Posted on Friday, June 21 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: nordinali
"
SPR tubuh pasukan siasatan dalaman
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan pasukan siasatan dalaman bagi menyiasat kemungkinan wujudnya sabotaj daripada petugas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) membabitkan penggunaan dakwat kekal.
Siasatan itu penting bagi mengenal pasti punca sebenar selepas dakwat kekal yang dicalitkan pada jari pengundi tidak mampu bertahan lama seperti dimaklumkan badan bebas itu sebelum ini.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata pasukan siasatan yang dianggotai tiga ahli SPR diberi masa selama sebulan untuk menjalankan tanggungjawab mereka.
Siasat secara terperinci
“Petugas SPR ini ada macam-macam, kita tidak tahu niat mereka, jadi ia memerlukan kepada siasatan dalaman secara terperinci bagi mencari kebenaran terhadap perkara itu.
“Kita tidak tahu apakah dakwat ini tidak kekal lama kerana kualitinya ataupun kesilapan pegawai SPR ataupun ada unsur sabotaj, malah kami sendiri terkejut kerana perjanjian dengan pembekal ia mestilah kekal lama,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum lalu menjadi polemik apabila pembangkang tidak berpuas hati dengan penggunaannya dan mendakwa ia satu penipuan oleh badan bebas itu.
Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, berkata penubuhan pasukan siasatan dalaman itu adalah langkah tepat bagi mencari kebenaran terhadap penggunaan dakwat kekal yang tidak mampu bertahan.
Soal kewibawaan
Bagaimanapun katanya, isu dakwat kekal tidak boleh dijadikan alasan ataupun sandaran untuk tindak mengiktiraf keputusan pilihan raya umum lalu, sebaliknya penggunaan dakwat itu mampu meningkatkan lagi kebolehpercayaan perjalanan pilihan raya di negara ini.
“Ia adalah satu langkah wajar kerana ia membabitkan soal kewibawaan dan integriti badan bebas itu selaku pengendali pilihan raya. Malah ia sebahagian daripada cadangan dikemukakan MBM dengan menyentuh isu dakwat kekal membabitkan aspek kualiti serta ketahanannya,” katanya.
Bagi bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim, berkata SPR kini sudah dijadikan ‘kambing hitam’ oleh pembangkang bagi menutup kelemahan mereka dan usaha dilakukan suruhanjaya itu bagi mencari kebenaran adalah langkah tepat.
“Petugas SPR ramai, kita tidak tahu arah sokongan mereka, semestinya siasatan terperinci perlu dibuat terutamanya membabitkan pihak yang membuat dan menerima tempahan dakwat kekal ini.
“Tidak mustahil ada yang mensabotaj penggunaan dakwat kekal bagi memburukkan imej SPR serta menimbulkan keraguan rakyat terhadap badan pengendali pilihan raya itu,” katanya.
Kalau silap kenapa tak mengaku. Itu tanda bangang. Kalau silap tak perlu masa letak aje jawatan, bagi yang lebih berwibawa! Ni tubuh jawatankuasa nak kambing hitamkan siapa pula atas masalah ini. PRU-12 sebelum ini kata ada orang beli dakwat yang sama, itu pun dah banyak juta hilang kerana dakwat berkenaan.
Entah-entah dakwat PRU-12 lalu diguna dan ada yang kebas duit kononnya yang beli baru sedangkan dakwat PRU-12 tidak dihapus pun!"
MB, Mat Said RM400 juta diberi kepada Pemaju bukan pada kontraktor
Posted on Friday, June 21 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: mohdnoorawang
"Menteri besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said tunjuk perangai bodoh dan otak lembu dalam dewan undangan negeri Terengganu (DUN) sidang pertama penggal pertama selepas PRU13.
Isunya menjawap soalan dari wakil rakyat (PAS) dari DUN Batu Buruk Dr, Syed Azman pembinaan dan perobohon pasar Kedai Payang Kuala Terengganu. Isu dan jawapan dan soalan dari Dr. Syed Azman dapat dibaca dalam harakahdailya dan harakah cetak serta laman maya sperti TKO.
Kami hanya akan memaparkan sikap gelojoh dan sikap bodoh sombong dan atok fikir seorang yang bernama Ahmad Said sebagai menteri besar Terengganuyang sifarnya amat jijik dan sifat panas baram dalam menjawap setiap isu dalam dewan sidang (DUN).
Cuba rkayat Terengganu renung dan fikir sesaat jawapan Ahmad Said isu Pasar Kedai PayangKuala Terengganu yang dibangkitkan oleh Dr. Syed Azman.
Jawapan Ahmad Said, RM400 juta kepada PEMAJU BUKAN KEPADA KONTRAKTOR."
Dalam pasar tersebut dibina kondom mewah, hotel lima bintang, cinima, dan shopping complek. Kita nak tanya tanah asal tersebut akan jadi milik siapa?. Pada hemat kami tanah tersebut kan jadi milik pemaju tersebut.
Kerajaan Terengganu hanya dapat sebuah pasar baru sahaja. Memang bodoh dan memang sial kerajaan Terengganu. Mungkin pemaju dapat tanah percuma atau hanya membayar sedikt primium tanah.
Pada masa yang sama pemaju dapat habuan RM400 juta. Dan siapa pula pemilik hotel, kondomium dan segala yang yang dibina oleh pemaju tersebut.
Jelas jawapan Ahmad Said dalam isu Pasar Kedai Payang Kuala Terengganu satu jawapan yang bodoh dan merugikan rakyat Teengganu serta menjual tanah yang berharga kepada pemaju mungkin tanahtapak tersebut diberi percuma kepada pemaju bersama dengan wang RM400 juta.
Kami mengharap kerajaan BN/UMNO dan Ahmad said memberi jawapn yang jelas dan butiran projek serta konsep projek tersebut. kepada rakyat Terengganu .
Syabas ADUN PAS dan PKR Terengganu,
Posted on Friday, June 21 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: senik
"Assalamualaikum,,
Penulis masih teruja untuk menulis pasal PAS Terengganu yang masih dilebel sebagai dok rok cetong, gila nak bergabung dengan UMNO untuk mendapat kuasa.Persidangan DUN Terengganu bagi penggal selepas PRU 13, ADUN PAS sudah melakukan permulaan yang baik.Isu Pasar Kedai Payang menyebabkan MB Bangla.
Mat Said sudah awal awal lagi melenting.Dr.Syed Azman yang pada penggal lepas sudah bertembung dengan Mat Said meneruskan konfrantasi mereka bila bangun meminta penjelasan mengenai kontrak RM400 juta yang diberikan kepada Abu Sahid dan gengnya dan apabila Mat Said tidak menjawab soalan ini,Dr Syed Azman bangun lagi mengulangi soalannya.
Mat Said tidak mahu menjawab sebaliknya menunjukkan sikap baran tak tentu halanya dengan sedikit gertakan bodoh oleh Dr. Syed Azman, apabila menuding kepada Dr,Syed Azman dengan berkata :
'dah soalan bodoh, jawapan biar bodohlah. Mung (awak) mahu apa lagi?'
"RM400 juta bukan kita beri projek ini kepada kontraktor tapi kepada pemaju yang majukan. PhD ada begini tak faham?" sanggahnya lagi.
Cuba lihat jawapan Mat Said yang diwarnakan merah itu, dan cuba lihat sikap baran Mat Said yang menyebabkan dia kelihatan bodoh semata mata mahu mengelak dari mengesah atau menafikan kebenaran soalan dari Dr.Syed Azman.Setahu penulis, DR.Syed Azman ialah doktor perubatan yang ada MBBS dari UM, bukan doktor palasapah!
Lagipun apa yang Dr.Syed Azman tak faham sedangkan Mat Said mengelak menjawab soalan asalnya?
Untuk permulaan, kita sudah boleh mengagak projek Pasar Payang bernilai RM400 juta sudah diberikan kepada kroni UMNO walaupun Mat Said mengelak dari menjawab soalan Dr.Syed Azman.
Sempena bermulanya persidangan ADUN Terengganu, penulis ingin mengambil kesempatan mengucapkan syabas kepada semua ADUN PAS dan PKR di DUN Terengganu, let's walk the talk!
"
Semalam pelatih PLKN lahir bayi, hari ni Muar dilanda jerebu teruk
Posted on Friday, June 21 @ 02:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: amkns
"Udara Muar paras bahaya, sekolah ditutup 20 Jun 2013 - Kualiti udara di Muar, Johor memasuki paras bahaya akibat jerebu, menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada jam 7 pagi tadi mencatatkan angka 331. Bacaan melebihi 301 dianggap berbahaya dan melepasi 201 pula "sangat tidak sihat
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Muar hari ini mengarahkan sekolah ditutup hari ini dan esok.
Johor hari ini paling teruk menghadapi jerebu.
PELATIH PLKN SRI LEDANG LAHIR BAYI DALAM TANDAS
MUAR
19 Jun 2013 - Seorang remaja yang sedang menjalani latihan di Kem
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sri Ledang di Jementah, dekat sini
melahirkan seorang bayi lelaki di tandas kem berkenaan sebelum bayi
tersebut dilaporkan meninggal dunia hari ini.
Bayi
lelaki seberat 2.7 kilogram itu difahamkan dilahirkan di tandas
berkenaan kira-kira pukul 3 pagi sebelum kejadian itu disedari
pengurusan kem yang kemudian membawa ibu bayi terbabit bagi mendapatkan
rawatan selain membuat laporan polis.
Remaja
berusia 18 tahun bersama anaknya yang cukup sifat itu dihantar ke
Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini. Bagaimanapun bayi
tersebut disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba untuk rawatan.
Dia
dipercayai berasal dari sebuah kawasan Felda di Kulaijaya dan dikatakan
memasuki PLKN tersebut pada April lalu serta dijadualkan akan
menamatkan latihan beberapa hari lagi.
Bila lagi Mat Said nak ajak gocoh atas kubur?
Posted on Friday, June 21 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: tokpepijat
"Saya tanya soalan yang spesifik iaitu kepada syarikat mana projek ini diberikan. Kalau saya gunakan bahasa 'jawapan bodoh' tak kena dengan dewan tapi jawapan memang jawapan bodoh," katanya.
Ahmad kemudiannya melenting dan berkata 'dah soalan bodoh, jawapan biar bodohlah. Mung (awak) mahu apa lagi?'
Nasib ADUN Batu Buruk tidak seburuk ADUN Wakaf Mempelam ketika menghadapi MB Terengganu Mat Said.
Nasib baik Mat Said tidak cabar YB Batu Buruk untuk "bergocong" atas kubur belakang Wisma Darul Iman.
YB Wakaf Mempelam ada pengalaman dengan Mat Said. Mat Said semasa duduk bawah ketiak Deris Jusoh pernah ajak Haji Wahid Endut "bergocoh" kerana pedih telinga dengar perbandingan Zionis dengan UMNO gara-gara roboh Masjid Bujal.
Barangkali darah Mat Said sejuk sikit kini sejak beliau buka Zoo Bukit Takal. Iyalah sejak berkawan dengan kura-kura,ular,penyu dan reptilia. Haiwan ini berdarah sejuk.
Tapi jika beliau mula berjinak dengan harimau dan singa,bagaimana suhu darahnya?
Ini yang perlu YB PAS hati-hati !
Bila lagi Mat Said nak ajak gocoh atas kubur?
Pas Sri Gombak shared Tok Adi's photo.
BAHAYA SYIAH YANG DIBAWA OLEH KHALID MOHD ISMATH (PELAJAR UNDANG-UNDANG UITM SHAH ALAM )Khalid Mohd Ismath dari pemuda Parti Sosialis ini sangat bahaya. Beliau bekas pelajar UiTM Merbok dalam jurusan diploma undang-undang pada tahun 2010. Sekarang melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam. Beliau terlibat secara aktif sebagai pengikut syiah tegar semasa beliau belajar di peringakat sekolah menengah. Khalid sangat licik bergerak masuk dalam pergerakan pelajar. Beliau cuba mencari pengaruh untuk mendapat sokongan ramai khususnya pelajar IPT. Kita sedia maklum, ajaran syiah sesat "Imamiah Ithna Asyariyyah" adalah suatu ajaran sesat lagi kafir yang terkeluar dari ajaran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Bagi mereka menipu kepada ASWJ adalah halal dan mendapat pahala. Khalid berpura-pura menjadi pejuang kebebasan akademik dan kebebasan suara pelajar. Bagi yang tidak faham apa itu ajaran syiah sesat yang sebenarnya, mudah tertipu dan ditipu.
Tidak ada iman bagi yang tidak bertaqiyyah. Inilah rukun iman orang-orang syiah. Lebih kurang 90% taqiyyah dengan menipu orang-orang sunni. Khalid boleh menipu orang-orang yang tidak belajar kitab-kitab syiah dan tidak boleh menipu kami yang arif pasal ajaran syiah yang sesat lagi kafir. Di sini, kami tidak perlu jelaskan apa itu syiah dan ajaran pembohongannya. Anda boleh semak penjelasan dalam blog bahaya syiah. Khalid sudah mula menggunakan pentas parti politik dengan alasan berjuang untuk meruntuhkan kerajaan zalim BN/UMNO, supaya rakyat percaya bahawa beliau adalah pejuang tulin. Sebenarnya, khalid dan rakan-rakan syiahnya tetap membenci orang sunni yang mereka panggil dengan nama Nasibi @ Nawasib (najis tidak boleh disucikan dan kafir).
Untuk mencari pengaruh dan cuba mempengaruhi orang-orang sunni yang jahil terhadap syiah, maka mereka akan gunakan bermacam-bermacam pendekatan dan strategi menarik minat ASWJ ke ajaran syiah yang sesat. Mereka sanagguap berpura-pura dan sanggup berada dibarisan hadapan supaya masyarakat nampak bahawa orang syiah sahaja yang berani dan menjuarai pejuangan rakyat. Sama juga Iran yang tunjuk garang dan seolah-olahnya benci terhadap Amerika dan Israil sedangkan Amerika dan Yahudi bebas bergerak di Iran. Inilah yang dikatakan orang munafiq sepertimana Abdullah bin Saba yang merupakan pelupur gerakan syiah sesat semenjak zaman Saiyidina Ali r.a.. Sifat mereka yang munafiq ini boleh dirujuk dalam al-Quran, ayat 8-20 dalam surah al-Baqarah.
Gerakan pelajar, NGO dan parti politik kena hati-hati dengan gerakan kumpulan si khalid yang sesat lagi menyesatkan ini. Jagan bagi dia peluang masuk mana-mana organisasi, jika anda mahu selamat. Jika tuan-tuan masih degil dan percaya dengan Khalid ini, silakan ... selepas ini jagan sesal apabila si munafiq ini buat kacau dan merosakkan organisasi anda. Kami sentiasa mengikuri gerak-gerinya yang banyak bertaqiyah. Jangan negera kita ini jadi macam di Iraq dan kini di Syria. Perdana Menteri Syria dengan sokongan Iran dengan membunuh sekian ramai orang-orang suni di sana, kerana bagi mereka halal darah orang suni untuk dibunuh apabila ada peluang. Harus diingat dan difahami, syiah bukan mazhab dan bukan ajaran
Islam.
Kredit - Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM )
PDRM nafi KL antara 10 bandar paling berbahaya
Posted on Friday, June 21 @ 03:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Sumber Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan sebuah laman web yang menyenaraikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai antara 10 bandar paling berbahaya di dunia.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan laman Facebook PDRM, dakwaan itu sama sekali tidak benar dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai maklumat itu seterusnya menyebarkan maklumat berkenaan.
"Orang ramai diminta supaya tidak semudahnya mempercayai dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih daripada laman web tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu daripada polis.
"Warga Malaysia juga haruslah menjadi penyebar maklumat yang bertanggungjawab dan beretika dengan memastikan sebarang maklumat yang diperoleh dan ingin dikongsi adalah daripada sumber yang rasmi," menurut kenyataan itu di sini hari ini.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan polis dari 2010 hingga 2012, PDRM berjaya mengurangkan indeks jenayah di Kuala Lumpur sebanyak 31.8 peratus dengan usaha berterusan dalam menangani isu jenayah di ibu kota. - Bernama
PDRM nafi KL antara 10 bandar paling berbahaya
Respon PDRM Merujuk kepada Aktikel >>> 10 Dangerous Cities In The World
Honda Accord 2.4 Dan VolksWagen Passat Sudah DiKategorikanKan Kereta Nasional ?
Posted on Friday, June 21 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Sumber Omak Kau!!
Honda, VW akan gantikan Proton Perdana sebagai limosin rasmi kerajaan
Sisa-sisa projek kereta nasional akan berakhir tidak lama lagi kerana Putrajaya akan menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 yang telah lama sebagai limosin rasmi dengan Honda Accord sementara kerajaan negeri Pahang akan menggunakan Volkswagen Passat.
Kedua-dua model sekarang ini dipasang oleh pemegang saham terbesar Proton Bhd iaitu DRB-Hicom Bhd di Pekan di mana ahli Parlimennya adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kenderaan baru itu untuk menteri Kabinet, timbalan menteri dan ahli majlis kerajaan negeri (Exco). Jumlah kos keseluruhan pembelian masih belum ditentukan.
Kerajaan negeri lain perlahan-lahan telah menggantikan Perdana yang mempunyai kapasiti enjin dua liter dan dibuat pada tahun 2010 – sekarang ini terbukti mahal untuk diselenggara.
The Malaysian Insider difahamkan kedua-dua kerajaan pusat dan kerajaan negeri Pahang telah menolak Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi mereka kerana ianya dipasang di negara jiran Thailand.
“Pertimbangan utama adalah kenderaan mestilah dipasang di sini,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Beliau mengatakan Putrajaya akan menggunakan model Honda Accord berkapasiti enjin 2.4 liter sementara kerajaan Pahang akan mengambil Volkswagen Passat berkapasiti enjin 2.0 liter.
Difahamkan, sebuah Volkswagen Toureg juga telah dibeli untuk kerajaan negeri Pahang.
TERUS TERKEDU BISU TERTELAN KAPUR PARA PEMIMPIN UMNO/BN YANG DULU CUKUP KUAT DAN BISING KUTUK KERAJAAN PR PERAK SEBAB TUKAR KERETA RASMI DARI PERDANA V6 KE TOYOTA CAMRY... CAKAP TIDAK PATRIOTIK...
NAH!!! SEKARANG APA CERITA BEB!!!..ADAKAH UMNO/BN CUKUP PATRIOTIK SEBAB DIA TUKAR KE HONDA ACCORD DAN VOLKSWAGEN PASSAT DAN BUKANNYA TOYOTA CAMRY?
ATAU KERETA JENAMA HONDA ACCORD DAN VOLKSWAGEN PASSAT SUDAH DIKATEGORIKAN SEBAGAI KERETA NASIONAL KOT!!!!!!
MANA PERGI SUARA GARANG GANAS PARA BLOGGER UMNO...MENGAPA KAMU KALIAN MACAM TIKUS KENA SIRAM DENGAN AIR PANAS SAJA LAGAKNYA.
SEBAB ITU UMNO JENIS CAKAP TAK SERUPA BIKIN MALAHAN BIKIN LAGI TERUK PADA CAKAP!!!!!GEMPAR!!!!!!... KERETA JENAMA HONDA ACCORD 2.4 DAN VOLKSWAGEN PASSAT SUDAH DIKATEGORIKAN SEBAGAI KERETA NASIONAL????????
Soalan untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM). Jawab jangan tak jawab !!!
Posted on Friday, June 21 @ 09:36:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: setisab
"
Polis Malaysia ni pandainya tidak bertempat. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata polis mempunyai kaedah untuk mengesan individu yang terlibat dalam pembelian senjata api melalui Internet.
Datuk Seri Salleh Mat Rasid mengulas penahanan seorang pelajar sekolah menengah yang dikesan membeli dua laras senapang angin MP5, selaras M16 dan M4A1 serta sepucuk pistol jenis Glock menerusi Internet. Kesemua senjata tersebut dihantar menggunakan pos dan diisytihar sebagai alat mainan.
Pasal pistol mainan pandai pulak dia kesan.
Sekarang Kerajaan Rakyat mohon kepada Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid untuk jawab satu soalan mudah di bawah ini;
Apa pasal kes Tun Dr. Mahathir beri kad pengenalan kepada warga asing dan pencerobohan askar Kesultanan Sulu di Lahad Datu polis tak pandai nak kesan dari awal? Cer cite sikit.. !!
Salleh Mat Rasid, KR nak tanya ni;
bangkai bernyawa polis-polis haram jadah atas tu apa cerita?
bila nak dakwa mereka? Janganlah nak tutup kes pulak bro !!
Salleh Mat Rasid, KR nak tanya ni, tunjuk gambar pistol ni salah ke tak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan