Ahad, 9 Jun 2013

KANTOI DIDUNIA MALU LAH...MUNGKINLAH JIKA TAHU MALU...TAPI ADA YANG BUAT BODOH AJE...KALAU DIAKHIRAT KANTOI MAKA CELAKA LAH BADAN

Siapa penderhaka?

http://hanyzan30.blogspot.com, 09 Jun 2013

Siapa sebenarnya penderhaka?

Ahad, Jun 09, 2013 Mohd Hanyzan Al Muari

30 Rejab 1434H,

SEMUA orang tidak sabar menunggu apakah hukuman yang akan diterima oleh Melissa Gooi gara-gara kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong yang dipos dalam laman Facebook baru-baru ini.

Awal minggu lalu wanita berusia 32 tahun itu ditahan polis di Taman Nirwana, dekat Ampang, Selangor, dan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. Seperti yang dilaporkan media, empat lagi individu lain turut dicari untuk membantu siasatan, iaitu Weennee Tan, Shuh Chien Loo, Hun Keat Wong dan Carol Tay.

Islam tidak diukur melalui tingkah laku ummah

Prof Dato' Dr Haron Din, 09 Jun 2013
Di negara-negara Arab khususnya di Timur Tengah yang dihuni bijak pandai agama khasnya ulama-ulama besar, masih menerima-pakai undang-undang dan peraturan manusia yang diistilahkan "man made law", seolah-olah ia wajar dan tidak bercanggah dengan Islam. Persoalannya mengapa di Malaysia timbul suara yang menuntut undang-undang Islam dilaksanakan?

Islam sebenar tidak boleh diukur dengan apa yang orang Islam hari ini lakukan. Jika Islam hendak diukur dengan tingkah laku umat Islam hari ini, maka akan rosaklah Islam itu. Lihatlah pada orang Islam yang melancong ke merata dunia. Apa yang mereka lakukan? Sikap dan pakaian mereka yang tidak melambangkan budaya Islam yang sebenar.

Oleh itu, apa dilakukan di negeri-negeri umat Islam di Timur Tengah, tidak semestinya melambangkan Islam sebenar. Semua orang tahu sama ada orang Arab atau bukan Arab, tidak boleh menjadi cermin kepada Islam. Kelakuan ramai orang Islam hari ini, kebanyakannya jauh menyimpang daripada tuntutan Islam sebenar.

Demikian juga dengan negara umat Islam sama ada di Timur atau di Barat. Keadaannya sama sahaja. Selagi negara tidak melaksanakan Islam dengan sebaik-baiknya, selama itu negara-negara itu tidak boleh dianggap Negara Islam yang sebenar.

Perlu kita fahami bahawa negara umat Islam suatu ketika dahulu semuanya patuh dan tunduk kepada Islam, sejak zaman Nabi Muhammad SAW memerintah Madinah. Maka berubahlah negara Madinah, Makkah dan seluruh Semenanjung Tanah Arab menjadi Islam sehingga ke hari ini.

Kedudukan negara Arab yang lainnya, sebuah demi sebuah menjadi negara Islam. Maka ditubuhkan kerajaan Islam pada zaman sahabat, tabi'en yang digelar Khulafa' ur-Raashidin, Daulah Umayyah, Daulah Abasiyah sehingga kepada kerajaan Islam terakhir Khilafah Uthmaniyah yang tamat pada tahun 1924.

Semuanya kerajaan ini melaksanakan pemerintahan berasaskan hukum-hukum Islam. Pada 1924, berlaku tragedi iaitu musuh-musuh Islam dapat mengatasi dan menguasai kekuasaan Islam, seterusnya menukarkannya kepada pemerintahan sekular.

Dasar sekular tidak memberikan ruang penting kepada agama untuk menjadi asas pemerintahan,  undang-undang Islam diketepikan dan undang undang ciptaan manusia diterima pakai. Berlaku perang dunia pertama dan kedua, yang berakhir dengan kemenangan pihak Barat yang memusuhi Islam. Umat dan negara Islam dijadikan harta rampasan Barat.

Wilayah umat Islam difaraidkan sesama kuasa Barat, di antara mereka, Indonesia dijajah oleh Belanda, Tanah Melayu dijajah British, demikian juga negara Arab, kebanyakannya jatuh kepada kuasa Barat. Penjajah yang menguasai negara Islam menukar keseluruhan sistem pemerintahan dan undang-undang kepada sistem mereka.

Sejak itu, meskipun negara umat Islam yang dijajah sudah merdeka kini, termasuk negara-negara Arab, pengaruh penjajahan masih menebal. Barat tidak akan memerdekakan sebuah negara umat Islam, melainkan dipastikan dahulu, negara tersebut mesti berkiblat dan berundang-undangkan Barat.

Pelbagai tekanan dan ugutan dilakukan ke atas pemerintah baru negara umat Islam, supaya mereka ditabdir dengan kehendak Barat dengan tidak mcngembalikan pcrundangan Islam asal. Buktinya jelas. Misalnya Algeria yang suatu ketika dahulu dimenangi oleh Parti Penyelamat Islam (FIS) pada pilihan raya umum, tetapi dibatalkan oleh pemerintah yang disokong Barat.

Palestin, di mana Hamas yang menang dalam pilihan raya secara bebas dan demokrasi, tetapi dinafikan Barat, khususnya Amerika Syarikat. Kuasa memerintah dan ekonomi disekat.

Justeru umat Islam perlu memahami dan bangun bersatu di bawah perjuangan Islam bagi membolehkan Islam yang syumul dilaksanakan seperti yang dikchendaki Allah Taala. Kayu ukur sebenar untuk mengukur Islam dilaksanakan atau tidak, adalah menerusi al-Quran dan as-Sunnah. Selagi kehendak kedua-dua ini tidak dilaksanakan, maka selagi itulah Islam yang sebenar belum terlaksana.

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW menyebut (mafhumnya), “Pada suatu zaman nanti, umat Islam akan berhadapan dengan pelbagai percanggahan yang banyak, ingatlah ketika itu, pemerintah dengan al-Quran akan berpisah dan janganlah kamu berpisah daripada al-Quran.”

Ertinya Nabi pernah memberi peringatan bahawa pada suatu zaman selepas baginda, pemerintah tidak lagi berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, hukum al-Quran terpisah dan diketepikan oleh pemerintah. Nabi mengingatkan kita, jangan sesekali kita terpisah daripada al-Quran, kerana itu maka, perjuangan untuk mendaulatkan Islam menjadi suatu keperluan untuk diperjuangkan sehingga akhirnya. Wallahu a’lam.

http://www.tarbawi.my

Cadangan untuk kebajikan rakyat Terengganu

Syed Abdullah Syed Osman Jamalulail,
Kebajikan untuk rakyat Terengganu masih lagi tidak tertunai dan ditahap yang lama sedangkan kekayaan Negeri Terengganu Darul Iman mencurah ruah yang telah dipegang amanahkan kepada Kerajaan Terengganu.

Mungkin tersalah urus ataupun ketidak kebijaksanaan Pegawai-Pegawai yang menjaga amanah itu sendiri menyebabkan sebilangan besar rakyatnya masih tidak dapat menikmati hasil bumi Negeri Terengganu sebagaimana yang sepatutnya.

Sudah sampai masanya setiap keluarga yang menetap dan anak jati dinegeri itu yang bependapatan dibawah RM2000 sebulan diberikan imbuhan tetap sekurang-kurangnya RM500 sebulan dan bukannya hanya diberikan RM200 atau RM300 sahaja hanya apabila menjelangnya Hari Raya Aidil Fitri sahaja.

Dicadangkan juga Negeri Terengganu menyediakan Hospital khas setaraf dengan Hospital Putra Jaya yang lebih selesa dan bertaraf dunia untuk anak negeri termasuk Hospital atau Institut Jantungnya sendiri dan tanpa apa-apa bayaran untuk rakyat Terengganu yang memerlukan apa juga rawatan.

Bagi setiap bayi yang baru lahir pula 'hadiahkan' susu tepung untuk bayi dan lampin selama 2 tahun dan apabila dimasukkan alam persekolahan diberikan duit belanja sebanyak RM60 sebulan setiap murid hingga tamat persekolahan menengah mereka.

Begitu juga setiap rakyat beragama islam diberikan menunaikan haji secara percuma sekali seumur hidup dan juga setiap warga emas dan ibu tunggal diberikan imbuhan tertentu untuk menampung sia-sisa kehidupan mereka itu.Perkhidmatan awam saperti bas didalam kawasan bandar hendaklah diberikan secara percuma juga.

Pinjman khas untuk rakyat yang memerlukan pinjaman tertentu saperti membeli motosikal atau kereta kecil dipermudahkan tanpa dikenakan apa-apa bunga atau faedah tertentu.

Begitu juga setiap kematian ahli keluarga simati diberikan bantuan sebanyak RM3000 bagi urusan perkebumian dan lain-lain dan begitu juga bagi mereka yang hendak mendirikan rumahtangga diberikan ganjaran tertentu sebagai galakan.

Setiap   masalah sosial saperti penagihan dadah hendaklah ditangani dengan sewajarnya saperti memberikan mereka kerja yang tetap dan menjaminkan kehidupan mereka dengan syarat mereka itu tidak kembali kepada ketagihan lagi.

Ini semua tidak mustahil kita laksanakan kerana ada negara  dan diantaranya sebuah negara Islam dirantau ini yang kaya raya mengikut kaedah sebegini dan ianya berjaya dimana kerajaan negaranya bertambah makmur dan rakyatnya hidup dengan menikmati segala kemudahan dengan aman dan damai.Walaupun negara berkenaan nampak kaya dan hebat kerana bukannya pembangunan besar-besaran yang diutamakannya tetapi adalah kebajikan rakyatnya yang diberikan tumpuan sepenuhnya dahulu.


Ampangan, Seremban.

Gambar perkahwinan tidak suka dilihat, terhangat

Harakahdaily, 09 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Pembaca Facebook dan Twitter Harakahdaily paling meminati artikel bertajuk “Gambar perkahwinan yang tidak suka dilihat” sepanjang mereka melayari internet sepanjang minggu lalu.

Ia berupa gambar perkahwinan tokoh kontroversi, Saiful Bukhari Azlan dengan pasangannya seorang pengacara TV3.

Pembaca tertarik juga dengan tetamu yang hadir yang ramai njuga kontroversi sebagaimana pengantinnya.


Di tempat kedua pula ialah artikel bertajuk “Panas! Bernama buka pekung Mirzan Mahathir” yang menceritakan bahawa Mirzan Mahathir tidak memiliki sebarang saham dalam Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (Petron Malaysia).

Papagomo kini bergelar 'sir'

Dari Blog Omak Kau, 08 Jun 2013



Jangan tidak percaya... blogger papagomo a.k.a Wan Muhammad Azri bin Wan Deris yang kini dalam proses kena saman RM100 juta oleh DSAI telah pun mendapat gelaran "Sir".

Beliau kini menggelar dirinya sebagai "Sir" Azri...nama singkatan dari Wan Muhammad Azri b Wan Deris.


Klik untuk baca tulisan lanjut blogger ini.

GMI mohon sumbangan, santuni keluarga mangsa ISA

Anis Nazri, 08 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Biarpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, ramai tahanan yang kini masih meringkuk di Kem Tahanan Kamunting, Perak.

Malah, ada di kalangan mereka ditahan lebih dari tiga tahun dan tidak pernah bertemu dengan isteri dan anak-anak selepas penahanan mereka ekoran kesukaran yang dihadapi keluarga tahanan.

Menginsafi keadaan itu, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tidak pernah jemu-jemu menemui dan menyantuni keluarga tahanan dalam usaha memastikan kebajikan dan keperluan mereka dijaga sebaik mungkin.

Pada November 2012, GMI membuat lawatan bersama barisan peguam ke Tawau, Sabah untuk memberikan pendedahan kepada keluarga tahanan dari aspek guaman, hinggalah soal kebajikan mereka.

Hasil lawatan itut, GMI menemui Amira, isteri kepada tahanan ISA, Adzmi Pindatun yang tidak pernah sekalipun menjejakkan kaki ke Kamunting untuk melawat suaminya sejak ditahan pada 2011.  Lebih menyedihkan, ketika ditahan Amira sedang mengandung tujuh bulan dan sehingga hari ini anak kecil itu masih belum pernah menerima belaian daripada ayahnya.

Itu hanya satu kisah daripada lima keluarga tahanan ISA lain di sekitar Tawau.  Kebanyakan mereka tidak berpeluang menemui suami dan bapa mereka di Kamunting, Perak kerana kekangan kewangan yang melanda mereka.

Justeru, bagi merealisasikan impian mereka untuk menemui suami dan bapa tersayang yang merengkok di Kemta, GMI sedang berusaha untuk membawa mereka ke Kuala Lumpur, dan seterusnya ke Kamunting pada 13-17 Jun ini.

Bendahari GMI, Nashita Md Noor, berkata kos keseluruhan yang diperlukan GMI untuk membawa lima orang isteri dan tujuh orang anak tahanan dianggarkan sebanyak RM9,000.

"Kos tersebut meliputi tambang perjalanan dari Sabah ke Kuala Lumpur, seterusnya ke Kamunting. Selain itu juga bagi bantuan untuk disampaikab kepada tahanan di sana," kata beliau kepada Harakahdaily.


Sehubungan dengan itu, GMI merayu orang ramai yang prihatin dengan kesengsaraan keluarga tahanan untuk menyalurkan bantuan bagi melancarkan lagi usaha yang dilakukan mereka.

Bagi anda yang ingin memberikan sumbangan kepada GMI, bolehlah berbuat demikian dengan menyalurkan ke akaun Bendahari GMI, Nashita Md Noor, bernombor 162209939776 (Maybank) disertakan mesej di 0132096373 dan 30 Rejab 1434 H | 9 Jun 2013ummuasiah2001@hotmail.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .

Ucapan takziah daripada Timbalan Ketua Pemuda PAS Ustaz Nik Abduh Nik Mat mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat kepada keluarga almarhum Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari, pendaki Gunung Everest yang telah menghembuskan nafas terakhir ketika cuba mendaki gunung tersebut bersama pasukannya di tempat ketiga.

Berikut ialah 10 artikel pilihan pembaca Harakahdaily bagi minggu 2 hingga 8 Jun:

1

Gambar perkahwinan yang tidak suka dilihat

2

Panas! Bernama buka pekung Mirzan Mahathir

3

Takziah buat keluarga pendaki Gunung Everest

4

Lepas PRU baru Dr M dedah wajah sebenar Umno

5

Gambar tidak dihebohkan, Nurul Izzah dan Marina Mahathir

6

Tarian separuh bogel di pusat beli belah Segamat?

7

Selesai luar mahkamah, kemenangan kepada TG Nik Aziz

8

Mukhriz buat kecoh, lantik Pegawai Kewangan bermasalah

9

Zainuddin Maidin tibai siapa ni...

10

Tuan Mufti yang mulia, sila bagi fatwa...

SPR ubah dua kali keputusan penuh PRU13

Harakahdaily, 09 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah dua kali mengubah keputusan penuh pilihan raya ke 13 apabila undi yang hilang sudah menjadi 52, 972 undi selepas diubahsuai (Corrigendum) pada 22 Mei 2013.

Sebelum diwartakan iaitu keputusan pada 5 Mei 2013 undi hilang adalah 65,286 undi manakala selepas warta pada 22 Mei 2013 adalag 53,045 undi.

Undi hilang adalah jumlah kertas undi yang tidak dimasukkan ke dalam tong undi selepas ia dikeluarkan kepada pengundi.

"Yang menghairankan saya bagaimana boleh keputusan pru13 berbeza dengan pengumuman pegawai pengurus pada hari pengundiaan 5 mei 2013," kata seorang pengundi yang membuat kajian terperinci mengenai perkara ini, Mohd Azlan Mohd Sharif.

Menurutnya, alasan tidak rasmi oleh SPR (yang diberitahu wartawan kanan kepada beliau) iaitu kerani tersalah masuk data atau salah kira akibat salah tekan kalkulator.

"Ia tidak masuk akal. Saya sedang menanti jawapan bertulis SPR berdasarkan surat saya pada 7 Jun 2013 lalu," kata Azlan dalam kenyataannya.

Bagi Azlan, membawa keluar kertas undi adalah satu jenayah seperti dinyatakan dalam Seksyen 3(1)(h) dan seksyen 6(2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Ia perlu digunakan bagi membuktikan dakwaan saya," katanya dan mendakwa SPR perlu bertanggungjawab apabila perkara berlaku.

Sehingga kini, tujuh laporan polis telah beliau lakukan bagi memudahkan pihak berkuasa menyiasat dan mendakwa sesiapa yang melakukan 'jenayah' ini.

Menurut analisa beliau juga, undi rosak juga sudah dua kali berubah.

Undi rosak (Bagi 727 kerusi)


1) Sebelum warta (Keputusan 5 Mei 2013) = 323,353 undi.

2) Selepas warta(22 Mei 2013) = 326,668 undi

3) Selepas Corrigendum (31 Mei 2013) = 326,707 undi

Edisi kantoi...jambatan runtuh projek persekutuan

Dari Blog Omak Kau, 08 Jun 2013


Ini bukti bukan cerita pakai air liur basi....Walaupun ada percubaan jahat lagi jijik para blogger UMNO yang cuba nak putar kononnya Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang bahagian yang runtuh adalah diserahkan kepada kerajaan Pulau Pinang,  namun papan tanda diatas jelas menunjukkan betapa ianya masih tertakluk kepada kawal selia kerajaan pusat Barisan Nasional.

"Jambatan Kedua Sdn. Bhd (JKSB) telah ditubuhkan pada 9 Julai 2008 sebagai pemegang konsesi Jambatan Pulau Pinang Kedua dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan. JKSB bertanggungjawab bagi pembinaan, pengurusan, operasi dan penyelenggaraan Jambatan Pulau Pinang Kedua"


Klik untuk ikuti laporan penuh blogger ini.

Gempar..KM P Pinang langsung tak ambil kisah tragedi jambatan

Dari Blog Omak Kau, 08 Jun 2013


Apalah punya Ketua Menteri Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang ni....sanggup bercenkang mata sampai pukul 3 pagi memantau operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap dalam timbunan runtuhan tanjakan konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dalam pembinaan di Batu Maung semalam.

Langsung tidak berhati perut langsung...tidak berjiwa rakyat...tidak perihatin sedikit pun..


Klik untuk ikuti laporan penuh blog ini.

Tiada ulasan: