Posted on Thursday, June 20 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: laniismaa
"
KLIK
Lagi.MY
Kalau sebelum ini, arkitek dari Singapura menyebut [di sini] bagaimana kereta dipandu Lim Chin Aik berkecai seumpama tenaga tujuh bas yang bergerak pada kelajuan 130 kilometer sejam (130km/j) dan melanggarnya secara serentak.
Kali ini bekas Pengerusi Institut Jurutera Malaysia (cawangan utara) Lim Kok Khong berpendapat mayat Lim Chin Aik dipercayai terbenam sekurang-kurangnya sedalam 40 meter atau setinggi 13 tingkat bangunan di bawah tanah dan di bawah konkrit bertetulang dengan kepanjangan 30m.
Panjang konkrit penebat kilat ialah 38m dan ia telah memberi impak secara langsung terhadap bahagian tempat duduk pemandu, Kok Khong.
“Ia betul-betul mengenai bahagian pemandu dan menyebabkan mangsa terbenam jauh ke dalam tanah,” kata Kok Khong.Kerja-kerja penggalian juga tidak dapat diteruskan melebihi 9 meter kerana struktur tanah yang lemah dan ini boleh menjejaskan integriti struktur bangunan berdekatan, kata Khok Khong. – Rujuk mStarOnline
“Dia akan terbunuh serta-merta.”
“Bayangkan sebatang pensil gergasi jatuh terbenam ke dalam tanah, suku di bahagian atas pecah dan memecahkan permukaan sekitarnya, manakala selebihnya tertanam di bawah tanah.
“Bahagian-bahagian kereta itu diseret turun pada kedalaman lapan hingga sembilan meter.”Hanya 10 meter bahagian konkrit yang jatuh boleh dikenal pasti,” katanya.”Selebihnya masih tertanam bersama mangsa.” – mStar
Baca juga : Video cemas penebat kilat runtuh dari Menara UMNO P.Pinang "
Bangau Oh Bangau !
Posted on Thursday, June 20 @ 20:18:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: amkns
"
JKKK kata bukan bidang kuasanya, KRT Rukun Tetangga pula tiada penyelesaiannya.
Baik jadi ular !
Risiko rumah tepi padang
Risiko rumah tepi padang
20
Jun 2013 KUALA PILAH – Penduduk di Rumah Rakyat Juasseh, di sini
memohon jasa baik pihak terbabit untuk membina pagar pengadang di padang
awam taman berkenaan bagi keselamatan penduduk terutama yang tinggal di
persekitaran padang ini.
Ini
berikutan terdapat rungutan diterima daripada penduduk mengatakan
sering terjadi kerosakan harta benda dan peralatan akibat terkena bola
sepak yang dimain belia pada waktu petang.
Penduduk,
Mohd Izwan Lokman, 29, berkata, padang bola di taman itu sering menjadi
tumpuan belia sekitar kawasan Juasseh untuk melaksanakan aktiviti
riadah pada setiap petang.
Menurutnya,
penduduk pernah mengajukan permohonan untuk membina pagar pengadang ke
pihak berkaitan beberapa tahun dahulu tetapi pihak tersebut memaklumkan
ia adalah tanggungjawab pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung (JKKK).
"Kami sudah pun bertemu dengan pihak JKKK tetapi mereka memaklumkan perkara ini bukan bidang kuasanya," katanya.
Justeru
itu katanya, untuk mengelakkan masalah ini berterusan, golongan belia
sudah mengambil inisiatif mengadakan gotong-royong membina pagar
pengadang di kawasan padang bola.
"Pengadang dibina berhampiran surau taman yang sering mengalami kerosakan teruk akibat terkena bola.
“Kami
menggunakan tiang lampu sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang
secara kebetulan sedang membuat pertukaran tiang lampu kayu kepada tiang
lampu batu manakala jaring adalah sumbangan individu daripada penduduk
taman,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, keadaan tiang pagar tersebut sudah mula reput dan jaringnya banyak yang koyak.
"Kami
sangat berharap agar ada yang lebih baik dan sempurna seperti yang
terdapat di padang awam Kampung Selaru di mana padang itu memiliki pagar
yang tinggi bagi mengelakkan bola tersasar ke kawasan perumahan,"
katanya.
Selain itu, Lau Tack Meng, 56, berkata, rumahnya juga pernah mengalami kerosakan akibat terkena bola.
"Pada
awal tahun lalu, lampu di bahagian hadapan rumah pecah. Dalam hal ini,
kita tidak boleh menyalahkan belia. Lagipun ini satu-satunya padang bola
yang terdapat di sini.
"Jalan
penyelesaian perlu dicari bagi menangani masalah ini. Malah, saya
pernah ajukan masalah ini ketika mesyuarat Kawasan Rukun Tetangga (KRT)
pada 2008 dan 2009, tetapi masih tiada penyelesaian," katanya.
Gagal masuk Kolej kerana wajib sertai PLKN, PTPTN pula kena bayar
Posted on Thursday, June 20 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: amkns
"20 Jun 2013 - Kuala Lumpur: Harapan seorang bapa melihat anak lelakinya menyambung pelajaran di sebuah kolej swasta dalam bidang automatif di Subang Jaya, dekat sini, berkecai selepas anaknya itu gagal mendaftar masuk ke institusi berkenaan walaupun yuran pendaftaran sudah dibayar.
Azizul Rahman Shaik Yusoff, 50, berkata, pada 6 April lalu, anaknya yang baru menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditawarkan menyambung pelajaran di sebuah kolej swasta di Subang Jaya.
Menurutnya, dia juga membuat pembayaran pendahuluan RM450 di Kompleks Belia dan Sukan Jawi, Pulau Pinang ketika wakil kolej terbabit datang ke kompleks itu untuk mempromosikan kolej berkenaan.
“Bagaimanapun, ketika itu anak saya sedang menjalani latihan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Bukit Mertajam tidak dapat mendaftar pada semester yang pertama dan terpaksa membuat penangguhan.
Azizul berkata, dia sekeluarga yang berasal dari Pulau Pinang kemudian datang ke kolej berkenaan pada tarikh ditetapkan dan membuat baki bayaran sebanyak RM1,050.
Menurutnya, keesokan harinya, dia menghubungi kolej itu di Bukit Mertajam, namun menerima berita mengejutkan apabila diberitahu pihak mereka tidak mengambil sesi kemasukan baru kerana penempatan sudah penuh.
“Saya juga bimbang jika mereka menyalahgunakan borang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang sudah siap diisi."

Rumah mampu milik, kereta mampu milik atau selipar mampu milik?
Posted on Thursday, June 20 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: notan
"Penggal lepas, PM Najib memperkenalkan konsep rumah mampu milik bagi memenuhi permintaan perumahan rakyat, kali ini Proton sebagai proxy kerajaan juga memperkenalkan konsep kereta mampu milik.
Kedua dua konsep ini dikatakan memberi penekanan kepada aspek kemampuan rakyat untuk membayar( bukan membeli) ansuran bulanan tetapi betulkan rumah yang dibina oleh syarikat perumahan negara dan kereta yang dikeluarkan oleh proton itu mampu dimiliki oleh semua lapisan rakyat? Dari segi bayaran sahaja sudah menimbulkan keraguan apatah lagi dari segi mutu atau kualiti.
Rumah mampu milik setelah diberi subsisi oleh kerajaan pusat masih dijual dengan harga yang tinggi bagi rakyat yang berpendatan rendah dan serderhana dimana sebenarnya konsep mampu milik itu hanya merupakan konsep sewa beli atau konsep pinjaman baik oleh bank kovensyional atau bank Islam, bukannya mampu milik dalam erti menjadi harta rakyat yang boleh jadi pesaka kalau pemilik meninggal dunia.
Begitu juga dengan mampu milik kereta Proton, ianya masih merupakan konsep mampu milik dalam bentuk sewa beli yang bermakna pemilik masih bukan pemilik kepada kereta itu sehingga tempoh bayaran pinjaman selesai. Dan kalau dalam tempoh itu, pemilik meninggal dunia, kereta itu tidak menjadi pesaka, sebaliknya dikira sebagai hutang yang mesti dibayar oleh pewaris.
Analisa ini tidak mengambil kira jumalah bayaran bulanan bagi rumah mampu milik dan kereta mampu milik serta pinjaman pinjamna lain yang perlu dilunaskan oleh pemilik. Kalau dicampur semua liabiliti rakyat yang memiliki rumah mampu melebihi RM500-00 malah mungkin mencecah RM1,000-00.
Bayangkanlah kalau pendapatan isi rumah kurang dari RM3,000-00 sebulan dan dengan jumlah ansuran bulanan di antara RM500-00 dan RM1000-00 beserta komitmen kewangan lain, mampukah mereka menanggung semuanya ini?
Konsep mampu milik sepatutnya merujuk kepada kemampuan rakyat memilik sesuatu itu secara tunai, seperti rakyat membeli selipar yang sah mampu dimiliki, tetapi untuk rumah dan kereta yang terpaksa ditanggung oleh pemilik dalam satu jangka masa yang panjang, konsep ini tidak munasabah.
Kerajaan yang baik dan prihatin kepada masalah rakyat seharusnya mencari jalan penyelesaian yang tidak membebankan rakyat dalam jangka panjang seperti berusaha mengurangkan kos pembinaan dengan bahan bahan binaan yang lebih bermutu, berusaha mengurangkan indek harga pengguna kearah memberi lebihan pendapatan menerusi penjimatan kepada barangan pengguna,mengurangkan karenah birokrasi bagi mengelakkan rasuah dan lain lain usaha yang lebih praktikal dari konsep mampu milik yang diperkenalkan sekarang.
Hari ini, rakyat boleh memdapatkan selipar mampu milik tetapi bukan rumah dan kereta mampu milik."

Minta Izin Untuk Berzina (pesanan peguam)
Posted on Thursday, June 20 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: hishamahmad
"Pernahkah anak lelaki remaja atau anak perempuan remaja anda meminta izin untuk melakukan dosa? Ya, saya setuju, ini soalan gila. Apahal pulalah saya tiba-tiba utarakan persoalan sebegini. Kalau ditanya langsung depan seorang bapa, peluangnya agak cerah untuk saya… ‘makan’ penampar, jawabnya.
Bagi soalan yang lebih lembut, kurang bersifat ‘personal attack’, bagaimana kalau kita sebagai guru, ustaz, penghulu atau ADUN, tiba-tiba didatangi seorang anak muda meminta izin untuk melakukan zina? Jawabnya, yang bertanya itu pula yang berpeluang ‘makan’ penampar.
Tentu kita tidak terbayang soalan sebegini akan keluar dari mulut generasi muda Islam kita. Tetapi bagaimana 10, 20 30 tahun akan datang sekiranya generasi muda masih dialpa kan dengan segala macam bentuk godaan berunsur seksual. Di suatu zaman akan datang ktika mana generasi muda cetek ilmu dalam gelodak nafsu. Di suatu zaman futuristik di mana gejala keruntuhan akhlak golongan muda berada pada tahap paling kritikal.
Baiklah saya tidak memanjang perkara yang kita rasa amat tidak logick tidak rasional dan tidak masuk akal, so to speak.
Namun ketahuilah, percayalah, terdapat suatu kisah di zaman nabi mengenai seorang pemuda yang meminta izin untuk melakukan dosa. Dosa bukan sebarangan dosa. Dosa zina. Dosa yang sangat hina. Serasa saya, kisah ini mungkin berlaku di peringkat awal perkembangan Islam.
Mungkinkah pemuda ini telah terbiasa dan seronok melakukan zina semasa jahiliyah sebelum memeluk Islam? Mungkinkah, apabila turun ayat al-Quran memerintahkan zina diharamkan, pemuda ini menjadi resah dan gelisah, lalu mencuba nasib berjumpa nabi meminta kebenaran. Manalah tahu, kalau-kalau dapat kelonggaran dan pengecualian.
Kisah ini bukan nukilan dalam kitab hikayat tetapi bersumberkan hadis di Musnad Imam Ahmad [No Hadith 21185]
Maksudnya: “…dari Abu Umamah berkata: Sesungguhnya seorang pemuda menemui Nabi s.a.w. lalu berkata: Wahai Rasulullah s.a.w.! Izinkan aku untuk berzina. Orang ramai menghampiri lalu melarangnya, mereka berkata: “Jangan, jangan.” Rasulullah s.a.w. bersabda: "Marilah." Dia mendekati Baginda s.a.w. lalu duduk, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apa kau menyukai orang berzina dengan ibumu?" pemuda itu menjawab: Tidak, demi Allah s.w.t. wahai Rasulullah S.A.W., semoga Allah s.w.t. menjadikanku sebagai penebus Tuan. Nabi s.a.w. bersabda lagi: Orang lain juga tidak menyukai penzinaan dengan ibu-ibu mereka." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apa kau menyukai orang berzina dengan anak perempuanmu?" Tidak, demi Allah s.w.t. wahai Rasulullah s.a.w. Semoga Allah s.w.t. menjadikanku sebagai penebus Tuan. Nabi s.a.w. bersabda: “Orang lain juga tidak menyukai penzinaan dengan anak-anak perempuan mereka." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apa kau menyukai untuk orang berzina dengan emak-emak saudara dari sebelah ayahmu?" Tidak, demi Allah s.w.t. wahai Rasulullah s.a.w. Semoga Allah s.w.t. menjadikanku sebagai penebus Tuan. Nabi s.a.w. bersabda: Orang lain juga tidak menyukai penzinaan dengan emak-emak saudara mereka." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apa kau menyukainya orang berzina dengan emak-emak saudaramu dari sebelah ibumu?" Tidak, demi Allah s.w.t. wahai Rasulullah s.a.w. Semoga Allah s.w.t. menjadikanku sebagai penebus Tuan. Nabi s.a.w bersabda: Orang lain juga tidak menyukai penzinaan dengan emak-emak saudara mereka." Kemudian Rasulullah s.a.w. meletakkan tangan Baginda s.a.w pada pemuda itu dan berdoa: "Ya Allah! Ampunilah dosanya, bersihkan hatinya, jagalah kemaluannya." Setelah itu pemuda itu tidak pernah mengerling mana-mana wanita pun.”
Sejak itu juga, zina adalah dosa yang paling dibencinya.
Wahai anak-anak muda lelaki dan perempuan sekelian,
Wahai bapa-bapa, ibu-ibu, kakak-kakak, abang-abang… kepada anak-anak muda ini. Ketahuilah!
Nasihat nabi s.a.w. kepada pemuda ini, meresap jauh ke dalam hati. Pada zaman ini disebut pendekatan psikologi. Sebahagian manusia moden menganggap ia idea dan kaedah baru. Padahal, nabi sudah laksanakan lebih 1400 tahun yang lalu.
Oleh itu, setiap ibu, kakak, adik perempuan atau setiap wanita bagi setiap keluarga, berilah pesanan dan peringatan kepada setiap lelaki di dalam rumahmu, dari kalangan ahli keluargamu, katakanlah;
“wahai anak lelakiku!”
“Wahai abangku!”
“Wahai adik lelakiku”
“Janganlah dikau lakukan zina dengan mana-mana wanita.
Sekalipun kau suka, dia pun suka!”
“Jangan kau tergamak merosakkan kesucian,
mana-mana perempuan,
sekalipun dirimu diberi keizinan,
secara rela atau dalam keterpaksaan.”
“Sanggupkah engkau, jikalau...
ibumu ini dirosakkan orang,
kakak mu dipermainkan,
adik perempuan mu dilarikan.”
“Sanggupkah dirimu, kiranya....
orang tersayang dari keluargamu diperdayakan,
direnggut kesucian,
dihancurkan kegembiraan,
masa depan kabur dan kelam,
dibayangi hukum dan pembalasan dosa,
di dunia dan di akhirat sana”
“Demi keredaan illahi
demi kasih kami selama ini
jauhilah dosa zina, jangan ia didekati
“wahai anak lelakiku!”
“Wahai abangku!”
“Wahai adik lelakiku”
Justeru…
tundukkan pandangan,
Jangan dilihat, disentuh dan diimaginasikan
yang tidak halal dan larangan
Nafsu, syahwatmu dan keinginan ...
jangan sampai luar kawalan,
hadith sahih ini jadikan ingatan;
“…dari Abu Hurairah dari Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: "… Zina kedua mata adalah melihat, zina kedua telinga adalah mendengar, zina lidah adalah berbicara, zina kedua tangan adalah menyentuh, zina kedua kaki adalah melangkah dan zina hati adalah berkeinginan dan berangan-angan, sedangkan semua itu akan ditindak lanjuti (berkesudahan) atau ditolak (tidak berkesudahan) oleh kemaluan." [Muslim, Sahih Muslim. Kitab Takdir. No Hadith 4802]
Untuk artikel lengkap, ziarahilah :-
hisham-ahmad.blogspot.com"

Lagi maut akibat kencing tikus, mari kita bertaubat
Posted on Thursday, June 20 @ 15:32:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: rozmal
"Nampaknya wabak bala kencing tikus di Malaysia ini makin menjadi-jadi. Menurut hadith antara punca turun bala apabila banyak kes buang bayi dan anak zina. Marilah kita banyak bertaubat, melakukan amar maaruf nahi munkar, serta sentiasa menjaga kebersihan persekitaran kita terutama di tempat awam, taman rekreasi serta kawasan air terjun.
Pelajar sekolah mati selepas dijangkiti kencing tikus
19 Jun 2013 - Seorang pelajar Maahad Tahfiz Darul Anuar, Pulau Melaka di sini meninggal dunia semalam akibat terkena jangkitan virus kencing tikus (Leptospirosis) selepas mengikuti perkhemahan pada bulan lepas di Bukit Bakar, Machang.
Sheikh Mohd Alif Sheikh Mohd Fauzi, 17, dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini, pada 30 Mei lalu berikutan demam yang dihidapinya selepas perkhemahan tersebut.
"Mohd Alif meninggal dunia kira-kira pukul 9 pagi semalam dan dikebumikan di kampung ibunya di Kampung Gong Pasir, Dungun, Terengganu pada hari sama," katanya.
Sementara itu, Pengarah HUSM Kubang Kerian Datuk Dr Zaidon Kamari dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama hari ini mengesahkan mengenai kematian pelajar tersebut akibat virus jangkitan kencing tikus.
Hadith Nabi :
“Sentiasalah umatku dalam kebaikan selama belum meluas dalam kalangan mereka anak zina. Kalau sudah ramai dalam kalangan mereka anak-anak zina, maka segeralah mendapat azab dan malapetaka yang bermacam-macam.” - Hadith Riwayat Ahmad dan Tabrani"

Tiada ulasan:
Catat Ulasan