion membuktikan kecekapan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam menguruskan perbelanjaan negeri.
“Ini adalah satu perakuan yang cukup baik kepada kerajaan Pakatan Rakyat di mana terbukti pimpinan Menteri Besar cukup cekap khususnya dalam pengurusan ekonomi dan berbelanja secara berhemah.
“Dalam tempoh lima tahun dan penggal kali ini, kemenangan PR sudah bertambah lebih sekaligus menunjukkan bahawa rakyat cukup berpuas hati dan menerima cara pentadbiran PR yang telus, berintegriti dan berwibawa,” katanya.
Titah Sultan berkenaan kebajikan Orang Kelainan Upaya(OKU) dan Orang Asal disambut baik Exco Kebajikan, Rodziah Ismail.
Baginda berharap agar kedua-dua golongan tersebut terus dibela supaya mereka dipandang sama rendah dan tinggi dengan semua rakyat yang lain.
“Sebenarnya sejak tahun lepas kita (Kerajaan Negeri) sudahpun bersetuju untuk mewujudkan Majlis Pemuafakatan OKU agar kita dapat melihat dengan lebih dekat akan kehendak dan kepentingan mereka selain daripada menyediakan infrastruktur yang sesuai,”kata Rodziah yang ditemui sejurus selesai majlis perasmian.
Apakah Najib akan mengambil tindakan ke atas Menteri Dalam Negeri dan
Ketua Polis Negara? Tahap kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir
urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, iaitu KPN dan
Menteri Dalam Negeri, sedang berjerebu
Belum pun reda betul jerebu yang diakibatkan oleh kebakaran gambut di Riau dan Sumatera dan telah menyebabkan darurat diisytiharkan di beberapa kawasan dan ribuan sekolah ditutup di beberapa buah negeri, Malaysia kini dilanda pula oleh jerebu baru – jerebu kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir-urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, iaitu Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri.
Siapa sangka dalam masa hanya 48 jam kredibiliti dan kewibawaan dua pegawai tertinggi keselamatan negara – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – boleh hancur lebur.
Pada hari Rabu, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk V.T. Singham (mencapai usia 65 tahun hari ini dan telah mengambil keputusan untuk bersara setahun lebih awal daripada sepatutnya), mendapati Khalid ketika menjadi ketua polis Selangor bertanggungjawab atas kematian A Kugan. Kugan yang disyaki terlibat dalam kes curi kereta telah mati akibat kecederaan teruk dalam tahanan polis di Balai Polis Taipan pada 20 Januari 2009.
Sejarah dalam bidang kehakiman tercipta apabila hakim memutuskan keluarga Kugan berhak menerima pampasan sebanyak RM801,700 kerana polis dan kerajaan boleh dipertanggungjawabkan atas kematian Kugan, manakala Khalid pula boleh dipertanggungjawabkan kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai penjawat awam.
Kelmarin, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Zahid untuk mengenepikan saman terhadapnya yang dikemukakan oleh ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah berikutan serangan yang berlaku pada tahun 2006.
Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Md Raus Sharif yang mengetuai panel lima orang hakim menyebut bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh peguam Zahid, Shamsul Bahrain Ibrahim, adalah berfakta dan perlu didengar dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
Dengan keputusan mahkamah tertinggi dalam negara ini, saman sivil oleh Amir Bazli Abdullah terhadap menteri dalam negeri akan mula didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Ogos nanti.
Baru dua minggu lalu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut bahawa pengundi Malaysia telah menyampaikan mesej yang jelas dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu, iaitu bahawa mereka mahu kerajaan bersikap tegas mempertahankan institusi-institusi penting dalam negara, “menguatkuasakan undang-undang, menegakkan Perlembagaan”. Malangnya dua insiden melibatkan Menteri Dalam Negeri dan KPN ini menyampaikan mesej yang berlawanan, iaitu betapa kredibiliti, integriti, dan kewibawaan institusi-institusi negara sedang diancam hebat selepas PRU13.
Sukar untuk Menteri Dalam Negeri meminta KPN memikul tanggungjawab penuh atas kematian Kugan sedangkan pada masa yang sama persoalan timbul mengapa polis tidak membuat penyiasatan dan mendakwa Zahid atas serangan terhadap Amir Bazli pada tahun 2006.
Pada masa yang sama juga, KPN tidak boleh menggesa Menteri Dalam Negeri untuk memikul tanggungjawab penuh atas kes serangan pada tahun 2006 itu kerana Khalid sendiri sedang dipertanggungjawabkan atas kematian Kugan dalam tahanan polis pada tahun 2009.
Langkah Menteri Dalam Negeri dan KPN nampaknya sedang terkunci kerana kedua-duanya tidak dapat menggunakan kuasa masing-masing ke atas satu sama lain kerana kedua-dua mereka mempunyai pekung tersendiri.
Apakah ini caranya kerajaan Barisan Nasional memulihkan kepercayaan rakyat dalam negara dan warga dunia terhadap institusi-institusi utama dalam negara selepas PRU13?
Belum pun dua bulan selepas PRU13, kerajaan Barisan Nasional telah mula berdepan dengan krisis tadbir-urus yang parah.
Rakyat Malaysia berhak tahu bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hendak menyelesaikan jerebu terbaru ini yang menjejaskan tahap kebertanggungjawaban, integriti, dan tadbir-urus yang baik oleh dua pegawai keselamatan tertinggi negara. Rakyat mahu tahu sama ada beliau akan menamatkan perkhidmatan mereka, menggantung, atau mengarahkan kedua-dua mereka mengambil cuti sehinggalah mereka berjaya membersihkan diri daripada tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap mereka.
Hari terakhir bagi minggu pertama sidang Parlimen ke-13 ini sangat bersejarah bagi diriku. Kebetulan pula Yang Berhormat Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS tidak hadir sidang hari ini kerana faktor kesihatan, maka saya telah diminta oleh ketua Whip YB Datuk Mahfuz Omar untuk mengambil giliran YB Datuk Seri Presiden bagi membahas Titah Diraja.
Setelah tiba giliran sekitar jam 3.30 petang, Timbalan Yang Dipertua memberi laluan kepada saya untuk menyempurnakan tugas bahas Titah Diraja dalam masa yang diperuntukkan selama 30 minit.
Saya akui, peluang ini membuatkan saya sangat teruja untuk mengemukakan pandangan dan membawa suara rakyat Temerloh ke dewan yang mulia ini.
Saya memulakan perbahasan dengan dengan membawa 3 topik besar iaitu:
a] Keabsahan Pembangkang
b] Temerloh Bandar Ilmu
c] Pendidikan Seimbang
Agak menarik gaya dan style perbahasan di Parlimen, di mana senantiasa ada ahli-ahli Yang Berhormat bangun memohon laluan untuk membalas hujah secara spontan dan sesekali ada ahli yang berhormat mengambil kesempatan untuk berucap panjang setelah laluan diberi. Justeru peruntukan masa yang sangat terbatas, saya hanya sempat memberi laluan kepada 6 orang ahli yang berhormat, termasuk dari Pakatan Rakyat.
Memang banyak kelemahan pada ucapan atau penyampaian saya dalam segenap segi, betapa saya masih perlu banyak masa, latihan dan persediaan untuk jadi yang terbaik. Abang-abang senior pasti menjadi pembakar semangat untuk terus maju menyahut cabaran. Saya tidak pernah mengimpikannya namun sedar bahawa saya mesti berusaha dan berjuang untuk melunaskannya.
Setakat ini dari pihak Barisan Nasional, saya memilih pembahas YB Tan Sri Annuar Musa dari Ketereh sebagai pembahas yang unik dan mempunyai kelebihan tersendiri sebagai pembahas yang hidup berbanding yang lain.
Dewan ditangguhkan ke hari Isnin depan tepat jam 5.35 pm.

Kebajikan: Adun PR junjung titah Sultan Selangor
Selangorku, | 29 Jun 2013 |
SHAH ALAM: Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menjunjung kasih titah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya mementingkan, memelihara serta meningkatkan kebajikan rakyat di negeri ini.
Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Ean Yong Hian Wah berkata, titah DYMM Sultan supaya Kerajaan Negeri memperluaskan dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) itu adalah demi kebaikan rakyat di negeri ini.
Katanya, bagi memastikan kebajikan rakyat terus terbela, pimpinan PR berhasrat untuk meneruskan program MES sedia ada selain menambah beberapa agenda lain bagi memenuhi kehendak rakyat.
“DYMM Tuanku memuji program MES yang dilaksanakan Kerajaan Negeri, maka kita akan meneruskan usaha untuk memberi lebih banyak kebajikan kepada rakyat.
“Saya juga menyambut baik saranan DYMM Tuanku untuk meningkatkan pelaburan asing dan domestik dengan berusaha sedaya upaya mengekalkan negeri Selangor sebagai satu destinasi pelaburan terbaik di Malaysia,” ulasnya berhubung titah DYMM Sultan Selangor sempena Majlis Perasmian Persidangan Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor ke-13 semalam.
Sementara itu, Adun Sekinchan, Ng Swee Lim menyifatkan seruan Tuanku Sultan supaya wakil rakyat dan penjawat awam bersama-sama membangunkan Selangor dan menjaga kepentingan rakyat perlu disambut baik oleh semua pihak.
Malah katanya, titah Sultan berhubung peningkatan rizab Selangor sehingga mencecah RM2.5 bilion membuktikan kecekapan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam menguruskan perbelanjaan negeri.
“Ini adalah satu perakuan yang cukup baik kepada kerajaan Pakatan Rakyat di mana terbukti pimpinan Menteri Besar cukup cekap khususnya dalam pengurusan ekonomi dan berbelanja secara berhemah.
“Dalam tempoh lima tahun dan penggal kali ini, kemenangan PR sudah bertambah lebih sekaligus menunjukkan bahawa rakyat cukup berpuas hati dan menerima cara pentadbiran PR yang telus, berintegriti dan berwibawa,” katanya.
Titah Sultan berkenaan kebajikan Orang Kelainan Upaya(OKU) dan Orang Asal disambut baik Exco Kebajikan, Rodziah Ismail.
Baginda berharap agar kedua-dua golongan tersebut terus dibela supaya mereka dipandang sama rendah dan tinggi dengan semua rakyat yang lain.
“Sebenarnya sejak tahun lepas kita (Kerajaan Negeri) sudahpun bersetuju untuk mewujudkan Majlis Pemuafakatan OKU agar kita dapat melihat dengan lebih dekat akan kehendak dan kepentingan mereka selain daripada menyediakan infrastruktur yang sesuai,”kata Rodziah yang ditemui sejurus selesai majlis perasmian.
Dalam 48 jam kredibiliti Khalid, Zahid hancur lebur
Lim Kit Siang, | 29 Jun 2013 |
Belum pun reda betul jerebu yang diakibatkan oleh kebakaran gambut di Riau dan Sumatera dan telah menyebabkan darurat diisytiharkan di beberapa kawasan dan ribuan sekolah ditutup di beberapa buah negeri, Malaysia kini dilanda pula oleh jerebu baru – jerebu kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir-urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, iaitu Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri.
Siapa sangka dalam masa hanya 48 jam kredibiliti dan kewibawaan dua pegawai tertinggi keselamatan negara – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – boleh hancur lebur.
Pada hari Rabu, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk V.T. Singham (mencapai usia 65 tahun hari ini dan telah mengambil keputusan untuk bersara setahun lebih awal daripada sepatutnya), mendapati Khalid ketika menjadi ketua polis Selangor bertanggungjawab atas kematian A Kugan. Kugan yang disyaki terlibat dalam kes curi kereta telah mati akibat kecederaan teruk dalam tahanan polis di Balai Polis Taipan pada 20 Januari 2009.
Sejarah dalam bidang kehakiman tercipta apabila hakim memutuskan keluarga Kugan berhak menerima pampasan sebanyak RM801,700 kerana polis dan kerajaan boleh dipertanggungjawabkan atas kematian Kugan, manakala Khalid pula boleh dipertanggungjawabkan kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai penjawat awam.
Kelmarin, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Zahid untuk mengenepikan saman terhadapnya yang dikemukakan oleh ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah berikutan serangan yang berlaku pada tahun 2006.
Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Md Raus Sharif yang mengetuai panel lima orang hakim menyebut bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh peguam Zahid, Shamsul Bahrain Ibrahim, adalah berfakta dan perlu didengar dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
Dengan keputusan mahkamah tertinggi dalam negara ini, saman sivil oleh Amir Bazli Abdullah terhadap menteri dalam negeri akan mula didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Ogos nanti.
Baru dua minggu lalu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut bahawa pengundi Malaysia telah menyampaikan mesej yang jelas dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu, iaitu bahawa mereka mahu kerajaan bersikap tegas mempertahankan institusi-institusi penting dalam negara, “menguatkuasakan undang-undang, menegakkan Perlembagaan”. Malangnya dua insiden melibatkan Menteri Dalam Negeri dan KPN ini menyampaikan mesej yang berlawanan, iaitu betapa kredibiliti, integriti, dan kewibawaan institusi-institusi negara sedang diancam hebat selepas PRU13.
Sukar untuk Menteri Dalam Negeri meminta KPN memikul tanggungjawab penuh atas kematian Kugan sedangkan pada masa yang sama persoalan timbul mengapa polis tidak membuat penyiasatan dan mendakwa Zahid atas serangan terhadap Amir Bazli pada tahun 2006.
Pada masa yang sama juga, KPN tidak boleh menggesa Menteri Dalam Negeri untuk memikul tanggungjawab penuh atas kes serangan pada tahun 2006 itu kerana Khalid sendiri sedang dipertanggungjawabkan atas kematian Kugan dalam tahanan polis pada tahun 2009.
Langkah Menteri Dalam Negeri dan KPN nampaknya sedang terkunci kerana kedua-duanya tidak dapat menggunakan kuasa masing-masing ke atas satu sama lain kerana kedua-dua mereka mempunyai pekung tersendiri.
Apakah ini caranya kerajaan Barisan Nasional memulihkan kepercayaan rakyat dalam negara dan warga dunia terhadap institusi-institusi utama dalam negara selepas PRU13?
Belum pun dua bulan selepas PRU13, kerajaan Barisan Nasional telah mula berdepan dengan krisis tadbir-urus yang parah.
Rakyat Malaysia berhak tahu bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hendak menyelesaikan jerebu terbaru ini yang menjejaskan tahap kebertanggungjawaban, integriti, dan tadbir-urus yang baik oleh dua pegawai keselamatan tertinggi negara. Rakyat mahu tahu sama ada beliau akan menamatkan perkhidmatan mereka, menggantung, atau mengarahkan kedua-dua mereka mengambil cuti sehinggalah mereka berjaya membersihkan diri daripada tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap mereka.
Diari P.088 di Parlimen 27 Jun 2013
Nasrudin Hassan, | 29 Jun 2013 |
Hari terakhir bagi minggu pertama sidang Parlimen ke-13 ini sangat bersejarah bagi diriku. Kebetulan pula Yang Berhormat Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS tidak hadir sidang hari ini kerana faktor kesihatan, maka saya telah diminta oleh ketua Whip YB Datuk Mahfuz Omar untuk mengambil giliran YB Datuk Seri Presiden bagi membahas Titah Diraja.
Setelah tiba giliran sekitar jam 3.30 petang, Timbalan Yang Dipertua memberi laluan kepada saya untuk menyempurnakan tugas bahas Titah Diraja dalam masa yang diperuntukkan selama 30 minit.
Saya akui, peluang ini membuatkan saya sangat teruja untuk mengemukakan pandangan dan membawa suara rakyat Temerloh ke dewan yang mulia ini.
Saya memulakan perbahasan dengan dengan membawa 3 topik besar iaitu:
a] Keabsahan Pembangkang
b] Temerloh Bandar Ilmu
c] Pendidikan Seimbang
Agak menarik gaya dan style perbahasan di Parlimen, di mana senantiasa ada ahli-ahli Yang Berhormat bangun memohon laluan untuk membalas hujah secara spontan dan sesekali ada ahli yang berhormat mengambil kesempatan untuk berucap panjang setelah laluan diberi. Justeru peruntukan masa yang sangat terbatas, saya hanya sempat memberi laluan kepada 6 orang ahli yang berhormat, termasuk dari Pakatan Rakyat.
Memang banyak kelemahan pada ucapan atau penyampaian saya dalam segenap segi, betapa saya masih perlu banyak masa, latihan dan persediaan untuk jadi yang terbaik. Abang-abang senior pasti menjadi pembakar semangat untuk terus maju menyahut cabaran. Saya tidak pernah mengimpikannya namun sedar bahawa saya mesti berusaha dan berjuang untuk melunaskannya.
Setakat ini dari pihak Barisan Nasional, saya memilih pembahas YB Tan Sri Annuar Musa dari Ketereh sebagai pembahas yang unik dan mempunyai kelebihan tersendiri sebagai pembahas yang hidup berbanding yang lain.
Dewan ditangguhkan ke hari Isnin depan tepat jam 5.35 pm.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan