Ahad, 9 Jun 2013

INSYAALLAH...JIKA ALLAH PANJANGKAN UMUR MASING2....INGAT... UMUR ALLAH YANG PEGANG

Marina Mahathir jauh lebih matang dari bapanya

Harakahdaily, 09 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Menghairankan mengapakah Tun Mahathir tidak mahu mengikut jejak langkah anak perempuannya Marina, tulis blogger Omak Kau.

Ini berhubung sekeping gambar yang memperlihatkan hubungan yang mesra antara Marina Mahathir dengan Nurul Izzah Anwar.

Berikut ulasan blogger Omak Kau.

Tidak semestinya dinobatkan oleh para pengkagum dan pemujanya sebagai negarawan paling ulung pernah dilahirkan di negara ini bersifat berjiwa besar, matang dan profesional dalam tindak tanduknya.

Itulah yang dapat Omak Kau tafsirkan mengenai rakaman gambar di atas.

YB Nurul Izzah Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Ybhg Datuk Paduka Marina Mahathir Tun Dr Mahathir.

Kelihatan cukup mesra dan mampu ketawa bila bersua muka.

Umum sudah pun mengetahui yang DSAI sejak pembebasannya tahun 2006 lagi telah memaafkan apa jua tindakan zalim dan fitnah yang dikenakan terhadap dirinya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad namun sampai sekarang negarawan yang dikatakan paling ulung oleh para pengkagumnya masih dilihat mempunyai sifat dendam dan terus menyerang DSAI dengan pelbagai fitnah usang dengan cerita diulang tayang.

Di situ terletaknya perbezaan jiwa antara DSAI dengan Tun M..paling menghairankan mengapakah Tun M tidak mau mengikut jejak langkah anak perempuannya Marina?

Bolehkah mangsa curi redha – TG Nik Aziz

Harakahdaily, 09 Jun 2013
KUALA LUMPUR: “Jika seorang pencuri mengajak mangsa redha dengan kecurian dan tidak perlulah lagi berusaha mendapatkan lagi haknya?” tanya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS itu menulis demikian di Facebooknya sebagai respons kepada seorang pemimpin Umno Kelantan yang mengajak Pakatan Rakyat menerima sahaja keputusan pilihan raya baru-baru ini.

“Saya membaca Sinar Harian hari ini yang memuatkan kenyataan seorang pemimpin UMNO Kelantan yang mengajak Pakatan Rakyat menerima sahaja keputusan pilihan raya, usahlah dipersoalkan lagi ketelusannya.


“Saya terfikir, jika seorang pencuri mengajak mangsa redha dengan kecurian dan tidak perlulah lagi berusaha mendapatkan lagi haknya, bolehkah mangsa tersebut redha?” tulis beliau.

Hairie Othman merajuk PR lupakan artis selepas PRU

Dari blog Amno World, 09 Jun 2013


Hairie Othman Merajuk PR Lupakan Artis Selepas PRU. Tiada panggilan untuk ceramah.

Tiada apa-apa jemputan. Tiada apa-apa event yang dia perlu hadiri. Pendek kata tiada apa-apa.

Dia terasa dilupakan, tidak dihargai, dipinggirkan dan segala2 yang berkaitan la.


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/#ixzz2Vh2wFQe0

Isu Pasar Payang: Siapa Tipu Siapa?

Buletinonline, 09 Jun 2013


KUALA TERENGGANU: Sembilan puluh lima peratus (95%) peniaga di Pasar Besar Kedai Payang (Pasar Payang) gelisah dan melahirkan rasa bimbang dengan tindakan pihak berkuasa memutuskan untuk merobohkan segera pasar berkenaan untuk dirikan bangunan baru diatas tapaknya.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Pasar Payang, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah (Raja Bahrin - gambar tengah) berkata para peniaga di Pasar Payang kini bimbang kerana telah ada pihak individu yang datang membuat ukuran, bancian dalam pasar tersebut.

Katanya, tindakan itu boleh menjejaskan emosi rakyat terutama di kalangan para peniaga yang bakal ‘kehilangan’ tempat perniagaan yang menjadi sumber rezeki mereka.

Beliau turut melahirkan rasa sedih dan simpatinya kepada para peniaga Pasar Payang dalam suasana hampir menjelang bulan Ramadan tidak lama lagi dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

“Kita (umat Islam) hendak puasa tidak berapa lama lagi dan hendak raya (Aidilfitri). Ini suatu perkara yang sangat menyedihkan, apabila para peniaga (Pasar Payang) kini berada dalam kebimbangan kerana tempat mereka berniaga mencari rezeki sejak sekian lama akan ‘hilang’.

“Kita (PAS) agak terkejut sehari-dua selepas Menteri Besar (Ahmad Said) mengangkat sumpah, satu arahan dikeluarkan kepada Bandaraya (MBKT) untuk menyiapkan kertas Exco untuk meluluskan projek ini secara bersegera. Kenapa kerajaan negeri begitu tergesa-gesa untuk memulakan projek ini,” soalnya.

Menurutnya, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pula enggan bertolak ansur dengan bantahan rakyat serta mahu segera meneruskan projek bernilai RM400 juta itu.

Raja Bahrin mempersoalkan dakwaan MB Terengganu itu bahawa hanya ‘segelintir’ pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan merobohkan Pasar Payang tersebut.

Pada 20 Februari lalu, Ahmad Said berkata bantahan segelintir peniaga berhubung cadangan kerajaan negeri membina pasar baru Pasar Payang selesai apabila mereka bersetuju dengan cadangan tersebut hasil pertemuan beliau dengan pihak terbabit.

Ahmad Said mendakwa, dalam pertemuan itu yang diadakan di Seri Iman, Menteri Besar bersetuju menerima cadangan peniaga untuk menempatkan semula semua peniaga yang beroperasi di Pasar Payang ke bangunan baru setelah pembinaannya siap kelak.

Sebaliknya Raja Bahrin berkata, berdasarkan kajiselidik serta maklum balas dari pelbagai pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) membuktikan bukan segelitir tetapi majoriti rakyat membantah.

Bahkan katanya, disebaliknya dakwaan Ahmad isu terbabit selesai, sebanyak 22 NGO telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri,pada 23 Februari, tiga hari selepas kenyataan Ahmad itu.

“Saya ingin mempersoalkan kenyataan Menteri Besar (MB) yang mendakwa hanya ‘segelintir’ yang tidak setuju dan bantah. Saya ada bukti sebelum ini, satu memo bantahan daripada 22 NGO juga telah dibuat dan diserahkan kepada Perdana Menteri (Najib Razak) pada tarikh 23 Februari 2013 lalu, sewaktu lawatan di Pasar Payang dan Hentian Bas MBKT.

“Kita (PAS) juga pernah kumpulkan tandatangan rakyat termasuk orang luar yang tidak setuju Pasar Payang dirobohkan dan lebih 98 peratus dari kajiselidik kita orang tidak bersetuju.

“Ini banyak bukti yang menunjukkan orang tidak setuju. Jadi kenyataan MB kata ‘segelintir’ itu kita (rakyat) tidak boleh terima kerana tidak ada bukti yang menunjukkan segelintir tetapi sebaliknya majoriti ramai tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan itu,” jelasnya.

Katanya, pihak Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Pasar Payang juga mengambil inisiatif mendapatkan tandatangan sokongan orang ramai termasuk pengunjung luar dan pelancong.

Selain itu, kata Dato’ Raja Kamarul Bahrin lagi, isu keselamatan yang ditimbulkan sebelum ini dilihat ada keraguan berdasarkan laporan Jabatan Kerja Raya (JKR) sendiri.

Beliau menjelaskan, berdasarkan laporan JKR pada tahun 2010 itu memang ada kerosakan pada struktur tiangnya tetapi hanya berlaku bahagian di dalam air iaitu melibatkan pasar ikan sahaja.

“Kenapa disebabkan tiang, kita (kerajaan) hendak rombak semuanya kerana kita tahu yang terlibat di bahagian air itu, hanya sebahagian dari pasar ikan. Jika tidak selamat sudah tiga tahun, sudah lama runtuh.

“Kita (PAS) ada rekod semuanya, tapi jika hendak buat juga (pasar baru) seperti mana dicadangkan (bangunan hotel dan apartmen), buatlah di tempat lain dan bukannya di tapak Pasar Payang,” tegasnya.

NGO yang telah menghantar memorandum bantahan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak pada 22 Februari lalu iaitu Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Melayu Negeri Terengganu, Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Melayu Cawangan Kuala Terengganu, Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Melayu Cawangan Kompleks Hentian Bas MBKT, Dewan Perniagaan melayu Malaysia Negeri Terengganu, Dewan Perniagaan & Perindustrian Cina Negeri Terengganu, Dewan Perniagaan & Perindustrian India Negeri Terengganu, Majlsi Belia Negeri Terengganu.

Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu, Persatuan Agensi Pelancongan, Pengembaraan Malaysia Cawangan Kuala Terengganu, Persatuan Sejarah Negeri Terengganu, Persatuan Peniaga-peniaga Ikan Melayu Negeri Terengganu, Persatuan Penjual Melayu Pasar Chabang Tiga Kuala Terengganu, Persatuan Penanam Sayur & Pengeluar Buah-buahan Negeri Terengganu.

Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Terengganu, Persatuan Hotel Bajet Negeri Terengganu, Persatuan Penarik-penarik Beca Negeri Terengganu, Persatuan Peniaga Melayu Pasar Malam Negeri Terengganu, Persatuan Penjaja Melayu Pasar Malam dan Pekan Sehari Kuala Nerus, Persatuan India Muslim Negeri Terengganu, Persatuan Pembatek Negeri Terengganu, Persatuan Ibu Tunggal Negeri Terengganu dan Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Terengganu Selatan.

Di negeri Umno terkuat tanah Melayu tergadai kepada 130,000 rakyat asing

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 09 Jun 2013

Di negeri UMNO paling kuat di dunia, tanah Melayu tergadai kepada 130,000 rakyat asing..


Malaysia adalah antara segelintir negara di Asia Tenggara yang benarkan warga asing membeli hartanah ‘FreeHold’.

Jual boleh tetapi mengapa biarkan warga asing memiliki harga kenapa senario seperti ini terus berlaku?

Cara Indonesia mengawal pemilikan hartanah kepada warga asing yang mana hanya dibenarkan tempoh pemilikan pajakan maksima selama 30 tahun sahaja lebih dihormati.. tetapi cara Malaysia?

Lihat di sini

PRU14: Ambil alih Putrajaya dan tawan Sabah

Harakahdaily, 09 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Pemimpin dan ahli DAP akan mula membuat persediaan untuk Pilihan Raya Umum ke-14 dengan dua matlamat – membuat perubahan di peringkat Persekutuan dan juga kerajaan negeri Sabah, kata Ketua anggota Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Katanya, matlamat Pakatan Rakyat di Sabah untuk memenangi sekurang-kurangnya sepertiga dari 26 kerusi parlimen di negeri ini tidak tercapai dalam pilihan raya lalu.

Sasaran ini dibuat bagi membolehkan PR mengumpul 33 kerusi parlimen dari tiga negeri “deposit tetap” Sabah, Sarawak, dan Johor, untuk membantu mencukupkan kerusi parlimen yang diperlukan untuk PR menawan Putrajaya.

Dalam pilihan raya yang lalu, Pakatan Rakyat hanya berjaya mendapatkan 14 kerusi Parlimen di ketiga-tiga negeri “deposit tetap” Sabah, Sarawak, dan Johor (Sabah 3, Sarawak 6, Johor 5).

Ia hanya 16.9% dari keseluruhan 83 kerusi parlimen yang dipertandingkan di ketiga-tiga negeri dan bukannya 33.3% seperti yang disasarkan.

Walaupun sasaran Pakatan Rakyat untuk mendapatkan 33 kerusi parlimen di negeri-negeri “deposit tetap” Sabah, Sarawak, dan Johor tidak tercapai, satu hakikat yang tidak dapat diabaikan berikutan keputusan PRU 13 itu ialah bahawa ketiga-tiga negeri Sabah, Sarawak, dan Johor tidak lagi boleh dianggap sebagai “deposit tetap” bagi Barisan Nasional.

Persaingan untuk memenangi hati dan minda rakyat Sabah, Sarawak dan Johor kini terbuka sepenuhnya untuk semua pihak, tambah Kit Siang yang menang di Gelang Patah, Johor.

Bagi Sabah, katanya, kehadiran pembangkang semakin jelas dalam Dewan Undangan Negeri Sabah setelah dua dekad tidak menyaksikan adanya pembangkang yang kuat di sana.

Kini DUN Sabah dianggotai oleh 11 Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Pakatan Rakyat (4 DAP, 7 PKR) dan seorang daripada Star.

Bagaimanapun, katanya, pilihan raya umum pada 5 Mei lalu memberi pengajaran berharga kepada Pembangkang di Sabah, memandangkan Barisan Nasional dapat ditewaskan di empat kerusi parlimen dan lapan kerusi dewan undangan negeri jika tidak berlaku perpecahan undi untuk calon-calon Pembangkang.

Empat kerusi parlimen itu ialah P. 168 Kota Marudu, P. 180 Keningau, P. 181 Tenom dan P. 182 Pensiangan, manakala lapan kerusi DUN yang berkenaan ialah N.11 Kiulu, N.29 Kundasang, N. 31 Paginatan, N. 32 Tambunan, N. 34 Liawan, No. 35 Melalap, N.38 Nabawan dan N.45 Elopura.

Malah, jika Pembangkang bersatu ia mungkin boleh memenangi 11 kerusi Parlimen dan 26 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Kerusi Parlimen iaitu tiga yang telah dimenangi, ditambah dengan empat yang terlepas daripada genggaman kerana undi pecah, dan empat lagi kerusi, iaitu P. 177 Beaufort, P. 170 Tuaran, P. 179 Ranau dan P. 169 Kota Belud.

Kerusi DUN adalah 12 yang ada sekarang, ditambah dengan lapan yang terlepas kerana undi pecah dan enam lagi, iaitu N.2 Tanjong Kapor, N.30 Karanaan, N.36 Kemabong, N. 37 Sook, N. 44 Karamunting dan N.46 Tanjong Papat.

"Bagi PRU13 saya percaya lebih mudah untuk Pakatan Rakyat merebut Kerajaan Persekutuan di Putrajaya daripada memenangi Kerajaan Negeri Sabah," katanya.

Bagaimanapun, Pakatan Rakyat menghadapi cabaran yang amat berbeza untuk PRU14 kerana ia mempunyai dua objektif serangkai – untuk memenangi Kerajaan Persekutuan di Putrajaya dan juga merebut Kerajaan Negeri Sabah.

"Atas sebab ini, saya ingin mengingatkan para pemimpin, ahli, dan penyokong DAP serta Pakatan Rakyat bahawa kita tidak mempunyai masa untuk berehat kerana kita harus segera memulakan kerja untuk mencapai matlamat yang gagal kita capai dalam PRU13, selain untuk memastikan yang kita berjaya membina asas yang kukuh untuk turut memenangi Kerajaan Negeri Sabah dalam PRU14," tegas Kit Siang.

Atas sebab ini juga, selain empat kerusi DUN yang telah DAP miliki, DAP Sabah akan segera memberikan tumpuan terhadap 13 kawasan untuk membantu Pakatan Rakyat mencapai kedua-dua matlamatnya dalam PRU14.

Kawasan-kawasan terbabit adalah Elopura, Karamunting, Tanjong Papat, Tanjong Aru, Karanaan, Paginatan, Tanjong Kapor, Melalap, Kemabong, Liaiwan, Sook, Tambunan dan Merotai.

Tambah Kit Siang, untuk membantu kempen DAP dan PR di Sabah bagi PRU14, Ahli-ahli Parlimen dan ADUN DAP di dalam dan luar Sabah digalakkan untuk mengambil salah satu dari 13 kawasan berkenaan sebagai kawasan angkat.

Jawatankuasa Negeri Sabah bersama-sama dengan Teresa Kok, penyelaras CEC bagi Sabah dan Sarawak, akan merangka perincian bagi program “kawasan angkat” ini yang akan membolehkan lebih daripada seorang wakil rakyat DAP untuk dilantik sebagai wakil rakyat angkat bagi setiap satu dari 13 kawasan terbabit.

"Sebagai langkah mula, saya akan mengambil peranaan sebagai DUN angkat memandangkan saya telah melawat Ranau untuk Pesta Kaamatan Kg Sarapong kelmarin," katanya.

Tiada ulasan: