Posted on Saturday, June 08 @ 15:00:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: rozmal
"Kepada mereka yang ingin membantu sila hubungi Ustaz Shaifudin 06-7911141 atau 013-3991359. Bantuan kewangan boleh disalurkan melalui nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) iaitu 05058010003417 atas nama Pusat Pendidikan Islam Al-Irshad.

Pelajar tahfiz hilang tempat tinggal
8 Jun 2013
LABU
- Seramai 20 pelajar Pusat Pendidikan Islam Al-Irshad, di sini hilang
tempat tinggal apabila sebahagian blok menempatkan asrama pelajar
berkenaan terlibat dalam kebakaran, malam kelmarin.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 malam di Batu 10, Jalan Labu itu turut memusnahkan bilik pengetua sekolah berkenaan.
Pengetuanya,
Shaifudin Maulup, 38, bagaimanapun berkata, mujurlah tiada sesiapa di
situ semasa kejadian berlaku berikutan kesemua 45 pelajar maahad tahfiz
terbabit sedang bercuti sekolah.
“Ketika
insiden berlaku, saya dan pembantu tadbir, Mohd Ezairy Ujang, 37, pula
sedang menghadiri satu program ceramah keagamaan di Tampin sempena
sambutan Israk Mikraj.
“Kami bergegas
pulang selepas dimaklumkan isteri saya yang juga guru besar Sekolah
Rendah Tahfiz Al-Quran Intergrasi Al-Irshad, Sharifah Norasyida Syed
Nordin, 38, tentang kebakaran tersebut,” katanya ketika ditemui Sinar
Harian di sini, semalam.
Menurut
Shaifudin, sebaik sahaja tiba di sekolah berkenaan sekitar jam 11.25
malam, pihaknya mendapati api sudah pun dipadamkan oleh bomba, namun
pelbagai kitab dan dokumen penting hangus dijilat api.
“Justeru,
kita akan berbincang dengan ahli lembaga sekolah bagi mencari jalan
menempatkan 20 pelajar lelaki terbabit yang berusia antara 14 hingga 15
tahun.
“Bagaimanapun, perkara ini agak
sukar dilaksanakan memandangkan pihak sekolah sedang menghadapi masalah
kewangan untuk membaik pulih bangunan berusia 56 tahun itu,” katanya.
Mengulas
tentang bantuan orang ramai pula, Shaifudin berkata, pihaknya amat
mengalu-alukan sebarang pertolongan atau derma bagi meringankan beban
ditanggung .
“Orang ramai yang
prihatin boleh menghulurkan sumbangan kepada pihak sekolah di alamat
Pusat Pendidikan Islam Al-Irshad, Batu 10, Jalan Labu, 71900 Labu yang
boleh dihubungi melalui talian 06-7911141 atau 013-3991359.
“Selain
itu, bantuan kewangan juga boleh disalurkan melalui nombor akaun Bank
Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) iaitu 05058010003417 atas nama Pusat
Pendidikan Islam Al-Irshad,” katanya.

Sementara
itu, Ketua Operasi, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran
negeri, Jamaluddin Marawi berkata, pihaknya segera ke tempat kejadian
selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira jam
9.47 malam.
“Sebanyak dua jentera dari
Balai Bomba dan Penyelamat Nilai membabitkan 12 anggota dikejarkan ke
lokasi bagi menangani kebakaran tersebut.
“Selain
itu, kita turut dibantu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat
Seremban dengan kekuatan lapan anggota, di mana menyaksikan kebakaran
berjaya dikawal dalam tempoh lima minit dan dipadam sepenuhnya 20 minit
kemudian,” katanya.
Terharu : Dr.Mursi melaungkan azan,ketika sedang berucap [Mesir]
Posted on Saturday, June 08 @ 14:58:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: abuluqman
"
Posted on Saturday, June 08 @ 14:58:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: abuluqman
"

MASUK WAKTU :Dr.Mursi melaungkan azan,ketika sedang berucap(Mesir
Sedutan video dari ucapan Dr. Muhammad Mursi ( Presiden Mesir ) yang berlangsung di daerah Iskandariah..
Ketika sedang berucap dihadapan rakyat Mesir dan kebetulan masuknya waktu solat fardhu Isyak di kawasan itu, lantas Dr. Mursi menghentikan ucapannya dan terus melaungkan kalimah azan yang suci yang menjadi syiar Islam...para hadirin bersorak kerana kagum dan bersyukur mempunyai pemimpin yang soleh seperti Dr. Mursi ini...
Untuk maklumat Selanjutnya ..VIDEO Klik SINI
Ku Li berundur dan tidak akan bertanding pada PRU14
Posted on Saturday, June 08 @ 14:56:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline

Mengiku berita daripada Bernama, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) telah menyatakan hasratnya untuk berundur dan tidak lagi menawarkan diri untuk bertanding mempertahankan jawatan itu pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).
Menurutnya, keputusan itu diambil sebagaimana yang diumumkan sebelum PRU13 lalu dan menyerahkan kepada rakyat Gua Musang untuk memilih pemimpin baru selepas ini yang lebih berwibawa dan mampu memberi khidmat terbaik.
Agaknya siapa pula pimpinan veteran akan mengikut jejak langkah ini. Sebelum ini TGNA telah menyatakan hasrat yang sama dan mungkin tidak bertanding pada PRU14.
....
Sila layari
Ku Li berundur dan tidak akan bertanding pada PRU14
Biar betul Hairie??
Posted on Saturday, June 08 @ 14:54:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline
Terlihat di Warta Perdana, dengan tajuk besar "Kesian Hairie: Dilupakan selepas Pakatan Rakyat Menang 3 Negeri".
Saya bersifat terbuka dan saya rasa setiap orang yang bergiat dengan politik terutama PAS seharus sedar bahawa setiap gerak geri kita akan dimanipulasi untuk memburukkan gerakan Islam dan Jamaah Islam (PAS).
Saya tak buka dan tak baca pun, sekadar meneliti ayat demi ayat di hadapan warta ini sudah cukup untuk saya faham bahawa wartawan warta mencari berita sensasi... ayat "selaku aktivis yang turut membantu kemenangan Pakatan Rakyat" itu sudah jelas berbeza dengan berita mengenai Hairie sebelum PRU13... "Hairie lupa daratan", "tak kenang budi"... ITULAH BUDAYA PEMBERITAAN DI MALAYSIA DI BAWAH KERAJAAN UMNO @ BN.
Sama juga wartawan akan menalifon mana-mana pemimpin PAS yang agak kontraversi untuk dapatkan berita, jika pemimpin itu menjawab secara jujur pandangannya dan kalau pandangan itu kontra dengan pimpinan PR, WAH INI BERITA HEBAT TAJUK UTAMA... BOLEH LAGA AHLI PAS, BOLEH BODOHKAN PEMBACA PAS!!
Yang menjadi bangang.. ada ahli-ahli ulas dengan panjang lebar kutuk itu dan kutuk ini berita yang disiar tanpa sebarang maklumat yang BENAR!! Apa maksud saya maklumat yang "benar" harus difahami dalam konteks Islam!
Sama dengan Hairie.. Dia sekadar memberitahu secara jujur bahawa dia tidak diundang hampir sebulan selepas PRU13. Tapi ayat-ayat di warta Perdana seolah-olah Hairie kesal!! Ini kerja MENJAHANAMkan!!
...dan kita tahu selepas PRU13 masih tak banyak ceramah melainkan BlackOut505 sahaja.
Walau bagaimana pun mana-mana pimpinan PAS yang rapat dulunya dengan Hairie apa salah jengok dan kunjung.. Jangan buat sibuk aje mentang dah jadi YB. Ingat juga masa kita sebelum jadi YB dulu.
Zairah merapatkan silahturrahim dan menjauhkan fitnah.. kerana sekarang ini ramai orang suka buat fitnah itu ini di media sosial terutama kepada semua pimpinan PAS baik Ulama dan Profesional....
.....
Sila layari
Biar betul Hairie??
Belum berlawan dah mengaku kalah, baik tak yah bertanding!
Posted on Saturday, June 08 @ 14:51:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: senik
"
Assalamualaikum,,
Perumpamaan sebuah pasukan bola sudah mengaku kalah sebelum tiupan
wisel pertama lagi, natijahnya kalahlah jawabnya, begitu juga kalau
perlantikan Mahfuz sebagai PJ dianggap tidak akan membawa Kedah kembali
kepada PAS/PR maka tak payah bertandinglah PAS Kedah kerana najitahnya
akan kalah jua, begitu juga kalau MB Kelantan yang baru dianggap akan
gagal mempertahankan Kelantan maka tunggulah masanya, PAS kembali
menjadi pembangkang seperti dulu dulu. Inilah barangkali natijah yang diingini oleh setengah penyokong PAS tapi sedar kah mereka bahawa dalam satu hadis Qursi, ALLAH berfirman yang antara lain maksudnya, ALLAH bertindak mengikut apa yang difikirkan oleh manusia.Atau kata orang orang lama (kalau disebut ulamak mungkin ada yang marah sebab ulamak lembab dalam politik) , kata kata seseorang itu adalah doa jadi berhati hati dalam berkata kata.
Bestnya, awal awal lagi sudah ada penyokong yang mendoakan kekalahan PAS di Kelantan dan kegagalan PAS mengambil balik Kedah, jadi apa ker jadahnya bersungguh melawan kemungkaran kalau awal awal lagi mendoakan kegagalannya?
Ulamak diperlekehkan dengan dakwaan lembab dan tidak mempunyai ilmu politik.Ilmu politik apakah yang dimaksudkan itu tak tahulah pula.Penulis memahami bahawa Islam yang disebut DIN dalam quran itu bermaksud CARAHIDUP, seperti yang disyarahkan oleh UAI, Islam datang dengan syariat, apa yang boleh dan apa yang tidak boleh.Kata UAI dalam hal yang manusia sudah pandai seperti cara makan dan minum, Islam tidak perlu meletakkan syariat kerana fitrah manusia dilahirkan dengan ilmu atau kepandaian untuk makan dan minum, tetapi yang diletakkan syariat ialah apa yang boleh dimakan dan diminum sebab manusia tidak ada ilmu tentang perkara itu.
Begitu jugalah dalam berpolitik yang diwajibkan atas semua orang Islam kerana politik itu adalah sebahagian carahidup yang diletakkan syariat untuk mengawalnya.Ada cara politik yang dibenarkan dan ada cara politik yang tidak dibenarkan, itu politik Islam yang tertakluk kepada imu politik Islam.Berapa ramai antara umat Islam yang ada ilmu politik Islam berbanding dengan ilmu politik dari scholar lain? Scholar Aristotle dan Plato umpamannya yang menghalalkan cara atau semua perkara boleh dilakukan asalkan memberi keuntungan?
Kalau kembali kepada ilmu politik Islam, ada kerajaan yang dibenarkan dan ada kerajaan yang tidak dibenarkan.Mana mana golongan yang mahu mengikuti politik Islam yang matlamatnya melampaui Putra Jaya mesti tegas dengan panduan yang telah digariskan oleh Islam.Jadi kalau ada orang perlekehkan kerana gagal ke Putra Jaya, biarkan, lagipun tiada maknanya kerajaan yang gagal melaksanakan syariat ALLAH kerana ditentang oleh orang Islam sendiri.Apa guna kemenangan kalau ianya hanya diperlekehkan oleh orang Islam sendiri.
Biarlah orang nak kata apa, tetapi ingat pengajaran dalam Quran mengenai pemuda ALKahfi yang lari kehutan kerana menyelamatkan diri dari kerajaan yang mungkar, kita juga diingatkan oleh Baginda Nabi supaya lari ke hutan dan memakan daun daun kayu kalau kerajaan sudah tidak mampu dilawan kerana kemungkarannya.
Tiada gunanya meruntuhkan satu kezaliman dan diganti dengan kezaliman yang lain, lebih parah kalau kita ada saham dalam kezaliman yang baru itu.
Janji ALLAH dan Rasulnya benar, antara janji Rasul ialah supaya sentiasa berdoa dan berharap dengan pertolongan ALLAH dalam semua ikhtiar! bukan perlekeh dan pandang rendah dengan pemimpin yang berada dalam jemaah yang sama matlamatnya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan