Jumaat, 7 Jun 2013

BUKAN ORANG MELAYU YANG DIJAMIN SYURGA...SETAKAT KAYA BANYAK KAUM2 YANG KAYA RAYA...YANG ALLAH LIHAT KEKASIH2NYA DAN ORANG TAKWA

Terharu Kisah Benar Seorang Pemmpin.. Negeri Yang Bersihkan Tandas. Siapa ?
Posted on Friday, June 07 @ 22:34:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: abuluqman

"

""Cerita seorang ustaz yang pernah menumpang tidur di masjid yang berdekatan dengan rumah Tuan Guru Nik Aziz (TGNA).

Sebelum subuh beliau dengar ada orang bersihkan tandas.. Kemudian beliau bangun dan pergi jenguk siapa. Alangkah terkejutnya beliau mendapati TGNA sendiri yang sedang mencuci tandas. Dengan perasaan hiba hampir menangis beliau bertanya kenapa Tok Guru yang bersihkan..? Lalu TGNA jawab,
"Ini antara cara saya buang ego dalam diri.."

TGNA, spritual leader Malaysia..

Untuk maklumat terkini  KLIK SINI
Manusia pun ada yang nak jadi hodoh dan jahat
Posted on Friday, June 07 @ 22:37:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline



Pada logik akan tidak manusia mahu jadi hodoh dan jahat. Kalau kita tanya semua penjenayah semuanya akan mengatakan dia mahu jadi baik.

Begitu juga kalau kita tanya yang hodoh dan buruk semuanya mahu jadi cantik dan elok. Tapi sungguh aneh apa yang berlaku di Brazil dimana seorang pemuda yang asalnya seorang yang kacak (lihat gambar asalnya di tepi kanan) telah melakukan pembedahan dan pemindahan sebahagian daripada muka anjing kepada diri sendiri untuk dilihat sebagai unik dan sesuatu yang sangat luar biasa.

No komen, kadang kala kalau manusia banyak sangat berfikir dia boleh jadi makin bodoh.

Ini pada rupa, TAPI DALAM JAMAAH BEGITU JUGA KALAU BANYAK SANGAT BERPOLITIK AKHIRNYA ADA DIKALANGAN AHLI MENJADI MAKIN JAHAT SEHINGGA AGAMA SENDIRI SANDARA DIRINYA UNTUK ALLAH DITINGGALKAN KERANA SEDIKIT PERSELISAHAN PENDAPAT..

Yang muka hodoh macam anjing diatas dia tak menyusahkan orang lain. TAPI KALAU YANG JAHAT DALAM JAMAAH MELAGA ITU DAN INI saya berpendapat lebih hodoh dan JAHAT daripada apa yang dilihat di atas!!

Hentikanlah perbalahan yang tak ada manafaat berhujahlah dengan hujah yang baik dan hindarkan fitnah serta caci maki...


.....
Sila layari
Manusia pun ada yang nak jadi hodoh dan jahat
  Fatwa Yusof Qardawi Hari Ini Dan Arahannya Dahulu
Posted on Friday, June 07 @ 22:35:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: Iqbal

"Siapa yang tak kenal Yusof Qardawi seorang ulamak besar masa kini, Cendekiawan Islam yang menjadi sumber rujukan masa kini. Arahan dan fatwanya jadi ikutan .

Dunia arab sentiasa bergolak. Sentiasa bermandikan darah. Pembunuhan dan berbunuh-bunuhan dah jadi perkara biasa. Maknanya nyawa begitu murah sekali. Rasa peri kemanusiaan  hilang sama sekali. Bayangkan lah kalau sembelih manusia dah macam sembelih lembu dan kambing.

Tepat sekali ALLAH mengangkar ramai para nabi-nabi dikalangan orang-orang arab. Apa yang berlaku dikalangan orang arab sebenarnya mencemarkan kemuliaan dan kesucian Islam. Tentunya payah kita nak mempromosikan Islam kepada yang bukan Islam.
Hari ini pergolakkan di syria menjadi tumpuan dunia. Bom sana bom sini jangan cakap lagi. Kanak-kanak dan wanita dibunuh berleluasa. Sembelih manusia pun dihebahk an kepada dunia.
Hari Yusof Qardawi mengeluarkan fatwa agar umat Islam berjihad menentang askar2 Bashar Asad dan puak Hezbollah. Yusof Qardawi kata puak Hezbollah adalah syaitan. ( tadi khutbah Jumaat, khatib menyebut hezbollah itu syaitan).
 Hezbollah syaitan yang bersama askar2 Basharmembunuh dan meyembelih rakyat syria (sunni) adalah hezbollah yang sama sewaktu berperang dengan Isreal diLebanon satu ketika dahulu. Waktu itu hezbollah disanjung dan dikagumi. Umat Islam di Malaysia diseru supaya berdoa agar kemenangan dipihak  hezbollah. Sewaktu pertempuran sedang memuncak di Lebanon MUFTI ARAB SAUDI mengeluar kan fatwa HARAM umat Islam membantu puak hezbollah. Ini kerana puak hezbollah adalah orang-orang syiah. Dan bagi yang mengkaji tahu syiah sebenarnya golongan sesat. Amalan ibadah mereka berbeza dengan ahli sunnah. Maka sebab itulah MUFTI ARAB SAUDI mengeluarkan fatwa HARAM tolong hezbollah.
Tapi fatwa MUFTI SAUDI itu disanggah oleh Yusof Qardawi. Sebeliknya beliau menyeru agar puak hezbollah hendaklah dibantu . Teruk mufti saudi itu dikritik. Dan dalam peperangan itu hezbollah dikatakan menang dalam menghadapi pasukan zionis. Pelbagai pujian keatas puak hezbollah dengan menyamakannya adalah kemenangan ISLAM.
Hari ini puak hezbollah yang sama membantu askar bashar membunuh dan menyembelih orang Islam sunni di syria.
Kalau dalam peperangan di lebanon mereka disokong dan dibantu...dipuji dan disanjung kerana dikatakan telah menaikkan dan membela maruah Islam TAPI puak yang sama dicop sebagai syaitan.
Seandainya dalam peperangan Lebanon dahulu hezbollah tidak dibantu dan kalah SUDAH TENTU mereka menjadi tidak sekuat seperti hari ini. Dan tentunya hari ini puak yang dilabel syaitan ini tidak dapat membantu askar bashar membunuh dan menyembelih orang-orang sunni.



10 Sahabat Yang Telah Dijamin Syurga

Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang petama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridho kepada mereka dengan mereka dan mereka ridho kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung.”
(Qs At-Taubah : 100)
Berikut ini 10 orang sahabat Rasul yang dijamin masuk surga (Asratul Kiraam).
1. Abu Bakar Siddiq ra.
Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran
(Surah At-Taubah ayat ke-40)
sebagaimana berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadits.
2. Umar Bin Khatab ra.
Beliau adalah khalifah ke-dua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Dijaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun karena dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.
3. Usman Bin Affan ra.
Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.
4. Ali Bin Abi Thalib ra.
Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Irak sekarang.
5. Thalhah Bin Abdullah ra.
Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.
6. Zubair Bin Awaam
Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.
7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.
8. Sa’id Bin Zaid
Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk memata-matai gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.
9. Abdurrahman Bin Auf
Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.
10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah
Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada periode kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam) karena penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.






 5 Orang melayu Terkaya Di Malaysia 2013
Posted on Friday, June 07 @ 21:10:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline



Menurut Majalah Niaga dot com 5 orang Melayu terkaya di Malaysia masih didahului oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang menguasai pelbagai industri di Malaysia. Orang Kedah dan merupakan pengasas Yayasan Albukhary. Dalam senerai keseluruhan merupakan orang ke-8 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 2.75 bilion



Tempat kedua pula ialah Shahril & Shahriman Shamsuddin. Kedua adik-beradik ini menjalankan perniagaan dalam industri gas dan petroleum. Merupakan CEO dan Presiden Sapura Kencana manakala adik beliau merupakan lembaga pengarah syarikat tersebut. Merupakan orang ke-12 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 1.05 bilion

Datuk Mokhzani Mahathir, anak kedua  Tun Mahathir Mohamad adalah yang ketiga Melayu terkaya yang menjalankan perniagaan dalam industri Gas dan Petroleum. Merupakan Naib Pengerusi Eksekutif di Sapura Kencana dan orang ke-15 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 980 juta.

Juga orang Kedah... ramai benar orang Kedah kaya raya!

Tan Sri Azman Hashim adalah Melayu keempat terkaya di Malaysia merupakan antara tokoh industri perbankan Melayu yang paling berjaya di Malaysia. Merupakan Pengerusi Ambank Group yang merupakan bank ke-5 terbesar di Malaysia dan orang ke-17 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 810 juta.



 Datuk Kamarudin Meranun adalah orang Melayu kelima terkaya di Malaysia merupakan tokoh terkemuka dan antara pemegang saham serta pengasas bersama dalam syarikat penerbangan Air Asia. Adalah rakan kongsi kepada Tony Fernandes, beliau juga adalah Timbalan Pengarah Eksekutif Air Asia Berhad sejak Disember 2001. Merupakan orang ke-20 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 635 juta.

Kita sedar bahawa pembahagian kekayaan negara perlu diagih secara adil dan bukan sama rata seperti memberikan BR1M kepada semua rakyat.

Kekayaan negara juga bukan dimonopoli oleh sesetengah golongan dan menepikan tanggungjawab sosial kepada golongan yang miskin.

Kita juga tidak mahu anak-anak pemimpin menjadi kaya raya buka kerana kebijaksanan dan usaha gigih tetapi kerana dia 'anak aku' dia kroni aku.

Rakyat perlu sedar dan insaf bahawa kekayaan yang ada perlu diagihkan kepada semua pihak oleh PEMERINTAH YANG ADIL.


...
Sila layari
5 Orang melayu Terkaya Di Malaysia 2013


 Adab Menguruskan Sisa Kuku dan Rambut
Posted on Friday, June 07 @ 19:29:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: rozmal

"

Semoga kita dapat mengamalkan sunnah yang nampak mudah tapi sering kita lupakan. Semoga tukang gunting rambut yang beragama Islam dapat diberi pendedahan oleh semua pihak agar dapat mengamalkan sunnah ini dengan mengumpulkan rambut pelanggan untuk diberikan kepada pelanggan mereka menguruskan sisa rambut mereka sendiri. Adakah kita rela sisa kuku dan rambut kita dibuang ke dalam tong sampah atau dibakar?

Adab Menguruskan Sisa Kuku dan Rambut


Mil binti Misraj menceritakan Bapanya Misraj -seorang sahabat Nabi- apabila ia memotong kuku, ia akan menghimpunnya, kemudian ia menanamnya. Ia berkata; “Begitulah aku melihat Rasulullah melakukannya”. (HR Imam al-Baihaqi dalam Syu’abil-Iman, hadis no. 6068)

Jika susah untuk menanamnya, hendaklah kita letakkan di tempat yang tersembunyi dari orang lain. Ini sebagaimana Rasulullah menyuruh Abdullah bin Zubair supaya mengambil darah bekamnya dan membuangnya di tempat yang tidak dilihat orang lain.

Dalam Sunan Kubra (Imam al-Baihaqi), diriwayatkan dari Abdullah bin az-Zubair yang menceritakan; “Rasulullah telah berbekam, lalu ia memberi darahnya kepadaku dan berkata; ‘Pergi dan buangnya di tempat yang tersembunyi yang tidak ditemui oleh binatang buas, anjing atau manusia’” (Sunan al-Kubra, Imam al-Baihaqi, hadis no. 13789)

Rujukan:
1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 5/208, Kitab al-Janaiz.
2. Fatwa dari laman (Islamweb.com), no. 119428, 9187.


  Nik Abdul Nik Aziz Tak Perlu Nafi
Posted on Friday, June 07 @ 19:31:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline



Bagi saya ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz tak perlu menafikan penglibatan dalam mengeluarkan kenyataan di laman facebook ‘Nik Abduh Fan Club’.

Dalam laman sosial "Nik Abduh Fan Club" tertera kenyataan ‘Pas tidak memerlukan undi daripada golongan sekularis, humanis dan sosialis daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menang. Sebaliknya DAP dan PKR memerlukan undi Pas untuk menang, dan pemimpin PR diharap sedar dengan kekuatan Pas'.
Saya rasa Nik Abdul hanya maklumkan "menatang apa Fan Club tu" supaya yang buta IT dan buta 'hati' (suka cari kesalahan orang lain) tahu maksud sebenar Fan Club.

Saya rasa itu sekadar pendapat admin Fan Club Nik Abdul dan pendapat itu boleh selari atau tidak dengan yang empunya diri. YB Nik Abdul sekadar boleh kata dia tak setuju apa yang ditulis Fan Club dan rasa saya ini bukan fitnah.

Fan Club biasanya menggunakan gambar idola club tersebut dan ini kadang kala mengelirukan orang yang berfikiran 'gelojoh'


....
Sila layari
Nik Abdul Nik Aziz Tak Perlu Nafi


 Ada rupanya Tukang Gunting Rambut Melayu di pekan Rembau
Posted on Friday, June 07 @ 21:13:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: rozmal

"

Sebelum ini saya tercari-cari juga Kedai Tukang Gunting Rambut Melayu di pekan Rembau. Kalau di Senawang saya dan anak-anak biasanya gunting rambut di Kedai Shamsul di pekan Senawang atau Kedai Akob Anak Beranak di Taman Desa Dahlia.


Semalam baru saya dapat maklumat ada Kedai Tukang Gunting Rambut Melayu di pekan Rembau. Diusahakan oleh seorang anak muda yang sebelum ini diusahakan oleh seorang pakcik.

Lokasinya berhampiran Gelanggang Futsal Pekan Rembau, di deretan Gerai Majlis Daerah Rembau, No 10, gerai hujung sekali paling dekat dengan Gelanggang Futsal dan URESS.

Menurut maklumat yang diperolehi ini , anak muda tukang gunting ini juga menyediakan perkhidmatan rumah ke rumah untuk menggunting rambut warga emas yang kurang upaya atau uzur.

Sekarang ini saya sedang mencari mereka yang boleh membuat kursus membuat pau. Ada permintaan dari kaum ibu di pekan Kota untuk kursus ini, kerana mereka ingin menambah pendapatan keluarga dengan membuat dan menjual pau. Kalau sesiapa ada maklumat harap maklum pada saya.

Semalam macam biasa beli burger di pekan Chengkau dari pemuda yang bernama Aboi atau Botak. Ternampak dua orang beliawanis menjual apam balik berhampiran gerai burger tersebut. Saya pun beli 2 apam balik coklat sahaja tak mahu kacang. Yang jual apam balik ni saya tak tahu nama, mereka ni anak Ramli yang ada kedai dekat kolam ikan dari Penajis Bandar. 


Tiada ulasan: