Sabtu, 8 Jun 2013

MOGA2 ISLAM PILIHAN AGAMANYA YANG TERAKHIR

Tun Mahathir marah Najib
Posted on Saturday, June 08 @ 09:33:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: anaabdullah

"Tun Mahahir Mohamad boleh dikatakan bekerja keras untuk pastikan umno/BN menang pada PRU 13 yang berlangsung pada 5 mei 2013.

Beliau juga sangat gembira apabila Datuk Mukhriz Mahathir dilantik sebagai menteri besar Kedah ke 14. Bukan setakat itu sahaja malah ceria miskipun umno/BN menang tipis dan lebih buruk berbanding pada PRU 12.


Keceriaan Tun Mahahtir tidak tahan lama apabila Najib lantik Khairi Jamaluddin Abu Bakar menantu Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai menteri Belia dan Sukan.
Minggu lepas perangai Tun Mahathir sudah hampir sama dengan perangai yang ditunjukkan ketika Tun Abdullah Badawi jadi perdana menteri dulu.
Beliau sangat marah pada Tun Abdullah atas sebab melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dibunuhnya dahulu itu.
Bayangkan, siapakah tak marah jika orang yang di pecat dari jawatan timbalan perdana menteri dibebaskan semula.
Tindakan Najib melantik Khairi Jamaluddin sebagai menteri belia dan Sukan sudah tentu ada persamaan dengan Tun Abdullah melepaskan Anwar suatu ketika dahulu.
Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi jadi perdana menteri umno dikatakan busuk macam tahi. Bukan setakat itu sahaja, malah Tun Mahahtir ambil tindakan keluar parti.
Dan berikrar tidak akan masuk semula jika Tun Abdullah tak letak jawatan. Demikianlah marahnya Tun Mahathir pada Tun Abdullah.
Tun Mahathir masuk semula umno setelah tun Abdullah letak jawatan dan diserahkan kepada Najib untuk menerajui Negara.
Nampak gayanya Najib telah diserang Tun Mahathir dan mengatakan umno sudah buruk kerana dipuimpin oleh orang yang rasuah.
Kalau mahu umno jadi kuat dan baik pemimpin yang terbabit dengan rasuah kena letak jawatan. Itulah bentuk serangan Tun Mahathir akhir akhir ini.
Tidak lain dan tidak bukan orang nombor satu Negara mahu tak mahu kena letak jawatan untuk menyelamatkan umno daripada jadi busuk macam tahi.
Mukhriz yang baru satu bulan menjawat jawatan menteri besar Kedah kelihatan telah buat hal dan berkata dia tidak boleh memerintah Kedah kerana kurang duit.
Yang peliknya Datuk Seri Azizan Razak ketika menjadi menteri besar Kedah tidak pernah merungut pasal kekuarangan duit. Malah boleh mentadbir Kedah dengan baik dapat bayar gaji dan buat projek tanpa membabitkn bantuan kewangan kerajaan pusat.
Bermakna dua beranak ini mula menyerang Najib dan mungkin mendesak Najib mengeluarkan wang Negara untuk melicinkan pentadbiran kerajaan Kedah yang dikatakan duit sudah habis kerana membina KUIN yang disebut sebagai kurang memberi faedah kepada rakyat.
Jangan jadi macam nasib Terengganu sudahlah sehingga Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dan Kolej Yayasan Terengganu atas sebab nak jimat RM70 juta satu tahun konon di Jual punca para pelajar negeri sukar untuk melanjutkan pelajaran.
Demikianlah angkara apabila melantik menteri besar yang tidak minat dengan dunia pendidikan yang menjadi asset negeri dan Negara.
Yang sangat menyedihkan dikatakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir bahawa Pembinaan sesebuah institusi pengajian tinggi sepertimana Kolej Universiti Insaniah Kedah itu sebagai tidak memberi faedah kepada rakyat


Komen Santai Misi Jahat Kiram
Posted on Saturday, June 08 @ 01:22:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Terbaca dalam Sinar Harian temu bual wartawan Sinar Harian dengan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Pahlawan Hamza Taib di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPPK) Sabah.

Datuk Pahlawan Hamza berkongsi pengalaman sebelum dan ketika serangan ke atas pengganas  dilancarkan.



Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Shamsudin Mat mengesahkan dan memaklumkan kepada DP Hamza bahawa  60 hingga 80 orang mendarat di kampung itu. Sesetengahnya memakai jubah, seragam serta ‘half uniform’. Mereka mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada pagi 12 Februari.

Pertemuan dengan pihak penceroboh diadakan sebanyak tiga kali iaitu  14, 15 dan 16 Februari.

Antara dituntut Agimudin adalah mahu gerombolannya dikenali sebagai ‘Royal Sulu Force’ dan bukan sebagai pihak mewakili Abu Sayaf atau Moro Islamic Liberation Front (MILF). Agbimudin juga menuntut agar orang Sulu tidak diusir keluar dari  Sabah di bawah Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (RCI).

Seterusnya dia minta menemui seorang personaliti dan memaklumkan personaliti itu ada di Kota Kinabalu. Kita cari dan berjaya temui dengan harapan apabila berjumpa, Agbimudin akan lembut hati dan akan keluar dari Sabah.

Kita jumpa personaliti itu dan bawa orang ini masuk berjumpa Agbimudin.

Selepas itu dia minta berjumpa abangnya, Ismail Kiram. Untuk usaha ini kita juga bawa Datuk Piah dan anak Ismail Kiram, Amir Baha dari Filipina berjumpa dengan Agbimudin. Kita ambil mereka di Semporna dan temukan mereka, namun  dia tetap tidak mahu beralah.
Dia mahu kita iktiraf dia sebagai ‘King of Borneo’. Saya cakap dengan dia, sedangkan Kerajaan Filipina tak iktiraf dia sebagai 'King of Borneo', mustahil kita boleh iktiraf apa dia mahu.

Pelbagai usaha kita buat. Kita panggil isteri dia, anak dia dan libatkan Kerajaan Filipina tapi  masih degil.

Kita boleh serang, tapi ini bukan  cara Malaysia. Kita tak nak ada pertumpahan darah dan ambil keputusan teruskan usaha rundingan melalui telefon.

Keadaan memang tegang ketika itu. Proses rundingan terus berjalan dan saya dipertanggungjawabkan kerajaan Malaysia buat sidang akhbar setiap hari. Memang sukar  dan akhirnya selepas 20 hari proses rundingan berlangsung, kerajaan Malaysia arah serangan dilakukan.


Dua hari sebelum serangan dilakukan, kita beri amaran kepada mereka. Kita jatuhkan risalah menggunakan helikopter dua hari berturut-turut sebelum serangan untuk meminta penceroboh serah diri. Risalah itu guna tiga bahasa iaitu Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Sulu.

Pada masa itu, beberapa anggota penceroboh yang takut mula menyusup keluar dari Kampung Tanduo dan kita berjaya menahan mereka. Namun sebahagian besar masih bertahan di dalam kampung itu.
Apabila pasukan Vat69 masuk mereka terserempak dengan sekumpulanpengganas dan mereka diminta menyerah. Kerana pengganas enggan menyerah, terjadilah pertempuran menyebabkan dua anggota VAT69 meninggal dunia, manakala 15 pengganas ditembak mati.

Sebenarnya pusat persembunyian pengganas Sulu ini berada di Simunul, namun seperti kita tahu, ia merupakan sebuah kampung air. Anggota kita masuk seramai 25  orang dan berpecah kepada tiga kumpulan.

Satu kumpulan berjaya tangkap enam pengganas dalam sebuah rumah, satu kumpulan lain berada tidak jauh dari rumah itu dan berlindung di rumah lain. Manakala satu  kumpulan berjaya selamatkan diri.

Untuk selamatkan mereka, kita gerakkan Unit Tindakan Khas (UTK) membantu dan selepas 22 jam kita berjaya keluarkan keduadua kumpulan. Dalam kejadian itu, enam pengganas ditembak mati manakala enam anggota kita terkorban.

Tidak dinafikan mereka cukup terlatih dalam peperangan, bersemangat tinggi dan mereka datang ke sini untuk mati. Berkenaan kebal, susah untuk saya kata ya atau tidak.

Namun saya tidak menafikan perkara itu. Memang tidak dapat disangkal bila kita periksa mayat pengganas, hampir kesemuanya memakai tangkal.
Sebenarnya saya memang menjangkakan serangan ini akan berlaku dan kerana itulah kita bentuk Eastern Command, iaitu sistem pertahanan yang melibat polis di sekitar Malaysia Timur. Saya akan pastikan mesyuarat Eastern Command ini diadakan secara kerap bagi memastikan tiada ancaman.

Seperti sedia maklum kawasan Malaysia Timur sentiasa terdedah dengan serangan pihak luar dan kawasan ini juga terdedah dengan aktiviti pelanunan. Oleh itu, setiap pegawai yang menjawat jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan.
Sepanjang temubual tersebut tak nampak pun dalang yang disebut. Sebelum ini Kementerian Pertahanan mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata segala maklumat dan butiran mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
"Apa yang boleh saya katakan, dua daripada pemimpin pembangkang itu daripada Semenanjung dan seorang lagi daripada Sabah."

Hari ini Zahid Hamidi membisu!!

SEMUA PERKARA DI MALAYSIA INI DIPOLITIKKAN OLEH UMNO DEMI UNTUK MENJADI PARTI YANG KEKAL SEDANG UMNO SUDAH NAK MAMPUS!!

RAKYAT PERLU BANGKIT DAN PASTIKAN UMNO @ BN MAMPUS SEBELUM RAKYAT MENJADI BODOH DENGAN CERITA-CERITA DONGENG!     


....
Layari
Komen Santai Misi Jahat Kiram

Pakatan Rakyat Wajib Hadir Parlimen.
Posted on Saturday, June 08 @ 09:27:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: mohdnoorawang

"Pada kami tidak wajar ahli parlimen pakatan rakyat ingin paualu sidang dewan atau tidak hadir sesi taklimat sidang dewan rakyat penggal pertama tahun pru13.

Dalam masa yng sama wakil rakyat paktan rakyat perlu dan wajin hadir sidang dewan penggal pertama bagi membahas isdang dewan dan titah diraja.
Tidak bijak dan tidak sopan jika wakil rakyat bertindak macam budak sekolah, merajuk dan tidak suka maka tidak hadir sekolah.
Kita tahu tidak ada kesan yang baik setiap sidang walaupun ada hujah hujah yang baik dan bernas dari wakil rakyat pakatan rakyat dalam setiap berbahsa dalam dewan rakyat.
Hanya ambillah sempadan dan batas fikir. Rakyat ramai sudah tahu jenis wakil rakyat dan kerajaan BN/UMNO jenis perangao kera dan beruk serta otakfikir otak lembu NFC.
Kami mengharap wakil rakyat pakatan rakyat yanghadir dalam dewan rakyat dapat berhujah dengan baik dan berfakta dan bernas, jangan duduk macam tong sampah sampai masa lori sampah angakat tong masuk dalam lori sampah.
Diminta kepada wakil rakyat pakatan rakyat buat dan menyediakan satu bentuk kerja berpasukan sesama wakil rakyat PR sebelum masuk dewan rakyat. Jangan jadi enau melepas pucak dalam belukar.
Rakyat akan menilai setiap seorang wakil rakyat dari PR. Jangan hanya pandai bersyarah macam penjual ubat. Dalam parlimen perlu bijak mencelah dan berhujah dengan hujah yang baik dan ada isi setiap apa yang diucapakn.
Penggal yang lalau ramai wakil rakyat PR hanya sekedar duduk dan hadir untuk penuh hari bersidang, api duduk macam duduk tong sampah. Jangan tiru wakil rakyat BN/UMNO.
Jika ada wakil rakyat PR tidak mampu berhujah dalam dewan rakyat, tapi ada idea dan dan ada pandangan yang baik, sila lontar kepada wakil rakyat PR yang petah berhujah,
Dengan kata lain wakil Rakyat PR perlu ada satu kombinasi dan kerjasama yang erat dikalngan wakil rakyat PR. Malah disarankan perlu ada sesi dan taklimat sesesama wakil rakyat PR sepanjang tahun dan bulan selama 5 tahun tempuh parlimen.
Segala maklumat dan isu yang dibahaskan dalam dewan rakyat atau apa pa isu yang bakal dibawa dalam perbahasan dalam dewan rakyat perlu disebarkan dan dibuat dan diterbitkan secara rengkas kepada rakyat.
Pengelama kami lihat pada penggal yang laau amat kurang maklumat kerja kerja wakil rakyat PR dalam parlimen. 
Kami ucapkan selamat bersidang kepada semua 222 wakil rakyat parliemn Malaysia.
Untuk rekod jkka wakil rakyat PR lemah dalam dewan dan diluar dewan dan selalu lari dan ada seribu alasan gagal berjumpa rakyat yang diwakilinya, aianya kan terbakar diri sendir dan PR khasnya. Tahun PRU14 akan menghadapi risiko yang mungkin kalah teruk. 

 Jawab Ros...jangan tak jawab !
Posted on Saturday, June 08 @ 01:20:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

"

Tiada diketahui adakah "Wanita Pertama Malaysia" tahu atau dimaklumkan dengan kehadiran 70 delegasi Wanita Mongolia ke Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur.

Dalam keseronokan sakan memuji suaminya depan delegasi Sidang Kemuncak Global Wanita, tidak dapat dibayangkan reaksi 70 wajah delegasi Mongolia itu.

Barangkali tiada reaksi di wajah delegasi seperti Zambia,Namibia,Kosovo,Vietnam dan Laos.

 Sebabnya,ianya tidak membabitkan nasib malang wanita negara mereka. Tiada anak kematian ibunya dan tiada ibubapa kematian anak mereka tanpa sebab di Malaysia.

Hanya Mongolia kehilangan gadis mereka di Malaysia yang di bom dengan bahan letupan C4.Lebih tragis lagi pengeboman itu tiada bersebab dan tiada arahan.

Bagaimana reaksi wajah 70 wanita Mongolia bila Rosmah memuji suaminya dengan mengatakan suaminya seorang yang "mesra wanita" ?

Juga boleh kita bayangkan bagaimana delegasi Mongolia ini yang diketuai sendiri Presiden Persekutuan Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg  membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan.

Delegasi ini membuat permintaan ini kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia setelah suami Rosmah tidak lagi menjadi Menteri di kementerian tersebut.

Mengapa ? Bukankah lebih elok dibuat semasa suami Rosmah masih pegang menteri di kementerian tersebut. Apatah lagi beliau juga Perdana Menteri. Tidak percaya?

Barangkali peserta Sidang Kemuncak Global Wanita tidak tahu kisah pembunuhan Altantuya Shaariibuu . Tetapi apabila delegasi 70 orang itu buat sidang media dengan flashmob sekali, tentunya menarik minat 1,100 peserta dari 70 negara untuk mengetahui kisah sebenar pembunuhan Altantuya. Daripada tidak tahu menjadi ingin tahu.

Di mana Rosmah dan suaminya mahu letakkan muka mereka.? Bagaimana jawapan mereka berdua jika ditanya kes ini bertalu-talu oleh 1,100 peserta ?

Letih mereka berdua menjawabnya!

Barangkali tema Sidang Global ini bertukar dari, "Wanita Mewujudkan Ekonomi Baru"  menjadi tema , " Mencari keadilan untuk anak-anak Altantuya !

Kita juga bimbang jika suami Rosmah melihat wajah 70 wanita Mongolia seperti jelmaan  Altantuya Shaariibuu !

Jawab Ros...jangan tak jawab !



 Apa lagi cina neh mau...
Posted on Friday, June 07 @ 23:35:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: paklongdin

"
Gempaq jugak Pak Long bila tengok gambaq Tian Chua yang berlagak melayu neh tersebaq...

Tak gempaq mai mananya, selamba badak ja anak cina neh balaih pakai baju melayu... Ni dah masuk bab menghina melayu terutama melayu yang malu berbaju melayu. Dah tu terhegeh-hegeh pulak masuk masjid... Ni lagi parah, dia dah menghina ketuanan melayu terutama tuan-tuan melayu yang sibuk ke dunia sampai tak dan nak imarahkan masjid...

Bedebah betoi, patut pun Najib tak paham ngan puak-puak cina neh... Pak Long pun tak paham jugak, apa lagi yang cina neh mau..?

Yang kaya-raya... ramai cina, yang senang-lenang... ramai cina, kuasa ekonomi... orang cina, kuasa politik pun depa nak gagau sama... Tup-tup, masjid pun depa langgaq jugak ka...

Huh, tak habih-habih cina neh nak mengusik Najib, tak sudah-sudah dia nak bagi bangsa Amno marah. Berlagak melayu lebih dari melayu....

Tapi, teringat pulak Pak Long mutiara kata sorang ostad kampung. Musuh yang paling bahaya kat dunia nih adalah penakut dan bimbang tak bertempat... Dan teman yang paling setia adalah berani serta keyakinan diri yang teguh.

Adakah kita la ni dah makin rapat ngan musuh paling bahaya tapi pelan-pelan terlupa kat teman yang sepatutnya paling setia ngan kita..? Tak paham betoi Pak Long...
 




Tiada ulasan: