Rabu, 12 Jun 2013

KERJA2 TIPU PUN DALAM PRU-PRU JUGA AKAN DITONTON DIAKHIRAT....SIPENIPU2 MANA MAU LARI

Blog dan fesbuk kita akan ditonton di akhirat nanti
Posted on Wednesday, June 12 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: rozmal

"

Kita sekarang ini seronok mengambil gambar, menulis pengalaman kita di dalam blog dan fesbuk. Ianya adalah satu perkara yang baik jika kita niatkan kerana Allah, agar perkongsian kita yang sedikit ini jika ada kebaikan, semoga Allah terima sebagai amalan soleh.

Jika dulu kita ada diari dan album untuk mengenang kembali kisah silam kita untuk tatapan kita sendiri atau anak cucu kita.

Pernahkah kita terfikir, album, diari, fesbuk, blog, twitter dan seumpamanya telah lama wujud? Allah telah menugaskan dua malaikat yang sentiasa bersama kita di kiri dan kanan kita, untuk mengambil video setiap gerak geri kita di mana saja kita berada termasuk apabila kita masuk ke tandas, dan semua pengalaman kita, kisah kita, gambar kita, video kita ini akan dipertontonkan di hadapan Allah di akhirat nanti untuk diadili oleh Tuhan Yang Maha Adil.

Setiap kali kita menulis dalam fesbuk dan blog, fikir-fikirkanlah , kedua-dua malaikat yang tidak pernah tidur akan menulis juga fesbuk dan blog untuk kita yang akan dipertontonkan di akhirat nanti.

Tak perlulah kita risau jika ada gambar dan pengalaman kisah menarik yang kita lupa tulis dalam fesbuk dan blog kita, kerana malaikat Raqib dan Atid akan ssentiasa menulisnya, setiap jam, setiap detik, setiap saat.

Mastika Hadith

Jilid 1
Bab 4 : Beriman kepada adanya malaikat.

Hadith 38

Dari Anas ra, dari Nabi saw, sabdanya: “Sesungguhnya Allah telah menugaskan dua malaikat untuk menulis segala apa yang dilakukan atau dituturkan oleh seseorang hambaNya (satu di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya); kemudian apabila orang itu mati…maka Tuhan perintahkan kedua malaikat itu dengan firmanNya: ‘Hendaklah kamu berdua tinggal tetap di kubur hambaKu itu serta hendaklah kamu mengucap tasbih, tahmid dan takbir hingga ke hari qiamat, dan hendaklah kamu menulis pahalanya untuk hambaKu itu.’” (Abu ash-Shaik dan Tabarani)"
 

Umat Islam Berpecah? [ Jom Terjah... ]
Posted on Wednesday, June 12 @ 12:25:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: matuse68

"

Jangan hanya kita berbeza pandangan, kita bermusuhan, meniup api kebencian dan permusuhan. Raikan perbedaan pendapat. Ulama berbeda pendapat, tapi mereka tetap menjaga adab dan hormati pandangan Ulama yang berbeza dengannya.


Kami hormati kalian untuk berpegang dengan tauhid sifat 20, kami tidak menolaknya, cuma kami ada pandangan kami yg tak berpegang sifat 20. Kenapa? Kalau tak pegang sifat 20 tu sesatkah? Nabi yg tak guna langsung sifat 20 sesat? Jangan begitu kawan. Mu nak pegang, itu hak kamu, kami tidak menentang, cuma kami berbeza dari sudut tu.

Ini perbincangan perbezaan pendapat dalam hal akidah oleh ulama khalaf dan Salaf. Usah bergaduh dalam hal ini.

Wujud beberapa page yang menghentam kami, takpelah kalau nak hentam kami dgn mengutarakan hujah dan dalil. Yg salahnya suka menuduh, melabel kami sesat, bawa fahaman wahabi, mengarut dan macam-macam lagi tuduhan..

Kita perlu bersikap terbuka dan berlapang dada dgn perbezaan ini. Perlu kita contohi sikap Ustaz Azhar Idrus dlm permasalahan salaf dan khalaf dlm video ni http://www.youtube.com/watch?gl=MY&client=mv-google&hl=en&v=PSENpAFIpk4
Apa pula kata Tuan Guru Abdul Hadi Awang [IniKalilah terjah seterusnya...]

 Ustaz Azhar Idrus Reply Komen RajaNusantaragroup Empayar Langkasuka Nusa
Posted on Wednesday, June 12 @ 12:24:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: hijabulcrewz

" 




Sila perhatikan gambar di atas. Hihihi. Lawak bila tengok cara Ustaz Azhar Idrus komen RajaNusantaragroup Empayar Langkasuka Nusantara.

Adakah beliau mengiktiraf RajaNusantaragroup Empayar Langkasuka Nusantara? Hehe.

...
Lagi artikel menarik sila layari: http://hijabulcrewz.blogspot.com/"


Adakah DSAI merajuk dan tak dapat dipujuk?
Posted on Wednesday, June 12 @ 12:21:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: notan

"Assalamualaikum,,  Selepas kekalahan PR dalam PRU 13, DSAI telah menyuarakan hasrat hatinya untuk bersara dan menerima tawaran sebagai pensyarah di luar negara.Tetapi DSAI berjanji untuk membetulkan sistem pilihanraya Malaysia sebelum bersara.

Di ambang persidangan Parlimen, DSAI sekali lagi menunjukkan isyarat  untuk memboikot sidang sebagai tanda bantahan kepada keputusan yang penuh penipuan itu.Ramai orang mungkin tidak perasan perkara ini tetapi DSAI seakan akan merajuk dan kecewa dengan apa yang berlaku.

Saya tidak mahu memanjangkan sebab kenapa saya melihat kemungkinan ini tetapi saya ingin lontarkan pertanyaan bagaimana perjalanan PKR dan PR tanpa DSAI?

Kalau benar tanggapan saya ini, DSAI mungkin tidak akan melihat kebelakang untuk menerima jawatan pensyarah dan bersara dari politik.DSAI berusaha semaksima mungkin untuk mengajak rakyat kepada perubahan.DSAI tidak punya masa untuk mengatur calon calon yang bertanding kerana jadual padatnya menemui rakyat.Tetapi malangnya ada orang yang menyalahkan DSAI kerana silap memilih calon padahal DSAI langsung tidak mengetahuinya.

Setelah berusaha begitu gigih, DSAI akhirnya dikecewakan oleh orang harapannya.Inilah hakikat yang berlaku walaupun ramai mahu menyangkalnya dan meletakkan kesalahan penuh kepada PAS  namun keputusan DSAI mungkin tidak akan berubah.
Apakah PKR akan terus kukuh setelah DSAI mengundur diri? Ada orang kata PKR akan kehilangan permatanya apabila Azmin Ali buat hal dan didakwa pula Azmin merupakan anak angkat Mahathir yang bakal meninggalkan PKR.Tetapi sedarkan mereka mereka ini permata sebenar yang akan hilang dari PKR ialah DSAI?
Setelah DSAI pergi, mampukan orang orang seperti Azmin yang kelihatan seperti tidak akan meninggalkan PKR seperti dijangka oleh setengah orang,  atau Rafizi Ramli mengambil alih PKR dengan jayanya?
Begitu juga dengan PR, apakah dengan kepimpinan baru PKR nanti boleh menjadikan PR tambah kuat?
Saya melemparkan persoalan ini kerana dengan adanya DSAI sebagai penyambung PR, masih kedapatan isu pertindihan kerusi seolah olah kehadiran DSAI tidak dipedulikan langsung dan kesungguhan DSAI mengajak rakyat berubah dikianati.
Sekali imbas ianya menampakkan salah PAS dan presidennya tetapi pada saya pertindihan tidak akan terjadi kalau perundingan berjalan dengan lancar dan baik.Saya tidak hanya bercakap tentang KD yang dihangatkan oleh yb KS, tetapi kesemua kawasan yang bertindih terutamanya di Terengganu.Ini bermakna tidak adil meyalahkan PAS semata mata tanpa mahu melihat punca sebenar pertindihan, lagipun PR bukan sahaja kehilangan kerusi di KD kerana pertindihan tetapi Sg. Acheh juga dan jangan lupa Semenyih yang menambahkan kekeliruan apabila PKR memberi laluan kepada calon PSM di KD tetapi tidak di Semenyih.

Saya tidak mahu menyalah sesiapa tetapi keputusan DSAI untuk bersara boleh menimbulkan masalah  yang lebih besar kepada PR keseluruhannya.Masa depan PKR agak kabur, kedudukan PAS dan DAP juga bahaya kerana tanpa PKR mereka tidak akan kuat dan pihak yang paling gembira dengan persaraan DSAI ialah UMNO.Mujur juga DSAI membuat keputusan untuk membetulkan sistem pilihanraya dulu, kalau DSAI terus bersara, UMNO mungkin bertepuk tangan.
Apakah ada usaha memujuk DSAI menarik balik keputusannya baik dari PKR atau PR, rasanya belum ada kerana PKR Selangor baru sahaja mempersoalkan perlantikan Saifudin yang dipersetujui sendiri oleh DSAI. PKR Selangor tidak berminat memujuk DSAI sebaliknya masih mahu terus mempersoalkan keputusannya.Perkara ini mungkin menyebabkan DSAI nekad dengan keputusan bersaranya.Bayangkan berapa banyak yang bakal diperolehi DSAI dari jawatan barunya berbanding berapa yang terpaksa dihabiskannya untuk berjuang dengan PKR dan PR sedangkan usahanya dikianati?
 
 Filem Malaysia dikecam hebat kerana adegan merokok wanita Melayu Islam
Posted on Wednesday, June 12 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: rozmal

"Seorang pensyarah kanan Jabatan Media dari sebuah universiti di Australia telah mengecam filem Malaysia “Spinning Gasing” yang memaparkan adegan seorang wanita Melayu Islam menurut Dr Peter Pugsley yang sedang merokok dimana ianya menggalakkan tabiat merokok di kalangan para wanita.

Komen: Kalau Dewan Pemuda PAS yang membangkitkan isu ini, pasti ada suara yang mengatakan kita ketinggalan zaman. Apa peranan FINAS, JAKIM dan Kementerian Kesihatan dalam isu ini yang memalukan industri perfileman kita di peringkat antarabangsa. Di mana maruah wanita Melayu Islam? Sia-sia sahaja kempen TAK NAK ROKOK berjuta-juta ringgit dibelanjakan.

Asian cinema reignites smoking in movies debate
Tuesday, 11 June 2013

A University of Adelaide expert says that while the war against smoking in Hollywood movies has been largely won, Asian cinema represents the next major battleground for anti-smoking and anti-cancer groups.

Dr Peter Pugsley , Senior Lecturer in Media at the University of Adelaide, says that as smoking rates have been rising in Asia, so too has the depiction of smoking in Asian cinema.

Dr Pugsley found that in the Malaysian film Spinning Gasing, the main female character, a Malay Muslim woman called Yati, lights up her first cigarette within the opening minutes of the film and constantly smokes throughout.

"Yati is a rebellious and often sexualised character. Her smoking is part of an idealised image of individual, non-traditional lifestyle behaviours that are increasingly being adopted by young Asian women," Dr Pugsley says.

"In that film, the deliberate framing of shots that involve smoking and the frequent use of backlighting to exaggerate the whiteness of the exhaled smoke helps to reinforce a style of 'tobacco imagery' that the anti-smoking lobby in the United States has fought hard against.

"Part of the problem with depicting cigarette smoking in this way is that it normalises the behaviour and makes it seem appealing, especially to young people. At the same time, the increase in health issues and spiralling costs associated with treatment put a huge drain on medical services," he says.

http://www.adelaide.edu.au"


 Ustaz Azhar Idrus Terus Popular : BN Fail Petisyen.. Kerana UAI
Posted on Wednesday, June 12 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: abuluqman

"

KOTA BHARU
- Kempen yang memaparkan kata-kata pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, antara alasan yang dikemukakan BN dalam lima petisyen yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Petisyen difailkan membabitkan keputusan PRU13 di Parlimen Bachok, Dun Jelawat, Gaal, Mengkebang dan Manik Urai.Kelantan

Untuk maklumat terkini /Tersebar KLIK SINI"


 Jelaskan Jumlah Sebenar Perbelanjaan Kempen PRU 13
Posted on Wednesday, June 12 @ 12:37:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Riduan Mohd Nor

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan jumlah perbelanjaan kempen beliau semasa pilihanraya umum ke 13 baru-baru ini.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mendedahkan bahawa Datuk Seri Dr Ahamd Zahid telah membelanjakan sebanyak RM 100 dan 5kg beras kepada 24,000 orang di Bagan Datoh pada PRU 13. Dakwaan Rafizi Ramli menunjukkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid telah melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan membelanjakan melebihi jumlah yang ditetapkan, iaitu sebanyak RM 200,000.

Jika benar dakwaan tersebut, ia bermakna Datuk Seri Dr Zahid telah membelanjakan sebanyak RM 2.4 juta wang tunai belum dicampurkan dengan beras yang mungkin bernilai 3 juta ringgit keseluruhannya. Itupun belum dicampur dengan segala perbelanjaan lain termasuk tenaga petugas kempen, jentera, peralatan serta bahan-bahan kempen beliau. Mungkin ia jauh lebih banyak daripada apa yang didedahkan oleh Rafizi.

DPPM merasa hairan bagaimana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid boleh mendapat duit sebanyak itu untuk perbelanjaan kempen beliau. Apakah ianya duit daripada poket beliau, parti mahupun daripada kerajaan? Mungkinkah ini menandakan bahawa setiap pemimpin BN diberikan peruntukan besar semasa kempen Pru ke 13 untuk diberikan kepada pengundi-pengundi?
Dalam hal ini, respons daripada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) amat penting bagi menjawab persoalan mengenai status pemberian wang tunai kepada pengundi ketika musim kempen pilihanraya sama ada ia boleh dikategorikan sebagai rasuah atau sebaliknya. Rakyat perlu mengetahui sumber kewangan DS Dr Ahmad Zahid dan kemana beliau menghabiskan duit kempennya.
Kes ini menjadi suatu tanda bahawa rakyat semakin cerdik, peka dan setiap penyelewengan yang dilakukan pasti akan terbongkar meskipun cuba ditutup dari pengetahuan rakyat. Rakyat tidak boleh menutup mata melihat kempen pilihanraya telah dimanipulasi melalui aktiviti sogokan terhadap pengundi-pengundi sehingga mengubah sokongan dan undi mereka.
Pengajaran penting yang perlu diketahui adalah pemimpin negara usah mengajar rakyat bermentaliti rendah dengan menganggap rakyat hanya bernilai RM 100, beras beberapa kilogram, dan mudah dibeli untuk ditukar kepada undi mereka. Rakyat hanya perlukan pemimpin yang jujur dan benar-benar ikhlas membantu rakyat di setiap masa, bukan hanya menjenguk dan memberi sumbangan ketika musim kempen PRU sahaja.

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia


 Gempar!! Pecah Berita: Peti Undi Di Jumpai Di Belakang Hotel ??
Posted on Tuesday, June 11 @ 18:51:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: abuluqman

"

Pecah Berita : Peti Undi Di Jumpai??

Pada pagi 10hb June 2013 seorang bekas guru besar Cornalius Gugkang terjumpa bag peti undi SPR di belakang Hotel Pedana Lawas Sarawak.

Untuk maklumat terkini KLIK SINI"


 Kes rompakan terhadap pelanggan restoran kini meningkat
Posted on Tuesday, June 11 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: amkns

"Nampaknya melepak, atau berada di warung, kedai kopi, restoran antara tengah malam ke subuh hari tidak selamat untuk para pengunjung.

Peningkatan kes serangan, rompakan ke atas pengunjung restoran pada waktu ini dilaporkan semakin meningkat.

Robbers preying on early morning diners

KUALA LUMPUR (June 10, 2013): Criminals are preying on diners at eateries and are making it unsafe for the public to eat out in the early hours of the morning. Gangs of eight and 10 men armed with iron pipes and parangs robbed diners at five restaurants in the Klang Valley recently.

Police have received four reports on such cases in Kuala Lumpur and another in Petaling Jaya in the past two weeks. Investigators learnt that the gang of robbers, who have been active for over two months, preyed on those who patronised restaurants between 1am and 5am.

10 lelaki bertindak ala mafia serang, samun restoran

KUALA LUMPUR 9 Jun - Sekumpulan 10 lelaki bersenjatakan parang bertindak ala 'mafia' selepas menyerang dan memukul hampir 50 pelanggan sebuah restoran makanan laut sebelum menyamun mereka awal pagi semalam."


 Pertama kalinya PM Malaysia ikut pintu depan......
Posted on Tuesday, June 11 @ 18:48:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: tokpepijat

"

Buat pertama kalinya PM(kerusi)Najib menjejak kaki ke Kelantan untuk Perasmian Musabaqah Kebangsaan yang pertama kali dibuat di bumi Serambi Mekah sejak pemerintahan PAS berkuasa tahun 1990.

Najib juga selalu ke Kelantan. Tetapi tidak melalui jalan yang sah.Melalui pintu "belakang" tanpa jenguk hormat pejabat MB seperti adab ziarahi mana-mana negeri di Malaysia.

Hari ini, Najib datang ke Kota Bahru melalui jalan yang sah. Itupun kerana ada program Musabaqah.Dapat juga Najib dan Rosmah duduk bersama dengan MB Kelantan.

Jika selama ini mana-mana PM Malaysia jejak kaki ke Kelantan, yang sambut adalah Pengerusi UMNO Kelantan samada Ku Li, Tok Pa, Anuar Musa maupun Awang Adek.

PM ke Kelantan umpama mahu jumpa juak-juak UMNO sahaja. Macam Kelantan tiada MB dan kerajaan negeri.

Kali ini, barangkali kerana menang kerusi tidak menang undi popular rakyat maka Najib ubah cara.

Tiadalah diketahui samada pemilihan Kelantan sebagai tuan rumah Musabaqah dibuat sebelum atau selepas PRU 13.

Jika dibuat sebelum PRU, barangkali Najib berangan-angan duduk bersama Tok Pa ketika Musabaqah. Malangnya Kelantan gagal di tawan buat sekalian kalinya.

Pastinya, duduklah Najib bersama Rosmah bersama MB dari PAS.

Cumanya, barangkali Najib terlepas peluang untuk duduk bersama mantan MB Kelantan yang mengagalkan tiga PM Malaysia untuk tawan Kelantan. Bermula Mahathir, Pak Lah dan kini Najib.

Imej Najib mungkin naik semula jika beliau ziarah hormat ke Pulau Melaka tanda keinsafan kerana melayan Kota Bahru umpama "anak tiri" semasa era tok guru itu menjadi MB dulu.

Pertama kalinya PM Malaysia ikut pintu depan......"


 Selepas BN menang di N.Sembilan, janji dimungkiri
Posted on Tuesday, June 11 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: amkns

"Tidak mustahil projek Hospital Rembau pun akan ditangguh atau dibatalkan selepas ini.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersetuju untuk membatalkan pembinaan velodrom tertutup kelas satu di N.Sembilan yang bernilai RM80 juta

'Cukup sebuah sahaja velodrom kelas satu'
11 Jun 2013

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju untuk membatalkan pembinaan velodrom tertutup kelas satu di Nilai yang bernilai RM80 juta, sebaliknya memberi fokus hanya kepada satu velodrom iaitu di Cheras sahaja. Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad berkata, keputusan tersebut dicapai dalam pertemuan KBS dan DBKL semalam.

Velodrom tertutup di Seremban perlu segera dibina sebelum Olimpik Rio
2 Oktober 2012

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata velodrom tertutup bertaraf antarabangsa yang dicadang dibina di Seremban perlu siap lebih awal sebelum Sukan Olimpik di Rio De Janeiro, Brazil pada 2016. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013, Jumaat lepas, mengumumkan peruntukan RM80 juta untuk pembinaan velodrom tertutup di Seremban dan Akademi Badminton di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur."


 Cinta itu tidak buta … Pesanan Peguam
Posted on Tuesday, June 11 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: hishamahmad

"Adakah benar cinta itu buta? Ya, cinta itu buta. Inilah alasan sekian ramai teruna dan dara akhirnya berakhir dengan pilihan yang tidak berkualiti. Pilihan yang berdasarkan kriteria yang berobjektifkan nafsu bukan iman.

Dakwaan atau pernyataan bahawa “cinta itu buta” sebenarnya dakwaan yang tidak dapat diterima atau dalam bahasa mudah, ‘mengarut!’.

Cinta itu sebenarnya tidak buta. Mungkin manusia yang membutakan dirinya dalam mencari cinta. Lalu apabila sudah terlanjur dalam percintaan, dituduhnya cinta itu buta. Seolah-olah cinta itu telah dipaksakan ke dalam hatinya. Kononnya tiada kuasa memilih pada dirinya.

Seandainya cinta itu benar-benar buta, bagaimana boleh dikatakan, “… Dari mata datangnya cinta, dari mata turun ke hati”.

Justeru, siapakah yang kita pilih untuk kita lihat dengan mata kita? Adakah yang menutup aurat dengan sempurna atau yang terdedah sedikit di sini, sedikit di sana? Adakah kita menepuk dada, bertanyakan selera atau menepuk dada, iman ditanya?

Oleh itu, berperancanganlah dalam bercinta, untuk kita jatuh cinta. Inilah beberapa perkara sebagai panduan dan strateginya:-

(1) Berhati-hati sebelum jatuh hati

Pesanlah kepada sesiapa sahaja yang belum jatuh cinta agar berhati-hati sebelum jatuh hati. Ia boleh berlaku bila-bila masa sahaja, bermula awal remaja hingga yang sudah lanjut usia. Sengaja atau sebaliknya. Tanamkan difikiran, punyai prinsip diri dan sentiasa berpesan dihati bahawa;

“aku tidak akan biarkan diri ini untuk jatuh hati melainkan kepada insan yang ‘worthied’ (berbaloi) untuk dicintai.

(2) Memilih si dia untuk dicintai

Sekiranya ada seseorang yang terasa disukai, tenangkan diri. Biarkan rasa itu diproses secara beransur-ansur dan perlahan-lahan di dalam hati. Mengapa? Seandainya berlaku kesilapan pada pilihan atau sesuatu yang tidak baik dikesan, dapat dengan segera, diri diundurkan. Sekiranya ini diambil perhatian, insya Allah, tiadalah istilah keterlanjuran atau kerosakan yang sukar atau mungkin tidak dapat dipulihkan.

(3) Meletakkan syarat pada cinta

Jadilah bijak dalam bercinta. Carilah cinta yang membawa ke syurga. Letakkan syarat atau beberapa syarat untuk kita jatuh cinta. Syarat yang diredai Allah dan Rasul-Nya. Selagi syarat tidak dipenuhi, cinta tidak dibenar menguasai diri. Tetapkan kategori syarat seumpama begini kepada lelaki yang dicari:-

(i) A-Mandatori. Mesti dimiliki. Dalam istilah fiqah disebut fardu ain atau wajib.

(ii) B-Penting, kalau boleh biarlah ada, seperti perkara sunnat.

(iii) C-Tak kisah, ada atau tiada, tiada masalah padanya, seperti harus.

(iv) D- Katakan tidak! Seperti hukum haram. Tiada kompromi. Kalau ada sifat atau perkara ini pada silelaki, segera angkat kaki (tinggalkan, blah).

Macam bergurau,kan. Percayalah ada keseriusan dan kepentingan pada syarat yang disarankan.

Katakan, salah satu syarat pada kategori D. Kita tidak mahu perokok sebagai suami. Syarat yang baik, bagus sekali. Mungkin ramai berpandangan syarat sebegini keterlaluan. Sukar untuk dicari lelaki sebegini. Tidak mudah ditemui pada realiti. Percayalah, masih ada ramai lagi teruna, yang jika d-xray, tiada kesan asap rokok di dada.

Pada awal perkenalan, mungkin si lelaki cuba menyembunyikan. Percayalah, lama kelamaan, dirasakan si gadis dah mula berkenan, mulalah ditunjuk kejantanan. Rokok dinyalakan, asap dihembuskan. Oleh itu berhati-hatilah, buatlah semakan, lontarkan pertanyaan. Pasti akan tahu kebenaran. Masa itu, hati belum merasa cinta, sekadar suka, tiada kesan negatif untuk tinggalkan dia.

Kalau dia berkata, “saya janji akan tinggalkan. Takkan merokok lagi, sumpah”.

Dengar betul-betul. Dia sebut sumpah atau sampah. Kalau sumpah, kalau nak percaya, terserahlah. Walaupun begitu, Sekiranya ada ayah atau abang seorang perokok, tanyakanlah mereka dulu “abang, kalau perokok kata dia nak tinggalkan merokok, boleh percaya tak?”

Malang, kalau yang kita suka itu perokok tegar atau ‘-perokok berantai. Maksudnya perokok yang kuat merokok. Bukankah golongan perokok ini dahulunya, berasal dan bermula dari perokok sipu-sipu (hisap sikit-sikit).

Kalaulah sekiranya anda ingin mengubah syarat ‘tidak merokok’ pada kategori C, harus. Ketahuilah merokok juga sebenarnya telah difatwakan haram di Malaysia. Sukar dipercayai, rujuklah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995. Rujuk Portal e-Fatwa JAKIM.

Contoh syarat C, harus ialah seperti pada fizikal lelaki. Gemuk atau kurus. Hitam ke putih. Muka penuh jerawat atau licin berkilat. Pilihan luas dan terbuka asalkan kita masih boleh berselera bila bersama dengannya. Bukankah ‘beauty is in the eye of the beholder’.

Walaupun begitu, syarat-syarat seperti solat lima waktu, berilmu agama dan berakhlak mulia sepatutnya berada di dalam ketegori A. Pastikan anda jelas maksud kepada istilah syarat dan kadar minima piawaian yang anda inginkan. Sebagai contoh, jika si lelaki cuba menghulur tangan untuk melakukan sentuhan. Ketahuilah, akhlaknya bermasalah. Jika dia ajak tengok wayang, duduk kerusi hujung sekali, walau banyak kosong didepan, Nampak sangat bukan nak tengok wayang tapi nak buat wayang. Dia merancang untuk ‘ringan-ringan.’ (awalan zina-haram) Cepat berlakon sakit perut, kata nak pergi tandas, tapi terus cabut.

Ada suara sumbang mengatakan projek ‘ringan-ringan’ perkara biasa dalam hubungan percintaan. Ingatlah!, ini kata-kata jahanam yang menjahanamkan. Sekiranya ada yang cuba mengambil kesempatan, hentikan serta merta dan tinggalkan. Justeru, elakkan dari terperangkap sehingga terpaksa berdua-duan. Sebab itu, tidak perlu tengok wayang, apalagi dengan lelaki.

Kata orang lelaki sendiri, kebanyakan lelaki (tidak termasuk saya dan pembaca) bila dapat bersendirian dengan perempuan, ‘they have only one common thing in their mind. Guess what?’

Jangan buka ruang dan jangan beri peluang kepada awalan dan mukadimah zina. Jangan sampai diambil kesempatan dan jangan biarkan diri terdedah kepada risiko perlakuan dosa besar zina. Jangan hampiri zina.

Justeru, kesudian membonceng motor bersama lelaki bukan muhrim seperti teman lelaki atau berada berdua-duaan di dalam kereta dengannya adalah tindakan salah kerana ia adalah langkah pertama kepada awalan dan mukadimah zina dan mendedah risiko kepada kesudahan yang terkutuk, iaitu perlakuan dosa besar zina.

Allah s.w.t berfirman (yang bermaksud/terjemahan): “Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang jahat (membawa kerosakan)" surah Al-Isra ayat 32

Di dalam suatu hadith sahih menyatakan (terjemahan) :-“… dari Ibnu Abbas dari Nabi s.a.w., baginda bersabda: "Janganlah sekali-kali seorang laki-laki berduaan dengan perempuan kecuali dengan ditemani muhrimnya." Lalu seorang lelaki bangun seraya berkata, "Wahai Rasulullah, isteriku berangkat hendak menunaikan haji sementara aku diwajibkan untuk mengikuti perang ini dan ini." Baginda bersabda: "Kalau begitu, kembali dan tunaikanlah haji bersama isterimu." (Bukhari, Sahih Bukhari. Kitab Nikah. No. Hadith 4832).

Sekiranya anda telah tersilap langkah pertama atau sudah berada diperingkat pertama seperti kes di atas, maka janganlah panik, jangan pula sekadar berserah takdir, seolah-olah pasrah, ‘apa nak jadi-jadilah’. Apa yang perlu dilakukan adalah memerah fikiran dan melaksanakan tindakan dengan bijaksana untuk berhenti sebelum keterlanjuran pada langkah dan peringkat kedua, ketiga atau seterusnya. Semoga kita dilindungi-Nya dari kekesalan atas kerosakan yang terlalu sukar untuk dipulihkan.

Artikel ini adalah sebahagian shj kerana panjang, untuk artikel lengkap sila ziarahi:- hisham-ahmad.blogspot.com"

Tiada ulasan: