Selasa, 4 Jun 2013

DIUGUT ROGOL...YANG DAH DIROGOL...YANG DAH DIZINA...YANG DAH DISIMPAN...YANG DAH DIPAKAI...YANG DAH DIBUNUH...ALLAH SAJA YANG TAHU...MEREKA TAK KAN LEPAS DARI HUKUMAN ALLAH SWT...SAMA2 KITA TUNGGU...SELEWAT2NYA DI AKHIRAT KELAK

Anwar, Ambiga, Kit Siang, Rafizi Turut Disenarai Hitamkan Ke Sabah.
Posted on Monday, June 03 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: matuse68

"KUALA LUMPUR, — Surat dari Pejabat Ketua Menteri Sabah kepada Jabatan Imigresen mengesahkan selain daripada Nurul Izzah Anwar, ayahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Datuk Ambiga Sreenavasan dan Rafizi Ramli turut disenarai hitam dari masuk ke negeri Malaysia timur itu.

Surat bertarikh 21 Mei itu yang menggunakan kepala surat dari pejabat Datuk Musa Aman juga mengatakan senarai itu diluluskan oleh Kabinet Sabah selepas mesyuarat pertama mereka bulan lalu pada 15 Mei, 10 hari selepas pilihan raya umum ke 13.



“Kabinet bersetuju Ketua Menteri menggunakan kuasa penuhnya di bawah Akta Imigresen, dan selaras dengan pengesahan daripada Ketua Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia Sabah, agar tidak membenarkan individu-individu ini mendarat di Sabah,” kata surat itu, sebelum menyenaraikan nama-nama lima daripada ahli politik dan pengerusi bersama Bersih 2.0.

Menurut Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong, sumber boleh dipercayai dari Jabatan Imigresen telah membocorkan muka surat pertama dokumen tersebut kepadanya.

Dokumen itu telah dilihat oleh The Malaysian Insider. Dari halaman tunggal, tempoh senarai hitam atau sebab mengapa disenarai hitam tidak dinyatakan.

Apabila dihubungi, Lim menyifatkan larangan itu sebagai “tidak masuk akal”, menunjukkan kerajaan telah membuat satu penghinaan terhadap demokrasi disebabkan bukan sahaja mengharamkan rakyat sendiri daripada memasuki sebuah negeri di negara ini, tetapi wakil rakyat yang dipilih secara sah.

“Sudah tentu ini bukan pertama kali… Saya mungkin pemimpin paling kerap disenarai hitam… Saya pernah disekat ke Sabah, ke Sarawak… tetapi saya ingatkan kita sudah lepas zaman itu.

“Kelihatan kita masih tersekat di situ,” katanya.

Khamis lalu, Nurul Izzah (gambar) telah disekat untuk masuk ke Sabah sebaik sahaja mendarat di Kota Kinabalu untuk menyambut Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai menggunakan kapasiti peribadinya.

[Baca seterusnya...]"


 Satu Rumah, Satu Harakah
Posted on Monday, June 03 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Ajijoi

Saya masih ingat lagi sewaktu kunjungan Saudara Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah dan juga Dato' Tarmizi Mohd Jam, Pengarah Berita Harakah ke Pejabat Perhubungan Pas Perak pada 23 Oktober 2011 untuk mengendalikan Kursus Kewartawanan & Pemberitaan Harakah anjuran Lajnah Penerangan & Dakwah, Badan Perhubungan Pas Negeri Perak.

Walaupun agak berkepayahan akibat uzur (selepas menjalani pembedahan pintasan jantung) serta bertongkat, namun Sdr Ahmad Lutfi tetap memanjat anak-anak tangga pejabat itu untuk memberikan sumbangan beliau dalam mendidik penulis-penulis baru dalam membuat penulisan bersifat berita bagi penyampian melalui blog, facebook dan juga untuk dipanjangkan kepada pejabat Harakah.

Penyampaian beliau yang bertajuk 'Peranan Besar Wartawan dalam Politik' berjaya menyuntik semangat untuk menjadi wartawan yang berjaya dan amanah kepada 33 peserta kursus yang hadir.

Manakala, Dato' Tarmizi yang membentangkan kertas kerja berjudul 'Kursus Penulisan Berita' pada pagi itu, ada menyampaikan satu cadangan pada penghujung sesi soal jawab bersama peserta kursus.

Cadangan beliau agar akhbar Harakah diwajibkan untuk dibeli oleh setiap ahli agar jualan akhbar tersebut dapat memberi sumbangan kepada parti serta memberikan maklumat tepat kepada ahli-ahli secara langsung.

Kenapa saya terkenang kembali peristiwa ini yang berlaku setahun setengah yang lalu?

Baru-baru ini, dilaporkan akhbar-akhbar Harakah dan juga Suara Keadilan telah dirampas di kedai-kedai oleh Kementerian Dalam Negeri. Itu yang berlaku minggu lalu. Minggu ini lebih teruk lagi apabila Harakah dirampas sebelum dijual lagi.

Harakah kini bukan lagi menjadi bahan bacaan hanya ahli-ahli Pas sahaja tetapi telah menjadi ketagihan orang awam yang sentiasa menanti naskah-naskah Harakah dijual di kedai-kedai buku dan juga kedai-kedai runcit.

Fenomena ini begitu menakutkan pihak yang berkuasa, lalu syarat 'Untuk Ahli Pas Sahaja' yang dipahatkan kepada terma jualan akhbar Harakah diguna-pakai untuk menghalalkan tindakan rampasan mereka.

Ketakutan dan trauma mereka dengan laporan-laporan yang didedahkan Harakah bersifat benar kerana jika ianya dimuatkan dengan berita-berita fitnah dan laporan-laporan yang tidak betul, sudah tentu Harakah telah disaman. Tetapi sehingga ke saat ini, laporan Harakah tidak dicabar mana-mana pihak kerana ianya bersifat 'laporan', bukannya 'andaian'.

Sudah sampai masanya pihak Lajnah Penerangan di setiap kawasan memainkan peranan sebagai pengedar akhbar Harakah dikalangan ahli.

Setiap ahli diwajibkan untuk membeli Harakah, bukan sahaja untuk mendapatkan maklumat tepat daripada kepimpinan parti tetapi juga untuk menyalurkan dana kepada parti secara tidak langsung.

'Satu Rumah, Satu Harakah' perlu dijadikan salah satu agenda gerak kerja buat Lajnah Penerangan kawasan-kawasan dalam memastikan ahli-ahli ditempat mereka sentiasa bermaklumat dan juga istiqamah dalam menyumbang dana kepada parti itu sendiri selain membantu tabung lajnah berkenaan.

Pada masa yang sama juga, Harakah dapat disampaikan kepada pembaca yang bukan ahli dengan mengedar terus kepada mereka sebagai salah satu cara kita memberi khidmat serta menarik perhatian mereka kepada kita.

Semoga dengan terlaksananya program 'Satu Rumah, Satu Harakah' ini, jumlah keluaran akhbar lidah rasmi PAS ini akan bertambah serta ahli-ahlinya akan lebih bermaklumat.

Sumber


 Perghh.. Bekas Tim Presiden PAS Nasharuddin & Mukriz, antara Tetamu VIP Saif
Posted on Monday, June 03 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: abuluqman

"

Bekas Tim. Presiden PAS jadi tetamu VIP majlis persandingan Saifol Bukhari!!!



Takkan Melengung je Ustaz..Makan lah..jangan malu malu.. kesian pada Ustaz.. Tak ada kawan lagi dah..

Berita Berkaitan VIP / SaiFUL KLIK SINI"


 SPR dan IPCMC :Lembabya Kerajaan Najib .
Posted on Monday, June 03 @ 16:07:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: tokpepijat

"Sekonyong-konyong PM(kerusi) Najib umumkan rancangannya untuk "memperelokkan" semula SPR.

Katanya, agar SPR tidak lagi dipersoalkan kredibilitinya oleh rakyat.

Setelah hampir sebulan, sana sini rakyat "bising" tentang ketelusan SPR tiba-tiba Najib umumkan rancangannya itu.

Apa maknanya? Minta tolong Pengerusi SPR dan Timbalannya ulas. Atau masih mereka berdua itu ingin memperbodohkan rakyat dengan jawapan-jawapan bodoh mereka ?

Itu maknanya :
i) Benarlah SPR barua UMNO.
ii) Benarlah berlaku penipuan dalam PRU 13.
iii) Benarlah Pengerusi dan Timbalan SPR mesti letak jawatan.

Selagi SPR dibawah "ketiak" Jabatan Perdana Menteri, selagi itulah SPR setia menghidu bau ketiak UMNO dan menjadi "barua" UMNO.

Lihatlah apa yang terjadi kepada MAPEN. Segala cadangan dari pembangkang yang menjadi ahlinya di bakul sampahkan.

Apapun, langkah pertama yang mesti di buat oleh Najib ialah "nyah"kan Pengerusi dan Timbalan SPR dari jawatannya.

Seterusnya, isu tahanan mati dalam lokap polis. Adakah Najib masih berfikir-fikir atau masih buat kajian tentang Suruhanjaya Aduan & Salah Laku Polis IPCMC ?

Adakah Najib mahu tunggu angka kematian dalam lokap meningkat, baru mahu tubuh IPCMC ?

Mengapa Kerajaan begitu lembab untuk bertindak? Bukankah selalu diwar-warkan , "Rakyat Didahulukan"?

SPR dan IPCMC :Lembabya Kerajaan Najib."


 Waw!! Senator Ezam dedah 3 rahsia besar
Posted on Monday, June 03 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: laniismaa

"EzamMohdNoorEzam Mohd Noor, Senator Ezam masih ada rupanya, ingatkan dah menyepi terus. Sepanjang kempen pilihanraya baru-baru ini Ezam senyap-sunyi, mungkin kerana tak dapat jadi calon. Entah kenapa kini dia nak bersuara semula.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Senator ini berkata 3 perkara yang paling ditakuti Anwar. Kerana itulah Anwar menganjurkan siri perhimpunandi seluruh negara kerana mahu mengalih tumpuan rakyat daripada tiga perkara tersebut.

Anwar nak pastikan ketiga-tiga perkara tersebut ‘dilenyapkan’ daripada minda rakyat walaupun tindakannya itu akan mengundang kemudaratan terhadap agama, bangsa dan negara, kata Ezam.

Tiga perkara tersebut ialah rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah dan pendedahan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan berkaitan seks.

Itulah modal Ezam untuk bersuara kali ini setelah kebas punggungnya hilang setelah tak dicalonkan baru-baru ini. Ini modal Ezam setiap kali bersuara. Zahid Hamidi belum mendedahkan sesiapa terlibat dengan pencerobohan Lahad Datu tetapi Ezam mampu mendedahkan Anwar terlibat. - Lagi.MY

Baca juga :Inilah amoi yang nak dirogol ‘Red Bean Army’"


 Berapa CCTV di rumah Zahid dan Hishamuddin ?
Posted on Monday, June 03 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: tokpepijat

"28 Mei2013 - Menteri Polis Zahid Hamidi berkata, KDN bercadang mahu pasang CCTV di lokap polis.

30 Mei 2013 - Mantan IGP Musa Hasan berkata, kamera telah dipasang di kebanyakkan lokap tetapi banyak yang rosak kerana kekurangan bajet selenggaraan.

22 Mac 2011 - Menteri Polis ketika itu, Hishamuddin Hussein memberi jawapan bertulis di Parlimen menyatakan kerajaan sedang dalam proses memasang kamera CCTV di lokap polis dan bilik soal siasat.

Terdapat 827 balai polis di seluruh negara, dengan kamera CCTV dipasang di 227 lokap dan 36 bilik soal siasat

Kenyataan Zahid bermakna CCTV belum dipasang lagi.
Kenyataan Musa bermakna CCTV telah dipasang tetapi banyak yang rosak.
Kenyataan Hishamudin menunjukkan pemasangan CCTV sedang dalam proses.

Persoalan :
i) Adakah CCTV telah dipasang di 227 lokap dan 36 bilik siasat? Jika belum dipasang, ke mana wang peruntukkan itu?

ii) Jika CCTV telah dipasang tetapi banyak yang rosak kerana tiada bujet selenggaraan. Adakah bujet selenggaraan itu ada tetapi tidak sampai kepada pihak selenggaraan. Ke mana wang selenggaraan itu ?

iii) Jika CCTV telah dipasang, adakah lokap Ibupejabat Polis Kuala Lumpur belum dipasang? Adakah keutamaan diberikan kepada balai polis di luar bandar yang kadar jenayahnya kurang berbanding Kuala Lumpur. Atau adakah CCTV di lokap Ibupejabat Polis Kuala Lumpur rosak?

Berapa CCTV di rumah Zahid dan Hishamuddin?"


 (Gambar) Wajah gadis cina yang diugut rogol oleh Red Bean Army didedahkan ?
Posted on Monday, June 03 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: abuluqman

"Pendedahan demi pendedahan dilakukan terhadap Red Bean Army.

Pembangkang mula mengatakan ianya rekaan semata-mata, namun mereka juga terkejut dengan beberapa perkara yang dibongkarkan.

Kini, ugutan paling dasyat yang dibuat oleh tentera upahan siber ini adalah rogol.

Melalui komen-komen dilaman sosial, mereka mengugut dan mencaci seorang gadis berbangsa Cina yang menyokong Barisan Nasional.

Untuk Kebenaran Cerita ini Baca Sini ."


 Kelantan Selepas Tok Guru Nik Aziz
Posted on Monday, June 03 @ 13:55:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan


Oleh Dinsman
Ini sesuatu yang tidak dijangka. Mungkin Datuk Ahmad Yaakob dan kawan-kawannya dalam saf Exco lama sudah diberitahu oleh Tok Guru Nik Aziz akan hasratnya hendak berundur itu.
Tetapi bagi kita orang awam yang mengikuti berita melalui media massa, kita membaca berita Tok Guru Nik Aziz mengulangi kenyataannya akan terus berkhidmat hingga ke akhir hayat, atau selagi dikehendaki oleh parti dan hanya akan berundur apabila dinasihati parti supaya berbuat demikian.


Tiba-tiba setelah menang PRU13 kita mendapat berita Datuk Ahmad Yaakob, Timbalan Menteri Besar sebelum ini, mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Kelantan. Tiada lagi Tok Guru Nik Aziz. Memang itu berita yang mengejutkan, walaupun proses pertukaran itu berlaku begitu bersahaja dan tanpa apa-apa peristiwa atau kejadian yang luar biasa.


Kita sudah lama maklum akan keadaan Tok Guru yang sudah lanjut usia, dan keadaan fizikalnya pun sudah agak uzur, dan kesihatannya pun sering terganggu. Tetapi dari segi lain, kemampuan minda dan ideanya masih kelihatan segar dan up-to-date, sentiasa selari dengan perkembangan masa.
Terakhir misalnya, beberapa minggu sebelum Parlimen dibubarkan, Tok Guru meminta saya menghasilkan sebuah teater kisah Abul ‘As menantu Rasulullah saw, dengan melibatkan ‘artis-artis hijrah’ sebagai pelakon. Teater itu pun (Pengisytiharan Abul ‘As) dipentaskan di hotel Grand Riverview Kota Bharu, pada 15 Mac.
Pementasan teater itu menjadi satu peristiwa penting dalam sejarah perkembangan seni-budaya, khasnya teater Islam di negara ini. Buat pertama kalinya PAS dan Kerajaan PAS Kelantan (melalui TG Nik Aziz) secara rasmi membenarkan perempuan berlakon bersama lelaki di atas pentas, di hadapan khalayak umum lelaki dan perempuan. Sebelum itu tidak dibenarkan. Maka itu adalah suatu pemikiran baru dari TG Nik Aziz, yang membuka ruang yang luas untuk kegiatan seni teater dalam masyarakat Islam.
Dan beberapa hari selepas itu saya menerima telefon daripada Pusat Kajian Strategik Kelantan meminta beberapa tarikh yang dapat saya luangkan untuk ke Kota Bharu, kerana TG Nik Aziz meminta supaya diadakan majlis bicara buku mengenai buku terbaru saya Kelantan 22 Tahun Bukti Kejayaaan. (Beliau melancarkan buku ini pada malam pementasan teater Abul ‘As itu). Rancangan bicara buku itu walau bagaimanapun tak sempat diadakan kerana Perdana Menteri Najib membubarkan Parlimen pada 3 April.
Jadi, pengunduran TG Nik Aziz secara tiba-tiba itu adalah sesuatu yang tidak dijangka. Walaupun kita tahu dia sudah lama menjadi Menteri Besar (hampir 23 tahun) dan pada bila-bila masa sahaja dia mungkin akan mengundurkan diri (kerana sebab-sebab yang munasabah), namun berita pengundurannya itu tetap memberi kejutan. Sebab apa? Sebab kita masih memerlukan sumbangan idea dan pemikirannya yang sentiasa segar, berani, mengikuti peredaran zaman, dan dibuat berdasarkan ilmu Islamnya yang luas dan mendalam.
Sekarang TG Nik Aziz sudah tiada lagi di Kelantan sebagai Menteri Besar. Kelantan sekarang sudah tidak sama lagi dengan Kelantan sebelum 5513 (5 Mei 2013). Kita tidak tahu sebenarnya apakah Kelantan akan terus kekal sepertimana ia di bawah pentadbiran TG Nik Aziz, atau akan menjadi lebih baik, atau bagaimana. Namun kita tetap merasakan Kelantan selepas ini akan tidak sama lagi dengan Kelantan sebelum 5513.
Bukan kita mengatakan Ahmad Yaakob tidak layak menjadi Menteri Besar Kelantan. Bukan. Ahmad Yaakob memang layak, dan dia mungkin membawa Kelantan menjadi lebih baik lagi selepas ini. Kita mengatakan Kelantan selepas ini tidak sama lagi dengan Kelantan sebelum ini hanyalah semata-mata kerana kuatnya imej TG Nik Aziz yang telah melekat dalam kepala dan hati kita selama ini.
Ingat Kelantan sahaja kita terus terbayangkan sosok tubuh TG Nik Aziz. Dan sekarang apabila ingat Kelantan, bayangan sosok tubuh kecil yang berwibawa sebagai Tok Guru itu (atau sebagai orang tua tempat kita boleh mengadu, walaupun kita tidak mengadu pun) sudah tiada lagi sebagai Mentri Besar Kelantan. Itu saja. Tapi sungguhpun begitu, ia sangat mengesankan, buat masa ini.
Kita terasa kehilangan. Walaupun kita tahu dia ada, di rumahnya di Pulau Melaka, tapi kita tetap merasakan kehilangannya sebagai sosok pemimpin yang lembut dan mesra di tengah-tengah permasalahan masyarakat.
Saya, dan bersama kawan-kawan dalam Seniman Paksi Rakyat (Paksi), mempunyai beberapa rancangan yang dicadangkan akan dibuat melibatkan TG Nik Aziz. Antaranya ialah seminar serantau mengenai model pentadbiran negara Islam dengan tumpuan kepada Kelantan, yang dicadangkan dibuat Julai ini, melibatkan wakil-wakil dari Indonesia, Selatan Thailand, Kemboja, Filipina dan Brunei. Ia belum dimaklumkan kepada kerajaan negeri Kelantan. Cadangnya akan dimaklumkan pertengahan bulan ini.
Satu lagi rancangan ialah pembukuan tafsir seluruh al-Quran oleh TG Nik Aziz. Telah lama TG Nik Aziz selesai mensyarahkan tafsir seluruh al-Quran 30 juzuk itu, tetapi ia belum dibukukan. Ia tersimpan dalam tape dan CD, tetapi tidak terkumpul. (Perlu diusahakan pengumpulannya juga). Yang telah dibukukan hanya Tafsir Surah Yunus, Surah Taubah dan beberapa lagi.
Kami merasakan tafsir yang lengkap ini perlu dibukukan kerana belum ada pendekatan tafsir seperti yang disyarahkan oleh TG Nik Aziz. Ia berbeza daripada tafsir-tafsir oleh Ibnu Kathir, Qurtubi, Maraghi, Syed Qutub dan Hamka. Ia akan berada sebaris dengan tafsir-tafsir besar al-Quran yang sedia ada itu. TG Nik telahpun selesai menyiapkannya. Tinggal kita mengusahakan pembukuannya sahaja. Alangkah ruginya kalau ini tidak dapat dilakukan.
Satu lagi rancangan kami yang penting bersabit dengan TG Nik Aziz ialah menghasilkan sebuah filem atau video dokumentari mengenai kehidupannya, untuk disebarkan ke peringkat antarabangsa.
Sewaktu pementasan Pengisytiharan Abul ‘As di Kota Bharu pada 15 Mac dikatakan bahawa pementasan itu ialah suatu pra-tonton (preview). Ertinya belum lagi pementasannya yang sebenar kepada orang ramai. Pementasan untuk orang ramai akan dibuat kemudian. Oleh kerana ia adalah program inisiatif TG Nik Aziz sendiri (Setiausaha Politiknya Wan Nik menjadi penerbitnya), kita tak tahulah sekarang bagaimana pula kedudukannya. Kita tunggu sahajalah berita daripada mereka.
Demikian itulah antara yang kami rancang, berkaitan dengan TG Nik Aziz. Sekarang tidak pasti samada rancangan-rancangan itu boleh diteruskan atau tidak. Tidak pasti samada kerajaan pimpinan Datuk Ahmad Yaakob berminat dengan cadangan-cadangan itu.

Namun walau apapun, minat saya terhadap Kerajaan Negeri Kelantan masih tetap sama, kerana saya menganggapnya sebagai model pentadbiran negara Islam yang ada pada hari ini. Dan saya juga menganggapnya sebagai model pentadbiran yang terbaik di dunia pada hari ini, dengan beberapa kelemahannya, yang perlu diatasi oleh pimpinan baru.
IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK DI NEGERI NEGERI UTARA :KEDAH/PERLIS/PERAK/PULAU PINANG DI WEBSITE

Tiada ulasan: