TPP: Kerajaan akur desakan Amerika
Muhammad Faizal, | 19 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Penganalisis ekonomi, Dr Rosli Yaakop (gambar)
menyifatkan kerajaan akur dengan desakan kuasa besar ekonomi Amerika
Syarikat (AS) apabila meneruskan rundingan Perjanjian Perkongsian
Trans-Pasifik (TPP) pada 15 hingga 25 Julai di Kuala Lumpur nanti.
Beliau berkata rundingan tersebut telah mencapai tahap 70 peratus dan dijangkakan akan dilaksanakan pada hujung tahun ini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan itu turut menekankan TPP akan memberi kesan yang teruk kepada pengguna selain turut menggadai maruah dan kedaulatan negara kepada sebuah negara yang mendapat keuntungan hasil perjanjian tersebut.
"Saya melihat kerajaan akur dengan desakan AS untuk melaksanakan TPP sehingga terus melakukan rundingan pada bulan Julai nanti tanpa ada alasan untuk menolak cadangan tersebut.
"Kita kena tahu apabila TPP ditandatangani ia akan terus memberi tekanan kepada pengguna atas kenaikkan harga terutama perubatan selain mengadaikan maruah kedaulatan negara kepada AS yang kita tahu sikap mereka untuk mendapatkan keuntungan dari TPP," jelas beliau yang ditemui hari ini.
Katanya, TPP dilihat memberikan kesan yang buruk kepada negara ini terutamanya dalam bidang perubatan dan juga industri makanan.
Jelas Dr Rosli lagi, pelaksanaan TPP merupakan satu penjajahan baru dunia melalui kuasa ekonomi sehingga sesebuah negara itu terpaksa akur dengan apa yang terkandung dalam perjanjian apabila mereka menandatangani.
Katanya lagi, jika Malaysia menandatangi perjanjian tersebut negara ini tidak ada lagi peluang untuk keluar serta membatalkan perjanjian itu mengakibatkan Malaysia berada di bawah sebuah kuasa besar AS.
Jika berlaku apa-apa tuntutan mahupun permasalah segalanya akan ditentukan melalui undang-undang lain dan mahkamah bukannya berada di Malaysia tetapi di sebuah negara yang mempunyai pengaruh kuat.
"Inilah dikatakan penjajahan alaf baru melalui kuasa ekonomi, sekali kita terperangkap maka tidak ada jalan keluar untuk kita, apatah lagi jia berlaku sesuatu tuntutan dan untuk menyelesaikannya ia dilakukan oleh sebuah undang-undang lain yang mahkamah bukannya di Malaysia.
"Ini bermakna kedaulatan undang-undang negara ini telah tercabar secara tidak langsung, kuasa undang-undang bukan milik Malaysia tetapi milik kuasa ekonomi dunia dan adakah kita yakin dapat memenanginya," sambung beliau lagi.
Tambah beliau, Pakatan Rakyat akan terus menentang pelaksanaan TPP kerana ia akan melibatkan ekonomi tempatan akan rugi dan gulung tikar kerana tidak mampu bersaing selain faktor monopoli yang dilaksanakan AS.
Jelasnya, perjanjian tersebut bukannya berkonsepkan situasi menang menang (win win situation) tetapi lebih terjurus kepada perjanjian berat sebelah yang memberi keuntungan kepada AS sahaja.
"Kita perlu terima hakikat dengan pelaksanaan TPP ini menyebabkan harga barang akan naik berkali ganda terutamanya dalam perubatan apabila ia dimonopoli dan apa akan jadi kepada golongan berpendapatan rendah yang memerlukan perkhidmatan dalam kesihatan," katanya lagi.
Menurut kajian yang dilakukan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menunjukkan TPP akan menaikkan harga ubat-ubatan 60 hingga 80 peratus lebih tinggi dari harga sekarang.

Anak bekas tahanan ISA perlu bantuan kewangan
Harakahdaily, | 19 Jun 2013 |
SANDAKAN:
Anak bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mohidin Shari,
memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang
perubatan di sebuah universiti di Rusia.
Hummayroh Mohidin, 19, (gambar) bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sabah, Kota Kinabalu, telah menamatkan kursus asasi di sebuah akademi perubatan, di Kuala Lumpur dan perlu menjelaskan yuran pengajian untuk tahun pertama, sekitar RM60,000 dalam waktu terdekat.
Ibu Hummayroh, Kontesa Ahadi, yang ditemui di kediaman mentuanya, di perkampungan atas air, Sim-Sim, dekat sini, berkata, suaminya yang bekerja sebagai tukang gunting selepas dibebaskan daripada tahanan, telah berusaha sedaya upaya mencari bantuan tetapi belum berjaya.
"Sepatutnya Hummayroh sudah berangkat ke Moscow tahun lepas, tetapi disebabkan masalah kewangan ia tertunda dan beliau diberi tempoh lebih kurang dua bulan lagi untuk melangsaikan," kata Kontesa.
"Kami terpaksa menjual rumah untuk membiayai kursus asasi dan kini terpaksa menumpang dengan keluarga di sini," katanya sambil mengharapkan impian Hummayroh terkabul.
Hummayroh yang bertugas sebagai guru tuisyen pada setiap hujung minggu, ketika dihubungi Harakah, mendahulukan ucapan terima kasih kepada penderma.
Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, yang menziarahi keluarga Hummayroh di Sandakan baru-baru ini turut mengharapkan sumbangan orang ramai: "Moga-moga Hummayroh dapat membantu membina penghidupan baru buat keluarga dan tiga adik-adiknya yang lain."
Sumbangan kewangan boleh disalurkan terus ke akaun CIMB Islamic Bank, no 10090003372208, atas nama Mohidin Shari. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kontesa Ahadi, 014-5572157.
APA yang baru yang hendak dibuat oleh Datuk Seri Najib setelah menjadi Perdana Menteri semula?
Mula-mula menjadi Perdana Menteri empat tahun lalu ialah kata-kata hikmah transformasi berbagai lapangan. Transformasi itu dan transformasi ini. Kalau P.Ramlee ada masa ini dia akan berkata, ‘Berapa banyak transformasilaaaaa?’
Yang terbaru ini dia berkata kira-kira, menghadapi jenayah satu perjuangan. Tentu ia juga dalam rangka transformasi juga.
Kita sudah ada perjuangan membasmi kemiskinan, membasmi buta huruf, mendaulatkan bahasa, perjuangan memperkasa penggunaan bahasa Inggeris, perjuangan meningkat pelajaran orang Melayu, membasmi rasuah, politik wang dll. Kini menghadapi jenayah pula.
Adakah ia tanda jenayah sudah jadi ancaman paling atas sekarang?
Memang jenayah sekarang menjadi-jadi. Tiada hari yang tiada laporan jenayah dalam akhbar. Bukan sekadar satu jenayah sehari, bahkan beberapa kejadian jenayah sehari. Kalau bunuh di Amerika bukan berapa pembunuhan sehari tetapi berapa pembunuhan sejam. Sama kita pula tidak patut bertanya berapa penagih dadah sehari tetapi tanya berapa penagih baru sejam?
Dengan kempen perjuangan anti jenayah yang sepatutnya dilancarkan segera, maka apakah kempen mencegah rasuah sudah berjaya? Rasuah masih berada di tahap yang tinggi. Mungkin tidak setinggi Indonesia dan Filipina, tetapi boleh kita berbangga rasuah kita tidak setinggi negara-negara jiran? Tetapi jenayah rasuah kita amat teruk dibandingkan dengan pemerintahan sebelum merdeka dulu.
Berjuang memerangi jenayah adalah baik tidak kira jenayah di peringkat rendah atau apa lagi sudah di tahap yang tinggi. Jenayah bukan saja di luar balai polis tetapi sudah berlaku dalam lokap yang di sekitarnya tiada orang lain selain dari polis dan suspek.
Tiada di dunia jenayah meletup hancurkan mayat tetapi di Malaysia berlaku mayat diletup hancurkan seperti yang berlaku dalam pemerintahan Pak Lah terhadap mayat Altantuya, nyonya dari Mongolia.
Sepatut menghadapi jenayah sebagai satu pejuangan bermula dari waktu itu. Walaupun kejadian itu sudah hampir sepuluh tahun dan belum selesai, sekali pun terlambat, tetap tidak terbiar langsung dengan kenyataan Perdana Menteri itu. PM sudah ada ingatan sekarang untuk memulakan perjuangan memerangi jenayah.
Tetapi jenayah yang hendak ditangani itu sekadar mencegah jenayah yang hendak berlaku selepas kempen dilancarkan, tetapi mestilah juga menangani jenayah lampau yang belum diselesaikan seperti meletupkan mayat Altantuya itu.
Dalam rangka kempen itu kerajaan, Perdana Menteri dan kempen anti jenayah yang hendak diperjuangkan itu mesti respons terhadap tindakan mahkamah Perancis yang sedang menangani rasuah pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia dengan pengeluarnya di Perancis.
Loyar dari Perancis pernah datang ke negara ini untuk melakukan penyelidikan. Pihak berkuasa bukan sekadar tidak memberi kerjasama, tetapi menghambatnya dari negara kita.
Jika yang ini pun tidak diberi reaksi yang menggalakkan, maka yang dikatakan perjuangan terhadap jenayah itu adalah satu propaganda murahan sama seperti kata-kata kosong yang sudah selalu didengar.
Apapun jenayah mesti ditangani oleh semua. Menjadi-jadinya jenayah itu adalah isyarat Allah kepada umat dan kerajaan negara ini, betapi jenayah itu tiada dapat diperangan dengan mana undang-undang selain dari peraturan jenayah Islam iaitu hudud.
Isu hudud timbul dalam negara kita. Kita tolak sedang yang menolak itu adalah pemerintah dan pembesar Islam. Bila kita memilih undang-undang lain, maka jenayah tidak akan terhapus, bahkan ia menjadi-jadi.
Najib dan kerajaannya, bukan saja agak gagal dalam kempen itu kerana ia mengenepikan hudud, dan dengan segala imej yang ada padanya, kenyataannya menjadikan anti jenayah sebagai satu perjuangan adalah kata-kata kosong, malah mahu menyorokkan segala macam jenayah yang melibatkan para pembesar.

Perjuangan baru perangi jenayah
Subky Latif, | 19 Jun 2013 |

Dua pegawai SPRM Labuan maut kemalangan
Harakahdaily, | 19 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR:
Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Labuan meninggal
dunia dalam satu kemalangan di Jalan Tun Mustafa, Labuan jam 11.30 malam
tadi.
Kedua-dua mangsa, Herman Ahat, 33, dan Mohd Hafeez Bauzi, 31, cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut kenyataan SPRM, dalam tragedi itu, seorang kanak-kanak berusia dua tahun turut meninggal dunia manakala kedua-dua ibu bapanya cedera ringan.
Ketika kemalangan Herman dan Mohd Hafeez dalam perjalanan pulang dari Pejabat SPRM Labuan selepas selesai menjalankan tugas rasmi di Lapangan Terbang Labuan.
Herman yang telah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak sedang memandu keretanya semasa kemalangan tersebut.
Pengarah SPRM Labuan, Hasbillah Mohd Salleh melahirkan rasa sedih atas pemergian serentak dua pegawainya.
"Kedua-dua mereka merupakan pegawai yang berkomited dan berdedikasi," kata beliau.
Jenazah Herman telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sagukin tengah hari tadi manakala jenazah Mohd Hafeez pula telah selamat diterbangkan untuk dikebumikan di Kampung Sungai Karang Darat, Kuantan.
Dalam pada itu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga kedua-dua mangsa berkenaan dan pemergian keduaduanya dianggap sebagai kehilangan yang besar kepada SPRM Labuan khususnya dan seluruh warga SPRM amat bersedih atas pemergian kedua-duanya.

Bila lagi mahu bina hospital baru Dungun
Salmiyah Harun, | 19 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR:
Projek pembinaan hospital baharu daerah Dungun yang dirancang sejak
sekian lama bagi menggantikan hospital sedia ada sehingga hari ini masih
belum bermula.
Hospital Dungun yang sedia ada dibina sejak tahun 60-an lalu sudah tidak dapat menampung keperluan rakyat di daerah itu yang semakin bertambah.
Menurut Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli (gambar) perkembangan di Dungun sebagai daerah yang sudah dinaik taraf perlu menyediakan infrastruktur dan keperluan mengikut taraf perbandarannya.
Katanya, hospital yang moden sangat diperlukan apatah lagi selari dengan perkembangan industri minyak dan gas di Kerteh yang melibatkan ramai pekerja.
"Berlaku sebarang kemalangan di Kerteh, mereka akan dirujuk ke Hospital Dungun yang paling dekat, kemudian barulah dipindahkan ke Hospital Kuala Terengganu sekiranya hospital Dungun tidak boleh memenuhi keperluan pesakit," katanya kepada Harakahdaily.
Malah katanya, jika Hospital Dungun tidak dinaikkan taraf bagaimana hendak memenuhi keperluan mendesak bukan sahaja rakyat di Dungun tetapi melibatkan pekerja-pekerja industri ini.
Peruntukan untuk membina Hospital Dungun, katanya telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat dalam pembentangan Bajet 2013 lalu namun sehingga kini pembinaan masih belum bermula.
"Tapak juga telah dikenal pasti, beberapa kali Exco negeri bahagian kesihatan dipersoalkan perkara ini namun hasilnya agak mendukacitakan," katanya.
Beliau yang akan memasuki parlimen pada 24 Jun ini akan membangkitkan masalah pembinaan Hospital Dungun malah beliau pun sudah menghantar soalan kepada Kementerian Kesihatan untuk sesi kali ini.
Hari ini dalam sidang Dun Terengganu, Wan Hapandi Wan Nik (PAS-Sura) sekali lagi mendesak kerajaan negeri menyegerakan projek pembinaan Hospital Dungun yang sudah lama terbengkalai.
"Rakyat Dungun sangat memerlukan hospital baru kerana hospital sekarang sudah tidak dapat menampung bilangan pesakit yang ramai.
"Projek pembinaan hospital ini sudah diluluskan Kerajaan Pusat tapi sampai sekarang masih belum dibina, hanya ada tapak," katanya.
Pada Disember 2012 dalam sidang Dun, kerajaan negeri berjanji bahawa pembinaan hospital Dungun akan dimulakan pertengahan tahun ini.
Hospital itu akan dibina di Kampung Che Lijah, Dungun, di atas tapak berkeluasan 25 hektar dan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri waktu itu, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata, pembinaan hospital yang akan dibahagikan kepada dua fasa itu menelan belanja kira-kira RM150 juta.
KETEREH:
Berpandukan corak pengundian dan sambutan hangat ketika kempen pada
Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, Pakatan Rakyat optimis
perubahan sebenar akan berlaku pada PRU14 nanti.
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Ab Aziz Abdul Kadir berkata, hendak tukar sebuah rejim yang sudah lama bertapak bukan sesuatu perkara yang mudah.
“Sekarang kita perlu persiapkan jentera dan dana lebih awal. Ini kerana berdasar kepada momentum perkembangan semasa, anak-anak muda kelihatan begitu bersemangat sekali.
“Mereka seperti tidak takut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengendalian pilihan raya di negara ini,” katanya ketika ditemui di sini.
Pada pilihan raya umum lalu Ab Aziz gagal mempertahankan kerusi parlimen Ketereh. Malah situasi yang serupa juga berlaku di kerusi parlimen Machang dan Tanah Merah.
PKR hanya mempunyai seorang wakil rakyat di Kelantan pada penggal ini apabila Ruslan Puteh berjaya mempertahankan Dun Guchil. Pada penggal lalu Dun itu diwakili Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria.
Ab Aziz berkata, berdasar kepada beberapa siri himpunan Black 505 yang diadakan sebelum ini, kehadiran anak-anak muda begitu ramai sekali.
“Ketika saya turut hadir pada himpunan di Amcourt Mall baru-baru ini, pada jam 6 petang anak-anak muda sudah memenuhi sekitar kawasan itu.
“Perhimpunan seperti ini kita kena hidupkan. Kita tidak mahu semangat rakyat menjadi luntur. Kita kena masuk dalam minda anak muda, pilihan raya umum lalu penuh dengan tipu muslihat,” katanya.
KOTA BHARU: Syarikat penerbangan Firefly kini pada peringkat akhir kajian mengadakan penerbangan terus dari Kota Bharu ke Bangkok, Thailand dan Hanoi, Vietnam.
Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong berkata, pihaknya sedang dalam peringkat akhir kajian menjadikan Kelantan sebagai hub penerbangan jarak dekat di negara ini.
Katanya, matlamat syarikat itu memudahkan semua pihak menggunakan penerbangan untuk ke seluruh destinasi jarak dekat di rantau ini.
“Kami berharap kerajaan Kelantan memberi kerjasama sepenuhnya bagi merealisasikan matlamat tersebut.
“Ini secara tidak langsung membolehkan lebih ramai pelancong datang ke Kelantan bagi meningkatkan perkembangan ekonomi,” katanya pada pertemuan dengan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob di Kota Darulnaim hari ini.
Hadir sama pada pertemuan itu Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman.
Firefly sebelum ini mengadakan penerbangan terus dari Kota Bharu ke Singapura sebanyak empat kali seminggu bermula Ramadan tahun lepas.
Ignatius juga berkata, kadar permintaan penumpang di Kelantan begitu tinggi sehingga menyebabkan Firefly menyediakan lapan penerbangan sehari.
Ia meliputi Kota Bharu-Pulau Pinang, Kota Bharu–Subang dan Kota Bharu-Senai, Johor. Firefly milik penuh Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
Sementara itu Md Anizam berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi kerjasama kepada mana-mana syarikat penerbangan dalam usaha meningkatkan sektor pelancongan.
“Dengan adanya kemudahan pengangkutan yang lebih baik, ia akan dapat membantu meningkatkan perkembangan sektor pelancongan.
“Adalah dijangka dengan adanya penerbangan terus dari Kota Bharu ke Bangkok dan Hanoi dan sebaliknya, akan dapat meningkatkan lagi kadar pertumbuhan ekonomi di negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan tersebut.
Beliau juga berharap kerajaan pusat memberi kelulusan kepada mana-mana syarikat penerbangan yang berminat mengadakan penerbangan ke destinasi antarabangsa dari Kelantan.

Bukan mudah tukar rejim lama bertapak
Aslani M, | 19 Jun 2013 |

Penerbangan terus Kota Bharu ke Bangkok, Hanoi
Mohd Nor Yahya, | 19 Jun 2013 |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan