Posted on Sunday, June 16 @ 06:23:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: cherind
"Emosi yg dimaksudkan adalah MARAH.
Marah kerana dipermainkan dan dianiaya, kerana ditipu dan dirompak, kerana difitnah dan disusahkan, kerana diabaikan dan tak dipedulikan, kerana dimaki dan dihina, kerana disakitkan hati dan ditakut-takutkan..dan lagi dan lagi...
Kalau ini semua kita lakukan pada orang lain tentu mereka akan marah.Begitu juga kalau orang lain melakukannya pada kita, kita tentu akan marah.
Apabila sudah marah dgn orang lain mahukah kita bermesra dan bersatu dgn mereka?
Apabila orang lain marah dgn kita mahukah mereka bermesra dan bersatu dgn kita?
Apabila sudah marah mahukah kita bersama dgn mereka lagi? Begitu juga orang lain marah dgn kita mahukah mereka bersama kita lagi?
Satu contoh. Bangun pagi baca akhbar Umno mengata Pas. Tak marahkah orang Pas?
Dalam akhbar yg sama diberitakan Pas mengata Umno. Tak marahkah orang Umno?
Kalau sudah marah , sampai tahap marah melampau bolehkah ada kesatuan dan perpaduan?
Orang Sunni kata orang Syiah begini, orang Syiah kata orang Sunni begitu .
Sama-sama marah. Kalau setakat marah saja tak apa juga. Malangnya marah sampai mengalirkan darah merah.
Kenapa kita nak mengata orang dan mengapa orang nak mengata kita?
Setiap perbuatan bermula dengan niat. Apakah niat kita mengata orang? Nak membetulkan orang? Macam mana nak membetulkan orang apabila mereka dah berasa mereka betul?
Begitu juga kalau orang lain berniat nak membetulkan kita , tapi kita rasa kita sudah betul, kita halalkankah niat orang itu?
Dalam keadaan begini apakah yang dapat kita lakukan? Kita kena fikirkan cara yang paling berhemah dan bijaksana untuk meleraikan permasaalahan ini.
Kita perbincangkan.
55 Tahun Dewan Ulama PAS dan Ulama PAS tak pernah cegah kemungkaran!
Posted on Sunday, June 16 @ 06:20:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: nordinali
"Saya rasa Dewan Ulama PAS Pusat dan Ulama-ulama dalam PAS adalah boneka agama sahaja!! Sebab itu PAS tak boleh memerintah Malaysia. Saya rasa ulama dalam PAS hanya duduk sahaja dan pentingkan duniawi semata-mata serta tamakkan jawatan. Presiden PAS pun asyik nak bawa PAS masuk UMNO itu lah kerja hingga kemungkaran tidak dicengah!!
Mereka semua bertahun-tahun duduk dalam PAS tu sebenarnya memasang hati untuk nak jawatan yang yang akan ditawarkan oleh UMNO. Mereka semua bodoh, bangang, tak tahu makna kebangkitan rakyat, kezaliman dan reformasi!!!
Mungkin tak percaya apa yang saya tulis. Cuba baca kenyataan Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsudin dalam Keadilandaily. Ramai blogger sedang copy paste untuk disebarkan.
KUALA LUMPUR, 15 JUN: Pengerusi Sekretariat
Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsudin berkata,
umat Islam tidak boleh membiarkan penipuan tanpa sebarang usaha
mencegah, terutamanya melibatkan sistem pilihan raya yang pincang.
"Pasrah
kepada kezaliman dan penyelewengan bukan akhlak Islam. Kita wajib
bangkit menuntut kembali hak kita yang dinafikan.“Islam melarang kita
melihat kemungkaran tanpa berusaha untuk mencegahnya,” katanya kepada
Keadilandaily.
Justeru,
beliau menyokong kuat usaha penganjur himpunan Suara Rakyat Black 505
dan menyeru rakyat Malaysia untuk hadir beramai-ramai ke himpunan akan
diadakan di Padang Merbok 22 Jun ini.
Tegasnya,
rakyat Malaysia tidak sepatutnya berasa lemah semangat dan pasrah
dengan keputusan pilihan raya umum lalu kerana diketahui dicemari dengan
pelbagai bentuk penipuan.
“Keputusan
pilihan raya lalu mendedahkan seluruh rakyat kepada sistem demokrasi
yang herot. Himpunan itu nanti menjadi platform terbaik menyedarkan
rakyat hak mereka yang dicabuli pemerintah,” kata Aziz.
Katanya,
sesebuah negara tidak akan dapat melahirkan rakyat yang bermaruah dan
bermartabat akibat cara pemilihan pemimpin negara yang penuh tipu helah
dan muslihat.“Usaha dilakukan penganjur Blackout 505 patut disokong oleh
semua rakyat yang cintakan keadilan,” tegasnya. ~keadilandaily
Oh ya mungkin ada kurang faham maksud kemungkaran. Usrah, ziarah, lawatan ke rumah umno untuk tarik dia orang mendekati Islam dan PAS itu bukan mencengah kemungkaran!
Nordin bin Ali
http://nordinali.blogspot.com
Isu bomoh, syirik di Bukit Pegoh
Posted on Sunday, June 16 @ 06:19:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: hishamahmad
" Sekitar antara bulan akhir tahun 2010 dan awal tahun 2011, kecoh di kawasan sekitar kampung Bukit Pegoh, Melaka, berhampiran kampung tempatku. Terdapat banyak kertas poster tertulis bomoh syirik digantung di kedai, ditampal di pokok dan di macam-macam tempat lagi. Isunya ialah bomoh (gelaran oleh yang mereka tidak menyukainya) atau ustaz (yang berubat dengannya) melakukan pengubatannya dengan mendapatkan bantuan sahabat-sahabatnya “yang tidak kelihatan”. Kategori ‘invisible’. Memang kecoh ketika itu.
Tanah Rakyat Johor Di Jual??
Posted on Saturday, June 15 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh SelatanOnline.Net
Kampung Senibong memerlukan kira2 RM23 juta utk mengambil alih tanah seluas 14 hektar drpd syarikat Tebrau Teguh....dan Kampung Plentong Baru akan menyusul....
Kan aku da ckp...kerajaan da jual tanah kampung kita dkt Teguh Tebrau...korang semua bodoh masih tak percaya...so...mane duit yg dia jual tanah kampung kita...?klw bukan kroni diorang da muntah kedarah...
korang da jual tanah Kampung aku...da puas mkn duit tanah kampung aku...skrg nk merayu2 bagai...pikir la wahai melayu...jgn diperbodohkan lagi...!!!
Siap warning plak dkt Teguh Tebrau supaya tidak melakukan transaksi dkt tanah yg korang da jual tu...
Khalid siap bagi nasihat plak supaya tidak meletakkan kepentingan utk mengaut untung atau pendek kata jgn tamak membuat keuntungan drpd projek Teguh Tebrau....korang da mkan duit tanah...ade hati nk nasihat org spaya jgn tamak plak...
________
http://www.selatanonline.net
Rezeki Eja melimpah selepas berhijab
Posted on Saturday, June 15 @ 20:00:00 MYT

Oleh Wanitakini.com
SELEPAS mengambil keputusan untuk berhijab sejak beberapa bulan lepas, aktres Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah memberitahu, dia kini sedang melalui satu fasa kehidupan yang cukup tenang dan bahagia.
Mengakui juga selepas berhijab ia bukan tanda aras hidupnya telah sempurna, Eja yang ditemui sewaktu mengikuti rombongan Anugerah Skrin 2011 & 2012 ke Korea Selatan baru-baru ini mengatakan dia kini dalam proses memperbaiki kelemahan dirinya.
"Alhamdulillah, secara perlahan-lahan Tuhan memberi saya petunjuk sehingga akhirnya saya berhijab.
"Apabila saya telah menutup aurat seumpama ini, ia bukan bermakna saya sudah menjadi seorang manusia yang sempurna, sebaliknya saya bersyukur kerana Tuhan telah memberi saya peluang untuk berubah," ujarnya yang mahu lebih kerap menghadiri majlis usrah sambil memanjat kesyukuran.
Dedah Eja, pada saat dirinya mengambil keputusan untuk terus berhijab sebaik sahaja pulang daripada menunaikan umrah sekitar Mei lalu, dia telah mempersiapkan diri dengan risiko untuk hilang atau kurang mendapat tawaran berlakon.
Bagaimanapun, sebaliknya yang berlaku. Tuhan telah mencurahkan dirinya dengan rezeki yang melimpah-ruah, satu hal yang tidak dijangka oleh wanita tinggi lampai ini.
Menurut Eja: "Pada saat saya telah bersedia dengan kebarangkalian untuk tidak menerima tawaran berlakon kerana penampilan baharu ini, pada saat itu, tawaran terus datang tanpa henti.
"Antara bukti rezeki saya tidak ditarik Tuhan kerana saya berhijab ialah kontrak saya untuk berlakon dalam filem Manisnya Cinta dan sebagai duta produk kecantikan Cosry yang ditandatangani sebelum saya berhijab masih diteruskan.
"Saya kemudian menerima beberapa tawaran lain termasuk dua telefilem sempena sambutan Aidilfitri ini. Alhamdulillah."
Tegas Eja, biar banyak tawaran berlakon yang bakal hadir kepadanya kelak, dia tetap tidak akan menanggalkan hijab.
Luahnya, sepanjang 17 tahun menjadi anak seni, khalayak telah melihat penampilan dan rambutnya, kini dia tidak mahu memperlihatkan semua penampilan silamnya lagi.
"Cukuplah 17 tahun khalayak telah melihat rambut saya. Dengan faktor usia yang sudah mencecah 41 tahun, saya kira semua sudah perlu diperlahankan," katanya yang menyebut, suaminya tidak pernah memaksa dia berhijab, sebaliknya bergurau dengan mengatakan dirinya bakal masuk syurga sebaik sahaja Eja mengambil keputusan berhijab.
Ditebak bagaimana pula dengan trademark bulu mata palsu dan solekan tebal sewaktu berlakon, adakah khalayak tidak akan melihat penampilannya di layar kaca seumpama itu lagi, Eja hanya ketawa.
Dia kemudian memberitahu, jika skrip penceritaan memerlukan dirinya memakai bulu mata palsu atau bersolek tebal, ia akan dilakukan. Sebagai seorang pelakon, jelas Eja, permintaan tersebut masih akan ditunaikan.
Sementara itu, Eja turut berkata, dia bersama Cosry kini dalam perbincangan untuk melancarkan koleksi hijab sempena bulan Ramadan ini.
Eja bagaimanapun dengan rendah hati memberitahu, sebagai seorang wanita yang baharu memakai hijab, dia tidak mahu koleksi tersebut sekadar menjadi satu trend.
"Insya-Allah, saya dan Cosry akan menghasilkan koleksi hijab dengan jenama Eja by Cosry sempena kehadiran bulan Ramadan ini.
"Koleksi itu kelak, saya mahu pastikan ia tidak sekadar menjadi satu trend, sebaliknya saya mahu menghasilkan koleksi hijab yang mengikut syariat Islam.
"Saya mahu wanita Muslim yang berpakaian mengikut syariat Islam tidak ketinggalan dalam berfesyen dan bergaya sopan," jelasnya.
________
http://wanitakini.com
Makin Ramai Artis Kini Bertudung, Terbaru Fiza
Posted on Saturday, June 15 @ 19:00:00 MYT

Aktres yang juga ibu tunggal jelita, Fiza Halim, 32, mendapat hidayah Allah menerusi mimpi tiga minggu lalu dan terus berazam mengubah cara hidupnya dengan mendekatkan diri kepada Allah.
Menurut Fiza, seorang mekap artis, Kak Oyah memberitahunya, solat tahajud dapat selesaikan masalah hidup.
Bila Fiza mula melakukannya pada jam 3 pagi hingga ke solat Subuh, jiwanya berasa tenang dan terus jadi seronok melakukan setiap hari serta amalkan puasa sunat.
Bahkan bila masuk saja solat fardu lima waktu, dia akan tunaikan segera tanpa melambatkan tanggungjawab itu seperti masa lalu.
Kini Fiza terasa semakin dekat pada Allah dengan banyak bezikir. "Pada suatu malam saya bermimpi lelaki berjubah putih tersenyum pada saya.
"Kemudian dalam mimpi kedua, seorang wanita berjubah putih pula datang bertemu saya. Baunya harum semerbak," cerita Fiza.
Lepas itu timbul rasa hati nak pakai hijab dan bertaubat mengubah cara hidup.
"Betul-betul pada malam menyambut Israk Mikraj pada 27 Rejab (5 Jun lalu) saya pertama kali keluar rumah pakai hijab bawa dua orang anak saya pergi makan malam di The Curve.
"Saya berdoa, Ya Allah bukakanlah pintu hatiku ke jalan-Mu. Bimbinglah aku, aku tak nak hidup macam dulu lagi.
"Aku nak hidup jadi orang baru yang sebersih-bersihnya mendekati-Mu," kata Fiza yang tinggal di kawasan Damansara, Selangor.
Mengenai lelaki yang pernah mengajaknya berkahwin pada Jun ini kata Fiza, tak ada jodoh. Begitulah suratan hidup Fiza yang tabah dan sabar menghadapi dugaan Allah.
Insya-Allah, nanti Allah akan temukan jodoh terbaik buat Fiza pada masa akan datang. Sama-samalah kita doakan.
Jika nak berlakon, Fiza mahukan watak berhijab. Insya-Allah akhir Jun ini Fiza akan ke Jogjakarta, Indonesia untuk rakaman siri program pelancongan atas cadangan Along Sweet Child dan isterinya. - BH
______
http://www.wanitakini.com
Karpal Singh tak apa jangan Ulama PAS terutama Harun Taib
Posted on Saturday, June 15 @ 18:59:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: nordinali
"GEORGETOWN - Anggota Parlimen Pakatan Rakyat tidak akan memboikot persidangan parlimen ke-13, kata pengerusi DAP Karpal Singh.
Beliau berkata anggota parlimen pembangkang daripada DAP, PKR dan Pas dijangka mengangkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun.
"Saya mendapat tahu kesemua mereka, termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menghadiri persidangan parlimen," kata Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu kepada pemberita ketika melakukan kunjungan mingguannya ke pasar Air Itam di sini hari ini.
Karpal berkata demikian bagi mengulas laporan bahawa Anggota Parlimen PKR mungkin menimbang untuk memboikot upacara angkat sumpah pada sidang parlimen baharu yang bermula 24 Jun.
Katanya sebagai ketua pembangkang, Anwar akan membuat kenyataan berhubung perkara itu dalam tempoh terdekat.
Sementara itu, Karpal berkata perhimpunan "Black 505" akan tetap diadakan di Padang Merbok pada 22 Jun, walaupun terdapat 'campur tangan polis'.
Katanya PKR patut dibenar mengadakan perhimpunannya secara aman.
Ada sesetengah orang PAS dia boleh terima kata sesiapa sahaja daripada kalangan bukan ahli PAS walaupun pandangan itu bertentangan dengan pandangan pertama Pakatan Rakyat. Anggapan mereka itu ialah pendapat yang bernas atau percambahan ilmu dan idea. Tapi sukar menerima pandangan dari kalangan ulama dalam PAS.
Nordin Bin Ali

Sedihnya
operasi perubatan yang semacam itu berada dalam kawasan madrasah
(Madrasah Darul Aitam di mana ada pusat penempatan atau pembelajaran
anak-anak yatim- Dulunya dikatakan ada pusat tahfiz) yang dipantau,
dinasihati atau dibimbingi seorang ustaz hafiz al-Quran. Seorang yang
sering memberi kuliah di masjid-masjid. Jasanya pasti besar sebab jarang
saya menemui orang dalam bidang agama mendapat pangkat Dato.
Disitu
juga ada pusat/kelas tadika (JAIM) bagi kanak-kanak sekitar 5- 6 tahun.
Anak saya juga pernah belajar di sana. Bilik operasi perubatan itu
betul-betul berhampiran atau dibelakang kelas budak-budak tadika itu.
Ada ustaz yang mempunyai ‘telo’ keindonesiaan, di situ mengajar
ilmu pengetahuan agama. Seorang yang bernampilan baik dan berilmu.
Ustaz ini juga ada mengimamkan solat jumaat di masjid kampung itu.
Rasanya, ustaz-ustaz ini tidak sedar bagaimana modus operasi perubatan
itu. Kalau tahu, takkan dibiarkan operasi bidaah dolalah itu terus
berlaku.
Entah
berapa lama operasi perubatan itu telah berjalan. Memang terdengar
bantahan-bantahan atas kisah-kisah kepelikan dengan cara rawatan tetapi
seperti tidak dihiraukan, menimbulkan satu persoalan , adakah seperti
mendapat ‘pembelaan atau perlindungan?.
Akhirnya,
segolongan umat Islam di situ tidak tertahan lagi lalu bangkit dengan
menunjukkan kemarahan dan bangkangan. Mereka percaya amalan perubatan
itu berunsur sihir atau syirik. Sekian banyak poster ditampal di banyak
tempat di persekitaran itu sebagai protes dan bantahan keras. Bagaimana
tak keras, poster-poster itu dengan jelas menyatakan “Awas Bomoh
Syirik”. Ia tidak ditujukan kepada sesiapa, tetapi siapa makan cili,
pedasnya, dialah yang terasa. Aduan juga dipercayai ada dibuat kepada
pihak berkuasa agama.
Mulanya
saya fikir, betulkah dakwaan dan bagaimana mereka hendak buktikan?
Sihir, syirik atau keduanya. Pasti susah, tidak mudah.
Rupa-rupanya
ada asas pada dakwaan. Bahkan dakwaan telah dibuktikan. Pihak Jabatan
Mufti Negeri Melaka telah mengeluarkan arahan supaya operasi perubatan
alternatif itu ditutup serta merta. Disebut adanya pengakuan perawat itu sendiri
akan kerjasama sahabat-sahabat ‘halus’ dalam operasi perubatannya.
[Rujuk Surat Jabatan Mufti Melaka bertarikh 10/2/2011 bernombor rujukan
JMM/BFB/351/670/01 (27) oleh Dato Wira Haji Rashid Redza Bin Hj Md
Salleh merujuk kepada mesyuarat 29/12/2010]. Bahagian notis fatwa ini
ditampal pada papan notis pada sekian banyak masjid-masjid di Melaka.
(Seorang Ustaz dari Bukit Pegoh juga ada mengatakan fatwa yang sama ada
dikeluarkan pihak Jakim , tetapi saya belum sempat untuk memeriksanya).
Maka
saya pun merasa lega. Isu ‘bomoh syirik’ dianggap selesai. Golongan
yang menegak maaruf dan mencegah mungkar, kepada mereka, kami semua
terhutang budi. Inilah sunnah nabi, yang utama lagi terpuji. Semoga
mereka dirahmati. Ikhlas doa dari kami. Insan-insan yang sekadar
memerhati.
Masa
berlalu. Suatu hari saya terserempak seorang pemuda dari kampung itu.
Memang seorang yang saya ketahui sebagai pembangkang amalan perbomohan
itu. Terperanjat saya di maklum ia di katakan masih wujud. Itulah
beberapa lama selepas kejadian itu.
Masa
terus berlalu. Saya pun dah lupa. Sehinggalah beberapa hari lepas. Saya
bertemu seorang ustaz dari kampung itu. Hasil jawapan kepada
pertanyaan, masih terdapat operasi rawatan perubatan di situ cuma
dikatakan bahawa orang/perawatnya ialah orang lain tetapi dikatakan
kemungkinan modus operandinya sama.
Justeru,
perkara ini mewajarkan siasatan segera dilakukan oleh pihak berkuasa
agama Negeri Melaka khususnya dari jalinan kerjasama oleh pihak Jabatan
Mufti, Bahagian Siasatan, Penguatkuatkuasaan dan sebagainya.
Ketahui!
segala perlakuan, tindakan dan amalan yang berunsur syirik , jika ada
dilakukan di mana-mana, maka tindakan segera menanganinya perlu
dilaksanakan segera kerana syirik adalah kezaliman besar.
http://hisham-ahmad.blogspot.comTanah Rakyat Johor Di Jual??
Posted on Saturday, June 15 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh SelatanOnline.Net
Kampung Senibong memerlukan kira2 RM23 juta utk mengambil alih tanah seluas 14 hektar drpd syarikat Tebrau Teguh....dan Kampung Plentong Baru akan menyusul....
Kan aku da ckp...kerajaan da jual tanah kampung kita dkt Teguh Tebrau...korang semua bodoh masih tak percaya...so...mane duit yg dia jual tanah kampung kita...?klw bukan kroni diorang da muntah kedarah...
korang da jual tanah Kampung aku...da puas mkn duit tanah kampung aku...skrg nk merayu2 bagai...pikir la wahai melayu...jgn diperbodohkan lagi...!!!
Siap warning plak dkt Teguh Tebrau supaya tidak melakukan transaksi dkt tanah yg korang da jual tu...
Khalid siap bagi nasihat plak supaya tidak meletakkan kepentingan utk mengaut untung atau pendek kata jgn tamak membuat keuntungan drpd projek Teguh Tebrau....korang da mkan duit tanah...ade hati nk nasihat org spaya jgn tamak plak...
________
http://www.selatanonline.net
Rezeki Eja melimpah selepas berhijab
Posted on Saturday, June 15 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh Wanitakini.com
SELEPAS mengambil keputusan untuk berhijab sejak beberapa bulan lepas, aktres Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah memberitahu, dia kini sedang melalui satu fasa kehidupan yang cukup tenang dan bahagia.
Mengakui juga selepas berhijab ia bukan tanda aras hidupnya telah sempurna, Eja yang ditemui sewaktu mengikuti rombongan Anugerah Skrin 2011 & 2012 ke Korea Selatan baru-baru ini mengatakan dia kini dalam proses memperbaiki kelemahan dirinya.
"Alhamdulillah, secara perlahan-lahan Tuhan memberi saya petunjuk sehingga akhirnya saya berhijab.
"Apabila saya telah menutup aurat seumpama ini, ia bukan bermakna saya sudah menjadi seorang manusia yang sempurna, sebaliknya saya bersyukur kerana Tuhan telah memberi saya peluang untuk berubah," ujarnya yang mahu lebih kerap menghadiri majlis usrah sambil memanjat kesyukuran.
Dedah Eja, pada saat dirinya mengambil keputusan untuk terus berhijab sebaik sahaja pulang daripada menunaikan umrah sekitar Mei lalu, dia telah mempersiapkan diri dengan risiko untuk hilang atau kurang mendapat tawaran berlakon.
Bagaimanapun, sebaliknya yang berlaku. Tuhan telah mencurahkan dirinya dengan rezeki yang melimpah-ruah, satu hal yang tidak dijangka oleh wanita tinggi lampai ini.
Menurut Eja: "Pada saat saya telah bersedia dengan kebarangkalian untuk tidak menerima tawaran berlakon kerana penampilan baharu ini, pada saat itu, tawaran terus datang tanpa henti.
"Antara bukti rezeki saya tidak ditarik Tuhan kerana saya berhijab ialah kontrak saya untuk berlakon dalam filem Manisnya Cinta dan sebagai duta produk kecantikan Cosry yang ditandatangani sebelum saya berhijab masih diteruskan.
"Saya kemudian menerima beberapa tawaran lain termasuk dua telefilem sempena sambutan Aidilfitri ini. Alhamdulillah."
Tegas Eja, biar banyak tawaran berlakon yang bakal hadir kepadanya kelak, dia tetap tidak akan menanggalkan hijab.
Luahnya, sepanjang 17 tahun menjadi anak seni, khalayak telah melihat penampilan dan rambutnya, kini dia tidak mahu memperlihatkan semua penampilan silamnya lagi.
"Cukuplah 17 tahun khalayak telah melihat rambut saya. Dengan faktor usia yang sudah mencecah 41 tahun, saya kira semua sudah perlu diperlahankan," katanya yang menyebut, suaminya tidak pernah memaksa dia berhijab, sebaliknya bergurau dengan mengatakan dirinya bakal masuk syurga sebaik sahaja Eja mengambil keputusan berhijab.
Ditebak bagaimana pula dengan trademark bulu mata palsu dan solekan tebal sewaktu berlakon, adakah khalayak tidak akan melihat penampilannya di layar kaca seumpama itu lagi, Eja hanya ketawa.
Dia kemudian memberitahu, jika skrip penceritaan memerlukan dirinya memakai bulu mata palsu atau bersolek tebal, ia akan dilakukan. Sebagai seorang pelakon, jelas Eja, permintaan tersebut masih akan ditunaikan.
Sementara itu, Eja turut berkata, dia bersama Cosry kini dalam perbincangan untuk melancarkan koleksi hijab sempena bulan Ramadan ini.
Eja bagaimanapun dengan rendah hati memberitahu, sebagai seorang wanita yang baharu memakai hijab, dia tidak mahu koleksi tersebut sekadar menjadi satu trend.
"Insya-Allah, saya dan Cosry akan menghasilkan koleksi hijab dengan jenama Eja by Cosry sempena kehadiran bulan Ramadan ini.
"Koleksi itu kelak, saya mahu pastikan ia tidak sekadar menjadi satu trend, sebaliknya saya mahu menghasilkan koleksi hijab yang mengikut syariat Islam.
"Saya mahu wanita Muslim yang berpakaian mengikut syariat Islam tidak ketinggalan dalam berfesyen dan bergaya sopan," jelasnya.
________
http://wanitakini.com
Makin Ramai Artis Kini Bertudung, Terbaru Fiza
Posted on Saturday, June 15 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh Wanitakini.com
Aktres yang juga ibu tunggal jelita, Fiza Halim, 32, mendapat hidayah Allah menerusi mimpi tiga minggu lalu dan terus berazam mengubah cara hidupnya dengan mendekatkan diri kepada Allah.
Menurut Fiza, seorang mekap artis, Kak Oyah memberitahunya, solat tahajud dapat selesaikan masalah hidup.
Bila Fiza mula melakukannya pada jam 3 pagi hingga ke solat Subuh, jiwanya berasa tenang dan terus jadi seronok melakukan setiap hari serta amalkan puasa sunat.
Bahkan bila masuk saja solat fardu lima waktu, dia akan tunaikan segera tanpa melambatkan tanggungjawab itu seperti masa lalu.
Kini Fiza terasa semakin dekat pada Allah dengan banyak bezikir. "Pada suatu malam saya bermimpi lelaki berjubah putih tersenyum pada saya.
"Kemudian dalam mimpi kedua, seorang wanita berjubah putih pula datang bertemu saya. Baunya harum semerbak," cerita Fiza.
Lepas itu timbul rasa hati nak pakai hijab dan bertaubat mengubah cara hidup.
"Betul-betul pada malam menyambut Israk Mikraj pada 27 Rejab (5 Jun lalu) saya pertama kali keluar rumah pakai hijab bawa dua orang anak saya pergi makan malam di The Curve.
"Saya berdoa, Ya Allah bukakanlah pintu hatiku ke jalan-Mu. Bimbinglah aku, aku tak nak hidup macam dulu lagi.
"Aku nak hidup jadi orang baru yang sebersih-bersihnya mendekati-Mu," kata Fiza yang tinggal di kawasan Damansara, Selangor.
Mengenai lelaki yang pernah mengajaknya berkahwin pada Jun ini kata Fiza, tak ada jodoh. Begitulah suratan hidup Fiza yang tabah dan sabar menghadapi dugaan Allah.
Insya-Allah, nanti Allah akan temukan jodoh terbaik buat Fiza pada masa akan datang. Sama-samalah kita doakan.
Jika nak berlakon, Fiza mahukan watak berhijab. Insya-Allah akhir Jun ini Fiza akan ke Jogjakarta, Indonesia untuk rakaman siri program pelancongan atas cadangan Along Sweet Child dan isterinya. - BH
______
http://www.wanitakini.com
Karpal Singh tak apa jangan Ulama PAS terutama Harun Taib
Posted on Saturday, June 15 @ 18:59:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: nordinali
"GEORGETOWN - Anggota Parlimen Pakatan Rakyat tidak akan memboikot persidangan parlimen ke-13, kata pengerusi DAP Karpal Singh.
Beliau berkata anggota parlimen pembangkang daripada DAP, PKR dan Pas dijangka mengangkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun.
"Saya mendapat tahu kesemua mereka, termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menghadiri persidangan parlimen," kata Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu kepada pemberita ketika melakukan kunjungan mingguannya ke pasar Air Itam di sini hari ini.
Karpal berkata demikian bagi mengulas laporan bahawa Anggota Parlimen PKR mungkin menimbang untuk memboikot upacara angkat sumpah pada sidang parlimen baharu yang bermula 24 Jun.
Katanya sebagai ketua pembangkang, Anwar akan membuat kenyataan berhubung perkara itu dalam tempoh terdekat.
Sementara itu, Karpal berkata perhimpunan "Black 505" akan tetap diadakan di Padang Merbok pada 22 Jun, walaupun terdapat 'campur tangan polis'.
Katanya PKR patut dibenar mengadakan perhimpunannya secara aman.
Ada sesetengah orang PAS dia boleh terima kata sesiapa sahaja daripada kalangan bukan ahli PAS walaupun pandangan itu bertentangan dengan pandangan pertama Pakatan Rakyat. Anggapan mereka itu ialah pendapat yang bernas atau percambahan ilmu dan idea. Tapi sukar menerima pandangan dari kalangan ulama dalam PAS.
Nordin Bin Ali
Layanan Buruk Wanita Islam di Perancis
Posted on Saturday, June 15 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Blog AnakRimau
PARIS 14 Jun - Wanita-wanita beragama Islam di negara ini kini menerima layanan buruk daripada rakyat Perancis selepas undang-undang melarang pemakaian burka dan niqab dikuatkuasakan pada 2011.
Sejak pelaksanaan undang-undang tersebut, terdapat beberapa kes jenayah berlaku melibatkan serangan ke atas wanita-wanita yang memakai pakaian tersebut.
Dalam kes pertama semalam, seorang wanita mengandung berumur 21 tahun diserang dan dicederakan dua lelaki 'berkepala botak' yang bertindak menarik purdah dan rambutnya.
"Wanita itu dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Argenteuil untuk rawatan bagi kecederaan yang dialaminya," menurut polis.
Jelas polis, kedua-dua lelaki itu turut menghina mangsa menggunakan kata-kata berunsur perkauman dan menyatakan pemakaian purdah tidak dibenarkan di Perancis.
Dalam kejadian berbeza pada 20 Mei lalu, seorang gadis bernama Rabia, 17, diserang di Argenteuil kerana memakai purdah.
Dua lelaki bertindak memukul Rabia kira-kira pukul 9 malam sambil menjerit 'Arab Pengotor' dan 'Penganut Islam Pengotor'.
Rabia berkata, seorang penyerang menarik purdah serta menolaknya sehingga jatuh dan kemudian bertindak memukul sambil menghinanya.
Jelasnya, penyerang hanya berhenti memukulnya apabila ada individu lain melalui kawasan tersebut.
Di bawah undang-undang tersebut, wanita yang didapati bersalah memakai burka dan niqab di tempat awam boleh dikenakan denda sehingga 130 euro (RM539.50). - AGENSI
_______
http://anakharimau.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan