Selasa, 11 Jun 2013

ISLAM TETAP UNGGUL...BAGAIMANA KITA...KEUNGGULAN LEBIH TERSERLAH JIKA PENGANUTNYA TAAT PERINTAH ALLAH SWT

Bahaya Sosialis Terhadap Islam
Posted on Monday, June 10 @ 20:26:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: gill

""Sosialisme" iaitu suatu ideologi yang dipopularkan oleh Karl Marx (1818-1885) dan Engles (1820-1895) bagi melakukan peperangan ideologi terhadap para paderi dan juga agama itu sendiri dengan menggunakan kaedah yang dipanggil dialectical materialism, iaitu suatu scientific world outlook yang menentang sebarang kepercayaan terhadap kuasa ghaib.

Sosialisme yang masih menjadi teras anutan para pemuka golongan meragui hadis di Malaysia ini, kini dijadikan asas bagi mereka untuk melihat Islam ini seperti mana Kristian.

Kononnya telah wujudnya penindasan kelas lama terhadap kelas Muslim awam sebagaimana wujudnya golongan paderi yang menindas golongan Kristian awam. Mereka melihat Islam itu dari kerangka atau paradigma" sosialisme Barat.

Kalau awal 70-an dahulu di Malaysia pejuang sosialis menjadi jaguh dan pujaan sebahagian besar daripada golongan intelektual dan mahasiswa, maka kini perjuangan Islam lebih mendapat tempat di kalangan masyarakat terpelajar. Diparahkan lagi dengan robohnya tembok Kremlin dan gelombang kapitalisme yang semakin hebat, aliran sosialisme menjadi semakin nazak bahkan jenama "sosialis" itu sendiri sudah tidak laku lagi.

Justeru untuk kembali menarik perhatian masyarakat dan memberikan nafas baru kepada para pendokongnya di samping untuk merekrutkan ahli-ahli baru bagi golongan intelektual dan profesional, maka mereka turut terjun menangani persoalan agama, yang sebelum ini dianggap "candu masyarakat", kononnya bermatlamatkan untuk mengembalikan kesucian agama Islam itu dari tangan kotor" para ulama.

Dasar utama sosialisme, yang menentang pemilikan harta kekayaan oleh golongan kapitalis sebagai lesen untuk menindas golongan pekerja
(J.M. Rroberts, History of the World, hal. 605), kini digerakkan ke alam agama di mana golongan ulama pula kononnya dilihat berperanan sebagai "kapitalis" dalam agama.

Hak untuk bercakap mengenai agama mestilah dibebaskan dari didominasikan oleh para ulama sahaja sebaliknya ia hendaklah dijadikan milik awam dalam masyarakat yang tiada kelas (classless society) . Lantaran itu, para ulama perlu ditentang dan digulingkan dari kedudukan mereka yang tinggi itu agar tiada lagi beza antara ulama dan massa.

Fahaman sosialisme anutan golongan meragui hadis ini yang juga memberi penekanan yang begitu kuat terhadap kebebasan (liberty) dan persamaan (equality), telah berjaya menarik minat sebahagian golongan intelektual wanita Islam yang sudah sekian lama berjuang atas nama "pembebasan wanita" (women’s liberations/mancipation) untuk turut serta bersama mereka.

Kemasukan intelektual wanita Islam itu ke dalam "kandang" sosialisme golongan meragui hadis ini, telah memberikan platform bagi mereka untuk bersuara dengan lebih lantang lagi atas nama pembebasan dan persamaan hak wanita Islam, dan sekali gus bekerjasama memporak-perandakan kesucian, kemurnian dan keutuhan agama Islam. Golongan berlatarbelakangkan beginilah, yang mula ingin bercakap tentang Islam - bukan kerana cintakan Islam - tetapi kerana terpaksa ikut serta dalam arus kebangkitan Islam dengan masih mengekalkan kerangka atau "paradigma" sosialisme mereka. Namun malang kerana sosialisme usang tiada menyediakan apa-apa buat mereka tentang agama.

Justeru itu, mereka tercari-cari input agama bagi mengisinya di dalam kerangka yang kosong dan lantas menemukannya dalam orientalisma. Ditambah lagi dengan tiada kemahiran bahasa Arab, maka para orientalis Barat dan akal merekalah yang menjadi rujukan dan sandaran utama mereka bagi memahami agama Islam, termasuklah memahami kedudukan dan autoriti hadis.

Gambar Imam Mahdi Sudah Muncul di Iran?
Posted on Monday, June 10 @ 20:29:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: hijabulcrewz

"
 Imam Mahdi Syiah = Dajjal ???

Iris - published by the Iranian news agency "Knight" image a few days ago and she awaited Mahdi, accompanied by the commander of the Revolutionary Guards, where the image received widespread on the Internet and sharp criticism from the other.



The Iranian agency confirmed the emergence of the Mahdi them, said Dr. Ali al-Rubaie, the world expert in the Bahraini "mentalities": "Fars news agency published an initial images of the Mahdi which Iran has announced his appearance and promised to broadcast his voice and high-tech image."

He said they "awaited acknowledge that مهديهم, will not be a Muslim but will be on the Jewish religion and the law and the law of the Jews will judge the world according to their stories."

As commented Ammar Mahdi, a political activist that Iran occur slur to events Lebleba in the region, and said it lies no truth to its existence at all.

He was Minister of Communications and Information Technology of Iran that it will broadcast the voice and image of the "Mahdi" using the Internet, which raised a lot of eyebrows and surprising.

Said Major General Mohammad Hassan Nami: "Today, with the development of technology that excels on optical fiber, can be used layers of the atmosphere for the transfer of audio and visual information, and we will send voice and image of our master Imam Mahdi to the world through these new classes."

The remarks sparked a sensation in Iran, because it is beyond the scope of the familiar to the scope of hypocrisy and the usual Altakrev.
#Lagi berita sensasi di:-  http://hijabulcrewz.blogspot.com/
 Gambar Sokong Balas Terhadap Penyokong Tayyip Erdogan Lebih 5x Ganda. Sila Lihat
Posted on Monday, June 10 @ 20:25:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: abuluqman

"
Terbaru Perhimpunan balas penyokong Recep Tayyip Erdoğan, membuktikan Tayyib masih mendapatkan sokongan majoriti rakyat Turki! Jumlah yang hadir melebihi 5x ganda daripada demonstrasi puak penentang Tayyib.



Perhimpunan daripada demonstrasi puak penentang Tayyib. Tak ramai mana pun..

Untuk maklumat terkini / FB  KLIK SINI
 Bubarkan PKR dan fokus pengundi Melayu: 21 (PAS) + 16 (PKR) + 88 (UMNO)
Posted on Monday, June 10 @ 20:29:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: abu_thalhah

"Lihat pada keputusan PRU-13, jelas menunjukkan Undi Melayu adalah Faktor Utama UMNO masih bernafas.
PARLIMEN KERUSI MELAYU
(TIDAK TERMASUK KERUSI PARLIMEN MELAYU DI SARAWAK)
UMNO = 88
PAS = 21
PKR = 16
Jumlah = 125 (Majoriti Mudah)


Keputusan di atas sudah sepatutnya PAS dan Anwar Ibrahim mengkaji dan menganalisis secara IKHLAS, TERBUKA dan REALISTIK untuk melihat kekuatan sebenar dan punca kekalahan atau kelemahan yang sebenar pada PRU yang lepas
Kerusi Parlimen Kawasan Melayu jelas lebih memihak kepada UMNO terutama di kawasan luar bandar walaupun tanpa mendapat sokongan majoriti kaum cina.
Banyak Alasan di berikan tetapi yang lebih realistik adalah :


  1. Strategi pemecahan 3 parti PKR PAS dan UMNO untuk mewakili melayu telah menyebabkan orang melayu bersikap hati2 dan lebih senang memilih UMNO
  2. Kaedah Politik Yang Agresif melalui media sosial dengan maki hamun yang di tonjolkan oleh penyokong2 PR menjauhi sifat kaum melayu yg lebih lunak dengan mereka yang berlemah lembut. Dan UMNO lebih bersifat accomodative utk meraih simpati dan sokongan kaum melayu
  3. Gabungan DAP bukanlah satu perkara yang dapat di terima oleh kaum melayu apatah lagi apabila undi melayu di pecahkan lagi oleh PKR yang ada kaum bukan melayu
  4. Strategi UMNO yang berjaya meyakinkan kerasisan DAP melalui media massa dan 
  5. Kesilapan pemimpin DAP yang mengeluarkan kenyataan Tidak Mahu laksana HUDUD 4-5 hari sebelum PRU-13 membuktikan pada kaum Melayu, PR tidak serius untuk melaksanakan Islam dan
  6. PAS sekadar di pergunakan oleh Anwar Ibrahim dan DAP
  7. UMNO dengan segala penipuan dan sogokan saat akhir mengukuhkan kedudukan mereka di kawasan2 pengundi melayu luar bandar
  8. Adanya pemimpin2 PR yang sering kali melekehkan perjuangan kaum melayu menambahkan lagi rasa tidak percaya kaum melayu pada PR
  9. Orang melayu tidak gemar dengan politik demonstrasi menguatkan sokongan mereka pada UMNO

Walaupun di katakan Melayu sudah berubah menyokong DAP dan Calon Cina, namun ia masih kecil dan gagal mengubah persepsi itu
Sekiranya Anwar Melakukakan sesuatu yang drastik dengan menggabungkan PKR Dalam PAS dan tidak perlu bimbang pada sokongan kaum lain dahulu dan fokus mendapat 100 Kerusi PARLIMEN kaum melayu akan datang di rasakan lebih baik kerana :

  1. 2 Parti Melayu sahaja : PAS Vs UMNO
  2. Strategi PAS hanya fokus pada pengundi Melayu
  3. PAS Masih bergabung dengan DAP 
  4. PAS boleh mengubah status kaum melayu dengan lebih baik melalui pakej membantu kaum melayu dengan lebih baik dari Ketuanan UMNO
  5. PAS TAK PERLU TAKUT MENYOKONG GAGASAN MEMBANTU KAUM MELAYU
  6. PAS tetap akan membuka ruang dakwah seluas-luasnya kepada Kaum Non Muslim terutama Cina dan India
  7. PAS akan tetap utuh memperjuangakan HUKUM2 ISLAM dan lebih Jelas dan UTUH mengatakan mengenai ISLAM kepada semua orang
  8. PAS akan di lihat sebagai Pejuang Kaum Melayu Yang Lebih Bersih, Islamik, Jelas, Utuh dan Kuat dan tidak di pengaruhi oleh sesiapa dan akan lebih di terima kaum MELAYU
Mengenai sokongan pada kaum cina, biarlah DAP lead dan kita membantu DAP.
BUBARKAN PKR dan MASUK SEMUA DALAM PAS. YANG NON MUSLIM MASUK DAP
Wujudkan PR 2 Parti sahaja ; PARTI ISLAM dan PARTI NON MUSLIM
Rakyat Jelas dan Mudah Menyokong Kita pada PRU 14 Nanti.
Wallahualam


 Hairie Othman merajuk ke…
Posted on Monday, June 10 @ 20:24:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: laniismaa

"Hairie

Ini cerita Warta Perdana dan disebarkan blogger Umno yang Hairie Othman ‘dibuang’ PAS. Warta Perdana bercerita yang Hairie Othman, aktivis yang membantu kemenangan PR betul-betul kecewa apabila dirinya tak dipedulikan selesai PRU-13 5 Mei lalu. Kecewa kerana tidak menerima apa-apa panggilan atau jemputan ceramah dari mana-mana pihak dalam PR.

Kalau itulah kenyataannya, sepatutnya Hairie tak perlulah merajuk dan kecewa kerana keperluan ketika ini. Tentulah aktiviti ceramah juga lesu apatah lagi baru sebulan selepas pilihanraya lalu. Hairie juga perlu ingat, ada yang lebih ‘hebat’ darinya juga tidak mendapat jemputan. Juga kena ingat, PAS juga bukannya berduit dan tak bolehlah inginkan pendapatan melalui ceramah lainlah kalau macam Ustaz Azhar Idrus kerana sememangnya dia penceramah.
Jadi Hairie sepatutnya bersabar dan pihak berkaitan dalam PAS jangan sepikan Hairie begitu sahaja.



Note: telah keluar tajuk sama sebelum ini - PK"

Cara Nabi SAW Membaca Al-Quran
Posted on Monday, June 10 @ 20:20:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: al-bahanj

"Bagaimana Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam membaca Al-Quran?  Laju atau perlahankah?  Dengan suara yang kuat atau perlahan?  Berhenti ayat demi ayat atau sambung terus?  Atau bagaimana sebenarnya?  Semoga kita dapat sama-sama ikuti cara Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam membaca Al-Quran selepas membaca tulisan ini, in shaa' ALLAH.

Di dalam tulisan bertajuk Kelebihan Membaca dan Menghayati Al-Quran telah disenaraikan beberapa hadith Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam mengenai anjuran, galakan dan kelebihan berkaitan Al-Quran.  Semoga dengannya kita semakin bersemangat untuk mendampingkan diri kita dengan Al-Quran, in shaa’ ALLAH.
Berikut ini pula diterangkan mengenai cara Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam membaca Al-Quran.  Tujuannya adalah supaya kita sama-sama meniru dan mengikuti cara yang terbaik ini, in shaa’ ALLAH.  Hadith-hadith adalah dipetik dari Syama’il Muhammadiyyah susunan al-Imam at-Turmudzi dan Riyadhus Solihin susunan al-Imam an-Nawawi – rahimahumallah.
1)  Membaca dengan jelas, perkataan demi perkataan.
Ya`la bin Mamlak radhiAllahu `anhu bertanya kepada Ummu Salamah radhiAllahu `anha mengenai cara Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam membaca Al-Quran.  Lalu Ummu Salamah menjelaskan bahawa Rasulullah membaca Al-Quran dengan jelas, perkataan demi perkataan.
(Diriwayatkan oleh Abu Daud, at-Turmudzi dan Nasa’i)
2)  Memanjangkan bacaan sesuai dengan hukum tajwid
Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, aku bertanya kepada Anas bin Malik radhiAllahu `anhu:
“Bagaimanakah cara Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam membaca Al-Quran?”
Anas menjawab:  “Baginda memanjangkan bacaan (sesuai dengan hukum tajwid).”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Abu Daud, at-Turmudzi, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)
3)  Memotong bacaan pada setiap ayat.
Ummu Salamah radhiAllahu `anha berkata:
“Adalah Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam memotong bacaan Baginda (pada setiap ayat). 
Baginda membaca ‘  الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ  ‘ lalu berhenti. 
Kemudian Baginda membaca ‘  الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ  ‘ lalu berhenti. 
Kemudian Baginda membaca ‘  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ  ‘.”
(Diriwayatkan oleh Abu Daud, at-Turmudzi, Ahmad dan Ibnu Khuzaimah)
4)  Kadang-kala dengan suara yang perlahan, kadang-kala dengan suara yang kuat.
`Abdullah bin Abi Qais radhiAllahu `anhu berkata:
Aku bertanya kepada `A’ishah radhiAllahu `anha mengenai bacaan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam:  “Adakah Baginda membaca secara perlahan atau pun kuat?”
Beliau menjawab:  “Baginda pernah membaca dengan kedua-dua cara.  Kadang-kala Baginda membaca dengan perlahan.  Dan kadang-kala Baginda membaca dengan kuat.”
Aku membalas:  “Seluruh pujian kepada ALLAH yang memberikan kemudahan dan kesenangan dalam perkara ini.”
(Diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, at-Turmudzi, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)
5)  Membaca dengan suara yang indah
`Abdullah bin Mughaffal radhiAllahu `anhu berkata:
Aku melihat Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam duduk di atas tunggangannya pada Hari Pembebasan Makkah sambil membaca:
إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا.  لِّيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ
(Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.  Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian…)
`Abdullah bin Mugahffal berkata:  “Baginda membaca ayat ini dengan suara yang indah.”
Mu`awiyyah bin Qurrah (seorang daripada yang merekodkan hadith ini) berkata:  “Seandainya orang tidak berkumpul di sekelilingku, pasti akan kubaca seperti itu” atau “sama indah bacaannya dengan Rasulullah.”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Turmudzi, Nasa’i dan Ahmad.)
Dari al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu berkata:
“Aku mendengar Rasulullah sallAllahu `alihi wa sallam membaca pada waktu `Isya’ surah وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ.  Aku belum pernah mendengar seorang pun yang suaranya lebih merdu dari suara Baginda.”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)
6)  Kadang-kala mendengar orang lain membaca Al-Quran
Dari Ibnu Mas`ud radhiAllahu `anhu berkata:
Bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam berkata kepadaku:  “Bacakanlah Al-Quran untukku.”
Aku berkata:  “Wahai Rasulullah, saya membacakan Al-Quran untuk tuan?  Padahal kepada tuan lah Al-Quran diturunkan.”
Baginda bersabda:  “Sesungguhnya aku ingin mendengar Al-Quran dibaca oleh orang lain.”
Maka aku pun membacakan untuk Baginda surah an-Nisa’ sehingga sampai ayat:
فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِن كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَىٰ هَٰؤُلَاءِ شَهِيدًا
(Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada Hari Akhirat kelak), apabila KAMI datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan KAMI juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?).
Kemudian Baginda bersabda:  “Cukuplah sampai di sini.”
Saya menoleh kepada Baginda, tiba-tiba kedua matanya mencucurkan air mata.”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)
*Ayat tersebut adalah ayat ke-41, surah an-Nisa’.
Semoga bermanfaat.  Mudah-mudahan hidayah dan taufiq ALLAH tercurah ke atas kita semua, amin…
- muzir.wordpress.com


*Sumber:  https://muzir.wordpress.com/2013/06/08/cara-nabi-saw-membaca-al-quran/

 Gerakan Islam Pas Terus Unggul
Posted on Monday, June 10 @ 20:23:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: syabab007

"

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.


Kepemimpinan Gerakan Islam Pas

Jatuh dan bangun menghiasi corak perjuangan Gerakan Islam Pas. Ada kalanya menjulang tinggi ke udara dan adakalanya merosot. Akan tetapi pada kurun ini Gerakan Islam Pas semakin mendapat tempat di hati anak-anak muda. Walaupun demikian coraknya saya tetap yaqin dan percaya bahawa Gerakan Islam Pas pada hari ini sudah pun matang dengan dengan segala mehnah dan tribulasi perjuangan. Gerakan Islam Pas telah melalui beberapa fasa kepemimpinan. Sehinggalah apa yang kita lihat pada hari ini dan mengecapi nikmatnya. Segala pahit dan maung ditempuhi dengan baik walaupun pelbagai usaha musuh dalaman dan juga luaran telah lakukan demi memastikan perjuangan Islam terhenti begitu sahaja.

Alhamdulillah. Sekarang ini kepemimpinan ulama' masih lagi menerajui tampuk kepimpinan Pas Pusat. Kepimpinan ulama' yang diasaskan pada tahun 1982-an itu berterusan sehinggalah ke saat ini. Dengan harapan ianya terus kekal pada masa-masa yang akan datang. Pada saya biarlah orang yang faqeh dalam bidang agama menerajui pucuk pimpinan agar perjalanan Gerakan Islam Pas selari dengan tuntutan Islam.

Perlukan gandingan mantap

Ya, saya sangat bersetuju dan semestinya bersertuju dengan tulisan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat iaitu al-Fadhil Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi yang terbaru iaitu Jangan Pisahkan Trio Kepimpinan ini. Beliau ada menulisnya di dalam facebook beliau iaitu https://www.facebook.com/ustaztantawi.

Kupasan beliau yang panjang lebar serta padat itu secara kesimpulannya adalah betapa perlunya gandingan ulama', aktivis dan profesional. Saling perlu-memerlukan di antara satu sama lain. Masing-masing dengan kepakaran masing-masing. Golongan ulama' sudah semestinya mahir dalam bidang keagamaan, fiqh (hukum-hakam) berkaitan kenegaraan dan kemasyarakatan serta hubungan dengan negara-negara lain. Aktivis pula dekat dengan masyarakat dan kepakaran aktivis parti adalah berkomunikasi dengan masyarakat bawahan. Manakala golongan profesional pula sudah semestinya mahir dalam bidang pengurusan dan perkara teknikal.

Akhirnya jika sekiranya gandingan mantap ini dapat diterjemahkan semaksimum yang mungkin di dalam Gerakan Islam Pas, maka Islam akan terus mendapat tempat di hati masyarakat. InsyaAllah.

WalLahu A'lam.

Ibnu Ibrahim.
Sumber: Gerakan Islam Pas Terus Unggul

 Gempar!! Kerusi Najib Razak Semakin PANAS!
Posted on Tuesday, June 11 @ 06:58:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: matuse68

" Saya akan komen apabila tiba masa yang sesuai - Muhyiddin Yassin Seruan untuk kedua-dua jawatan tertinggi Umno untuk tidak dipertandingkan betul-betul membuatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam dilema, menurut sumber Umno, Timbalan Presiden Umno itu tidak berani menyambut seruan tersebut kerana terasa ada perangkap menantinya, jika Muhyiddin sambut, bermaksud beliau tak akan mencabar bosnya Najib. Tapi siapa yang boleh beri jaminan beliau tidak akan dicabar oleh Ali Rustam dan Isa Samad serta Zahid Hamidi dan Hishamuddin Hussien?

Jika Muhyiddin sambut saja, maka Najib sudah terselamat, ini membuka peluang kepada semua musuhnya untuk menggulingkannya. Akhirnya seruan hanya akan tinggal seruan, hanya jawatan Presiden Umno tidak dipertandingkan, semalam, Muhyiddin menegaskan bahawa hak menentukan pertandingan dua jawatan tertinggi Umno untuk berlangsung atau tidak, tidak terletak pada tangan individu pemimpin tapi ahli2nya.

Muhyiddin turut mengikut langkah untuk mematikan 1Malaysia Najib dengan mengisytiharkan bahawa akan memberi "bantuan lebih kuat" kepada komuniti yang menyokong mereka semasa pilihan raya umum, Mesej jelas sebahagian besar Melayu, India, Bumiputera, Orang Asli, Siam dan sebahagian besar masyarakat di Sabah dan Sarawak masih mendukung BN," kata Muhyiddin, Orang Umno paling sayangkan jawatan. Muhyiddin tidak terkecuali. Tapi beliau sedar beliau dalam bahaya. Sokongan yang diharapkan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad ketika di pemilihan Umno 2009 di mana beliau mengetuai kempen turunkan Abdullah tidak kuat kali ini. [Baca seterusnya...]"




 Perisytiharan 14 Jun 2013 (Jumaat) sebagai Hari Untuk Syria.
Posted on Tuesday, June 11 @ 06:56:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: kamal_hasan

"PENGISYTIHARAN JUMAAT DEPAN SEBAGAI HARI UNTUK SYRIA ( 14.06.2013 ) | Di Malaysia Perarakan Menuju Ke Kedutaan Syria Di Kuala Lumpur Selepas Solat Jumaat | Jom teman-teman luangkan secebis masa kurniaan Allah untuk turun menyatakan kebencian terhadap kezaliman yang berlaku di Syria.

Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Prof.Dr.Yusuf Al-Qardhawi dalam kenyataan media terbaru menyeru seluruh umat Islam di dunia ini menjadikan hari Jumaat depan bersamaan 14 Jun 2013 sebagai "Hari untuk Syria".


Kenyataan tersebut menyeru umat Islam keluar di jalan-jalan raya menyatakan sokongan kepada rakyat Syria khasnya di El-Qosair serta mengutuk pembabitan tentera Hizbu Syaitan dan militia dari Iran serta pasukan bersenjata Syiah yang lain dalam memberikan bantuan kepada rejim Syria. 

Sementara Ikhwan Muslimin Mesir melalui sayap politiknya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mengesahkan ulamak Islam seluruh dunia akan berhimpun di Kaherah selama dua hari, 13 dan 14 Jun ini bagi membincangkan isu Syria.
 

Tiada ulasan: