Selasa, 11 Jun 2013

PATUT PIHAK NGO DLL MEMBUAT LAPORAN POLIS JUGA ...DIMANA ADA PIHAK PERSEORANGAN...BADAN2 TERTENTU TERMASUK BADAN2 POLITIK...PERSATUAN2 DLL YANG MENGHINA ISLAM ATAU HUKUM ALLAH SWT


DBKL tolak permohonan Pakatan guna Padang Merbok

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk mengadakan perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya Black 505 di Padang Merbok pada 22 Jun ini.

Datuk Bandar Ahmad Phesal Talib sebaliknya mencadangkan pembangkang mengadakan perhimpunan itu di tempat tertutup seperti stadium.

Beliau juga berkata akan membantu Pakatan mencari tempat yang sesuai seperti perhimpunan yang diadakan di Selangor sebelum ini.

Perhimpunan pertama Pakatan sebelum ini diadakan di Stadium Kelana Jaya.

Bercakap dalam sidang media hari ini, Ahmad Phesal, keputusan menolak permohonan itu dibuat antaranya kerana Majlis Olimpik Malaysia sudah menempah tempat itu sejak tahun lalu lagi untuk acara mereka pada 23 Jun.

Justeru, mereka harus membuat persediaan logistik sehari sebelum itu.

DAP minta SPR tunjuk surat Kementerian Kesihatan
5:18PM Jun 10 2013
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menuntut pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengemukakan surat yang didakwa dihantar oleh Kementerian Kesihatan untuk membuktikan dakwaan mengenai kandungan logam berbahaya dalam dakwat kekal.
Lim berkata, Aziz harus meletak jawatan sebagai pengerusi SPR sekiranya gagal berbuat demikian, katanya.

Lim merujuk kepada dakwaan Aziz bahawa Kementerian Kesihatan mengeluarkan laporan keselamatan yang memberi amaran mengenai risiko kesihatan yang timbul daripada kandungan lebih satu peratus argentum nitrat dalam dakwat kekal.

Kandungan sebatian itu membolehkan dakwat tersebut kekal apabila digunakan ke atas satu permukaan.

Ketua menteri Pulau Pinang tersebut berkata SPR secara tidak langsung menyalahkan Kementerian Kesiahatan kerana menyebabkan kerugian RM6 juta daripada penggunaan dakwat berkenaan, yang dapat ditanggalkan dengan mudah.

"Jika Kementerian Kesihatan tidak boleh percayakan SPR, bagaimana orang mahu percaya bahawa SPR bersih, adil dan bebas semasa mengendalikan pilihan raya.


-
PKR: Zahid belanja lebih RM200,000 masa kempen

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan membelanjakan melebihi jumlah yang ditetapkan, iaitu RM200,000 dalam kempennya menjelang pilihan raya umum ke-13, dakwa PKR.

NONEPengarah Strateginya Rafizi Ramli (kanan) berkata, seperti dalam video yang diedarkan di Internet, Zahid dikatakan mengedarkan RM100 dan 5kg beras kepada 24,000 orang di Bagan Datoh, yang jika dikira melebihi RM200,000.

Bercakap di sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Rafizi berkata, berdasarkan itu, partinya akan memfailkan petisyen pilihan raya berhubung perkara itu minggu ini.

Beliau berkata akan mendedahkan lebih lanjut bukti berkaitan dalam sidang media yang lain pada Rabu ini.

PKR memberi isyarat memfailkan 18 petisyen manakala Pakatan keseluruhannya sebanyak 35 petisyen.

Malaysiakini masih belum boleh dapat menonton video itu atau menghubungi menteri berkenaan atau pembantunya bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan itu.
Mustafa Ali: MP PAS akan hadir sidang Parlimen
1:09PM Jun 10 2013
PAS menolak gesaan beberapa NGO yang mahu ahli parlimen Pakatan Rakyat memulaukan sidang Parlimen yang akan bermula pada 24 Jun ini.

Setiausaha agung parti itu Datuk Mustafa Ali berkata, MP PAS akan menghadiri sidang Parlimen seperti biasa, kecuali taklimat Parlimen, esok.

Mustafa dalam satu laporan Sinar Harian berkata, tindakan itu selari dengan keputusan mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sebelum ini.

pas mustafa ali 070413 01"Dalam mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan baru-baru ini, kita telah putuskan untuk tidak menghadiri taklimat Parlimen. Pendirian PAS adalah berdasarkan keputusan ini.

"Semua MP PAS akan tetap menghadiri sidang Dewan Rakyat seperti biasa. Tidak mungkin kita akan boikot Parlimen, hanya taklimat saja kita tidak pergi," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Katanya lagi, sesi taklimat itu hanya untuk memperkenalkan muka baru dan bukannya sebahagian daripada sidang Dewan Rakyat.

Kumpulan NGO yang meragui ketelusan pilihan raya umum hari ini sekali lagi menggesa MP Pakatan Rakyat memulaukan majlis angkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat pada 24 Jun itu.

Jurucakapnya Badrul Hisham Shaharin berkata, wakil rakyat terbabit masih boleh mengangkat sumpah pada hari lain.

Kumpulan itu pada 6 Jun lalu mengumumkan akan memulakan kempen pemulauan majlis angkat sumpah dan menyerahkan memorandum kepada pemimpin politik berkaitan supaya mengambil langkah itu pada minggu itu juga.
15 NGO buat laporan polis FB hina Nabi

10 Jun 2013
KUALA LUMPUR -  Lima belas badan bukan kerajaan (NGO) Jaringan NGO Melayu Islam membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pemilik akaun laman sosial Facebook yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.

Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan, yang mewakili 15 NGO, antaranya Persatuan Veteran Tentera Melayu Malaysia, Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia, berkata laporan itu dibuat terhadap pemilik akaun yang dikenali sebagai 'Calvin Gani' .
 
"Saya meminta pihak polis, pihak berkuasa sama ada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri melihat perkara ini dan mengambil tindakan segera sebelum merebak menjadi wabak yang sukar dibendung," katanya selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis (IPD )Daerah Dang Wangi di sini.
  
Presiden KWMM Dzulkarnain Taib pula berkata tindakan pemegang akaun itu berkemungkinan besar adalah daripada rangkaian terancang 'Red Bean Army' .

"Sebelum ini mereka telah menghina peribadi Yang di-Pertuan Agung tetapi kali ini, mereka menyerang pula peribadi pembawa Islam itu sendiri iaitu Rasullullah SAW," katanya.

Beberapa hari lepas, dua akaun Facebook menggunakan nama 'Calvin Gani' dan 'Rakyat Anarki' memaparkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini. - Bernama
Pas fail petisyen bagi Dun Air Lanas, Kok Lanas

10 Jun 2013
KOTA BHARU - Dua wakil calon Pas memfailkan petisyen pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Air Lanas dan Dun Kok Lanas bahawa keputusan PRU13 bagi kedua-dua kerusi pada 5 Mei lepas adalah tidak sah.

Mustapha Deris, 55, wakil Abdullah Ya'kub memfailkan petisyen itu bagi kerusi Dun Air Lanas manakala Shaberi Mohd Zin, 57, yang mewakili calon Pas Nik Mahadi Nik Mahmood bagi Dun Kok Lanas.

Kedua-dua petisyen difail melalui Hisham Fauzi Associates dan diserah kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noor  Haslinda Che Seman pada 2 petang.

Pada pilihan raya umum itu, calon Barisan Nasional (BN) Dun Air Lanas Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, 0 mengalahkan Abdullah dengan majoriti 795 undi. Mustapa turut memenangi kerusi Parlimen Jeli.
  
Calon BN Dun Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad pula menewaskan Nik Mahadi dengan majoriti 580 undi.

Petisyen pilihan raya Dun Air Lanas menamakan Mustapa, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dun Air Lanas Abdul Manan Ali dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden manakala bagi Kok Lanas, Shaberi menamakan Md Alwi, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dun Kok Lanas Adnan Hussin dan SPR sebagai responden.

Bercakap kepada pemberita, peguam Hisham Fauzi berkata petisyen bagi Dun Air Lanas difail kerana terdapat beberapa bukti berlaku sogokan pada pilihan raya itu manakala bagi Kok Lanas, pengundian awal dan undi pos diragui ketelusannya serta sogokan.

Beliau berkata pihaknya akan memfailkan tiga lagi petisyen esok melibatkan Parlimen Ketereh, Parlimen Machang dan Dun Selising. - Bernama
Bakal pengantin terbabit kemalangan libatkan 7 kenderaan
NORIZZAH BAHARUDIN
10 Jun 2013
Bakal pengantin terbabit kemalangan libatkan 7 kenderaan
Keadaan kereta dipandu Noridah remuk teruk sehingga barang hantaran dalam kenderaan itu turut rosak.
Bakal pengantin terbabit kemalangan libatkan 7 kenderaan
Proton Saga FLX remuk depan dan belakang.
Bakal pengantin terbabit kemalangan libatkan 7 kenderaan
Kenderaan ini turut terperosok bawah pacuan empat roda.
Bakal pengantin terbabit kemalangan libatkan 7 kenderaan
Toyota Innova yang remuk bahagian hadapan.
ALOR GAJAH - Seorang bakal pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan minggu depan berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbabit kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 215.8 Lebuhraya Utara-Selatan, di sini.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang kelmarin, Noridah Anin, 25, seorang kakitangan swasta berkata, dia yang memandu kereta jenis Proton Saga gagal mengelak sebuah motosikal Honda Wave yang terbabas selepas bergesel dengan sebuah van.

Motosikal yang ditunggang seorang pemuda berusia lingkungan 20-an itu juga tercampak ke lorong tengah.

Selepas itu, datang sebuah lori yang turut gagal mengelak lalu merempuh motosikal terbabit dan terseret sejauh 15 meter sebelum muncul sebuah Proton Waja yang cuba mengelak hingga berlaku enam pelanggaran lain.

"Proton Waja yang brek mengejut menyebabkan kereta dipandu saya hilang kawalan lalu merempuh kereta itu sebelum kereta saya pula dirempuh sebuah bas ekspres.

"Ketika itu saya membawa barang hantaran yang sebahagiannya rosak akibat kemalangan ini. Mujur saya hanya luka ringan," katanya yang dalam perjalanan pulang dari Sungai Buloh, Selangor ke Tangkak, Johor.

Kemalangan itu juga turut melibatkan rempuhan daripada Perodua Myvi, kereta pacuan empat roda, Proton Saga FLX dan sebuah Toyota Innova.

Bagaimanapun, kesemua mangsa yang terlibat dalam rempuhan itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Sementara itu, pemandu lori, Mohd Khalili Md Yunos, 32, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke Cheng, Melaka untuk menguruskan dokumen kenderaan baru syarikat sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah di Muar, Johor.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang lelaki terbabit bergesel dengan sebuah van dari lorong kecemasan ke lorong kiri.

"Disebabkan jarak lori dan motosikal berkenaan terlalu dekat, saya gagal mengelak dan merempuh motosikal terbabit," katanya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Jangan sebar ayat al-Quran di laman sosial jika tak tahu makna
SITI FATIHAH AWANG
10 Jun 2013
Mohamad Shukri Mohamad
Mohamad Shukri Mohamad
KOTA BHARU – Masyarakat dinasihatkan tidak menyebarkan hadis dan ayat al-Quran secara bebas di laman sosial jika tidak tahu maksud asal ayat tersebut kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada sesiapa sahaja yang mengamalkannya.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, perkara tersebut kini semakin berleluasa yang akhirnya boleh menyesatkan pengamalnya jika tidak dibendung dengan jalan yang betul.

“Itu salah satu daripada jalan untuk kita sesat, zaman nabi dulu pun agama kita (Islam) pernah dicabar untuk disesatkan, dengan pelbagai cara, kini terbukti, sehingga zaman sekarang pun masih ada lagi perkara tersebut walaupun ianya tidak keterlaluan.

“Mereka cipta sesuatu ayat itu adalah Bida’ah, maka, ia menyesatkan pengamalnya, kita kena berhati-hati, sebaliknya carilah ustaz atau ustazah yang diakui ilmunya untuk berkongsi tentang perkara-perkara seperti itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan penceramah bebas, Dr Zahazan Mohamed yang turut menyifatkan isu tersebut akan menjadi lebih kronik dan mempunyai impak yang sangat besar kepada masyarakat jika ia terus dibiarkan.

Menurut Shukri, ayat-ayat yang terkandung dalam al-Quran bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan mainan mana-mana pihak kerana orang tersebut akan tersesat jika menggunakannya dengan niat yang tidak betul atau cara yang salah.

Beliau turut berkata, perkara itu kini menjadi salah satu cabaran dalam akidah orang Islam dan seharusnya setiap masyarakat perlu lebih peka dengan perkara tersebut.

“Nasihat saya, gunalah media baru, internet dengan cara yang betul, tidak salah kita berkongsi ilmu, tetapi pastikan apa yang nak dikongsi itu adalah betul dan diakui maksudnya, jangan ‘copy dan paste sahaja, sekarang ini macam-macam cara orang nak sesatkan kita, jadi berhati-hati dengan semua itu,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengulas tentang isu beberapa pihak yang meminta agar kerajaan mengeluarkan Akta Derhaka untuk membantu menyelesaikan hal-hal yang berkaitan dengan penghinaan terhadap institusi beraja dan sebagainya.
Beliau berkata, perkara tersebut harus diteliti oleh pihak yang sepatutnya supaya tidak timbul masalah lain melibatkan pengeluaran akta tersebut.

“Kita harus serahkan perkara ini pada yang pakar iaitu bahagian undang-undang, mereka lebih layak untuk menetapkan apa yang terbaik dalam penyelesaian isu ini.

“Undang-undang yang dibentuk sebelum ini semuanya adalah untuk memastikan keharmonian rakyat terjamin, kita tidak perlu bimbang tentang perkara tersebut, ada atau tidak ada akta itu terletak pada yang pakar menentukannya,” katanya.
Remaja mengaku pernah terlanjur
SHAIFUL AZHAR AHMAD ALI
10 Jun 2013
Remaja mengaku pernah terlanjur
Kesemua suspek dibawa ke Balai Polis Kulim sebelum diserahkan kepada PADK.
KULIM - Polis menahan tiga pelajar lelaki dan seorang perempuan, berusia di antara 16 hingga 17 di dalam pondok rehat di Taman Tasek Kulim kira-kira jam 3 pagi semalam.

Ketika ditahan ke semua terlibat berada dalam keadaan gelap manakala pelajar perempuan berkenan dilihat sedang baring di paha teman lelakinya.

Menurut pelajar perempuan terlibat, dia bersekolah di Selama Perak dan datang bersama tiga rakan lain ke Kulim untuk bersiar-siar.

Dari siasatan dijalankan, pelajar perempuan itu mengaku pernah terlanjur bersama kekasihnya itu beberapa kali.

“Ibu saya sudah tahu perkara itu kerana sebelum ini kami pernah ditangkapnya.

"Kami juga merancang untuk berkahwin sebaik sahaja tamat persekolahan nanti. Bagaimanapun teman lelaki saya harus mencari pekerjaan terlebih dahulu.

"Keluarga kami juga sudah tahu hubungan kami ini dan mereka mendesak supaya kami dinikahkan dengan seberapa segera. Bagaimanapun ia terpaksa ditangguhkan kerana kami masih bersekolah. Sekiranya kami sudah bekerja, sudah pasti sekarang ini kami sudah pun menjadi suami isteri,” katanya.

Kesemua suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan sebelum diserahkan kepada Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) untuk tindakan lanjut.

Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 9 (1) (2) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988.

Sementara itu, Ketua Bahagian Penguatkuasa PADK, Azmi Rejab berkata, dari kenyataan diambil keluarga pelajar perempuan mendapati dia sering keluar bersama teman-teman dan enggan mendengar nasihat keluarga.

“Saya berpendapat sekiranya ada dalam kalangan remaja perempuan bawah umur terutama pelajar sekolah terlibat dalam perhubungan sosial sehingga menjejaskan maruah mereka, saya cadangkan supaya mereka dinikahkan dari terus melakukan zina.

"Ibu bapa boleh membuat permohonan di Mahkamah Syariah untuk menikahkan anak perempuan mereka. Dengan cara ini saja mereka berada di laluan yang betul dan belajar erti tanggungjawab,” katanya.
'Kami sekeluarga dimalukan'
SYAIRAH ABD LAJIS
10 Jun 2013
'Kami sekeluarga dimalukan'
Abdul Hamid dan Norizan menunjukkan surat perjanjian serta resit pembayaran yang telah dibuat.
JOHOL – Sepasang suami isteri mendakwa malu apabila katering yang ditempah untuk menyediakan hidangan pada majlis perkahwinan anaknya, kelmarin tidak muncul hingga saat akhir.

Abdul Hamid Alias, 56, dan isterinya, Norizan Harun, 55, dari Rumah Rakyat Air Mawang, dekat sini juga hampir menemui jalan buntu apabila syarikat katering yang berpusat di Padang Temu, Melaka itu gagal menyediakan perkhidmatan dijanjikan.

Menurut Abdul Hamid, dia membuat tempahan secara pakej berjumlah RM17,000 pada awal tahun ini dengan syarikat katering berkenaan melibatkan makanan dan minuman, khemah serta kerusi meja untuk 2,000 tetamu sempena majlis perkahwinan anak lelakinya, Mohamad Haziz dan pasangan, Noraini Salamun.

"Sebaik saja bersetuju, saya membayar pendahuluan sebanyak RM7,000. Mengikut perjanjian, khemah akan didirikan dua hari sebelum majlis, iaitu pada Khamis lalu. Tapi sampai jam 6 petang, mereka masih tidak muncul," katanya.

Menurutnya, dia kemudian menghubungi pihak katering terbabit beberapa kali, namun panggilan tidak berjawab.

"Saya bimbang dan menghubungi seorang kenalan di Muar untuk pergi ke rumah pengurus katering itu di Melaka. Malangnya, tiada sesiapa pun di rumah itu.

"Jumaat lalu, saya sekali lagi menghubungi mereka tetapi talian telefon dimatikan," katanya.

Menurutnya, kerana kesuntukan masa dan tidak mahu ambil risiko, dia membuat keputusan bersama keluarga, sahabat dan jiran untuk bergotong-royong memasak serta mendirikan khemah sendiri, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, katanya, ketika semua sedang sibuk menyediakan persiapan majlis berkenaan kira-kira 1.30 pagi Sabtu lalu, pihak katering berkenaan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya.

"Dalam SMS itu, dia minta maaf kerana ada masalah tidak dapat dielakkan dan akan memulangkan wang RM7,000 itu secepat mungkin," katanya.

Menurut Abdul Hamid, walaupun mendapat penjelasan dari pihak katering, namun ia bukan satu jawapan memuaskan.

"Saya anggap perbuatan mereka tidak munasabah. Ini satu penipuan, memalukan kami sekeluarga. Jika mereka jujur, kenapa tidak beritahu lebih awal. Kenapa tidak mengangkat telefon apabila kami hubungi?," katanya.

Berikutan itu, Abdul Hamid meminta pihak katering berkenaan bukan saja memulangkan RM7,000 itu, sebaliknya bayaran ganti rugi sebanyak RM5,000.

“Saya beri tempoh sehingga Khamis ini, jam 2.30 petang bagi dia memulangkan wang. Sekiranya gagal berbuat demikian, saya tidak teragak-agak membuat laporan polis sebelum tindakan undang-undang diambil," katanya.

Sementara itu, Sinar Harian cuba menghubungi pihak katering terbabit untuk mendapatkan maklum balas, bagaimanapun talian telefonnya dimatikan.

Tiada ulasan: