Rabu, 26 Jun 2013

ALLAH TAHU SAPE YANG LAYAK MENERIMA BENCANA

PAS bersedia di Kuala Besut - Mustafa

Anis Nazri, 26 Jun 2013
KUALA LUMPUR: PAS bersedia menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut ekoran kematian wakil rakyatnya, Dr A Rahman Mokhtar, pagi tadi akibat sakit kanser paru-paru.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) bagaimanapun berkata PAS menantikan keputusan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan butiran lanjut perjalanan PRK itu.

"Seperti yang sedia maklum, akan ada PRK apabila berlaku kematian. PAS bersedia menghadapinya, dan menunggu pengumuman rasmi SPR tentang tarikh-tarikh penting, sebelum membuat sebarang keputusan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Katanya, selepas SPR memgumumkan tarikh rasmi bagi PRK itu, PAS akan bermesyuarat bagi membincangkan secara terperinci berkaitannya.

Allahyarham yang juga Exco Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 pagi ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, allahyarham menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.

Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.

Terengganu dah biasa, P Pinang dah rasa, kini Putrajaya pula

http://wasukalu.blogspot.com, 26 Jun 2013

Terengganu dah biasa, Penang dah merasa dan kini Putrajaya pula RUNTUH - tahniah

Hikmah dari kejadian-kejadian yang terjadi di alam semesta ini seperti banjir, gempa bumi dan angin ribut bukan semata-mata kerana azab Ilahi. Namun ia memiliki banyak pengaruh.

Di antaranya ialah berbagai nikmat Ilahi, penyedaran manusia dari kelalaian, dan juga sebagai peringatan bagi penzalim, orang yang melampaui batas dan sebagainya. Hal ini semua dapat dijadikan sebagai hikmah dalam kejadian bencana-bencana alam.

Hari ini Putrajaya mengalami ribut dan angin yang kuat sehingga menerbangkan atap-atap apartment dan pokok banyak yang tumbang, syukur Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Semasa kejadian kebetulan aku ada kat rumah, Queachmad.com yang menghantar gambar-gambar kejadian ini kepada aku..Jom pakat tengok deh..Sesudah jerebu melanda Allah menghantar hujan dan angin dan menguji hamba-Nya supaya bersyukur dan redha segala nikmat yang dikurniakan..

Berikut adalah apa yang ditulis di Facebook Tengku Adnan Tengku Mansor dan gambar ‘runtuh’ disebabkan ribut yang berlaku di Putrajaya. Apa menatang yang runtuh tu tidak dapat dipastikan. Tapi runtuh tetap runtuh.

Apa punca struktur daripada besi juga boleh runtuh? wakaka!

" Alhamdulillah, bencana ribut yang melanda Putrajaya tadi tidak melibatkan nyawa penduduk di sini. Walaupun berlaku kerosakan kerana bumbung tangki air di apartment Presint 15 dan di apartment Presint 14 diterbangkan angin namun syukur kerana tidak ada individu yang terlibat. Ada juga pokok tumbang di sekitar Presint 9 dan 10 dan pihak bomba dan penyelamat melaksanakan kerja-kerja agar tidak menyulitkan masyarakat tempatan. Semoga kediaman kita dan negara yang tercinta ini terus dipelihara Allah SWT dan kita semua terus diperkuatkan iman." – FB Ku Nan

Presint 15 Putrajaya Paling Terjejas ( Gambar ) |







# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Tahulah kenapa Pengerusi SPR sedih isu dakwat kekal

Harakahdaily, 26 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Ketika satu temuramah dengan Sinar Harian, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Rakyat Tan Sri Abdul Aziz Yusuf berkata episod dakwat kekal yang boleh dicuci ialah peristiwa paling menyedihkan bagi beliau.
Walaubagaimanapun, beliau tidak menerangkan mengapa sedih pada ketika itu.

Hari ini, kita tahu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan bahawa dakwat kekal yang digunakan hanya mengandungi pewarna makanan dan bukannya bahan kimia silver nitrat.

Dalam jawapan Shahidan juga menyatakan, ketahanan dakwat adalah bergantung kepada individu dan usaha-usaha yang diambil untuk menghilangkan dakwat kekal di jari mereka.

“Ujian yang dibuat ke atas pegawai SPR dan pekerja media pada 2 Mei 2013 telah membuktikan bahawa dakwat berkenaan kekal seperti ditetapkan,” kata Shahidan dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Shahidan enggan mendedah nama pembekal dakwat atas alasan keselamatan. Keseluruhannya penggunaan dakwat kekal telah menelan kos RM7.1 juta.

Masalah dakwat kekal sudah diketahui umum ketika pengundian awal pada 30 April yang lalu selepas para pengundi menunjukkan bahawa dakwat tersebut boleh dicuci mudah menggunakan air.

Perkara itu dibesarkan kerana ia melanggar janji SPR yang menjamin dakwat itu akan kekal sekurang-kurangnya 7 hari.

Selepas itu, SPR telah mengadakan satu pertunjukan umum pada 2 Mei untuk membuktikan bahawa dakwat tersebut kekal oleh setiausahanya Kamaruddin Mohamed Baria.

Namun, pada 5 Mei perkara yang sama berlaku.

Calon PAS Dr Haron Din, ahli parlimen Temerloh Nasrudin Hassan dan Adun Meru Dr Rani Osman antara pengundi awal yang membuat laporan polis bahawa dakwat kekal di jari mereka telah tanggal.

SPR kemudiannya mempertahankan diri menyatakan bahawa mereka terpaksa mengurangkan kandungan silver nitrate atas nasihat Kementerian Kesihatan demi menjaga kesihatan pengundi.

SPR kemudian menerima tamparan hebat apabila Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan mereka bahawa SPR pernah merujuk kepada mereka mengenai hal dakwat kekal.

Sekarang timbul persoalan, jika pewarna makanan yang digunakan, apakah tujuan SPR bertanya kepada Kementerian Kesihatan, apakah SPR ingin mengetahui sama ada dakwat kekal boleh dijilat makan ke tidak?

Rakyat diutamakan, ikrar pembangkang Dun Pahang

Khairil Abdul Rahim, 26 Jun 2013
TEMERLOH: “Kami menjanjikan politik baru, suasana baru ke arah lebih profesional dan rakyat diutamakan,” kata bakal Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang, Tengku Zulpuri Shah Tengku Puji.

Adun Mentakab daripada DAP itu berkata demikian dalam sidang media di pusat khidmatnya hari ini. Sidang Dun Pahang bagi penggal ke-13 bermula 1 Julai ini dengan angkat sumpah ahli-ahli dewan dikuti pembukaan dewan dengan Titah Sultan Pahang pada 2 Julai dan seterusnya perbahasan bermula 3 Julai.

“Selepas ini kami wakil dari Pakatan Rakyat tidak lagi datang sebagai wakil yang hanya membangkang semua benda yang dilakukan kerajaan, sebaliknya imej baru kami ialah menjadi pengkritik yang baik kepada kerajaan.

“Malah sebagai ketua pembangkang, saya tawarkan Adun PR untuk duduk berkhidmat bersama-sama Exco dalam portfolio masing-masing. Sebab perbahasan dalam dewan terhad, dalam setahun mungkin dalam dua ke tiga kali sahaja,” tegasnya.

Tambahnya, begitu juga di peringkat daerah pihaknya mahukan adun-adun yang dipilih rakyat dimasukkan ke dalam jawatan kuasa majlis tindakan daerah bagi sama-sama membantu ke arah pembangunan setempat.

“Jadi kita tawarkan politik yang profesional demi mengutamakan rakyat tanpa dendam. Kita negara Islam, negeri Selangor dan Pulau Pinang sudah ke arah itu iaitu mengagihkan peruntukan untuk adun-adun pembangkang daripada BN,” ujarnya lagi.

Kata Tengku Zulpuri, pendekatan baru ini penting memandangkan hutang kerajaan Pahang sudah menjangkau RM2.8 bilion.

“Maksudnya, walaupun di pihak pembangkang tetapi saya juga terlibat berhutang dan bertanggungjawab untuk membayar hutang itu. Sasaran kami ialah boleh membantu melangsaikan 30% hutang dalam tempoh lima tahun sekiranya diberi duduk dalam jawatankuasa negeri,” katanya.

Dalam PRU lalu PR berjaya memenangi 12 kerusi Dun, iaitu kurang dua untuk menafikan majoriti dua pertiga BN. Tiga dari PAS iaitu Tanjong Lumpur, Kuala Semantan dan Beserah. Dua PKR iaitu Semambu dan Teruntum dan tujuh DAP yang dimenangi dalam pilihan raya umum (PRU) 13 semalam. DAP menang tujuh iaitu Tanah Rata, Bilut, Ketari, Sabai, Tras, Triang dan Mentakab.

Tengku Zulpuri menang mengalahkan penyandang Datuk Chua Boon Seong di Mentakab dengan majoriti 1,544 undi.

Dalam pada itu Tengku Zulpuri yakin Pahang akan lebih maju jika diuruskan dengan telus, cekap dan baik. Beliau yang juga Ahli Majlis Perbandaran Selayang berkata, sebelum PR memerintah Selangor biasanya akaun majlis negatif RM20 juta setahun. Namun selepas 2008 akaun MPS sudah mengumpul lebihan (surplus) RM10 juta setahun.

“Pulau Singapura merupakan antara 10 negara terkaya di dunia. Kenapa sebuah pulau boleh menjadi kaya raya? Sudah tentu kerana pengurusannya. Sedangkan keluasan negeri Pahang ialah 52 kali ganda Singapura dan kaya pula dengan hasil semula jadi seperti balak, emas, besi dan sumber air.

“Jadi kita ada hasil. Tugas kami (adun pembangkang) ialah menggesa seluruh jentera kerajaan yang ada memaksimumkan hasil bumi dan kemewahan hasil itu dikembalikan sepenuhnya hasil tersebut kepada rakyat,” katanya.

Bawa ulama Syria ke bumi Serambi Mekah - Husam

Aslani M, 26 Jun 2013
KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bercadang membawa ulama-ulama dari Syria, yang kini berdepan konflik berdarah bagi membolehkan mereka mendapat perlindungan sementara di Malaysia.

“Sesuai Kelantan sebagai Serambi Mekah, maka elok ulama-ulama besar dari Syria dibawa ke sini bagi membolehkan kita berkongsi ilmu agama dengan mereka.

“Kita tahu Syria mempunyai ulama-ulama besar. Malah di bumi Syrialah terletak kubur Nabi Ayub, didiami juga ulama tersohor termasuk Imam Nawawi,” katanya di sini.

Syria kini menyaksikan pertumpahan darah sehingga menyebabkan ratusan ribu rakyat menjadi korban. Presiden Bashar al-Assad dibantu Hizbullah dan Iran dilapor menggempurkan kebangkitan rakyat.

Revolusi kebangkitan rakyat bermula di bandar selatan, Daraa pada pertengahan Mac tahun lepas ekoran penahanan sekumpulan kanak-kanak sekolah yang terlibat melukis grafiti antikerajaan.

Media melaporkan pengawal Bashar menahan pelajar-pelajar terbabit sehingga menimbulkan bantahan keluarga mereka.

Ekoran itu mencetus tunjuk perasaan sehingga merebak ke beberapa bahagian di Syria, selepas pasukan keselamatan rejim Assad bertindak ganas.

Husam berkata, umat Islam di negara ini perlu turut membantu ulama-ulama besar dari Syria bagi mengelakkan lebih ramai alim ulama terkorban dalam konflik yang berlaku sekarang.

“Lebih-lebih lagi menjelang kedatangan Ramadan tidak lama lagi, kehadiran ulama besar dari Syria membolehkan kita menimba ilmu agama daripada mereka,” katanya.

Husam yang baru kembali dari sempadan Syria di sebelah Jordan minggu lepas turut memberitahu keadaan kem-kem pelarian di sempadan Jordan begitu dhaif sekali.

Katanya, puluhan ribu pelarian sedang berdepan dengan ribut pasir yang sedang melanda.

“Ketika saya dan rakan-rakan membuat tinjauan di kem tersebut berlaku ribut pasir yang begitu kuat. Namun pelarian terus bertahan di situ dalam keadaan serba kekurangan.

“Oleh itu wajar rakyat di Malaysia turut menghulur bantuan kepada mereka, lebih-lebih lagi mereka juga akan menghadapi Ramadan dalam serba kekurangan,” katanya.

Tiada ulasan: