Jumaat, 28 Jun 2013

YANG PENTING SYAITAN TAK TIDUR UNTUK MENGODA MANUSIA JADI JAHAT


Gempar! Hakim Mahkamah Tinggi kes Kugan letak jawatan

http://omakkau.blogspot.com, 28 Jun 2013

GEMPAR!!!!HAKIM MAHKAMAH TINGGI YANG MENDAPATI KETUA POLIS NEGARA BERTANGGUNG JAWAB ATAS KEMATIAN A.KUGAN SEMASA DALAM TAHANAN POLIS, MELETAKKAN JAWATAN SECARA MENGEJUT!!!!



Hakim Mahkamah Tinggi
Datuk V.T. Singham, 65, telah menyerahkan surat peletakan jawatan suatu keputusan yang mewujudkan gelombang kejutan dalam kelompok profesyen pengamal undang-undang.

Ianya datang dua hari selepas beliau menyampaikan penghakiman menyabitkan terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semasa menjadi Ketua Polis Negeri Selangor atas kematian tahanan A. Kugan tiga tahun lalu.

Singham, sarjana muda, adalah hakim Mahkamah Tinggi yang paling kanan. Dia adalah seorang pengamal undang-undang atau peguam sebelum dilantik Pesuruhjaya Kehakiman pada tahun 2003.

Beliau telah berkhidmat di beberapa Mahkamah Tinggi Temerloh, Taiping, Ipoh, Kuantan dan terakhir Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

PRK Kuala Besut beri peluang untuk SPR berubah

Muhammad Yusri Amin, 28 Jun 2013

KOTA BHARU: Pilihan raya kecil Kuala Besut akan memperlihatkan samada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu berubah sebagaimana tuntutan rakyat atau akan terus kekal menjadi 'Suruhanjaya Suruhan Umno'.


(Fatah menanam pokok sebagai gimik projek untuk menghijaukan Kota Bharu)

Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Abdul Fattah Mahmood mendakwa, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut nanti akan memperilihatkan perkara ini.

“Dari sudut politik, kita tidak mengira sama ada kedudukan kerusi Dun Terengganu itu pada  mejoriti 17- 15, tetapi kita tuntut pertama-tama sekali ialah SPR yang telus, SPR yang benar-benar menjalankan tugasnya sebagai SPR, tidak SPR sebagaimana dakwaan sesetengah pihak Suruhanjaya Suruhan Umno,” kata Fattah.

Fattah yang juga Adun Bukit Panau bercakap kepada wakil Harakahdaily pada majlis pelancaran Kempen Hijau Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) di Tunjong, dekat sini pagi tadi.

Kenyataan Fatah ini dibuat ekoran serangan bertalu-talu terhadap SPR dan penjelasan yang bersimpang siur yang dibuat oleh badan yang sepatutnya bebas itu.

Isu dakwat kekal yang tidak kekal menjadi fokus utama serangan kepada SPR di samping pelbagai kecacatan dan salah laku yang berjalan sepanjang pilihan raya ke 13 lalu.

PAS Terengganu sudah memfailkan dua petisyen pilihan raya di negeri itu iaitu untuk DUN Kuala Brang dan Hulu Besut.

FAM, ulat dan tiket

Ahmad Nazri Khamis,
Bola sepak adalah satu jenis sukan yang popular seluruh dunia sehinggakan kerana sukan ini wujud pelbagai jenis perjudian yang sukar dibenteras sehinggalah ke hari ini.

Banyak kelompok-kelompok tertentu sangat aktif mengambil peluang  dan kesempatan daripada kelemahan ruang sistem yang ada untuk meraih keuntungan daripada aktiviti sukan bola sepak.  Malaysia, negara yang dicintai ini juga tidak asing daripada aktiviti yang tidak sihat itu malah aktiviti tersebut seolah-olah ‘mendapat perlindungan’ daripada pihak tertentu.

Bercakap soal tiket perlawanan yang sering menjadi isu sehinggakan ada penyokong pasukan merusuh semata-mata untuk mendapatkan tiket yang dikatakan habis dijual.

Persoalannya sekarang, apakah benar tiket perlawanan habis dijual? Sedangkan banyak lagi kelab bola sepak, ahli-ahli kelab dan penyokong masih tidak memperolehi bekalan tiket untuk mereka.

Seorang rakan beritahu saya, beliau telah menyewa sebuah bas membawa penyokong dari Johor  sehingga artikel ini saya tulis beliau dan rakan-rakannya masih belum dapat tiket yang ditempah.

Saya kira bukan beliau dan rakan-rakannya sahaja yang tidak dapat tiket malah ramai lagi penyokong Johor di luar sana yang masih menunggu tiket ‘jatuh dari langit’, harga tiket RM40 sahaja, “tak tau lah aku kalau ada ulat amik peluang mau jual dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal, soalnya sapa spesis yang jual pada ulat tu ea?”…

Kenapa perkara mudah beginipun tak mampu diatasi oleh  FAM? Saya kira FAM ada caranya, apapun saya ada cadangan untuk FAM fikirkan;

1. Selaraskan jumlah tiket yang ingin dicetak mengikut purata peminat negeri-negeri dalam satu-satu perlawanan. (FAM lebih maklum jumlahnya)

2. Serahkan tiket yang dicetak kepada Majlis Sukan Negeri

3. Kelab, ahli kelab atau penyokong yang ingin dapatkan tiket mesti mendapatkannya dari Majlis Sukan Daerah di mana mereka tinggal(kecuali dalam hal-hal tertentu)

4. Tiket dibekalkan oleh Majlis Sukan Negeri kepada Majlis Sukan Daerah dan semua Kelab atau penyokong diminta dapatkan dari daerah   masing-masing.

5. Jumlah tiket yang perlu dibekalkan oleh Majlis Sukan Negeri kepada Majlis Sukan Daerah itu adalah mengikut jumlah yang difikirkan munasabah.

6. Bekalan tiket mestilah melalui Majlis Sukan bukan melalui ahli majlis ataupun individu-individu (sekiranya terdapat individu yang berkepentingan dan mencuri kesempatan maka akan gagal dan isu ini tidak akan selesai)

Sebagai penyokong saya tidak perlu lagi menunggu berjam-jam untuk mendapatkan hanya satu tiket.





Batu Pahat. 28 Jun 2013

Kedudukan dalam DUN Terengganu juga hanya berbeza dua kerusi antara BN dan Pakatan Rakyat di mana BN mempunyai 17 kerusi manakala Pakatan 15 kerusi.

Jika calon Pakatan menang dalam pilihan raya kecil Kuala Besut ini bermakna bilangannya akan menjadi sama banyak iaitu 16:16 dalam DUN yang mempunyai 32 kerusi itu.

Pada PRU-13  5 Mei baru-baru ini BN (yang diwakili Dr A Rahman Mokhtar) memperolehi  8,809 undi, manakala PAS (diwakili Napisah Ismail) mendapat 6,375 undi.

Dengan petisyen yang difailkan oleh PAS Terengganu itu, dakwa Fattah, tekanan semakin kuat kepada BN yang mendapat undi minoriti dalam pilihan raya umum lalu.

Abdul Fatah meminta SPR memikirkan perkara ini iaitu untuk membuat perkara yang betul di saat suruhanjaya ini masih berpeluang untuk merobah menjelang PRU-14 nanti.

“Perkara ini diharap dapat dipertimbangkan Kerajaan Persekutuan agar dapat dikembalikan (pilihan raya bebas, telus dan adil) hak rakyat  itu kepada rakyat,”  ujarnya.

Polis tertidur atau penyamun tidak tidur?

http://pkrl.blogspot.com, 28 Jun 2013

HOT! POLIS TERTIDUR ATAU PENYAMUN TIDAK TIDUR?...MESIN ATM DILARIKAN LAGI DI JB

WALAUPUN POLIS DIARAHKAN MERONDA 1 JAM SEKALI DI SEMUA LOKASI MESIN ATM... NAMUN DI JOHOR BAHRU SEMALAM, SAMUN DILAKUKAN PICK-UP LANGGAR MASUK BANK DAN TARIK MESIN ATM.....
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Jerebu: PAS cadang kertas putih

Harakah, 28 Jun 2013

(Jerebu di Kuala Lumpur semalam....hari ini keadaan semakin baik selepas hujan)

KUALA LUMPUR: PAS mengesa kerajaan membentangkan Kertas Putih dalam sidang Dewan Rakyat berhubung masalah jerebu yang berlarutan di negara ini.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, langkah tersebut penting bagi menjelaskan kedudukan sebenar pencemaran itu termasuk dakwaan penglibatan beberapa syarikat Malaysia dalam pembakaran di sekitar Riau dan Jambi, Indonesia.

“Isu jerebu ini perlu segera dibincangkan dan tiada tempat paling baik bagi tujuan itu melainkan di Parlimen,” jelasnya.


Ikuti laporan penuh dalam Harakah edisi Isnin ini.

Blackout Sarawak: PAS cadang bekalan alternatif atau sandaran

Harakahdaily, 28 Jun 2013

MIRI: PAS mencadangkan agar kerajaan negeri menyediakan bekalan elektrik alternatif atau sandaran bagi memastikan kejadian bergelap seluruh negeri Sarawak semalam tidak berulang.

(Jam seluruh bandaraya Kucing apabila bekalan elektrrik terputus seluruh Sarawak semalam)

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee dalam kenyataannya berkata, usaha perlu dibuat dari sekarang melaksanakan cadangan itu.

"Kita harap masalah ini dapat diatasi dengan segera untuk kesejahteraan rakyat dan juga keselamatan negara," kata Jofri dalam kenyataannya.

Bekalan tenaga elektrik terputus semalam (27.06.2013) telah menyebabkan seluruh negeri Sarawak bergelap (Blackout) apabila litar tersandung di talian transmisi Kemena-Bintulu.

“Blackout” yang berlaku pada jam 17:40 semalam menyebabkan kesesakan lalu lintas di seluruh bandar di Sarawak.

Manakala Lawas tidak terjejas dan menikmati bekalan kuasa tanpa gangguan kerana ia tidak bersambung dengan grid elektrik utama.

Akibat terputusnya bekalan tenaga elektrik menyebabkan ramai para peniaga menutup premis perniagaan mereka lebih awal dan manakala mereka yang mempunyai penjana kuasa sendiri terus membuka premis perniagaan seperti biasa.

Sebelum ini jarang berlaku bergelap di seluruh Sarawak tetapi sejak ianya disambungkan terus ke grid elektrik utama menyebabkan bekalan tenaga elektrik terputus ke seluruh Sarawak kecuali kawasan yang tidak bersambung dengan grid elektrik utama.

"Kita mengesa pihak berkuasa harus bertindak segera mengatasi masalah ini dari berulang kerana sekiranya berlaku bergelap seperti ini lagi, ini boleh mengancam keselamatan negara dari ancaman serangan pihak musuh dari luar," kata Jofri (gambar) dalam kenyataannya.

Pihak berkuasa, kata beliau, jangan  memandang ringan masalah ini, sepatutnya pihak berkuasa menyediakan bekalan kuasa alternatif atau bekalan kuasa sandaran untuk mengatasi masalah bergelap ke seluruh negara berlaku lagi.

Dalam kes kecemasan pihak berkuasa perlu bersedia untuk menghadapi apa-apa penyelesaian yang cepat untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku kepada penduduk negara ini, katanya.

"Jangan hanya ingin mengaut keuntungan tetapi keselamatan negara terabai  disebabkan oleh bekalan tenaga elektrik terputus menyebabkan rakyat kerugian dan keselamatan negara terancam," tambah beliau.

Ini berlaku apabila rumah terbakar di Miri kerana bergelap akibat menggunakan lilin dan sebagainya.

Tiada ulasan: