Rakyat miskin: BN T'ganu guna 'umpan dan ugut'
Hazayani Zakaria, | 17 Jun 2013 |
Beliau berkata, apabila rakyat terus miskin, kerajaan BN boleh mengambil kesempatan itu untuk menggunakan taktik umpan dan ugut.
Menurutnya, sikap boros kerajaan BN yang suka melaksanakan projek yang kurang memberi manfaat kepada rakyat ternyata tidak memberi keutamaan kepada keperluan rakyat.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata demikian sebagai mengulas titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang menyeru kerajaan negeri mengambil langkah berjimat cermat dalam perbelanjaan termasuk dalam aspek pelaksanaan projek dann program.
"Tuanku Sultan sangat prihatin sebab duit kerajaan negeri ialah duit rakyat maka tida boleh dibelanjakan sesuka hati.
"Pembaziran juga satu bentuk penyelewengan. Rakyat miskin masih ramai dan tahap kemiskinan tak berubah walaupun Terengganu negeri kedua terkaya di Malaysia.
"Adakah kerajaan nak biarkan rakyat terus dalam keadaan miskin supaya dia boleh guna taktik umpan dan ugut?
"Mereka beri bantuan kepada rakyat miskin tapi dengan syarat rakyat kena sokong mereka. Jadi kemiskinan ini boleh digunakan untuk kepentingan politik mereka," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian pembukaan penggal pertama Dun kali Ke-13 di Dun Terengganu hari ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah yang turut mengulas titah berkenaan terus menggesa kerajaan negeri menimbangkan semula projek pembinaan Pasar Payang yang baru.
Beliau berkata, kerajaan negeri harus mengambil kira titah Tuanku Sultan itu kerana pembinaan Pasar Payang yang baru beserta hotel dan apartmen akan menyingkirkan peniaga asal di pasar tersebut.
"Keutamaan projek ialah kepada rakyat tempatan. Jadi dalam isu Pasar Payang kita kena beri keutamaan kepada orang yang dah lama, dah berpuluh tahun berniaga mereka patut diberi pertimbangan yang utama.
"Kalau projek hotel dan apartmen diteruskan, orang luar yang dapat manfaat jadi tak menepati semangat dan roh kepada titah Tuanku Sultan.
"Saya harap kerajaan negeri memberi pertimbangan yang sewajarnya," katanya yang juga Pengerusi Jawatakuasa Bertindak Pasar Payang.
Manfaatkan Pusat Khidmat Adun Bukit Baru
Ahmad Danial, | 17 Jun 2013 |
MELAKA: Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata kejayaan PAS memenangi Dun Bukit Baru menjadi titik permulaan perubahan politik negeri Melaka yang sebelum ini dilihat mustahil untuk dimenangi oleh PAS.
“Kita berjaya membuka mata seluruh rakyat negeri Melaka dan seluruh negara ini yang seolah-olah merasakan PAS tidak akan mampu memenangi sebarang kerusi di Melaka.
“Khurafat yang meletakkan bahawa mustahil untuk PAS menang di Melaka telah kita sama-sama buang dan kini rakyat khususnya orang Melayu tidak takut lagi untuk menyokong dan mengundi PAS,” ujarnya semasa merasmikan Pusat Khidmat Masyarakat Adun Bukit Baru, semalam. (Gambar atas)
Beliau yakin Adun Bukit Baru daripada PAS, Dr Md Khalid Kassim mampu membawa isu-isu berkaitan orang Melayu dan Islam yang selama ini dipinggirkan oleh kerajaan negeri khususnya berkaitan tanah wakaf, isu zakat dan sebagainya.
“Kalau sebelum ini bila DAP cuba membawa isu-isu ini, pimpinan kerajaan negeri memperli mereka kerana katanya DAP tidak ada kena mengena dengan isu-isu berkaitan agama Islam dan Melayu.
“Kini kerajaan Melaka tidak boleh lari lagi, kita ada wakil dari PAS yang akan mempastikan isu-isu berkenaan dijawab dan diselesaikan dengan telus dan professional,”tambah Adly.
Sementara itu, Dr Md Khalid Kassim mengharapkan seluruh penduduk Bukit Baru menjadikan Pusat Khidmat Masyarakat Adun Bukit Baru itu sebagai tempat mereka menyalurkan maklumat dan isu untuk diketengahkan kepada pihak-pihak berwajib untuk diselesaikan.
“Kita akan bersama-sama berganding bahu bagi memastikan kebajikan rakyat terbela tanpa membezakan fahaman politik, bangsa dan agama.
“Seluruh rakyat wajib mendapat pembelaan tanpa dipinggirkan. Kita lihat masih ramai rakyat susah dan perlu pembelaan,” tambahnya.
Turut hadir ialah Pengerusi PKR negeri yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin; Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek, Adun Duyong, Goh Leong San; Adun Ayer Keroh,Khoo Poay Tiong; Adun Bachang, Lim Jak Wong.
Pusat Khidmat Masyarkat itu akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat dan boleh dihubungi melalui talian telefon/faks 06-2672239 dan emel: 9 Sya'ban 1434 H | 18 Jun 2013pusataduan@gmail.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Tidak perlu kecewa, letak jawatan secara terhormat
Harakahdaily, | 17 Jun 2013 |
Kegagalan tersebut bukan kecil, ia memberikan kesan besar terhadap kepercayaan masyarakat kepada ketelusan perjalanan proses pilihanraya.
Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.
Abdul Aziz Yusof melahirkan kekecewaan ekoran pelaksanaan dakwat kekal yang gagal di dalam pilihanraya umum yang lepas.
Bahkan beliau menyifatkan bahawa itulah kekecewaan yang paling besar dalam hidupnya, lapor Sinar Harian hari ini.
"Kalau orang tanya saya sekarang ini, apakah perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya akan jawab dakwat kekal,” katanya yang dipetik akhbar bahasa Melayu itu.
Kata Fadhli, dalam situasi Pakatan Rakyat meraih undi popular melebihi Barisan Nasional dan Barisan Nasional terus kekal memerintah, adalah sesuatu yang sangat mengaibkan jika perjalanan pilihanraya dipersoalkan ketelusannya.
"Kegagalannya diakui sendiri oleh Pengerusi SPR. Masyarakat tertanya-tanya, adakah benar kerajaan hari ini berkuasa atas mandat yang palsu?" soal beliau.
Justeru, katanya, tidak ada penyelesaian yang paling sesuai melainkan Pengerusi SPR dan para pegawainya wajib meletakkan jawatan, "suruhanjaya bebas perlu dibentuk menyiasat keraguan yang timbul dan pilihanraya semula wajib diadalan di kawasan-kawasan yang bermasalah."
Pelbagai laporan polis telah dibuat ekoran dakwat kekal yang tidak kekal digunakan oleh SPR dalam pilihan raya umum ke 13 lalu.
Calon PAS Arau yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din antara yang paling awal membuat laporan polis. Beliau hadir sendiri ke Pajabat SPR Perlis di Kangar pada hari mengundi bagi melaporkan pengalaman peribadi beliau dan turut membuat laporan polis.
Potensi menang perang media PRU14
Ahmad Lutfi Othman, | 14 Jun 2013 |
Namun begitu, ramai tidak bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir itu. Tentulah lebih banyak pihak menyalahkan sistem, proses dan perjalanan pilihan raya di Malaysia. Dan ketempangan amalan demokrasi itu bukan hanya bermula daripada tarikh pembubaran Parlimen, tetapi sudah berakar umbi sejak lama, malah dianggap suatu kelebihan buat mana-mana parti pemerintah, yang jarang dibantah secara berkesan.
Saya sedaya upaya tidak mahu mengulangi hujah-hujah basi, tetapi terpaksa juga membawa penekanan hampir sama. Kadang-kadang isu-isu stereotaip terpaksa diulang selagi ia belum ditangani dengan tekun, berhemah dan serius. Kita memang menyenaraikannya sebagai faktor utama kekalahan dalam setiap kali pilihan raya, tetapi ia terus "terbiar" begitu sahaja, dan mengulangi punca-punca itu sebagai daleh tanpa mengatur pelan tindakan lebih bermakna.
Bagi saya, begitu juga anggapan ramai pemerhati politik - kekuatan Umno-BN masih terletak kepada penguasaan dan manipulasi media. Tentu ramai yang spontan mengangguk lesu, mengiakan hakikat "padang permainan masih tidak sama rata" ... tetapi apa perancangan strategik Pakatan untuk berdepan dengan serangan, ancaman dan pujukan kuasa media ini?
Dalam pada itu, tidak sedikit penyokong Pakatan akan menyatakan, kita sendiri sudah memiliki senjata paling berkesan, iaitu media baru -- termasuk media sosial yang lebih demokratik dan mudah dicapai -- yang dapat menyalurkan maklumat alternatif, menyanggah tohmahan media tradisional dan seterusnya membentuk persepsi masyarakat.
Saya tidak mahu terperangkap dalam polemik tidak berkesudahan ini. Kesimpulan mudah saya, meskipun capaian dan akses internet lebih menyeluruh, namun pengaruh akhbar, radio dan televisyen tetap menyerlah dan menyengat. Kalaupun anda mempunyai perbedaan pandangan - dan tetap berkeras bahawa kian ramai rakyat Malaysia yang tidak lagi melanggan akhbar harian, jarang-jarang sekali menonton siaran berita TV3, apatah lagi terkesan dengan berita radio - ketepikan sekejap. Ya, mengapa kita tidak boleh sama-sama bersetuju bahawa kita juga berpeluang untuk membangunkan "sistem media" sendiri, yang lebih sofistikated atau sekurang-kurangnya setanding dengan BN?
Baru-baru didedahkan dalam satu forum mengenai persempadanan semula, berdasarkan kawasan
pilihan raya sedia ada, Umno-BN boleh mendapat majoriti mudah di Parlimen hanya dengan menguasai kerusi-kerusi yang mempunyai sekitar 20 peratus saja. Dan kebanyakan kerusi terbabit adalah di luar bandar, khususnya di Sabah dan Sarawak. Soalnya, setakat mana pengaliran maklumat secara cepat dan mudah di kawasan tumpuan atau "simpanan tetap" BN itu?
Mungkin DAP tidak menghadapi kesukaran berdepan karenah akhbar-akhbar Cina, sepertimana PAS dan KeADILan yang dianggap oleh harian berbahasa Melayu sebagai seteru yang mesti dimusnahkan. Pemimpin DAP masih diberikan liputan sewajarnya oleh akhbar Cina berbanding rakan-rakan mereka dalam Pakatan yang "dihenyak semahunya" oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian.
Okey, saya tidak perlu membazirkan masa melukiskan kembali situasi berat sebelah ini, yang diwarisi zaman berzaman. Kita harus ada pelan bertindak. Semua akur bahawa ketiga-tiga lidah rasmi parti-parti dalam Pakatan, terutama Harakah dan Suara Keadilan, amat tidak memadai untuk memikul tanggungjawab yang begitu besar.
Dengan kekerapan penerbitan yang terbatas - dua kali seminggu untuk Harakah, dan bertaraf mingguan untuk SK - apatah lagi begitu mudah dijejaskan rangkaian pengedarannya disebabkan peruntukan undang-undang sedia ada, pengaruh kedua-dua media ini dapat dihadkan.
Justeru, saya menggesa agar tekanan dapat ditingkatkan bagi memastikan semua lidah rasmi parti politik tidak lagi dibataskan hanya kepada ahli-ahli parti sahaja, dan peraturan "karut-marut" itu dimansuhkan. (Pelik memikirkan, mengapa Pakatan seakan-akan memandang sepi gangguan berterusan - dan sistematik - terhadap pengedaran lidah rasmi masing-masing).
Serentak dengan itu, rangkaian pengedaran harus diperluaskan dengan pelbagai inovasi baru. Pada hemat saya, selama ini, jaringan itu terbina dengan sendiri atau semulajadi, dengan segala kelemahan dan kekurangan. Pimpinan Pakatan seolah-olah tidak memberi perhatian serius untuk meningkatkan jumlah cetakan (rekod semasa masih terlalu jauh daripada target), termasuk memastikan Harakah dan SK, mengetuk setiap pintu rumah pengundi, khususnya di kawasan tumpuan.
"PAS dan KeADILan harus merancang untuk terbit akhbar harian, sekurang-kurangnya kombinasi di antara kekerapan Harakah dan SK," kata seorang bekas editor kanan, yang percaya masih banyak potensi dalam dunia media yang belum diteroka oleh Pakatan.
"Mungkin Harakah tiga kali seminggu dan SK juga begitu, berselang-seli. Bagi Harakah yang ada permit, boleh difikirkan judul lain, seperti Bangkit dan Inikalilah yang diterbitkan masa kempen PRU13 yang lalu," ujarnya.
"Jangan tunggu PRU14 baru nak aktifkan penerbitan, waktu itu sudah crowded, pengundi pun mungkin pening dengan begitu banyak asakan media, ditambah surat layang atau risalah tidak bertanggungjawab. Lebih penting, usaha mempengaruhi pengundi Melayu memakan masa dan perlu dilakukan secara berterusan dan halus seninya," tambah rakan saya itu, yang kini bersara dari alam kewartawanan.
Seorang pembaca Harakah, berkelulusan jurnalisme, memberi komentar melalui emel: "Kualiti akhbar lebih penting. Laporan Harakah dan Suara Keadilan perlu lebih bermutu, tidak mengulangi kesilapan sama, dan harus ditadbir seperti industri akhbar yang profesional. Karyawannya tidak boleh tangkap muat, mesti hebat dan dihormati, dan pastinya perlu diganjari setanding akhbar-akhbar utama. Brain dan skill terbaik tidak datang menggolek."
Beliau turut menyokong penuh cadangan yang pernah saya luahkan, agar sistem penajaan percuma kepada audien terpilih dilaksanakan. "Saya yakin ramai penyumbang bermurah hati untuk beramal secara lebih praktikal, menaja terus naskhah Harakah kepada sasaran yang dipilih mereka."
Pengalaman saya membuktikannya. Kutipan dana yang dipelopori Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) amat memberangsangkan. Saya terfikir, jika inisiatif mengumpul kewangan untuk penerbitan akhbar seumpama Bangkit dan Inikalilah ini dimulakan daripada sekarang, dan disokong oleh pimpinan tertinggi Pakatan, tentu sambutannya lebih menakjubkan.
Apa pun, bukan hanya penerbitan akhbar parti perlu disusun semula, tetapi dimensi lain yang juga begitu penting, misalnya TV internet dan potensi klip video, belum diteroka sepenuhnya. Aspek kandungan media baru juga seperti terabai walaupun penguasaan teknologi begitu baik sekali.
Setakat ini, saya lebih suka menyalahkan diri sendiri jika peluang untuk menyaingi media UMno-BN tidak diberi perhatian serius. Kita seolah-olah membiarkan sekelompok pengundi yang cukup penting dan kritikal - kini, pengundi Melayu dan Bumiputera Sabah/ Sarawak - terus diperbodohkan. Ironinya, kita terus menyalahkan orang lain, tanpa menampilkan gerak kerja luarbiasa untuk memetik hasil yang lebih manis.
Alkisah seorang raja bijak…
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man, | 17 Jun 2013 |
Namun, 13 orang puteranya tidak bersatu hati kerana setiap mereka ingin menjadi pewaris takhta.
Dalam 13 puteranya, putera ke 2, Lakim, putera ke 4, Yusof and putera ke 8, Bija adalah calon-calon di hati Raja Kamal untuk mewarisi takhtanya.
Ketiga-tiga puteranya cerdik dan pandai berstrategi. Perkara yang Raja Kamal paling takutkan ialah mereka akan saling mencantas antara satu sama lain semata-mata untuk mewarisi takhta.
Putera-puteranya yang lain terpecah kepada 3 kumpulan – yang menyokong Lakim, Yusof dan Bija.
Dua tahun lepas, Raja Kamal telah mengumumkan anak keduanya Lakim. Ekoran itu, satu pergolakan politik berlaku di mana Lakim telah bertindak di luar batas dengan mencari kerjasama dengan negara jiran untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pewaris takhta.
Tindakan Lakim dibongkar oleh Yusof dan Bija secara bijak sehingga Raja Kamal mengetahuinya.
Lakim akhirnya digugurkan sebagai pewaris takhta. Tiada putera yang mengambil kredit atas kegugurannya – perkara itu terjadi seperti Raja Kamal sendiri yang membongkar pengkhianatan Lakim.
Sekarang pertarungan hanya tinggal Yusof dan Bija. Yusof ialah putera yang kurang bercakap dan bercakap hanya perlu. Di depan Raja Kamal, Yusof tidak pernah menunjukkan sebarang hasrat untuk merebut pewaris takhta.
Bija pula lain. Bija seorang yang berani memuji musuh dan mengkritik orang sendiri asalkan kebenaran berpihak kepadanya. Kerana ketelusannya, Bija juga tidak pernah menyembunyi hasrat untuk menjadi pewaris takhta di depan Raja Kamal.
Satu hari, semasa persidangan mesyuarat kerajaan, Raja Kamal berkata beliau mendapat maklumat bahawa satu satu puteranya telah menggunakan wang kerajaan untuk menyogok para pembesar untuk meluaskan pengaruhnya untuk dilantik sebagai pewaris takhta.
Raja Kamal melantik Yusof dan Bija untuk mengetuai siasatan ini. Masa diberi adalah seminggu.
Seminggu berlalu, persidangan mesyuarat kerajaan diadakan semua untuk Yusof dan Bija mengumumkan hasil siasatan.
“Tak perlu umum dulu. Nanti kamu berdua datang jumpa beta,” titah Raja Kamal.
Di bilik Raja Kamal, Yusof dan Bija datang menghadap.
“Bija, apa hasil siasatan kamu?” tanya Raja Kamal.
“Saya dah tanya ramai pembesar, mereka kata Yusof tak sogok mereka. Saya juga telah menyiasat secara rawak harta-harta para pembesar yang disyaki menyokong Yusof, saya tidak jumpa apa-apa. Jadi mungkin ada putera lain. Saya akan teruskan siasatan,” kata Bija.
Raja Kamal tidak berkata apa-apa ataupun kelihatan terkejut.
“Yusof, apa pula hasil siasatan kamu?” tanya Raja Kamal.
“Saya menyiasat akaun kerajaan dan projek-projek yang diluluskan untuk satu tahun yang lepas. Saya dapati ada projek yang dikurniakan kepada syarikat-syarikat milik keluarga para pembesar. Kebanyakan projek sedemikian diluluskan oleh abang Lakim. Itu sahaja hasil siasatan saya,” kata Yusof.
Bija terkejut, Yusof tidak menyiasatnya walaupun Raja Kamal dah bagitahu tujuan menyogok pembesar adalah untuk meluaskan pengaruh menjadi pewaris takhta.
“Mengapa? Apakah muslihat Yusof? Lakim dah pun kena hukum, mengapa tuding pada Lakim lagi,” bisik Bija di hati.
Raja Kamal tidak berkata apa-apa dan menyuruh Bija dan Yusof beredar.
Tidak lama selepas itu, Raja Kamal mengumumkan Yusof sebagai pewaris takhta.
Bija tidak memahami keputusan Raja Kamal lalu bertanya kepada ayahnya.
“Apa alasan untuk memilih Yusof? Apakah beliau lebih layak daripada saya?” tanya Bija.
“Sebenarnya beta sengaja berkata ada orang guna duit kerajaan untuk menyogok para pembesar untuk meluaskan pengaruh menjadi pewaris takhta untuk menguji kamu berdua. Bija bersifat ingin mencantas Yusof, dan telah buruk sangka pada Yusof dalam siasatan Bija. Bija walaupun adil, tapi dalam penyiasatan Bija, Bija hilang fokus kerana buruk sangka pada Yusof. Yusof pula menyiasat tanpa prejudis pada Bija, walaupun dia tahu Bija saingan terhebatnya.
Seorang bakal raja perlu memahami air yang kotor tidak perlu dibuang. Ia boleh dijadikan sebagai air untuk menyiram pokok-pokok bunga. Manusia boleh sakit kerana air kotor itu, tapi air yang kotor itu masih boleh menyebabkan bunga boleh berkembang. Yusof walaupun tahu Bija saingan terhebat, tapi dia tak mahu Bija menjadi musuhnya tatkala Yusof menjadi raja nanti. Yusof tahu bila ia dipilih Bija akan kurang senang hati, tapi dia tetap tidak mahu Bija menjadi musuhnya kerana dia tahu kelebihan yang ada pada Bija. Tapi Bija lain, Bija dah anggap Yusof sebagai musuh sejak dari mula. Itu perbezaannya,” terang Raja Kamal.
Dapat pengajaran tersirat?
Senyum
Adun BN bantah isu guru dipaksa ke pos Umno
Aslani M, | 17 Jun 2013 |
KOTA BHARU:
Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan dikejutkan dengan
pendedahan mengenai ugutan berleluasa berlaku terhadap penjawat awam
semasa kempen PRU13 lalu.
Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran) mendakwa guru-guru diarah datang menandatangani kehadiran di pos Umno setiap malam.
Katanya, ada pegawai kanan dari Kementerian Pelajaran yang datang ketika kempen di Tumpat mengarah guru-guru besar dan penolong kanan bertindak sedemikian.
"Perjumpaan pegawai kanan terbabit diadakan di Sekolah Menengah Biji Wangsa ketika kempen tersebut," katanya pada ucapan menjunjung kasih titah Sultan Kelantan ketika merasmikan persidangan Dun semalam.
Ketika usul cadangan ucapan itu Mohd Zaki berkata, guru-guru dan penjawat awam begitu tertekan sekali dengan ugutan dilakukan pemimpin Umno sepanjang kempen tersebut.
Ekoran itu menurutnya, guru-guru dan penjawat awam di bawah kerajaan Pusat tidak berani hendak menjengok pos-pos PAS.
Kata beliau juga guru-guru diugut hendak ditukar ke Sabah dan Sarawak sekiranya terus menyokong PAS.
“Lebih memalukan lagi sehingga ada guru Kafa diugut melafazkan cerai taklik terhadap isteri sekiranya mengundi PAS atau Pakatan Rakyat,” ujarnya.
Pendedahan Adun Kelaboran itu menimbulkan bantahan pembangkang yang diketuai Datuk Nozula Mat Diah.
Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran) mendakwa guru-guru diarah datang menandatangani kehadiran di pos Umno setiap malam.
Katanya, ada pegawai kanan dari Kementerian Pelajaran yang datang ketika kempen di Tumpat mengarah guru-guru besar dan penolong kanan bertindak sedemikian.
"Perjumpaan pegawai kanan terbabit diadakan di Sekolah Menengah Biji Wangsa ketika kempen tersebut," katanya pada ucapan menjunjung kasih titah Sultan Kelantan ketika merasmikan persidangan Dun semalam.
Ketika usul cadangan ucapan itu Mohd Zaki berkata, guru-guru dan penjawat awam begitu tertekan sekali dengan ugutan dilakukan pemimpin Umno sepanjang kempen tersebut.
Ekoran itu menurutnya, guru-guru dan penjawat awam di bawah kerajaan Pusat tidak berani hendak menjengok pos-pos PAS.
Kata beliau juga guru-guru diugut hendak ditukar ke Sabah dan Sarawak sekiranya terus menyokong PAS.
“Lebih memalukan lagi sehingga ada guru Kafa diugut melafazkan cerai taklik terhadap isteri sekiranya mengundi PAS atau Pakatan Rakyat,” ujarnya.
Pendedahan Adun Kelaboran itu menimbulkan bantahan pembangkang yang diketuai Datuk Nozula Mat Diah.
PAS Kedah gerakkan ahli turun himpunan 22 Jun
Harakahdaily, | 17 Jun 2013 |
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS negeri itu akan mengumpul seramai mungkin ahlinya untuk hadir ke ibu negara pada hari tersebut.
"Sebagai pesuruhjaya, saya menyeru semua kawasan untuk mengumpul dan menggerakkan ahli untuk hadir ke himpunan tersebut.
"Kita di pihak PAS Kedah menyokong penuh himpunan bagi membantah penipuan dalam pilihan raya lalu," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Himpunan Black505 merupakan himpunan bagi membantah penipuan yang didakwa berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Ianya dianjurkan oleh gabungan NGO serta mendapat sokongan dari Pakatan Rakyat.
Himpunan ini juga telah diadakan diseluruh negeri dengan kehadiran yang sangat memberangsangkan dan kemuncaknya dijangka pada 22 Jun ini di ibu negara.
Sementara itu, penganjur himpunan bertegas untuk mengadakan himpunan tersebut di Padang Mebok biarpun tidak dipersetujui oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Hasil pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib 14 Jun lalu, penganjur berkata buat masa ini mereka kekal "status quo" untuk mengadakan himpunan itu di padang tersebut sekalipun DBKL tidak membenarkannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan