Selasa, 4 Jun 2013

JIKA ROKOK NI DIFATWA HARAM...MAKA JUAL BELI JUGA TURUT HARAM

"Rokok naek harga"... temuramah dgn perokok2 tegar yg bukan kaki tanga
Posted on Tuesday, June 04 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Umum Oleh: nagaliar

"Hari nie harga rokok naek 3% drpd harga pokok asal menurut British American Tobacco Malaysia (BAT)… alasan yg diberikan agak akademik iaitu “BAT Malaysia berdepan ngan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi".

Sebenarnya jika BAT wat alasan bodoh umpama “pokok2 tembakau diserang ikan todak "…perokok2 tegar tetap akur gak ngan kenaekan harga ue sbb mrk x de kuasa pe2 pown utk menentang “barang naek” nie…

Kalu le national geographic wat dokumentari psl kesan kenaekan harga rokok nie dgn menemuramah perokok2 tegar yg bukan kaki tangan kerajaan…pe kata mrk ek?




Penulis novel
Kali nie.. sy terpaksa le menaikan 3% harga buku2 hasil nukilan sy…maklum le…nk dpt ilham satu perenggan novel..sy terpaksa habiskan sekotak rokok…

Nelayan
Biasanya sy keluar ke laut utk menangkap ikan bot laut dalam selama 7 hari…sy bawak 10 karton rokok…ye lor..duduk kat laut lama2 dilambung ombak…kalu x de rokok…rasa lemah seluruh badan…sy ingat le…bile balik ke darat kali nie…sy nk naekan 3% harga ikan ue…nk cover harga rokok le…

Tukang Rumah
Selepas nie sy kena naekkan upah buat rumah 3% sbb sehari sy habis sekotak rokok utk buat rumah nie…kalu tak…tak siap le rumah ue…kalu rumah tak siap n pahat berbunyi..sape yg kena marah?...sy juga…

Tokey kedai runcit..
Mane aci sy tak naekan barang2 kat kedai sy….sape nk cover harga rokok yg sy isap nie…adoi…

Tokey kedai makan
Sy tk kisah pown harga rokok naek…erm pandai2 le sy naekan harga makanan sy ue… kalu dulu harga sepinggan mie..RM3.70… pesalahnya jika sy naekan RM3.80 sen…

….setakat ue jea kot pengarah film national geographic menemuramah perokok2 tegar yg berstatus bkn kaki tangan kerajaan…sbb die dh tension dh…erm rasenya die pun nk naekan harga hasil dokumentarinya sebanyak 3% sbb die pown perokok tegar gak…

Intipati artikel…
Lebih afdhal le perokok2 tegar nie berenti isap rokok…tp mampukah mrk berbuat demikan?... sbb rokok nie dh jadik darah daging mrk dh…Kalu mampu berhutang pown..mrk sanggup utk beli sekotak rokok..

Sy sgt2 kesian le kpd insan2 yg anti rokok or tak isap rokok sbb mrk terpaksa cover 3% harga rokok melalu cukai2 perkhidmatan @ ketika membayar harga barang2 keperluan mrk…

Paling sy kesian kat perokok2 tegar yg berstatuskan kaki tangan kerajaan sbb gaji mrk x naik 3% .. kalu x..leh gak cover duit rokok ue... hu3

"Rokok naek harga"...temuramah dgn perokok2 tegar yg bukan kaki tangan kerajaan... "



Fatwa Tentang Rokok

Tarikh Keputusan: 
18 Nov, 2004
Huraian Tajuk/Isu: 
fatwa tentang merokok
Keputusan: 
i.   Merokok adalah haram
ii.  Bagi maksud fatwa ini "rokok" ialah tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau selainya.
Larangan ini meliputi kepada sifat serta ancamannya seperti berikut: - melahirkan sikap serta tabiat yang buruk
- mendatangkan kemudaratan dari sudut kesihatan
- pembaziran yang amat ditegah oleh agama
iii.  Oleh yang demikian, adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa-apa jenis rokok, menjual atau terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam hal yang berkaitan dengan rokok.
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
18 Nov, 2004
Akta/Enakmen: 
Pg. P.U 25 

Merokok Dari Pandangan Islam

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

English Version

Smoking From The Perspective Of Islam

Decision:

The 37th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd March 1995 has discussed on smoking from the perspective of Islam. The Committee has decided that smoking is prohibited in Islam because it is harmful.
Keterangan/Hujah: 

1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
Antaranya seperti berikut:
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.

 Lebih 50,000 undi ‘hilang’ di seluruh negara, pengundi lapor polis
Posted on Monday, June 03 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Masdar Wahid

PETALING JAYA, 3 JUN: Seorang pengundi, Mohd Azlan Mohd Sharif membuat enam laporan polis menuntut siasatan berhubung keputusan pilihan raya umum ke-13 yang digazetkan 22 Mei lalu berbeza dengan yang diumum pegawai pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui borang 16.

Beliau mendapati sebanyak 53,045 kertas undi ‘hilang’ melibatkan semua kerusi Parlimen dan DUN seluruh negara kecuali DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang, DUN Banggi dan DUN Labuk, Sabah.

Borang 16 ialah Borang Pengisytiharan Keputusan pilihan raya daripada 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara.

“Ia satu kesalahan jenayah mengikut seksyen 3(1)(h) dan seksyen 6 (2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Maka jelas polis dan SPR yang bertugas pada hari, masa dan tempat mengundi bersubahat, membenarkan dan melakukan jenayah ini,” katanya dipetik dalam laporan polisnya yang pertama.



Mohd Azlan, pengundi DUN Sungai Balang dan parlimen Muar, Johor membuat semua laporan itu di balai polis Klang pada 30 Mei.

Enam laporan melibatkan kehilangan kertas undi, salah kira undi, maklumat yang sudah berubah, perbezaan kertas undi yang dikeluar di parlimen dan DUN, maklumat kerusi parlimen dan DUN berbeza sebelum dan selepas diwartakan dan kecuaian anggota polis.



Saya tidak nampak, tidak tahu, tidak terdengar, tidak terbaca apa-apa berita mengatakan ada tangkapan oleh SPR atau polis terhadap mana-mana pihak yang membawa keluar atau menghilangkan kertas undi yang telah dikeluarkan,” kata Azlan.

Katanya. kemenangan semua calon bagi setiap kerusi itu pada PRU lalu adalah tidak sah dan terbatal sehinggalah kertas undi itu disemak dan disahkan semula.

“Tujuan enam laporan dibuat agar pihak berkuasa termasuk polis menyiasatnya. Sebagai rakyat Malaysia, saya menjunjung semangat Perlembagaan dan Rukun Negara khususnya Keluhuran dan Kedaulatan Undang-undang.



Dalam laporan polisnya yang keenam, beliau mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan tegas terhadap pegawainya yang cuai menjalankan tugas pada PRU lalu.

“Saya minta KPN menyiasat, menangkap dan mengambil tindakan terhadap pegawai polis yang bertugas pada masa itu disebabkan terbukti cuai, tidak amanah, tidak melaksanakan tanggungjawabnya dan membenarkan jenayah berlaku didepan matanya,” katanya lagi.

Sumber 


 Mereka dan bermula untuk PRU 14 - Di Bawah selia Dr Mahathir
Posted on Monday, June 03 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Manjung Mari



Mereka mengaku mereka gagal menyaingi media siber PR dalam PRU 13 yang lalu...

Apakah dengan penubuhan kali ini .......



Aku tak mau komen apa yang umno buat,,, cuma aku nak minta pimpinan Pakatan Rakyat berfikir,,, kalau selama ini blogger PR kerja sendirian nak bantu PR untuk menang,, itu pun Umno tak dapat nak menyaingi,, kalau PR mampu menghimpun seperti mana umno buat,,, ish,ish,ish,,, alangkah,,, sembang lebih pun tarak guna....

Contoh mudah di negeri Perak sendiri,,, errhmm, malas nak duk berleter panjang, PRU 13 pun dah berlalu....

Sumber


 Gambar Ini Mampu Menceritakan Segala-galanya..........
Posted on Monday, June 03 @ 20:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: tokpepijat

"

Dulu, bersama Najib di Mekah.....
katanya,...... sebagai juruterjemah dan diajak berbincang tentang perpaduan ummah sedunia.

Kini, bersama Saiful di Kuala Lumpur.....
barangkali katanya,.......sebagai pengapit dan diajak berbincang tentang "serangan baru" ke atas Anwar.....?

Kita, tertunggu-tunggu lagi....
gambar Ustaz Nasha menjadi pengapit perkahwinan anak perempuan Najib nanti.

GAMBAR INI MAMPU MENCERITAKAN SEGALA-GALANYA.........."

Tiada ulasan: