Isnin, 24 Jun 2013

AKHIRAT DAN MATI KENA INGAT....BEGITU JUGA NERAKA SUPAYA KITA TAK JADI JAHAT...NYAWA KITA ALLAH YANG PEGANG

PM Datuk Seri Najib isytihar darurat berkuat kuasa serta merta
Posted on Monday, June 24 @ 08:39:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

"PM Datuk Seri Najib isytihar darurat berkuat kuasa serta merta.
Perkara itu diumumkan melalui satu kenyataan ringkas oleh BERNAMA di sini http://bit.ly/1a3pJOF hari ini.

 Jerebu: PM isytihar darurat di Muar, Ledang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 setakat 7 pagi ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel menerusi posting terbaru dalam facebook beliau.

-Bernama"


 Ribut Bebinca pula dipersalahkan isu bala jerebu
Posted on Monday, June 24 @ 08:34:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: rozmal

"Memang betullah wujud ribut tropika Bebinca ini yang memburukkan lagi bala jerebu di Malaysia pada ketika ini. Tapi siapa pula yang mencipta ribut Bebinca ini, siapa pula yang suruh ribut Bebinca ini tertumpu di Muar, tempat berlakunya kes pelatih PLKN lahir bayi dalam tandas?

Ribut tropika Bebinca jadi punca
22 Jun 2013

KUALA LUMPUR – Krisis jerebu yang melanda negara sejak minggu lalu terutama di Johor kini semakin buruk apabila 475 buah sekolah di empat lagi daerah di negeri itu terpaksa ditutup semalam. Krisis tersebut dijangka berterusan sehingga Rabu depan. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), ia berpunca daripada ribut tropika Bebinca yang bertiup dari arah barat daya.

**************
Kualiti Udara Muar Sangat Berbahaya, Catat IPU 453
Sabtu Jun 22, 2013 MYT 8:46:16 PM

MUAR: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar mencapai tahap amat berbahaya pada pukul 4 petang ini dengan bacaan 453, semakin merosot berbanding 373 yang direkod pada 11 pagi Sabtu. Pengerusi Bencana Alam (Pencemaran Udara dan Jerebu) Daerah Muar Abdul Rahman Mohamed Dewam berkata kualiti udara di daerah itu mencatat kemerosotan sejak awal pagi dengan bacaan IPU 276 pada 7 pagi, 312 (8 pagi), 338 (9 pagi) dan 360 (10 pagi).

*********

Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya). (Al-A'raaf 7:57) |

****************
PELATIH PLKN SRI LEDANG LAHIR BAYI DALAM TANDAS
MUAR 19 Jun 2013 - Seorang remaja yang sedang menjalani latihan di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sri Ledang di Jementah, dekat sini melahirkan seorang bayi lelaki di tandas kem berkenaan sebelum bayi tersebut dilaporkan meninggal dunia hari ini. Remaja berusia 18 tahun bersama anaknya yang cukup sifat itu dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini. Dia dipercayai berasal dari sebuah kawasan Felda di Kulaijaya dan dikatakan memasuki PLKN tersebut pada April lalu serta dijadualkan akan menamatkan latihan beberapa hari lagi.

 HITAM 505 : Perhimpunan Tidak Dapat Sambutan Rakyat
Posted on Monday, June 24 @ 08:32:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: mohdnoorawang

"Perhimpunan Black 505 /Hitam 505 yang diadakan di Padang Merbok Kuala Lumpur gagal memahat sejarah dengan kehadiran sekitar 30, 000 orang sahaja. Mungkin kehadiran sekitar 20,000 orang sahaja.

Apakah rakyat sudah bosan dan sudah jemu untuk berkumpul dan menyatakan sesuatu perkara atau isu yang berbangkit?. Pada hemat kami rakyat sudah bosan, sudah letih, sudah jemu dan sudah meluat apa yang sedang berlaku sekarang.
Selepas PRU13, rata rata rakyat kecewa, sedih dan tertanya tanya apa sebenar rakayt Malaysia mahu?. Semua tawaran Pakatan Rakyat dalam PRU13 tidak menarik minat rakyat terutama pengundi yang berdaftar dengan SPR 13 juta orang.
Rakyat Malaysia mahu harga minyak mahal dan ibubapa mahu PPTN. bil letrik dan bil air mahal dan segala keperluan harian mahal. Pengundi tidak mahu tawaran dari pakatan rakayat. Rakay Malaysia mahu terus kekal dengan BN/UMNO .
Perhimpunan Black 505 tidak mendapat sambutan ramai kerana rakay telah membuat keputusan bijak, selagi SPR, JPN dan BN/UMNO berkuasa selagi itulah penipuan, kejahatan pemimpin, penipuan, rasuah wang dan rasuah kuasa tetap kan berlaku.
Rata rata rakyat ramai sudah jemu dan sudah bosan, kerana setiap perhimpunan dan bantahan yang dibuat oleh pemimpin pakatan rakyat terhadap kerajaan BN/UMNO tidak diendahkan oleh BN/UMNO.
Mungkin kita tinggal dengan kata kata perinyahlah kamu wahai BN/UMNO selagi ada kuasa dan sehingga dunia kiamat.  PRU14 sudah ada jawapan ..BN/UMNO masih berkuasa lagi kerana 14 juta pengundi tetap undi BN.  

 Teks Khutbah Jumaat yang tidak mengikuti perkembangan semasa
Posted on Monday, June 24 @ 08:31:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: rozmal

"Ingatkan teks khutbah Jumaat hari ini nak menceritakan mengenai bala jerebu yang melanda negara, atau bala kencing tikus yang semakin menjadi-jadi atau gejala bayi lahir dalam tandas di Kem PLKN atau pun persiapan Ramadhan menyemarakkan Sya’aban.


Rupanya-rupanya tajuk teks khutbah Jumaat hari ini yang diedar seluruh Malaysia yang diseragamkan oleh JAKIM bertajuk “PERANAN PENGGUNA MEMPERKASA EKONOMI” bersempena dengan sambutan Bulan Pengguna Kebangsaan  pada bulan Jun ini.

 DAP Perlu Tingkat Usaha Betulkan Persepsi Melayu
Posted on Monday, June 24 @ 06:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Siraj Mohd Zaini

AMPANG 23 JUN: Kerjasama perlu dipertingkatkan dikalangan komponen Pakatan Rakyat (PR) bagi membetulkan persepsi orang Melayu bahawa hanya Umno sahaja pelindung dan pembela komunti.

Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu berkata, perancangan teliti perlu dilakukan mulai sekarang bagi mengelakkan isu yang berkaitan orang melayu dimainkan semula pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Oleh itu, beliau berkata, DAP diperlukan bagi membantu menerangkan kepada komuniti Melayu yang masih ragu-ragu untuk memberi sokongan kepada Pakatan.

“Untuk rancangan lima tahun akan datang, kita kena lihat secara serius bantuan daripada semua kaum khasnya DAP.

“DAP menang begitu besar dan diperlukan supaya melihat secara serius bagaimana nak membuang persepsi yang mengatakan hanya Umno penyelamat Melayu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan pada Konvensyen Pakatan Rakyat di Hotel De Palma Inn Ampang di sini hari ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pimpinan Pakatan yang terdiri daripada Pas, PKR dan DAP perlu lebih berhati-hati ketika mengulas mengenai isu sensitif bagi mengelak dieksploitasi oleh Umno-BN.

“Secara sedar dan tak sedar perkara ini jika tidak diberi perhatian akan membantu Umno dalam mengekalkan kuasa,” ujarnya lagi

Sebelum ini, beberapa isu sensitif seperti kalimah Allah, persepsi negatif terhadap DAP, sering dimanipulasikan oleh Umno-BN bagi menarik sokongan pengundi Melayu ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Sumber: Selangorku.com

  Darurat diisytihar di Riau
Posted on Monday, June 24 @ 06:01:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Sumber Cyberita Asia

Presiden arah Badan Nasional Pengurusan Bencana ambil alih usaha padam kebakaran hutan mulai kelmarin

JAKARTA:
Pemerintah Indonesia mengisytiharkan keadaan darurat di Riau mulai kelmarin berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk akibat kebakaran hutan dalam tiga daerah dan perbandaran wilayah itu.

Jerebu daripada kebakaran hutan itu masih berlaku di daerah Bengkalis dan Rokan Hilir serta bandar Dumai, lapor akhbar Jakarta Post, semalam.

"Presiden mengarahkan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) agar mengambil alih usaha pemadaman api di Riau, mulai Jumaat," kata seorang pengarah tindakan kecemasan BNPB, Encik Tri Budiarto, kelmarin.

Ini sedang pihak berkuasa Indonesia bersiap sedia menjalankan operasi pembenihan awan di tempat-tempat terjejas.

Timbalan Gabenor Riau, Encik Mambang Mit, berkata usaha pembenihan awan merupakan jalan penyelesaian terakhir kerana teknik-teknik pemadaman api konvensional sukar dilakukan.

"Keadaan cuaca yang amat kering dan berangin dan lokasi-lokasi kebakaran yang sukar dimasuki kenderaan itu telah melambatkan usaha memadamkan kebakaran. Satu-satunya cara penyelesaian ialah dengan pembenihan awan," kata beliau kepada Jakarta Post.

Kebakaran di wilayah pulau Sumatera itu, yang turut mengakibatkan jerebu yang menyelubungi Singapura dan Malaysia, dilaporkan masih berlaku di ladang-ladang kelapa sawit milik syarikat-syarikat Indonesia, Malaysia dan Singapura, kata kumpulan aktivis sekitaran Greenpeace International, semalam.

"Data titik panas Nasa (Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat) yang memantau keadaan di Sumatera sepanjang 10 hari lalu (dari 11 hingga 21 Jun) mendedahkan bahawa ratusan titik panas kebakaran di ladang-ladang kelapa sawit yang dimiliki syarikat-syarikat Indonesia, Malaysia dan Singapura," kata kumpulan itu dalam kenyataannya yang diterima agensi berita AFP.

Indeks Pencemaran Udara (PSI) Singapura mencecah paras 400 - paras kritikalnya - kelmarin, dengan mutu udara yang boleh mengancam kesihatan mereka yang sakit dan golongan tua di negara itu.

Pagi semalam, PSI turun ke paras 323, tetapi masih dalam zon "bahaya".

Beberapa kawasan di Malaysia yang berdekatan dengan Singapura juga teruk terjejas dengan jerebu sepanjang minggu ini.

Menteri Sekitaran Indonesia, Encik Balthasar Kambuaya, lewat kelmarin berkata satu pasukan daripada kementeriannya telah menyiasat lapan syarikat yang disyaki terbabit dalam kebakaran itu dan berjanji akan mendedahkan nama syarikat yang disiasat itu.

Seorang pembantu kanan presiden, Encik Kuntoro Mangkusubroto, pada hari yang sama pula berkata kebakaran itu berlaku di kawasan konsesi ladang yang dimiliki Asia Pulp & Paper (APP) and Asia Pacific Resources International (April).

"Adalah jelas bahawa kebakaran itu berlaku dalam kawasan ladang APP dan April. Kita perlu menyelesaikan perkara ini," kata beliau kepada para wartawan, sedang beliau menunjukkan lokasi-lokasi kebakaran yang berlaku di Riau dari 1 hingga 18 Jun lalu.

APP, syarikat pengeluar kertas ketiga terbesar di dunia, dalam kenyataannya kelmarin berkata usaha pengesahan di tempat kejadian menunjukkan "hanya tujuh tempat yang benar-benar berlaku kebakaran hutan, yang menjejas sekitar kawasan tanah seluas 200 hektar".

"Ia sudah dan sedang dikawal oleh sekitar 1,000 kakitangan bomba dan pasukan mereka. Siasatan awal pasukan kami mendapati lima daripada kebakaran itu dilakukan oleh masyarakat (setempat) untuk membersihkan tanah bagi tanam-tanaman dan dua lagi kes sedang disiasat," jelas APP.

April pula belum dapat dihubungi untuk mengulas perkara tersebut, menurut laporan AFP itu.

Indonesia telah menggiatkan usaha memadamkan kebakaran itu sejak kelmarin dengan menggunakan hujan tiruan dan bom air.

"Keadaan cuaca yang amat kering dan berangin dan lokasi-lokasi kebakaran yang sukar dimasuki kenderaan itu telah melambatkan usaha memadamkan kebakaran."

- Encik Mambang Mit, Timbalan Gabenor Riau.

Sumber: cyberita.asia1.com.sg

  JEREBU: 8 syarikat milik Malaysia disiasati Indonesia sebagai punca jerebu
Posted on Monday, June 24 @ 05:56:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Sumber The Malaysia Chronicle

Kementerian alam sekitar Indonesia sudah mengenalpasti lapan syarikat yang dimiliki oleh pelabur-pelabur Malaysia di Riau dan Jambi yang mungkin menyumbang ke arah jerebu di Malaysia dan Singapura.

Di dalam sebuah persidangan akhbar di Pekanbaru, Menteri Alam Sekitar Indonesia Balthasar Kambuaya berkata bahawa kebakaran didapati berlaku di konsesi-konsesi perladangan yang dimiliki syarikat-syarikat tersebut.

Syarikat-syarikat yang dikenalpasti adalah:
  1. PT Langgam Inti Hiberida
  2. PT Bumi Rakksa Sejati
  3. PT Tunggal Mitra Plantation
  4. PT Udaya Loh Dinawi
  5. PT Adei Plantation
  6. PT Jatim Jaya Perkasa
  7. PT Multi Gambut Industri
  8. PT Mustika Agro Lestari
"Jika terdapat bukti cukup, kami akan bawa mereka ke mahkamah. Pasukan penyiasat kami masih membuat siasatan lanjut," katanya semalam.

14 syarikat lagi turut sedang disiasat dan akan diumumkan kelak, katanya.

Sumber: The Malaysia Chronicle


  Alhamdulillah, Wan Ahmad teringat akhirat!!
Posted on Monday, June 24 @ 05:37:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: laniismaa

"WanOmar_Akhirat“Saya tidak akan maafkan mereka dunia akhirat,” itulah luahan Timbalan Pengerusi SPR yang disiarkan Berita Harian semalam.

Ini berikutan poster Wan Ahmad dikasutkan dan diseliparkan iaitu dipijak oleh peserta Black 505 sebelumnya. Tak tahulah setakat ini belum terjumpa dengan gambar tersebut.

Najib yang diseliparkan oleh pak cik India pada perhimpunan tersebut pernahlah dilihat. Sebenar tak betul tindakan tersebut. Kalau pemimpin yang kita sukai juga dibuat sedemikian, kita tentu tak akan menyukainya.



Perihal Wan Ahmad teringatkan akhirat, alhamdulillah. Wan Ahmad tak halal terhadap tindakan dua tiga kerat yang berbuat demikian. Bagaimana pula dengan 51 peratus pengundi Malaysia tidak halal terhadap tindakan tak betul Wan Ahmad dalam SPR dan mengendalikan pilihanraya. Menipu dakwat kekal, penipuan daftar pemilih dan segala macam yang tak betul tentunya tak dihalalkan pengundi. Sanggupkah Wan Ahmad menghadapi “tidak halal” dari berjuta pengundi.

Janganlah Wan Ahmad berkata dia betul sedangkan berjuta kata dia tidak betul dan nampak tidak betul. Walaupun secebis ketidakadilan Wan Ahmad dalam mengendalikan pilihanraya dia tentu dipersoalkan di akhirat, walaupun seberat zahrah, tetap akan dikira…bacalah ayat 8, surah Al-Zalzalah.

Senang cerita, lepaslah jawatan sekarang dan perkirakan, hisab diri tentang apa yang tidak dihalalkan pengundi… - Lagi.MY

Baca juga : Husam ditahan, ini jawab TG Nik Aziz"

 23 Jun 2002 : Dia sudah pergi....kita pula menyambung perjuangannya.
Posted on Monday, June 24 @ 05:29:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: tokpepijat

"Hari ini genap 7 tahun pemergian beliau. Tarikh 23.6.2002, adalah hari yang duka bagi para pendokong gerakan Islam di Malaysia, apabila dimaklumkan bahawa YB Ustaz Hj Fadzil bin Mohd Noor dipanggil balik bertemu dengan Allah SWT di HUKM, Kuala Lumpur setelah hampir 2 minggu berada di katil menerima rawatan di HUKM, Kuala Lumpur.

Pertama kali daku mendengar ceramahnya semasa ceramah perdana sempena Pembukaan Madrasah Darul Quran Rhusila akhir 80an.

Mukaddimah ceramahnya agak perlahan tetapi lama kelamaan menyengat penuh ilmiah,sindiran,sinis,lucu,kiasan, mantik dan "peluru berbisa" kepada musuh.

Muktamar PAS 2002 Kota Bahru adalah muktamar terakhirnya.Penggulungan beliau di akhir muktamar itu adalah penggulungan terakhir buatnya.

Antara kata-katanya semasa penggulungan wida' itu,
" Payah hendak berpisah dengan orang yang dikasihinya".

Seolah-olah beliau tahu "isyarat" kematiannya.Benar selepas itu, beliau menjalani pembedahan pintasan jantung dan tidak sedar hingga kematiannya.

Beliau menghembuskan nafasnya ketika pimpinan atasan PAS bermesyuarat dan tarikh mesyuarat itu ditetapkan sendiri oleh beliau.

Kasih dan hubungan beliau dengan Anwar Ibrahim berpanjangan. Walaupun asalnya bersama dalam ABIM tetapi apabila Anwar pilih masuk UMNO, beliau tetap berhubungan dengan Anwar atas dasar sahabat.

Jika Anwar ada Nurul Izzah,beliau ada Muna Izzah. Satu tanda keakraban mereka berdua.

Dalam pada itu beliau tetap "menembak" Anwar dengan sindiran. Ketika Anwar memegang jawatan Menteri Pertanian. Beliau menyindir Anwar sebagai Menteri Jaga lembu Kerbau.

Semasa Anwar dibuang dari UMNO dan ISA bermaharaja lela, beliau pergi berjumpa Anwar di rumah Anwar tanpa pengetahuan pimpinan tertinggi PAS.

Ketika Anwar kena ISA kali pertama,beliau diberitakan sanggup tidak melanjutkan pelajarannya peringkat lanjutan di Mesir semata-mata menunggu Anwar bebas.

Tetapi kali kedua Anwar di penjara, beliau tidak sempat menunggu hari pembebasannya kerana panggilan Ilahi buatnya.

Pada era beliaulah:
- Kelantan dan Terengganu kembali menjadi milik PAS (1990 dan 1999).
- Ketua Pembangkang kembali semula kepada PAS setelah sekian lama dipegang DAP.
- Misi dakwah PAS menembusi orang Cina melalui ceramah di Tokong Cina dan Dewan Perniagaan Cina.
- Pakatan Pembangkang kuat dibentuk seperti Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif.

Bayangkan jikalau beliau masih hidup, apa perasaan beliau melihat Presiden PAS,Pengerusi DAP dan Ketua Umum PKR duduk satu pentas dan dihadiri anak-anak muda pelbagai kaum.

Itulah dia insan yang mulia bertaraf mujahid ummah, Almarhum Ustaz Fadzil Nor.

DaripadaNYA kita datang dan kepadaNYA jua kita kembali.

23 Jun 2002 : Dia sudah pergi.... kita pula menyambung perjuangannya."

 Apa Lagi Perhimpuanan Selepas Blackout 505 Padang Merbuk..?
Posted on Sunday, June 23 @ 11:13:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: mr_zaxx

"Bagi aku lah.. PR kena berenti la kejap dari buat perhimpuanan2 ini TERLALU KERAP.. aku mmg dah agak perhimpunan ini akan kurang sikit hangatnya berbanding dengan sebelumnya..

Bayangkan.. selepas 505.. ada 2 perhimpunan besar di lembah kelang nie.
1. Kelana Jaya..
2. Padang AmCORP mall
3. Terbaru.. Padang MERBOK..


Semua ini dlam masa 2 BULAN

Maaf..

aku rasa ramai yang tak setuju dengan aku.. takpe.. aku terima je kalau ianya kritikan yg membina..

Bagi aku la.. sepatutnya PR hari tu cukup saja dengan perhimpunan di Kelana Jaya yang dianggarkan kira2 200k datang dan menyebabkan satu bandar sunway dan kelana jaya lumpuh sistem jalanraya selama 5 jam kerana kebanjiran perserta2 yg datang.. ghairah dan penuh bersemangat..!

Namun dari kelana Jaya pula mencetus pada perhimpunan batu kawan.. serta negeri2 lain yang aku rasa takde apa2 indikator dan motif jelas ..selain dr menyatakan hasrat dan rasa tak puas hati atas sistem pilihanraya yg dianggap kurang adil..

puas roadshow semua ngeri.. bersambung pulak di padang amcorp mall.. belum cakap lagi perhimpunan2 kecil dan kawasan2 di luar sub urban lain2.. Semua kehadiran ini menuntut komitmen, mood, ilthizam serta wang ringgit bagi menjayakannya..

Aku bimbang momentum serta rasa gelojak peserta2 ini pada masa hadapan akan makin berkurangan.. PR seharusnya menumpukan isu ketidak adilan ini dgn menterjemahkan ia dalam bentuk TINDAKAN.. samada mahkamah.. atau apa juga tetapi tidak terus menerus berhimpun dan berucap membakar semangat..

Ketahuilah oleh anda semua tatkala anda semua sibuk berpusu2 di Padang Merbuk petang tadi.. media massa memberikan penumpuan pada DS Najib atas kejayaan nya mengurangkan kadar penganguran kepada 3.1%.. ini lebih menggembirakan hati para pengundi2 atas pagar, orang2 kebanyakan.. ahli2 masyarakat desa, orang2 neuteral, para usahawan, bakal lepasan universiti dan lain2..

Cukuplah dengan 505 padang merbuk ini.. Selepas ini adalah masa utk terjemahan dalam bentuk kerja dan tindakan..usahlah ghairah lagi memancing mood rakyat utk turun berdemo dan berhimpun terlalu kerap.. Ingatlah sekalipun 200k yg turun berhimpun.. 10 juta di luar sana juga yang akan menentukan pemerintah..

Berhati2lah.. rakyat menilai tindak tanduk dan hasil kerja pakatan rakyat..

Selangor dan Penang dilihat sangat berjaya pada PRU yang lalu kerana mereka dapat menterjemahkan hasil kerja mereka melalui peningkatan dnaa rezab simpanan, ketelusan perbelanjaan, hebahan atas kerja2 yg dilakukan, kejayaan menyelesaikan masalah perumahan rakyat dan lain2 lagi..

Cukuplah.. Ini adalah masa buat kerja.. Anda dipilih oleh rakyat.. Jalankan tanggung jawab anda utk beruara atas marhaen yg anda wakili ...samada dewan negeri atau dewan negara.. Jaga hak dan hal mereka semua kerana mereka adalah tanggung jawab anda.. bukan alat politik anda semata2..

Api semangat yang marak dan menyala dalam setiap penyokong PR harus disuburkan dengan pendekatan yg pelbagai dan bukan sahaja dengan perhimpunan seperti ini.. Jika tidak kita akn berterusan menggigit jari pada pRU akan datang dan BN terus berkuasa dgn senyum simpul mereka..

Ini adalah era politik bijak.. Bijak mengambil peluang serta bijak membaca mood, trend dan reaksi marhaen..

Terima kasih..

wassalam.."

Tiada ulasan: