Rabu, 12 Jun 2013

MATI NI...KITA IBARAT BUAH KELAPA...KADANG2 PUTIK DAH GUGUR...ADA YANG DAH TUA SANGAT2 TAPI TAK GUGUR2...ADA YANG MUDA DIAMBIL BUAT MINUM...

Turun Harga Kereta, Promosi Ala Supermarket
Posted on Wednesday, June 12 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Facebook DPP Kedah

Penurunan harga kereta sebagaimana yang diumumkan ternyata hanyalah memperdayakan rakyat. Kereta yang termampu untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana turun hanya beberapa peratus.

Seorang pembeli Peugeot 308 memberitahu, beliau membeli kereta tersebut pada September 2012 dengan harga RM102,888.00. Tetapi sebagaimana diuar-uarkan itu, pada bulan Januari 2013 harga naik kepada RM115,663.00.

Kelmarin kerajaan umum harganya turun 11%, oleh itu 1 Mei 2013 harga kembali RM102,888.00.



Apakah ini penurunan yang dimaksudkan? Teknik perniagaan ala-promosi supermarket???


Gambar dari FB Penyokong che'gu Bard

Sumber FB


 Dulu UMNO desak kerajaan PR tutup... sekarang dah ada kuasa, buat sendirilah!
Posted on Wednesday, June 12 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Blog Kedah La

UMNO Kedah, bila hangpa nak tutup pusat hiburan ni?

Harap-harap Melayu tak mudah lupa bila Pengerusi UMNO Kedah Datuk Md Bashah Mat Hanipah buat sidang media khas membantah kewujudan pusat hiburan House Bar, Jalan Alor Mengkudu. UMNO mendesak supaya kerajaan PR Kedah menutup pusat hiburan tersebut.

Sekarang UMNO dah ada kuasa, so nak tunggu apa lagi pi tutuplah! Jangan dok bagi banyak alasan kerajaan UMNO Kedah hoiii.

Bagaimanapun rakyat Kedah bagi masa kepada UMNO Kedah untuk melaksanakan kerja penutupan semua pusat hiburan tu dalam masa 100 hari seperti yang mereka janjikan sewaktu kempen PRU lalu.

Kalau lepas 100 hari depa tak tutup jugak, maka kita turun buat demo depan Wisma Darul Aman. Kita ajak sekali Cot Salihiah, Sobri Sudin dan Mursyid Pekida... amacam, boleh?

Sumber


 Kehidupan Ini Ibarat Secawan Kopi
Posted on Wednesday, June 12 @ 07:14:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: al-bahanj

"Sekumpulan bekas pelajar yang sudah berjaya di dalam kerjaya masing-masing telah berkumpul untuk melawat pensyarah universiti yang pernah mengajar mereka. Mereka berasa gembira kerana dapat bersua sesama mereka setelah lama tidak berjumpa, apatah lagi dapat menemui pensyarah universiti yang selama ini telah banyak membantu mereka ketika menuntut ilmu di universiti yang menatijahkan kerjaya yang baik buat mereka.

Setelah lama berbual, timbullah beberapa rungutan tentang tekanan di tempat kerja dan juga dalam kehidupan seharian yang disuarakan oleh beberapa bekas pelajar ini. Pensyarah itu hanya mendengar dan kemudian beliau ke dapur untuk menyediakan air kopi untuk tetamu-tetamunya.

Beliau kemudiannya keluar dengan membawa satu bekas besar yang berisi air kopi dan beberapa jenis cawan. Ada cawan itu diperbuat daripada porselin, plastik, kaca dan kristal. Ada yang kelihatan ringkas sahaja, ada yang kelihatan murah, ada juga yang kelihatan mahal dan sangat cantik.

Pensyarah itu mempelawa tetamu-tetamunya agar melayan-diri. Masing-masing pergi ke meja tempat dihidangkan air kopi itu dan menuangkan sendiri air kopi ke dalam cawan yang berbagai-bagai bentuk dan buatannya itu. Setelah semuanya mengambil secawan kopi, pensyarah itu berkata:

“Jika anda perasan, kesemua cawan-cawan yang kelihatan cantik dan mahal telah pun diambil, tetapi cawan-cawan yang ringkas dan nampak murah tiada sesiapa yang mahu mengambilnya. Biasalah tu, memang semua nakkan yang terbaik untuk diri sendiri kan…”

Beliau kemudian menyambung.

“Itulah puncanya kepada masalah-masalah anda. Dan itulah sebabnya kenapa anda berasa tertekan dengan kerjaya dan kehidupan.”

“Saya pasti, cawan-cawan itu tidak memberikan apa-apa nilai kepada air kopi yang anda minum. Dalam beberapa situasi, cawan-cawan itu hanya membuatkan kopi yang diminum itu lebih mahal harganya. Dan di dalam situasi yang lain, cawan itu malah menyorokkan apa yang kita minum.”

“Apa yang anda semua betul-betul mahukan adalah air kopi itu, bukan cawannya. Tetapi anda tetap mahukan cawan yang terbaik sifatnya, dan kemudian anda memandang dan menjeling ke arah cawan kawan-kawan anda untuk melihat siapakah yang memiliki cawan yang paling cantik atau paling bagus.”

“Sekarang, cuba anda fikirkan: KEHIDUPAN adalah air kopi. Manakala pekerjaan, wang, pangkat dan kedudukan di dalam masyarakat adalah cawan. Itu semua merupakan alat untuk memegang dan terkandung di dalamnya KEHIDUPAN!”

“Rupa dan jenis cawan tidak memberi makna atau mengubah nilai KEHIDUPAN yang sedang kita jalani ini. Kadang-kadang dengan kita hanya menumpukan kepada rupabentuk CAWAN, kita gagal untuk menikmati AIR KOPI itu. Jadi, nikmatilah AIR KOPI itu, bukan CAWANNYA!”

“Manusia yang bahagia bukanlah mereka yang memiliki yang terbaik dalam setiap perkara. Manusia yang bahagia adalah mereka yang sentiasa membuat yang terbaik di dalam setiap perkara.”

“Hiduplah dengan sederhana. Bercakaplah dengan baik, ambil beratlah dengan sungguh-sungguh, berkasih sayanglah, bermurah hatilah…dan hayatilah kehidupan ini dengan penuh makna, dan jangan terlalu ditumpukan kepada aksesori kehidupan”

Mudah-mudahan kalian dapat memahami mesej yang cuba disampaikan oleh tulisan di atas. Tulisan di atas telah saya terjemah dan sunting dari video ‘Life Is Like A Cup Of Coffee’ yang dipetik dari spiritual-short-stories.com. Penulis asalnya tidak diketahui.

- muzir.wordpress.com


*Sumber: http://muzir.wordpress.com"

 Amaran Pandikar menyalahi undang-undang Dewan, kata PKR
Posted on Wednesday, June 12 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Mohd Farhan Darwis

Surendran menegaskan Peraturan 5(2) Peraturan-peraturan Mesyuarat menyatakan 'mana-mana ahli Parlimen yang belum mengangkat sumpah boleh berjumpa sendiri di mejanya dan sumpah boleh dilakukan dihadapannya'. – Gambar kiri

KUALA LUMPUR, 11 Jun—Amaran Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa mana-mana ahli Parlimen yang memboikot upacara mengangkat sumpah pada 24 Jun depan akan terlucut jawatan adalah bertentangan dengan undang-undang dan Peraturan Dewan Rakyat, kata PKR.

Parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu menegaskan kenyataan yang dikeluarkan Pandikar itu juga membolehkan beliau dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Naib Presiden PKR N. Surendran menegaskan Peraturan 5(2) Peraturan-peraturan Mesyuarat menyatakan “mana-mana ahli Parlimen yang belum mengangkat sumpah boleh berjumpa sendrii di mejanya dan sumpah boleh dilakukan dihadapannya.”

“Peraturan 5(2) menjadikannya ianya mandatori untuk Setiausaha menerima sumpah berkenaan.

“Speaker dan Barisan Nasional (BN) tiada kuasa menolak sumpah ahli Parlimen pembangkang,” kata Surendran.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan kesemua 38 anggota Parlimen DAP tidak akan memboikot upacara mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat pada 24 Jun 2013 serta persidangan Parlimen.

"Tetapi kami akan menggunakan proses perundangan untuk menuntut pembaharuan pilihan raya, khususnya mematuhi prinsip demokratik 'satu orang, satu -mengundi, satu nilai," kata Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga, "memulaukan majlis angkat sumpah Ahli Parlimen tidak akan dilihat sebagai 'simbolik' atau langkah berani untuk membantah terhadap pilihan raya umum yang dicuri apabila PR boleh membuat titik yang lebih berkesan dengan seluruh negara perhimpunan bantahan aman."

Guan Eng turut menjelaskan, tindakan memboikot Dewan Rakyat tidak akan terjejas dengan hanya memboikot sebuah upacara angkat sumpah berbanding suara-suara gerakan rakyat sebenar.

"Peranan Speaker Dewan adalah menjalankan urusan parlimen dan tidak seharusnya campurtangan dalam hal politik. Ia adalah yang paling tidak patut bagi mana-mana Speaker dan beliau tidak mempunyai hak untuk memboikot mana-mana ahli Parlimen atau sengaja menyebabkan beliau hilang kelayakan oleh memboikot atau menolak untuk bersumpah.

"Saya berharap bahawa ini adalah hanya satu jenaka oleh Tan Sri Pandikar atau lain ada akan menjadi keraguan yang serius pada niat dan kesaksamaan apabila beliau mempengerusikan Parlimen."

Ahli Parlimen PR awal hari ini telah diberi amaran oleh Pandikar mereka akan digugurkan sebagai wakil rakyat sekiranya memboikot proses mengangkat sumpah pada 24 Jun ini.

“Kalau ahli Yang Berhormat tidak angkat sumpah, ikut Perlembagaan, selama enam bulan maka secara automatik gugur sebagai ahli Parlimen,” katanya.

Jelas Pandikar Amin lagi, atas semangat demokrasi juga, speaker dan timbalan speaker berhak memboikot upacara mengangkat sumpah wakil rakyat PR.

“Tidak boleh angkat sumpah hari lain ... kecuali tidak datang atas sebab kesihatan yang tak boleh dielakkan,” katanya.

“Apabila kita angkat sumpah baru kita jalankan fungsi sebgai wakil rakyat,” katanya.



Ahli Parlimen PR awal hari ini telah diberi amaran oleh Pandikar mereka akan digugurkan sebagai wakil rakyat sekiranya memboikot proses mengangkat sumpah pada 24 Jun ini. - Gambar oleh Choo Choy MaySesi taklimat pertama ahli-ahli Parlimen hari ini menyaksikan kehadiran 111 anggota Parlimen yang dipilih pada Pilihan Raya 2013, dengan hanya seorang wakil pembangkang, ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa yang hadir, daripada 89 keseluruhan ahli Parlimen PR.

Surendran juga turut berkata amat mengejutkan Speaker mengeluarkan kenyataan sedemikian terhadap ahli Parlimen PR yang telah dipilih rakyat.

“Ancaman keterlaluan Pandikar ini mendedahkan berat sebelah secara terang-terangan terhadap Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan penghinaan terhadap pejabat yang didudukinya,” tegas ahli Parlimen Padang Serai itu lagi.

Dakwanya lagi, ancaman Speaker yang “dilantik BN” itu juga selari dengan cara tidak demokratik dan diktator di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN terus mentadbir negara ini.

Sumber


 Keistimewaan pemilik teratak ini.....Anda perasan tak?
Posted on Wednesday, June 12 @ 07:22:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: tokpepijat

"
Pemilik teratak ini
tiada keinginan beli mobil yang murah
sedang menabung duit beli mobil harga mahal

Pemilik teratak ini
mahu anaknya belajar di U berbayar yurannya
tiada kelas jika belajar di tempat yang percuma

Pemilik teratak ini
punya motor yang ajaib
motornya tidak pakai petrolium....isi tangki dengan air!
sebab itu dia tidak kisah dengan harga petrolium yang meningkat

Dan pemilik teratak ini anggap GST satu spesis dengan BRIM
seronok sakan bila lihat di resit tercatat GST ! sebab itu pemilik teratak ini
tetap setia mengundi BN
BN di hatiku
biar pemimpin kaut hasil asalkan aku papa kedana!

Inilah keajaiban dan keunikan pengundi dacing dan keris telanjang.........

Apa keistimewaan pemilik teratak ini?

"

Tiada ulasan: