Rabu, 12 Jun 2013

BUKAN BARU TAPI DAH LAMA...

Inikalilah Terjah!!! Virus Zeus Sedang Menyerang Akaun Facebook Seluruh Dunia..
Posted on Tuesday, June 11 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: matuse68

"Menurut informasi berita terbaru. Virus Zeus kini sedang menyerang akaun-akaun facebook di seluruh dunia dalam beberapa hari ini.

Virus ini sedang diberi perhatian kerana keboleh upayaannya untuk membuat pindah milik wang anda di dalam akaun bank terutamanya yang mempunyai perbankan internet dan tahap keselamatannya kurang.

Kalau anda perasan, beberapa hari ini anda ada/akan mendapat mesej dari kawan anda yang menghantar link donwload dari pelayar 'mediafire.com'.

Sebenarnya bukan mereka yang berbuat demikian, tetapi mungkin antara virus tersebut.

Untuk keselamatan.
1 - Kemaskini setting security akaun anda.
2 - Jangan klik pada pautan/link yang tidak dikenali walaupun sifat ingin tahu anda tinggi.
3 - Jangan biarkan akaun internet banking anda sedang login semasa melayari facebook. Minimumkan keadaan ini jika tidak dapat elakkan.

[Layari IniKalilah Terjah...]"



 Rahsia Masjid Nabi Yang Di Sembunyikan
Posted on Tuesday, June 11 @ 19:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: ismanusa

"
Tanda-tanda rahsia yang disembunyikan

Amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid an-Nabawi. Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di masjid nabi itu sendiri. Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?

Umat Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code daripada mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-temapt suci Islam terutama di Mekah dan Madinah. Da Vinci Code adalah cerita dongeng kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam. Tetapi kenapakah tiada usaha untuk memeliharanya, seperti di Masjid an-Nabawi sendiri banyak tulisan-tulisan itu sengaja di cat supaya tidak kelihatan dan banyak pula telah ditutup samasekali supaya tidak kelihatan, apakah rahsianya?

Janganlah ditanya tentang ayat-ayat yang terdapat di Masjidil Haram Mekah, semuanya telah hancur menjadi debu. Mereka menganggap pembangunan yang tersergam indahlah yang menawan berbanding ayat-ayat peringatan dan puisi-puisi yang memuji dan mengagungkan Allah yang dilahirkan dengan penuh tawadhuk oleh alim ulamak terdahulu dan diabadikan bagi penghayatan umat Islam yang kemudian. Itulah harapan oleh ulamak yang mulia yang hampir dengan zaman nabi terhadap umat Islam akhir zaman, tetapi sayangnya semua itu tidak dihargai oleh kita umat Islam.



Tidak seperti peninggalan Nabi s.a.w di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, peninggalan kaum Thamud di Madain Saleh mendapat penjagaan rapi oleh pihak berkuasa Saudi (http://saudi-archaeology.com)


Tulisan piramid dipelihara dengan rapi tapi peninggalan Nabi s.a.w diabaikan

Umat Islam lebih mengkagumi Piramid dan berusaha memelihara sebaik mungkin tulisan-tulisan yang dibuat oleh Firaun kerana kononnya untuk mencari rahsia Piramid, padahal tulisan-tulisan tersebut hanyalah memuja Firaun yang di anggap tuhan oleh mereka seperti telah di terangkan dalam banyak ayat quran. Amat hairan kenapa langkah yang sedemikian tidak diambil terhadap segala peninggalan Rasulullah bukan setakat tempat tinggal Rasulullah tetapi tempat baginda bertahajjud dalam masjid nabi pun disembunyikan.


Tulisan didinding timur makam dihapuskan - dalam petak merah


Tulisan didinding sebelah dinding barat juga dihapuskan


Tulisan khat asal telah ditutup dengan bingkai besi


Tulisan asal sebelum diletakkan bingkai berada dibelakang tirai



Kotak bertanda hijau dalam gambar diatas merupakan tempat yang paling disukai oleh baginda Nabi s.a.w mengerjakan solat tahajjud. Tetapi pihak berkuasa Saudi telah menutupnya Mehrab Tahajjud ini dengan rak-rak buku. Timbul persoalan apakah tujuan menyembunyikan tempat yang mempunyai nilai yang tinggi untuk umat Islam dalam menghayati perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.


Mehrab Tahajjud ditutupi dengan rak buku

http://www.islamiclandmarks.com


Inilah Mehrab Tahajjud yang asal sebelum ditutup oleh pihak berkuasa Saudi

petunjukzaman"

 Hatta diugut dipenjarakan, Perhimpunan Black505 tetap di Padang Merbok 22.6.2013
Posted on Tuesday, June 11 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: setisab

"Perhimpunan #Black505 tetap di Padang Merbok pada 22 Jun 2013
#Black505 tetap di Padang Merbok 22 Jun 2013

Sekretariat Pakatan mendapat makluman bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan menggunakan Padang Merbok pada 22 Jun 2013, melalui surat yang difakskan semalam.

Melalui sidang media dan laporan berita berikutnya, saya mendapat tahu alasan-alasan kenapa permohonan itu ditolak, termasuklah alasan bahawa Padang Merbok diperlukan pada 22 Jun 2013 sebagai persiapan kepada satu acara yang dianjurkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada keesokan harinya iaitu 23 Jun 2013.

Saya telah membuat semakan seperti berikut untuk menentukan apakah acara yang akan dianjurkan oleh MOM seperti yang disebut oleh Dato’ Bandar Kuala Lumpur:

1.      Menyemak kalendar acara MOM di laman rasmi MOM www.olympic.org.my seperti paparan skrin yang disertakan. Mengikut kalendar acara MOM, pada 23 Jun 2013 MOM akan menganjurkan Larian Olimpik McDonald (McDonald’s Olympic Run)

2.      Menyemak laman Facebook MOM untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Larian Olimpik McDonald ini. Didapati bahawa larian ini bukanlah berlangsung di Padang Merbok tetapi bermula dan berakhir di Dataran Merdeka (sila rujuk paparan skrin di bawah)

3.      Untuk memastikan acara ini benar-benar diadakan di Dataran Merdeka dan bukannya Padang Merbok, saya menyemak pula laman Pacesetters Athletic Club Malaysia (PACM) yang turut sama akan terlibat di laman rasminya www.pacesetters.com.my (sila rujuk paparan skrin). Disahkan bahawa acara anjuran MOM ini akan diadakan di Dataran Merdeka, bukannya Padang Merbok.

4.      Akhir sekali, saya menyemak sendiri laluan larian dari borang pendaftaran yang disertakan. Berdasarkan laluan larian seperti yang ditunjukan di paparan skrin, jelas bahawa larian tersebut tidak menggunakan Padang Merbok sebagai tapak dan ia bermula dan berakhir di Dataran Merdeka.

Saya kesal dengan tindakan DBKL yang tidak memberikan jawapan yang jelas mengenai kepenggunaan Padang Merbok pada 23 Jun 2013 semata-mata kerana terpaksa tunduk kepada tekanan politik Umno/Barisan Nasional. Jelasnya, acara pada 23 Jun 2013 tidak melibatkan Padang Merbok dan bermula/berakhir di Dataran Merdeka – maka tidak ada alasan untuk tidak membenarkan himpunan aman #black505 berlangsung di Padang Merbok pada 22 Jun 2013.

Saya juga ingin menjawab alasan-alasan lain yang diberikan oleh Dato’ Bandar Kuala Lumpur terutamanya ekoran pendedahan bahawa acara pada 23 Jun 2013 anjuran MOM tidak menggunakan Padang Merbok:

1.      Pendirian pimpinan Umno/Barisan Nasional bahawa perhimpunan aman hanya boleh diadakan di tempat tertutup seperti stadium adalah tidak masuk akal dan bertentangan dengan hak berhimpun secara aman di semua tempat-tempat awam mengikut peruntukan Akta Perhimpunan Aman. Jika pendirian pimpinan Umno/Barisan Nasional ini digunapakai, maka tidak ada apa-apa majlis atau acara yang boleh dibuat di tempat terbuka dan akta perlulah ditukar namanya menjadi “Akta Perhimpunan Aman Dalam Stadium Sahaja”

2.      Alasan bahawa penggunaan stadium akan memudahkan penjaja juga tidak masuk akal kerana semua perhimpunan aman yang dibuat di tempat terbuka sebelum ini berjaya menempat penjaja dengan baik. Malah, penggunaan stadium menyempit ruang untuk penjaja berniaga

3.      Alasan bahawa perhimpunan di Padang Merbok akan menjejaskan perhiasan sekitar kawasan sudah tentu tidak masuk akal kerana acara Larian Olimpik McDonald mengambil ruang yang lebih besar dan melalui semua kawasan-kawasan berhampiran Parlimen

4.      Alasan bahawa perhimpunan akan menyebabkan kesesakan jalan raya tidak boleh dipakai kerana Larian Olimpik McDonald akan menyebabkan jalan-jalan ditutup di sekitar kawasan. Jika pihak berkuasa boleh menutup jalan untuk mempermudahkan larian itu, saya pasti pihak berkuasa juga boleh menutup jalan untuk perhimpunan aman #black505 pada 22 Jun 2013.

Saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat akan hadir berbincang dengan Dato’ Bandar Kuala Lumpur pada 14 Jun 2013 tetapi kami tidak akan berganjak dari keputusan mengadakannya di Padang Merbok pada 22 Jun 2013, apatah lagi apabila terbukti padang itu tidak digunakan pada hari Sabtu dan Ahad minggu itu.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan
11 JUN 2013
 Jamil Khir, Hina Nabi Murtad jenis Baru
Posted on Tuesday, June 11 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: mohdnoorawang

"DS Jamil Bahrun menteri di JPM atau menteri jaga ugama Islam Malaysia (mudah faham) apa apa yang berlaku tentang hal hal orang Islam dan Ugama Islam Jamil Khir lah orang pertama sebagai rujukan media pro BN/UMNO.

Hari Jamil Khir membuat kenyataan yang paling baik dan cepat macam kilat, Jamil Khir berkata sesiapa yang hina Nabi (orang Islam?) adalah Murtad jenis baru.

Jamil Khir bertindak dengan jawapan dera kerana yang hina Nabi orang biasa macam kita kita agaknya. Orang awam macam kita (orang Islam)? Kita pun marah dan benci ada orang Islam Malaysia hina Nabi tertama Nabi Muhammad SAW.

Kita nak tanya pula bagaiman pula ada pemimpin UMNO dan bekas pemimpin UMNO yang suka sangat hina nabi dan hina hukum hukum Islam?. Tak suka pada hukum hukum Islam tetapi merendahkan hukum ugama dan Islam secara terbuka?.

Malah ada orang pandai ugma dan belajar ugma pun ada ada yang hina hukum hukum Islam . Atau hina nabi tak sama dengan hina Islam dn hukum Islam.

Cuba Jamil Khir bertindak deras macam kilat dan membuat kenyataan dalam isu hina Nabi dan Hina Islam. Kami ingin tahu juga kaedahnya. Kita minta Jamil Khir membuat kenyataan yang deras seperti kenyataan diatas ada segelintir orang Islam yang hina Nabi.

Kalau orang bukan Islam hina Nabi kami tak rasa pelik. Sebab dia buka Islam memang dia benci Islam. Tetatapi yang Islam ni Hina hukuk hukum Islam dan hina Nabi adalah golongan pemimpin UMNO.

Sila jawap wahai Datuk Seri Jamil Khir Baharun."

10 Perkara Batal Islam.

Akibat daripada orang Islam tidak memahami aqidah Islam yang sebenar, kadangkala mereka melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan Islam mereka, sedangkan dalam masa yang sama mereka tidak faham ataupun tidak tahu.

Maka kita dapati dalam masyarakat kita, sekalipun ramai orang yang mengetahui apa itu perkara yang membatalkan wudhu', apa itu perkara yang membatalkan solat(sembahyang), yang membatalkan haji, yang membatalkan puasa, tetapi malangnya mereka tidak tahu apakah perkara yang membatalkan dua kalimah syahadah yang telah mereka ucapkan, ataupun membatalkan Islam itu sendiri.

Jika dilihat dari segi aturan- haji, zakat, puasa, solat, semuanya itu berada selepas daripada ucapan syahadah. Bagaimana seorang muslim memahami perkara-perkara yang membatalkan solatnya, membatalkan zakatnya, atau membatalkan puasanya atau hajinya, tetapi dalam masa yang sama dia tidak mempelajari apakah perkara yang membatalkan dua kalimah syahadahnya, yang sekaligus boleh menyebabkan terbatalnya keseluruhan Islamnya.

Inilah penjajahan pemikiran yang diterima oleh kita. Di masjid dan surau, guru-guru lebih menumpukan kepada soal fiqah, soal-soal batalnya solat, soal-soal batalnya puasa, sehingga kadangkala mereka terlupa untuk mengajar murid-murid mereka ataupun orang ramai apakah perkara yang boleh membatalkan Islam seseorang.

Dan kesan batalnya Islam itu lebih besar daripada batalnya sembahyang ataupun batalnya puasa, kerana batalnya sembahyang dan puasa boleh diganti, tetapi batalnya Islam menyebabkan seseorang itu murtad dan terkeluar daripada Islam.

Ramai para pemikir Islam memikirkan hal ini, sehingga maulana Abdul Hasan'Ali An-Nadwi menulis sebuah buku atau risalah, yang mengingatkan orang Islam, sehingga beliau menamakan risalah itu sebagai Riddah la Aba Bakrin laha("Murtad yang tidak ada Abu Bakar menghadapinya").

Pada zaman dahulu, apabila berlakunya murtad, Allah S.W.T telah membangkitkan Abu Bakar as-Siddiq, yang merupakan khalifah Rasulullah S.A.W, yang bertanggungjawab menghadapi golongan murtad. Pada zaman ini ramai orang Islam yang murtad, dan tidak ada siapa pun yang peduli. Bahkan murtad itu dilakukan secara terang-terangan.

Apabila kita menyedari hal ini, maka semua para ulama dan semua kita yang sedar hendaklah berusaha memahami aqidah Islam. Saya begitu tertarik dengan apa yang dilakukan oleh bekas mufti Arab Saudi, iaitu Sheikh Abd Aziz Abdillah bin Baz(rahimullah) yang sudahpun meninggal.

Apabila mereka mengeluarkan risalah untuk jemaah haji dan umrah yang datang untuk menunaikan haji dan umrah, yang dinamakan sebagai Dalilul hajji wal-mu'tamir("panduan Haji dan Umrah"), beliau memasukkan di dalamnya terlebih dahulu perkara-perkara yang membatalkan Islam, kerana menyedari bahawasanya seseorang apabila menunaikan haji, sedangkan Islamnya batal, hajinya tidak memberi manfaat kepadanya. Kerana syarat kepada kesahihan amal, ataupun syarat diterimanya sesuatu amal soleh, yang pertama hendaklah betul aqidahnya: kedua, ikhlas kepada Allah S.W.T: dan ketiga, menepati apa yang diajar oleh Rasulullah S.A.W.

Saya akan menyebut sepintas lalu perkara-perkara yang menjadi penyebab utama di zaman ini, yang disenaraikan di dalam risalah tersebut, yang menebabkan seseorang batal Islamnya, yang dinamakan sebagai nawaqidul Islam )perkara-perkara yang membatalkan Islam).


1. Syirik;
2. Perantara;
3. Enggan mengkafirkan;
4. Yakin yang lain;
5. Membenci Syari'at;
6. Mempersenda Islam;
7. Sihir;
8. Bantu kafir musuhi Islam;
9. Kecualikan dari Syari'at;
10. Berpaling dari agama.


*Note: Sumber rujukan dari Dr Mohd Asri Zainul Abidin, 10 Perkara Batal Islam & Apa Itu Syirik, 2007, Wholesale-Mart Business Point S/B, Kuala Lumpur; ms.20-23)

10 Sebab Batal Keislaman



1)  Syirik, iaitu mempersekutukan Allah dalam ibadat. Firman Allah swt:


{ إِنَّهُ ُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ } (المائدة: 72)

“Sesungguhnya sesiapa yang mempersekutukan Allah, nescaya Allah, mengharamkan syurga baginya dan tempat tinggalnya (kelak) adalah neraka, dan tiada penolong bagi orang-orang yang zalim”. -  Al-Maidah: 72


Antara perbuatan syirik tersebut ialah: meminta doa dan pertolongan dari orang-orang yang telah mati, bernazar dan menyembelih korban kepada mereka.

2)  Menjadikan sesuatu sebagai perantara di antara dirinya dengan Allah, meminta doa dan syafaat serta berserah diri (tawakkal) kepada perantara itu. Orang yang melakukan perkara tersebut, menurut kesepakatan (ijma’) ulama’ adalah kafir. 
3)  Tidak mengkafirkan orang musyrik atau ragu-ragu terhadap kekufuran mereka atau membenarkan fahaman mereka. Dengan melakukan demikian, jelas dia telah jatuh kafir.

4)  Berkeyakinan bahawa petunjuk yang lain daripada petunjuk Nabi saw adalah lebih sempurna atau berkeyakinan bahawa hukuman yang lain daripada hukuman Nabi saw lebih baik seperti mereka yang mengutamakan peraturan thoghut (peraturan manusia yang melampaui batas dan menyimpang dari hukum Allah) dan mengenepikan hukum Rasulullah saw. Maka orang yang berkeyakinan seperti itu adalah kafir.

Sebagai contoh:

i)  Berkeyakinan bahawa peraturan atau perundangan yang dibuat oleh manusia lebih utama daripada syariat Islam;

-  atau perundangan Islam tidak sesuai dilaksanakan di abad ke-21 ini;

-  atau Islam adalah sebab atau punca kepada kemunduran kaum muslimin;

-  atau Islam hanya mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya sahaja dan bukan dalam urusan kehidupan dunia.

ii)  Berpendapat bahawa dengan melaksanakan hukum Allah swt dalam perkara hukum hudud seperti memotong tangan pencuri dan merejam penzina yang telah berkahwin (muhsan) tidak sesuai lagi pada masa ini.

iii)  Berkeyakinan bahawa dibolehkan untuk mengamalkan perundangan yang lain daripada syariat yang diturunkan oleh Allah swt sama ada dalam hukum mu’amalat (perdagangan) atau dalam melaksanakan hukum hudud (jenayah) atau lainnya sekalipun tidak disertai dengan keyakinan bahawa hukum-hukum tersebut lebih utama daripada syariat Islam, kerana dengan sedemikian seseorang itu telah menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah menurut ijma’ ulama.

Setiap orang yang menghalalkan perkara yang sudah jelas dan tegas diharamkan oleh Allah swt dalam agama seperti zina, arak, riba dan melaksanakan perundangan yang lain dari syariat Islam adalah kafir menurut kesepakatan umat Islam (ijma’).

5)  Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullah saw sebagai syariat walaupun seseorang itu mengamalkannya. Dengan melakukan demikian, dia telah menjadi kafir, kerana firman Allah:

{ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ }

“Demikian itu adalah kerana mereka benci terhadap sesuatu yang diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan (pahala) segala amal perbuatan mereka”.  -  Muhammad: 9

6)  Mempersendakan Allah swt atau kitab-Nya atau Rasulullah saw atau sesuatu daripada ajaran agama, maka seseorang itu telah menjadi kafir, kerana firman Allah swt:

{ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآَيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ، لا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ } (التوبة: 65-66)

“Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah terhadap Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu sekelian memperolok-olok main? Tiada ertinya kamu meminta maaf kerana kamu telah kafir setelah beriman”. -  At-Taubah: 65-66

7)  Sihir, di antaranya ilmu guna-guna (sarf), iaitu mengubah kecintaan seorang suami terhadap isterinya menjadi benci dan ilmu pengasih, iaitu menjadikan seseorang mencintai sesuatu yang tidak disenanginya dengan cara-cara syaitan. Mereka yang mengamalkan sihir atau rela dengannya adalah kafir kerana firman Allah swt:

{ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلا تَكْفُرْ } (البقرة: 102)
“Sedangkan kedua-dua malaikat itu tidak mengajarkan (suatu sihir) kepada sesiapa pun sebelum mengatakan: sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu, oleh itu janganlah kamu menjadi kafir”. -  Al-Baqarah: 102  

8)  Membantu dan menolong orang-orang musyrikin dalam memusuhi kaum muslimin kerana firman Allah swt:

{ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ } (المائدة: 51)
“Dan barangsiapa di antara kamu yang mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi pemimpin, maka dia termasuk di dalam golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”. -  Al-Maidah: 51

9)  Berkeyakinan bahawa sesetengah individu diperbolehkan untuk tidak mengikuti syariat Muhammad saw. Orang yang berkeyakinan sedemikian adalah kafir kerana firman Allah swt:

{ وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ } (آل عمران: 85)

“Dan sesiapa yang menghendaki selain Islam sebagai agama, maka tidak akan diterima agama itu darinya, dan di akhirat ia tergolong di kalangan orang-orang yang rugi”. -  Ali Imran: 85

10)  Berpaling daripada agama Allah swt atau perkara-perkara yang menjadi syarat sah sebagai muslim tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan ajarannya. Firman Allah swt:
{ وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ ذُكِّرَ بِآَيَاتِ رَبِّهِ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَا إِنَّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ مُنْتَقِمُونَ } (السجدة: 22)

“Tiada yang lebih zalim daripada orang-orang yang telah mendapat peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya kemudian ia berpaling daripadanya. Sesungguhnya kami akan menimpakan balasan kepada orang-orang yang berdosa”. -  As-Sajadah: 22

Firman Allah swt:

{ وَالَّذِينَ كَفَرُوا عَمَّا أُنْذِرُوا مُعْرِضُونَ } (الأحقاف: 3)

“Dan orang-orang yang kafir berpaling daripada perkara yang diperingatkan kepada mereka”. -  Al-Ahqaf: 3

Dalam perkara yang membatalkan Islam ini, hukumnya tidak berbeza sama ada secara bergurau atau bersungguh-sungguh, sengaja melakukannya atau takut, kecuali apabila diancam dan dipaksa.

Semoga Allah melindungi kita semua daripada melakukan perbuatan yang mendatangkan kemurkaan Allah swt dan siksaan yang sangat pedih.



Dari Buku: "Panduan Untuk Jemaah Haji Dan Umrah Serta Pengunjung Masjid Rasul Saw".

Tiada ulasan: