Ahad, 9 Jun 2013

MANUSIA TERPERDAYA....DAN TERTARIK PERKARA YANG NAMPAK BUKAN PERKARA YANG GHAIB2 SEPERTI JANJI2 ALLAH...TU SEBAB MANUSIA MENCARI DUNIA YANG SEMENTARA DAN TIDAK MENCARI AKHIRAT@SYURGA YANG PENUH NIKMAT SERTA KELAZATAN...DAN IANYA PULA KEKAL

Tawaf, Golfer dan Judi
Posted on Sunday, June 09 @ 12:41:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: HishamAhmad

"Antara beberapa jam sebelum waktu zohor sehingga ke waktu asar adalah waktu mencabar untuk bertawaf dikeliling Kaabah. Cuaca yang panas kekadang menyukarkan pandangan mata apalagi kilauan cahaya yang dibalikkan dari kecerahan lantai di kawasan tawaf.

Sangat menakjubkan! Lantai simen tawaf ini tidak panas bahkan sejuk untuk dipijak. Abu Dubeis teringat kata seorang jemaah senior dari Mersing, Johor. Dia pernah bekerja dalam/ikut kapal. Semasa dia bekerja dalam kapal dan berlabuh di pelabuhan berdekatan mana ye, saya tak ingat, Riyad… entahlah. Lalu kesempatan diambil pergi ke Mekah dan Madinah untuk menunaikan haji. Semasa muda lagi. Tawaf ketika itu begitu lengang tak ramai orang. Ciumlah Hajar Aswad, setiap pusingan, tiada gangguan, tiada perebutan.

Kalau waktu cuaca panas, tengahari, batu-batu atau pasir menjadi panas. Bertawaflah jemaah sambil berlari, mengencot-ngencot. Terloncat-loncat. Tak tahulah, betulkah ceritanya. Takkanlah dia berbohong pula. Agaknya semasa itu, tahun 50 an, 60 an.

Mereka yang tidak biasa atau tidak tahan panas. Mereka tentu memilih untuk tidak bertawaf semasa cuaca panas. Suasana di kawasan tawaf juga tidak begitu sesak dan padat. Peluang untuk mencium Hajar Aswad mungkin lebih baik.

Abu Dubeis tidak tergamak membezakan waktu. Bila sahaja berpeluang sampai ke kawasan tawaf dia akan bertawaf sunat sementara waktu solat ditunggu. Jika bukan dalam ihram umrah, serban yang ada dililit pada keseluruhan kepala dengan mendedahkan sedikit pada bahagian mata. Setiap kali dia terasa lemah ingin menarik diri, dia teringatkan waktu main golf ketika begitu terik pancaran mentari. Kesabaran dan kesanggupan begitu tinggi kerana keseronokan yang tidak terperi.

“Ah! masa main golf sampai hitam tengkuk, hitam muka dek pancaran matahari, kau langsung tak peduli. 4 jam ‘non-stop’, kau pukul bola golf dengan pelbagai jenis batang besi. Ini ibadah kepada Allah, Maha Suci, Maha Tinggi”, Itulah bisikan azimat, bisikan motivasi.

Golf, Judi dan Pak-Pak Haji

Golf adalah sukan terbaik yang dicipta manusia. Golf ialah game yang ‘fair’, ‘fun’ dan ‘trill’. Golf menekankan kemahiran (skill), konsistensi, kesabaran dan strategi.”

Pernyataan indah di atas begitu masyhur dari kalangan … sudah tentulah pemain-pemain golf itu sendiri.

Sukan Golf kini disertai ramai orang Islam dalam pelbagai golongan masyarakat. Tiada lagi eksklusif kepada golongan berada atau berjawatan tinggi dan kaya. Pemain-pemain golf kini terdiri daripada ahli perniagaan, kontraktor, kakitangan bank, pekerja professional, kakitangan biasa kerajaan, kakitangan biasa swasta, guru-guru dan sebagainya. Di antara mereka ada golongan yang tak disangka atau disangka, yang diharapkan atau tidak diharapkan (untuk turut bermain golf).

Segolongan pengurus cawangan bank, koperasi, institusi kewangan termasuk dari perbankan Islam memang diketahui sebagai pemain-pemain golf handalan dengan ‘handicapped’ yang rendah. Kekadang kita tertanya, berapa lama agaknya bakat perlu diasah dipadang golf untuk handal begitu di samping berusaha mengembangkan kegiatan dan pemasaran produk-produk perbankan Islam. Ramai dari kalangan pemain-pemain golf ini adalah berstatus haji atau telah menunaikan haji. Ramai juga yang bakal menunaikan haji.

Hanya pemain-pemain golf ini sahaja yang mengetahui betapa seronok dan ‘syok’nya game ini. Walaupun orang di luar tidak mengerti, menggeleng kepala menepuk dahi, melihat sekumpulan bangsa 1Malaysia mengusung beg mengandungi besi, memukul bola kecil berkali-kali, mengekor kemana bola tu pergi, sehingga masuk ke dalam lubang yang kecil. Begitulah, ia diulang-ulang berkali-kali.

Panas terik tidak terasa, hal kerja dan rumahtangga memang ‘off’ sementara. Konsentrasi atau ‘khusyuk’nya begitu tinggi pada setiap pukulan dan aksi seperti ada sesuatu nilaian pada setiap pukulan.

Ketahuilah! disebalik semua keseronokan sementara itu, golf mendorong kepada kecenderungan yang boleh merugikan umat Islam:-

(1) Masa yang diambil untuk menyempurnakan satu ‘game’ boleh membawa kepada 4-5 jam (tidak termasuk waktu lepak dan makan).

(2) Melibatkan wang yang banyak atau agak banyak sama ada dari segi keahlian, atau bayaran satu-satu kali permainan. Begitu juga kos alatan dan kelengkapan. Lebih berjenama, lebih mahal harganya walaupun, bagi sebahagian pemain, tahap ‘skill’nya masih ditakuk yang sama.

(3) Berlaku pengabaian solat secara total (terkorban satu atau dua waktu) atau pengabaian solat pada awal waktu membawa ke akhir waktu atau pengabaian solat jemaah, khususnya di rumah Allah. Solat-solat yang dilakukan disurau-surau daif dikelab-kelab golf yang canggih, selalunya kelihatan seperti tergesa-gesa, ditakuti kualitinya tiada.

(4) Godaan syaitan dan kekawan untuk turut menyertai permainan sampingan berkaitan wang. Tanpanya, permainan golf dianggap tidak ‘trill’. Tidak serius. Membosankan. Tiada cabaran dan persaingan. Masalahnya permainan atau ‘game’ sampingan ini adalah kerana ia berunsur judi, bahkan boleh merupakan suatu judi. Sedangkan judi itu padanya, suatu dosa yang besar.

(5) Haji-haji golfer, ramai yang terlibat dengan alasan suka-suka dan mereka menganggap ia bukan judi. Tidak ketahui samada ia alasan yang dibuat-buat atau mereka benar-benar percaya kepada alasan yang dibuat-buat. Tidak mengapa dulu apa yang mereka fikirkan. Itu anggapan mereka. Mari kita lihat pula apa anggapan agama. Anggapan hukum di sisi agama.

Isu Judi Dalam Golf

Isu judi timbul bila sebahagian ramai pemain golf bermain golf dengan formula-formula yang disebut antaranya;- (i) Baccarat (Bakarat) (ii) Las Vegas (iii) Pool, insurance dan sebagainya.

Isu ini mesti diselesaikan ‘once for all’, dengan status hukumnya ditentukan oleh pihak yang arif dan layak dalam hal hukum syarak. Semoga dengan itu tertutup pintu ‘ijtihad’ (membuat keputusan setelah melalui proses analisis dan kajian) individu dan orang persendirian. Tidaklah lagi pak-pak haji ‘golfer’ ini memutuskan kehalalan dan keharaman golf berformula tadi dengan ijtihad sendiri (yang tidak sah).

Untuk itu, atas keseriusan isu ini termasuk kerana penglibatan ramainya umat Islam dan sukan Golf, pihak Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor (Jabatan Mufti Negeri Johor) telah mengeluarkan keputusan Fatwa yang saya ringkaskan seperti berikut:-

Kaedah Pool.

Berhubung dengan permainan POOL yang ada melibatkan persetujuan sesama pemain untuk menyumbang wang pada kadar tertentu bagi tujuan membayar harga makanan dan minuman di (club house) atas dasar redha meredhai, tiada tekanan dan tiada perasaan tidak berpuas hati diatas jumlah yang ditentukan sesama mereka, maka ia adalah harus. Dgn Syarat sekiranya duit yang disumbangkan oleh setiap pemain tersebut diberikan kepada pemain yang mendapat markah (score) tertinggi, maka ia adalah di larang kerana terdapat unsur perjudian walaupun jumlah sedikit.

Kaedah Bakarat, Las Vegas atau lain-lainnya.

Manakala permainan Golf secara kaedah Bakarat, Las Vegas atau seumpamanya yang melibatkan pertaruhan wang yang dinilaikan ke atas bola sama ada jumlah wang itu kecil atau besar, untuk suka-suka, untuk belajar cara mengira atau memahami permulaan permainan itu, masing-masing redha-meredhai, sekadar sampingan untuk menjadikan lebih menarik dan mencabar atau atas apa alasan jua, maka ia adalah haram kerana terdapat unsur pertaruhan dan perjudian, perbuatan ini adalah merupakan salah satu daripada dosa besar, segala hasil daripada perjudian tersebut adalah haram.

Sesiapa yang terlibat hendaklah berhenti meninggalkan permainan golf menggunakan kaedah ini serta perlulah bertaubat dengan taubat nasuha dengan segera.

Nas Al Quran dan Hadith

Islam telah mengharamkan semua unsur perjudian sama ada melalui permainan, hiburan dan sebagainya. Di dalam Al-Qur‘an al-maisir (judi) disebutkan sebanyak tiga kali, sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman, ertinya: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi”.

Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya”. Dan mereka bertanya pula kepadamu: “Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)?” Katakanlah: “(Dermakanlah apa-apa) yang berlebih daripada keperluan (kamu)”. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir”. (Surah Al-Baqarah ayat 219). FirmanNya lagi, maksudnya; “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya” (Surah Al-Ma’idah ayat 90)

‘Organization of the Islamic Conference’, ‘Islamic Fiqh Academy’ atau Kesatuan Fiqh Sedunia dalam sidangnya ke 14 pada 8 - 13 ZulQaedah 1423 H (11-16 Jan 2003) telah memutuskan (keputusan nombor 127 (14/1) : Bahawa semua permainan dan pertandingan yang hadiahnya diambil dari hasil kumpulan wang penyertaan peserta. hukumnya adalah haram hadiah tersebut. kerana ia mengandungi unsur judi.

Oleh itu sesiapa yang terlibat dengan amalan berjudi, maka dia adalah melakukan Dosa Besar. Risiko balasan dan kesudahan ialah Neraka Allah. Adalah perlu difahami Dosa atas penglibatan kepada satu perlakuan atau amalan Judi adalah menimpa kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam perlakukan itu iaitu samada secara aktif atau pasif, langsung atau tidak langsung mengikut kadar sokongan dan sumbangannya dalam perlakuan Dosa itu seperti memberi kerjasama, bantuan, galakan, turut gembira dan bersama meraikan dan memakan hasilnya.

Dalil. Ayat al-Quran. "Dan janganlah kamu bantu membantu dalam urusan dosa dan permusuhan" (Al-Maidah: 2). Hadith Nabi: "Rasulullah s.a.w.melaknat tentang arak, atas sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." [1] Walaupun hadith di atas menyebut bab arak, tetapi ia merangkumi item haram yang lain berdasarkan kepada kaedah Qiyas dalam Islam. Begitu jugalah dalam hal judi.

Kesimpulan dan Nasihat.

Yang sudah, sudahlah. Kembalikan diri kita kepada ketaatan kepada Allah secara komprehensif. Janganlah kita berhujah lagi. Ini adalah pendapat hukum terkuat dan sangat menghampiri kepada keredaan Allah.

Ambillah perhatian wahai sekelian bakal jemaah haji yang bermain golf! Ingat-mengingatkanlah saudara-saudara kita yang lain.

Artikel ini adalah sebahagian shj kerana panjang, untuk artikel lengkap sila ziarahi:- http://hisham-ahmad.blogspot.com

Artikel ini juga adalah sebahagian rintisan daripada isi kandung buku haji 2013 bertajuk Baitullah Aku Datang, Terbitan Karangkraf - karya seorang peguam sivil, syariah, berijazah undang-undang sivil, diploma syariah dan ijazah sarjana muda pengajian Islam, Quran dan Sunnah. Terdapat kupasan kritis dan argumentatif beberapa isu yang beliau hadapi dan perhatikan semasa ibadah haji. Antara isu menarik, sensisitif dan kontroversi ialah isu kebal tanpa syahwat, solat diudara, wanita solat didepan lelaki dibelakang, kerana cinta (kisah ttg hajaral aswad), mahu susah atau muassasah dan lain-lain. (Berminat sms: 019-7272817, hishambp@yahoo.com.my)"


 Tips Ibu Bapa Genius
Posted on Sunday, June 09 @ 12:08:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Hidayat Shariff

1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas.

2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3. Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah SAW

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

7. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Sumber: psipum.org


  Putrajaya akan utamakan mereka yang sokong BN dalam PRU13, kata Muhyiddin
Posted on Sunday, June 09 @ 11:28:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Sumber Malaysia Insider
KUALA LUMPUR, 8 Jun — Pentadbiran Barisan Nasional (BN) akan memberi "bantuan lebih kuat" kepada komuniti yang menyokong mereka semasa pilihan raya umum, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar)  hari ini.

Pengumuman timbalan perdana menteri itu dilihat sebagai penerusan kepada pendirian Putrajaya untuk menyalahkan masyarakat Cina berhubung keputusan pilihan raya 5 Mei lalu.

"Mesej jelas sebahagian besar Melayu, India, Bumiputera, Orang Asli, Siam dan sebahagian besar masyarakat di Sabah dan Sarawak masih mendukung BN," kata beliau dipetik dari agensi berita nasional Bernama semasa berucap pada Majlis Kesyukuran dan Penghargaan Barisan Nasional (BN) di Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad di Kundang Ulu, Muar.

"Mereka ini akan terus kita bantu dengan lebih kuat, itu yang akan kita lakukan," tambah beliau lagi.

Akhbar milik Umno Utusan Malaysia mempersoalkan "Apa lagi Cina mahu? dalam langkah yang dilihat sebagai percubaan untuk mencorakkan keputusan Pilihan Raya 2013 sebagai undi Cina lawan undi Melayu.

Walau bagaimanapun, penganalisis telah mengatakan trend dalam pengundian menunjukkan keputusan Pilihan Raya 2013 tidaklah semudah "tsunami Cina" seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Najib Razak akan tetapi ianya lebih kepada pertentangan bandar dan luar bandar bagi Malaysia.

Selepas Pilihan Raya 2013, bekas ketua pengarang kumpulan akhbar milik Umno New Straits Times mengatakan kelemahan BN dalam Pilihan Raya 2013 menunjukkan penolakkan dari seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya dari minoriti Cina.

Datuk A Kadir Jasin mengatakan gabungan 13 parti itu bukan sahaja mendapat kurang kerusi daripada 222 kerusi Dewan Rakyat dan 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya 2013 berbanding 2008, akan tetapi turut kehilangan undi popular buat pertama kali semenjak 1969.

"Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?" kata bekas ketua pengarang kumpulan News Strait Times Press semasa era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan di blognya yang bertajuk, "Keputusan PRU13-Tsunami Cina atau Tsunami Malaysia?".

Najib mengatakan sebaik sahaja menerima keputusan Pilihan Raya 2013 kerajaan baru BN akan memulakan perdamaian kebangsaan, sebagai usaha-usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia, selepas apa yang beliau gambarkan senagai "tsunami Cina" dalam pilihan raya umum ke 13 - menyaksikan BN menang dengan majoriti lebih kecil berbanding Pilihan Raya 2008.

Menurut Kadir, pencapaian BN dalam Pilihan Raya 2013, lebih buruk daipada 2008. Kerusi di Parlimen jatuh daripada 140 kepada 133. Manakala bagi kerusi DUN, BN merosot daripada 306 kepada 274 walaupun dapat menawan semula Kedah dan mengesahkan penguasan ke atas Perak.

Sementara Pakatan Rakyat (PR) dapat meningkatkan pengusaan mereka di Parlimen apabila mendapat 89 kerusi berbanding 82 dalam Pilihan Raya 2008. Akan tetapi, negeri Kedah yang dimenangi mereka pada 2008 gagal dipertahankan.

Muhyiddin turut berkata hari ini adalah penting untuk memastikan institusi yang selama ini telah kerajaan wujudkan untuk menjaga pembangunan, keharmonian, perpaduan dan keselamatan negara tidak diancam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya dapat mesej yang jelas sewaktu pertemuan bersama pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat, kini kerajaan yang memerintah mesti lebih efektif, cekap, berani serta bersedia hadapi apa sahaja di hadapan.

"Jangan biarkan puak-puak yang tidak bertanggungjawab mengganggu-gugat keamanan dan perpaduan. Mereka (rakyat) mahukan kerajaan lebih berani.

"Saya nak ulangi, kita akan bertindak lebih tegas mempertahan segala institusi yang telah dibina untuk menjaga pembangunan, keharmonian, perpaduan, keselamatan dan keamanan negara," katanya.

Sumber


 Kunyah makanan hingga lumat ubat pelbagai penyakit
Posted on Sunday, June 09 @ 11:23:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: rozmal

"Kunyah makanan hingga lumat, merupakan salah satu lagi sunnah Nabi Muhammad saw yang sering kita lupakan. Walhal ianya adalah ubat pelbagai penyakit yang menghantui orang kita dewasa ini seperti gastrik, sakit kepala, angin dalam badan, kencing manis dan mungkin juga pelbagai penyakit lain.

Selepas membaca apa yang saya pautkan selepas ini, untuk umat Islam, perbetulkan niat kita, bahawa kita kunyah makan hingga lumat adalah untuk ikut sunnah Nabi semata-mata, walaupun banyak rahsia perubatan disebalik penawar yang ada dalam mulut ciptaan Allah, iaitu air liur. Untuk yang bukan Islam, amalan mengunyah makanan sehingga lumat hendaklah diamalkan agar dapat mengelakkan pelbagai penyakit.

Pakar kesihatan menggalakkan kita mengunyah makanan hingga lumat kerana air liur kita dapat menguraikan kabohidrat yang menjadi punca pelbagai penyakit seperti kencing manis dan sebagainya. Juga air liur kita bertindak sebagai pembunuh kuman dan bakteria untuk mengelakkan dari keracunan makanan dan sebagainya. Hatta kalau makan bubur atau minum air sekali pun kita digalakkan menggaul bubur dan air yang diminum dengan air liur kita dengan seakan-akan berkumur.
Kalau ikut sunnah Nabi dengan air liur kita sendiri pun dapat menyelesaikan pelbagai masalah di dunia ini, apatah lagi kalau umat Islam ikut semua yang terdapat dalam Al Quran dan Hadith, pasti akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda negara ketika ini dari kes ragutnya, kes rasuahnya, kes samunnya, kes buang bayi, zina, dadah dan banyak lagi.
Jadi selepas ini , marilah kita tenang apabila makan, sambil berzikir, kerana kita hendak hidupkan semula sunnah Nabi di akhir zaman. Ingat lagi kisah bagaimana Nabi Muhammad saw memberi makan kepada pengemis perempuan tua Yahudi dengan mengunyahkan dahulu makanan yang hendak disuapkan? 
Beberapa artikel mengenai khasiat mengunyah makanan hingga lumat di http://rozmal.blogspot.com/2013/06/kunyah-makanan-hingga-lumat-ubat.html

 Sarjan sekeluarga mangsa rompakan, pistol dilarikan
Posted on Sunday, June 09 @ 08:45:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: amkns

"8 Jun 2013 Kuala Lumpur: Seorang anggota polis berpangkat sarjan dan ahli keluarganya berdepan detik cemas apabila bergelut dengan sekumpulan empat penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Seksyen 6 Wangsa Maju, di sini, hingga pistol miliknya dirampas.

Ketika kejadian jam 9 malam kelmarin, mangsa di rumah bersama isteri dan seorang anak perempuan sebelum secara tiba-tiba empat lelaki bertopeng serta bersenjatakan parang masuk ke kediamannya.

Menurut sumber, kumpulan penjenayah itu mengarahkan semua mangsa ke tingkat atas sebelum menggeledah rumah.

“Dalam keadaan kelam-kabut dan cemas itu, anggota polis berkenaan cuba mempertahankan diri dengan mengambil pistol miliknya yang disimpan bersama 30 peluru di atas almari, namun tindakannya itu disedari kumpulan penjenayah terbabit.

“Berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek hingga menyebabkan pistolnya dirampas” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sumber berkata, selain pistol milik mangsa, suspek turut merampas beberapa barang berharga termasuk wang tunai sebelum melarikan diri menaiki kenderaan diletakkan di kawasan berhampiran rumah mangsa.

“Suspek sempat mengambil telefon bimbit jenis Sony Xperia dan iPhone 4, rantai emas serta jam tangan selain wang tunai kira-kira RM2,000.

“Semua suspek melarikan diri dengan kenderaan tidak dapat dipastikan jenis dan kerugian mangsa dianggarkan RM6,000,” katanya.

Difahamkan, anggota polis itu bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.

hmetro.com.my
"

Tiada ulasan: