Isnin, 10 Jun 2013

SEBAB ADA MASYUK@MASUK....


Takziah buat keluarga seniwati Latifah Omar

Harakahdaily, 09 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Latifah Omar yang meninggal dunia petang tadi.

“Al-fatehah buat seniwati Latifah Omar. Moga rohnya dicucuri rahmat Allah. Salam takziah utk keluarga Allahyarham,” tulis beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu melalui twitter, malam ini.

Seniwati Latifah Omar, 74, dilaporkan meninggal dunia petang di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.

Semasa hayat, beliau membintangi 23 filem seperti Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat Parang Tumpul.

Allahyarham mula berlakon pada usia 16 tahun menerusi filem Panggilan Pulau pada 1954 dan filem terakhir ialah Hati Batu (1973).

Bukit Beruntung yang tidak untung

Laporan Khas Salmiyah Harun, 09 Jun 2013
SIRI KEDUA

Jika sebelum ini penulis hanya mendengar cerita daripada kawan-kawan yang pernah ke sana dan tidak boleh menggambarkan suasana yang diceritakan itu dan hanya mampu mengiyakan dan mengangguk sahaja.


(Pangsapuri yang ditinggalkan)

Bahkan penulis rasa tidak ada keperluan untuk ke sana memandangkan tempat itu bagi penulis ianya mungkin terlalu jauh memakan masa dan meletihkan kerana perjalanan ke tempat itu mengambil masa hampir dua jam.

Bagaimanapun demi tugas yang diberikan akhirnya penulis mahu atau tidak mesti menjejaki dan meneroka tempat tersebut sekali gus dapatlah menggambarkan suasana sebagaimana yang pernah diceritakan kawan-kawan sebelum ini.

Ahad lalu, akhirnya penulis sampai juga ke tempat yang dimaksudkan. Sampai sahaja tempat yang dituju penulis sudah mula mendapat gambaran jelas apa yang pernah diceritakan kawan-kawan sebelum ini.

Bukit Beruntung yang tidak untung, itulah 'tag line' yang diberikan oleh rakan-rakan yang pernah menjejaki kawasan ini, namun sejauhmana ianya tidak untung mungkin penduduk dikawasan itulah yang maha menilainya.

Keluar sahaja tol Bukit Beruntung menuju ke Kuala Kubu Baru, penulis terus terkesima sebaik melihat kawasan ini yang penuh dengan bangunan dan lot rumah kedai yang terbiar seolah-olah berada di kawasan yang ditinggalkan penduduk kerana 'berhantu'.

(Rumah kedai yang tidak ada peniaga)

Menyelusuri jalan Jejarum yang dipenuhi dengan gudang yang hampir keseluruhan sudah rosak. Bukan sahaja cat yang sudah luntur tetapi habis semua tingkap, pintu, bumbung, dinding sudah tercabut. Barang yang bernilai seperti besi dan aluminium usah ditanya mungkin sudah lama dikebas apatah lagi dengan semak samun yang semakin menyubur.

Pendek kata, jika dibaik pulih perlukan modal yang besar untuk jadikan rumah itu pulih sediakala. Dikhabarkan bangunan ini sudah mempunyai milik kemudian mahu diberi sewa malangnya tiada penyewa akhirnya jadilah bangunan yang usang.

Boleh dikatakan hanya segelintir sahaja lot rumah kedai yang berpenghuni dan kebanyakkan menjalankan kerja-kerja seperti baiki kereta, kilang kusyen, kilang plastik dan satu atau dua sahaja yang mengusahakan kedai makan. Memang waktu malam kawasan ini gelap dan sunyi.

Kawasan Bukit Beruntung, yang seluas 1,275.92 hektar dan salah satu kawasan yang mempunyai banyak projek terbengkalai. Malah di sekitar Hulu Selangor sahaja 11 projek terbengkalai yang melibatkan kawasan di Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Lembah Beringin, Batang Kali, Serendah, Rasa, Kerling, Hulu Bernam dan Sungai Choh.


(Rumah teres yang terbiar tanpa penghuni)

Rekod tersebut turut menunjukkan jumlah keseluruhan unit yang terbengkalai adalah 3,832 unit termasuk rumah teres dan teres berkembar, lot banglo dan banglo setingkat, kedai bertingkat dan bangunan pejabat serta bangunan perindustrian.

Begitu juga kawasan perumahan pangsapuri di Seri Inai Jalan Anggerik banyak yang tidak berpenghuni. Dalam satu blok hanya satu atau dua rumah sahaja yang berpenghuni, dan kebanyakkan rumah bawah dan tingkat satu.

Rumah teres setingkat di Taman Widuri turut menerima nasib yang sama penuh dengan semak samun, pagar sudah berkarat. Tidak ramai yang tinggal di sini, selang sebuah dua rumah ada satu keluarga. Banyak yang ditinggalkan.

Penulis difahamkan rumah berkenaan mempunyai pemilik dan ramai di kalangan mereka tinggal di Kuala Lumpur, kerana faktor jauh ke tempat kerja mereka biarkan kosong dan terus menjadi usang.

Salah seorang penghuni yang ditemui Nurhuda Jamal,28, ramai pemilik disitu mahu menyewakan rumah mereka malangnya tidak mendapat sambutan akhirnya rumah dibiarkan kosong terlalu lama, sudahnya rumah pula yang rosak.

"Antara yang saya lihat faktor jauh dari tempat kerja, ramai yang tidak berminat untuk tinggal di sini. Pemilik pula tinggal di Kuala Lumpur sudah tentu memakan masa hendak ulang-alik ke tempat kerja.

"Sewa rumah di sini mungkin dalam dua tiga ratus sahaja. Ketiadaan orang sewa, akhirnya rumah tidak dibayar seterusnya banyak yang bank lelong," kata Huda (gambar kanan).

Huda yang juga seorang suri rumah menaruh harapan agar kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberi tumpuan untuk membangunkan semula Bukit Beruntung.

Misalnya kerajaan negeri perlu mengatur strategi pembangunan yang bijak demi membangunkan semula Bukit Beruntung sama ada wujudkan pusat komersial yang baru dengan kelengkapan premis-premis perniagaan seperti pusat membeli belah termasuk rangkaian francais makanan segera.

"Adanya rangkaian seperti ini saya yakin kawasan ini boleh maju. Macam petrol pam, sekarang ini kalau hendak isi minyak kereta perlu beratur panjang. Nak keluar punyalah jauh dari rumah. Petrol pam pun perlu ditambah lagi.

"Di sini kalau kita tak ada kenderaan sendiri memang susah untuk keluar membeli barang-barang keperluan. Pejabat pos pun jauh nun di sana. Kesian dengan makcik-makcik yang tidak ada transport susah mereka menapak ke sana," katanya yang hampir tiga tahun tinggal di sini.

Usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk menumpukan pembangunan di luar bandar penggal kedua ini satu langkah yang baik walaupun ia dikatakan agak terlewat.

Ini kerana, ramai yang berharap kerajaan sudah menumpukan projek di sini pada penggal pertama yang lalu. Mungkin faktor inilah yang menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal menawan kerusi di utara Selangor pada PRU13 lalu.

Dalam PRU 13 lalu, Pakatan Rakyat kalah di lima kawasan Parlimen, semuanya terletak di utara Selangor. Ia termasuklah Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Hulu Selangor. Bukit Beruntung terletak di Hulu Selangor.

Penggal pertama mungkin kerajaan negeri tidak berkesempatan namun untuk kali ini harapan penduduk di luar bandar seperti di Bukit Beruntung dinanti-nanti, sewajarnya ia harus dilaksanakan untuk kali ini.

Salah seorang penduduk Mahani Mohamad (gambar kiri) menyambut baik usaha kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan luar bandar dan berharap Bukit Beruntung salah satu kawasan yang dimaksudkan itu.

Beliau yang hampir 10 tahun tinggal di sini menyedari banyak yang perlu diusahakan oleh kerajaan negeri untuk membangunkan semula Bukit Beruntung.

"Jika Bukit Beruntung dimajukan saya percaya ia boleh dijadikan sebuah bandar yang maju, kemudahan infrastruktur yang lengkap, pusat komersial yang besar termasuk adanya kemudahan bank-bank. Insyallah Bukit Beruntung akan menjadi untung balik kepada penduduk mahupun kepada pelabur-pelabur," katanya.

Dahulunya, kawasan Bukit Beruntung mahu dijadikan lapangan terbang malangnya lapangan terbang pula dipindahkan ke Sepang. Sebab itulah ramai yang membeli rumah-rumah di sini kononya mahu mendapat untung setelah disewakan. Akhirnya rumah rosak, untung tidak dapat.

Apakah yang telah berlaku kepada Bukit Beruntung sejak Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor pada tahun 2008. Sila baca laporan seterusnya selepas ini.

LAPORAN SEBELUM INI.

Selangor perlu fokus kepada Anjung Utara

Kisah benar, DAP punya pukulan...

http://www.kedahlanie.info, 09 Jun 2013

[Kisah benar] DAP punya pukulan... Cina Penang buat kerja hilang akal kepada Masjid di Penang..!!



(Kisah Benar)  Pg tadi, sahabat saya menunjukkan satu resit kepada saya.
Pagi tadi, sahabat saya menunjukkan satu resit kepada saya.

"Saudari, nak tengok? Jangan terkejut pulak," kata sahabat saya sambil menghulurkan resit Masjid Al Islah Permatang Tok Mahat kepada saya.
Lihat di sini

Postmortem PAS akan umpama Siasatan Di Raja

Muhammad Faizal, 09 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) menyifatkan Jawatankuasa Postmortem Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) umpama Siasatan Di Raja (RCI).

Beliau yang ditemui sidang akhbar di Ibu Pejabat Agung PAS pagi ini menjelaskan jawatankuasa tersebut akan menyiasat secara menyeluruh tentang perjalanan PRU13 dalam isu penipuan dan juga pertindihan kerusi.

"Kita akan membuat siasatan menyeluruh apa yang berlaku pada PRU13 iaitu dari segi kekalahan, penipuan termasuk juga pertindihan kerusi.

"Jawatankuasa ini umpama RCI yang akan menyiasat secara terperinci, siasatan secara mendalam dan kita akan bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang belaku agar ia menjadi pengajaran pada masa akan datang," jelasnya yang juga Timbalan Pengerusi JK Postmortem yang ditubuhkan PAS.

Menurut beliau lagi, PAS mempunyai masa selama tiga bulan untuk menyiapkan keseluruhan postmortem sebelum perbentangan.

"Bagi memastikan siasatan berjalan lancar mungkin kita akan menubuhkan jawatankuasa kecil agar tumpuan akan boleh dilakukan secara khusus," tambah beliau lagi.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang sempat ditemui memberitahu keputusan postmortem akan diketahui pada bulan Oktober nanti

Beliau yang juga menyatakan Jawatankuasa Postmortem PRU13 sudah pun memulakan siasatan dua minggu lepas yang di pengerusikan oleh Salahuddin Ayub bersama 13 ahli jawatankuasa yang telah dipilih.

Semua ahli PAS dikerah sertai Black 505 15 Jun

Muhammad Faizal, 09 Jun 2013
KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengerahkan ahlinya menyertai perhimpunan aman Black 505 bagi menolak penipuan serta menuntut reformasi pilihan raya yang akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur 15 Jun nanti.

Perkara tersebut dinyatakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui di Ibu Pejabat Agung PAS selepas mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Menurutnya, keputusan tersebut telah diputuskan di dalam mesyuarat pagi tadi.

"Kita hari ini membuat keputusan untuk mengerahkan ahli-ahli PAS bagi menyertai himpunan aman Black 505 yang akan di adakan pada 15 Jun nanti.

"Kita juga tidak mensasarkan berapa ramai ahli-ahli PAS yang akan hadir tetapi mengharapkan ia akan disertai oleh seberapa ramai yang mungkin sebagai tanda sokongan kita," jelasnya.

Mohamad yang menyatakan kenyataan rasmi dari Presiden PAS akan dikeluarkan melalui blog rasmi dan juga laman web Harakahdaily selepas ini.

"Kenyataan rasmi presiden akan kita keluarkan melalui laman rasmi PAS dan juga Harakahdaily dalam masa terdekat.

"Apa yang kita harapkan ahli-ahli PAS akan turut serta pada himpunan tersebut dan saya sendiri akan hadir pada 15 Jun nanti," sambung beliau.

Dalam pada itu, beliau yang mengulas mengenai kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang tidak membenarkan himpunan diadakan di Padang Merbok dengan menjelaskan perkara tersebut akan diputuskan Jawatankuasa Penganjur.

Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli akan mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR esok pada jam 11 pagi berhubung dengan himpunan aman Black 505.

PAS persoal kenapa syarikat sama dapat kontrak Petronas

Muhammad Faizal, 09 Jun 2013
KUALA LUMPUR: PAS mendesak agar Petronas mendedahkan perjanjian dan kriteria yang diguna pakai dalam pemilihan kontraktor bagi kerja-kerja di dalam Petronas.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mendesak perkara tersebut apabila melihat hanya syarikat kroni serta syarikat yang sama sahaja mendapat kerja-kerja yang ditawarkan oleh Petronas.

"Kita mahu Petronas mendedahkan apa perjanjian dan kriteria yang digunakan dalam pemilihan kontraktor terhadap kerja-kerja yang mereka tawarkan.

"Ini adalah satu yang mendukacitakan apabila kita mendapati syarikat yang sama sahaja mendapat kerja-kerja tersebut," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Menurutnya lagi, pendedahan kriteria pemilihan kontraktor adalah amat wajar bagi memastikan mana-mana kontraktor yang gagal mendapat tawaran kerja dapat memperbaiki kemampuan mereka.

Katanya lagi, tindakan ini dapat membantu kontraktor tempatan untuk terus bersaing dalam industri petroleum serta menamatkan budaya kroni di dalam Petronas.

Dzulkifly (gambar) juga mempersoal tindakan Petronas yang mengagihkan kontrak kepada syarikat kroni sahaja seperti SapuraKencana, Dialog, Petra dan Scomi.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly yang turut meminta agar Jabatan Audit Negara dan Jabatan Audit luar melakukan siasatan di dalam Petronas terutamanya dalam soal tender sehingga Petronas terpaksa mengeluarkan belanja yang besar.

"Kita menyarankan audit dilakukan terhadap prestasi kewangan dan ketelusan urus tadbir Petronas yang dilihat semakin tidak jelas hala tujunya.

“Anggaran kasar menunjukkan bahawa Petrnas membelanjakan kira-kira RM35 hingga 40 billion setiap tahun untuk projek-projeknya," sambung beliau.

Beliau yang mengharapkan Jabatan Audit Negara segera membuat siasatan dan laporan tersebut dibentangkan di parlimen untuk dibahaskan oleh setiap Ahli Parlimen bagi mencari jalan penyelesaian agar Petronas dapat diselamatkan.

Tiada ulasan: