Jumaat, 14 Jun 2013

BERSALAH DIDUNIA HUKUMAN DUNIA LAH...WALAUPUN ADA YANG TERLEPAS DENGAN PELBAGAI CARA DAN SEBAB...AKHIRAT TAK LEPAS...TERMASUK YANG BERSALAH DENGAN ALLAH SWT...DIDUNIA BOLEHLAH BUAT BODOH ATAU TAK KISAH...AKHIRAT NANTI BARU TAHU

Gerakan amal tarbawi wajib diperkasa

., 13 Jun 2013


1. Sebagai sebuah Gerakan Islam, Amal Tarbawi menjadi tunjang kekuatan dan keutuhannya mendepani cabaran dan menyerap tekanan. Malah Amal Tarbawi melengkapi segala zat dan galian yang diperlukan oleh Gerakan Islam bagi menguatkan otot serta memperkasakan stamina guna menggalas berat beban perjuangan mendaulatkan Syariat Allah swt.

2. Tanpa Amal Tarbawi atau perlaksanaan Amal Tarbawi yang lemah serta tidak konsisten bakal mengundang 1001 masaalah dalaman yang mencetus konflik atau krisis. Besar kemungkinan bahawa segala konflik dan krisis dalaman itu berlarutan dan sukar pula diatasi ekoran dari lemah dan lembabnya perlaksanaan Amal Tarbawi.

3. Amal Tarbawi sangat berkait rapat dengan pengkaderan serta pembinaan aqidah, fikrah dan syakhsiyyah. Agar setiap anggota Gerakan Islam sama ada pemimpin atau ahli biasa, wakil rakyat atau staff pejabat memiliki skima pentarbiyyahan yang mantap dan lengkap.

4. Aqidah mereka aqidah yang tulen, fikrah mereka fikrah Islamiyyah dan syakhsiyah mereka pula adalah syakhsiyyah yang soleh. Inilah rahsia kekuatan Gerakan Islam sehingga ia mampu bertahan dalam menangkis dan mengelak serangan musuh yang bertubi arus dari segenap sudut.

5. Apabila Amal Tarbawi mula tidak diendah atau perlaksanaannya bersifat acuh tidak acuh lantaran memberi keutamaan kepada skil politik seperti penampilan imej, kenyataan media, penampilan di tengah-tengah kemelut masyarakat, mengupas dan menjuarai isu, enggagement dengan pelbagai pihak dan sebagainya lagi yang saya tidak nafikan kepentingannya, maka ia membawa implikasi yang besar dan sukar buat masa depan perjuangan.

6. Kita kelak mungkin dilihat hebat dan gah pada zahirnya dek penampilan dan penonjolan imej politik yang luar biasa tetapi individu anggota dan jamaah itu sendiri terdedah kepada hakisan nilai fundemental dan spiritual Harakah Islamiyyah.

7. Contoh mudah yang boleh saya ketengahkan ialah merosotnya nilai ukhuwwah fillah lantaran sejak lama dulu, usrah diabaikan, tamrin ditinggalkan, qiamulail dilupakan, ziarah diketepikan. Mungkin kerana kita nak beri tumpuan kepada ceramah umum, pertemuan-pertemuan politik dengan rakan saingan politik yang lain, hubungan dengan pihak media agar menyiarkan kenyataan politik kita, mesyuarat merangka strategi untuk saling mendahului antara satu sama lain terutama menjelang musim muktamar yang ada pemilihan kepimpinan.

8. Sedang usrah memberi peluang kita mempertaut hubungan atau ukhuwwah fillah di kalangan kita melalui bertanya khabar, makan setalam, bertentang mata, bahu membahu, sama-sama mengaminkan doa rabitah dan lain-lain elemen [di samping usrah menggarap fikrah melalui tasawwur Amal Islami yang jelas] yang mungkin kita lihat ianya kecil tetapi nilainya besar dalam mengukuhkan silah dan rabitah perjuangan antara anggota Gerakan Islam.

9. Tanpa usrah, tamrin dan lain-lain aktiviti Amal Tarbawi , dapat dilihat kesannya hari ini. Bermula dengan renggang hubungan antara anggota sesama anggota mahu pun anggota dengan pimpinan, ianya mengheret kita kepada suasana yang lebih sukar iaitu mudah berburuk sangka dan mudah tercetus pergeseran sesama sendiri hanya dengan sedikit khilaf atau isu kecil yang saya percaya ianya tidak akan mencetus pergeseran apalagi pertegkaran jika ukhuwwah diantara kita tebal dan kebal.

10. Sementara itu, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa ukhuwwah sangat penting bagi sebuah Gerakan Islam. Ianya menguatkan benteng atau kubu perjuangan dari asakan musuh yang mahu memcahbelahkan saf kita, semangat kerja berpasukan, melancarkan orientasi gerak kerja yang dirancang, mengelak krisis dan perpecahan dalaman dan sebagainya.

11. Lebih bermakna jika perjuangan yang kita dokong ini bertunjangkan ukhuwwah fillah yang mantap lantas ia menghasilkan kemanisan berjuang dan kelazatan berjamaah. Kemanisan dan kelazatan ini bagai formula yang paling kental bagi mengelak berlakunya futur dalam perjuangan apalagi insiden keluar jamaah meninggalkan perjuangan atau pecah wala' dan retak thiqah kepada pimpinan.

12. Itu baru kita bercakap soal ukhuwwah. Masih banyak lagi perkara lain yang juga penting seperti soal walak, thiqah, dengar dan taat, iltizam atau komitmen, istiqamah atau pro aktif, tadhiyyah atau pengorbanan dan banyak lagi, yang hanya mahu dihasilkan melalui Amal Tarbawi.

13. Kesimpulannya, adalah menjadi kewajipan kita di semua peringkat, cawangan, kawasan, negeri, pusat bahkan dewan-dewan untuk melihat semula isu Amal Tarbawi yang sedikit sebanyak mengalami gangguan perlaksanaannya masa kini.

14. Mudah untuk dikesan, saya sebutkan disini betapa jika kita cadangkan program bermalam seperti 2 hari satu malam atau lebih, akan ada pandangan yang menolaknya dengan alasan kalau kita buat program melibatkan aktiviti bermalam, bimbang penyertaan kurang atau program itu bakal tidak mendapat sambutan. Lebih parah, pandangan seperti ini mewakili ramai dikalangan ajk mesyuarat tersebut.

15. Aktiviti Amal Tarbawi tidaklah sekadar usrah dan tamrin justeru Tarbiyyah bukan suatu yang rigid. Kita boleh menampilkan apa jua bentuk aktiviti asal sahaja membawa kita ke arah pencapaian yang menepati piawaian sebuah Gerakan Islam dengan elemen-elemen yang saya sebutkan tadi.

16. Kreativiti dalam menganjurkan aktiviti agar tidak dilihat stereo type atau jumud dan sebagainya sangat diperlukan. Yang penting kita perkasakan Amal Tarbawi. Harap gesaan ini mendapat sambutan semua pihak organ parti atau jamaah.

17. Segala kelemahan jangan dibiarkan berlarutan kelak ia membarah. Segala kekurangan jangan dipandang sebelah mata kelak ia membusung. Segala masalah jangan dianggap remeh kelak ia meruncing.

Selamat memperkasakan Amal Tarbawi.

Nasrudin Hassan

Sokong kes Altantuya dibongkar semula

Muhammad Yusri Amin, 14 Jun 2013
KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdulah menyokong usaha dilakukan pihak tertentu yang mahu kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibuka semula.

“Sejak dahulu pun, kita minta supaya keadilan diberikan.

“Walau pun sudah dibicarakan pegawai polis tertentu itu, tetapi kita tidak tahu apa motif pembunuhan itu dan siapa sebenarnya yang berada di belakang,” ujar Nik Amar.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini pagi tadi.

“Jadi sebab itu saya menyokong usaha-usaha untuk ‘membongkar’ perkara ini dan memberikan keadilan kepada Altantuya dan keluarga dia.

Mengulas isu ditimbulkan deligasi Mongolia pada Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur baru-baru ini yang menggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri Altantuya Shaariibuu di Malaysia seperti disuarakan Presiden Persekutuan Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg baru-baru ini, Timbalan Menteri Besar mendakwa langkah itu memang wajar.

“Tindakan itu wajar dan berharap kerajaan menanganinya dengan baik,” ujarnya.
'Siasat sampai 5 keturunan pemilik FB hina Nabi'
5:09PM Jun 14 2013  
Satu gabungan tiga NGO hari ini menggesa polis menyiasat pemilik akaun Facebook dengan nama 'Programmer Calvin Gani' yang didakwa menghina Nabi Muhammad.

NGO tersebut - Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), dan Angkatan Perpaduan Islam Sejagat Malaysia (API) - menyerahkan memorandum kepada polis di Bukit Aman berhubung perkara itu petang tadi.

NONEPengerusi API, Datuk Seri Aziz Nani mahu polis menyiasat dengan teliti dan mengambil tindakan keras terhadap pemilik akaun itu.

"Kalau mengikut saya orang macam ini tak layak duduk di Malaysia kerana mereka boleh memporak perandakan Malaysia.

"Kita minta lima keturunan dia disiasat!

"Kita minta jangan dia pandai-pandai bercakap... kita bagi dia kerakyatan, hari ini dia bangkit bercakap bukan-bukan," katanya.

Akhbar Utusan Malaysia 9 Jun lalu  melaporkan perkara itu dengan memetik gambar sebuah blog bernama Just Read bertarikh 5 Jun.

Memorandum yang diserahkan gabungan NGO berkenaan diterima DSP Venugopal dari Bahagian Perhubungan Awam, Bukit Aman.
TPPA: MTEM bertindak keluar mesyuarat dengan MITI
 
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) bertindak meninggalkan mesyuarat dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) semalam selepas pihak kementerian enggan memberikan maklumat mengenai rundingan sulit berhubung  Perjanjian Kerjasama Trans Pasific (TPPA).

"Ia sepatutnya mesyuarat dua jam tetapi ia berhenti selepas 90 minit. Mereka mulakan mesyuarat tapi kami yang menamatkannya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Nizam Mahshar yang menyifatkannya sebagai satu "tindakan diplomatik".

NONEMTEM telah menyatakan kebimbangan bahawa TPPA, perjanjian perdagangan bebas yang termasuk, antara lain, Australia, Kanada
dan Amerika Syarikat, akan mengancam perniagaan kecil hingga sederhana tempatan dan mendedahkan Malaysia kepada keadaan perdagangan yang berat sebelah.

Nizam berkata meskipun MITI menegaskan ia telah berunding dengan pihak-pihak berkepentingan dalam rundingan tersebut, tetapi tegasnya mungkin tidak ada rundingan yang bermakna jika kerajaan enggan mendedahkan sebarang maklumat, kerana sokongan terhadapnya akan akhirnya menjejaskan pengguna dan perniagaan di Malaysia.

"MITI menegaskan ia telah berunding dengan pihak industri, tetapi apa yang anda maksudkan dengan perundingan? ... Jika teks (perjanjian itu) tidak didedahkan, maka perundingan tidak boleh diadakan...," kata Nizam dalam satu sidang akhbar hari ini.

Katanya, walaupun mereka tidak dapat memberi teksnya, tetapi mereka sekurang-kurangnya perlu memberitahu pihaknya perkara penting yang sedang dirundingkan.

Nizam mendakwa sedangkan AS memaklumkan kepada syarikat multi-nasional dan wakil Amerika lain berkaitan tentang TPPA, tetapi pihak berkepentingan di Malaysia tidak pula diberitahu apa-apa oleh kerajaannya sendiri.

Menurutnya, semasa mesyuarat itu, para pegawai MITI mempersalahkan "NGO" yang didakwa telah mengelirukan pihak media dan pembangkang mengenai perjanjian perdagangan itu, tetapi ia tidak secara khusus menyebut MTEM.
VC UiTM nafi gelar pembantu Lim 'pengkhianat'
 
Naib Canselor UiTM, Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar menafikan telah menggelar setiausaha politik baru Lim Kit Siang - Dyana Sofya Mohd Daud - sebagai "pengkhianat bangsa dan UiTM" di Twitter.

NONEKetika dihubungi Malaysiakini petang ini, Sahol (kiri) berkata beliau tidak mungkin dapat menulis tweet tersebut kerana beliau
sedang menghadiri ceramah bersama Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa apabila ia disiar menggunakan Twitter @datosahol pada kira-kira jam 1.40 tengahari ini.

Mengesahkan bahawa beliau memang ada akaun Twitter, Sahol bagaimanapun berkata, ia tidak mengejut jika akaun itu telah digodam.

NONEMalah, katanya, akaun Facebook beliau pernah digodam sebelum ini.

Dalam posting tersebut, pengguna @datosahol menjawab kepada mereka yang merujuk kepada Dyana dengan berkata: "Inilah Contoh terbaik pengkhianat bangsa dan UiTM."

Ini sebagai menjawab perbualan yang dimulakan oleh blogger Umno Yuseri Yussoff, di mana beliau menyarankan supaya satu perdebatan diadakan antara pelajar UiTM dan Dyana, seorang alumni universiti tersebut.
Jenazah insiden runtuhan penebat kilat dikebumikan
 
Jenazah Jahir Sulaiman, 46, yang meninggal dunia akibat ditimpa serpihan konkrit penebat kilat di Menara Umno yang terjatuh dalam kejadian angin kencang semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak di Georgetown selepas solat Asar hari ini.

Sementara itu, abang ipar Allahyarham, Mohd Mohideen Mohd Syeriff, 54, berkata dia terkilan kerana hasrat adik iparnya yang berasal dari Chennai, India untuk menyambut Ramadan di kampung halamannya tidak kesampaian.

"Adik ipar ada kata kepada saya dia nak balik Julai ini dan sambut Ramadan bersama keluarga di sana. Lagipun dia belum pernah pulang ke India sejak bekerja di sini selama dua tahun," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang di Georgetown.

Semasa kejadian lewat petang semalam adik iparnya itu yang bekerja sebagai kelindan lori gas bekerja lebih masa untuk mengumpul wang lebih untuk pulang ke kampungnya nanti, katanya dengan sayu dan menurutnya biasanya Allahyarham pulang ke rumah 5 petang.

Mohd Mohideen yang merupakan warga Malaysia berkata Allahyarham seorang yang ringan tulang dan sering membantu di gerai supnya di Padang Brown di sini.

Pada 6.45 petang semalam, lori yang dinaiki Jahir dihempap penebat kilat di atas bangunan Menara Umno di Jalan Macalister di Georgetown dalam kejadian angin kencang, mengakibatkan kepalanya cedera parah manakala pemandu lori itu cedera ringan.

Jahir disahkan meninggal dunia sebaik tiba Hospital Pulau Pinang dan meninggalkan seorang isteri, Siti Thaj Nisa, 42, dan dua anak perempuan, Benazir, 19, dan Femina, 8.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif JKP Sdn Bhd Adzmi Ariffin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berkata syarikat itu selaku pemilik bangunan Menara Umno akan menghulurkan bantuan termasuk kewangan kepada keluarga Allahyarham.

-Bernama
SKMM: Penebat petir runtuh, bukan menara komunikasi
3:57PM Jun 14 2013  
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa menara yang runtuh akibat ribut dan menyebabkan seorang maut di Jalan Macalister, Pulau Pinang semalam bukan menara telekomunikasi seperti yang dilaporkan oleh pihak media.

Dalam satu kenyataan, ia berkata, pegawai dari Pejabat  Wilayah Utara SKMM telah bergegas ke tempat kejadian dan mendapati ia bukan struktur menara telekomunikasi.

NONESebaliknya, Ketua Pejabat Wilayah Utara, SKMM, Ahmad Nor Hisham Mohd Yusop berkata ia adalah sebuah penebat petir yang telah direkabentuk secara kosmetik bagi penampilan lebih sesuai.

“Memang sah struktur yang runtuh adalah bukan struktur telekomunikasi.

"Tapi ianya adalah ‘lightning arrestor’ dibina dalam bentuk kosmetik. Struktur pemegangnya juga telah runtuh menghempap jalan,” kata Ahmad Nor.

Dalam kejadian semalam, ribut yang melanda Pulau Pinang telah menumbangkan menara di atas bumbung bangunan Umno negeri di Jalan Macalister, mengakibatkan seorang maut dan lapan lagi cedera.

Struktur tersebut yang terletak di atas bumbung bangunan 21 tingkat itu, jatuh di atas jalan raya.
Dituduh cabul cucu, warga emas diperintah bela diri
 
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari memerintahkan seorang warga emas berumur 75 tahun membela diri terhadap empat pertuduhan mencabul kehormatan cucu perempuannya yang berumur 10 tahun.
  
Majistret Zulkpli Abdullah membuat keputusan itu selepas mandapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.
  
Mahkamah menetapkan empat hari bermula 29 Julai ini untuk datuk itu membela diri.
  
Peguam Noor Azah Azizan yang mewakili tertuduh memaklumkan pihaknya akan memanggil seramai 20 saksi pembelaan termasuk tertuduh.

Zulkpli dalam keputusannya berkata mahkamah mendapati tiada keraguan terhadap keterangan yang diberikan mangsa semasa perbicaraan kes itu dan dia juga memberi jawapan yang memenuhi kehendak soalan.

Beliau berkata mangsa yang merupakan saksi kelima pendakwaan berada dalam keadaan tenang dan merupakan seorang kanak-kanak yang mempunyai kepintaran tinggi semasa memberi keterangan.
  
Katanya dalam membuat keputusan itu mahkamah juga mengambil kira keterangan yang diberikan ibu mangsa dan juga dua orang doktor yang memeriksa kanak-kanak itu dan juga seorang lagi doktor yang memeriksa tertuduh.
  
"Selain keterangan ketiga-tiga doktor itu, gambar yang terdapat dalam telefon bimbit tertuduh juga telah memberi sokongan kepada keterangan mangsa," katanya.
  
Pada 26 Januari tahun lepas, warga emas itu mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan mencabul kehormatan cucu kandungnya termasuk di dua buah hotel dan dalam sebuah kereta di ibunegara antara pukul 1 hingga 6 petang, antara April 2010 dan Oktober 2011.
  
Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.
  
Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nur Hafizah Rajuni memanggil 16 saksinya semasa perbicaraan kes itu.
  
- Bernama
Tahanan 'tidak bersalah hingga dibukti bersalah'
 
Bukit Aman berkata ia akan memastikan semua anggotanya melayan semua tahanan sebagai tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

NONEPengerusi Urusetia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
Jenayah, Datuk Ayob Yaakob berkata, pihaknya mengambil berat tentang kebajikan semua, termasuk tahanan dalam jagaan polis.

Mereka tidak bersalah sehingga terbukti bersalah, Ayob kepada pemberita selepas menghadiri taklimat NKRA Selangor di ibu pejabat polis negeri Selangor hari ini.

Beliau berkata, prinsip ini perlu diamalkan oleh semua anggota polis.

Bagaimanapun, Ayob (kanan) berkata para anggota perlu diberi latihan untuk membina pengetahuan mereka dan tahap keyakinan sebelum mereka boleh benar-benar profesional, serta diberikan kemudahan yang sesuai untuk melakukan tugas mereka dengan berkesan.

Katanya, mereka di Bukit Aman akan bertindak sebagai pemudah cara dalam hal ini dan menyediakan mereka semua yang diperlukan.

Menurutnya lagi, adalah tidak adil untuk mengeluarkan perintah, tetapi tidak memberi mereka sumber untuk melaksanakannya.

Menurutnya masalah seperti di lokap, "sakit teliga dengar", tetapi perlu ditangani untuk memulihkan semula kepercayaan rakyat.

Tiada ulasan: