Ahad, 16 Jun 2013

UJIAN ALLAH TERUS BERLAKU

Selangor prihatin, skim bapa bersama keluarga

Harakahdaily, 16 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Jika peranan bapa itu dihayati dalam pentadbiran sesebuah negara dan negeri ia akan juga memudahkan bapa untuk melaksanakan fungsinya dengan baik.

Demikian perutusan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail (gambar) sempena Hari Bapa Sedunia.

Ini, katanya kerana kerajaan yang prihatin akan menyediakan dan menawarkan skim-skim yang memungkinkan bapa-bapa meluangkan masa mereka secara efektif bersama keluarga; seperti pemberian cuti 14 hari oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada suami-suami yang isteri mereka bersalin.

“Skim tersebut akan nanti diusahakan untuk dilanjutkan kepada pihak swasta di negeri Selangor,” ujarnya dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah.

Untuk kesekian kalinya menyambut hari ini, Hari Bapa Sedunia. Semoga Allah sentiasa merahmati para bapa di dunia ini.

Mengimbas kembali permulaan manusia ialah bapa yang pertama, iaitu Nabi Adam a.s., manusia pertama bersama isteri baginda, Hawa sehingga kini telah wujud bilangan berbilion manusia pelbagai bangsa, agama dan budaya.

Kedudukan insan, tanpa mengira bangsa, agama dan budaya, yang bernama bapa dalam kehidupan manusia amatlah penting.

Hubungan bapa dengan anak-anak dan isterinya serta kaum-kerabat dan manusia sekeliling memberi kesan kepada pembinaan peribadi dan sahsiah yang mencontohi mereka, sama ada secara sedar ataupun tidak - yang didorong oleh keadaan tinggal bersama, bentuk-bentuk hubungan yang dibina dan sejauh mana perkongsian dengan bapa dalam berbagai aspek kehidupan bersama itu.

Kemesraan bapa menjadi idaman setiap anak dan bagi mereka yang menyaksikan kemesraan itu, khususnya para isteri dan ibu.

Kemajuan apapun, dan di peringkat manapun, landasan kemajuan yang hakiki perlulah disandarkan pada institusi keluarga yang kukuh. Dan bapa memainkan peranan yang kritikal dalam pembinaan keluarga yang utuh.

Bapa merupakan pembimbing, mentor dan role model. Beliau adalah juga contoh dan simbol kejayaan-kejayaan yang membuatkan kita semua juga ingin menuju ke arah mencapai kejayaan dalam kehidupan ini.

Dalam satu dapatan mengenai satu komuniti di dunia ini, 50% dari keseluruhan anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang tiada berbapa: anak-anak itu adalah berisiko lima kali ganda hidup dalam kemiskinan dan terlibat dalam kegiatan jenayah; sembilan kali ganda tercicir dari persekolahan, dan duapuluh kali ganda berisiko dipenjarakan kerana perbuatan jenayah.

Anak-anak tanpa bapa sering mempunyai masalah perilaku, lari dari rumah atau menjadi ibubapa remaja.

Kesemua gejala itu boleh menjejaskan keutuhan institusi keluarga yang menjadi asas keutuhan dan kesejahteraaan sesebuah masyarakat dan negara.

Bapa-bapa contoh adalah mereka yang berusaha menanam dan menyuburkan nilai empati pada anggota-anggota keluarganya, menyemarakkan emosi dan sifat positif dengan sentiasa menghalakan pemikiran kepada kepentingan selain dari untuk diri sendiri dan mewariskan etika kecemerlangan serta mendidik melalui tauladan lebih dari kata-kata.

Terima kasih bapa kerana telah mendidik kita prinsip-prinsip kejujuran untuk sentiasa bertutur yang benar dan memenuhi janji yang diungkapkan serta tidak mengambil hak orang lain.

Jika peranan bapa itu dihayati dalam pentadbiran sesebuah negara dan negeri ia akan juga memudahkan bapa untuk melaksanakan fungsinya dengan baik kerana kerajaan yang prihatin akan menyediakan dan menawarkan skim-skim yang memungkinkan bapa-bapa meluangkan masa mereka secara efektif bersama keluarga; seperti pemberian cuti 14 hari oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada bapa-bapa  yang isteri mereka bersalin.

Skim tersebut akan nanti diusahakan untuk dilanjutkan kepada pihak swasta di negeri Selangor.

Bapa, sama ada yang hidup ataupun tiada lagi di dunia ini adalah  insan yang disayangi dan dicontohi, semuga dirahmati Allah swt selalu.

Selamat menyambut Hari Bapa Sedunia 2013.

Mahaad Tahfiz terbakar

Mohd Sabri Said, 16 Jun 2013

TIKAM BATU, SUNGAI PETANI: Seorang pelajar Mahaad Tahfiz Al Barakah (MANTAB) Kampung Tikam Baru, adik Aiman Nurhakim Yahya 13  meninggal dalam keadaan rentung dalam kebakaran asrama tahfiz berkenaan pukul 1.45 pagi tadi.

Semasa kejadian seramai 16 pelajar sedang nyenyak tidur di rumah kampung dua tingkat yang diubah suai menjadi asrama bahagian belakang sekolah sempat lari keluar kecuali adik Aiman Norhakim yang masih tidur di tingkat atas walaupun dikejutkan oleh beberapa rakanya namun gagal.
(Bangunan MANTAB yang terbakar)
Sebelum ini Allahyarham merupakan pelajar paling awal bangun untuk solat subuh di Masjid Al-Barakah yang hanya beberapa meter dari asrama tersebut.
Menurut Pengerusi MANTAB, Ustaz Mazlan Osman beliau bergegas menuju ke asrama setelah dimaklumkan tetapi apakan daya bila sampai api begitu kuat membakar rumah kayu yang baru dibeli dengan harga RM100 bersama sebidang tanah.

“Bila sampai saya terus bertanya bagaimana keadaan pelajar sebab setahunya hanya empat orang yang masih bercuti di kampung masing- masing.  Yang kembali ke asrama hanyalah 16 orang tetapi bila dikira hanya 15  sahaja yang lari menyelamatkan diri seorang daripada mereka ditemui rentung," terang beliau.

Jelas Ustaz Mazlan, tugas paling berat dirasainya apabila hendak memaklumkan kepada keluarga adik Aiman Nurhakim yang tinggal di Taman Penaga Seberang Perai Utara.
(Pengerusi MANTAB, Ustaz Mazlan Osman)
apabila sampai ke kediaman ibu bapa Aiman Nurhakim beliau yang ditemani seorang pembantu mudir, Abdul Karim Abdul Wahab dimaklumkan keluarganya ke Gerik, Perak.

Tetapi akhirnya, keberatan meluahkan isihati kepada keluarga adik Aiman menjadi ringan apabila mereka telah mendapat makluman kematian anak oleh rakan dan sedang menuju ke Hospital Sungai Petani.

"Saya tidak sangka ibu bapanya sangat tabah menghadapi situasi sebegini. Ayahnya tenang manakala ibunya sanggup melihat wajah anaknya yang rentung," ujarnya dengan nada sayu.

Kerugian akibat kebakaran tersebut di anggarkan RM90 ribu manakala punca kebakaran masih disiasat oeh pihak Bomba.

Sekolah Mahaad Tahfiz berkenaan mula beroperasi pada tahun 2011 dengan kos pembinaan RM500 ribu.

Jenazah adik Aiman Nurhakim disembahyang selepas solat Asar di Masjid Jamek Penaga diimamkan oleh Mudir MANTAB, Ustaz Zamri Arshad dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Penaga.
(Allahyarham, Adik Aiman Nurhakim Yahya 13 yang terkorban dalam kebakaran asrama MANTAB semalam)
Kepada sesiapa yang bersimpati dan mahu menyumbangkan kewangan membantu memulihkan asrama berkenaan bolehlah menghubungi pihak MANTAB di talian 044380227 atau terus ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad 07043011030975 atas nama Maahad Tahfiz Al Barakah.

Kajian: Majikan di M’sia lebih gembira dari pekerja

Harakahdaily, 15 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Sebuah kajian mendedahkan bahawa majikan Malaysia lebih gembira daripada pekerjanya di tempat kerja, namun begitu kedua-duanya secara dasarnya lebih gembira berbanding negara membangun seperti Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Menurut pembekal tempat kerja antarabangsa Regus, 80 peratus pemilik bisnes di Malaysia menikmati kerja mereka berbanding hanya 72 peratus pekerja yang merasai perkara yang sama.

Secara keseluruhannya, Malaysia mencatat 124 mata di Index  Nisbah Kerja:Keseimbangan Hidup, 4 mata lebih tinggi daripada purata global 120.

Kajian itu melibatkan 26,000 professional di lebih 90 negara serata dunia.

Selain itu, kajian itu turut mendapati bahawa pekerja muda lebih menikmati kerja mereka berbanding golongan yang dilahirkan pada tahun antara 1946 dan 1964.

Namun begitu, semangat tinggi mereka tidak bermaksud mereka akan setia bersama kepada majikan mereka, kata John Roy daripada satu firma kajian Galoc Production Company.

“Ia adalah mustahak untuk membolehkan mereka untuk bekerja dalam keadaan yang sesuai dengan mereka, daripada menyesuaikan mereka kepada cara anda melakukan sesuatu. Nisbah Kerja:Keseimbangan Hidup ialah agenda mereka yang utama, dan generasi yang celik teknologi ini melihat kerja sebagai satu benda yang anda lakukan, dan bukan tempat anda pergi,” kata beliau.

P Pinang tak kisah tragedi jambatan, terhangat

Harakahdaily, 16 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Pembaca Facebook dan Twitter Harakahdaily paling meminati artikel bertajuk “Gempar..KM P Pinang langsung tak ambil kisah tragedi jambatan” bagi minggu ke-24 tahun ini.


Di tempat kedua ialah artikel bertajuk “Kenapa Erra Fazira tak sebut nama Ustaz Azhar Idrus?” yang mengisarkan persoalan kenapa artis tersebut tidak mahu menyebut nama Ustaz Azhar Idrus ketika mewar-warkan iklan "uji bakat Pencetus Ummah" di dalam rancangan Primadona di Astro.

Artikel bertajuk “Hairie Othman merajuk PR lupakan artis selepas PRU” pula menduduki tangga ketiga.

Berikut ialah 10 artikel pilihan pembaca Harakahdaily bagi minggu 9 hingga 15 Jun.

1

Gempar..KM P Pinang langsung tak ambil kisah tragedi jambatan
2

Kenapa Erra Fazira tak sebut nama Ustaz Azhar Idrus?
3

Hairie Othman merajuk PR lupakan artis selepas PRU
4

Ima Sufi, Muslimat PAS yang paling hangat diperkatakan
5

Kalaulah kenyataan Ustaz Azhar boleh petisyen...
6

Abby, Norman dan Memey bersiar bersama anak
7

Berita baik untuk penyokong BN, wajib baca
8

Papagomo kini bergelar 'sir'
9

Zahid disaran cuti hingga 2 kes memalukan BN selesai
10

Najib goyang, Ahli Parlimen Sabah & Sarawak jumpa Ku Li

UAI sifatkan petisyen BN di Kelantan lawak

Harakahdaily, 16 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus menjelaskan kenyataannya bahawa 'haram menjatuhkan kerajaan Islam' yang dijadikan bahan kempen di Kelantan bukan kenyataan peribadi malah ianya sebahagian daripada ajaran Islam.

Katanya, tindakan BN mengemukakan petisyen dengan mengaitkan kenyataannya itu sebagai punca kekalahan mereka di Kelantan adalah tindakan 'kelakar'.

“Saya rasa kelakar sebab tiada kena mengena. Bukan saya berceramah (tetapi) ada dalam buku-buku agama (bahawa) haram kita jatuhkan apa sahaja bernama Islam. Tidak boleh,” katanya dipetik Sinar Harian.

Jawapan itu sebagai mengulas tindakan BN Kelantan yang memfaikan petisyen yang mengaitkan kenyataannya itu yang diguna semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13 di Kelantan baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Ustaz Azhar juga dipetik berkata, kenyataannya itu dibuat secara umum tanpa merujuk kepada mana-mana pihak.

"Yang boleh buat petisyen (kalau) saya kata ‘jangan jatuhkan kerajaan Kelantan’ tetapi (saya) tidak kata begitu.

"(Saya kata) jangan jatuhkan kerajaan Islam,” katanya.

Tiada ulasan: